You are on page 1of 16

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
FARAH FAZRIYANA BASRI FITRI NORLIDA IBRAHIM IZA KASMADIANA KASMIJAN NOR AZRINA MOHD ZAINOL NUR AFIFAH AHMAD

Kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591)

Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

LANGKAH 1

Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :
gaya tapak defisit garis pusat hasil keluaran kuasa

LANGKAH 2

Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya : peka mendap jisim cerakin hablur ketuhar

LANGKAH 3

Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya : gambut (Banjar) engkabang (Iban) dermaga (Jawa) nyeri (Sunda) awet (Jawa) labur (N.Sembilan)

LANGKAH 4

Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya : dening (Kelantan) riam (Johor) engkabang (Iban) nyeri (Sunda)

LANGKAH 5

Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya : atom atom electron- elektron professional profesional psychology - psikologi structure - struktur

LANGKAH 6

Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :

bona fide fait accompli

esprit de corps weltanschauung

LANGKAH 7

Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuhtujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :
Ungkapan yang paling singkat Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk Ungkapan yang sedap di dengar

PENGGUNAAN POPULAR
Diterbitkan oleh penulis-penulis di dalam karya mereka seperti cerpen, sajak, dan tulisan-tulisan kreatif . Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya. Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan umum.

Antara contoh perkataan ialah :

temu ramah meja berita ibu kota lidah pengarang kempen

tarik diri tajuk kecil sidang media nama pena

SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH


1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah

mestilah tepat untuk mengungkap konsep


yang dimaksudkan dan stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu.

2. Kata atau frasa hendaklah paling ringkas antara pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang sama.

Kata atau frasa mempunyai konotasi yang


baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan hubungan antara bangsa.

Dari aspek bunyi pula : 1. Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang disedap didengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah; Mengumpul, membentuk dan memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Menerbitkan istilah bahasa Melayu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.


Hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel

bagi bahasa Melayu moden,


Hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa, Diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, Memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia Memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

You might also like