You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan
penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang
boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di
istilahkan sebagai laras iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa
seseorang individu apabila bahasa digunakan.

Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada membincangkan dua


konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan
bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah seperti dialek Kelantan,
Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya.

Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-


beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras
iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang
melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan
untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk
menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan
bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat,
disebut juga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza
mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu
bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa
biasanya berubah-berubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah
perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu
digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.
2.0 LARAS BAHASA MELAYU DALAM KOMUNIKASI YANG PELBAGAI

Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara
penyampaian wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang
penggunaan bahasa seperti bidang Matematik. Cara penyampaian wacana ialah
media perlakuan bahasa samada secara lisan atau bertulis. Gaya Wacana pula
adalah bidang tentang perhubungan antara peserta perlakuan bahasa iaitu secara
formal atau tidak formal.

Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan


penggunaannya dalam pelbagai situasi. Antara jenis-jenis laras ialah laras biasa atau
laras umum, laras akademik atau laras ilmiah, laras perniagaan, laras perundangan,
laras sastera dan sebagainya.Hal ini kerana terdapat hubungan yang erat antara
susunan bahasa dengan situasi-situasi disebabkan interaksi sehingga menghasilkan
laras.

2.1 LARAS BAHASA BIASA ATAU UMUM

Laras ini menggunakan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang


ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan harian.
Laras biasa tidak menggunakan istilah atau pola yang khusus. Ciri-cirinya
adalah bebas dan mudah difahami serta kurang terkawal dari aspek
tatabahasa. Ia juga mempunyai unsur kemesraan seperti menggunakan ganti
nama diri pertama seperti aku, cek, makcik , kak ngah dan sebagainya.

Laras bahasa biasa menggugurkan kata sendi nama seperti dari,


daripada, di, akan dan hingga. Ia juga menggunakan ayat yang pendek dan
ringkas, dan ada kalanya menggunakan imbuhan asing. Terdapat juga unsur
ambiguiti atau kekaburan makna.

Contoh: Hai Mat! Nak ke mana tu? Singgahlah dulu!


2.2 LARAS BAHASA PERNIAGAAN

Laras jenis ini digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin
dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya
membeli barangan menerusi cara penyampaian yang amat menarik. Ayat
yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.

Contoh : Percuma, sebuah telefon bimbit Samsung dengan setiap pembelian


sebuah LCD Skrin Televisyen Pensonic.

2.3 LARAS BAHASA AKADEMIK

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan


bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras bahasa sains, laras ekonomi,
laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada
beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik.
Misalnya dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan


dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan
bidang berkenaan. Contohnya dalam bidang ekonomi terdapat istilah-istilah
khusus seperti permintaan, penawaran, kos, modal, buruh dan susut nilai.
Contoh laras sains dalam bidang kimia : Air terhasil daripada kandungan
hidrogen dan oksigen (H2O).

2.4 LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG

Laras undang-undang merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang


terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Walau
bagaimanapun, pada masa sekarang laras undang-undang lebih bersifat
moden dan banya menggunakan istilah teknikal. Contoh : Defenden
membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan
plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan
dengan perbicaraan berkenaan.
2.5 LARAS BAHASA MEDIA MASSA

Laras media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya


penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja
dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga
ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada
pembaca dan penonton.

Contoh : Pasukan hijau kuning telah memalukan pihak lawan apabila


pasukan Kelantan dikalahkan di gelanggang sendiri dengan jaringan dua gol
berbalas satu.

2.6 LARAS BAHASA SASTERA

Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga


mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang
diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan kesusasteraan serta hubungan
antara kedua-duanya.

Contoh : Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan


membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej, dan watak
yang mengandungi unsur-unsur personifikasi dan metafora.

2.7 LARAS BAHASA RENCANA

Laras rencana adalah laras bersifat umum yang menyentuh mengenai tajuk
tertentu. Ciri utama dalam laras rencana ialah kepelbagaian idea mengenai
sesuatu tajuk yang diperkatakan.

Contoh : Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton belum
dapat diukur sepenuhnya. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, faktor
rekabentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu
diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai
rintangan sebelum ia berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan
luar Negara.
3.0 ANALISIS DAN MENILAI LARAS BAHASA BERDASARKAN RAKAMAN VIDEO
MAJLIS RASMI

Rakaman video majlis rasmi yang saya kaji ialah Rakaman Majlis Konvensyen Kali
Ke 19 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(https://www.youtube.com/watch?v=6NoJ1Knigo4&feature=youtu.be). Dalam
menganalisis dan menilai laras bahasa yang digunakan dalam majlis tersebut, saya
dapati terdapat beberapa penggunaan laras bahasa seperti laras bahasa agama,
laras bahasa akademik, laras bahasa umum, laras bahasa sastera, laras bahasa
ekonomi dan laras bahasa kreatif.

3.1 LARAS BAHASA AGAMA

Laras bahasa Agama merujuk kepada teks yang diungkapkan untuk


memperkatakan hal ehwal agama. Maksudnya, kandungan laras agama
meliputi aspek agama, perkara berkaitan agama, dan apa-apa jenis agama.
Malah, laras ini digunakan untuk menerangkan sebarang topik yang
ada kaitannya dengan agama, termasuklah tentang akidah, fiqah, kisah-kisah
Nabi dan para sahabat, serta kadangkala diselitkan dengan petikan daripada
Al-Quran dan Hadis. Oleh sebab agama Islam diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW, iaitu seorang khalifah yang berbangsa Arab dan baginda
menyebarkannya, maka bahasa Arab merupakan bahasa pengantar utama
bagi agama Islam.
Dalam video majlis konvokesyen juga ada menggunakan laras
bahasa agama. Ini dibuktikan dalam bacaan doa yang menggunakan bahasa
arab dan bermunajat kepada tuhan.
3.2 LARAS BAHASA AKADEMIK

Laras bahasa Akademik bersifat ilmiah, formal dan objektif. Lantaran itu, gaya
bahasanya menunjukkan kematangan dan keintelektualan yang berupaya
menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Istilah
yang digunakan lebih khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak
berpendidikan tinggi kerana berformat seperti nota kaki, bibliografi dan
indeks. Malah, laras ini melahirkan kesempurnaan bahasa yang dapat dilihat
melalui aspek kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan
keindahan bahasa. Tambahan pula, laras ini mengutamakan pemaparan,
perbincangan dan penghuraian serta menggunakan penulisan ragam ayat
pasif dan ayat majmuk.

Antara contoh penggunaan laras bahasa akademik dalam video majlis


konvokesyen adalah ucapan daripada Menteri Besar Selangor iaitu ‘justeru
itu, apabila sarjana Harvard, Harry Lewis memaparkan kemerosotan institusi
dan tradisi keilmuan, melebarkan permasalahan nilai dan keluhuran insan di
institusi ulung barat dalam karyanya’

3.3 LARAS BAHASA UMUM

Laras bahasa biasa merupakan laras yang digunakan dalam perbualan


seharian dan tiada pengunaan istilah dan konteks khusus atau melibatkan
sebarang bidang ilmu. Selain itu, struktur ayat laras ini adalah mudah, ringkas
dan padat. Di samping itu, bentuk laras bahasa biasa formal digunakan
dalam situasi rasmi sahaja manakala bentuk laras bahasa tidak formal
menggunakan ciri-ciri bahasa basahan

Sebagai contoh, pada permulaan video sebelum pembukaan majlis


konvokesyen tersebut, pengacara majlis ada menggunakan laras bahasa
umum atau laras bahasa biasa. Pengacara ada bertanyakan soalan :

Bagi sayalah Dewi, saya cukup nak tahu tentang TV Selangor ni. Jadi, boleh
tak saya tahu bagaimana TV Selangor ini beroperasi?

Berdasarkan ayat diatas, jelas menunjukkan penggunaan laras bahasa


umum atau biasa kerana laras bahasa ini tidak menggunakan istilah atau
pola yang khusus. Bahasa ini juga adalah mudaah difahami yang digunakan
dalam perbualan sehari-hari. Sebagai buktinya, penggunaan ‘tak’ dan ‘nak’
iaitu penggunaan bahasa seharian.

3.4 LARAS BAHASA SASTERA

Laras bahasa Sastera merupakan laras yang terhasil daripada cetusan


imaginasi dan pengalaman yang menjurus kepada tema, kronologi dan mesej
yang disampaikan. Malah, laras ini mempunyai istilah khusus tentang sastera
yang bersifat figuratif iaitu penyimpangan makna daripada bahasa biasa.
Selain itu, laras ini turut mementingkan pemilihan diksi berkesan dan bahasa
tersirat bagi mewujudkan nada bahasa yang lebih puitis, dramatis dan
komunikatif serta mempunyai unsur seperti metafora, kiasan, imejan,
personifikasi dan hiperbola.

Berikut merupakan contoh laras bahasa Sastera dalam video yang saya kaji
ialah ‘entah apakah gerangan dijiwa, hendak ku tinggal tiada berdaya.

3.5 LARAS BAHASA EKONOMI

Laras bahasa Ekonomi memperlihatkan kerapian susunan maklumat yang


berbentuk ilmiah mengenai isu ekonomi. Gaya bahasanya lebih formal dan
tidak mengutamakan struktur ayat. Malahan, maklumatnya disampaikan
secara jelas atau eksplisit, iaitu setiap fakta yang diberikan benar-benar
berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Binaan ayat antara
panjang dengan sederhana panjang, namun dapat difahami. Malah, gaya
kepengarangannya baik, dengan unsur-unsur kohesi dan koheran jelas dan
terkawal.

Sebagai contoh yang terdapat dalam video majlis konvokesyen adalah


dibuktikan daripada ucapan Menteri Besar Selangor iaitu ‘bagi melahirkan
kumpulan professional tinggi, kerajaan negeri telah melaksanakan satu
program dengan dana berjumlah lima juta ringgit sebagai biasiswa bagi
bidang-bidang strategik dan kritikal.
4.0 KESIMPULAN

Laras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu
bahasa. Asmah Hj. Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus
dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras bahasa dalam
situasi formal dan tidak formal adalah berbeza. Laras bahasa juga berbeza mengikut
faktor geografi dan daerah. Laras bahasa juga adalah gaya atau cara penggunaan
sesuatu bahasa iaitu variasi yang ada pada setiap penutur . Pemilihannya adalah
tidak sama, berlainan dan berubah-ubah ikut situasi bergantung kepada masyarakat
yang memilihnya dan membangkitkan kesedaran setiap anggota masyarakat tentang
situasi sosial yang wujud.
BIBLIOGRAFI

Asmah Hj Omar. (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Aziz, S. H. (2011). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Dr. Faridah Binti Nazir, Ratna Laila Binti Shahidin, Faizah Binti Shamsudin. (2015).
Kesantunan Masyarakat Malaysia. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

Dr. Faridah Nazir, Dr. Hjh Hashimah Ibrahim, Norhiza Mohd Salleh, Zairinah Mohd Syukur.
(2018). Wacana Penulisan. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Khairudddin Mohammad, M. A. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Selangor: UG Press


Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

https://www.youtube.com/watch?v=6NoJ1Knigo4&feature=youtu.be

You might also like