You are on page 1of 2

2.

1 Anjakan Makna

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), istilah anjakan merujuk


kepada beralih atau peralihan sedikit daripada sesuatu tempat atau berengsot.
Dalam konteks semantik, anjakan makna bermaksud perkataan atau ayat tersebut
mengalami proses perubahan dari bentuk yang lama ke bentuk baharu. Hal ini
demikian kerana bahasa sering mengalami perubahan kesan daripada pelbagai
faktor seperti persekitaran, dan komunikasi.
Sememangnya, salah satu aspek yang diminati dalam kajian makna ialah
anjakan makna dalam Bahasa Melayu. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka
perkataan yang menjadi unit asas kepada bahasa sentiasa mengalami perubahan.
Anjakan makna berlaku kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Hal
ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan
masa, kemajuan teknologi, dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya bagi
perkataan tangan, pada asalnya merujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi
makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, dan mengendalikan dalam
ayat seperti Pihak polis menangani masalah itu secara professional.
Selain itu, disebabkan kemajuan Sains dan teknologi, banyak kata yang telah
mengalami anjakan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya
digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga tetapi maknanya sekarang
diperluas untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan,
kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu.
Demikian juga perkataan datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa
ayah atau bapa ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh individu
tertentu kerana jasa-jasa mereka.
Kata-kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep-konsep
saintifik merupakan antara kata yang mengalami anjakan makna. Misalnya, bagi
perkataan kebal. Perkataan ini turut mengalami perubahan daripada makna asalnya
iaitu kuat dan kukuh, tetapi apabila berlakunya anjakan makna bagi perkataan
tersebut dalam bidang ketenteraan, ianya menjadi kereta kebal.

Anjakan makna juga berlaku kerana sebab-sebab sosial. Peredaran masa


menyebabkan

kemunculan

bidang-bidang

baharu

dalam

satu-satu

budaya

masyarakat bahasa. Faktor-faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan


makna dalam bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah akibat anjakan
makna menjadi pembantu rumah, Hari Buruh menjadi Hari Pekerja dan budak
pejabat berubah menjadi pembantu am pejabat. Perubahan-perubahan ini berlaku
kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan
demikian perlu diubah menjadi halus atau yang tidak membawa unsur negatif.
Di samping itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan
makna perkataan. Anjakan makna berlaku apabila unsur kesopanan mengambil alih
bagi makna perkataan secara literal sekiranya digunakan bagi tujuan sesuatu
ungkapan. Contohnya, ungkapan Saya hendak kencing digunakan di khalayak
ramai adalah tidak sopan, tetapi ungkapan buang air atau saya hendak pergi ke
tandas adalah bersifat sopan dan lembut sekiranyan digunakan.

You might also like