You are on page 1of 17

KEMAHIRAN

PENUTUP
Rasional
■ Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu
berkesan dan berjalan lancar, kemahiran
penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan
kaedah memulakan pengajaran. Penutupan
pengajaran yang baik akan meninggaalkan
kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar.
Kemahiran Penutup
■ Ia merupakan bahagian akhir sesuatu
pelajaran
■ Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan
penilaian biasanya diadakan dalam
bahagian penutup
Kemahiran Penutup
■ Oleh itu, guru boleh menggunakan
bahagian ini untuk membantu pelajar-
pelajar mengukuhkan konsep atau
kemahiran yang baru sahaja dipelajari
dengan merumuskan semua isi penting
atau memberikan aktiviti susulan kepada
mereka
Kemahiran Penutup
■ Di samping itu, guru juga boleh
menggunakan bahagian penutup ini untuk
menilai pencapaian objektif serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan.
Kemahiran Penutup
■ Hasil penilaian akan digunakan untuk
membuat pengubahsuaian terhadap
■ Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup
kognitif dan penutup social.
Penutup Kognitif
■ Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi
pelajaran dan kemahiran yang telah
dipelajari
■ Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan,
rumusan dan pengukuhan
Pelaksanaan
Penutup Kognitif
■ Membuat rumusan atau kesimpulan
tentang apa yang telah dipelajari melalui
aktiviti mencatat isi-isi penting di papan
tulis atau papan gulung
■ Memberikan kerja bertulis dalam buku
latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-
pelajar
Pelaksanaan
Penutup Kognitif
■ Memberikan aktiviti pengayaan kepada
pelajar-pelajar.Memberikan kerja bertulis
dalam buku latihan atau lembaran kerja
kepada pelajar-pelajar
■ Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi
penting yang telah dipelajari
Penutup Sosial
■ Bertujuan untuk memberi satu perasaan
pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya
mereka ingin terus belajar.
■ Penutup sosial ini biasanya dilakukan
dengan menggunakan teknik peneguhan
Prinsip Kemahiran Penutup
■ Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan
objektif, isi pelajaran dan kemahiran pelajar
yang baru dipelajari pada peringkat
perkembangan
■ Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau
aktiviti susulan harus dirancang dengan
teliti supaya penutup kognitif dapat
dilaksanakan dengan licin dan berkesan
Prinsip Kemahiran Penutup
■ Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti
susulan yang hendak dijalankan dalam kelas,
tempoh masa untuk melaksanakan penutup
kognitif dan penutup sosial tidak harus
melebihi 5 minit.
■ Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada
peringkat penutup dengan tujuan untuk
mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.
Objektif Kemahiran Penutup
■ Menarik perhatian pelajar terhadap apa
yang baru dipelajari supaya mereka
mendapat satu gambaran yang lebih jelas
dan menyeluruh
■ Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang
baru dipelajari dengan merumuskan fakta-
fakta penting atau memberikan kerja
bertulis
Objektif Kemahiran Penutup
■ Mewujudkan perasaan pencapaian dan
kejayaan di kalangan pelajar dengan
menggunakan teknik peneguhan
■ Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai
pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar
dapat membuat pengubahsuaian serta
membaiki pelajarannya pada masa depan
Objektif Kemahiran Penutup
■ Dengan adanya bahagian penutup ini,
aktiviti-aktiviti susulan akan dapat diadakan
supaya pelajar diberi peluang
mengaplikasikan konsep dan kemahiran
yang mereka baru pelajari
Kesan Kemahiran Penutup
■ Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar
dapat mengukuhkan kemahiran atau
konsep yang baru dikuasai.
■ Dengan menggunakan kesimpulan kognitif,
pelajar-pelajar dapat membuat rumusan
terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.
Kesan Kemahiran Penutup
■ Dengan menggunakan kesimpulan sosial,
seperti memberi pelajar suatu perasaan
pencapaian, mereka telah dimotovasikan
supaya terus berusaha dan mencuba.
■ Melalui aktiviti penilaian, guru dapat
mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran
yang ditentukan. Keputusan penilaian ini akan
membolehkan guru membuat pengubahsuaian
untuk rancangan pelajaran yang akan datang..

You might also like