You are on page 1of 9

1.

0 PENDAHULUAN
Setiap murid di sekolah mempunyai kecerdasan pelbagai yang berbeza-beza seperti yang telah
diketahui namun di sekolah juga terdapat murid yang terdiri daripada murid berkeperluan khas.
Persoalannya ialah siapakah mereka? Menurut Siti (2016), murid yang disahkan oleh doktor
kerana mereka mempunyai ketidakupayaan dari segi penglihatan, pendengaran pertuturan,
fizikal atau masalah pembelajaran. Antara murid berkeperluan khas yang dinyatakan adalah
seperti autisme, disleksia, lembam, masalah pendengaran dan penglihatan. Namun begitu,
murid berkeperluan khas juga masih mendapat pendidikan yang sama seperti murid-murid yang
lain. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan Pendidikan 1997 (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013) Bahagian 3, murid-murid ini ditempatkan di suatu sekolah khas atau di sekolah
yang melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid yang mempunyai masalah
pembelajaran di sekolah arus perdana.

Program Pendidikan Inklusif merupakan program yang menawarkan murid berkeperluan


khas (MBK) bersama rakan yang tipikal dalam bilik darjah dan menikmati kemudahan belajar
bersama-sama (Mohd Hanafi, 2016). Hal ini telahpun disokong oleh (Chandramogan dan Zuri,
2019) yang menyatakan Program Pendidikan Inklusif merupakan program yang menempatkan
murid berkeperluan khas di kelas aliran biasa seperti murid normal yang lain. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa program pendidikan inklusif adalah program bagi murid MBK untuk
mendapat pendidkan yang sama di kelas aliran biasa secara normal tanpa mengira kaum,
status ekonomi dan latar belakang.

2.0 PENGENALAN
Pendidikan inklusif ini dilaksanakan melalui dua jenis pendidikan, iaitu penuh dan separa. Hal
ini akan dijelaskan dengan lebih jelas dalam isi penulisan dari segi pendekatan. Namun, jenis
pendidikan akan disesuaikan mengikut masalah murid mengikut keperluan untuk menentukan
mereka sama ada separa atau penuh. Program ini melibatkan MBK untuk berada di dalam
kelas bagi subjek tertentu atau semua mata pelajaran dalam kelas aliran biasa. Contohnya,
program inklusif dalam bahasa Melayu. Guru bahasa Melayu akan mengajar murid
berkeperluan khas bersama murid yang normal dalam kelas yang sama. Hal ini telahpun
dinyatakan dalam Akta 685 di bawah seksyen 28 (1) di mana kanak-kanak ini tidak boleh
dikecualikan daripada sistem pendidikan atas sebab ketidakupayaan mereka (Lee dan Sailajah,

1
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
2018). Guru ini perlu menyediakan rancangan pengajaran inidividu bagi murid berkeperluan
khas. Tidak dilupakan juga, terdapat DSKP bagi MBK untuk memberikan peluang sama belajar.

Sebagai seorang guru bahasa Melayu, Pendidikan Inklusif boleh diterapkan dalam
subjek ini. Sebagai contoh, terdapat murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah seperti
lembam dan pendengaran dalam satu kelas aliran biasa. Pada hari berkenaan, pembelajaran
yang berlangsung ialah murid mengenal suku kata dan perkataan dan pada akhir pembelajaran,
semua murid dapat mengkategorikan sekurangnya tujuh jenis pakaian mengikut jantina. Murid
yang normal akan belajar secara biasa manakala murid yang lembam serta masalah
pendengaran diberikan contoh-contoh serta maklumat dalam bentuk grafik atau bergambar. Hal
ini dapat membantu semua murid mempelajari ilmu yang sama bersama-sama di dalam kelas
walaupun pendekatan yang berbeza. Dengan ini, tiada keciciran berlaku. Hal ini telahpun
dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Modul Latihan Pembangunan
Professional Guru (Pendidikan Inklusif) yang menyatakan:

“Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja membantu murid


mengingat malah menyokong pemahaman mereka.”

(Bahagian Pendidikan Khas, 2018)

Ini menunjukkan bahawa murid berkeperluan khas sangat memerlukan bahan bantu
mengajar bagi membantu mereka dalam memahami sesuatu pembelajaran. Tidak dinafikan
juga, bahan bantu ini bukan sahaja memudahkan guru untuk memberi kefahaman kepada MBK
malah murid biasa juga. Secara jelas, program Pendidikan Inklusif ini telah mula dilaksanakan
sejak mereka menerima pembelajaran di sekolah rendah dan disambungkan lagi ke sekolah
menengah. Setiap individu di negara Malaysia menerima pembelajaran sepanjang hayat.

3.0 ANALISIS PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MATA PELAJARAN BAHASA


MELAYU DI SEKOLAH RENDAH

3.1 Matlamat
Setiap program yang dijalankan oleh pihak kerajaan mempunyai matlamat untuk mencapai apa
yang diimpikan atau dihasratkan. MBK belajar bahasa Melayu di dalam kelas bersama murid
normal dalam Program Inklusif dapat membentuk mereka untuk menjadi individu yang
berkemahiran, berdikari, merancang, menguruskan diri, mengetahui potensi diri serta
menyesuaikan diri dalam kalangan masyarakat. Hal ini berbeza dengan murid normal lain. Guru
akan mewujudkan murid atau individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek

2
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
serta sosial (JERIS). Namun begitu, matlamat yang utama bagi MBK dalam Pendidikan Inklusif
yang dinyatakan oleh kerajaan adalah meningkatkan penyertaan MBK bagi mengikuti program
akademik dan bukan akademik di arus perdana serta memberi kesedaran masyarakat supaya
tidak menafikan potensi mereka (Ang dan Lee,2018).

Ketiga-tiga matlamat utama yang dinyatakan dapat membantu mereka untuk lebih
berdikari dengan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, mereka menyertai pertandingan bulan
bahasa seperti pertandingan bercerita, pertandingan mendeklamasikan sajak serta Sahibba.
Penyertaan pertandingan sebegini bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan mereka
untuk berhadapan dengan situasi ramai orang malah mereka dapat menguasai subjek bahasa
Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan di negara kita. Penyertaan bersama juga dapat
memupuk sifat persefahaman, penerimaan dan kesedaran murid yang tipikal dari segi
kesedaran serta perbezaan individu. Jelasnya, pendidikan inklusif bukan sahaja melibatkan
beberapa subjek sahaja malah subjek bahasa Melayu juga. Ini adalah MBK turut belajar sama
dengan murid yang lain mengikut subjek yang dipelajari oleh murid biasa.

3.2 Dasar-Dasar Pendidikan


Pendidikan inklusif yang dijalankan di Malaysia pada hari ini adalah bermula dengan titik tolak
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberikan MBK hak pendidikan yang sama tanpa
ada unsur diskriminasi. Pendidikan ini bermula setelah Malaysia melibatkan diri dengan
menyertai seminar, persidangan antarabangsa yang dilaksanakan oleh UNESCO. Dasar
Pendidikan bermula dari peringkat antarabangsa kemudian kebangsaan. Di peringkat
antarabangsa, antara negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Thailand dan Indonesia.
Pendidikan inklusif ini berkait rapat dengan dasar antarabangsa, iaitu Deklarasi Sedunia
terhadap Pendidikan untuk Semua, Jomtien, Thailand 1990 dan Forum Pendidikan Dunia,
Dakar 2000.

Deklarasi pendidikan ini mementingkan keperluan pendidikan dari segi memberikan


pendidikan percuma dan meningkatkan kualiti pendidikan bagi memenuhi keperluan asas
kumpulan yang kurang bernasib baik. Forum Pendidikan Dunia pula menyatakan kanak-kanak
yang kurang bernasib baik mendapat peluang dan akses yang sama dalam pendidikan serta
pendidikan percuma. Berdasarkan kedua-dua dasar ini, akhirnya UNESCO menggalakkan
penyediaan pendidikan inklusif supaya sekolah menawarkan pendidikan percuma kepad MBK
serta kesamarataan peluang (UNESCO, 2015).

3
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
Dasar antarabangsa ini akhirnya membawa implikasi yang besar kepada negara
Malaysia dan telah memperkenalkan dasar kebangsaan, iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008,
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. Berdasarkan
dasar kebangsaan yang diperkenalkan, KPM mula menekankan peluang akses yang saksama
kepada kumpulan MBK. Hal ini dibuktikan melalui anjakan strategi pertama PPPM untuk
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti dan penyataan yang
mengatakan bahawa:

“Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program


pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiiti secara keseluruhan.”

(KPM, 2013)

Hal ini menunjukkan dasar antarabangsa dan dasar kebangsaan dapat membantu murid
MBK melalui pendidikan inklusif untuk menerima pendidikan yang sama. MBK akan
mempelajari apa yang dipelajari oleh murid biasa termasuk mata pelajaran bahasa Melayu.

3.3 Pendekatan
Pendidikan inklusif yang dilaksanakan di negara Malaysia terdiri daripada dua pendekatan, iaitu
inklusif penuh dan inklusif separa. Kedua-dua pendekatan ini berbeza dari segi pelaksanannya.
Inklusif penuh ialah MBK ditempatkan di dalam kelas arus perdana sepenuh masa manakala
inklusif separa menempat MBK dalam kelas arus perdana bagi mata pelajaran tertentu sahaja.
Perbezaan murid yang mengikuti inklusif penuh dan separa dinilai melalui kriteria pemilihan
yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Garis Panduan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas 2013 (Bahagian Pendidikan Khas, 2013). Antara kriteria ialah
MBK melepasi tahap yang ditetapkan oleh KPM serta umur MBK. Umur MBK 11 tahun boleh
mengikuti program pendidikan inklusif tahun 4 dan 5.

Kriteria-kriteria yang ditetapkan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk merancang


pencapaian matlamat yang dikehendaki. Sebagai contoh, subjek bahasa Melayu terdiri
daripada pemahaman, penulisan dan tatabahasa. Guru boleh menetapkan matlamat untuk
MBK dalam pendidikan inklusif ini untuk mencapai had yang ingin dicapai. Selain itu, pendidikan
ini sangat membantu bagi guru bahasa Melayu untuk menetapkan pembelajaran berdasarkan
DSKP mengikut masalah yang dihadapi.

4
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
3.4 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan
Faktor yang mempengaruhi kejayaan pendidikan inklusif ini adalah perkhidmatan sokongan dari
segi peralatan, infrastruktur, masyarakat serta kolaborasi khidmat sokongan badan kerajaan
dan badan bukan kerajaan. Menurut Albert dan Janice (2008), pebagai alat teknologi bantuan
disediakan untuk MBK bagi membantu mereka untuk menguasai kemahiran yang diperlukan
berdasarkan kepelbagaian ciri murid. Sebagai contoh, alat teknologi bantuan bagi MBK dalam
kelas yang disediakan bagi murid yang mempunyai masalah penglihatan. Murid tidak dapat
melihat serta membaca teks yang terdapat dalam buku teks. Pihak kerajaan telahpun
mempunyai inisiatif untuk mengadakan buku dengan tulisan Braille, kanta pembesar dan kaset
pengajaran bersuara. Guru bahasa Melayu menghadiri kursus untuk mengajar MBK
menggunakan Braille di dalam kelas.

Faktor kejayaan seterusnya adalah kerjasama antara badan kerajaan seperti


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi seperti Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Institut Pendidikan Guru Malaysia menerapkan subjek Pendidikan Inklusif dalam
pembelajaran bagi guru pelatih di seluruh institut pendidikan guru. Hal ini telahpun dinayatakan
dalam PPPM, iaitu subjek Pendidikan Inklusif dijadikan sebagai subjek wajib bagi seluruh guru
pelatih (Kementerian Pendidikan Malaysia,2016). Dengan ini, guru pelatih dapat mengetahui
MBK dalam pendidikan inklusif untuk mengatasi serta mengajar mereka apabila menjadi
seorang guru kelak.

Selanjutnya, kejayaan yang diperoleh adalah disebabkan faktor kolaborasi antara badan
bukan kerajaan seperti Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Persatuan ini
menekankan MBK dari segi autisme dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan bagi
meringankan bebanan keluarga. Menurut Syed et. al. (2018), kanak-kanak autisme mempunyai
perbezaan kecerdasan, sikap serta tingkah laku. Namun, kanak-kanak ini tidak terhalang untuk
belajar bersama-sama murid yang lain. Hal ini boleh dilihat melalui program yang dijalankan.

Pelbagai program telah dijalankan oleh NASOM seperti program intervensi awal dimana
kanak-kanak autisme yang baru lahir sehinggalah umur mereka 13 tahun akan dibantu dari segi
pengurusan diri, kemahiran akademik dan pembelajaran asas, kemahiran motor halus dan
kasar serta komunikasi berkesan (NASOM, 2017). Ini menunjukkan kanak-kanak autisme dapat
mempelajari pengurusan diri. Apabila mereka mendaftar di sekolah biasa, mereka dapat belajar
dalam kelas aliran biasa yang dipanggil sebagai inklusif dengan mudah. Secara tidak langsung,

5
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
mereka dapat menyesuaikan diri dengan murid yang lain dan belajar subjek di dalam kelas
bersama-sama terutamanya subjek Bahasa Melayu.

3.5 Peranan dan Tanggungjawab Pelbagai Pihak


Program pendidikan inklusif telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Namun,
kualiti pengajaran serta pembelajaran perlu dijaga supaya MBK tidak didiskriminasikan dari segi
pembelajaran. Peranan dan tanggungjawab ini bukan sahaja melibatkan guru yang mengajar
malah pihak pentadbir sekolah, ibu bapa, badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Guru
memainkan peranan yang penting dalam membantu murid untuk menguasai sesuatu subjek
berdasarkan minat serta persekitaran. Pendidikan inklusif ini telahpun dilaksanakan dalam
pembelajaran bahasa Melayu dan mendapat impak yang sangat berkesan. Hal ini telahpun
dibuktikan melalui satu kajian kes pelajar bahasa Melayu dalam kelas inklusif (Safiah,2016).

Kajian ini menunjukkan prestasi MBK yang minat dalam dalam pembelajaran bahasa
Melayu melalui penglibatannya di dalam kelas. Ini bermaksud kesan pendekatan inklusif penuh
dapat membantu murid ini menguasai subjek bahasa Melayu. Murid ini berada di dalam kelas
aliran biasa dan mempelajarinya bersama-sama. Murid ini selesa dengan persekitaran yang
mempengaruhinya. Oleh itu, diskriminasi pendidikan dapat dielakkan. Mereka juga dapat
belajar dan menyesuaikan diri dengan cepat untuk mempelajari subjek-subjek yang lain juga.

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga perlu memastikan MBK untuk menyertai
pertandingan sama ada akademik mahupun kokurikulum. Mereka juga boleh dihantar untuk
mewakili sekolah bagi apa-apa pertandingan untuk membuka minda mereka untuk berdikari.
Pihak pentadbir juga perlu memastikan semua guru untuk tidak menyisihkan MBK dengan
murid lain di dalam kelas kerana masalah yang dihadapi oleh mereka. Menurut Mowat (2020),
pendidikan boleh menyatukan murid berkeperluan khas dan murid biasa. Penyatuan MBK dan
murid biasa dapat membantu murid MBK untuk mahir dalam kemahiran social.

Akhir sekali, peranan ibu bapa sama ada mempunyai anak-anak MBK mahupun tidak.
Peranan ibu bapa adalah dari segi sokongan melalui keyakinan kepada kemahiran guru aliran
biasa bagi mengendalikan keperluan khas anak mereka. Menurut Muhammad dan Alfa (2016),
setiap guru telahpun mempelajari tentang pendidikan inklusif dan mengendalikan MBK. Oleh
itu, ibu bapa MBK perlu yakin bahawa anak mereka tidak akan dibuli manakala ibu bapa murid
normal menyakini anak mereka tidak akan diganggu oleh MBK. Dengan ini, diskriminasi antara
murid tidak akan berlaku.

6
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Pendidikan inklusif dilaksanakan di sekolah adalah mengikut Dasar


Pendidikan Kebangsan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mewajibkan
pendidikan tidak kira sesiapapun. Oleh itu, setiap masyarakat mestilah bersifat positif dan
faham akan keperluan Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan. Hal ini dapat melancarkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, guru sangat berpeanan penting
dalam menguasai cara mengendalikan MBK di dalam kelas aliran biasa. Hal ini dapat
mengelakkan daripada mereka didiskriminasi.

Tidak dilupakan juga, pembelajaran MBK dalam aliran biasa meliputi pelbagai subjek
mengikut pendidikan inklusif yang disertai sama ada separa atau penuh. Namun, subjek
Bahasa Melayu merupakan subjek yang utama kerana Bahasa Melayu merupakan Bahasa
kebangsaan bagi negara Malaysia. Setiap murid mesti faham dan menguasai Bahasa Melayu
dengan baik. Akhir sekali, pendidikan inklusif yang dilaksanakan di sekolah juga telah
menampakkan keberkesanannya melalui laporan PPPM yang dinyatakan dalam isi penulisan.
Hal ini juga adalah berikutan dengan perkhidmatan sokongan yang diberikan serta kerjasama
antara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan.

7
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
RUJUKAN
Albert Cook, & Janice Polgar. (2008). Cook and hussey's assistive
technologies (3rd ed.).Mosby: Elsevier.

Ang Chai Tin, & Lee Lay Wah. (2018). Pendidikan inklusif. Sasbadi Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif murid
berkeperluan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul latihan


pembangunan professional guru (pendidikan inklusif). Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Chandramogan Ramaian, & Mohd Zuri Ghani. (2019). Autisme. Universiti Sains Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025: Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan tahunan 2015 pelan pembangunan


pendidikan malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lee Keok Cheong dan Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan inklusif. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Muhammad Nadhir dan Alfa Nur Aini. (2016). Special education for children with disabilities in
malaysia: Progress and obstacles. Malaysian Journal of Society and Space, 10, 78-87.

NASOM. (2017, Disember 24). About the national autism society of malaysia. The National
Autism Society of Malaysia. Diakses pada Februari 23, 2020,
daripada https://www.nasom.org.my/

Safiah Harun. (2016). Pelajar bahasa melayu dalam kelas inklusif: satu kajian kes. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi, (10), 160-176.

Siti Nor Idayu Mohd Nassir. (2016). Pelaksanaan program transisi kerjaya (ptk) murid
berkeperluan khas (mbpk) masalah pembelajaran (mp) [Tesis master]. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Mohd Syukri Zainal Abidin, & Che Zarrina Sa’ari.
(2018). Pendekatan psikoterapi islam terhadap kanak-kanak muslim autistik. Jurnal
Akademika, 88(1), 65-73.

UNESCO. (2015). Education for all 2000-2015:achievements and challenges. EFA Global
Monitoring Report.

Mohd Hanafi Mohd Yassin. (2016). Pelaksanaan program pendidikan inklusif murid
berkeperluan khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2015 (pp. 28-35). International Conference on Special Education in Southeast Asia.
Universiti Kebangsaan Malaysia

8
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
9
This study source was downloaded by 100000860989174 from CourseHero.com on 02-01-2023 12:36:49 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/81525755/penulisan-akademik-inklusifdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like