You are on page 1of 1

1.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Pada praktikum fasa 3 ini, pengkaji telah dihantar ke sebuah sekolah yang terletak

di daerah Tuaran, Sabah untuk menjalani latihan mengajar selama 3 bulan. Pihak sekolah
telah memberikan amanah kepada pengkaji untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2. Jumlah murid di dalam kelas adalah seramai 27 orang.

Sepanjang tempoh menjalani latihan mengajar untuk murid tahun 3 di sekolah ini,
pengkaji mendapati bahawa 3 daripada 27 orang murid tidak dapat mengolah idea secara
meluas acap kali mereka menjawab soalan memindahkan maklumat berdasarkan gambar.
Hal ini membuatkan pengkaji terdetik untuk menjalankan kajian terhadap murid yang tidak
boleh mengolah idea secara menyeluruh. Pengkaji juga merasakan kajian perlu dijalankan
bagi membantu murid mengolah idea dengan baik dan menyeluruh, memandangkan
mereka akan mula didedahkan dengan penulisan karangan apabila mereka berada di tahun
4 kelak.

Menurut Vygotsky (1962) dalam Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa


penulisan melibatkan proses mental yang dianggap lebih abstrak daripada bercakap. Ciri itu
dapat diterjemahkan melalui kesukaran menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk
tulisan yang memberikan kefahaman kepada pembaca. Hal ini selari dengan permasalahan
sampel yang telah dikenal pasti. Sampel sukar untuk mengeluarkan maklumat daripada
minda mereka sendiri apabila melihat gambar rangsangan yang diberikan.

You might also like