You are on page 1of 12

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pelaksanaan Terapi Pertuturan Kepada Murid Bermasalah


Pembelajaran
(Implementation Speech Therapy Of Students With Learning
Disablities)
Aina Nurfasya Ramli1*, Rosadah Abd Majid1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

*Pengarang Koresponden: fasyaramli942000@gmail.com

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pelaksanaan terapi pertuturan dalam pendidikan adalah sangat penting dan amat
diperlukan dalam kalangan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Namun, amalan
terapi di sistem pendidikan di Malaysia masih kurang berbanding negara maju yang lain
seperti Amerika Syarikat. Kajian ini dilaksanakan bertujuan melihat pelaksanaan terapi
pertuturan mempengaruhi peningkatan kemahiran sosial dan perubahan penglibatan murid
bermasalah pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan
kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan 10 peserta kajian di mana 5
peserta kajian primer yang merupakan murid bermasalah pembelajaran dan 5 peserta kajian
sekunder adalah guru pendidikan khas. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah daerah
Hulu Langat, Selangor. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan dalam kemahiran sosial selepas pelaksanaan terapi pertuturan. Dari segi
penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dapatan kajian melihat
keberkesanan pelaksanaan terapi pertuturan malah kemahiran bertutur murid bermasalah
pembelajaran juga ditingkatkan secara tidak langsung. Akhir sekali, kajian yang dilaksanakan
memberi gambaran bahawa pelaksanaan terapi pertuturan dengan konsultasi dan kolaborasi
Pegawai Pemulihan Perubatan dapat memberi impak positif terhadap kemenjadian murid
bermasalah pembelajaran dan perlu dipraktikan dalam sistem pembelajaran dalam
pendidikan khas.

Kata kunci: Terapi Pertuturan, Kemahiran Sosial, Penglibatan Murid Dalam PdPc

Abstract: The implementation of speech therapy in education is very important and much
needed among special education students with learning disabilities. However, the practice of
therapy in the education system in Malaysia is still less compared to other developed countries
such as in the United States. This study was conducted to look at the implementation of speech
therapy that influences the improvement of social skills and changes in the involvement of
students with learning difficulties in teaching and learning sessions. This study is a case study
that uses a qualitative approach involving 10 study participants where 5 primary study
participants whom are students with learning difficulties and 5 secondary study participants
whom are special education teachers. This study was conducted in a school district Hulu
Langat, Selangor. Overall, the findings show that there is an increase in social skills after the
implementation of speech therapy. In terms of involvement in teaching and learning sessions
(PdPc), the findings of the study see the effectiveness of the implementation of speech therapy
and even the speaking skills of students with learning difficulties are also indirectly improved.
Finally, the study conducted gives the impression that the implementation of speech therapy

475
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

with the consultation and collaboration of Medical Rehabilitation Officers can have a positive
impact on the development of students with learning disabilities and should be practiced in the
learning system in special education.
.
Keywords: Speech Therapy, Social Skills, Students’ Involvement in PdPc
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Peluang pendidikan tidak hanya kepada murid-murid yang sempurna tubuh badan dan akal
fikiran malah untuk murid-murid yang mempunyai kelainan upaya juga dari segi masalah
pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Terdapat ramai murid-murid pendidikan khas
masalah pembelajaran yang tidak dapat berkomunikasi kerana mempunyai masalah dalam
pertuturan. Menurut Che Rabiaah dan Abdullah (2017), kemahiran komunikasi melibatkan
bunyi bahasa pertuturan digelar sebagai bahasa lisan dan tidak melibatkan pertuturan sebagai
bahasa bukan lisan. Kemahiran komunikasi berperanan sebagai penghantar dan penerima
maklumat di antara individu dengan individu yang lain. Komunikasi merupakan perkara
penting terhadap manusia tanpa mengira sama ada mereka itu mempunyai ketidakupayaan,
sakit atau dalam keadaan normal (Che Rabiaah, Chua & Abdullah, 2011).

Setiap masalah yang wujud dan kaitan dengan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan
serta persoalan-persoalan yang muncul untuk dijawab semasa kajian ini dilaksanakan.
Pendidikan adalah penting untuk perkembangan setiap individu terhadap pembangunan
negara. Menurut Singal, Salifu, Iddrisu, Casely-Hayford & Lundebye (2015), semua orang
mencari pengetahuan di tahap tertinggi adalah untuk mempunyai tempat di dalam alam
pekerjaan. Peraturan-Pendidikan Khas (2013) menyatakan Pendidikan Khas merupakan
pendidikan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) pada peringkat pra sekolah, pendidikan
sekolah rendah, pendidikan sekolah menengah dan pendidikan selepas sekolah menengah di
tempat yang tertentu seperti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program
Pendidikan Inklusif (PPI). Di Malaysia, PPKI adalah tempat di mana MBK memperolehi
ilmu pengetahuan. Walaupun begitu, MBK memerlukan pendidikankan untuk mencapai
kebolehan yang berkualiti dan dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di dalam
kehidupan harian (Singal et al. 2015; Nadhir & Alfa 2016).

Kemahiran bahasa mempunyai perkaitan rapat dengan pengajaran Bahasa Melayu yang
memberikan kesan secara langsung kepada aktiviti yang dijalankan oleh MBK di dalam
mahupun di luar bilik darjah kepada kehidupan harian mereka. Kemahiran prapertuturan perlu
dikuasai oleh semua peringkat individu untuk merangkumi aktiviti mendengar, memberikan
perhatian, kemahiran sosial, kognitif dan bahasa ekspresif. Aktiviti bermain setiap hari juga
memerlukan kemahiran bahasa agar MBK dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan
baik. Jika murid mempunyai kemahiran komunikasi, mereka dapat melibatkan diri dalam
aktiviti yang membolehkan MBK memperolehi kemahiran asas yang diperlukan untuk
perkembangan diri sehingga dewasa (WHO 2001; Angelika et al. 2019). Penglibatan MBK
bersama-sama murid lain memerlukan kemahiran komunikasi dan bahasa yang baik bagi
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran.

Oleh itu, terapi pertuturan mempunyai perkaitan dalam membantu untuk memulihkan
pertuturan MBK bagi mendapatkan faedah daripada Pendidikan Khas. Terapi pertuturan
merupakan satu kaedah bagi membantu dalam meningkatkan kemahiran bertutur dalam
menyebut perkataan, kemahiran komunikasi dan berbahasa. Perkara ini bertujuan membantu

476
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

MBK membiasakan diri menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang dapat meningkatkan


kefungsian kognitif, emosi dan sosial MBK malah untuk meningkatkan kualiti kehidupan
serta keyakinan diri di dalam diri mereka. Pendidikan Khas bukan sahaja memerlukan
keperluan akademik malah juga keperluan MBK supaya mereka dapat mengikuti kurikulum
pendidikan (IDEA 2004). Terapi pertuturan bertujuan untuk memberikan pemulihan kesihatan
dalam aktiviti kehidupan seharian. Terapi pertuturan dilaksanakan kepada MBK bukan untuk
hanya ingin mereka bertutur dengan baik tetapi adalah untuk meningkatkan kemahiran
komunikasi mereka. Selain itu, terapi pertuturan juga dapat meningkatkan penglibatan murid
semasa PdPc di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah kerana dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran mereka.

Objektif kajian ini adalah untuk:


i. Meneroka kemahiran sosial murid bermasalah pembelajaran selepas pelaksanaan terapi
pertuturan dilaksanakan.
ii. Meneroka penglibatan murid dalam sesi PdPc selepas pelaksanaan terapi pertuturan
dilaksanakan.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi daripada alat artikulasi yang juga
merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa manusia (Kamarudin, 2015). Gangguan
pertuturan yang dihadapi oleh individu merupakan masalah pertuturan yang disebabkan dua
faktor iaitu fizikal ataupun mental. Sebagai contoh, masalah fizikal yang dihadapi oleh kanak-
kanak ialah sumbing yang memberi kesan kepada masalah pertuturan. Maka terapi pertuturan
dilaksanakan bagi membantu individu yang mempunyai masalah pertuturan. Seterusnya ialah,
terapi yang dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi seperti
penggunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar. Menurut Kelder S et. (2017), terapi
merupakan satu kaedah yang boleh digunakan bagi membantu murid yang mengalami
kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Hal ini demikian bertujuan bagi
membantu kanak-kanak menghasilkan bunyi bahasa serta melatih kanak-kanak yang
menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas yang tertentu. Justeru, jika murid gagal
menyebut perkataan dengan betul, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan
terapi terlebih dahulu sebelum PdPc berlangsung atau menjalankan terapi sebagai salah satu
langkah dalam aktiviti pembelajaran.
Kajian lepas menunjukkan penglibatan ibu bapa dalam terapi pertuturan membawa impak
kepada murid berkeperluan khas dalam pembelajaran mereka. Penekanan terhadap
keinginan dan penglibatan ibu bapa dalam kursus-kursus mempengaruhi keberkesanan
pelaksanaan terapi pertuturan. Namun, sumber-sumber yang berkaitan dengan terapi ini
adalah sangat terhad jika dibandingkan dengan negara-negara maju (Leong, Jennifer, &
Mark 2014; Masne, Rachael & Primrose, 2015). Kajian yang dilaksanakan terhadap murid
masalah pembelajaran membuktikan bahawa penghasilan modul terapi amat berguna untuk
ibu bapa, ahli terapi dan guru dalam penyediakan dan pelaksanaan kurikulum, modul
pendidikan serta Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Komunikasi lisan didefinisikan sebagai satu proses komunikasi yang menggunakan
percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Komunikasi bersifat
omnipresent iaitu hadir di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa sahaja dan dengan siapa
sahaja. Hal ini kerana manusia menggunakan kemahiran komunikasi pada bila-bila masa
sahaja dan tidak dapat dihindari pada setiap hari (Ahmad Sultra Rustan, 2017). Kemahiran

477
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

komunikasi lisan adalah berkait rapat dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, jika murid tidak
dapat menguasai kemahiran pertuturan Bahasa Melayu dengan baik maka murid tidak dapat
berkomunikasi lisan dengan jelas. Kebolehan dan kesediaan murid-murid adalah penting
dalam menggunakan kemahiran bahasa semasa berkomunikasi (Aini, 2012).
Kajian ini juga menekankan kemahiran pratuturan merupakan kemahiran asas dalam
komunikasi lisan iaitu merangkumi aktiviti mendengar, memberi perhatian, kemahiran sosial,
kognitif dan bahasa ekspresif. Menurut Abdullah Yusuf (2014), jika seseorang murid
mempunyai masalah dalam penggunaan komunikasi lisan, maka guru perlu mencari
komunikasi alternatif yang membolehkan guru dan murid untuk berkomunikasi. Murid
lembam tidak dapat menguasai Bahasa Melayu baku kerana kebanyakkan murid
menggunakan loghat bahasa yang berbeza semasa mereka di rumah. Perkara ini disokong oleh
Chew (2016), murid perlu menguasai kemahiran Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan
lebih berkesan dalam pelbagai situasi disamping meningkatkan kosa kata murid dalam Bahasa
Melayu.
Seterusnya, kajian menunjukkan murid bermasalah pembelajaran mengalami pengasingan diri
dan hubungan sosialisasi. Valeria, Ilaria & Veronica (2017) menyatakan kanak-kanak yang
tidak berinteraksi dengan orang lain di sekolah tidak dapat membina hubungan malah
mempunyai kecenderung untuk berasa sunyi, tingkah laku negatif dan tekanan emosi. Kanak-
kanak pendidikan khas selalu berasa rendah diri dan kurang dihargai oleh rakan-rakan sebaya.
Menurut Nelson & Harwood (2011), ketidakselesaan, emosi kemarahan dan kekecewaan
wujud disebabkan pengalaman kekurangan kemahiran yang diperlukan di dalam bilik darjah
seperti kemahiran 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran. Penglibatan diri dalam sesi PdPc juga merupakan salah satu kemahiran
yang perlu ada dalam setiap diri kanak-kanak. Melalui Taylod dan Parson (2011) merumuskan
bahawa penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran menggalakkan perlu diwujudkan
untuk menyokong murid bagi perkembangan bahasa, keperluan melakukan aktiviti, meneroka
topik pembelajaran secara mendalam, penglibatan diri yang bersungguh-sungguh serta
berusaha bagi mencapai kecemerlangan diri sendiri.
Berdasarkan hasil kajian-kajian dalam mahupun di luar negara memberikan banyak maklumat
berguna bagi pelaksanaan terapi di sekolah. Walaupun begitu, negara barat menunjukkan
perkembangan yang menyeluruh dalam kalangan guru pendidikan khas untuk bidang
pendidikan khas berbanding dengan negara Malaysia yang jauh ketinggalan dalam bidang ini
(Leong, Jennifer, & Mark 2014; Masne, Rachael & Primrose 2015; Madhya 2016).
Pelaksanaan terapi untuk murid pendidikan khas adalah untuk memenuhi keperluan
pendidikan inklusif (Kerry et al 2012; Kelder et al 2017). Hal ini demikian penting kerana
murid pendidikan khas berhak untuk memperolehi peluang pendidikan yang sama rata seperti
murid normal yang lain. Perkara ini adalah bagi mengurangkan diskriminasi kepada murid
pendidikan khas di bawah perundangan dan hak pendidikan.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Populasi kajian ini
melibatkan murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sebuah
sekolah sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Peserta kajian primer terdiri daripada 3 murid
lelaki dan 2 murid perempuan. Pemilihan 5 peserta kajian primer ini berdasarkan laporan
Pegawai Pemulihan Perubatan (pertuturan) dan kriteria ditentukan oleh penyelidik. Peserta
kajian yang dipilih merupakan murid di Program Pendidikan Khas Integrasi yang mempunyai
ketidakupayaan dalam pelbagai kategori iaitu Sindrom Down, Kecelaruan Spektrum Autisme
tahap sederhana, Kekurangan Intelektual dan sebagainya. Penyelidik memilih peserta kajian

478
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dalam kuantiti yang sedikit iaitu 5 orang adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
secara terperinci dan mendalam. Penyelidik melibatkan 5 peserta kajian iaitu guru pendidikan
khas masalah pembelajaran sebagai peserta kajian sekunder. Maka menurut Spencer dan
Spencer (1993), subjek kajian seramai 7 orang sudah mencukupi bagi memperolehi data
kualitatif. Pemilihan sampel di dalam kajian ini mempunyai bilangan yang kecil dan sudah
memadai untuk penyelidik mengkaji sampel secara mendalam dan persoalan kajian dapat
kajian. Perkara yang ditekankan ialah jumlah yang dipilih boleh menjawab setiap persoalan
kajian yang telah disediakan (Marshall & Rossman, 2006).

Pemilihan sampel yang dilaksanakan tidak merujuk kepada bangsa, umur dan jantina. Sampel
yang dipilih di dalam kajian ini berdasarkan kriteria yang diperlukan iaitu kebolehan bahasa
lisan yang rendah, keupayaan mengeluarkan suara (prapertuturan) dan tidak mempunyai
keyakinan untuk berkomunikasi. Pemilihan peserta kajian memerlukan guru Bahasa Melayu
dan penyelidik untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa, guru pendidikan khas dan
pentadbir sekolah. Perkara ini kerana tempoh kajian bukan merupakan masa yang singkat
untuk diperlukan bagi mengumpulkan maklumat yang bertujuan untuk merakam, menyimpan,
meneliti dan menggunakan alat dan bahan yang berkaitan dengan persoalan kajian.
Kaedah kajian dalam kajian ini berbentuk kajian kes dengan melibatkan teknik pengumpulan
data secara tringulasi iaitu pengumpulan data dari tiga sumber melalui pemerhatian, temu bual
dan analisis dokumen. Pada akhir kajian ini, penyelidik dijangka dapat membuat kesimpulan
samada pelaksanaan terapi pertuturan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran
mempengaruhi kemahiran sosial dan penglibatan murid bermasalah pembelajaran dalam sesi
PdPc.
Menjalankan Kajian Rintis
Mengenalpasti
Memilih • Pemerhatian Membuat
Reka • Temubual
masalah Kesimpulan
Bentuk
• Analisis Dokumen

Rajah 1.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk pada rajah 1.1 menunjukkan bahawa penyelidik membuat pemerhatian, temu bual
dan analisis data terhadap elemen-elemen di dalam kemahiran sosial dan penglibatan peserta
kajian dalam sesi PdPc. Menurut Cresswell (1994), penyelidik boleh melihat dan memahami
setiap perubahan berlaku dalam situasi yang sebenar. Selain itu, penyelidik dapat memerihal
setiap ciri sebelum dan selepas pelaksanaan terapi pertuturan dapat mempengaruhi kemahiran
sosial dan penglibatan peserta kajian dalam sesi PdPc. Penyelidik membuat jangkaan bahawa
pelaksanaan terapi pertuturan dapat mempengaruhi kemahiran sosial mereka di dalam bilik
darjah.

4. Dapatan Kajian

Secara keseluruhan berkaitan mengenai dapatan dan analisis kajian yang telah memberi fokus
kepada kemahiran sosial murid pendidikan khas masalah pembelajaran dan penglibatan di
bilik darjah. Bahagian akhir membincangkan tentang penglibatan murid pendidikan khas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian berdasarkan maklum balas
bagi setiap kajian yang menjawab dua persoalan kajian yang iaitu 1) Bagaimanakah
kemahiran sosial murid bermasalah pembelajaran dipengaruhi selepas terapi pertuturan
dilaksanakan? 2) Bagaimanakah penglibatan murid bermasalah pembelajaran dalam sesi PdPc

479
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dipengaruhi selepas terapi pertuturan dijalankan? Dapatan kajian dipaparkan ini dapat
menunjukkan setiap data yang pengkaji perolehi dalam bentuk temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen. Setiap dapatan kajian dibahagikan mengikut persoalan kajian yang
merangkumi aspek kemahiran sosial peserta kajian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas dan penglibatan peserta kajian dalam sesi PdPc.

Kemahiran Sosial Peserta Kajian


Berdasarkan analisis dapatan kajian yang diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian,
terdapat peningkatan yang positif di dalam kemahiran sosial dalam kalangan peserta kajian.
Penyelidik mengategorikan peningkatan di dalam kemahiran sosial yang terdapat dalam diri
peserta kajian. Hal ini demikian peserta kajian yang mempunyai masalah pertuturan
mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara dua hala atau sehala dengan orang di
sekeliling mereka. Mereka juga hanya mengikut kehendak ibu bapa dan tujuan kehidupan
sepenuhnya bergantung kepada ibu bapa. Kemahiran sosial asas memerlukan gaya pertuturan
yang sebenar walaupun mereka tidak dapat bertutur dengan jelas.

Interaksi Sosial Antara Rakan Bilik Darjah


Menurut analisis temu bual yang dijalankan terhadap kesemua responden iaitu R1, R2, R3,
R4 dan R5 mempunyai pendapat yang sama terhadap peningkatan kemahiran sosial di dalam
diri PK1, PK2, PK3, PK4 DAN PK5 semasa pelaksanaan terapi pertuturan. Terapi pertuturan
berlangsung dengan lancar kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada peserta kajian
dan dapat menarik minat mereka menyertai setiap aktiviti yang diadakan walaupun pada
awalnya PdPc Bahasa Melayu ini dilaksanakan secara individu dan diakhiri secara
berkumpulan. Terdapat interaksi secara dua hala yang diperlukan di dalam setiap aktiviti
terapi pertuturan sama ada dengan guru, atau dengan rakan peserta kajian yang lain atau
dengan guru dan rakan peserta kajian yang lain. Perjalanan terapi pertuturan adalah secara
berperingkat supaya murid tidak terkejut dengan perubahan yang berlaku di dalam bilik
darjah. R3 mengatakan

“…peningkatan dalam kemahiran sosial merupakan perkara paling ketara dapat dilihat
apabila bilik darjah mula menjadi riuh rendah di mana murid-murid mula berkawan dan
bersembang antara satu sama lain menggunakan pertuturan yang dipulihkan walaupun tidak
begitu sempurna seperti murid yang lain. PK1 dan PK2 juga mula bercakap semasa aktiviti
berlangsung dengan rakan-rakan bilik darjah semasa sesi PdPc berlangsung….”

Selain itu, setiap aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti yang dicadangkan oleh Pegawai
Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang sesuai dilaksanakan kepada murid pendidikan khas
masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kemampuan yang berbeza dan untuk
meningkatkan kemahiran sosial mereka dengan pertuturan yang dibaiki dengan lebih baik.
Perkara ini disokong oleh R5 beranggapan bahawa kolaborasi dan konsultansi dengan pihak
profesional dapat memberikan manfaat kepada kemahiran sosial peserta kajian. Walau
bagaimanapun, hasil keberkesanan pelaksanaan terapi pertuturan dapat dilihat dengan baik
walaupun pertuturan peserta kajian masih berada di tahap yang rendah. Jika hendak menunggu
pertuturan menjadi baik seperti murid normal yang lain akan memakan masa dan murid makin
ketinggalan dalam kemahiran sosial. Walaupun setiap aktiviti memerlukan bimbingan
sepenuhnya daripada penyelidik namun peserta kajian berada dalam keadaan selesa dan tidak
berasa janggal.

480
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Peningkatan Interaksi Sosial Dengan Guru Bilik Darjah


Hasil dapatan kajian melalui temu bual yang telah dijalankan ke atas responden yang
merupakan guru mengajar peserta-peserta kajian dan mengenali dengan lebih dekat
berbanding dengan orang lain. Mereka bersetuju bahawa terdapat peningkatan interaksi sosial
dengan guru semasa sesi PdPc berlangsung. R3 berpendapat dengan R1, R2, R4 dan R5 yang
bersetuju bahawa tingkah laku peserta-peserta kajian mempunyai perubahan yang
menyebabkan interaksi sosial mempunyai peningkatan yang positif.
R3 mengatakan bahawa

“Peserta-peserta kajian yang terpilih merupakan rakan sekelas. Mereka mempunyai


personaliti yang berbeza tetapi mempunyai masalah pertuturan yang hampir sama. Sebelum
pelaksanaan terapi pertuturan ini dilaksanakan, mereka kurang berinteraksi dengan guru.
Ada juga saya tanya ibu bapa, ibu bapa menjelaskan bahawa perkara yang sama berlaku di
rumah. Mereka juga kurang bercakap dan hanya menurut apa yang dikatakan ibu bapa.
Masalah lain adalah tidak menyiapkan kerja dengan baik kerana jika tidak faham tidak tanya
kepada guru dan tidak selesa apabila diajukan soalan dan bertindak mendiamkan diri
sahaja”

Secara keseluruhannya, pelaksanaan terapi pertuturan memberi kesan kepada kemahiran


sosial peserta kajian. Mereka mula bergaul dengan rakan sekelas dan memberikan maklum
balas kepada guru malah dapat meminta kebenaran untuk keluar ke tandas. Berdasarkan hasil
dapatan kajian, R2 dan R3 mengatakan perubahan kemahiran sosial iaitu berinteraksi di dalam
bilik darjah dalam kalangan peserta kajian adalah tidak ketara namun mereka menunjukkan
peningkatan yang positif. Hal demikian kerana kemahiran sosial adalah perkara yang
memerlukan jangka masa yang panjang dan berterusan untuk melihat peningkatan yang
ketara.

Penglibatan Diri Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran


Hasil dapatan temu bual mendapati bahawa peserta kajian menunjukkan tahap penglibatan
yang ketara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPc) adalah peserta kajian dapat
memberikan perhatian kepada aktiviti dalam perancangan guru yang dilaksanakan,
mendengar arahan guru dan menyiapkan tugasan yang diberikan di akhir PdPc berlangsung.
Perkara tersebut mempunyai perhubungan antara satu sama lain untuk menilai penglibatan
peserta kajian dalam sesi PdPc. Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik memgenalpasti
perubahan yang ditunjukkan oleh peserta kajian dari segi tahap pemerhatian peserta kajian
dalam PdPc selepas pelaksanaan terapi pertuturan. Peserta kajian dapat memahami arahan,
mempunyai daya tumpuan, kebolehan melaksanakan tugasan dan memberi maklum balas
terhadap guru ditingkatkan. Justeru, tahap penglibatan peserta kajian dalam PdPc dilihat
meningkat selepas pelaksanaan terapi pertuturan.

Berdasarkan pemerhatian menggunakan senarai semak yang telah direkodkan oleh guru mata
pelajaran mendapati bahawa kekerapan dalam masalah pembelajaran dalam sesi PdPc bagi
peserta kajian telah dikurangkan selepas pelaksanaan terapi pertuturan. Selepas menjalankan
pelaksanaan terapi pertuturan, penyelidik mendapati bahawa terdapat penurunan skor
kekerapan bagi masalah pembelajaran peserta kajian.

481
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Perbandingan Pemerhatian Masalah Pembelajaran Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Terapi
Pertuturan

Kelas Masalah Pembelajaran


Sebelum Selepas
Kekerapan % Kekerapan %
PK 1 41 21.02 32 16.41
PK 2 44 22.56 36 18.46
PK 3 30 15.38 15 7.69
PK 4 38 19.49 28 14.36
PK 5 36 18.46 31 15.89

Jadual 2: Perbandingan Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Terapi Pertuturan

PK Sebelum Pelaksanaan Terapi Pertuturan Selepas Pelaksanaan Terapi


Pertuturan

Perbandingan:
Penyelidik mendapati bahawa PK1 melakukan aktiviti mewarna dengan sempurna
malah menggunakan lebih dari dua warna.

Perbandingan:
Penyelidik mendapati bahawa hasil lembaran mewarna PK2 menunjukkan
penggunaan lebih dua warna dan lebih kemas. Tetapi PK2 masih memerlukan
bimbingan supaya menyiapkan lembaran kerja pada masa yang ditetapkan.

482
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Perbandingan:
Sebelum pelaksanaan terapi pertuturan, penyelidik mendapati PK3 tidak menyiapkan
lembaran yang diberikan pada masa yang ditetapkan walaupun kemahiran mewarna
adalah cantik dan kemas. Namun PK3 dapat menyiapkan hasil lembaran mewarna
pada masa ditetapkan selepas pelaksanaan terapi pertuturan.

Perbandingan:
Penyelidik mendapati hasil lembaran mewarna PK4 lebih kemas dan bersih selepas
pelaksanaan terapi pertuturan malah kemahiran mewarna PK4 menunjukkan sedikit
peningkatan dibandingkan dengan hasil lembaran sebelum pelaksanaan intervensi
terapi pertuturan di mana PK4 hanya menconteng dengan menggunakan pensel.

Perbandingan:
Penyelidik mendapati bahawa PK5 dapat mewarna lembaran kerja yang diberikan
dengan baik malah penggunaan teknik dan kemahiran juga menunjukkan peningkatan
yang baik selepas pelaksanaan terapi pertuturan.

Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian menunjukkan kemahiran sosial dan penglibatan diri
peserta kajian dalam PdPc selepas pelaksanaan terapi pertuturan mempunyai peningkatan
positif. Penyelidik juga mendapati keberkesanan pelaksanaan terapi pertuturan merupakan
satu proses yang sistematik dan boleh dilaksanakan secara berterusan. Guru sebagai individu
yang memainkan peranan utaman dalam PdPc yang berjaya perlulah mempunyai konsultasi
dan kolaborasi bersama pakar terapi yang profesional bagi merancang aktiviti-aktiviti terapi
yang bersesuai mengikut tahap kemampuan peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran

483
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

sosial dan penglibatan mereka dalam PdPc secara langsung mahupun tidak langsung dari
semasa ke semasa.
5. Perbincangan & Kesimpulan

Bahagian ini membincangkan mengenai dapatan kajian yang telah diperolehi bagi kedua-dua
persoalan kajian iaitu 1) Bagaimanakah kemahiran sosial murid bermasalah pembelajaran
dipengaruhi selepas terapi pertuturan dilaksanakan? 2) Bagaimanakah penglibatan murid
bermasalah pembelajaran dalam sesi PdPc dipengaruhi selepas terapi pertuturan dijalankan?
Pelaksanaan terapi pertuturan mempengaruhi kemahiran sosial murid pendidikan khas
masalah pembelajaran malah memberi impak kepada tahap penglibatan murid dalam sesi
PdPc serta memberikan kesan positif terhadap diri peserta kajian itu sendiri. Kajian yang telah
dijalankan dapat memberikan gambaran berkaitan pelaksanaan terapi pertuturan secara
terperinci dan keberkesanannya terhadap kemahiran sosial dan tahap penglibatan murid
bermasalah pembelajaran dalam sesi PdPc. Walaupun pelaksanaan terapi pertuturan kelihatan
berjalan dengan lancar dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru pendidikan khas matapelajaran
Bahasa Melayu namun terdapat batasan kajian yang wujud semasa pelaksanaan kajian ini
adalah tempoh kajian dilaksanakan semasa berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB), lokasi pelaksanaan kajian, kekangan masa dan hanya menumpukan
terhadap satu jenis terapi sahaja.
Selain itu, penyelidik mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan khas
di Malaysia di mana guru pendidikan khas tidak mengetahui terapi yang bersesuaian
dilaksanakan kepada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran walaupun ia
merupakan salah satu alternatif bagi meningkatkan kemenjadian murid bermasalah
pembelajaran. Perkara ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak
menyediakan panduan dan prosedur pelaksanaan terapi dalam pengajaran harian di sekolah.
Kebanyakkan guru pendidikan khas mempunyai kesedaran berkaitan dengan kepentingan
terapi dalam pembelajaran murid bermasalah pembelajaran meningkatkan kemahiran mereka
tetapi guru pendidikan khas tidak mengetahui cara yang sebenar dan tidak mengetahui
landasan yang betul untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Pegawai Pemulihan
Perubatan. Malah guru pendidikan khas juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
mendapatkan konsultasi dan kolaborasi daripada pihak profesional. Oleh itu, jika KPM dapat
menyediakan modul pelaksanaan terapi-terapi yang jelas dapat memberikan impak yang
berkesan.
Kesimpulan
Rumusnya, kajian yang telah dilaksanakan telah menjawab setiap persoalan kajian tentang
pelaksanaan terapi pertuturan mempengaruhi kemahiran sosial dan tahap penglibatan murid
bermasalah pembelajaran dalam sesi PdPc. Terdapat cadangan-cadangan yang telah
dikemukakan untuk pengkaji-pengkaji yang berminat untuk melaksanakan kajian berkaitan
pelaksanaan terapi pertuturan dari segi pemilihan peserta kajian, pemilihan teori yang
berkaitan dan pelbagaikan konstruk pelaksanaan kajian serta penglibatan guru dan ibu bapa
kepada murid bermasalah pembelajaran bagi mengatasi masalah kekangan yang wujud.
Mengembangkan dan menambahbaik pengetahuan mengenai pelaksanaan terapi pertututuran
merupakan cadangan kajian lanjutan bagi menjadi selaras dengan era globalisasi tuntutan
yang bersesuaian pada masa kini.

484
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rujukan

Aini, Zamri, Zahara (2012), Pengajaran Kemahiran Komunikasi Bagi Murid-Murid


Bermasalah Pembelajaran Teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – Jpbm (Malay
Language Education Journal – Mylej) Issn: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 1118
Che Rabiaah dan Abdullah, (2017) Masalah Komunikasi Lisan dalam Kalangan Pesakit Neuro
di Kelantan Vol 17 No 2 (2017): Jurnal Bahasa Jilid 17 Bil. 2 Disember 2017
Kelder S., Jennifer E., Carol A. & Nicole F. 2017. The Effect Of Occupation Therapy Play-
Based Interventions On Cooperative Behavior In Elementary School Aged Children With
Autism Spectrum Disorder. Pediatrics (10):
Https://Scholarworks.Gvsu.Edu/Ot_Pediatrics/10.
Kerry, A., Catherine, F., Cathy, F., Jennifer, G., Rachel, K. & Carmen, S. 2012. School-Based
Occupational Therapists: An Exploration Role In Cape Metropole Full Service School.
Sounth African Journal Of Occupational Therapy: 42(1).
Lee, L. W. & Low, H. M. 2014. The Evolution Of Special Education In Malaysia. British
Journal of Special Education 41(1): 42-58.
Leong H.M., Jeniffer S. & Mark C. 2014. The Use Of Sensory Integration Therapy In
Malaysia And Singapore By Special Education Teachers In Early Intervention Settings.
Journal Of Intellectual And Developmental Disability 39(1): 10-23.
Manisah, M. A. & Noriza, S. 2016. Intervensi Meningkatkan Tumpuan Dalam Pembelajaran
Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1):1-6.
Margo, C., Elizabeth, B. & Laura, A. 2015. Preparing Special Education Teachers To
Collaborate With Families. School Community Journal 25(1): 117-136.
Moore, A. & Lynch, H. 2015. Accessibility And Usability Of Play- Ground Environments For
Children Under 12: A Scoping Review. Scandinavian Journal Of Occupational Therapy
22(5): 331–344.
Nadhir & Alfa 2016 Special Education For Children With Disabilities In Malaysia: Progress
And Obstacles GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12
issue 10 (78 - 87) 78 © 2016, ISSN 2180-2491
Pajares, F. 2007. Sources Of Writing Self-efficacy Beliefs Of High School Students. Research
In The Teaching Of English 42 (1): 104-121.
Syahida, N.Z. 2015. Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan Tradisional Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 5(2): 12-21
Singal, N, Salifu, E.M., Iddrisu, K., Casely-hayford, L. & Lundebye, H. 2015. The Impact Of
Education In Shaping Lives: Reflections Of Young People With Disabilities In Gana.
International Journal Of Inclusive Education 19 (9): 908-925.
Taylor L. & Parsons J. 2011. Improving Student Engagement. Current Issue In Education
14(1): http://cie.asu.edu/
United Nations. 2004. Individuals with Disabilities Education Improvement Act of 2004 (Pub.
L. 108- 446), 20 U.S.C. 1400–1482. New York: United Nations.
Virgia, N.F. & Choirul, A. 2014. Kemampuan Interaksi Sosial Antara Remaja Yang Tinggal
Di
Pondok Pesantren Dengan Yang Tinggal Bersama Keluarga. Jurnal Falkultas Psikologi
2(2): 71-75.
Valeria C., Ilaria G. & Veron O. 2017. Social And Emotional Learning For Children With
Learning Disability: Implications For Inclusion. Special Issue 9(2): 100-109.

485
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 475-486, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Zakaria, S. 2012. Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati
Diri. Jurnal Hadhari Special Edition: 155-172.

486
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like