You are on page 1of 15

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

• Teori perkamusan bermaksud kecenderungan penggunaan ilmu linguistik,


semantik, dan pragmatik yang serba lengkap dalam sesebuah kamus.
• Kamus berperanan untuk menjelaskan makna atau definisi kepada kata dan
maklumat ini turut menggunakan kata-kata.
• Ini bermakna dalam perkamusan kita perlu mencari maksud kepada sesuatu
lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri.
• Lambang tersebut ialah lambang linguistik. Justeru, kamus- kamus yang
disusun perlulah memberi keutamaan kepada prinsip kesarjanaan sebagai
asas atau panduan dalam penyusunan kamus.
Prinsip – prinsip penyusunan kamus.
A) Keaslian  kamus perlu mengandungi bahasa yang mempunyai bukti bahawa
bentuk tersebut benar-benar diaplikasikan oleh penutur jati.

B) Keperwakilan  kamus perlu mengandungi bahan yang benar-benar mewakili ruang


lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak-kanak.

C) Kelayakan  Penyusun kamus perlu memastikan bahawa hasil kerjanya adalah


sesuai dengan objektif pekerjaannya. Keperluan bagi kamus
ekabahasa adalah berlainan dengan kamus dwibahasa. Dalam pada
itu, kelayakan sosial juga hendaklah diberi penekanan seperti bahasa,
agama, dan adat istiadat pengguna kamus.
D) Sumber  Sumber bagi kata masukan atau entri hendaklah berdasarkan kepada
sumber yang layak digunakan berpandukan kepada penelitian
lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder dengan rujukan
kepustakaan.
KATA ENTRI / KATA MASUKAN
• perkataan yang dimasukkan atau terangkum dalam sesebuah kamus. Kata
entri adalah entri yang disusun menurut susunan abjad yang diikuti dengan
takrif dan maklumat lain seperti kelas kata, etimologi dan sebagainya.
• Asmah Hj. Omar (1969) menyatakan bahawa bagi sesuatu masukan kata,
disertakan dengan terbitannya sekali.
• Setiap entri tidak diterangkan maklumat sebutannya. Pengecualian diberikan
kepada beberapa entri tertentu yang mempunyai masalah dari segi cara
sebutannya.
Contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat:
• Entri yang melibatkan penggunaan e-taling. (bearis)
• Entri yang mengekalkan ejaan dan sebutan bahasa asal (lasagna – lezaniye)
• Entri nama Allah yang dalam tulisan Arab bermula dengan Alif Lam Syamsiah.
KATA STANDARD DAN VARIASI
• Kata standard ditakrifkan sebagai sesuatu perkataan dengan ejaan
yang mempunyai pengiktirafan sebagai betul.

• Perkataan yang diturunkan pada akhir takrif struktur standard ini,


atau sebagai muatan rujuk silang, ialah variasi kepada bentuk
standard dan merupakan variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu
sahaja variasi ejaan.

• – contoh perkataan seperti, ”khanduri” yang bentuk standardnya


adalah kenduri; lafal (lafaz), petenah (fitnah) dan sebagainya.
Rujuk silang:
kata, tanda dsb yg mengarahkan perhatian pembaca dr satu tempat ke
tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat
lanjut.
merujuk silang membuat rujukan dr satu kata atau bahagian buku, rencana
dsb ke satu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain utk mendapatkan
keterangan atau maklumat lanjut.
merujuksilangkan merujukkan sesuatu kata atau bahagian buku, rencana
dsb ke sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain dgn
menggunakan kata atau tanda: Kata itu dirujuksilangkan ke kata yg
mempunyai erti yg sama dgnnya.
VARIASI EJAAN

• Variasi ejaan pula merujuk kepada perkataan-perkataan


tertentu diperturunkan sebagai rujuk silang dengan tanda
anak panah yang merujuk kepada bentuk dan ejaan yang
standard semata-mata untuk kemudahan pengguna yang
mungkin masih mempunyai keraguan atau tidak pasti
tentang bentuk atau ejaan yang standard.
SEBUTAN
DAN
ETIMOLOGI
Sebutan ialah cara melafazkan perkataan
secara standard.
Menurut Nik Safiah Karim, Bahasa
Melayu standard ialah variasi yang
digunakan apabila orang daripada pelbagai
dialek dalam negara ini menggugurkan ciri-
ciri kedaerahan masing-masing dan
menggunakan variasi berasaskan bahasa
Melayu Johor-Riau.
Sebutan baku dalam bahasa Melayu berdasarkan huruf demi
huruf iaitu nilai bunyi dalam bahasa kita bukannya loghat ataupun
bahasa Inggeris (Datuk Hassan Ahmad, 1988).

Oleh itu, kamus Dewan Edisi Ketiga memuatkan cara-cara


sebutan bahasa Melayu yang betul dengan menggunakan simbol
diakritik (transkripsi fonetik).

Cara sebutan ini dimuatkan dalam kurungan selepas entri


utama kata diletakkan.
Contohnya seperti perkataan yang mengandungi e
taling diberikan dengan simbol [ é ].

Namun demikian penggunaan simbol diakritik dalam


Kamus Dewan Edisi Keempat tidak menyeluruh. Huruf
e pepet [ͽ ] tidak ditandakan dengan simbol diakritik
menyebabkan pengguna keliru dalam membunyikan
perkataan “semak” yang mempunyai makna homograf
iaitu “lalang” dan “meneliti”.
ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA)

Perkataan “etimologi” berasal daripada bahasa Belanda


“etymologie” yang kata akarnya berasal daripada bahasa
Yunani “étymos” yang membawa maksud “ilmu sebuah kata”.

 Justeru etimologi diertikan sebagai ilmu yang mempelajari


tentang perubahan dan perkembangan bentuk kata.

 Etimologi yang pada asalnya digunakan dalam Kamus


Oxford English Dictionary (1928) : merupakan cabang ilmu
linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu
kata.
ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA)

Sifat-sifat perkataan dan asal usulnya ditunjukkan dalam Kamus


Dewan Edisi Keempat dengan menggunakan pelbagai kata
kependekan.

Hal ini demikian untuk menyatakan bahasa sumber sesuatu


perkataan yang sudah meresap ke dalam perbendaharaan bahasa
Melayu yang sifat-sifat keasingannya dapat menjadi titik permulaan
pengkajian terhadap kata-kata pinjaman.
ETIMOLOGI (ASAL-USUL KATA)

Contoh rujukan etimologi ini seperti kata “Ar” bagi


perkataan Arab, singkatan “Mn” bagi perkataan Minangkabau,
singkatan “Ml” bagi perkataan Melaka dan pelbagai lagi.

Contohnya pada perkataan “abuya” dalam Kamus Dewan


mengandungi etimologi “Ar” iaitu daripada bahasa Arab yang
bermaksud “panggilan hormat kepada ayah”.

You might also like