You are on page 1of 2

KELAS MAKNA

2.2.1 MAKNA EMOTIF

Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) makna emotif adalah makna
yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau
terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan. Dalam kata lain, makna emotif
ialah makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya. Misalnya perkataan
meninggal dunia, mati, wafat, mampus, mangkat dan kojol adalah makna emotif
yang membawa maksud sudah meninggal dunia.

Namun penggunaan perkataan yang berbeza ini boleh menimbulkan nilai


yang berbeza terhadap orang lain. Begitu juga contoh perkataan bodoh dalam ayat
Engkau bodoh, kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak senang bagi
pendengar.

2.2.2 MAKNA KONOTATIF

Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung
bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif
(Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi
perasaan kita terhadap apa-apa yang diucapkan atau didengar.

Makna konotatif ialah makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang
tertulis atau makna yang diujarkan. Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat
Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain.
Makna ini lebih mengutamakan nilai komunikatif. Tujuannya tentulah untuk
menegur, memberi nasihat, tunjuk ajar dan panduan tetapi dalam cara yang sopan
agar tidak menyinggung perasaan pihak lain. Dalam kata lain, makna konotatif ialah
makna tersirat.

Contohnya dalam ujaran “Cantiknya muka macam tu”, kata cantik bukan
membawa maksud “lawa” atau “indah” tetapi makna yang sebaliknya. Yang
dimaksudkan oleh pengujar dalam ayat ini ialah muka orang yang dilawan cakap itu
bukanlah cantik tetapi tidak jelita atau rupawan. Jelasnya makna ayat ini ditentukan
oleh konteks pengguna.

Selain itu, makna konotatif juga sering dikaitkan dengan peribahasa.


Peribahasa lazimnya (termasuk simpulan bahasa) mengandungi hanya satu makna
walaupun terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Dengan kata lain, makna
ungkapan itu diambil kira

daripada keseluruhan perkataan dalam peribahasa itu. Misalnya bunga dedap,


kepala batu, lidah bercabang dan harapkan pegar, pegar makan padi.

Tegasnya makna peribahasa ialah makna yang diperolehi hasil daripada


gabungan kata-kata yang terkandung di dalamnya, maknanya tidak difahami secara
literal tetapi secara kiasan. Contohnya:

1. Muka tembok
2. Bagai langit dengan bumi
3. Bagai menarik rambut dalam tepung

Dalam ayat (1) kiasan ini tidak membawa makna “muka/wajah seperti
tembok”, tetapi ayat ini membawa maksud orang yang tidak tahu malu. Dikiaskan
dengan tembok kerana ciri-ciri tembok menepati maksud yang mahu disampaikan.

Manakala pada ayat (2) kiasan itu membawa maksud perbezaan yang terlalu
jauh antara seseorang/sesuatu dengan dengan seseorang/sesuatu. Begitulah juga
dengan perumpamaan yang ketiga.

2.2.3 MAKNA PIKTORIAL

Makna piktorial menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna
yang muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang
didengar atau dibaca.

Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap


perasaan yang timbul kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau
ditulis.

You might also like