You are on page 1of 8

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KPP60304: Perbezaan Individu dan Pengurusan Bilik Darjah

TAJUK

KUMPULAN KULIAH: ____________

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
FATIN ZULAIKHA BINTI MOHD M20202001500 PENDIDIKAN
ZULKIFLI PSIKOLOGI
NUR DALILA
AIMAN

PENSYARAH: DR RAZIMI BIN HUSIN

Tarikh :_____________
SENARAI KANDUNGAN

NO SENARAI TAJUK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG (DEFINISI)
JENIS GAYA PEMBELAJARAN MURID
3.0 BEKEPERLUAN KHAS (MASALAH
PENDENGARAN)
4.0 KAJIAN LITERATUR
5.0 TEORI PEMBELAJARAN
6.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.0 PENTUUP

1
1.0 PENGENALAN

Menurut pandangan Amalina Razali & Azita Ali (2016), pendidikan khas merupakan satu
bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas dan
pengajaran yang direka khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya.
Pengajaran ini boleh berlaku di dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
Maka, pendidikan khas boleh ditakrifkan sebagai program yang direka khas untuk memenuhi
pelbagai keperluan murid pendidikan khas. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru
dalam program ini menggunakan teknik dan metodologi yang sesuai untuk murid pendidikan
khas, dan menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu dalam menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas.

Tambahan beliau lagi, Murid Berkeperluan Khas (MBK) dikategorikan sebagai


kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
daripada murid biasa. Murid Berkeperluan Khas terbahagi kepada murid bermasalah
penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Manakala, Mohamad
(2005) pula menyatakan Murid Berkeperluan Khas adalah berbeza dalam aspek ciri-ciri
mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Oleh yang demikian, murid berkeperluan khas memerlukan modifikasi guru dalam
aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas yang bertujuan mengembangkan
potensi diri mereka ke tahap yang optimum dan dan tidak terabai seperti murid normal.
Namun demikian, banyak pihak menyalahertikan perbezaan yang dikatakan ini dan
bukan hanya memberi perbezaan, tetapi juga menyisihkan mereka

Pendidkan Khas di Malaysia telah berkembang di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan


Khas Kementerian Pendidikan Malaysia semenjak Oktober 1995 yang betanggungjawab ke
atas hal-hal profesional bagi semua program pendidikan khas yang dilaksanakan termauk
program integrasi dan program inklusif, selaras dengan penstrukturan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Khas dalam konteks KPM dilaksanakan melalui
sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan masalah pendengaran manakala
program pendidikan khas Integrasi disediakan untuk murid bekeperluan khas masalah
pelajaran pembelajaran, pendengaran dan penglihatan dimana program ini telah diwujudkan
di sekolah rendah dan menengah harian serta sekolah menegah teknik atau vokasional yang

2
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa
inklusif (Muallimah Arshad, 2016).

Berdasarkan Muallimah (2016), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan


program pendidikan khas yang melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah,
dan sekolah menengah. Pendidikan sekolah menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu
akademik dan teknik atau vokasional . Tempoh pengajian bagi murid bekeperluan khas
sekolah rendah adalah selama 6 tahun, dan sekolah menengah selama 5 tahun serta tempoh
ini boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid tersebut.
Mengikut beliau lagi, Akta Peraturan-Peraturan Pendidikan Bahagian II 3(2) telah
menjelaskan beberapa perkara mengenai perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas
terhadap golongan bekeperluan khas iaitu seseorang murid dengan keperluan khas boleh di
didik jika murid tersebut mampu mengurus diri tanpa bergantung kepada orang lain dan
murid ini perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan, pegawai Kementerian
Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan untuk mengikuti program pendidikan khas
kecuali murid-murid berikut;
1. Murid yang cacat anggota tapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti
murid biasa
2. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau sangat sangat anggotanya atau
terencat akal yang berat.

Berikut merupakan antara syarat kemasukan ke sekolah menengah bagi murid ke program
pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia (Rajah 1) dan Gambar (1 dan 2) Bilangan
pelajar mengikut program dan Kategori dalam pendidikan khas di Malaysia:

Berumur 13-19
Tahun

Syarat
Kemasukan ke
Sekolah
Menegah bagi
Murid
Pendidikan Khas
Disahkan oleh pengamal
boleh mengurus diri perubatan panel yang
tanpa bantuan orang lain dinyatakan

Rajah 1: Syarat Kemasukan Ke Sekolah Menengah bagi Murid Bekeperluan Khas

3
Gambar 1: Bilangan Murid Bekeperluan Khas
(MBK) Mengikut Program dari Tahun 2016 hingga
2020 (Rujukan: Data Pendidikan Khas 2020)

Gambar 2: Bilangan Murid Bekeperluan Khas


(MBK) mengikut Kategori Kurang Upaya dari
Tahun 2016 hingga 2020 (Rujukan: Data Pendidikan
Khas 2020)

Glosari:
1. SPK: Sekolah Pendidikan
Khas
2. PPKI: program Pendidikan
Khas Integrasi
3. PPI AP: Inklusif Arus Perdana
4. BL: Kurang Upaya
Penglihatan
5. DE: Kurang Upaya
Pendengaran
6. SD: Kurang upaya Pertuturan
7.PH: Kurang Upaya Fizikal
8. LD: Masalah Pembelajaran
9: MD: Kurang upaya pelbagai

Oleh itu, dalam konteks penulisan memfokuskan murid bekeperluan khas dalam
masalah pendengaran dengan gaya pembelajaran, tinjauan literatur, teori pembelajaran yang
digunapakai, serta kaedah yang dilaksanakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran oleh
guru-guru murid bekeperluan khas masalah pendengaran di sekolah.

4
2.0 LATAR BELAKANG (DEFINISI)

Kepantasan dan kecanggihan teknologi masa kini telah berjaya mencipta beberapa peranti
khas untuk membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran mendengar dan bercakap seperti
kanak-kanak lain. Di negara kita, diagnosis awal kanak-kanak bermasalah pendengaran telah
dilaksanakan seawal beberapa hospital awam, hospital universiti dan hospital swasta,
bermakna kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan dikenal pasti lebih awal, dilengkapi
peralatan amplifikasi yang sesuai dan mendapat latihan pemulihan seawal mungkin untuk
mengikuti perkembangan kanak-kanak sebaya. Terdapat beberapa tahap pendengaran iaitu

 Tahap pendengaran yang normal: 0-20dB


 Rendah (mild hearing loss): 25-40dB
 Sederhana (Moderate hearing loss): 45-65dB
 Teruk (Severe Hearig Loss): 70-90dB
 Sangat Teruk (profound hearing loss): >90dB

sedikit masalah pendengaran.


Rendah mempunyai masalah pendengaran untuk
mendengar bunyi yang perlahan sahaja

boleh mendengar jarak 1 hingga 1.5


meter
Dibantu dengan alat pendengaran
Sederhana dirujuk kepada terapi pertuturan
suapay dapat menghasilkan pertuturan
yang betul

perlu suara dikuatkan dalam perbualan


Sederhana Tidak bertutur dengan baik kerana tidak
Teruk boleh mendengar bunyi pertuturan
yang betul dan jelas

boleh mendengar bunyi kuat sahaja


mengalami pelbagai masalah bahasa
dan pertuturan.
Teruk Sebilangan mempunyai tahap
kecerdasan yang normal, tapi dari
aspek persepsi, sosial, emosi,
pendidikan dan vokasional terjejas

5
Oleh itu, pakar perubatan, pakar pendidikan, pakar bidang dalam menentukan peringkat dan
tahap perkembangan dan pemerolehan bahasa amat penting dalam membantu MBK
bermasalah pendengaran. Jika ketidakupayaan berlaku pada beberapa peringkat sebelum
pemerolehan bahasa, murid tersebut mestilah tidak boleh bercakap dan tidak mempunyai
kemahiran bertutur untuk berkomunikasi. Intervensi awal seperti terapi pertuturan, terapi
fizikal, penjagaan perubatan, pendidikan dan lain-lain perlu dipercepatkan. Pasukan pelbagai
disiplin seperti pakar ENT, pakar audiologi, ahli terapi pertuturan, guru bahasa isyarat dan
guru pendidikan khas perlu bekerjasama untuk menangani pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini. Orang lain seperti ibu bapa, ahli keluarga dan ahli
masyarakat juga perlu terlibat dalam membantu mereka.

1. Perkembangan Bahasa 2. Perkembangan Intelek

- belajar bahasa dengan melihat - Tanpa kecacatan lain, intelek adalah


- lemah dalam percakapan, bacaan, normal
kefahaman dan penulisan walaupun - proses berfikir sama seperti individu
menguasai bahasa isyarat dengan baik biasa
- Biasanya faham konsep tunggal
Ciri-Ciri pelajar
bermasalah
pendengaran
4.0 Pencapaian akademik 3.0 Perkembangan Sosial

-pelajar yang mempunyai ibu bapa yang - sangat bergantung kepada orang lain
juga hilang pendengaran mempunyai - sangat rapat sesama rakan sendiri
pencapaian akademik yang lebih baik
- kurang matang; malu, lebih masalah emosi
- Lemah dalam banyak mata pelajaran semasa remaja
kecuali matematik, seni lukis, PJK .
-Amat lemah dalam bahasa

6
RUJUKAN

Amalina Razali & Azita Ali (2016). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tahap Stres Guru
Pendidikan Khas. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1). Diambil dari
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4756/2841

Data pendidikan Khas 2020. (2022). Diambil dari https://www.moe.gov.my/en/muat-


turun/pendidikankhas/buku-data-pendidikan-khas/3993-buku-data-pendidikan-khas-
tahun-2020/file

Muallimah Arshad. (2008). Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah, Daerah Kota
Tinggi, Johor. Diambil dari
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2008_7945_5abdd97573
574ea9a75a7c50251f27d0.pdf

Nur Syuhadah Mohd Rosli. (2014). Pendidikan Anak Bermasalah Pendengaran. MyHealth
Kementerian Kesihatan Malaysia. Diambil dari
http://www.myhealth.gov.my/pendidikan-anak-bermasalah-pendengaran/

You might also like