You are on page 1of 7

SYAHADAH PERGURUAN ASAS PRASEKOLAH IKRAM MUSLEH (SPAPIM)

( SEMESTER 1)

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU PRA SEKOLAH


(SPAP1106)
TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA SHAHIDA BINTI MOHAMAD

NOMBOR KAD PENGENALAN 800819-03-5080


NOMBOR TELEFON 013-9607871
KOD DAN NAMA KURSUS SPAP1106
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH
LAKU PRA SEKOLAH
NAMA PENSYARAH PUAN ROHANI BINTI HUSAINI
TARIKH HANTAR 30 DISEMBER 2019
1.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH KONDUSIF DAN EFEKTIF

Rajah 1

Rajah di atas menunjukkan suasana pada bahagian pintu masuk tadika. Bahagian
ini telah dihias dengan begitu cantik bagi menarik minat murid-murid untuk datang ke
sekolah. Selain itu, hiasan pada bahagian pintu masuk ini juga akan memberi
perspektif yang menarik bukan sahaja murid malah kepada ibu bapa serta
menggalakkan minat murid untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan menarik.

Rajah 2
Rajah di sebelah menunjukkan suasana kelas di salah sebuah tadika. Susun atur
fizikal yang menarik serta memudahkan pergerakan guru dan murid. Selain itu,
pengurusan bilik darjah ini juga menepati ciri-ciri kelas abad ke-21 kerana
mempunyai pelbagai kemudahan seperti pengaksesan teknologi, sudut bercerita dan
sebagainya. Tambahan pula, susun atur fizikal yang sebegini akan menggalakkan
pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan murid seperti yang dihasratkan dalam
Transformasi Sekolah (TS25).

Rajah 3

Rajah 4
Rajah di sebelah menunjukkan ruang paparan hasil kerja murid dan ruang bahan
bantu belajar. Ruang ini diletakkan dengan pelbagai informasi dan bahan-bahan
yang boleh dipelajari oleh murid. Selain itu, ruang ini juga memberi peluang kepada
murid-murid untuk menambahkan pengetahuan mereka. Berdasarkan rajah tersebut,
ruang yang disediakan amatlah sesuai untuk pembelajaran secara berkumpulan dan
susun atur maklumat disusun dengan teratur dan mudah untuk dibaca dan dilihat.

Tahap 2 An-Nur Puan Shahida


Mohamad

Amirul Fatimah Aiman Zahra Husni

Zahin Syafiqah Zulfa Irdina Aimi

Amira Husni Aimi Fatimah Fitriyani

Fitriyani Fitri Alif Zulfa Zahin

Irdina Zahra Fitri Syafiqah Aiman

Rajah 5

Rajah di atas menunjukkan jadual bertugas murid. Jadual bertugas ini merupakan
salah satu elemen penting yang perlu dipamerkan dalam bilik darjah. Hal ini
dikatakan demikian kerana jadual bertugas murid ini adalah bertujuan untuk
menggalakkan murid memastikan kelas dalam keadaan ersih dan kondusif serta
sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, jadual bertugas murid
ini perlulah dipamerkan dengan jelas dan ditunjukkan dengan petunjuk yang betul
bagi memudahkan murid-murid untuk melaksanakan tugasan berdasarkan petunjuk
yang diberikan.
2.0 HALAGAN-HALANGAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Rajah 6
Rajah di atas menunjukkan suasana kelas yang terletak berhampiran dengan
dapur. Hal ini akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
kerana murid-murid akan terganggu dengan bunyi-bunyi yang datang dari arah dapur
dan menyebabkan murid-murid hilang fokus. Selain itu, suasana kelas sebegini juga
tidak kondusif kerana murid-murid lebih tertarik untuk melihat suasana di dapur
berbanding di dalam kelas. Oleh itu, halangan sebegini perlu diatasi dengan
menggunakan beberapa cara yang sesuai seperti meletakkan pintu kayu bagi
menghalang penglihatan murid-murid ke arah dapur.
Rajah 7
Rajah di atas menunjukkan suasana di kawasan sekolah yang boleh mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran lori sampah ini pada waktu pagi
akan menyebabkan berlakunya pencemaran bau dan pencemaran bunyi. Hal ini
akan menjadikan suasana kelas tidak selesa dan murid-murid akan bising apabila
menghidu bau-bau yang pelik. Oleh itu, kelas-kelas atau bilik darjah yang
berhampiran dengan jalan utama hendaklah ditukar tempat ke tempat yang lebih
selesa dan sesuai tanpa ada sebarang gangguan.

Rajah 8
Rajah di sebelah menunjukkan persekitaran fizikal dari segi pencahayaan dan
pengudaraan di dalam kelas. Pencahayaan dan pengudaraan ini amat penting bagi
memastikan keselesaan setiap murid. Halangan yng terdapat dalam rajah ini ialah tingkap
tidak dibuka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga ketiadaan langsir yang
akan menyebabkan cahaya matahari boleh menembusi ruang bilik darjah. Apabila cahaya
matahari menembusi ruang bilik darjah, ia akan berlaku ketidakselesaan dan bilik darjah
menjadi hangat. Oleh itu, halangan ini perlu diatasi dengan membuka tingkap dan
menyediakan langsir bagi keselesaan murid-murid dan murid-murid mendapatkan
pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.

Rajah 9

Rajah di atas menunjukkan persekitaran fizikal kelas dari segi susun atur. Susun
atur kerusi meja dalam bilik darjah ini adalah sukar untuk menepati ciri pembelajaran
abad ke 21 kerana ruang kelas terlalu sempit dan meja yang terlalu besar. Selain itu,
dari aspek keselamatan pula, meja ini mempunyai bucu yang tajam yang boleh
mendatangkan kecederaan pada murid-murid. Oleh itu, pemilihan meja yang sesuai
perlu dipertimbangkan bagi menjadikan susun atur fizikal kelas lebih menarik dan
cantik.

You might also like