You are on page 1of 24

PERKAMUSAN, PERISTILAHAN DAN

PENTERJEMAHAN BAHASA MELAYU


(BMMB3113)
Tajuk:
Analisis senario penggunaan istilah bahasa Melayu dalam media sosial oleh
pelajar pada hari ini berdasarkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa
Melayu dan berikan cadangan penyelesaian untuk melahirkan Murid Bijak Bahasa
Bermutu.

Nama Ahli Kumpulan:


i. Mohamad Amirul Husni bin Mohd Nasir
ii. Nur Aini Anisatirah binti Mohamad Noor
Azam
iii. Nursyifa Adiba binti Ramli
Nama Pensyarah:
Dr. Shamsul Aizuwani bin Nawi
ISI
KANDUNGAN
4. CADAGAN PENYELESAIAN
1. KONSEP ISTILAH UNTUK MELAHIRKAN MURID
BIJAK BAHASA BERMUTU
2. SENARIO PENGGUNAAN
ISTILAH BAHASA MELAYU 5. RUMUSAN
DALAM MEDIA SOSIAL

3. PROSES DAN TATACARA 6. RUJUKAN


PEMBENTUKAN ISTILAH
01
KONSEP ISTILAH
● Felber (1995) mengatakan bahawa istilah ialah
KONSEP ISTILAH suatu lambang linguistik yang diperuntukkan
kepada satu atau lebih daripada satu konsep, yang
● Kamus Dewan (2010) menyatakan bahawa istilah
setiap satunya telah ditakrifkan daripada konsep-
merujuk kepada kata, gabungan kata atau frasa
konsep keliling.
yang mengungkapkan konsep yang khusus yang
● Pedoman Umum Pembentukan Istilah (2004)
terdapat dalam sesuatu bidang ilmu.
mentakrifkan istilah sebagai sesuatu kata yang
● Sulaiman Masri (1993) mentakrifkan bahawa
mempunyai makna yang tepat dalam konteks
istilah sebagai suatau lambang linguistik yang
bidangnya, dengan itu dapat diberikan definisi yang
berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan
tetap.
beberapa bentuk bebas yang gramatis dan
● Berdasarkan kepada konsep yang telah
sistematis, yang mengandungi timbunan konsep
dikemukakan oleh tokoh-tokoh berikut, dapat
atau objek khas dalam bidang tertentu, dan
dirumuskan bahawa istilah merupakan suatu kata
bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar
yang memberi makna dengan jelas terhadap
melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai
sesuatu perkara mengikut konteks dan bidang
mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.
tertentu.
02
SENARIO PEMBENTUKAN
ISTILAH BAHASA MELAYU
DALAM MEDIA SOSIAL
ANTARA SENARIO PENGGUNAAN
ISTILAH DALAM TWITTER

hawau

raklu

naw

mantul

walaweh
03
PROSES DAN TATACARA
PEMBENTUKAN ISTILAH
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
“RAKLU” “RAKLU”
● Istilah “raklu” ini merupakan gabungan dua perkataan ● Istilah “raklu” ini membawa beberapa maksud pergi dan
iaitu “gerak dulu” gerak.

● Gabungan dua perkataan ini terdiri daripada kata dasar. ● Istilah ini merupakan kata bahasa Melayu yang tidak lazim

● Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua perkataan digunakan.

ini boleh menerima imbuhan di hadapan kata. ● Hal ini dikatakan demikian kerana istilah ini hanya

● Setelah digabungkan, suku kata kedua dalam setiap digunakan dalam media sosial dan tidak digunakan dalam
mana-mana situasi formal.
perkataan telah diambil bagi membentuk singkatan
menjadi istilah “raklu”
● Perkataan ini wujud apabila adanya penggunaan perkataan
yang diringkaskan atau istilah baharu yang digunakan oleh
golongan muda. Hal ini disokong melalui kajian yang
dijalankan oleh Hidayah et. al. (2019).
● Maka, jelaslah bahawa penggunaan kata ini tidak lazim
digunakan kerana hanya sekadar digunakan dalam situasi
yang tidak formal dan oleh orang-orang tertentu yang
mengetahui istilah ini sahaja.
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
“MANTUL” “MANTUL”
● Istilah “mantul” ini merupakan gabungan dua perkataan ● Istilah “mantul” ini membawa beberapa maksud sangat
iaitu “mantap betul” mantap, hebat dan terbaik
● Gabungan dua perkataan ini terdiri daripada kata dasar. ● Istilah ini merupakan penggunaan bahasa serumpun yang
● Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua perkataan
tidak lazim digunakan.
ini boleh menerima imbuhan di hadapan kata.
● Istilah ini jika dilihat melalui konteks ayat, ia berkonotasi
● Setelah digabungkan, suku kata pertama “man” dan
baik di mana istilah ini diujarkan bagi mengucapkan tahniah
suku kata kedua “tul” dalam setiap perkataan telah
atas kehebatan dan kelebihan yang ada pada seseorang.
diambil bagi membentuk singkatan menjadi istilah
Perkara ini disokong melalui kajian Syihaabul Hudaa dan
“mantul”
● Istilah ini digunakan oleh masyarakat Indonesia dan
Ahmad Bahtiar (2020).

telah tersebar secara meluas di Malaysia. ● Maka, jelaslah bahawa penggunaan kata ini tidak lazim

● Lama kelamaan, istilah ini menjadi suatu istilah yang digunakan kerana hanya digunakan oleh individu atau

sering digunakan dalam media sosial pada hari ini. orang yang mengetahui istilah ini sahaja.
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
“HAWAU” “HAWAU”
● Istilah “hawau” ini tidak mempunyai satu proses ● Istilah “hawau” ini membawa beberapa maksud terpegun,

pembentukan istilah kerana terbentuk daripada pertuturan gempak dan mengada-ngada.

seharian suku kaum masyarakat. ● Istilah ini merupakan penggunaan bahasa dialek yang lazim
digunakan.
● Istilah ini merupakan istilah yang sering digunakan dalam
pertuturan masyarakat terutamanya bagi orang Melaka.
● Istilah ini juga dilihat agak kasar jika dituturkan namun
maknanya mendukung makna yang baik dan tidak keterlaluan.
● Istilah ini juga digunakan bagi menjadikan penyedap ayat ketika
berbicara.
● Maka, jelaslah bahawa penggunaan kata ini lazim digunakan
kerana merupakan bahasa dialek yang diketahui dan sering
dipertuturkan oleh orang ramai dan sering didengari
terutamanya ketika berada di Bandaraya Melaka.
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
“WALAWEH” “WALAWEH”
● Istilah “walaweh” ini tidak mempunyai satu proses ● Istilah “walaweh” ini membawa beberapa maksud iaitu hebat,
pembentukan istilah yang khusus. terbaik dan mantap.

● Istilah ini merupakan penggunaan perkataan atau istilah

daripada bahasa lain.

● Hal ini dikatakan demikian kerana istilah ini berasal dari

perkataan bahasa Mandarin iaitu “Walao wei”.

● Berdasarkan kepada perkataan bahasa Mandarin itu, golongan

muda telah mengubah perkataan tersebut ke dalam bahasa

Slanga dan disebut sebagai “walaweh”. Hal ini disokong melalui

kajian Norfarahdila dan Sa’adiah (2018) yang menyatakan

bahawa kewujudan perkataan ini telah menjejaskan dan

memudaratkan ketulenan bahasa Melayu Standard. Perkaran

● Hal ini dikatakan demikian kerana istilah ini hanya digunakan

dalam media sosial dan tidak dipertuturkan secara umum.


PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH
“NAW” “NAW”
● Istilah “naw” ini tidak mempunyai satu proses pembentukan ● Istilah “naw” ini membawa beberapa maksud iaitu betul, tepat,

istilah yang khusus kerana istilah ini merupakan istilah yang sangat dan sebagai penyedap ayat.

dituturkan oleh penduduk di sesuatu tempat di sebelah utara. ● Bagi memahami penggunaan istilah ini, seseorang itu perlu
melihat kepada konteks ayat yang digunakan sebelum
menjelaskan maksudnya.
● Istilah “naw” ini merupakan istilah yang sering kali digunakan
oleh orang utara terutamanya penduduk negeri Perak di daerah
Bota.
● Istilah ini merupakan perkataan dialek yang kurang lazim
digunakan.
● Hal ini dikatakan demikian kerana hanya sesetengah individu
yang mengetahui maksud dan konteks penggunaanya sahaja
yang mengetahui di mana cara tepat untuk menggunakan
istilah ini.
CONTOH AYAT CONTOH AYAT
3. hawau
● Hawau betul skrin telefon i-Phone, nipis dan

1. raklu
menarik.

● Kamarul aku raklu sebab sudah lambat. 4. walaweh


● Walaweh polis buat sekatan jalan raya di

2. mantul semua tempat.

● Wah, mantul inovasi kamu buat!


5. naw
● Kenapa cepat naw kau kemas rumah?
04
CADANGAN PENYELESAIAN
MELAHIRKAN MURID BIJAK
BAHASA BERMUTU
CADANGAN PENYELESAIAN
Mendidik anak
Mengadakan
menggunakan istilah
minggu celik
yang betul sejak
istilah
kecil

PERANAN PERANAN PERANAN PERANAN


DBP PIHAK MEDIA IBU BAPA
SEKOLAH SOSIAL

Membina korpus Menyebarkan


dan “Satu hari,
menyebarkannya satu istilah”
PERANAN DBP
 DBP memainkan peranan penting dalam pembentukan istilah bahasa Melayu.
 Dalam melahirkan murid bijak, bahasa bermutu, DBP memainkan peranan untuk membina korpus dan
menyebarkannya melalui buku-buku istilah, tatabahasa dan perkamusan (Faridah dan Faidziah, 2016).
 Dengan adanya usaha ini, buku-buku yang diterbitkan ini akan dijadikan bahan dan sumber rujukan
kepada murid-murid bagi melihat penggunaan istilah yang betul.
 Secara tidak langsung, perkara ini mampu untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan mereka
berkaitan istilah-istilah sedia ada mahupun istilah-istilah baharu untuk digunakan sama ada dalam
komunikasi mahupun penulisan.
 Selain itu, DBP juga boleh mengambil inisiatif dengan melihat dan meneliti istilah yang digunakan masa
kini sama ada boleh dijadikan istilah yang ditakrif oleh DBP ataupun tidak.
 Jelaslah bahawa DBP merupakan penggerak utama dalam mengembangkan istilah-istilah yang wujud
dan sekali gus mampu untuk melahirkan Murid Bijak Bahasa Bermutu.
PERANAN PIHAK SEKOLAH
 Pihak sekolah merupakan ejen dalam mentransformasikan murid menjadi seorang yang bijak dan cekap

berkaitan istilah.

 Kebiasaanya, kesemua sekolah di Malaysia akan mengadakan minggu bahasa yang akan memfokuskan

berkaitan aktiviti kebahasaan seperti pertandingan mencipta pantun, pidato, bercerita dan banyak lagi.

 Namun, program-program berkaitan istilah ini tidak diketengahkan malah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran juga murid juga hanya mempelajari istilah mengikut topik-topik tertentu sahaja.

 Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah menganjurkan program “Celik Istilah” di mana murid-murid

dikehendaki untuk mencari dan mengumpulkan sebanyak mana istilah bagi menambahkan pengetahuan

mereka.

 Melalui program ini juga, guru boleh menjemput pakar-pakar bahasa bagi memberi penerangan dan membuka

mata murid-murid berkaitan istilah.

 Dengan adanya program ini, ia bukan sahaja membantu murid dalam mengetahui istilah baharu malah dapat

meningkatkan dan meluaskan penggunaan kosa kata dalam kalangan murid.

 Oleh itu, inisiatif ini wajar untuk diambil oleh pihak sekolah dalam melahirkan Murid Bijak Bahasa Bermutu.
PERANAN MEDIA SOSIAL
 Media sosial merupakan medan paling sesuai untuk menyebarluaskan penggunaan istilah-istilah baharu pada masa
kini.
 Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan murid pada masa kini lebih gemar untuk mencari sesuatu
menggunakan pelantar dalam talian kerana lebih mudah, menjimatkan masa dan boleh diakses di mana-mana
(Naquih et. al, 2017).
 Oleh yang demikian, mana-mana agensi atau badan organisasi berkaitan bahasa hendaklah mengambil peluang ini
dengan menggunakan pelantar media sosial untuk menyediakan “Satu Hari, Satu Istilah”.
 Sebagai contoh, kebanyakan pelantar media sosial seperti laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman
Facebook Institut Peradaban Melayu UPSI bergiat aktif dalam berkongsi istilah-istilah baharu pada masa kini.
 Inisiatif yang diambil oleh kedua-dua pihak ini amatlah baik dan perlu diteruskan supaya kesemua generasi pada hari
ini sentiasa mengambil cakna tentang istilah-istilah baharu.
 Dalam pada itu juga, agensi-agensi lain perlu berkolaboratif dan perlu memberi sokongan dalam menjayakan program
berterusan “Satu Hari, Satu Istilah”.
 Oleh itu, dengan adanya penggunaan media sosial dalam penyebaran istilah baharu, sudah tentu murid-murid akan
lebih cakna dan peka terhadap kewujudan istilah itu sekali gus mampu untuk melahirkan Murid Bijak Bahasa Bermutu.
PERANAN IBU BAPA
 Ibu bapa memainkan peranan penting dengan mendidik anak-anak untuk menggunakan istilah yang betul dan tepat
semasa berkomunikasi mahupun menulis.
 Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik dengan sentiasa menggunakan
bahasa yang betul semasa berkomunikasi.
 Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu memberi sokongan kepada anak-anak untuk menyertai dan melibatkan diri
dalam pelbbagai aktiviti yang melibatkan peristilahan agar mereka mempunyai kosa kata yang tinggi.
 Dengan adanya contoh teladan dan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa, maka anak-anak akan lebih
bersemangat untuk meneroka dan mencari sesuatu istilah yang baharu.
 Keberhasilan seseorang anak ini adalah bergantung kepada didikan ibu bapa kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya.
 Jelaslah bahawa peranan ibu bapa sangat penting dalam melahirkan Murid Bijak Bahasa Bermutu.
05
RUMUSAN
RUMUSAN

 Senario penggunaan istilah-istilah baharu dalam media sosial hari ini semakin hari semakin berleluasa.
 Perkara ini terjadi apabila masyarakat terutamanya generasi muda mudah terpengaruh dengan bahasa
singkatan mahupun bahasa slanga yang digunakan oleh penutur-penutur lain.
 Tambahan pula, perkara ini akan menjadikan generasi muda lebih tertarik dengan penggunaan
bahasa-bahasa ini kerana lebih bersifat ekslusif berbanding bahasa Melayu standard.
 Oleh yang demikian, peranan pelbagai pihak dalam menangani isu ini sangat penting supaya generasi
baharu akan datang menggunakan istilah yang tepat dan ditakrif oleh DBP.
 Jelaslah bahawa penggunaan istilah yang betul dan tepat sangat penting dalam menjaga kedaulatan
bahasa Melayu dan mampu untuk melahirkan Murid Bijak Bahasa Bermutu.
06
RUJUKAN
RUJUKAN
 Faridah Nazir dan Faiziah Shamsudin. (2016). Semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.
 Felber, H. (1995). Panduan peristilahan. Diterjemahkan oleh Zahrah Ghafur dan Salamiah Mat Sah. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
 Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman Abdul Manaf, Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob, Abdul
Jalil Ramli, Zuraidi Ahmad Mokhdzar, Jamsari Jamaluddin, Maskor Bajuri & Mohd Erpi Mohd Ali. (2019).
Pengaruh bahasa rojak di media baharu terhadap bahasa kebangsaan. International Journal of Law, Goverment
and Communication, 4(15), 141-153.
 Kamus Dewan. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Naquih Nahar, Sahrunizam Sangi, Dharsigah a/p Banicar Salvam, Nurhidayu Rosli & Abdul Hafiz Abdullah. (2017). Impak
negatif teknologi moden dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja. International
Journal of Islamic and Civilizational Studies, 1, 87-99
 Norfarahdila Jamali dan Sa’adiah Ma’alip. (2018). Fenomena penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja Felda di
Gugusan Felda Taib Andak: Suatu tinjauan sosiolinguistik. Jurnal Wacana Sarjana, 2(3), 1-15.
 Pedoman Umum Pembentukan Istilah. (2004). Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Syihaabul Hudaa dan Ahmad Bahtiar. (2020). Variasi bahasa kaum milineal: Bentuk akronim dan palindrom dalam media
sosial. Jurnal Bahasa Indonesia, 3(1), 41-52
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like