You are on page 1of 4

Faktor kejayaan Pendidikan Inklusif dalam merealisasikan pendidikan tanpa diskriminasi

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan tiada


murid yang tercicir dan dinafikan hak daripada mendapat pendidikan berkualiti dan inklusif.
Menurut Bahagian Pendidikan Khas membangunkan golongan murid berkeperluan khas
(MBK) terbukti tidak meletakkan mereka sebagai liabiliti sebaliknya menjadi sebahagian
daripada sumber modal insan negara (Utusan Malaysia, 2017). Hal ini bagi mengelakkan
pendiskriminasian kelak kepada golongan ini untuk mendapat pekerjaan dan bersaing dengan
manusia normal. Pendidikan Inklusif bermaksud program pendidikan bagi murid
berkeperluan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama dengan murid lain
dalam kelas yang sama. Murid berkeperluan khas yang dimaksudkan merujuk kepada murid
bermasalah pembelajaran namun memenuhi syarat dan dapat menerima pembelajaran seperti
murid normal. (Norliah, Hanafi, Yasina, 2016). Solusi kepada pendidikan tanpa diskriminasi
ini membolehkan MBK menyertai 2 jenis program bergantung kepada syarat yang mereka
penuhi iaitu inklusif separa dan inklusif penuh. matlamat pendiudikan inklusif adalah
meningkatkan peluang peneyrtaan murid MBK mengikuti program akademik dan bukan
akademik bersama-sama dalam arus perdana.

Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner, guru , ibu bapa dan rakan merupakan
mesosistem yakni yang paling rapat dengan murid secara langsung memberi pengaruh kepada
murid (Noriati, Boon, Zuraidah, dan Sharifah, 2017). Oleh itu, mereka ini merupakan faktor
penting kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Faktor murid iaitu murid normal
sebagai rakan kelas dan MBK itu sendiri sebagai subjek program ini berkait rapat dalam
pelaksanaan pendidikan inklusif. MBK itu sendiri perlu memenuhi syarat mengikuti program
pendidikan inklusif agar tidak menghalang proses pembelajaran dan pengajaran dan tidak
melakukan pengubahsuaian yang besar terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran di dalam
kelas tersebut. Murid normal pula perlu mendapat pendedahan mengenai MBK agar mereka
faham dan menerima perbezaan seterusnya meningkatkan integrasi sosial antara mereka. Hal
ini untuk mewujudkan kerjasama dan mengelakkan murid MBK daripada merasa terpinggir.
Mengikuti kelas aliran perdana dalam keadaan terpinggir masih mewujudkan
pendiskriminasian kepada MBK.
Faktor kejayaan kedua adalah pentadbir dan guru. Mereka ini merupakan pelaksana
kepada dasar kerajaan. Tanpa bantuan mereka, maka dasar yang ditetapkan hanya menjadi
perancangan semata-mata. Pentadbir perlu mewujudkan suasana pendidikan inklusif di
sekolah dengan cara memahami dan memprakikkan nilai menghormati perbezaan melalui
rutin. (Lee dan Sailajah, 2018). Pentadbir perlu memberi sokongan seperti struktur
pengkongsian maklumat , peruntukan sumber dan staf. Guru kelas aliran perdana dan guru
pendidikan khas mestilah bersama-sama mengambil peranan dalam mewujudkan kerjasama.
Hal ini seterusnya agar mereka dapat memberikan komitmen apabila tanggungjawab dipikul
bersama. Mereka perlu dikurangkan beban tugas dalam aliran perdana agar lebih fokus dan
dapat mewujudkan inisiatif menambah pengetahuan menjayakan program ini. Kesediaan
guru-guru menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) untuk memenuhi kehendak
MBK sangat penting. Oleh itu, guru dalam latihan dan dalam perkhidmatan perlu diberi
latihan dan pemahaman yang mendalam. Walaupun seorang guru bersikap positif dan
menerima kehadiran MBK, namun jika tiada kemahiran dan latihan , keperluan akademik,
sosial dan emosi MBK tidak dapat dipenuhi. (UNICEFF, 2014). Guru yang tidak mempunyai
pengetahuan dan pengalaman asas akan menggunakan teknik dan kaedah pdp yang sama
untuk semua murid tanpa mengambil kira keupayaan dan potensi murid PPI. Kesannya,
murid tidak dapat menyiapkan tugasan dan ketinggalan. Bilangan murid dalam kelas biasa
juga perlu dikurangkan. Walaupun syarat pendidikan inklusif adalah 35 orang murid bagi 1
kelas, namun pada disember 2017 terdapat laporan kesesakan kelas pendidikan inklusif
disiarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia , Datuk Mahadzir Khalid ketika melawat sekolah
Guru Besar SK Bandar Seri Putra .

Faktor terakhir ialah sokongan ibu bapa. Sokongan ini melibatkan ibu bapa bagi
murid normal dan ibu bapa bagi murid MBK itu sendiri. Ibu bapa MBK perlu yakin dengan
kemahiran guru kelas biasa mengendalikan keperluan khas anak mereka dan ibu bapa murid
normal perlu yakin dengan kemahiran ini, guru tetap dapat menumpukan perhatian kepada
anak mereka. (Muhammad Nadhir dan Alfa Nur Aini ,2016). Ibu bapa MBK perlu yakin anak
mereka tidak akan dibuli dan ibu bapa normal yakin anak mereka tidak diganggu oleh MBK
bagi memastikan tiada diskriminasi kepada mana-mana pihak. Pandangan negatif ini muncul
kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai pengetahuan sama ada berpendapat individu ini
kurang bermanfaat dan pendidikan hanyalah diperlukan untuk memenuhi kebajikan dan
bukannya hak pendidikan. Justeru, pandangan dan pemahaman negatif seperti ini
menyukarkan kejayaan PPI.

Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor iaitu ibu bapa, pentadbir dan murid adalah faktor
utama dalam merealisasikan pendidikan inklusif. Ketiga- tiga faktor ini saling berkait dan
jika salah satunya tidak dapat di atasi, maka matlamat PPI tidak tercapai. Apabila berjaya
program ini, barulah pendiskriminasian pendidikan kepada golongan MBK dapat di atasi.
( 605 patah perkataan)

Rujukan

Noriati A. Rashid, Boon., P. Y., Sharifah, Zuraidah. (2017) Budaya dan pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn Bhd.

Laporan Awal. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan
Malaysia

Kamil M. (2017, Oktober 27). Pendidikan Khas realisasi matlamat inklusif. Utusan Malaysia.
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pendidikan-khas-realisasi-matlamat-inklusif-1.543543

Norliah, M., Amina, Mohd, H., & Mohd Y. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015 . Seminar
Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016

UNICEF, 2014, The Right of Children with Disabilities to Education: A Rights-Based Approach to
Inclusive Education. Retrived from
https://www.unicef.org/malaysia/InclusiveEducationMalaysia_-_v4_27_May_2014.pdf

Muhamad, N. A. N., Alfa, N. A. E., & Efendi. (2016 ). Special education for children with disabilities
in Malaysia: Progress and obstacles. Malaysian Journal of Society and Space, 10, 78 – 87.

You might also like