You are on page 1of 39

4.

PROSES
KREATIF
intro..\Deskt
op\Video
2\Silap mata
Jepun.mp4
PENGENALAN
Proses kreatif bolehlah dimaksudkan sebagai tahap
tindakan yang diperlakuan insan secara sedar dalam
penciptaan sesuatu
Di sini penciptaan dikhususkannya kepada karya
sastera seperti puisi, cerpen atau novel
Proses ini bertolak daripada insan dengan
menggunakan segala daya ciptanya yang
dianugerahkan oleh Allah kepadanya
Pendek kata yang mencipta karya sastera atau
keperihalan insan yang dicipta ataupun yang menerima
ciptaan adalah insan (Shahnon Ahmad, 1994:106)
Insan yang dimaksudkan ialah penulis
HURAIAN
Proses kreatif terbahagi dua proses dalaman dan
proses luaran
Proses dalaman merangkumi tahap-tahap yang berlaku
dalam fakulti otak, dan pembahagian yang selalunya
ialah persediaan, pengeraman, iluminasi dan vartifikasi
Proses luaran pula ialah tahap-tahap mengeluarkan
bahan, perangkaan, penulisan dan penyemakan
Berdasarkan banyak kajian, proses kreatif banyak
berlaku di bahagian kanan otak manusia berbanding
dengan otak kiri, sungguhpun pada masa tertentu
kedua-duanya saling membantu dan melengkapi
SAMBUNGAN…
Otak kiri digunakan untuk pemikiran logik
seperti untuk proses mengingat semula atau
menghafal sesuatu
Otak kanan pula digunakan untuk pemikiran
kreatif seperti untuk berfikir secara kritis,
untuk hiburan, mengulang sesuatu dan
berkreatif sendiri
Kajian juga menunjukkan bahawa otak kanan
ini tidak dimaksimumkan penggunaannya oleh
kebanyakan manusia, iaitu hanya lima peratus
sahaja daripada kemampuan penuhnya
SAMBUNGAN…
Penulis baru sering menghadapi masalah
untuk mendapatkan ilham
Kajian menunjukkan bahawa penulis baru
cenderung menunggu ilham datang bergolek,
kurang mempunyai kepercayaan diri, dan
biasanya kurang tertarik untuk meneliti
kehidupan walaupun mereka mengakui
memiliki sikap yang sebaliknya (Thomas H.
Uzzel,1979)
Ilham boleh timbul secepat kilat, kadangkala
ketika penulis kurang bersedia, oleh sebab itu
ilham tersebut perlu segera dicatat di mana-
mana untuk mengelakkan lupa (Rosamud E.M.
Hardings, 1967)
SAMBUNGAN…
Lupa merupakan antara masalah besar dalam
memperkatakan ilham
Ilham boleh didapati dengan pelbagai cara
Tuhan menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dan
sahsiah yang boleh dirakamkan
Pengalaman misalnya adalah aset penting bagi
seseorang penulis
Bukankah seseorang itu banyak pengalaman
hidupnya? Sama ada daripada rakan-rakan
sepergaulannya, melalui pembacaannya, melalui
masyarakatnya, melalui perjalanan-perjalanannya
Semuanya dari sumber alam; apa yang dilihat,
didengar, dirasai, dimenungi. Merupakan sumber
penulisan (Rejab F.I, 1991)
SAMBUNGAN…
Sasterawan Negara Arena Wati misalnya
zaman remaja dan mudanya dimatangkan
dengan pengalaman dunia laut
Beliau memanfaatkan bakat alam seorang
manusia Melayu pulau dan pesisir terhadap
kehidupan dan pengetahuan, yang kemudian
terpancar melalui penulisan kreatif dan
nonkreatifnya
Dalam hubungan ini, manusia Melayu pulau
dan pesisir ini menjadi pemeri kehidupan
pelaut iaitu tema yang biasanya dapat diankat
oleh Arena Wati menjadi karya kreatif yang
mempesonakan (Laporan Panel Anugerah
Sastera Negara, 1987)
SAMBUNGAN…
Pembacaan adalah cara yang paling mudah, cepat dan selesa
untuk penulis mengetahui sesuatu, buku tidak harus terlepas
perhatian jika memperkatakan penulis dan penulisan
Malah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mengatakan
bahawa tiga syarat penting untuk seseorang menjadi penulis
ialah pertama membaca, kedua membaca, dan ketiga juga
membaca!
Tidak hairanlah boleh dikatakan separuh daripada keseluruhan
ruang rumahnya dipenuhi dengan buku dari pelbagai bidang
ilmu yang dianggarkan bernilai lebih RM250 000
Buku-bukunya tidak hanya tertumpu kepada buku sastera,
malah ekonomi, sosial, sains politik, antrapologi,
perundangan, sejarah dan apa sahaja bidang kehidupan
Kebanyakan bukunya adalah dalam bahasa Inggeris
Ini termasuk buku-buku yang memperkatakan tentang tokoh
seperti Sigmund Freud dengan pemikirannnya yang pelbagai
Setiap buku yang dihasilkan oleh para pemenang Hadiah Novel
pasti dicari dan dimilikinya
SAMBUNGAN…
Setiap penulis akan melalui proses kreatif
Lazimnnya penulis boleh menulis di mana-mana sahaja – di
tengah-tengah hiruk-pikuk kelas, di dalam bas, sementara
menunggu seseorang, di dalam bilik, di pejabat atau di hotel
Yang penting ialah disiplin, budaya kerja, keadaan otak dan
persiapan diri yang ada sebelumnya sudah sentiasa dilatih dan
dibiasakan dengan keperluan sama ada mengejut atau
sebaliknya (Hizairi Othman, 1996)
Pun begitu, untuk memberi rangsangan atau daya penolak yang
lebih, penulis biasanya akan berbuat sesuatu
Antaranya mereka akan memilih masa, persekitaran, keadaan
fizikal dan ‘mood’ tertentu yang biasa disukainya dan dirasai
bertepatan pula dengan kecenderungannya
Kesanggupan untuk melibatkan diri dalam pelbagai keadaan ini
memungkinkan kelahiran pelbagai ragam penulis pula ketika
mahu atau sedang menulis
TAHAP PROSES
KREATIF
Ramai pengkaji, penulis dan insan kreatif telah
bersetuju dan menggunakan pendapat bahawa
terdapat empat tahap dalam proses berkreatif,
iaitu persediaan, pengeraman, iluminasi dan
varifikasi (John W. Horton, 1962)
Namun begitu, seseorang insan kreatif
perlukan riak awal atau idea pertama untuk
‘menjaring’ pemikiran kabur yang sekian lama
berlegar dalam fikirannya, atau menetapkan
suatu masalah untuk diselesaikan
Rehat

SAMBUNGAN…. minda..\Deskto
p\Video 2\akal
monyet.mp4
Sebagai contoh, untuk merealisasikan novel
Di. Ar. Ti. (1989), Rahmat Haroun memperoleh
idea pertamanya setelah melawat sebuah klinik
yang terkenal mempunyai 1500 pakar dalam
pelbagai disiplin dan 5000 orang paramedik
yang datang dari seluruh Amerika, malah
seluruh dunia
Tiba di sini, hati kecilnya tertanya-tanya,
“Untuk apa sebenarnya manusia berusaha
menangguh kematian?”
Sebulan selepas pulang ke Malaysia, selama
52 hari kemudian lahir Di.Ar.Ti. Novel Melayu
moden pertama yang berkisar tentang dunia
perubatan
TAHAP PERSEDIAAN
Pada tahap ini berlakulah proses menghimpun
maklumat, data atau bahan yang diperlukan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau saranan
pemikiran kreatif
Pada peringkat ini juga masalah atau saranan iti
cuba dikenal pasti dari semua arah
Oleh sebab itu, tahap ini menagih daripada penulis
akan semua proses didikan intelek, secara
perubahan (eksperimental) atau logikal, juga
menagih pengetahuan dan pengaruh latar
belakang seseorang
Ketika ini, emosi seseorang penulis sarat dengan
perasaan berkeinginan dan tidak sabar untuk
menyelesaikan masalah atau saranan tersebut
SAMBUNGAN….
Tahap ini juga memerlukan ‘pencarian’ bagi memperkaya idea
pertama tadi
Antara caranya ialah membaca, mencatat, berbincang,
bertanya, mengumpul dan meneroka
Beberapa pilihan penyelesaian difikirkan, beberapa kekuatan
dan kelemahan dipertimbangkan
Contohnya, untuk menghasilkan novel Hari-hari Terakhir
Seorang Seniman (1979), Anwar Ridhwan terpaksa membuat
penyelidikan dengan membaca beberapa buah buku tentang
penglipur lara di alam Melayu, malah beliau telah menemui
sendiri dengan beberapa orang penglipur lara tempatan, ilham
beliau banyak bertolak daripada kesedaran tentang fenomena
menghilangnya beberapa bentuk budaya Melayu akibat
perubahan zaman
Penglipur lara dilihatnya seperti seorang penulis moden juga,
iaitu peribadi yang melambangkan kepakaran, pengetahuan,
kepimpinan serta cita rasa seni masyarakatnya (Ahmad Kamal
Abdullah, 1193)
TAHAP PENGERAMAN
Pada tahap ini berlakulah peringkat mengeramkan
masalah atau saranan tadi dalam prasedar atau
bawah sedar (subconscious mind)
Ketika ini seseorang penulis kelihatan seperti
berfikir secara serius, seolah-olah dia sedang
menikmati situasi yang enak, sedangkan dalam
dirinya, bahan itu sedang rancak ‘diredakan’ dan
‘dipanaskan’
Difahamkan bahawa pada tahap inilah juga akan
bermula apa yang dinamakan inspirasi, ilham atau
idea pemutus, bergantung pada sekuat mana
usaha seseorang menangani masalah atau
saranan tadi
SAMBUNGAN…
Jangka masa proses pengeraman ini tidak dapat ditentukan;
boleh sekejap atau lama
Ada yang memakan masa satu jam, seminggu malah bertahun-
tahun
Malah ilham tidak akan menjelma tanpa proses bawah sedar
begini
Proses pengeraman dan persediaan kadangkala berlaku secara
berselang-seli
Tegasnya pertindihan berlaku dalam proses kreatif ini
Setelah terbantut oleh sesuatu kekangan, penulis mungkin
membaca, mengkaji, keluar mencari sesuatu dan bertanya lagi,
hinggalah sampai pada satu titik dia berasa bahawa dia telah
pun mendapat kepastian
Dia mungkin menggunakan pendekatan baru bagi
menyelesaikan masalahnya itu
SAMBUNGAN…
Contoh proses pengeraman yang klasik boleh dirujuk kepada
proses penciptaan novel Salina atau tajuk asalnya Gerhana
(1961) karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang
dikatakan diperamkan selama lebih 15 tahun
Daya penolak awal bermula daripada apa yang dikatakan A.
Samad Said sebagai ‘awan-awan yang terapung’ (mempunyai
idea pertama tetapi idea itu tidak mengembang dengan baik
dalam fikirannya) yang cukup lama tentang cebisan nostalgia
lama, khususnya tentang penderitaan ketika perang di
Singapura pada waktu kecilnya
Mindanya juga disuntik dengan naluri ingin mencipta novel
yang menyerapkan unsur sejarah dan falsafah seperti novel-
novel besar yang telah dibacanya seperti War and Peace oleh
Leo Tolstoy, Dr. Zhivago oleh Boris Pasternak dan A Farewell
to Arms oleh Ernest Hemingway
Beliau menulis Salina dalam suasana yang begitu tidak
sempurna, tetapi barangkali ‘ketidaksempurnaan’ itulah yang
telah menjadikan kehadiran novel itu begitu terasa (Abdullah
Tahir,1989)
TAHAP ILUMINASI
Pada tahap ini terserlah kemunculan sebenar idea pertama
(insight), gagasan, inspirasi atau ilham tadi, malah diiringi
dan dikawal oleh proses psikologi tertentu
Pada tahap ini juga seseorang penulis sudah memahami,
seterusnya dapat menerangkan apa yang mahu dilakukannya
kepada orang lain
Emosinya cenderung menjadi riang kerana dia sudah
menemui jalan pemutus
SAMBUNGAN…
Tahap iluminasi ini turut membawa proses penciptaan itu ke
puncaknya
Secara tiba-tiba sahaja penulis mendapati bahawa dia telah
menggenggam penyelesaian bagi masalahnya itu
Beliau telah memperoleh segala konsepyang menjurus
kepada hal yang berkaitan, juga pemikiran yang
melengkapkannya lagi rangkaian ideanya
SAMBUNGAN…
Proses penciptaan novel Merpati Putih Terbang Lagi karya
Khadijah Hashim boleh dijadikan contoh berlakunya tahap
iluminasi
Dewasa itu (1971) senario politik tempatan yang tidak
memberangsangkan
Lebih ramai ahli politik yang mementingkan diri sendiri
Justeru beliau berasa bertanggungjawab untuk melakukan
sesuatu, dengan caranya yang tersendiri iaitu menulis sebuah
novel
Beliau mengeramkannya agak lama, dan masih tercari-cari
sudut mana yang paling baik untuk dikupas
Pada satu tahap, beliau seolah-olah diberitahu bahawa novel
itu nanti akan memperkatakan senario ketempangan politik
ketika itu, khususnya yang memperkatakan kekurangan
pemimpin yang gigih untuk membimbing orang kampung, dan
seterusnya menyedarkan mereka
Jadi tahap tersebut barangkali dapat dikalsifikasikan sebagai
proses iluminasi
TAHAP VARIFIKASI
Pada peringkat ini seseorang penulis perlu menilai dan
menghakimi idea pertamanya
Realitinya harus diuji hingga kepada bentuknya yang paling
dasar
Oleh itu tahap ini memerlukan pemikiran kritis
Ketika ini emosi seseorang penulis memperlihatkan dia
semakin gembira, seolah-olah kotak fikirnya terbuka semakin
luas, dan oleh sebab itu dia berasa puas
SAMBUNGAN…
Di tahap inilah penulis dituntut menyemak semula
perkara yang telah dilakukan sebelumnya
Inspirasi telah mengembangkan bahan untuk
pencapaian kreatif
Namun, sama ada ciptaan itu telah mencapai bentuk
akhir atau penyelesaiannya banyak bergantung pada
bagaimana penulis melakukannya
Oleh itu, kemampuan intelek dan kaedah penilaian atau
penghakiman sangat penting
Ketika ini juga intuisi (naluri atau bisikan kalbu) penulis
sangat berpengaruh bagi memastikan sama ada beliau
telah berpuas hati atau tidak, sama ada bahan
ciptaannya itu sudah selesai ditimbangnya atau
sebaliknya
SAMBUNGAN…
Contoh tahap varifikasi ini boleh diteliti daripada proses
penciptaan novel Hujan Pagi (1987) karya A. Samad Said
Beliau memang terkenal kerana ketelitian dalam penulisannya
Proses varifikasi dalam novel boleh ditinjau dari pelbagai aspek,
termasuk penentuan yang perlu difikirkan dari segi aliran
misalnya realisme magik belum diperkenalkan lagi oleh penulis
tempatan semasa
Lantas beliau rasa terpanggil untuk menghasilkan novel
sebegini kerana aliran ini cukup popular di Amerika Latin, malah
sedang melanda dunia, ditambah pula pembacaan beliau
terhadap buku-buku yang berkenaan seperti Gabriel Garcia
Marquez yang menjadi pendoringnya yang penting
Malah dari segi struktur – harus difikirkan bagaimana jalinan
plotnya yang sangat kompleks, watak dan perwatakannya yang
banyak, dan penerapan teknik serta unsur tertentu seperti
halusinasi dan psikologi
TEORI PROSES KREATIF
TEORI WALLAS
Teori Wallas, salah satu teori yang sampai sekarang banyak
dikutip adalah teori Wallas yang dikemukakan pada tahun
1926 dalam bukunya “The Art of Thought” (Piirto, 1992) yang
menyatakan bahwa proses kreatif meliputi empat tahap, yaitu
(1) persiapan, (2) inkubasi, (3) iluminasi, dan (4) verifikasi.
Berabad – abad orang berupaya menjelaskan apa yang
terjadi apabila seseorang mencipta
1. PERSIAPAN
Pada tahap pertama, seseorang mempersiapkan diri untuk
memecahkan masalah dengan belajar berpikir, mencari
jawaban, bertanya kepada orang lain, dan sebagainya.
2. INKUBASI
Pada tahap kedua, kegiatan mencari dan menghimpun
data/informasi tidak dilanjutkan. Tahap inkubasi adalah tahap
di mana individu seakan – akan melepaskan diri untuk
sementara dari masalah tersebut, dalam arti bahwa ia tidak
memikirkan masalahnya secara sadar, tetapi “mengeramnya”
dalam alam pra – sadar. Sebagaimana terlihat dari analisis
biografi maupun dari laporan tokoh seniman dan ilmuwan,
tahap ini penting artinya dalam proses timbulnya inspirasi
yang merupakan titik mula dari suatu penemuan atau kreasi
baru berasal dari daerah pra – sadar. Sebagaimana terlihat
dari analisis biografi maupun dari laporan tokoh seniman dan
ilmuwan, tahap ini penting artinya dalam proses timbulnya
inspirasi yang merupakan titik mula dari suatu penemuan
atau kreasi baru berasal dari daerah pra – sadar atau timbul
dalam keadaan ketidaksadaran penuh
3.ILUMUNASI
Tahap ilumunasi adalah tahap timbulnya “insight” atau “Aha
– Erlebnis”, saat timbulnya inspirasi atau gangguan baru,
beserta proses – proses psikologi yang mengawali dan
mengikuti munculnya inspirasi atau gagasan baru
4.VERIFIKASI
Tahap verifikasi atau evaluasi adalah tahap di mana ide atau
kreasi baru tersebut harus diuji terhadap realitas. Disini
diperlukan pemikiran kritis dan konvergen. Dengan
perkataan lain, proses divergensi (pemikiran kreatif) harus
diikuti oleh proses konvergensi (pemikiran kritis).
TUTORIAL

VIDEO TUTORIAL..\Desktop\Video 2\4 Proses


Berfikir Kreatif Menurut Teori Graham Wallas.mp4
TEORI PROSES KREATIF
PROSES DALAMAN
UNSUR-UNSUR INSTRINSIK
Yang dimaksud unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur
pembangun karya sastra yang dapat ditemukan di dalam teks
karya sastra itu sendiri. Sedangkan yang dimaksud analisis
intrinsik adalah mencuba memahami suatu karya sastra
berdasarkan informasi-informasi yang dapat ditemukan di
dalam karya sastra iaitu atau secara eksplisit terdapat dalam
karya sastra. Hal ini didasarkan pada pandangan bahwa
suatu karya sastra menciptakan dunianya sendiri yang
berbeda dari dunia nyata. Segala sesuatu yang terdapat
dalam dunia karya sastra merupakan fiksi yang tidak
berhubungan dengan dunia nyata. Karena menciptakan
dunianya sendiri, karya sastra tentu dapat dipahami
berdasarkan apa yang ada atau secara eksplisit tertulis
dalam teks tersebut
UNSUR-UNSUR
INSTRINSIK
Tema dan Persoalan

Watak dan Perwatakan

Latar Rehat minda


2..\Desktop\Video
2\monyet
Plot disiplin.mp4

Sudut Pandangan

Gaya Bahasa

Nilai dan Pengajaran (Amanat)


PROSES LUARAN
UNSUR-UNSUR EKSTRINSIK
Unsur ekstrinsik karya sastra yaitu unsur - unsur pembentuk yang berada pada luar karya
sastra itu . Unsur ekstrinsik tidak bisa lepas dari kondisi masyarakat saat cerita tersebut
dibuat.
Unsur ekstrinsik ini sangatlah berpengaruh terhadap penyajian nilai serta latar belakang dari
karya sastra itu sendiri.

Unsur Ekstrinsik menurut Wellek dan Warren (1956 via Nurgiyantoro, 2009: 23) yaitu bahwa
unsur ektrinsik merupakan keadaan subjektivitas pengarang yang tentang sikap, keyakinan,
dan pandangan hidup yang melatarbelakangi lahirnya suatu karya fiksi, dapat dikatakan unsur
biografi pengarang menentukan ciri karya yang akan dihasilkan.

Sedangkan menurut Burhan Nurgiyantoro (1995). Dalam Teori Pengkajian Fiksi. Gadjah Mada
University Press menjelaskan unsur ekstrinsik ialah unsur yang membentuk karya sastra dari
luar sastra itu sendiri, tetapi mempengaruhi bangunan atau sistem organisme karya sastra.

Lebih lanjut Burhan Nurgiyantoro menjelaskan unsur-unsur yang dimaksud antara lain adalah
keadaan subjektivitas individu pengarang yang memiliki sikap, keyakinan, dan pandangan
hidup yang kesemuanya itu akan mempengaruhi karya yang ditulisnya,
UNSUR EKSTRINSIK
KARYA SASTRA
1. Unsur ekstrinsik latar belakang kehidupan pengarang

2. Unsur ekstrinsik latar belakang masyarakat

3. Unsur ekstrinsik nilai dalam cerita


1.UNSUR EKSTRINSIK LATAR
BELAKANG PENGARANG
a.Biografi
Biografi adalah kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang. Sebuah biografi
lebih kompleks daripada sekadar daftar tanggal lahir atau mati dan data-data pekerjaan
seseorang, biografi juga bercerita tentang perasaan yang terlibat dalam mengalami
kejadian-kejadian tersebut.
Dalam biografi tersebut dijelaskan secara lengkap kehidupan seorang tokoh sejak kecil
sampai tua, bahkan sampai meninggal dunia. Semua jasa, karya, dan segala hal yang
dihasilkan atau dilakukan oleh seorang tokoh dijelaskan juga. Teks biografi disusun
oleh orang lain, bukan oleh diri sendiri.
b.Kondisi Psikologis
Kondisi psikologis merupakan mood atau motivasi seorang penulis ketika menulis
cerita. faktor ini akan mempengaruhi hasil sebuah karya sastra. misalnya jika mereka
sedang sedih atau gembira mereka akan membuat suatu cerita sedih atau gembira pula.
c.Aliran Sastra
Seorang penulis pasti akan mengikuti aliran sastra tertentu. Ini sangat berpengaruh
terhadap gaya penulisan yang dipakai penulis dalam menciptakan sebuah karya.
Aliran sastra merupakan panutan yang di yakini oleh seorang penulis, dan setiap
penulis memiliki aliran sastra yang berbeda antara penulis satu dengan penulis yang
lalin.
2. UNSUR EKSTRINSIK LATAR
BELAKANG MASYARAKAT
a.Ideologi suatu negara
Kondisi ideologi suatu negara sangat mempengarui hasil karya sastra. Setiap negara
yang mempunyai ideologi yang berbeda akan melahirkan hasil karya sastra yang
berbeda pula.
Ideologi mencerminkan cara berpikir masyarakat, bangsa, dan negara. Ia mengarahkan
masyarakat menuju cita-citanya. ideologi menentukan keberadaan suatu bangsa dan
negara serta membimbing bangsa dan Negara.
b.Kondisi politik
Kondisi politik suatu negara atau wilayah akan sangat mempengaruhi hasil sebuah
karya sastra, dan pergolakan konsisi politik dalam suatu waktu akan mempengaruhi
hasil sebuah karya sastra pula.
c.Kondisi ekonomi
Kondisi perekonomian sebuah bangsa atau negara akan sangat berpengaruh terhadap
hasil dari sebuah karya sastra.
d.Konsisi sosial suatu negara
Selain kondisi ideologi, politik dan perekonomian suatu negara, kondisi sosial juga
akan mempengaruhi hasil sebuah karya sastra.
3. UNSUR EKSTRINSIK NILAI -
NILAI DALAM CERITA
a.Nilai Agama
Nilai agama adalah nilai-nilai yang dapat dijadikan pelajaran yang terkandung di dalam
karya sastra yang berkaitan dengan ajaran agama.
b.Nilai Moral
Nilai moral adalah nilai-nilai yang terkandung di dalam cerita dan berkaitan dengan
akhlak atau etika yang berlaku di dalam masyarakat. Nilai moral dalam sebuah karya
sastra biasanya di tunjukkan dengan adanya sebuah prilaku dan tutur kata baik yang di
perankan oleh tokohnya.
c.Nilai Budaya
Nilai budaya adalah nilai-nilai yang berkenaan dengan nilai-nilai kebiasaan, tradisi, adat
istiadat yang berlaku, nilai budaya juga dapat memberikan amanat terkait dengan
pelestarian budaya, dan amanat-amanat yang lainnya
d.Nilai sosial
Nilai sosial adalah nilai yang bisa dipetik dari interaksi para tokoh yang ada di dalam
karya sastra dengan tokoh lain, lingkungan dan masyarakat sekitar tokoh.
Nilai sosial dalam sebuah karya sastra pada umumnya juga memberikan penjelasan dan
gambaran terkait dengan fenomena sosial, rekontruksi sebuah masyarakat, amanat ,
dan juga dikemas indah kedalam sebuah karya sastra
KESIMPULAN
Tidak mudah mudah menjadi penulis kreatif tetapi
bukan mustahil
Dunia penulisan sebenarnya amat luas, ibarat
lautan, makin diselami makin jauh dasarnya
Dunia penulisan kreatif juga membuka peluang
yang amat luas untuk kita menyumbang bagi
membentuk kehidupan manusia ke arah yang lebih
bahagia
Ia juga menjanjikan suatu kepuasan dalam diri
penulis itu sendiri
Berbahagialah bagi insan kreatif kita yang berjaya
TUTORIAL
Bentuk dua kumpulan
Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit
Kumpulan satu
Pilih satu cerpen A. Samad Said dan kaji unsur-unsur
instrinsik dalam cerpen tersebut

Kumpulan dua
Pilih satu cerpen Shahnon Ahmad dan Kaji unsur-unsur
ekstrinsik dalam cerpen tersebut
PENUTUP

Burung Nuri terbang mendekat,


Mencari makan hati membara;
Sastera Kreatif citra masyarakat,
Pemikiran penulis menjana negara.

You might also like