You are on page 1of 19

Nota:

BAB 3: Kreativiti
 Perkataan kreativiti berasal daripada perkataan bahasa Latin iaitu ”creare” yang
membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare”
bermaksud ”memenuhi”.
 Menurut Leonard M.S. Yong (1993), kreativiti ialah kebolehan kreatif secara semula
jadi yang membawa perasaan istimewa dan ekslusif keoada diri individu tersebut.
 Menurut Hizairi Othman (2000), manusia yang mempunyai kebolehan kreatif telah
direkodkan sebagai manusia yang berbakat semula jadi yang dapat meletakkan
manusia pada suatu tahap yang berbeza daripada manusia lain.
 Definisi kreativiti merujuk kepada kesanggupan mencipta atau kemampuan untuk
mewujudkan suatu kombinasi baharu.
 Berdasarkan Kamus Dewan (1993), kreativiti bermaksud kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreatif.
 Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada
keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatuyang
baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli.
(alau bagaimanapun) terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat
dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.
 Kreativiti tidak boleh dihadkan hanya kepada satu aspek kemampuan manusia. Ia
merangkumi kesemua kemampuan manusia menerusi derianya termasuk
mendengar, melihat, merasa, menyentuh, bergerak, bertutur, menulis, menyanyi dan
apa yang paling penting adalah apa yang difikirkan. Fikiran merupakan suatu aspek
dalam diri kanak-kanak yang membentuk imiganisi, kawalan emosi, fantasi yang
menggerakkan kreativiti. Justeru kreativiti perlu dilihat secara meluas dalam pelbagai
dimensi bagi mengenalpasti bentuk aktiviti yang sesuai menurut keistimewaan
individu kanak-kanak.
 Torrance (1970) menjelaskan 4 ciri individu kreatif iaitu keaslian yang bermaksud
keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang lain dan unik. Ciri kedua ialah
kelancaran yang bermaksud keupayaan untuk menghasilkan pelbagai idea,
membuat andaian, untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau situasi atau tugasan.
Ciri ketiga ialah fleksibel yang bermaksud mengadaptasi perubahan, pelbagai
pendekatan Ciri keempat pula ialah penjelasan(elaboration) bermaksud keupayaan
untuk membentuk idea yang disertai oleh keterangan.
 Kreativiti juga merujuk kepada proses kreatif yang dilalui oleh individu kreatif untuk
memperlihatkan sesuatu yang berlainan daripada manusia biasa. Hal ini tidak
bermaksud bahawa mereka mencuba melakukan sesuatu perkara yang luar biasa
kerana mereka juga manusia biasa.
 Dalam hal ini, individu yang kreatif mempunyai cara tersendiri untuk memaparkan
sesuatu yang dirasakan perlu dikongsi bersama-sama dengan orang lain.
 Walaupun insan kreatif mampu melahirkan pelbagai kreativiti, namun mereka masih
lagi berpegang kepada langkah-langkah tertentu yang perlu dilalui.
 Proses tersebut perlu diikuti lantaran adanya sifat peka dan prihatin terhadap
sesuatu yang mempengaruhi diri mereka. Kepekaan dan keprihatinan dalam diri
individu kreatif ini didorong oleh sikap mereka yang ingin menyampaikan sesuatu
yang bersesuaian dan relevan untuk dikongsi dengan orang lain.
 Mengikut Viktor Lowenfeld (1975), kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak
lahir yang dimiliki oleh setiap orang.
 Bagi June King Mcfee pula, beliau berpendapat kreativiti adalah keupayaan mencipta
perlambangan dan idea baharu.
 Jones (1972) pula berpendapat semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk
bersifat kreatif dan dengan adanya persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka
potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur. (Mazlan Mohamad, 1994)
 Menurut Poerwodarminto (2002:1063) sikap adalah perilaku; gerak-gerik. Kreatif
adalah memiliki daya cipta, kemampuan untuk menciptakan, bersifat (mengandung)
daya cipta (Poerwodarminto, 2002:599).
 Sikap kreatif yang dimaksud dalam penelitian ini adalah perilaku yang memiliki daya
cipta, kemampuan untuk menciptakan atau mengungkapkan gagasan-gagasan baru
dalam memahami suatu konsep matematika atau kemampuan mengungkapkan
gagasan-gagasan baru dalam menyelesaikan suatu masalah matematika.
 Kreatif bermaksud kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea baharu dan asli.
 Kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baharu
dan asli.
 Victor Lowenfeld menyatakan bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Melihat
kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu
kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.
 Menurut Chaiken dan Stangor (1987) dalam Zakaria, (2006: 1), sikap itu terdiri dari
tiga komponen yakni komponen afektif, komponen kognitif, dan komponen konatif.
Komponen afektif adalah perasaan yang dimiliki oleh seseorang terhadap sesuatu
objek, komponen kognitif adalah kepercayaan atau keyakinan yang menjadi
pegangan seseorang manakala komponen konatif adalah kecenderungan untuk
bertingkah laku atau berbuat dengan cara-cara tertentu terhadap sesuatu objek.
 Seseorang yang kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung tentang apa
yang dilihat ataupun dialaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan analogi
memproses pengalaman tampaknya bagi dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang
baru. Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran,
mengenal pasti sesuatu, memginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan
melalui daya pandang-timbang.
 Antara strategi yang dapat dilakukan untuk merangsang ke arah pemikiran
kreatif ialah melalui kaedah sumbangsaran (Brainstorming). John Baer (1997)
menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran. Strategi
pertama ialah elakkan daripada membuat penilaian awal terhadap pemikiran
murid-murid semasa proses awal sumbangsaran. Tindakan ini boleh membantutkan
keyakinan dan usaha murid-murid untuk menyalurkan idea-idea kreatif mereka.
Strategi kedua pula ialah elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Hal ini
demikian kerana, apabila idea dan saranan dihakimi oleh individu atau kumpulan
ianya akan menerbitkan perasaan ego maka kerjasama dalam kalangan murid akan
berkurang. Sekiranya keadaan sebegini berlaku, biasanya akan wujud suasana
tegang dalam kalangan murid kerana mereka akan cuba mempertahankan idea
mereka dan secara tidak langsung akan berlaku kesukaran pada guru untuk
memperbaiki idea tersebut. Strategi ketiga pula ialah main peranan. Sebagai guru
untuk menjelaskan kepada murid-murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk
meminjam idea dan meniru cara yang telah sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses seterusnya. Akhirnya, strategi keempat adalah untuk menggalakkan
sumbangsaran idea yang luar biasa daripada murid walau pun terkeluar idea yang
tidak masuk akal. Galakan sebegini dapat merangsang murid berfikir di luar daripada
kemampuan. Ini supaya murid dapat melahirkan idea yang menarik, jika tidak, idea
hanya bersifat konvesional atau biasa sahaja.
 Penjanaan idea bermaksud pengkarya atau pelukis menetapkan objektif dan hala
tuju menghasilkan karya. Hal ini bergantung kepada idea atau sumber idea yang
datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama.
 Peringkat pemurniaan atau pengolahan idea bermaksud penghalusan atau
pemurnian idea. Hal ini dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benar-benar
menepati tema atau tujuan dan untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini
biasanya diulang beberapa kali.
 Peringkat ketiga ialah kemahiran mengguna bahan. Pengkarya menentukan bahan
yang sesuai untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya
dan jangkamasa menyiapkan karya.
 Peringkat keempat ialah proses. Artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu
pandangan menarik umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu
objek hinggalah kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar
sebenarnya telah melalui satu proses di mana mereka membuat pemerhatian,
meneroka, menganalisis, menilai secara kritis serta menghasilkan karya, kemudian
menghargai hasil kerja seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat
meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai artistik atau estetika pada
sesebuah karya.
Konsep estetika:

 Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk
kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering
dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi
sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam Bahasa
Inggeris disebut beautiful.
 Konsep estetika dalam seni seperti pendapat ahli kaji purba Jerman, Winckleman,
dianalisis oleh Rasilan Johnny @ Roslan (1999), Winckleman menggabungkan
pemerhati dan objek yang diperhatikan untuk tujuan mengenal atau menyedari
keindahan. Walau bagaimanapun Winckleman lebih memberikan tumpuan kepada
pemerhati kerana menurutnya jika tidak ada pemerhati, objek atau sesuatu benda itu
tidak indah. Oleh itu apa yang indah adalah apa yang difikirkan, diberi reka bentuk
dan diusahakan. (Sila rujuk Teks Pendidikan Seni Visual dan Muzik – Editor Mohd
Johari
Ab Hamid, 2004).
 Menurut pandangan Al Ghazali, keindahan ialah nikmat yang tersendiri, yang
dihayati
kerana-Nya dan bukan kerana tujuan yang lain. Keindahan tiap-tiap satu benda itu
terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya. Justeru itu, cetusan
rasa keindahan yang diamati secara luaran adalah pada tahap yang dialami oleh
kanak-kanak dan haiwan manakala rasa keindahan yang timbul dari dalam diamati
oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin manusia terdiri dari mereka yang
dewasa.

Peribadi Kreatif:
 Kreativiti merupakan aset penting bagi kehidupan manusia dan telah memainkan
peranan penting dalam evolusi budaya dan teknologi dalam peradaban manusia.
Dunia telah banyak mengalami perubahan dan selalu muncul masalah di setiap era
kehidupan.
 Masalah ini memerlukan pemecahan dan pemikiran dari individu-individu yang
mampu mengembangkan pemikiran kreatifnya kerana setiap masalah yang muncul
tidak selalu dapat dipecahkan dengan cara yang sama seperti yang telah dilakukan
oleh pendahulunya.
 Setiap manusia akan melalui beberapa proses kreatif Ketika menghasilkan karya
masing-masing. Tanpa proses kreatif, hasil yang dicerna mungkin kurang bermutu
kerana kekurangan bahan yang mantap. Untuk menghasilkan sesuatu bahan sama
ada bahan penulisan atau bahan kreativiti yang lain, setiap manusia mempunyai
pegangan, aliran, dan ideologi tersendiri bermula daripada proses pengumpulan
bahan sehingga selesai sesuatu kreativiti yang dihasilkan tersebut. Proses kreatif
yang dilalui oleh individu kreatif menggambarkan corak pemikiran masing-masing.
Individu yang kreatif mengambil masa yang singkat atau sebaliknya dalam
penghasilan sesuatu bahan. Hal ini bergantung kepada kesediaan dan kesungguhan
yang ada pada diri mereka. Kadangkala idea-idea yang hadir dilahirkan secara
spontan dan tidak disedari. Untuk memantapkan lagi bahan-bahan yang dihasilkan,
mereka akan membuat penelitian dan mengkaji isu yang hadir dalam pemikiran
mereka demi memdapatkan kepuasan dan menghasilkan bahan yang bermutu
tinggi.
 Setiap idea yang disusun, ditulis dan dianalisis lebih dahulu agar idea tersebut
benar-benar memberikan manfaat kepada semua orang.
 Walaupun individu kreatif sering dianggap sebagai manusia yang mempunyai daya
atau darjah pemikiran yang berlainan, namun mereka masih lagi berpegang kepada
langkah-langkah tertentu.
 Meskipun banyak tanggapan yang dilontarkan kepada insan kreatif tetapi mereka
tetap dengan cara yang tersendiri dalam menyuarakan dan mengetengahkan
sesuatu isu terutama dalam bidang penulisan kreatif menerusi karya-karya seperti
cerpen, drama, novel, sajak dan sebagainya. Insan-insan kreatif melahirkan idea
dalam pelbagai gaya dan terdapat juga dalam kalangan mereka yang menulis untuk
meluahkan perasaan geram kepada individu lain. Namun, setiap idea yang disusun
dan ditulis serta dianalisis lebih dahulu agar idea tersebut benar-benar memberikan
manfaat kepada semua orang. Walau apa-apa jua proses yang dilalui oleh individu
kreatif, namun mereka mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mendorong dan
menggerakkan mereka untuk berkarya dengan lebih serius.

Individu kreatif:
 Individu kreatif memiliki kepribadian yang berbeda dari individu kebanyakan dan
kadang dianggap eksentrik karena pemikiran maupun perilakunya yang unik, tetapi
memberi manfaat yang besar bagi orang di sekelilingnya.
 Individu kreatif selalu dibutuhkan di setiap era kehidupan sehingga perlu dilakukan
kajian dan penelitian mengenai individu kreatif ini. Apakah kreatif merupakan bawaan
atau dapat dipelajari? Dapatkah kepribadian kreatif didefinisikan dan dirumuskan?
Bagaimana mengembangkan kepribadian kreatif? Faktor apa yang dapat
mendukung dan menghambat munculnya kreativitas? Sifat seperti apa yang melekat
pada pribadi individu kreatif?
 Kreativiti sangat menarik untuk dikaji dari banyak sudut pandang melalui
penelitian-penelitian terhadap individu-individu yang dianggap kreatif di dunia ini.
 Morris Stein mengatakan bahwa individu kreatif merupakan seseorang yang agresif
dalam meraih prestasi, termotivasi oleh kebutuhan orang lain, mandiri, intuitif, asertif,
memiliki rasa ingin tahu yang besar, dan empatik. Ahli lain yaitu Frank Barron
menggambarkan individu kreatif memiliki kesendirian dalam memberikan penilaian,
cenderung ekspresif dan menyukai kompleks.
 Individu yang mempunyai kebolehan 'kreatif' biasanya mempunyai perasaan
istimewa dan ekslusif kerana individu ini dianggap mempunyai kuliti sejati yang
jarang dijumpai.
 Kualiti yang istimewa inilah yang membezakan individu itu daripada kumpulan
majoriti yang kurang kreatif. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak memaparkan
secara langsung tentang apa yang dilihat ataupun dialaminya, ia mungkin
menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya bagi
dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baharu.
 Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti
sesuatu, memginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya
pandang-timbang. Pemikiran yang seimbang diperlukan iaitu pengunaan otak kiri
(perkataan) dan otak kanan (imej) pada masa serentak ataupun ia boleh
berubah-ubah dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

Definisi kreativiti dalam dimensi individu:

 Definisi pada dimensi individu adalah upaya mendefinisikan kreativiti yang berfokus
pada individu atau person dari individu yang dapat disebut kreatif.
 Guilford menerangkan bahwa kreativitas merupakan kemampuan atau kecakapan
yang ada dalam diri seseorang, hal ini erat kaitannya dengan bakat. Sedangkan
Hulbeck menerangkan bahawa tindakan kreatif muncul dari keunikan keseluruhan
kepribadian dalam interaksi dengan lingkungannya. Definisi kreativiti dari dua pakar
di atas lebih berfokus pada segi peribadi.
Definisi kreativiti dalam dimensi proses:

 Definisi pada dimensi proses upaya mendefinisikan kreativiti yang berfokus pada
proses berfikir sehingga memunculkan idea-idea unik atau kreatif.
 Utami Munandar menerangkan bahwa kreativitas adalah sebuah proses atau
kemampuan yang mencerminkan kelancaran, keluwesan (fleksibiliti), dan orisinalitas
dalam berfikir, serta kemampuan untuk menghuraikan (mengembangkan,
memperkaya, memperinci), suatu gagasan. Pada definisi ini lebih menekankan pada
aspek proses perubahan (inovasi dan variasi).
Definisi Kreativitas Dalam Dimensi Press:

 Definisi dan pendekatan kreativitas yang menekankan faktor press atau dorongan,
baik dorongan internal diri sendiri berupa keinginan dan hasrat untuk mencipta atau
bersibuk diri secara kreatif, mahupun dorongan eksternal dari lingkungan sosial dan
psikologis.
 Definisi Simpson (1982) dalam S. C. U. Munandar 1999m engenai “press” dari
lingkungan, ada lingkungan yang menghargai imaginasi dan fantasi, dan
menekankan kreativiti serta inovasi.
 Kreativiti juga kurang berkembang dalam kebudayaan yang terlalu menekankan
tradisi, dan kurang terbukanya terhadap perubahan atau perkembangan baharu.
Definisi kreativiti dalam dimensi produk:
 Definisi pada dimensi produk merupakan upaya mendefinisikan kreativitas yang
berfokus pada produk atau apa yang dihasilkan oleh individu baik sesuatu yang baru
atau original atau sebuah elaborasi/penggabungan yang inovatif.
 Definisi yang berfokus pada produk kreatif menekankan pada orisinalitas, seperti
yang
dikemukakan oleh Baron (1969) yang menyatakan bahwa kreatifitas adalah
kemampuan untuk menghasilkan/menciptakan sesuatu yang baru.
 Begitu pula menurut Haefele (1962) dalam Munandar, 1999; yang menyatakan
kreativiti adalah kemampuan untuk membuat kombinasi-kombinasi baharu yang
mempunyai makna sosial

Ciri-ciri peribadi kreatif:


 Menurut Munandar (1999: 71) berpendapat bahawa ciri-ciri peribadi kreatif yang
diharapkan iaitu mempunyai rasa ingin tahu yang luas dan mendalam, sering
mengajukan pertanyaan yang baik, memberikan banyak gagasan atau usul terhadap
suatu masalah, bebas dalam menyatakan pendapat, mempunyai rasa keindahan
yang dalam, menonjol dalam salah satu bidang seni, mampu melihat suatu masalah
dari berbagai segi atau sudut pandang, mempunyai rasa humor yang luas,
mempunyai daya imaginasi, dan orisinal dalam ungkapan gagasan dan dalam
pemecahan masalah
 Berdasarkan penjabaran indikator dari sund dan Munandar, secara umum peneliti
menggunakan tujuh indikator kreativiti dalam kisi-kisi pemerhatian kegiatan siswa.
Pertimbangan memilih tujuh indikator didasarkan pada kegiatan observasi siswa
yang dapat diukur dan diamati. Antara ketujuh indikator kreativiti tersebut adalah
untuk mengajukan pertanyaan, aktif dalam mengerjakan tugas, menyatakan
pendapat, memberikan banyak gagasan atau usulan terhadap suatu masalah, rasa
ingin tahu yang cukup besar, menyampaikan jawapan, dan memiliki alternatif dalam
menyelesaikan masalah.
 Fachrurozi (2011 : 80) menyatakan bahwa kreativiti mempunyai ciri-ciri yang dapat
dibezakan iaitu ciri kognitif (aptitude) dan ciri bukan kognitif (nonaptitude). Ciri
kognitif dari kreativitas terdiri daripada keaslian, fleksibiliti, kelancaran dan
penghuraian. Sedangkan ciri non-kognitif dari kreativiti meliputi motivasi, kepribadian,
dan sikap kreatif. Kreativiti yang baik itu meliputi ciri kognitif mahupun ciri bukan
kognitif merupakan salah satu potensi yang penting untuk dipupuk dan
dikembangkan.
CIRI-CIRI INDIVIDU YANG KREATIF:

 Munandar (1988) menyatakan bahawa ciri individu yang kreatif menurut para ahli
psikologi antara lain adalah bebas dalam berfikir, mempunyai daya imaginasi,
bersifat ingin tahu, ingin mencari pengalaman baru, mempunyai inisiatif, bebas
berpendapat, mempunyai minat luas, percaya pada diri sendiri, tidak mahu
menerima pendapat begitu sahaja, mempunyai pandangan sendiri dan tidak pernah
bosan.
 Lebih lanjut dijelaskan bahwa ciri-ciri pribadi kreatif meliputi ciri-ciri aptitude dan non-
aptitude.
 Ciri-ciri aptitude iaitu ciri yang berhubungan dengan kognisi atau proses berfikir iaitu
keterampilan berfikir lancar, iaitu kemampuan mencetuskan banyak gagasan,
jawapan, penyelesaian masalah, atau pertanyaan. Ciri kedua ialah keterampilan
berfikir luwes, iaitu kemampuan menghasilkan gagasan, jawapan, atau pertanyaan
yang bervariasi, serta dapat melihat suatu masalah dari sudut pandang yang
berbeza. Ciri ketiga ialah keterampilan berfikir orisinal, iaitu kemampuan melahirkan
ungkapan yang baharu, unik, dan asli. Ciri keempat ialah keterampilan memperinci
(mengelaborasi), iaitu kemampuan mengembangkan, memperkaya, atau memperinci
detil-detil dari suatu gagasan sehingga menjadi lebih menarik. Ciri kelima pula ialah
keterampilan menilai (mengevaluasi), iaitu kemampuan menentukan penilaian sendiri
dan menentukan apakah suatu pertanyaan, suatu rencana, atau suatu tindakan itu
bijaksana atau tidak.
 Ciri-ciri non-aptitude iaitu ciri-ciri yang lebih berkaitan dengan sikap atau perasaan,
motivasi atau dorongan dari dalam untuk berbuat sesuatu seperti rasa ingin tahu,
bersifat imaginatif, merasa tentang oleh kemajmukan; berani mengambil risiko dan
bersifat menghargai.
 Sund (dalam Munandar, 1988) menyatakan bahawa individu dengan potensi kreatif
memiliki ciri-ciri iaitu mempunyai hasrat ingin tahu, bersikap terbuka terhadap
pengalaman baharu, panjang akal, keinginan untuk menemukan dan meneliti,
cenderung lebih suka melakukan tugas yang lebih berat dan sulit, berfikir fleksibel,
berghairah, aktif dan berdedikasi dalam tugas, memberikan pertanyaan dan
mempunyai kebiasaan untuk memberikan jawapan lebih banyak.
 Keperibadian Individu Kreatif: Afiliatif & Asertif John Dacey dan Kathleen Lennon
(dalam Conrad, 2009) menyebutkan sepuluh kepribadian individu kreatif yang
memberi kontribusi terhadap proses kreatif, iaitu: toleran terhadap perbezaan,
kemampuan berfikir di luar pemikiran kebanyakan orang, kemampuan
membayangkan sesuatu di luar kecenderungan orang umum berfikir, (luwes
terhadap perubahan, bersedia mengambil risiko, menyukai sesuatu yang berbeza
dan kompleks, bersedia menunda memperoleh hadiah, bebas dari stereotaip,
kapasiti untuk tahan terhadap pembaharuan , dan keberanian untuk menerima
konsekuensi dari kreativiti.
 Dalam buku Psikologi Positif, Csikszentmihalyi meneliti beberapa orang kreatif dan
menemukan adanya 10 kepribadian iaitu: memiliki energi yang besar, tetapi juga
membutuhkan saat untuk tenang dan istirahat yang panjang, cenderung cerdas,
tetapi juga naif di saat yang sama, mampu untuk mengkombinasikan suasana penuh
kegembiraan sekaligus disiplin, dapat menjadi introvert sekaligus ekstrovert, menjadi
rendah hati sekaligus bangga hati, (7) menghindari stereotaip tetapi juga sekaligus
mahu menerima peranan tradisional, menjadi kontemporer sekaligus konservatif,
mencintai kerja secara emosi sekaligus mampu memandang kerja secara objektif,
dan terbuka terhadap penderitaan dan kegembiraan.
Rumusan:
1. Mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak suka dikongnong, tidak suka terikut-ikut dan
tidak peduli pada kritikan orang.
2. Mereka tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain.
3. Mereka mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.
4. Mereka berani membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab atas risiko
keputusan
mereka. Mereka tidak suka undian dalam mesyuarat ataupun akur pada tekanan luar.
5. Mereka bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya
mereka
tidak rasional. Oleh itu, meeka toleran pada kritikan orang.
6. Peribadi mereka stabil. Mereka tidak berubah-ubah ikut tekanan-tekanan dari luar.
7. Meminati seni dan berjiwa halus.
8. Berperangai dominan dan asertif, tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang
tidak mengikut pemikirannya.
9. Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami oleh orang lain.
10. Mudah menerima hakikat kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Oleh
itu
Mudah mengaku apabila dia membuat kesilapan.
11. Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan ‘TIDAK’ dan akan terus
berusaha.
12. Berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.
13. Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-perkara pokok, tidak berenag menongkah
arus.
14. Dapat mengawal diri sendiri.
15. Kemungkinan besar mereka introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri.

Model Kreativiti Wallas


Model Kreativiti Wallas Wallas telah mencipta satu model mengenai proses kreativiti.
Di dalam model proses kreativiti ini terdiri daripada empat peringkat iaitu persediaan
(preparation), pengeraman (incubation), illuminasi (illumination) dan verifikasi (verification).
Pada peringkat persediaan atau persiapan (preparation) bermaksud kita yang
menentukan masalah, mencari keperluan, atau keinginan dan mengumpulkan maklumat
bagi jalan penyelesaian ataupun jawapan yang yang memerlukan penjelasan di samping
menubuhkan kriteria untuk mengesahkan penerimaan penyelesaian. Pada peringkat ini,
minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. Kriteria dibina untuk
mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima. Peringkat ini melibatkan langkah-langkah
seperti membina rangka kasar, draf soalan dan idea-idea awal. Secara terperinci persediaan
ini menerangkan bahawa pemikir perlu mengumpul segala pengetahuan, bahan, maklumat
untuk memahami dan menjelaskan masalah sebenar yang wujud atau produk yang hendak
dihasilkan. Segala maklumat dan sumber relevan diterokai, dipilih dan dinilai untuk
memikirkan kesesuaian penyelesaian. Pemikir menumpu kepada ideanya. Meneroka dan
mengenalpasti implikasi, bahan dan lain-lain(making the strange familiar).
Seterusnya, pada peringkat pengeraman (incubation) pula bermaksud kita
mengundur diri daripada masalah dan membiarkan fikiran kita merenung dan cuba untuk
menyelesaikan masalah itu. Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan
melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam
minda. Seperti penyediaan, pengeraman boleh bertahan selama minit, minggu, malahan
bertahun-tahun. Secara terperinci pengeraman ini menerangkan bahawa tahap ini berlaku
pada tahap aktiviti mental bawah sedar, tidak sedar dan hampir sedar. Pemikir masih lagi
kabur tentang “apa” yang hendak dihasilkan. Pemikir yang membuat refleksi. Tempoh
pengeraman tidak menentu lamanya. Peluang kejayaan kelihatan terhad. Di peringkat ini
terdapat dua perkara yang berlaku pada pemikir. Yang positif ialah pemikir mencari bahan,
mengkaji, menganalisis dan memikirkan masalahnya secara sedar dan secara sukarela
semasa bersenam, menonton televisyen, bermain golf dan lain-lain. Yang negatif mungkin
pemikir tidak mahu memikirkan masalahnya secara sedar.
Selain itu, pada peringkat iluminasi (illumination) bermaksud idea timbul daripada
minda untuk menyediakan asas bagi tindak balas yang kreatif. Idea-idea yang kreatif
tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. Seseorang itu tiba-tiba mendapat idea
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini, individu melalui
proses mengenal pasti karakter. Idea-idea ini boleh menjadi keseluruhan iaitu melihat
keseluruhan konsep atau entiti semua sekali gus. Berbeza dengan peringkat lain, iluminasi
sangat ringkas yang melibatkan pandangan dalam beberapa minit atau jam. Dalam erti kata
lain, iluminasi ini adalah pengalaman “Aha!” atau “Eureka”. Peringkat iluminasi dianggap
sebagai puncak proses kreativiti. Di peringkat ini, pemikir dapat mengubah persepsinya,
mendapat kombinasi idea baru atau satu 14 transformasi di mana penyelesaian atau
jawapan dapat dihasilkan dan sangat memuaskan. Iluminasi datang di luar jangkaan
pemikir. Pemikir merasai keseronokan, penuh semangat dan kepuasan kerana dapat
menghasilkan idea atau mencari penyelesaian yang dikehendaki.
Akhir sekali, peringkat verifikasi menerangkan bahawa verifikasi ialah proses
menyemak idea atau jawapan yang dihasilkan. Dalam Model Proses Kreativiti Graham
Wallas, verfikasi merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini, idea tersebut telah
disahkan, dihuraikan dan diimplimentasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk
melibatkan apa yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan
atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan. Kemungkinan menghasilkan Eureka
yang tidak berguna. Di peringkat ini, produk yang sudah siap dihasilkan akan disemak dan
dinilai oleh pemikir. Penilaian oleh pakar atau orang berkepentingan juga mungkin dilakukan
bagi mengesahkan kesesuaian penyelesaian atau kualiti produk dan mencadangkan
pindaan. Sekiranya idea yang dijanakan tidak boleh diguna atau diterima, pemikir akan balik
ke tahap persediaan dan pengeraman.
Berikut menunjukkan Rajah 1 bagi contoh model proses kreativiti yang melibatkan
persediaan (preparation), pengeraman (incubation), illuminasi (illumination) dan verifikasi
(verification): Rajah 1 model proses kreativiti yang melibatkan persediaan (preparation),
pengeraman (incubation), illuminasi (illumination) dan verifikasi (verification).

Proses Kreatif:
 Proses kreatif didefinisikan sebagai tahap tindakan yang diperlakuan insan iaitu
penulis secara sedar dalam penciptaan sesuatu. Proses kreatif juga bermaksud
seseorang individu dapat atau berkemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu.
(Kamus Dewan, 1993). Hasil kreatif yang dimanifestasikan itu mencerminkan usaha
seseorang dalam penciptaan sesuatu sama ada hasil sastera atau hasil bukan
sastera. Di sini penciptaan hasil sastera dikhususkannya kepada karya sastera
seperti puisi, cerpen atau novel. Proses ini bertolak daripada insan dengan
menggunakan segala daya ciptanya yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.
Dalam penciptaan sesuatu
karya sastera, kekreatifan seseorang individu merujuk kepada proses kreatif yang
dialaminya. Proses kreatif bagi setiap individu adalah berbeza-beza mengikut
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dilalui dan diperolehi oleh setiap individu
tersebut.
 Terdapat individu yang melakukan proses kekreatifnya dalam jangka masa yang
pendek dan ada juga antara mereka yang memerlukan masa yang sangat panjang
untuk memanifestasikan sesuatu dengan lebih baik bermula dari awal sehingga
berakhirnya proses tersebut. Hal ini menjelaskan bahawa proses kreatif dilalui oleh
insan dengan penuh sedar terhadap aspek-aspek yang bersangkutan dengan
dirinya. Segala yang dialami, dinikmati, dirasai dan dihayati serta dimanipulasikan
dalam keadaan yang masih warsa seterusnya diadunkan bersama-sama untuk
menghasilkan sesuatu hasil sastera seperti penulisan sastera kreatif kanak-kanak.
 Proses kreatif terbahagi dua proses dalaman dan proses luaran.
 Proses dalaman merangkumi tahap-tahap yang berlaku dalam fakulti otak,
melibatkan persediaan, pengeraman, iluminasi dan vartifikasi.
 Proses luaran pula ialah tahap-tahap mengeluarkan bahan, perangkaan, penulisan
dan penyemakan.
 Otak kiri digunakan untuk pemikiran logik seperti untuk proses mengingat semula
atau
menghafal sesuatu manakala otak kanan pula digunakan untuk pemikiran kreatif
seperti untuk berfikir secara kritis, dan poses berkreatif sendiri.

Cara-cara mendapati ilham:


1. Penulis baru sering menghadapi masalah untuk mendapatkan ilham
2. Kajian menunjukkan bahawa penulis baharu cenderung menunggu ilham datang dan
kurang mempunyai kepercayaan diri, dan kurang tertarik untuk meneliti kehidupan
walaupun mereka mengakui memiliki sikap yang sebaliknya (Thomas H. Uzzel,1979)
3. Ilham boleh timbul secepat kilat, kadangkala ketika penulis kurang bersedia, oleh
sebab itu ilham tersebut perlu segera dicatat di mana-mana untuk mengelakkan lupa
(Rosamud E.M. Hardings, 1967).
4. Ilham boleh didapati dengan pelbagai cara. Contohnya, pengalaman hidupnya,
sama ada daripada rakan-rakan sepergaulannya, melalui pembacaannya, melalui
masyarakatnya, melalui perjalanan-perjalanannya merupakan aset penting penulis.
Cara kedua ialah ilham tersebut boleh didapati daripada sumber alam iaitu apa yang
dilihat, didengar, dirasai, dimenungi untuk dijadikan sebagai sumber penulisan
(Rejab F.I, 1991).
5. Sasterawan Negara Arena Wati misalnya zaman remaja dan mudanya
dimatangkan
dengan pengalaman dunia laut. Dalam hubungan ini, manusia Melayu pulau dan
pesisir ini menjadi pemeri kehidupan pelaut iaitu tema yang biasanya dapat diangkat
oleh Arena Wati menjadi karya kreatif yang mempesonakan (Laporan Panel
Anugerah
Sastera Negara, 1987)
6. Pembacaan adalah cara yang paling mudah, cepat dan selesa untuk penulis
mengetahui sesuatu. Malah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said
mengatakan
bahawa tiga syarat penting untuk seseorang menjadi penulis ialah pertama
membaca, kedua membaca, dan ketiga juga membaca! Separuh daripada
keseluruhan ruang rumahnya dipenuhi dengan buku dari pelbagai bidang ilmu yang
dianggarkan bernilai lebih RM250 000. Buku-bukunya tidak hanya tertumpu kepada
buku sastera, malah ekonomi, sosial, sains politik, antrapologi, perundangan, sejarah
dan apa-apa sahaja bidang kehidupan. Setiap buku yang dihasilkan oleh para
pemenang Hadiah Novel
pasti dicari dan dimilikinya.
7. Setiap penulis akan melalui proses kreatif. Lazimnnya penulis boleh menulis di
mana-mana sahaja seperti di tengah-tengah hiruk-pikuk kelas, di dalam bas,
sementara menunggu seseorang, di dalam bilik, di pejabat atau di hotel. Yang
penting ialah disiplin, budaya kerja, keadaan otak dan persiapan diri yang ada
sebelumnya sudah sentiasa dilatih dan dibiasakan dengan keperluan sama ada
mengejut atau sebaliknya (Hizairi Othman, 1996).
8. Penulis akan memilih masa, persekitaran, keadaan fizikal dan ‘mood’ tertentu
yang biasa disukainya dan dirasai bertepatan pula dengan kecenderungannya.

Tahap proses kreatif:

 Ramai pengkaji, penulis dan insan kreatif telah bersetuju dan menggunakan
pendapat bahawa terdapat empat tahap dalam proses berkreatif, iaitu persediaan,
pengeraman, iluminasi dan varifikasi (John W. Horton, 1962).
 Sebagai contoh, untuk merealisasikan novel Di. Ar. Ti. (1989), Rahmat Haroun
memperoleh idea pertamanya setelah melawat sebuah klinik yang terkenal
mempunyai 1500 pakar dalam pelbagai disiplin dan 5000 orang paramedik yang
datang dari seluruh Amerika, malah seluruh dunia. Tiba di sini, hati kecilnya
tertanya-tanya, “Untuk apa sebenarnya manusia berusaha menangguh kematian?”
Sebulan selepas pulang ke Malaysia, selama 52 hari kemudian lahir Di.Ar.Ti. Novel
Melayu moden pertama yang berkisar tentang dunia perubatan.
 Pada tahap persediaan, berlakulah proses menghimpun maklumat, data atau bahan
yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau saranan pemikiran
kreatif. Pada peringkat ini juga masalah atau saranan itu cuba dikenal pasti dari
semua arah. Oleh sebab itu, tahap ini menagih daripada penulis akan semua proses
didikan intelek, secara perubahan (eksperimental) atau logikal, juga menagih
pengetahuan dan pengaruh latar belakang seseorang. Ketika ini, emosi seseorang
penulis sarat dengan
perasaan berkeinginan dan tidak sabar untuk menyelesaikan masalah atau saranan
tersebut. Tahap ini juga memerlukan ‘pencarian’ bagi memperkaya idea pertama
tadi. Antara caranya ialah membaca, mencatat, berbincang, bertanya, mengumpul
dan meneroka. Contohnya, untuk menghasilkan novel Hari-hari Terakhir Seorang
Seniman (1979), Anwar Ridhwan terpaksa membuat penyelidikan dengan membaca
beberapa buah buku tentang penglipur lara di alam Melayu, malah beliau telah
menemui sendiri dengan beberapa orang penglipur lara tempatan, ilham beliau
banyak bertolak daripada kesedaran tentang fenomena menghilangnya beberapa
bentuk budaya Melayu akibat perubahan zaman.
 Pada tahap pengeraman pula berlakulah peringkat mengeramkan masalah atau
saranan tadi dalam prasedar atau bawah sedar (subconscious mind). Ketika ini
seseorang penulis kelihatan seperti berfikir secara serius, seolah-olah dia sedang
menikmati situasi yang enak, sedangkan dalam dirinya, bahan itu sedang rancak
‘diredakan’ dan ‘dipanaskan’. Sehubungan itu, pada tahap inilah juga akan bermula
apa yang dinamakan inspirasi, ilham atau idea pemutus, bergantung pada sekuat
mana usaha seseorang menangani masalah atau saranan tadi. Jangka masa proses
pengeraman ini tidak dapat ditentukan; boleh sekejap atau lama. Ada yang
memakan masa satu jam, seminggu malah bertahun-tahun. Malah ilham tidak akan
menjelma tanpa proses bawah sedar begini. Proses pengeraman dan persediaan
kadangkala berlaku secara berselang-seli. Setelah terbantut oleh sesuatu kekangan,
penulis mungkin membaca, mengkaji, keluar mencari sesuatu dan bertanya lagi,
hinggalah sampai pada satu titik dia berasa bahawa dia telah pun mendapat
kepastian. Dia mungkin menggunakan pendekatan baharu bagi menyelesaikan
masalahnya itu. Contoh proses pengeraman yang klasik boleh dirujuk kepada proses
penciptaan novel Salina atau tajuk asalnya Gerhana (1961) karya Sasterawan
Negara Datuk A. Samad Said yang dikatakan diperamkan selama lebih 15 tahun.
Daya penolak awal bermula daripada apa yang dikatakan A. Samad Said sebagai
‘awan-awan yang terapung’ (mempunyai idea pertama tetapi idea itu tidak
mengembang dengan baik dalam fikirannya) yang cukup lama tentang cebisan
nostalgia lama, khususnya tentang penderitaan ketika perang di Singapura pada
waktu kecilnya. Mindanya juga disuntik dengan naluri ingin mencipta novel yang
menyerapkan unsur sejarah dan falsafah seperti novel-novel besar yang telah
dibacanya seperti War and Peace oleh Leo Tolstoy, Dr. Zhivago oleh Boris
Pasternak dan A. Farewell to Arms oleh Ernest Hemingway. Beliau menulis Salina
dalam suasana yang begitu tidak sempurna, tetapi barangkali ‘ketidaksempurnaan’
itulah yang telah menjadikan kehadiran novel itu begitu terasa (Abdullah Tahir,1989).
 Seterusnya, pada tahap iluminasi pula terserlah kemunculan sebenar idea
pertama (insight), gagasan, inspirasi atau ilham tadi, malah diiringi dan dikawal oleh
proses psikologi tertentu. Pada tahap ini juga seseorang penulis sudah memahami,
seterusnya dapat menerangkan apa yang mahu dilakukannya kepada orang lain.
Emosinya cenderung menjadi riang kerana dia sudah menemui jalan pemutus.
Tahap iluminasi ini turut membawa proses penciptaan itu ke puncaknya. Secara tiba-
tiba sahaja penulis mendapati bahawa dia telah menggenggam penyelesaian bagi
masalahnya itu. Beliau telah memperoleh segala konsep yang menjurus kepada hal
yang berkaitan, juga pemikiran yang melengkapkannya lagi rangkaian ideanya.
Misalnya, proses penciptaan novel Merpati Putih Terbang Lagi karya Khadijah
Hashim boleh dijadikan contoh berlakunya tahap iluminasi Dewasa itu (1971) senario
politik tempatan yang tidak memberangsangkan. Lebih ramai ahli politik yang
mementingkan diri sendiri. Justeru beliau berasa bertanggungjawab untuk
melakukan sesuatu, dengan caranya yang tersendiri iaitu menulis sebuah novel.
Beliau mengeramkannya agak lama, dan masih tercari-cari sudut mana yang paling
baik untuk dikupas. Pada satu tahap, beliau seolah-olah diberitahu bahawa novel itu
nanti akan memperkatakan senario ketempangan politik ketika itu, khususnya yang
memperkatakan kekurangan
pemimpin yang gigih untuk membimbing orang kampung, dan seterusnya
menyedarkan mereka. Jadi tahap tersebut barangkali dapat dikalsifikasikan sebagai
proses iluminasi.
 Akhirnya, pada tahap varifikasi seseorang penulis perlu menilai dan menghakimi
idea pertamanya. Realitinya harus diuji hingga kepada bentuknya yang paling dasar.
Oleh itu tahap ini memerlukan pemikiran kritis. Ketika ini emosi seseorang penulis
memperlihatkan dia semakin gembira, seolah-olah kotak fikirnya terbuka semakin
luas, dan oleh sebab itu dia berasa puas. Di tahap inilah penulis dituntut menyemak
semula
perkara yang telah dilakukan sebelumnya. Inspirasi telah mengembangkan bahan
untuk pencapaian kreatif. Namun, sama ada ciptaan itu telah mencapai bentuk akhir
atau penyelesaiannya banyak bergantung pada bagaimana penulis melakukannya.
Oleh itu, kemampuan intelek dan kaedah penilaian atau penghakiman sangat
penting
Ketika ini juga intuisi (naluri atau bisikan kalbu) penulis sangat berpengaruh bagi
memastikan sama ada beliau telah berpuas hati atau tidak, sama ada bahan
ciptaannya itu sudah selesai ditimbangnya atau sebaliknya. Contoh tahap varifikasi
ini boleh diteliti daripada proses penciptaan novel Hujan Pagi (1987) karya A. Samad
Said. Beliau memang terkenal kerana ketelitian dalam penulisannya. Proses
varifikasi dalam novel boleh ditinjau dari pelbagai aspek, termasuk penentuan yang
perlu difikirkan dari segi aliran misalnya realisme magik belum diperkenalkan lagi
oleh penulis tempatan semasa. Lantas beliau rasa terpanggil untuk menghasilkan
novel sebegini kerana aliran ini cukup popular di Amerika Latin, malah sedang
melanda dunia, ditambah pula pembacaan beliau terhadap buku-buku yang
berkenaan seperti Gabriel Garcia Marquez yang menjadi pendoringnya yang penting.
Malah dari segi struktur seharusnya difikirkan bagaimana jalinan plotnya yang sangat
kompleks, watak dan perwatakannya yang banyak, dan penerapan teknik serta
unsur tertentu seperti
halusinasi dan psikologi.

Teori Proses Kreatif – Graham Wallas


 Teori Wallas, salah satu teori yang sampai sekarang banyak dikutip adalah teori
Wallas yang dikemukakan pada tahun 1926 dalam bukunya “The Art of Thought”
(Piirto, 1992) yang menyatakan bahwa proses kreatif meliputi empat tahap, iaitu
persiapan, inkubasi, iluminasi, dan verifikasi. Berabad–abad orang berupaya
menjelaskan apa yang terjadi apabila seseorang mencipta.
 Pada tahap persiapan iaitu tahap pertama, seseorang mempersiapkan diri untuk
memecahkan masalah dengan belajar berfikir, mencari jawapan, bertanya kepada
orang lain, dan sebagainya. Pada tahap ini berlakulah proses menghimpun
maklumat, data atau bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
atau saranan pemikiran kreatif. Pada peringkat ini juga masalah atau saranan itu
cuba dikenal pasti dari semua arah. Oleh sebab itu, tahap ini menagih daripada
penulis akan semua proses didikan intelek, secara perubahan (eksperimental) atau
logikal, juga menagih pengetahuan dan pengaruh latar belakang seseorang. Ketika
ini, emosi seseorang penulis sarat dengan perasaan berkeinginan dan tidak sabar
untuk menyelesaikan masalah atau saranan tersebut. Tahap ini juga memerlukan
‘pencarian’ bagi memperkaya idea pertama tadi. Antara caranya ialah membaca,
mencatat, berbincang, bertanya, mengumpul dan meneroka. Contohnya, untuk
menghasilkan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Anwar Ridhwan
terpaksa membuat penyelidikan dengan membaca beberapa buah buku tentang
penglipur lara di alam Melayu, malah beliau telah menemui sendiri dengan beberapa
orang penglipur lara tempatan, ilham beliau banyak bertolak daripada kesedaran
tentang fenomena menghilangnya beberapa bentuk budaya Melayu akibat
perubahan zaman.
 Pada tahap inkubasi iaitu tahap kedua, kegiatan mencari dan menghimpun data
atau informasi tidak dilanjutkan. Tahap inkubasi adalah tahap di mana individu
seakan-akan melepaskan diri untuk sementara dari masalah tersebut, bererti
bahawa ia tidak memikirkan masalahnya secara sadar, tetapi “mengeramnya” dalam
alam pra–sedar. Sebagaimana terlihat dari analisis biografi mahupun dari laporan
tokoh seniman dan ilmuwan, tahap ini penting dalam proses timbulnya inspirasi yang
merupakan titik mula dari suatu penemuan baru berasal dari daerah pra–sedar atau
keadaan bawah sedar. Ketika ini seseorang penulis kelihatan seperti berfikir secara
serius, seolah-olah dia sedang menikmati situasi yang enak, sedangkan dalam
dirinya, bahan itu sedang rancak ‘diredakan’ dan ‘dipanaskan’. Sehubungan itu, pada
tahap inilah juga akan bermula apa yang dinamakan inspirasi, ilham atau idea
pemutus, bergantung pada sekuat mana usaha seseorang menangani masalah atau
saranan tadi. Jangka masa proses pengeraman ini tidak dapat ditentukan; boleh
sekejap atau lama. Ada yang memakan masa satu jam, seminggu malah bertahun-
tahun. Malah ilham tidak akan menjelma tanpa proses bawah sedar begini. Proses
pengeraman dan persediaan kadangkala berlaku secara berselang-seli. Setelah
terbantut oleh sesuatu kekangan, penulis mungkin membaca, mengkaji, keluar
mencari sesuatu dan bertanya lagi, hinggalah sampai pada satu titik dia berasa
bahawa dia telah pun mendapat kepastian. Dia mungkin menggunakan pendekatan
baharu bagi menyelesaikan masalahnya itu. Contoh proses pengeraman yang klasik
boleh dirujuk kepada proses penciptaan novel Salina atau tajuk asalnya Gerhana
(1961) karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang dikatakan diperamkan
selama lebih 15 tahun. Daya penolak awal bermula daripada apa yang dikatakan A.
Samad Said sebagai ‘awan-awan yang terapung’ (mempunyai idea pertama tetapi
idea itu tidak mengembang dengan baik dalam fikirannya) yang cukup lama tentang
cebisan nostalgia lama, khususnya tentang penderitaan ketika perang di Singapura
pada waktu kecilnya. Mindanya juga disuntik dengan naluri ingin mencipta novel
yang menyerapkan unsur sejarah dan falsafah seperti novel-novel besar yang telah
dibacanya seperti War and Peace oleh Leo Tolstoy, Dr. Zhivago oleh Boris
Pasternak dan A. Farewell to Arms oleh Ernest Hemingway. Beliau menulis Salina
dalam suasana yang begitu tidak sempurna, tetapi barangkali ‘ketidaksempurnaan’
itulah yang telah menjadikan kehadiran novel itu begitu terasa (Abdullah Tahir,1989).
 Pada tahap iluminasi iaitu tahap ketiga, timbulnya “insight” atau
“Aha– Erlebnis”, saat timbulnya inspirasi atau gangguan baru, bersertakan dengan
proses–proses psikologi yang mengawali dan mengikuti munculnya inspirasi atau
gagasan baru. Pada tahap ini pula terserlah kemunculan sebenar idea pertama
(insight), gagasan, inspirasi atau ilham tadi, malah diiringi dan dikawal oleh proses
psikologi tertentu. Pada tahap ini juga seseorang penulis sudah memahami,
seterusnya dapat menerangkan apa yang mahu dilakukannya kepada orang lain.
Emosinya cenderung menjadi riang kerana dia sudah menemui jalan pemutus.
Tahap iluminasi ini turut membawa proses penciptaan itu ke puncaknya. Secara tiba-
tiba sahaja penulis mendapati bahawa dia telah menggenggam penyelesaian bagi
masalahnya itu. Beliau telah memperoleh segala konsep yang menjurus kepada hal
yang berkaitan, juga pemikiran yang melengkapkannya lagi rangkaian ideanya.
Misalnya, proses penciptaan novel Merpati Putih Terbang Lagi karya Khadijah
Hashim boleh dijadikan contoh berlakunya tahap iluminasi Dewasa itu (1971) senario
politik tempatan yang tidak memberangsangkan. Lebih ramai ahli politik yang
mementingkan diri sendiri. Justeru beliau berasa bertanggungjawab untuk
melakukan sesuatu, dengan caranya yang tersendiri iaitu menulis sebuah novel.
Beliau mengeramkannya agak lama, dan masih tercari-cari sudut mana yang paling
baik untuk dikupas. Pada satu tahap, beliau seolah-olah diberitahu bahawa novel itu
nanti akan memperkatakan senario ketempangan politik ketika itu, khususnya yang
memperkatakan kekurangan
pemimpin yang gigih untuk membimbing orang kampung, dan seterusnya
menyedarkan mereka. Jadi tahap tersebut barangkali dapat dikalsifikasikan sebagai
proses iluminasi.
 Pada tahap verifikasi iaitu tahap keempat adalah tahap varifikasi seseorang
penulis perlu menilai dan menghakimi idea pertamanya. Realitinya harus diuji hingga
kepada bentuknya yang paling dasar. Oleh itu tahap ini memerlukan pemikiran kritis.
Ketika ini emosi seseorang penulis memperlihatkan dia semakin gembira, seolah-
olah kotak fikirnya terbuka semakin luas, dan oleh sebab itu dia berasa puas. Di
tahap inilah penulis dituntut menyemak semula perkara yang telah dilakukan
sebelumnya. Inspirasi telah mengembangkan bahan untuk pencapaian kreatif.
Namun, sama ada ciptaan itu telah mencapai bentuk akhir atau penyelesaiannya
banyak bergantung pada bagaimana penulis melakukannya. Oleh itu, kemampuan
intelek dan kaedah penilaian atau penghakiman sangat penting. Ketika ini juga intuisi
(naluri atau bisikan kalbu) penulis sangat berpengaruh bagi memastikan sama ada
beliau telah berpuas hati atau tidak, sama ada bahan ciptaannya itu sudah selesai
ditimbangnya atau sebaliknya. Contoh tahap varifikasi ini boleh diteliti daripada
proses penciptaan novel Hujan Pagi (1987) karya A. Samad Said. Beliau memang
terkenal kerana ketelitian dalam penulisannya. Proses varifikasi dalam novel boleh
ditinjau dari pelbagai aspek, termasuk penentuan yang perlu difikirkan dari segi aliran
misalnya realisme magik belum diperkenalkan lagi oleh penulis tempatan semasa.
Lantas beliau rasa terpanggil untuk menghasilkan novel sebegini kerana aliran ini
cukup popular di Amerika Latin, malah sedang melanda dunia, ditambah pula
pembacaan beliau terhadap buku-buku yang berkenaan seperti Gabriel Garcia
Marquez yang menjadi pendoringnya yang penting. Malah dari segi struktur
seharusnya difikirkan bagaimana jalinan plotnya yang sangat kompleks, watak dan
perwatakannya yang banyak, dan penerapan teknik serta unsur tertentu seperti
halusinasi dan psikologi.

Proses Dalaman (unsur-unsur instrinsik)


 Peranan secara intrinsik melibatkan sesuatu yang tersirat yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.
 Perkara yang tersirat hanya dapat diketahui sekiranya karya-karya yang terhasil
diteliti dengan mendalam demi menghasilkan karya yang bermutu dan berkualiti.
 Penghasilan karya yang berkualiti merupakan suatu proses yang memakan masa
panjang kerana terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dan dipatuisupaya
dapat menjanjikan karya dihasilkan dalam masa yang singkat dan berkualiti tinggi.
 Bentuk dalaman ini bersifat peribadi dan melibatkan perasaan pengarang yang
bersifat lebih abstrak dalam cara persembahan fikiran dan emosi serta perasaan
seseorang individu. Setiap struktur atau binaan hasil karya termasuk susunan baris
dan rangkap yang terhasil daripada pemakaian bahasa menggambarkan kesan
fikiran serta perasaan. Bentuk dalaman yang abstrak juga menunjukkan bahawa
pengarang sudak melalui beberapa peringkat pemikiran sebelum menyusun idea
untuk mempersembahkan emosi mereka. Peringkat-peringkat pemikiran yang
panjang membolehkan mereka membuat susunan perkataan dan ayat sehingga
melahirkan suatu persembahan fikiran yang tersusun. Dari segi pengalaman pula,
proses kreatif yang sempurna juga mampu membawa masyarakat meneroka zaman
sejarah atau masa lampau dengan baik dalam karya seseorang penulis. Maka,
proses kreatif yang dilalui akan dirasai sepenuhnya dan dapat menaikkan semangat
nasionalisme masyarakat dan menyedarkan masyarakat tentang keadaan zaman
lampau. Contohnya, pengumpulan cerita-cerita berkaitan peperangan yang telah
terjadi pada masa lampau menyebabkan pengarang dapat merasai dan mengalami
sendiri perasaan dan situasi yang berlaku dalam peristiwa masa lampau itu. Apabila
cerita-cerita telah dikumpulkan, suasana mengikut kronologi dilakukan untuk
mendatangkan kesan cerita yang lebih baik dan menarik. Selepas proses
pengumpulan berlaku, penulis akan melalui proses pengeraman sebelum melahirkan
sesuatu karya. Karya yang dihasilkan pasti dapat dimantapkan kerana penulis telah
melalui beberapa pertimbangan untuk menghasilkan karya.
 Yang dimaksudkan unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur pembangun karya
sastera yang dapat ditemukan di dalam teks karya sastera itu sendiri. Sedangkan
yang dimaksudkan analisis intrinsik adalah mencuba memahami suatu karya sastera
berdasarkan informasi-informasi yang dapat ditemukan di dalam karya sastra iaitu
atau secara eksplisit terdapat dalam karya sastera. Hal ini didasarkan pada
pandangan bahawa suatu karya sastera menciptakan dunianya sendiri yang berbeza
dari dunia nyata. Segala sesuatu yang terdapat dalam dunia karya sastera
merupakan fiksyen yang tidak berhubungan dengan dunia nyata kerana menciptakan
dunianya sendiri, dan dapat difahami berdasarkan apa yang ada atau secara
eksplisit tertulis
dalam teks tersebut.
 Unsur-unsur intrinsik terdiri daripada tema dan persoalan, watak dan perwatakan,
latar, plot, sudut pandangan, gaya bahasa dan nilai dan pengajaran.
 Proses kreatif yang dilalui juga akan dipertontonkan pengalamab pengarang secara
langsung atau simbolik. Hal ini disebabkan pengarang menceritakan secara
langsung tentang segala yang dialami setelah merasai, merenung, dan menghayati
sesuatu peristiwa sejarah. Pengalaman pengarang yang dipamerkan secara simbolik
boleh juga menimbulkan keindahan kepada pendengar kerana pengarang telah
melalui beberapa langkah daripada proses kreatif.
 Karya yag berkualiti dan menarik akan terhasil melalui proses pemeraman,
penapisan dan penilaian semula serta menjelaskan mesej yang disampaikan dengan
cara yang lebih bijak dan sistematik. Sehubungan itu, karya yang berkualiti turut
dapat memberikan impak yang positif kepada pengarang untuk menyerlahkan lagi
bakat yang ada dalam dirinya dengan peka terhadap sebarang fenomena sekeliling
demi memperkukuh dan memantapkan lagi persembahan mereka. Tambahan pula,
pengarang akan menjadi seseorang yang lebih teliti dalam melihat sesuatu
persoalan menerusi proses kreatif yang panjang. Ketajaman dan kehalusan
perasaan pula timbul daripada karya kerana berlakunya proses pengeraman yang
lama terhadap sesuatu isu serta menyampaikan kehalusan corak karya sastera
dengan penuh ketelitian.

Proses Luaran (unsur-unsur ekstrinsik)


 Proses kreatif yang dilalui dalam proses luaran melibatkan perkara-perkara yang
berlaku di luar dan di sekeliling pengarang dengan menyampaikan sesuatu yang
tersurat dan dapat dilihat jelas dengan mata kasar serta meningkatkan kemahiran
menulis seseorang individu.
 Unsur ekstrinsik karya sastera iaitu unsur-unsur pembentuk yang berada pada luar
karya sastera itu. Unsur ekstrinsik tidak biasa lepas dari kondisi masyarakat saat
cerita tersebut dibuat. Unsur ekstrinsik ini sangatlah berpengaruh terhadap penyajian
nilai serta latar belakang dari karya sastera itu sendiri. Unsur Ekstrinsik menurut
Wellek dan Warren (1956 via Nurgiyantoro, 2009: 23) iaitu bahawa unsur ektrinsik
merupakan keadaan subjektiviti pengarang yang tentang sikap, keyakinan, dan
pandangan hidup yang melatarbelakangi lahirnya suatu karya fiksyen, dapat
dikatakan unsur biografi pengarang menentukan ciri karya yang akan dihasilkan.
Sedangkan menurut Burhan Nurgiyantoro (1995). Dalam Teori Pengkajian Fiksi.
Gadjah Mada University Press menjelaskan unsur ekstrinsik ialah unsur yang
membentuk karya sastera dari luar sastera itu sendiri, tetapi mempengaruhi
bangunan atau sistem organisma karya sastera. Lebih lanjut Burhan Nurgiyantoro
menjelaskan unsur-unsur yang dimaksud antara lain adalah keadaan subjektivitas
individu pengarang yang memiliki sikap, keyakinan, dan pandangan hidup yang
kesemuanya itu akan mempengaruhi karya yang ditulisnya.
 Antara unsur-unsur ekstrinsik dalam karya sastera ialah unsur ekstrinsik latar
belakang kehidupan pengarang, unsur ekstrinsik latar belakang masyarakat
dan unsur ekstrinsik nilai dalam cerita.
 Unsur ekstrinsik latar belakang pengarang merangkumi biografi, kondisi
psikologis, dan aliran sastera. Biografi adalah kisah atau keterangan tentang
kehidupan seseorang. Sebuah biografi lebih kompleks daripada sekadar daftar
tanggal lahir atau mati dan data-data pekerjaan seseorang, biografi juga bercerita
tentang perasaan yang terlibat dalam mengalami kejadian-kejadian tersebut. Dalam
biografi tersebut dijelaskan secara lengkap kehidupan seorang tokoh sejak kecil
sampai tua, bahkan sampai meninggal dunia. Semua jasa, karya, dan segala hal
yang dihasilkan atau dilakukan oleh seorang tokoh dijelaskan juga. Teks biografi
disusun oleh orang lain, bukan oleh diri sendiri. Kondisi  psikologis  pula merupakan
mood atau motivasi seorang penulis ketika menulis cerita. faktor ini akan
mempengaruhi hasil sebuah karya sastera. misalnya jika mereka sedang sedih atau
gembira mereka akan membuat suatu cerita sedih atau gembira pula. Aliran sastera
pula bebeas ditentukan oleh pengarang dan sangat berpengaruh terhadap gaya
penulisan yang dipakai penulis dalam menciptakan sebuah karya.
 Unsur ekstrinsik latar belakang masyarakat ialah ideologi suatu negara, kodisi
politik, kodisi ekonomi dan kodisi sosial negara. Kodisi ideologi suatu negara
sangat berpengaruh terhadap gaya penulisan yang dipakai penulis dalam
menciptakan sebuah karya sastera yang berbeza. Ideologi mencerminkan cara
berfikir masyarakat, bangsa, dan negara. Ia mengarahkan masyarakat menuju cita-
citanya. ideologi menentukan keberadaan suatu bangsa dan negara serta
membimbing bangsa dan negara. Kondisi politik suatu negara atau wilayah akan
sangat mempengaruhi hasil sebuah karya sastera, dan pergolakan konsisi politik
dalam suatu waktu akan mempengaruhi hasil sebuah karya sastera pula. Kondisi
perekonomian sebuah bangsa atau negara akan sangat berpengaruh terhadap hasil
dari sebuah karya sastera. Selain kondisi ideologi, politik dan perekonomian suatu
negara, kondisi sosial juga akan mempengaruhi hasil sebuah karya sastera.
 Unsur-unsur ekstrinsik nilai-nilai dalam cerita merangkumi pelbagai jenis nilai.
Misalnya, nilai agama, nilai moral, niali sosial dan nilai budaya. Nilai agama
adalah nilai-nilai yang dapat dijadikan pelajaran yang terkandung di dalam karya
sastra yang berkaitan dengan ajaran agama. Nilai moral adalah nilai-nilai yang
terkandung di dalam cerita dan berkaitan dengan akhlak atau etika yang berlaku di
dalam masyarakat. Nilai moral dalam sebuah karya sastera biasanya ditunjukkan
dengan adanya sebuah perilaku dan tutur kata baik yang ditunjukkan oleh tokohnya.
Nilai budaya adalah nilai-nilai yang berkenaan dengan nilai-nilai kebiasaan, tradisi,
adat istiadat   yang berlaku, nilai budaya juga dapat memberikan amanat terkait
dengan pelestarian budaya, dan amanat-amanat yang lainnya. Nilai sosial adalah
nilai yang bisa dipetik dari interaksi para tokoh yang ada di dalam karya sastra
dengan tokoh lain, lingkungan dan masyarakat sekitar tokoh. 
Nilai sosial dalam sebuah karya sastera pada umumnya juga memberikan
penjelasan dan gambaran terkait dengan fenomena sosial, rekontruksi sebuah
masyarakat, amanat , dan juga dikemas indah ke dalam sebuah karya sastera.
 Proses luaran yang dilalui melibatkan pertimbangan yang dilakukan dalam
pelbagai aspek termasuk penggunaan aspek bahasa. Misalnya, penggunaan
perkataan yang menarik dan bersesuaian membantu memperlihatkan proses kreatif
yang matang dan mengikut kaedah serta gaya penulisan yang sebenar, bijak,
bermutu dan mempunyai daya tarikan seperti istilah atau perkataan kaya dengan
perasaan dan emosi seseorang individu.
 Apabila penulis melalui tahap penelitian, penilaian, dan pengukuan yang tinggi,
maka mereka akan mencuba untuk menonjolkan kelainan terhadap
persembahan bahan penulisan kreatif mereka. Misalnya, mereka mencari dan
meneliti simbol-simbol yang bersesuaian untuk disepadukan dengan perkatan-
perkataan dalam karya mereka demi melambangkan peribadi seseorang individu
melalui pengalaman dan perasaan yang diperolehi oleh penulis. Penelitian yang
diberi dalam pemilihan simbol dapat menjelaskan kepada pembaca tentang mesej
yang bakal dikemukakan. Sesuatu tafsiran menunjukkan bahawa proses kreatif yang
dilalui oleh seseorang penulis kreatif dapat menggambarkan kesatuan pemikiran
yang diucapkan oleh pembaca serta memperlihatkan kualiti dan mutu sesuatu bahan
penulisan. Tanpa proses kreatif, agak sukar bagi seseorang individu untuk
melahirkan idea yang bermutu dan diiktiraf oleh penggemar sastera tanah air.
 Proses kreatif berperanan melahirkan pengarang yang berwibawa dan berkeyakinan
untuk menyuarakab sesuatu isu dalam masyarakat kerana perkara yang terpancar
dalam penulisan sastera kreatif merupakan gambaran batin pengarang. Proses
kreatif juga menyebabkan pengarang mampu mencipta karya yang bercirikan
sesuatu pembaharuan.
 Melalui proses kreatif yang tersusun, penguasaan bahasa Melau secara tidak
langsung dapat ditingkatkan. Selain itu, martabat penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan penulis dan penggunaan bahasa Melayu yang standard dan halus di
Malaysia turut meningkat. Penggunaan bahasa Melayu yang sesuai dan mudah
difahami berperanan penting untuk memudahkan proses komunikasi menerusi
bahan pembacaan.
 Proses kreatif ini juga membolehkan karya yang dihasilkan dalam pelbagai variasi.
Karya yang dihasilkan juga bukan karya yang mimesis daripada karya-karya
terdahulu untuk melakukan penilaian dan pengujian idea dalam proses pemilihan
bahan. Hal ini disebabkan variasi yang ditonjolkan mejadikan pengarang lebih puas
dan yakin dengan perkara yang dipersembahkan kepada pembaca. Pembaca sudah
tentu akan menyaksikan kelainan seterusnya merangsang minat mereka untuk terus
menikmati karya tersebut.
 Setelah melalui tahap-tahap pemikiran dalam proses kreatif, pengarang dapat
meneliti, menilai dan membandingkan karya yang sedia ada dengan karya yang
bakal dihasilkan untuk dijadikan ukuran untuk mencorakkan karya yang berbeza
dengan karya yang sedia ada. Pengarang juga mencari teknik tersendiri untuk
menyiapkan bahan karya mereka. Sekiranya pengarang menggunakan teknik yang
lain daripada yang lain bermaksud pengarang tersebut mempunyai bakat dan
kebolehan untuk mengarang. Maka, jelaslah bahawa proses kreatif ini dapat
melahirkan karya ang terkini dan berlainan dengan karya yang sedia ada. Kewujudan
karya yang berlainan akan memberikan penilaian yang baik kepada pembaca kerana
sifat semula jadi manusia yang suka akan sesuatu yang berlainan dan menyentuh
emosi mereka.

Kesimpulannya, tidak mudah untuk menjadi seorang penulis yang kreatif tetapi tidak
mustahil. Dunia penulisan sebenarnya amat luas ibarat lautan yang luas, makin diselami
makin jauh dasarnya. Dunia penulisan juga membuka peluang kepada pengarang
membentuk kehidupan manusia ke arah lebih bahagia dengan mendapat kepuasan dalam
diri penulis itu sendiri. Tuntasnya, proses kreatif yang dilalui oleh pengarang berperanan
untuk mempersembahkan mutu penulisan yang baik dan berkualiti. Menggambarkan
seseorang pengarang yang bertanggungjawab dalam menyempurnakan dan menyampaikan
idea kerana mereka bukan sekadar menulis sesuka hati dan melahirkan idea yang bermutu
dan diiktiraf oleh penggemar sastera tanah air dan peminat bagi semua jenis penulisan
sastera atau genre sastera. Proses kreatif menunjukkan berlakunya tingkat-tingkat susunan
idea yang dibicarakan oleh seseorang pengarang dalam karya mereka. Gagasan yang
timbul memerlukan mereka merenung, menilai, menentukan, dan membuat keputusan
sebelum menghasilkan karya masing-masing. Tegasnya, setiap pengarang yang ingin
menghasilkan karya yang berkualiti dan bermutu tinggi perlu membuat perancangan
tersendiri dan gigih menghadapi rintangan-rintangan semasa menguji ketahanan mental
mereka.
Manusia merupakan makhluk yang memiliki potensi kreatif dalam dirinya. Meskipun
demikian, tidak semua manusia memahami akan potensi-potensi tersebut. Padahal, dengan
potensi kreativitinya itulah manusia akan mengalami kemajuan dalam hidupnya serta
memiliki kemampuan untuk mengatasi berbagai persoalan yang dihadapi dengan baik serta
dapat membuat kehidupannya menjadi lebih berkualiti.
Untuk memunculkan dan mengasah kreativitinya itu, para ahli banyak menciptakan
teori-teori yang secara spesifik mengkaji masalah kreativiti ini. Salah satunya adalah
teori Graham Wallas. Wallas menjelaskan bahwa proses kreatif pada diri manusia terjadi
melalui empat tahap.
Pertama, adalah tahap persiapan. Pada fasa ini, pengalaman hidup dan interaksi
manusia serta bagaimana manusia mempersepsi semua itu merupakan faktor-faktor
yang dapat menjadi persiapan untuk menjadi kreatif.
Kedua, fasa inkubasi. Fasa ini merupakan fasa di mana semua informasi, data dan
pengalaman yang didapatkan kemudian diendapkan atau diinternalisasi dalam fikiran.
Fasa ini lebih menyerupai sebagai fasa penyaringan yang terjadi di alam bawah sadar
manusia.
Ketiga, fasa iluminasi atau fasa memunculkan, mengekspresikan. Campbhel menyebut
fasa ini sebagai fasa AHA. Hal ini bermaksud fasa ini di mana data, pengalaman dan
informasi yang telah dipersiapkan dan diindapkan itu kemudian idea dan gagasan baru.
Keempat, adalah fasa verifikasi. Fasa ini merupakan fasa pengujian untuk
mengetahui kebenaran dan kelayakan akan gagasan kreatif yang muncul. Untuk
mengetahui apakah gagasan kita benar-benar merupakan hal yang kreatif dan inovatif,
maka diperlukan pembandingan, kritik dan saran dari pihak lain. Dari sanalah kemudian
akan diketahui apakah gagasan kita benar-benar baru dan unik serta berbeza dari yang idea
atau gagasan sebelumnya atau tidak.

You might also like