You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Hak kemanusiaan menjadi paksi kepada rasional pendidikan inklusif. Setiap orang
dinilai dan dianggap sama. Pendidikan merupakan hak asasi kemanusiaan dalam
Universal Declaration of Human Rights1 (United Nation, 1948). Ini bermaksud,
semua orang berpeluang untuk mendapatkan pendidikan bukan sahaja individu
normal, malah individu berkeperluan khas juga turut memperoleh hak yang sama.
Pengasingan pendidikan adalah melanggar hak tersebut yang akan menghadkan
keupayaan mereka untuk mendapat manfaat daripada peluang pendidikan pada
masa hadapan.

2.0 DEFINISI PENDIDIKAN INKLUSIF


Sebba (1996) dalam Lee Keok Cheong (2018) menyatakan pendidikan inklusif
sebagai proses di mana sekolah cuba merespons semua murid sebagai individu
dengan melihat kembali pengurusan dan persediaan kurikulum 2. Manakala Florian
(2012), menyatakan bahawa inklusif merujuk peluang untuk orang tidak berupaya
melibatkan diri sepenuhnya dalam semua aktiviti pendidikan, kerjaya, rekreasi,
komuniti dan domestik yang dilakukan oleh ahli masyarakat3.
Melalui definisi yang telah diutarakan oleh pakar-pakar bidang pendidikan
inklusif, dapat disimpulkan bahawa pendidikan inklusif adalah satu cara untuk
memberi pendidikan kepada orang tidak berupaya melalui pendekatan serta
metod tertentu. Hal ini kerana murid berkeperluan khas tidak mempunyai
kemampuan seperti murid normal. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan
telah menggubal satu kurikulum baharu khas bagi murid-murid berkeperluan khas
bersesuaian dengan kemampuan mereka.

3.0 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF


Konsep Program Pendidikan Inklusif adalah selaras dengan penyataan dalam
peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) 20134. “Program Pendidikan

1
UNESCO(1994). The Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education.
Paris: UNESCO.
2 Lee Keok Cheong (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
3
Florian, L. (2012). Preparing teacher to work in inclusive classroom: Key lessons for the professional
development of teacher eduactors from Scotland’s Inclusive Practice Project. Journal of Teacher
Education
4
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

1
Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan
khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid
lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan.
4.0 DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF
Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa Program Pendidikan Inklusif
merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi Murid Berkeperluan
Khas. Sebagaimana yang terdapat dalam Salamanca Statement and Framework
for Action on Special Needs Education (UNESCO 1994) 5 yang bermaksud prinsip
Pendidikan Untuk Semua menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas
mempunyai hak pendidikan yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam
Pendidikan Inklusif. Dengan erti kata lain, tidak ada diskriminasi dalam pendidikan.
Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya (2008), telah dinyatakan bahawa
orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum
atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh
dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi6. Hal
ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia turut memberi sokongan kepada
golongan berkeperluan khas untuk mengambil bahagian dalam pendidikan.
5.0 MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan Inklusif merupakan satu medium atau platform untuk menyatukan
kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal yang memberikan
peluang kepada mereka untuk belajar serta menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah
tersebut. Penyatuan ini turut memberikan peluang kepada mereka untuk
menyesuaikan diri dengan masyarakat dalam semua aspek dari awal lagi supaya
mereka lebih yakin untuk hidup berdikari nanti.
Matlamat Program Pendidikan Inklusif adalah untuk meningkatkan
penyertaan dan memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas menyertai
program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid normal di arus
perdana. PPI juga memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak
menafikan potensi murid berkeperluan khas dan percaya bahawa ketidakupayaan
mereka boleh diminimumkan jika diberi peluang yang sama.

5
UNESCO(1994). Regular schools with an inclusive orientation are the most effective of combating
discriminatory attitudes, creating welocming communities, building an inclusive society and achieving
education for all
6 Undang-undang Malaysia, Akta OKU (2008)

2
6.0 FAKTOR MEMPENGARUHI KEJAYAAN PEND. INKLUSIF
Kajian-kajian berkaitan dengan pendidikan inklusif secara global membuktikan
terdapat pelbagai faktor boleh menjadi faktor kejayaan pendidikan inklusif. Hal ini
termasuklah individu dan agensi yang menyumbang tenaga dan perkhidmatan
mereka demi pelaksanaan pendidikan inklusif dengan cemerlang 7 (Friend, 2011;
Sukumaran, 2013).
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan khas dilihat sebagai
perkhidmatan yang diberikan oleh sekumpulan individu atau agensi-agensi yang
mempunyai kepakaran tertentu8 (Hallahan & Kauffman, 2006). Objektif utama
bantuan ini adalah untuk mengurangkan bebanan cara pembelajaran bagi MBK
melalui pewujudan persekitaran yang dapat memaksimumkan penglibatan MBK.
Hal ini bermakna, tumpuan yang khusus harus diberikan terhadap khidmat
sokongan yang dapat menyediakan persekitaran yang tiada batasan atau
mengehadkan didikan mereka bersama murid arus perdana.
Perkhidmatan sokongan boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
peralatan, masyarakat, infrastruktur dan personel. Penyediaan keperluan
peralatan khusus misalnya mesin braille dan kanta pembesar bagi murid-murid
masalah penglihatan. Manakala sistem peralatan Augmentative and Alternative
Communication (ACC) untuk individu yang kurang upaya dari segi pertuturan dan
menulis.
Manakala bagi sokongan infrasktruktur pula meliputi persekitaran
“mesra kurang upaya” seperti susur landai (ramp), susur tangan (railing), tandas
OKU dan longkang bertutup9 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Ini semua
adalah bagi memudahkan pergerakan serta penglibatan MBK dalam aktiviti
seharian di sekolah. fizikal kelas inklusif yang berkesan sewajarnya membolehkan
guru dan murid bergerak tanpa halangan.
Dalam hal ini juga, masyarakat turut berperanan dalam mempengaruhi
kejayaan PPI dalam institusi pendidikan. Masyarakat yang dimaksudkan ini adalah
masyarakat sekolah yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan

7
Sukumaran, S. Loveridge, J. & Green, V. (2014). Inclusion in Malaysian intergrated preschools.
International Jounal of Inclusive Education
8 Hallahan, D. P., & Kauffman, J.M. (2006). Exceptional learners: Introduction to Special Education.

Boston: Allyn and Bacon


9
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif murid berkeperluan
khas: Edisi Percubaan

3
individu kurang upaya. Hal ini termasuklah ibu bapa kepada murid berkeperluan
khas. Sokongan padu daripada ibu bapa kanak-kanak biasa dan kanak-kanak
berkeperluan khas amat penting untuk menjayakan program pendidikan inklusif.
Dalam konteks ini, personel juga merupakan salah satu khidmat
sokongan. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Friend (2011), khidmat
sokongan melalui kolaboratif personel pelbagai disiplin dalam pendidikan khas
dapat mewujudkan perkongsian maklumat, pengetahuan dan kemahiran bagi
meningkatkan potensi MBK10. Sokongan personel biasanya dikaitkan dengan
pakar perubatan, pakar perkhidmatan bahasa, pakar audiologi dan sebagainya

7.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK TERTENTU


Individu yang terlibat dengan pendidikan inklusif perlu memainkan peranan dan
bertanggungjawab untuk menjayakan program ini. Hal ini bermula dengan
pentadbir sekolah. Pengetua sekolah ialah pemimpin yang membimbing sekolah
ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik. Tanggungjawab utama
pengetua ialah:
Membentuk visi kejayaan
akademik untuk semua
Tanggungjawab utama

murid

mewujudkan iklim yang


mesra pendidik

memupuk kepimpinan
dalam individu lain

menambah baik pengajaran

mengurus manusia data dan


proses

Tugas Guru PK pentadbiran, HEM, Kokurikulum pula adalah untuk membantu


merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI. Selain itu, membantu merancang
dan menyelaras keperluan bahan bantu belajar dan kebajikan murid khas serta
menyelaras permohonan Elaun Murid Khas.

10Friend (2011). Special Education: Contemporary perspective for school professionals.


Upper Saddle River, NJ: Pearson

4
Manakala GPK pendidikan khas pula bertindak membantu dalam
melaksanakan PPI di sekolah mengikut garis panduan yang disediakan.
Seterusnya, membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan
mesyuarat Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah.
Tugas Guru Arus perdana pula dibahagikan kepada empat jenis guru iaitu:

•menerima dan melaksanakan PnP bagi MBK


Guru mata dalam kelas inklusif
•berkerjasama dengan guru pendidikan khas
pelajaran untuk menjaga kebajikan MBK

•memberikan khidmat bimbingan dan


Guru bimbingan kaunseling kepada MBK dan penjaga
•menyediakan laporan tentang khidmat
dan kaunseling kaunseling untuk MBK

•menyediakan laporan berkaitan disiplin bagi


murid yang terlibat
Guru disiplin •berkerjasama dengan guru pendidikan khas
untuk mengatasi masalah tingkah laku MBK

•mengenal pasti MBK yang berada di kelas arus


Guru pemulihan perdana ditempatkan dalam PPI
khas

8.0 RUMUSAN
Konsep pendidikan inklusif adalah untuk memberi pendidikan kepada mereka
yang mempunya keperluan khas. Hal ini adalah disebabkan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Universal Declaration of Human Right yang menyatakan bahawa
pendidikan merupakan hak asasi seluruh manusia. Pelbagai sokongan telah
diberikan dalam menjayakan program ini. Bukan hanya dari sokongan peralatan,
bahkan juga dari segi infrastruktur, pakar perubatan bahkan juga dari institusi
masyarakat itu sendiri yang kian memahami akan perasaan yang di alami oleh
orang berkeperluan khas.

5
RUJUKAN
Abdul Chaer dan Liliana Muliastuti. Makna dan Semantik. Dilayari pada 20 Feb 2018.
Diperoleh daripada: http://repository.ut.ac.id/4770/1/PBIN4215-M1.pdf
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Publication
Bloomfield, L. (1992). Bahasa (Terjemahan Alias Mahpol et al). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
Mansor Embong (pemuat naik). (Tanpa tarikh). Bab 3 Makna Ayat dalam Bahasa Melayu.
Diperoleh dari:
https://www.academia.edu/35860376/BAB_3_MAKNA_AYAT_DALAM_BAHASA_ME
LAY U
John Lynos. (1992. Bahasa dan Linguistik: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka
Othman Puteh (Penyelenggara). (1994). Guruh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
S. Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
S. Nathesan. (Tanpa tarikh). Teori Semantik dan kajian Kepustakaan Terhadap Semantik
Leksikal. Diperoleh dari: http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-
content/uploads/2016/04/5- Teori-Semantik-dalam-Kajian-Kepustakaan.pdf
Semantik: Perluasan, Penyempitan dan perubahan makna. Diperoleh dari:
http://studentsrepo.um.edu.my/3197/5/BAB3.pdf

You might also like