You are on page 1of 7

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION

IN SOUTHEAST ASIA REGION 6TH SERIES 2016


Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas
Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas


dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015
Norliah Mohd. Amina, Mohd Hanafi Mohd Yasina
aNational University of Malaysia,43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstak

Pelaksanaan program pendidikan inklusif (PPI) adalah termaktub dalam Peraturan-Peraturan


Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan murid berkeperluan
khas (MBK) menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Selain
mempersiapkan murid PPI menghadapi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta bersedia
menduduki peperiksaan awam, PPI turut memberi peluang kepada MBK berinteraksi dan bersosial
bersama murid aliran perdana secara positif dan efektif. Kajian ini bertujuan untuk menilai
pelaksanaan PPI dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015
berikutan ketetapan dasar yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
mensasarkan 30% penyertaan MBK dalam sistem pendidikan arus perdana. Kajian ini diadaptasi
daripada Model KIPP oleh Stufflebeam (1971) yang menilai dari aspek konteks, input, proses dan
produk PPI yang dilaksanakan. Model PCK oleh Shulman (1987) diambil kira bagi menilai aspek
pengetahuan guru dalam mengendalikan MBK di kelas inklusif.
Instrumen soal selidik skala 5 likert untuk pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan
khas digunakan dalam kajian kuantitatif. Di samping itu, kajian kualitatif juga digunakan
memandangkan kajian ini menggunakan kaedah campuran (mix method). Pemerhatian terhadap
proses PdP guru dan murid di kelas inklusif dijalankan bersama untuk menjawab soalan-soalan kajian
yang dibentuk di samping bertujuan menyokong data dan rujukan silang. Analisis data kuantitatif
dilakukan secara kekerapan, purata dan peratusan pilihan jawapan bagi menjawab persoalan kajian.

Kata kunci: Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025;

1. 0 Pengenalan

Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan satu program yang ditawarkan kepada murid
berkeperluan khas (MBK) untuk belajar bersama-sama rakan mereka yang tipikal di dalam bilik
darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan
normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan. Matlamat utama
pelaksanaan PPI adalah bagi membolehkan MBK terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti berunsur
sosial dan akademik di sekolah dan di dalam komuniti dengan memberi ruang dan peluang kepada
semua murid. Pelaksanaan PPI juga memberi hak kepada semua murid termasuk murid berkeperluan
khas untuk mendapat pendidikan.
KPM telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang
telah dilancarkan pada Oktober 2011 bagi mengkaji sistem pendidikan negara secara menyeluruh demi
untuk meningkatkan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi
keperluan abad ke 21. PPPM melalui tiga Fasa iaitu Gelombang 1 (2013-2015), Gelombang 2 (2016-
2020) dan Gelombang 3 (2020-2025) menyediakan pendidikan terbaik untuk semua murid termasuk
MBK. Justeru, kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas mencapai sasaran 30 % peningkatan MBK dalam pendidikan arus perdana pada
Gelombang 1 PPPM 2013 – 2015.

Norliah Mohd. Amin. Tel.: +60-197298636


E-mail address: norliah.amin@gmail.com

29
Norliah Mohd. Amin, Mohd Hanafi Mohd Yasin

1.1 Pernyataan Masalah

PPPM 2013-2025 telah mencatatkan bahawa berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan
dasar sedia ada, KPM komited untuk menambah bilangan MBK dalam model pendidikan inklusif
serta meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Satu piagam di bawah aspirasi
ekuiti, “Peningkatan Enrolmen MBK dalam PPI” telah dijadikan sebagai salah satu inisiatif utama
dalam 1Agenda Bersepadu KPM pada tahun 2013. Sehubungan itu, kajian ini memberi tumpuan
kepada Fasa Pertama dalam Gelombang 1 iaitu menilai pelaksanaan PPI dan pengukuhan kepada
program sedia ada iaitu Peningkatan Enrolmen MBK dalam PPI yang menetapkan sasaran 30 % pada
tahun 2015 dapat direalisasikan.
Kajian ini melihat pelaksanaan PPI di sekolah arus perdana dengan mengintegrasikan satu
hingga lima MBK dalam kelas aliran perdana. Namun didapati masih kurang MBK mengikuti PPI
kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan PPI. Di samping itu,
kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa untuk memilih pendidikan inklusif bagi anak-anak
mereka yang berkeperluan khas.
Laporan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM (2012) menyebut bahawa
sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan melaksanakan PPI adalah
sebanyak 355 sekolah iaitu 161 sekolah rendah dan 194 sekolah menengah. Hal ini mencatatkan
hanya 6% MBK yang diletakkan di bawah PPI manakala 89% mengikuti PPKI dan 5% mendaftar di
Sekolah Pendidikan Khas (SPK). PPI yang dilaksanakan pula mempunyai pelbagai cara pengurusan
dan pelaksanaan bergantung kepada sekolah tanpa satu cara yang seragam untuk semua PPI yang
dilaksanakan. Justeru, beberapa isu sering timbul antaranya berkaitan aspek perancangan dan
pelaksanaan. Terdapat juga isu-isu yang membabitkan soal kepakaran tenaga pengajar, bahan
pembelajaran dan peruntukan kewangan serta kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan.
Laporan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM (2013) berdasarkan pemeriksaan ke
atas PPI yang dijalankan mendapati, pendidikan inklusif tidak dilaksanakan dengan sempurna
memandangkan ketidakfahaman yang jelas tentang PPI dan keperluan murid. Pelaksanaan PPI di
sekolah yang diperhatikan juga belum diurus secara terancang dan berkesan dan belum mencapai
objektif sebenar sepertimana yang dihasratkan.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dalam Gelombang
1 PPPM 2013-2015 dengan menggunakan model yang diadaptasi daripada Model KIPP oleh
Stufflebeam (1971). Manakala Model PCK Shulman (1987) diadaptasi bagi membincangkan penilaian
proses yang melibatkan PdP.

Secara khusus objektif kajian ini ialah untuk:


1) Meneroka pengetahuan pentadbir sekolah dan guru aliran perdana terhadap pelaksanaan PPI.
2) Mengenal pasti peranan pentadbir sekolah dalam penyediaan sumber dan kemudahan bagi
melaksanakan PPI.
3) Mengenal pasti kesediaan guru aliran perdana dalam melaksanakan PdP di kelas inklusif.
4) Menilai strategi PdP yang digunakan dalam melaksanakan PPI memberi kesan terhadap
pencapaian MBK.

30
Norliah Mohd. Amin, Mohd Hanafi Mohd Yasin

2.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan (mix method) yang diperkenalkan oleh John W.
Creswell (2003). Pendekatan ini merupakan kaedah atau jalan penyelesaian permasalahan kajian dan
merupakan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai objektif kajian (Ahmad Mahdzan Ayob,
1995). Pengkaji menggunakan pendekatan kajian gabungan dalam melaksanakan kajian yang
berbentuk komprehensif (deskriptif). Kajian gabungan ini juga menggunakan reka bentuk kajian
bukan eksperimen iaitu reka bentuk kajian tinjauan dan reka bentuk kajian kes. Kedua-dua reka
bentuk kajian ini digabungkan untuk menghasilkan dapatan kajian dan pemahaman menyeluruh
tentang pelaksanaan PPI dan penyertaan MBK dalam sistem pendidikan arus perdana. Reka bentuk
kajian tinjauan merupakan kaedah mendapatkan maklumat dalam bentuk pendapat melalui soal
selidik dan temu bual yang dijalankan terhadap populasi daripada responden yang dijadikan sampel
(Creswell, 2005).

3.0 Analisis Data

Data dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package
for Sosial Science (SPSS 19.0 for Windows). Seterusnya, bagi peringkat yang kedua, data yang
bersabit dengan pelaksanaan PPI dikutip dan dikumpulkan secara kualitatif dengan menggunakan
kaedah kajian kes dan dianalisis secara kualitatif yang melibatkan teknik perbandingan serta-merta
(Constant Comparative) dan analisis kandungan. Tujuan utama adalah untuk menggunakan dapatan
kajian kualitatif dalam membantu menjelaskan dan mentafsirkan secara lebih mendalam akan dapatan
kajian kuantitatif yang dijalankan lebih awal (Creswell, 2003:215).

3.1 Profil Demografi Responden

Responden kajian kualitatif melibatkan pencerapan PdP ke atas lima guru yang mengajar di
kelas inklusif di samping membuat pemerhatian terhadap dua MBK yang belajar di kelas
inklusif. Manakala responden bagi kajian kuantitatif yang telah menjawab instrumen soal
selidik yang diedarkan. Mewakili pentadbir ialah Pengetua/Guru Besar (PGB) Guru Penolong
Kanan (GPK) dan Guru Penyelaras (GP) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) melibatkan
25.30 %, guru pendidikan khas 51.20 %, guru kelas inklusif 12.90 % dan guru kelas arus
perdana 10.60 %.

3.2 Analisis data berdasarkan Persoalan Kajian


Penganalisisan dan pentafsiran data berhubung kajian terhadap pelaksanaan program pendidikan
Inklusif MBK dalam Gelombang 1 PPPM 2013 -2015 dibuat berdasarkan persoalan kajian yang
diterjemahkan daripada Instrumen soal selidik yang disediakan. Analisis dibuat ke atas data 170
orang responden yang dipilih dalam kalangan pentadbir, guru pendidikan khas dan guru yang
mengajar MBK di sekolah yang melaksanakan pendidikan inklusif. Pelaksanaan pendidikan inklusif
(PPI) yang dimaksudkan tertumpu pada penilaian terhadap empat aspek utama iaitu Konteks
(melibatkan pengetahuan dan kefahaman pentadbir dan guru tentang PPI), Input (melibatkan
maklumat berkaitan kemudahan dan peralatan yang disediakan untuk melaksanakan PPI), Proses
(pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di kelas inklusif) serta Produk (pencapaian MBK yang
mengikuti PPI) . Analisis kajian adalah berdasarkan kekerapan dan % dengan menggunakan perisian
SPSS versi 19.0 (Statistical Package for Social Science). Selain itu, kajian ini juga membincangkan
dapatan kualitatif berbentuk temu bual berstruktur terhadap pentadbir dan guru di sekolah yang
dicerap proses PdP di kelas Inklusif.

31
Norliah Mohd. Amin, Mohd Hanafi Mohd Yasin

3.2.1 Meneroka pengetahuan pentadbir sekolah dan guru aliran perdana terhadap pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif.

Berdasarkan penilaian Konteks, kajian menunjukkan peratus tertinggi responden (75.30%) bersetuju
pihak pentadbir iaitu Pengetua/Guru Besar (PGB) mendapat pendedahan tentang pendidikan inklusif.
Manakala item No. 2 menunjukkan sebanyak 57.40% responden bersetuju PGB mempunyai
pengetahuan berkaitan pelaksanaan PPI bagi membolehkan PGB memberi penerangan kepada warga
sekolah dalam mesyuarat-mesyuarat yang dianjurkan seperti Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat
Guru. Pentingnya PGB menyediakan Pelan Tindakan Pelaksanaan PPI juga menunjukkan %an
tertinggi iaitu 52.90 % bagi membolehkan PPI dilaksanakan dengan hala tuju yang jelas dan
terancang.

Jadual 1: Meneroka Pengetahuan Pentadbir dalam PPI

No. Item Skala Kekerapan %


1. PGB mendapat pendedahan tentang
pendidikan inklusif daripada JPN/PPD/GPK
PK/Penyelaras PK Amat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 2 1.2
Kurang Pasti 16 9.4
Setuju 128 75.3
Amat Setuju 24 14.1

2. PGB mempunyai pengetahuan tentang


pelaksanaan PPI dan boleh Amat Tidak Setuju 0 0
menerangkan kepada warga sekolah Tidak Setuju 2 1.2
Kurang Pasti 46 27.1
Setuju 93 54.7
Amat Setuju 29 17.1
3. PGB ada menyediakan Pelan
Tindakan Pelaksanaan PPI Amat Tidak Setuju 0 0
Tidak Setuju 11 6.5
Kurang Pasti 58 34.1
Setuju 90 52.9
Amat Setuju 11 6.5

3.2.2 Mengenal pasti peranan pentadbir sekolah dalam penyediaan sumber dan kemudahan
bagi melaksanakan PPI.

Berdasarkan penilaian Input, kajian menunjukkan 61.20% responden bersetuju pentadbir memahami
keperluan MBK yang hadir di kelas inklusif. Di samping itu, 68.80% kelas inklusif disediakan
berdasarkan keperluan murid. Sebanyak 51.20% responden bersetuju pihak sekolah menyediakan
peruntukan kewangan untuk melaksanakan PPI dan 55.90% guru bersetuju menggunakan peruntukan
kewangan yang disediakan untuk mengurus MBK di kelas Inklusif. Kajian juga menunjukkan 61.20%
bersetuju peralatan bahan bantu mengajar untuk keperluan MBK disediakan oleh pihak pentadbir
sebagai kemudahan kepada guru melaksanakan PPI.

3.2.3 Mengenal pasti kesediaan guru aliran perdana dalam melaksanakan PdP di kelas
inklusif.

Program perkembangan staf bertujuan meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme guru. Kajian
menunjukkan sebanyak 64.10% responden bersetuju perkembangan staf yang dihadiri membantu
guru melaksanakan kelas inklusif dengan lebih komprehensif. Kajian juga mendapati 50% sekolah
yang melaksanakan PPI menjalankan program perkembangan staf untuk semua guru bagi membantu

32
Norliah Mohd. Amin, Mohd Hanafi Mohd Yasin

guru memahami pendidikan inklusif terutama bagi guru yang tiada pengalaman mengendalikan
MBK. Sebanyak 55.30% guru aliran perdana pula mendapat bimbingan daripada guru pendidikan khas yang
ditugaskan sebagai Guru Pendamping dalam mengendalikan MBK. Kajian juga menunjukkan 60.60% guru
aliran perdana bersedia mengajar MBK di kelas inklusif dan 43.50 % guru mahir mengendalikan MBK di
kelas inklusif.

Jadual 2: Kesediaan Guru Aliran Perdana Melaksanakan PPI


No. Item Skala Kekerapan %
1. Program Perkembangan Staf berkaitan
PPI dijalankan untuk semua guru. Amat Tidak Setuju 5 2.9
Tidak Setuju 4 2.4
Kurang Pasti 39 22.9
Setuju 85 50.0
Amat Setuju 36 21.2
2. Perkembangan staf yang dihadiri
membantu guru melaksanakan kelas
inklusif Amat Tidak Setuju 1 0.6
Tidak Setuju 2 1.2
Kurang Pasti 29 17.1
Setuju 109 64.1
Amat Setuju 29 17.1

3.2.4 Menilai strategi PdP yang digunakan dalam melaksanakan PPI memberi kesan
terhadap pencapaian MBK.

Penilaian Proses dilaksanakan terhadap pemerhatian lima PdP guru aliran perdana di kelas inklusif.
Kesemua mereka tidak membezakan murid PPI dengan murid tipikal. Guru mempunyai persepsi
positif terhadap keupayaan dan potensi murid PPI. Di samping itu, wujud kerjasama yang baik antara
guru aliran perdana yang mengajar PPI dengan Guru Pendamping dalam kalangan guru pendidikan
khas. Walau bagaimanapun, terdapat dalam kalangan guru PPI yang tidak mempunyai pengetahuan
atau pengalaman asas berkaitan pendidikan khas dan kaedah pengendalian murid berkeperluan khas.
Perkara ini menyukarkan guru memahami keperluan murid PPI dalam melaksanakan PdP. Tiga
daripada lima (60%) guru tidak memperoleh pendedahan khusus berkaitan teknik dan kaedah PdP
yang bersesuaian dengan murid PPI.
Masih terdapat guru yang menggunakan teknik dan kaedah PdP yang sama untuk semua
murid tanpa mengambil kira tahap keupayaan dan potensi murid PPI. Hal ini menyebabkan terdapat
murid PPI yang ketinggalan dalam mengikuti pengajaran guru dan kerap tidak dapat menyiapkan
tugasan atau latihan yang diberikan guru. Bagi (40%) guru yang mendapat pendedahan khusus
berkaitan kaedah PdP yang bersesuaian dengan murid PPI mereka berupaya mengajar dengan
berkesan dan menyediakan laporan komprehensif berkaitan prestasi murid PPI. Salah seorang
daripada guru tersebut berupaya melaksanakan PdP secara berkesan dengan menggunakan BBM iaitu
perisian CD yang berjaya menarik perhatian murid khususnya murid inklusif untuk terlibat secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Kesannya murid dapat memberi respons terhadap soalan guru secara spontan. MBK yang
diperhatikan juga dapat bersosialisasi dengan murid tipikal dan dapat mengikuti PdP dengan baik.
Murid tipikal di dua kelas yang diperhatikan mempunyai persepsi yang positif terhadap MBK dan
dapat menerima mereka seperti murid-murid yang lain. Malahan terdapat dalam kalangan murid
tipikal yang memberikan sokongan dan bantuan kepada MBK seperti meminjamkan alatan tulis,
memberi tunjuk ajar dan bergaul mesra. Seorang MBK yang diperhatikan aktif dan menunjukkan
kecemerlangan di dalam kelas walaupun murid berkenaan mengidap Attention Deficit Hyperactivity
Disorder. Murid tersebut juga turut menunjukkan pencapaian yang baik berbanding kebanyakan
murid tipikal di kelas berkenaan. Hal ini diharapkan mampu meningkatkan penyertaan MBK dalam

33
Norliah Mohd. Amin, Mohd Hanafi Mohd Yasin

pendidikan arus perdana sebagaimana dihasratkan dalam PPPM 2013 – 2025.

4.0 Perbincangan Dan Cadangan Pelaksanaan

Berdasarkan hasil kajian didapati penyebaran maklumat berkaitan dengan PPI wajar dilaksanakan
secara menyeluruh terhadap warga sekolah bagi mendapatkan sokongan dalam bentuk penglibatan
dan sumbangan profesional dapat dimanfaatkan. Penyebaran maklumat dan pendedahan tentang
program pendidikan inklusif (PPI) bertujuan memastikan maklumat PPI dapat diterima oleh warga
sekolah, ibu bapa dan pihak yang terlibat. Hal ini termasuklah dari aspek menyediakan kemudahan
peralatan, kewangan dan sumber tenaga dalam menggerakkan PPI. Philips (2013) juga menyetujui
pandangan bahawa kesamarataan dalam agihan sumber memberikan pulangan yang baik terhadap
hasilan murid dengan MBK. Keadaan ini diharap mampu meningkatkan penyertaan MBK dalam PPI
di sekolah arus perdana yang dipimpin oleh pentadbir sekolah. Impaknya guru dapat melaksanakan
PdP yang berkesan mengikut keperluan dan keupayaan MBK.
Guru juga sewajarnya memperoleh pendedahan khusus berkaitan teknik dan kaedah PdP
yang bersesuaian untuk MBK. Kajian dari segi proses, menilai peranan guru aliran perdana dalam
melaksanakan tanggungjawab terhadap PdP MBK berbanding murid aliran perdana menunjukkan
bahawa strategi PdP guru wajar diberikan penekanan. Kajian ini menyamai kajian oleh Ethell dan
McMeniman (2000), Putnam dan Borko (2000), Shulman (2000), Freeman (2002) dan Hiebert et.al.
(2002) yang membuktikan bahawa pengetahuan guru berkaitan pendekatan pengajaran, isi
kandungan dan amalan pengajaran membantu proses PdP MBK di kelas inklusif.
Pihak sekolah perlu mengadakan Program Perkembangan Staf atau LDP kepada semua guru
berkaitan teknik dan kaedah PdP yang bersesuaian dengan murid termasuk MBK. Guru perlu
menggunakan pendekatan dan pedagogi berbeza sewaktu melaksanakan PdP bersama murid inklusif
yang mempunyai tahap pengetahuan dan pemikiran yang berbeza. Penggunaan BBM juga perlu bagi
membantu kefahaman murid. Pengetahuan dan pengalaman guru berinteraksi dan berhubung dengan
MBK memberikan mereka kelebihan dalam menjalin hubungan yang positif. Eitan, Rachel & Zohar
(2009) bersetuju guru berperanan sebagai sumber sokongan yang berterusan kepada MBK seterusnya
membuka mata ibu bapa tentang kepentingan pendidikan inklusif.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, dapatan kajian ini membuktikan bahawa i) pentadbir yang terdiri daripada PGB
memainkan peranan penting dalam membangunkan PPI di sekolah yang ditadbir, b) pengetahuan
pentadbir dan guru arus perdana tentang pendidikan inklusif adalah penting agar dapat membantu PPI
dilaksanakan dengan baik dan berkesan, c) penyediaan sumber dan kemudahan bagi melaksanakan
PPI menjadi tanggungjawab utama pentadbir bagi membolehkan PPI dilaksanakan menepati garis
panduan yang ditetapkan, d) pelaksanaan PdP yang cemerlang dapat dijayakan dengan pengetahuan
pedagogi isi kandungan oleh guru yang melaksanakan PdP, dan e) peningkatan MBK dalam
pendidikan inklusif sebagaimana dihasratkan dalam PPPM 2013 -2025 sangat bergantung pada
kerjasama semua pihak. Secara keseluruhan, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang
berkepentingan dan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PPI dapat mengenal pasti PPI yang
dijalankan serta mampu mencapai sasaran KPM dalam transformasi pendidikan negara. Kajian ini
juga diharapkan mampu meningkatkan penyertaan MBK dalam pendidikan arus perdana sebagaimana
dihasratkan dalam PPPM 2013-2025.

Rujukan

Akta Pendidikan. 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas). 2013. Undang-Undang


Malaysia.
Akta OKU. 2008. Undang-Undang Malaysia.Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996. (Akta
550).
Bahagian Pendidikan Khas. 2013. Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan
Khas. Edisi Percubaan. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

34
Norliah Mohd. Amin, Mohd Hanafi Mohd Yasin

Borko, H., & Putnam, R. T. 1996. Learning to teach. In D. C. Berliner & R. C. Calfee (Eds.),
Handbook of Educational Psychology (pp. 673-708). New York: Simon & Schuster
Macmillan.
Cresswell. J.W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. New Jersey Pearson Education Inc.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W.1970. Determining Sample Size For Research Activities. Educational
and Psycological Measurement. 30: 607-610.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Kad Laporan. Pelan Induk Pembanguan Pendidikan 2006-
2010. Kuala Lumpur. KPM
Laporan Awal. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Manisah Mohd Ali, Ramlee Mustapha & Zalizan M. Jelas. 2006. An empirical study on teachers’
perceptions towards inclusive education in Malaysia. International Journal of special
Education, 21 (3): 36-44.
Noddings, N. 2008. Philosophy of education. Boulder, CO: Westview Press.
PATroN, M.Q. 1980. Qualitative Evaluation Methods.Beverly Hills: Sage.
Patton, M. Q. 2002. Qualitative research and evaluation methods. London: Sage Publications.
Phillips, M. 2013. What Makes Schools Effective? A Comparison of the Relationships of
Communitarian Climate and Academic Climate to Mathematics Achievement and Attendance
during Middle School. American Educational Research Journal, 43(4), 634-662. Dicapai
pada 06 Ogos, 2013 di http://www.jstor.org/stable/1163352
Shulman, L. 1986. Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 15 (2), 4-14.
Zalizan Mohd. Jelas & Noraini Mohd. Salleh. 2000. Pendidikan Inklusif : Satu Perubahan Dalam
Paradigma Pendidikan. Laporan Seminar Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2000.
Institut Aminudin Baki. 11 – 14 Jun 2000,hal. 85 – 106.
Zalizan Mohd Jelas, 2009b. Syarahan Perdana: Pendidikan Inklusif dan PelajarBerkeperluan Khas.
Bangi: Penerbit UKM.

35

You might also like