You are on page 1of 10

PERINGKAT KEPRIHATINAN GURU PEMULIHAN TERHADAP PELAKSANAAN

PROGRAM i-THINK MENGGUNAKAN MODEL CBAM

Farah Ainaa Binti Ad’nan


Universiti Kebangsaan Malaysia
cikgufarah169@gmail.com

Prof. Dr. Hj. Zamri Mahamod


Universiti Kebangsaan Malaysia
d-zam@ukm.edu.my

Abstrak
Peranan guru sebagai agen transformasi pendidikan menuntut keprihatinan yang tinggi agar
sesuatu perubahan pendidikan mampu memberi impak yang positif kepada murid-murid. Kajian
ini bertujuan untuk menilai peringkat keprihatinan guru-guru Pemulihan terhadap pelaksanaan
Program i-Think. Kajian ini mengguna pakai Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau
Concerns-Based Adoption Model (CBAM) untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan (Stages
of Concerns, Soc) guru Pemulihan dalam pelaksanaan Program i-Think. Kajian ini menggunakan
reka bentuk kajian tinjauan melibatkan 30 orang responden dalam kalangan guru-guru Pemulihan
di Kuala Lumpur. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bertujuan untuk mengenal pasti
tahap keprihatinan dan tafsiran data dibuat berdasarkan skor min bagi setiap peringkat
keprihatinan bagi menghasilkan satu profil peringkat keprihatinan. Dapatan kajian menunjukkan
peringkat keprihatinan guru Pemulihan terhadap pelaksanaan Program i-Think adalah berada pada
tahap yang tinggi. Peringkat Keprihatinan Kendiri mencatatkan rekod purata skor min tertinggi
yang menggambarkan guru-guru Pemulihan terlibat prihatin akan peranan yang perlu dimainkan
dalam memastikan Program i-Think dapat memberi impak yang positif kepada murid.

Kata kunci: Tahap keprihatinan, guru Pemulihan, Program i-Think, Model CBAM

Abstract

The role of teachers as transformation agent in education needs to have a high level of concern if
they wish to make a positive impact on students. The purpose of this study is to evaluate the stage
of concerns among remedial teacher towards the i-Think programme. This study used the
Concerns-Based Adoption Model (CBAM) to identify the stages of concerns among remedial
teachers towards the i-Think programme. This study involved 30 respondents of remedial teachers
in Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. The quantitative data was collected using Stages of
Concern Questionnaire (SoCQ) to identify the respondents’ stage of concern towards i-Think
programme and data analysis had been made by using the mean score to produce a concerns-
based profile. The quantitative findings show that the remedial teachers’ concern is in the high
level. The result shows that remedial teachers focused more on self-concern in the i-Think
programme and they also felt eager to play their roles in producing positive impacts for the pupils
by using the i-Think programme.

Keywords: Stage of concerns, remedial teachers, i-Think programme, CBAM Mode

1467
PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa fasa transformasi seiring dengan
perkembangan ekonomi serta perubahan globalisasi yang berkehendakkan modal insan yang
berdaya saing serta mempunyai kemahiran berfkir aras tinggi (KBAT). Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sentiasa komited memantau sebarang keperluan untuk penambahbaikan sistem
pendidikan negara khususnya bagi aspek kurikulum. Sebagai contoh, KPM telah menambah baik
kurikulum sedia ada melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025)
dengan penekanan terhadap 6 aspirasi murid yang salah satu daripadanya merupakan domain
kemahiran berfkir. Elemen kemahiran berfikir merupakan salah satu elemen utama yang
diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global (Norhailmi, 2017).

Namun demikian, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau
kegagalan pelaksanaan sesuatu program pendidikan dan salah satunya adalah faktor keprihatinan
guru (Shurainee Hanim, 2014). Keprihatinan dikonsepsikan sebagai perasaan, pemikiran, dan
reaksi individu terhadap sesuatu inovasi yang relevan dengan pekerjaan seharian mereka di mana
individu yang terlibat dalam perubahan akan menghadapi peringkat keprihatinan yang berlainan
(Hall dan Hord, 2011). Guru-guru dengan pelbagai pengkhususan sedar tentang kepentingan
kemahiran berfikir namun masih tidak bersedia dan kurang berkemahiran tentang cara
menyepadukan kemahiran berfikir dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (KPM, 2012).
Di samping itu, peranan guru sebagai golongan pelaksana di peringkat sekolah dilihat masih
berorientasikan peperiksaan. Dalam hal ini, sistem persekolahan masih kurang memberi
penekanan terhadap tugas memperkembang daya pemikiran murid yang mana lebih tertumpu
kepada penyediaan maklumat dengan tujuan menyediakan murid menghadapi peperiksaan dan
menghabiskan sukatan (Rohaida dan Zamri, 2015). Menurut Zamri (2012) juga, kejayaan dan
kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran
guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir
sebagai aspek penting dalam mempengaruhi pencapaian murid. Tambahan pula, amalan
pengajaran guru tidak berubah walaupun kurikulum dan bahan pengajaran telah diperbaharui
(Noraini, 2013). Kebanyakan kajian keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum
menunjukkan pelaksanaannya tidaklah seperti yang dihasratkan kerana guru-guru dikatakan tidak
memahami strategi pengajaran dan matlamat kurikulum yang disasarkan (Sharifah Nor Puteh etc
al, 2012).

Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai tahap keprihatinan
guru-guru pemulihan dalam melaksanakan Program i-Think di dalam kelas pemulihan. Responden
bagi kajian ini merupakan guru-guru Pemulihan di sekolah-sekolah rendah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur yang berjumlah 30 orang. Borang soal selidik secara atas talian telah dilengkapkan
oleh para responden untuk memberi maklum balas berkaitan keprihatinan mereka terhadap
pelaksanaan Program i-Think.

Program i-Think

Program i-Think merupakan kerjasama antara Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid-murid di Malaysia. Melalui program ini, pendekatan pembelajaran menggunakan lapan alat
berfikir yang dikenali sebagai Peta Pemikiran (Thinking Map®) di samping teknik penyoalan
berkesan telah diperkenalkan (BPK KPM, 2012). Perkara ini diketengahkan sebagai inisiatif
menggalakkan KBAT dalam kalangan murid semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) di dalam bilik darjah (Shamsazila et al, 2017). Guru-guru telah didedahkan dengan

1468
aplikasi program i-Think melalui kursus-kursus secara bersemuka yang telah dianjurkan oleh
pihak KPM dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) mahupun pihak sekolah (Nik
Rosnizasuzila etc al, 2015). Proses PdPc berteraskan kemahiran berfikir dan strategi berfikir
memerlukan penggunaan strategi dan kaedah PdPc yang terancang agar dapat mengembangkan
minda pelajar (KPM 2003).

Pelaksanaan program i-Think di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid yang berinovatif pada masa hadapan (Rohaida dan Zamri, 2015). Antara
faktor program ini diperkenalkan turut dinyatakan dalam salah satu 11 anjakan transformasi
pendidikan yang mana keputusan pentaksiran antarabangsa Trends in International Mathematics
and Science (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) menunjukkan
bahawa pelajar di Malaysia sukar mengaplikasikan KBAT (KPM, 2012). Dalam konteks ini, guru
dan murid akan menggunakan alat berfikir semasa proses PdPc di samping melaksanakan aktiviti
KBAT (KPM, 2012). Justeru, jelaslah pelaksanaan program i-Think merupakan inisiatif
kementerian membudayakan penggunaan alat berfikir semasa proses PdPc di dalam bilik darjah
bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovasi (Balakrishnan, 2014). Sebagai salah satu
alternatif kepada pengukuhan pedagogi seseorang guru, teknik mengajar menggunakan peta
pemikiran i-Think ini diharap dapat merubah perspektif dan amalan lama kerana teknik ini
mempromosi satu suasana mengajar yang menyeronokkan murid-murid, ringkas, informatif dan
menjimatkan masa serta bahan (Said et al., 2013).

Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM)

Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM)


merupakan satu model yang digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan khususnya untuk
menilai pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum atau program pendidikan (Sharifah Nor Puteh etc
al, 2013). Model ini menumpukan usaha menjelas, mengukur dan menerangkan proses perubahan
yang dialami oleh guru sebagai pelaksana sesuatu inovasi dalam pendidikan (Irene Ng, 2009).
Model CBAM ini adalah unik berbanding model-model lain kerana mengambil kira perubahan
daripada perspektif golongan pelaksana iaitu guru pada peringkat amalan di dalam bilik darjah di
samping menyediakan kerangka teori beserta instrumen yang pernah digunakan oleh ramai
pengkaji sebelum ini (Shurainee Hanim, 2014). Model keprihatinan yang diasaskan oleh Frances
Fuller (1969) ini percaya bahawa sesuatu perubahan dalam pendidikan akan bermula daripada
penerimaan seseorang individu khususnya guru dalam melaksanakan sesuatu inovasi. Justeru
keprihatinan seseorang guru itu mempengaruhi kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi serta
menentukan jenis intervensi yang mereka perlukan dalam menerima dan mengadaptasi perubahan
tersebut (Archie et al, 2013).

Peringkat Keprihatinan atau Stages of Concerns (SoC)

Keprihatinan sering didefinisikan sebagai perasaan, pemikiran, dan reaksi individu terhadap
sesuatu inovasi yang relevan dengan pekerjaan seharian mereka yang mana individu yang terlibat
dalam perubahan akan menghadapi peringkat keprihatinan yang berlainan (Hall dan Hord, 2011).
Model CBAM yang dikembangkan oleh Hall & Hord (2006) berasaskan model Fuller (1969)
memfokus kepada tiga dimensi iaitu Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern-SoC), Peringkat
Penggunaan (Level of Use- LoU) dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration - IC).
Namun, dalam kajian ini pengkaji hanya akan memfokuskan kepada dimensi Peringkat
Keprihatinan (Stages of Concern-SoC) sahaja. Dimensi Peringkat Keprihatinan atau Stages of
Concerns (SoC) mengandungi enam peringkat iaitu peringkat Kesedaran, Maklumat, Peribadi,

1469
Pengurusan, Kesan, dan Pemfokusan Semula. Menurut Hall dan Hord (2011), peringkat
keprihatinan atau SoC pada aspek Maklumat dan Peribadi adalah peringkat Keprihatinan Kendiri
(Self-Concern), aspek Pengurusan adalah Keprihatinan Tugas (Task-Concern), sementara aspek
Kesan, Kolaborasi, dan Pemfokusan Semula adalah Keprihatinan Impak (Impact-Concern). Setiap
individu yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu inovasi sebaiknya berganjak daripada
Keprihatinan Kendiri kepada Keprihatinan Tugas, dan seterusnya kepada Keprihatinan Impak.
Anjakan ini menghasilkan kejayaan sesuatu inovasi yang dibuat (Sharifah Nor et. al, 2011:
Sharifah Nor et. al, 2012). Hall dan Hord (2011), turut menyatakan bahawa keprihatinan guru
melibatkan perkembangan dalam sesuatu proses perubahan yang mana keprihatinan guru akan
menunjukkan intensiti yang paling tinggi pada peringkat awal inovasi (Peringkat Keprihatinan
Diri), namun apabila guru menjadi lebih berpengalaman dalam mengendalikan inovasi, intensiti
akan beralih kepada Peringkat Keprihatinan Tugas dan seterusnya kepada Peringkat Keprihatinan
Impak. Menurut Hall dan Hord (2011) lagi, individu-individu yang terlibat dengan sesuatu
perubahan menghadapi tahap keprihatinan serta intensiti yang berbeza seperti dalam jadual
berikut:

Jadual 1.1 Tahap Keprihatinan Inovasi

Tahap Keprihatinan Aspek Keprihatinan Definisi

Tiada Berkaitan 0 – Kesedaran Saya tidak prihatin atau mengambil


berat tentang inovasi tersebut

1 - Maklumat Saya berminat untuk mengetahui


Kendiri lebih lanjut tentang inovasi
2 - Peribadi Sejauh mana peranan saya berkaitan
inovasi
3 - Pengurusan Saya mampu menguruskan segala
Tugas aspek berkaitan pelaksanaan inovasi
4 – Kesan Sejauh mana pelaksanaan inovasi
memberi kesan kepada klien saya
Impak 5 - Kolaborasi Saya bersedia untuk bekerjasama
dengan pihak lain berkaitan inovasi
6 – Pemfokusan Saya mempunyai idea tersendiri
Semula yang lebih baik berkenaan inovasi

Sumber: Terjemahan daripada Hall & Hord (2011)

Guru Pemulihan

Guru pemulihan merupakan guru yang terlatih dari institusi-institusi yang menawarkan kursus
pendidikan pemulihan khas dari universiti mahupun institut pendidikan guru sama ada dalam
negara atau luar negara serta mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M) di sekolah rendah (Bahagian Pendidikan Khas, 2012). Oleh itu, guru Pemulihan
diberi mandat untuk mengemudi program Pemulihan di sekolah masing-masing bermatlamat
utama untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali murid berkeperluan
khas. Selain itu, program Pemulihan di bawah seliaan guru Pemulihan mempunyai objektif untuk

1470
membantu murid-murid agar mampu meneruskan pembelajaran di kelas biasa serta membina
keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Dalam konteks kajian ini, guru
Pemulihan merupakan guru-guru yang berjawatan guru pemulihan atau guru pemulihan NKRA
yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan berbentuk statistik deskriptif yang mana
langkah mengumpul dan menganalisis data dilaksanakan berdasarkan instrumen soal selidik yang
diedarkan secara atas talian. Kajian yang dijalankan memberi tumpuan kepada pengumpulan data
secara kuantitatif. Menurut Noraini (2013), penyelidikan kuantitatif mementingkan objektif dalam
pengumpulan data dan menganggap setiap fenomena yang berlaku dapat diterangkan dengan
mengukur eleman-eleman yang terlibat. Reka bentuk kajian tinjauan pula berupaya menghurai,
membanding dan meramal sikap, pendapat, tingkah laku dan ciri-ciri sesuatu populasi (Creswell
2012).

Instrumen soal selidik bagi kajian ini adalah berdasarkan model CBAM dan merupakan
set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Mohd Mazhan (2013), yang lebih dikenali sebagai
Stages of Concern Questionnaire, SoCQ. Borang soal selidik SoCQ yang dibentuk mengandungi
35 item soal selidik berkaitan dengan tujuh tahap keprihatinan. Setiap pernyataan berpandukan
kepada 8 skala mengikut intensiti yang berbeza iaitu daripada 0 hingga 7 pada skala Likert.
Kesemua 35 item dalam soal selidik mempunyai kesahan (Cronbach Alpha dari 64 ke 83) dan
kebolehpercayaan (ujian koefisien dari 65 ke 86) yang tinggi (Hall & Hord 2011). Data soal
selidik yang telah dikumpul untuk kajian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis skor min dan
analisis item. Seterusnya, skor peratusan akan diplotkan dan disambung bagi mendapatkan profil
umum peringkat keprihatinan guru Pemulihan dalam pelaksanaan Program i-Think. Berikut
merupakan penetapan skala set soal selidik beserta interpretasi julat skor min yang digunakan
dalam kajian ini:

Jadual 2.1 Penetapan skala Lapan Peringkat

Skala Pernyataan
Skala 0 Tidak berkaitan
Skala 1 Tidak Benar
Skala 2 Tidak Benar
Skala 3 Kurang Benar
Skala 4 Kurang Benar
Skala 5 Sangat Benar
Skala 6 Sangat Benar
Skala 7 Sangat Benar

Sumber: Tan Yi Ling et al (2015)

1471
Jadual 2.2 Interpretasi julat skor min

Julat Tahap Skor Min


1.00 - 2.40 Sangat Rendah
2.41 – 2.80 Rendah
2.81 – 4.20 Sederhana
4.21 – 5.60 Tinggi
5.61 – 7.00 Sangat Tinggi
Sumber: Kamarul Azman et al (2011)

DAPATAN KAJIAN

Maklumat Demografi Responden

Seramai 30 orang guru Pemulihan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah terlibat dalam
kajian ini, justeru maklumat demografi yang dikumpulkan adalah berkaitan jantina, umur, kaum,
kelulusan akademik tertinggi, pengkhususan, pengalaman mengajar serta zon sekolah dihuraikan
secara terperinci seperti dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1 Profil demografi responden

Faktor Kategori Kekerapan Peratus


Demografi
Jantina Lelaki 7 23.3% Penil
Perempuan 23 76.7% aian
Umur 25 tahun dan ke bawah 1 3.3% Perin
26 -30 tahun 8 26.7% gkat
31 tahun dan lebih 21 70.0% Kepr
ihati
Kaum Melayu 25 83.3%
nan
Bukan Melayu 5 16.7%
Kelulusan Diploma Pendidikan 9 30%
Penil
Akademik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 17 56.7%
aian
Sarjana Pendidikan 4 13.3%
perin
Opsyen Pemulihan 23 76.7 gkat
Bukan Pemulihan 7 23.3%
kepri
Pengalaman 5 tahun atau kurang 7 23.3% hatin
Mengajar Lebih dari 5 tahun 23 76.7% an
Zon Sekolah Bangsar 9 30% guru
Pudu 9 30% pemu
Sentul 7 23.3% lihan
Keramat 5 16.7% terha
dap pelaksanaan program i-Think diteliti berdasarkan min dan skor peratusan (Jadual 3.2) yang
kemudiannya membentuk satu profil keprihatinan (Rajah 3.1) seperti berikut:

1472
Jadual 3.2 Min dan skor peratusan Tahap Keprihatinan responden

Tahap Keprihatinan Skor Peratusan Min Sisihan Piawai


Kesedaran 65.14% 4.56 0.937
Maklumat 71% 4.97 1.321
Peribadi 74.71% 5.23 1.342
Pengurusan 60.43% 4.23 0.987
Kesan 70.29% 4.92 1.092
Kolaborasi 63.29% 4.43 1.299
Pemfokusan Semula 65.57% 4.59 1.599

Rajah 3.1 Profil Peringkat Keprihatinan

Skor Peratusan
100%

80%
74.71%
71% 70.29%
65.14% 63.29% 65.57%
60% 60.43%

40%

20%

0%
Kesedaran Maklumat Peribadi Pengurusan Kesan Kolaborasi Pemfokusan
Semula

Keputusan analisis di Jadual 3.2 mendapati keprihatinan peribadi menunjukkan intensiti yang
paling tinggi (74.71%) manakala keprihatinan pengurusan mencatatkan intensiti yang paling
rendah (60.43%). Item pernyataan ‘Saya ingin tahu bagaimana peranan saya akan berubah dalam
pelaksanaan Program i-Think’ dalam konstruk keprihatinan peribadi mencatatkan skor min
tertinggi iaitu 5.37. Dalam hal ini, guru pemulihan yang terlibat mempunyai keprihatinan yang
tinggi untuk memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan pelaksanaan
program i-Think mencapai objektif yang dihasratkan. Di samping itu, mereka prihatin tentang
keadaan peribadi, kemampuan diri serta kebajikan mereka untuk melaksanakan program i-Think
di dalam bilik darjah namun masih merasa sedikit sukar untuk menguruskan masa serta
memberikan sepenuh komitmen terhadap pelaksanaan program i-Think.

1473
PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, kajian mendapati guru-guru pemulihan yang terlibat mempunyai intensiti
yang tinggi terhadap tahap keprihatinan Kendiri (Maklumat dan Peribadi) diikuti keprihatinan
Impak (Kesan, Kolaborasi, Pemfokusan Semula) dan akhir sekali adalah Keprihatinan Tugas
(Pengurusan) berdasarkan panduan interpretasi tahap keprihatinan inovasi terjemahan daripada
Hall dan Hord (2011). Dalam konteks ini, guru-guru Pemulihan prihatin akan peranan yang perlu
dimainkan dalam memastikan program i-Think dapat memberi impak yang positif kepada murid
namun masih teragak-agak dalam hal-hal berkaitan pengurusan masa, bahan serta sumber
maklumat dalam memastikan program i-Think berjalan dengan lancar. Keputusan kajian ini selari
dengan kajian oleh Mohd Mazhan (2013) yang menggunakan CBAM untuk menilai peringkat
keprihatinan guru dalam melaksanakan inovasi kurikulum Pemulihan Jawi j-QAF. Mohd Mazhan
mendapati guru-guru terlibat masih belum bersedia untuk melonjakkan diri dalam proses
perubahan kurikulum, kurang memahami kandungan kurikulum serta kurang menjalani latihan
intervensi. Mereka memerlukan maklumat tentang inovasi kurikulum di samping ingin
mengetahui kesan inovasi dan peranan mereka dalam melaksanakan inovasi.

Walau bagaimanapun, intensiti tahap keprihatinan Tugas dan Impak yang mencatatkan
purata min skor lebih rendah pula memberi gambaran bahawa guru-guru Pemulihan masih agak
lemah dalam hal-hal berkaitan pengurusan program i-Think semasa mengendalikan program
pemulihan di sekolah. Di samping itu, guru-guru pemulihan terlibat juga kurang memberi
perhatian terhadap kesan inovasi kepada murid serta kurang berkolaborasi sesama rakan guru
untuk memantapkan pelaksanaan program i-Think. Perkara ini selari dengan dapatan kajian oleh
Kamarul Azman (2013) yang mendapati responden kajian kurang memfokuskan perhatian ke atas
proses dan tugas yang diperlukan dalam melaksanakan inovasi. Di samping itu, dapatan
menunjukkan guru-guru telah prihatin tetapi mempunyai sedikit pengetahuan dan masih lagi
mencari-cari maklumat berkaitan inovasi kurikulum tersebut.

KESIMPULAN

Kejayaan mahupun kegagalan dalam sesuatu perubahan kurikulum amat bergantung kepada
komitmen pelaksana yakni guru-guru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Pelaksanaan sesuatu
inovasi atau perubahan kurikulum memerlukan pengguna mempelajari inovasi tersebut agar
mereka boleh melaksanakannya secara berkesan (Sharifah Nor Puteh et al., 2012). Terdapat
banyak inovasi kurikulum yang telah diperkenalkan gagal untuk diteruskan kerana guru kurang
prihatin, kurang informasi, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan
sesuatu perubahan dengan berkesan (Anderson 2010).

Hasil kajian ini telah menunjukkan peri pentingnya pelaksanaan kajian dan soal selidik
berkaitan peringkat keprihatinan (SoC) dalam kalangan guru-guru secara berkala. Kajian ini
secara implikasinya menunjukkan pelaksanaan program i-Think dalam kalangan guru-guru
Pemulihan masih belum mencapai tahap kejayaan yang dihasratkan KPM. Dapatan kajian ini
turut diharap dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak berkaitan agar berusaha untuk
memberikan intervensi bersesuaian dalam membantu guru-guru pemulihan memanfaatkan inovasi
program i-Think ini.

1474
Rujukan

Anderson, S. E. 2010. Moving Change: Evolutionary Perspectives on Educational Change.


Second International Handbook of Educational Change, 23(1): 65-84.

Archie A. George, Gene E. Hall, Suzanne M. Stiegelbauer. Measuring Implementation in


Schools: The Stages of Concern Questionnaire. Ed. ke-3. SEDL, 2013.

Balakrishnan, V. 2014. Aplikasi i-Think dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Cresswell, J.W. 2008. Educational Research, Planning, Conducting and Evaluating:


Quantitative & Qualititative Research. 3rd Edition. New Jersey: Pearson Merill Prentice
Hall.

Fuller, F. F. 1969. Concern of Teachers: A Development Conceptualization. American


Educational Research Journal, 6 (2): 207-226.

Hall, G. E, Dirksen, D. J. & George, A. A. 2006. Measuring Implementation in Schools: Levels of


Use. Austin, Taxes: SEDL

Hall, G. E. & Hord, S. M. 2011. Implementing Change: Pattern, Principles and Potholes.
3rd Edition. New Jersey: Pearson Education, Inc.

Hall, G. E. & Hord, S.M. 2006. Implementing Change: Pattern, Principles and Potholes. United
State of America: Allyn & Bacon.

Irene Ng. 2009. Using CBAM (Concerns-Based Adoption Model) to Understand the
Implementation of the SAIL Approach Teaching and Learning Strategies and Practices.
International Association for the Scientific Knowledge. Teaching and Learning 2009
Conference on 9 December 2009.

Kamarul Azman Abdul Salam. 2013. Penggunaan CBAM untuk Menilai Pengajaran Guru dalam
Inovasi Kurikulum Prasekolah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Membudayakan Kemahiran Berfikir. Putrajaya: Bahagian


Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Program i-Think: Membudayakan Kemahiran Berfikir.


Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Bahagian Pendidkan
Guru.

Mohd Mazhan Tamyis. 2013. Tahap Keprihatinan Guru j-qaf dalam Inovasi Program
Pemulihan Jawi Sekolah Rendah. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

1475
Muhamad Sidek Said, Mohamad Ab. Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam. 2013. Penilaian
Pelaksanaan Program i-Think: Satu Pengenalan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4 (1):
72-106.

Nik Rosnizasuzila Nik Hassan, Azlina Mohd Kosni & Zakiah Mohamad Ashari. 2015. Keperluan
Modul i-Think dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Prosiding Seminar
Antarabangsa Pascasiswazah Pendidikan Kali Kedua. Johor Bahru: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Mc Graw Hill Education.

Norhailmi Bin Abdul Mutalib. 2017. Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun Kerusi dan
Meja. Perlis: Percetakan Perlis Sdn Bhd.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. 2015. Keberkesanan Peta Pemikiran (i-Think) dalam
Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 5 (2):31-37.

Shamsazila Sa’aban, Muhammad Faizal Abdul Ghani & Ghazali Darusalam. 2017.
Pelaksanaan Program i-Think Di Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu
Kajian Awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4 (1): 10-25.

Sharifah Nor Puteh, Kamarul Azman Abd Salam & Mohd Mazhan Tamyis. 2013.
Concerns-Based Adoption Model (CBAM) untuk Menilai Pelaksanaan Perubahan
Kurikulum. Jurnal Pemikiran dan Penelitian, 15 (2): 1-8.

Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mazhan Tamyis & Aliza Ali. 2012.
Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 19-31.

Shurainee Hanim Binti Mohamad Nor. 2014. Tahap Keprihatinan Guru Matematik dalam
Program Pemulihan Matematik (Linus-Numerasi) Sekolah Rendah. Tesis Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tan, Y.L. & Lee, L.W. 2015. Profil Tahap Keprihatinan Guru Terhadap Inovasi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Berdasarkan Model Concern-Based Adoption Model
(CBAM). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3 (3): 1-21.

Zamri Mahamod. 2012. Inovatif P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1476

You might also like