You are on page 1of 22

APLIKASI TEORI DALAM PERIBAHASA

BAHASA MELAYU

>Takrifan Peribahasa
> Jenis-jenis Peribahasa
> Proses Perubahan Makna dalam Peribahasa
> Analisis Makna Peribahasa
TAKRIFAN PERIBAHASA
• Za'ba (1965)
 Susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran,
sedap didengar, dan bijak perkataannya.
 Peribahasa bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua iaitu peribahasa
(pepatah, perbilangan, bidalan, perumpamaan dan lidah pendeta) dan kiasan
(kiasan, ibarat dan tamsil, iaitu persamaan sebagai umpama)

• Poerwadarminta (1976)
 Peribahasa merupakan kalimat atau kelompok perkataan yang biasanya
mengiaskan sesuatu maksud tertentu atau kelompok perkataan atau kalimat yang
tetap susunannya dan biasanya mempunyai maksud disebaliknya.

• Rubiah Aksah (2005)


 Peribahasa mempunyai lima cabang, iaitu simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan dan kata-kata hikmat.
JENIS-JENIS PERIBAHASA

1. Simpulan bahasa

•Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan


tertentu yang membawa maksud tertentu.
•Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai
maksud yang khusus. 
•Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang
dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.
•Maksud tersirat atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat atau nyata.
•Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang
digunakan. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-
kata dalam ungkapan.
oCiri-ciri Simpulan Bahasa

• Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah, anak emas, buah tangan,
lipas kudung.
• Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang
telinga,cakar ayam.
• Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar kepala, bodoh sepat,kecil hati,
berat hati.
• Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu Jahal,Mat Jenin,Pak Kaduk.
• Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu buyung, makan bulan.

• Contoh lain:
a. Panjang tangan- Suka mencuri
b. Periuk nasi- Punca pencarian
c. Buruk siku- sudah diberi, diambil balik
d. Ikat perut- Berjimat makan dan minum
e. Kaki bangku- Tidak tahu bermain misalnya bola.
Menurut Za'aba;
• Terhasilnya simpulan bahasa berdasarkan empat perkara iaitu:

i. Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.


        Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
ii. Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya
                Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
iii. Daripada kepercayaan orang ramai.
                Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
iv.Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
                Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

CONTOH 1: Ada angin


• Mempunyai sikap kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
• Sikap atau perasaan seseorang yang kerap berubah-ubah.

CONTOH 2: Anak buah


• Berada di bawah pengawasan seorang ketua seperti ketua jabatan atau penghulu.
• Anak saudara.
2. Perumpamaan

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu: 


i. yang menyatakan perbandingan secara langsung.
ii. dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara langsung didahului dengan kata-kata


perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak
disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan.


a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan.


a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Contoh 1: Bagai ayam di bawah kepuk
• Mendapat keuntungan atau kesenangan tanpa perlu
berusaha.

Contoh2: Seperti anak anai-anai bubus


• Menunjukkan betapa ramainya manusia dalam sesuatu
perhimpunan.
3. Bidalan
 Peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat yang mempunyai maksud dua
lapis. Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti,
bagai, laksana dan umpama.

 Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih


kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Pepatah
lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:
· Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
· Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
· Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
· Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri.
· Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Perbilangan adat, banyak pengertian yang ditafsirkan,
antaranya teromba, undang-undang yang tetap dan
kata-kata adat. Menurut Aripin Said (1996),
perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat iaitu
ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal
usul adat lembaga khususnya terdapat di kalangan
mereka yang memakai Adat Pepatih.
Perbilangan adat juga mempunyai fungsi kepada masyarakatnya, antaranya
ialah untuk membicarakan susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga,
fungsi dan tugas setiap ahli masyarakat. Perbilangan adat juga untuk
menyatakan bahawa setiap orang berguna dalam satu-satu masyarakat.
Kesimpulannya fungsi perbilangan adat terhadap masyarakatnya, ialah:
1. Memberi panduan/pendidikan
2. Membentuk /membina masyarakat yang harmoni
3. Satu cara kawalan sosial - dipersetujui bersama
4. Mengekalkan satu norma tertentu dlm masyarakat
5.Mengambarkan corak dan pola hiduop bermasyarakat.
6.Menggambarkan pola pemikiran masyraka
(kepandaian/kebijaksanaan)
Contoh 1: Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.
• Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan

Contoh 2: Biar alah sabung, asalkan menang sorak


• Tewas dalam perlawanan, namun masih bercakap besar.
4. Pepatah atau Perbilangan
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan
berkerat-kerat atau berpatah-patah. 

Contoh 1: Diam ubi berisi, diam besi berkarat.


orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

Contoh 2: Ada gula, ada semut.


Di mana ada rezeki yang banyak, di situ banyak orang.

Contoh 3: Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Jika ada wang, sesuatu pekerjaan itu akan mudah diselesaikan.
# Perbilangan
 Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan
pepatah dan bidalan. Namun, perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti
ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan
disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau
perkataan.

 Berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Contoh: 
 Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
 Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
 Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
 Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

                            
Sekian…

‘semoga cemerlang bersama-sama’

Insya-Allah

You might also like