You are on page 1of 11

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kaedah Dan Cabaran Pengajaran Terbeza Dalam Meningkatkan


Penguasaan Membina Ayat Bahasa Melayu Murid Sekolah
Rendah
(Methods and Challengers of Differentiated Teaching in Improving
The Mastery of Sentence Building in Malay Language among Primary
Schools’ Pupils)
Halida Jawan1*, Zamri Mahamod2
1
Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili, D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 96800, Kapit, Sarawak
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: halidajawan85@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kaedah dan cabaran pengajaran terbeza
dalam meningkatkan penguasaan membina ayat bagi mata pelajaran bahasa Melayu murid di
sekolah rendah. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu memilih
persampelan bertujuan. Seramai empat orang guru yang mengajar bahasa Melayu tahap 2 di
empat buah sekolah sebagai peserta kajian. Lokasi sekolah-sekolah yang dipilih untuk kajian
ini adalah di kawasan pedalaman Kapit. Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data
kemudian dianalisis melalui transkripsi temu bual untuk mengenal pasti tema yang ada.
Dapatan menunjukkan bahawa guru-guru menerima serta menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran terbeza yang sesuai dengan murid dalam meningkatkan penguasaan membina
ayat. Kreativiti guru melaksanakan pengajaran terbeza ini dapat merapatkan lagi jurang
penguasaan membina ayat dalam kalangan murid pandai, sederhana dan lemah. Namun
begitu, masih terdapat cabaran untuk guru-guru di sekolah pedalaman dalam melaksanakan
pengajaran terbeza dengan jayanya. Kesimpulannya, kaedah pengajaran terbeza ini penting
untuk meningkatkan penguasaan murid membina ayat terutamanya murid yang lemah dan
juga kemudahan yang mencukupi agar semua guru dapat melaksanakan kaedah ini sebaiknya
di dalam kelas.

Kata kunci: pengajaran terbeza, cabaran pengajaran terbeza, membina ayat, murid sekolah
rendah

Abstract: The aim of this study is to find out the methods and challengers of the differentiated
teaching in improving the mastery of the sentence building for Malay Language subject among
the primary school pupils. This study were carried out using the qualitative method by using
the purposed sample. There were four level 2 Malay Language subject teacher in four different
were selected as research sample. All four schools were from rural areas in Kapit. The method
for data collection that were used in this research was the analysis through the interview that
have been conducted for the theme selection. The result shows that these teachers accepted
and have been using variety of differentiated teaching method which are suitable for different
pupils in improving the mastery of sentence building. The teacher’s creativity in implementing
this differentiated teaching method is crucial part in closing the gap of sentence building
mastery among the good and weaker pupils. However, there are a lots more challengers for
the teahers in the rural area to succesfully implement the differentiated teaching. In conclusion,

67
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

differentiated teaching is a crucial part to improve the pupil’s mastery in sentence building
especially the weaker pupils and as well as enough facilities for the teachers to implement this
method successfully in their classroom.

Keywords: differentiated teaching, different teaching challengers, sentence building, primary


school pupils
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pendidikan yang adil dan saksama harus diberikan tanpa melihat jurang perbezaan keperluan,
kognitif dan latar belakang semua murid. Pendidik memainkan peranan yang sangat penting
dan sedar keperluan setiap murid di dalam kelas. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
(2010) (KPM) semua guru perlu merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti tinggi serta bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensi
serta pencapaian murid pada tahap yang maksimum. Justeru, pendidik harus peka dengan
murid yang diajar di sekolah rendah dalam pengajaran bahasa Melayu agar dapat meningkatkan
penguasaan terutamanya dalam aspek mendengar dan bertutur, membaca serta menulis.

Rentetan daripada itu, pemilihan kaedah pengajaran terbeza merupakan salah satu cara terbaik
untuk memudahkan proses mengajar murid membina ayat dengan betul. Hal ini kerana dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) salah satu kurikulum penting
dalam pembelajaran murid adalah kurikulum menulis yang melibatkan mata pelajaran wajib
iaitu bahasa Melayu. Melalui PPPM ini kesamarataan dan kualiti pendidikan untuk setiap
murid di Malaysia adalah untuk mentransformasi Pendidikan ke arah Abad ke-21(PAK21).
Oleh itu, masalah penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah harus
diatasi melalui pengajaran terbeza. Menurut Mazura dan Wak (2018) pengajaran terbeza perlu
menjadi keperluan asas kepada guru untuk melihat kemenjadian murid menguasai pelbagai
kemahiran dalam pembelajaran. Jadi, pengajaran terbeza ini boleh dijadikan sebagai salah satu
kaedah pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan membina ayat dalam kalangan murid di
sekolah rendah.

Menurut Abd. Khahar et al. (2018) pengajaran terbeza merupakan satu cara atau metodologi
pengajaran berdasarkan keperluan murid. Cara pengajaran ini memudahkan lagi pengajaran
bahasa Melayu untuk memberikan pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid di sekolah
rendah serta mempunyai sifat keterbezaan. Dalam aspek pengajaran ini, konsep keadilan
kepada semua murid menjadi perkara utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di dalam kelas. Maka pengajaran terbeza ini sangat penting untuk meningkatkan
penguasaan murid dalam membina ayat bahasa Melayu terutama dalam kalangan murid
sekolah rendah. Kemahiran menulis merupakan antara salah satu kemahiran berbahasa yang
teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu selain daripada kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca, aspek seni bahasa dan asek tatabahasa. Dalam Standard
Kandungan Pendidikan bahasa Melayu (Tahap 1), kemahiran menulis yang dipelajari ialah asas
menulis, menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna serta menghasilkan penulisan. Oleh
sebab itu, murid-murid di sekolah rendah hendaklah menguasai kemahiran menulis
terutamanya menulis ayat dengan betul melalui bimbingan daripada guru dari semasa ke
semasa. Keterbezaan murid menuntut semua guru menggunakan pelbagai kaedah untuk
mengajar kemahiran menulis dalam kalangan murid di sekolah rendah.

68
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

2. Ulasan Kajian Lepas

Pengajaran terbeza ini merupakan salah satu kaedah guru untuk memaksimumkan kemampuan
murid terutama dalam kalangan murid yang pandai. Malah dapat merapatkan jurang kognitif
bagi murid yang sederhana dan lemah. Hal ini kerana fokus guru yang mengajar adalah
berdasarkan keperluan murid dalam kelas. Menurut Fairuz et al. (2017) amalan pengajaran
berbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran yang dilihat memenuhi keperluan
pembelajaran murid yang berbakat kerana ia memperuntukan peluang pembelajaran yang sama
kepada semua murid.

Menurut Zamri et al. (2018) pengajaran berbeza (differentiated instruction) atau pengajaran
terbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran yang memenuhi keperluan pembelajaran
dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada setiap murid agar mereka mampu
belajar secara optimum mengikut aras kognitif dan situasi pembelajaran mereka. Jadi, jelaslah
bahawa semua murid di Malaysia mendapat kesamarataan ilmu dan belajar mengikut kepada
kesesuaian murid tersebut termasuklah penguasaan membina ayat bagi mata pelajaran bahasa
Melayu.

Dalam Kandungan Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017)
digubal untuk membolehkan murid berketerampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran maklumat, nilai dan idea
serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Maknanya, murid-murid yang belajar bahasa
haruslah sentiasa dapat menggunakan bahasa tersebut dengan sebaiknya serta dapat
menggunakannya dalam kehidupan seharian dan bukan seperti kurikulum sebelum ini yang
menginginkan semua murid lulus dalam peperiksaan sahaja. Oleh itu, semakan semula dalam
kurikulum Bahasa Melayu sangat penting untuk menyediakan murid-murid ke arah proses
pembelajaran yang menyeluruh termasuk penguasaan membina ayat bahasa Melayu dengan
betul.
3. Masalah Kajian

Terdapat pelbagai masalah yang menimbulkan kelemahan murid dalam menguasai bahasa
Melayu dengan baik. Faktor guru menjadi salah satu daripada penyumbang kepada kelamahan
murid dalam penguasaan kemahiran seperti komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian
masalah Carlgren (2013). Jelaslah bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting
terhadap penerimaan ilmu dalam kalangan murid-murid. Guru bukan sahaja bijak menguasai
pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah harus sentiasa peka dengan
perkembangan dan penerimaan ilmu setiap murid di dalam kelas. Hujah ini disokong oleh
Noraini (2015) yang turut mengatakan bahawa kefahaman guru terhadap sesuatu konsep sangat
penting untuk memberikan gambaran yang jelas terhadap tindakan, keputusan dan amalan di
dalam bilik darjah. Maknanya, perkembangan setiap murid dan suasana bilik darjah sangat
bergantung dengan kreativiti seorang guru dalam menentukan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Malah masalah pengajaran terbeza ini kurang difahami oleh guru-guru yang mengajar bahasa
Melayu. Menurut Danial Arif (2020) guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah pedalaman
kategori 3 kurang pengetahuan pendekatan pengajaran terbeza oleh itu, pihak KPM perlu
memberi pendedahan meluas melalui kursus, bengkel dan sebagainya supaya pengetahuan
pedagogi pengajaran terbeza dapat dikuasai oleh guru bahasa Melayu dan mengaplikasinya
dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Hal ini bertepatan dengan kajian yang
dijalankan di sekolah rendah di pedalaman Kapit yang turut mengalami masalah dalam

69
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

menyebar luas bahan pengajaran terbeza daripada KPM untuk panduan semua guru. Maka
dengan itu, guru-guru bahasa Melayu harus didedahkan dengan pengetahuan pengajaran
terbeza yang lebih luas serta mudah diakses agar dapat mengatasi masalah pembelajaran
membina ayat dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah.
Mengikut Zaliza Mohamad Nasir (2017) kekurangan pengetahuan dan kekeliruan murid dalam
penggunaan sistem bahasa menyebabkan murid lemah dalam penulisan. Di samping itu, murid
tidak dapat menulis ayat mengikut struktur yang betul. Masalah menguasai kemahiran
membina ayat juga disebabkan oleh murid yang masih lemah untuk menguasai kemahiran
membina ayat. Oleh itu, penggunaan kaedah pengajaran terbeza penting untuk mengenal pasti
murid yang masih lemah dalam kemahiran membina ayat. Masalah penguasaan murid dalam
membina ayat juga disokong oleh He (2016) mendapati bahawa murid bermasalah dalam
mengorganisasi kandungan penulisan dengan baik dan penulisan mereka terpengaruh dengan
bahasa ibunda. Menurut Loh Pei Wen dan Zanaton (2019) Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis merupakan satu cabaran kepada guru dan murid.

Masalah pelaksanaan pengajaran terbeza ini juga disebabkan kurangnya kemudahan di sekolah
terutamanya seperti sekolah rendah di kawasan kajian iaitu di pedalaman Kapit. Menurut
Suraidah Roslan (2019) guru-guru di kawasan pedalaman Sabah mengalami kesukaran untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana alat bantu mengajar yang
terhad. Perkara ini terjadi juga di kawasan pedalaman Sarawak iaitu terhadnya kemudahan
untuk kelangsungan proses pengajaran guru di dalam kelas.

Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk sebagai panduan guru menggunakan kaedah pengajaran
terbeza dalam meningkatkan penguasaan menulis ayat murid di sekolah rendah. Kajian ini juga
diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua guru untuk mengendalikan pengajaran
terbeza dalam kelas untuk menghadapi keperluan penerimaan yang berbeza dalam kalangan
murid-murid. Kajian ini juga boleh digunakan untuk melihat pelbagai cabaran pengajaran
terbeza yang dilaksanakan untuk diatasi dengan sebaiknya oleh pelbagai pihak.

Objektif Kajian
1) Meneroka kaedah pengajaran terbeza yang digunakan oleh guru untuk meningkatkan
penguasaan membina ayat dalam kalangan murid sekolah rendah.

2) Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu dalam menjalankan
pengajaran terbeza di sekolah rendah.

4. Metodologi Kajian

Menurut Tomlinson (1999) pengajaran terbeza membawa makna sebagai pendekatan


pengajaran di mana guru-guru secara proaktif mengubah suai kurikulum, kaedah pengajaran,
sumber-sumber, aktiviti, pembelajaran dan hasil pelajar untuk memenuhi pelbagai keperluan
setiap pelajar dan kumpulan kecil pelajar bagi memaksimumkan peluang pembelajaran untuk
setiap pelajar di dalam kelas. Menurut Tomlinson (2001) pengajaran terbeza sebagai falsafah
pengajaran yang menyediakan pelbagai cara dalam menyampaikan kandungan, memahami
idea dan menilai hasil pembelajaran. Jadi, jelaslah bahawa pembelajaran terbeza ini penting
untuk memberikan ilmu yang sama untuk setiap keperluan murid-murid. Oleh itu, Model
Tomlinson dijadikan sebagai panduan dalam kajian ini untuk merapatkan keterbezaan
pengetahuan murid-murid di dalam kelas.

70
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kualitatif kerana pengkaji berada berhampiran dengan data yang diperolehi. Menurut
Kamarul (2012) pengkaji kualitatif berada dekat dengan kajian yang dikaji sehingga boleh
menyelami semua situasi dapat dihuraikan dengan mudah tanpa keraguan kerana berada di
situasi yang sebenarnya. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah di Zon Balleh Kapit yang
bertepatan dengan kawasan kajian iaitu sekolah rendah. Pemilihan sampel adalah dalam
kalangan empat orang guru bahasa Melayu di zon tersebut yang agak berpengalaman dalam
menjalankan kaedah pengajaran terbeza kesan daripada kekurangan murid dalam kelas dan
kepelbagaian tahap kognitif murid. Instrumen kajian meliputi soalan temu bual yang separa
berstruktur dan dianalisis melalui transkripsi temu bual untuk mengenal pasti tema yang ada
hasil daripada temu bual tersebut. Analisis data temu bual dalam kajian ini secara deskriptif
iaitu hasil perbualan dinilai dari aspek kehendak objektif kajian yang dilaksanakan. Dapatan
temu bual yang dicatat untuk mendapatkan data dan tema. Seterusnya, data juga diperolehi
melalui analisis dokumen yang melibatkan hasil penulisan ayat dalam kalangan murid sebelum
dan selepas pelaksanaan pengajaran terbeza oleh guru di dalam kelas untuk meningkatkan
kemahiran menulis ayat dengan betul.

5. Dapatan Kajian

Pembelajaran bahasa Melayu mempunyai beberapa kemahiran penting yang harus dikuasai
oleh semua murid. Antaranya kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Jadi,
semua murid harus menguasai kemahiran - kemahiran tesebut. Oleh itu, pengajaran terbeza ini
penting untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam menguasai mata pelajaran bahasa
Melayu kerana pengkaji mendapati kebanyakan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Kapit
mempunyai murid-murid yang berbeza tahap penguasaan. Maka dengan itu, pengajaran terbeza
ini dilihat sebagai salah satu kaedah guru bahasa Melayu meningkatkan penguasaan semua
murid. Dalam kajian hasil dapatan yang diperolehi daripada empat peserta kajian yang terdiri
daripada guru bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan pedalaman Kapit.
Kaedah Pelaksanaan Pengajaran Terbeza
Kaedah temu bual dijalankan terhadap peserta kajian yang merupakan guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah terhadap kaedah pengajaran terbeza yang sering digunakan untuk merapatkan
jurang tahap penguasaan murid-murid sama ada pada tahap cemerlang, sederhana ataupun
lemah untuk menguasai kemahiran menulis ayat dengan betul. Jadi, dapatan ini berdasarkan
cara yang digunakan oleh peserta kajian dalam kaedah pengajaran terbeza untuk meningkatkan
penguasaan menulis ayat murid-murid.
Jadual 1: Kaedah Pelaksanaan Pengajaran Terbeza
Kaedah GBM1 GBM2 GBM3 GBM4 Jumlah

Gandingkan murid lemah dan pandai / / x x 2

Bina ayat mudah ke ayat sukar / / / / 4

Latih tubi / x / x 2

Salin semula contoh ayat x / x / 2

71
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Hasil dapatan temu bual daripada peserta kajian menunjukkan terdapat beberapa kaedah
pengajaran terbeza yang telah digunakan oleh peserta kajian di sekolah untuk meningkatkan
penguasaan membina ayat. Antaranya adalah gandingkan murid lemah dan murid pandai, bina
ayat mudah ke ayat sukar, latih tubi dan salin semula contoh ayat.

Pelajar yang cemerlang dan sederhana saya menggalakkan mereka membina ayat
menggunakan formula SALAK (dan murid lemah pula saya tekankan membina ayat
menggunakan formula SAK iaitu sekurang-kurangnya mereka dapat membina ayat
tunggal….SALAK (Siapa, Apa dilakukan, Lokasi, Alatan, Keterangan) manakala SAK
(Siapa, Apa dilakukan, Keterangan)…saya juga sering memberikan latihan supaya
mereka lebih ingat cara membina ayat yang betul…(GBM1)
Berdasarkan dapatan daripada soalan temu bual, menunjukkan peserta kajian mementingkan
tahap murid-murid semasa melaksanakan pengajaran terbeza. Bagi GBM1, pelaksanaan
pengajaran terbeza yang dijalankan menggunakan teknik mudah ke senang iaitu murid yang
masih lemah menulis ayat dengan betul akan diberikan panduan menulis ayat menggunakan
SAK iaitu menulis ayat yang agak mudah berbanding murid yang cemerlang dan sederhana
akan diwajibkan menulis ayat yang lengkap menggunakan format SALAK. Jadi, pengajaran
terbeza berlaku mengikut tahap murid tetapi masih menggunakan unit dan tema yang sama
semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jadi, tidak berlaku perbezaan penerimaan
ilmu dalam kalangan murid kerana tema dan unit yang sama tetap digunakan hanya cara
menulis ayat sahaja yang berbeza mengikut tahap penguasaan murid.
Saya selalu gandingkan murid lemah dengan murid cemerlang agar mereka dapat
membimbing murid yang lemah…iaitu memberikan tunjuk ajar membina ayat mudah
di samping dibimbing oleh guru…murid juga akan salin semula ayat yang
dibetulkan…(GBM2)
Menurut GBM2 pula, pengajaran terbeza pula dilaksanakan melalui bimbingan rakan sebaya
dan juga guru. Murid yang lemah dalam penguasaan menulis ayat dibimbing oleh rakan yang
cemerlang dan sederhana. Cara ini penting untuk murid-murid membina keyakinan diri
membimbing rakan-rakan terutamanya untuk menerangkan kepada rakan-rakan yang lemah
sekaligus memotivasikan murid lemah agar dapat menguasai kemahiran menulis ayat dengan
baik.
Latih tubi penting semasa proses memberikan pengajaran kepada murid yang lemah
agar tindakan berulang dapat membantu mereka mengingati cara menulis ayat dengan
betul…latih tubi berlaku juga di luar waktu mengajar agar mereka terus dapat
dipantau dari semasa ke semasa semasa menulis ayat namun ikut kepada tahap murid
tersebut…(GBM3)
Hasil temu bual daripada GBM3, peserta kajian menggunakan kaedah latih tubi untuk
meningkatkan penguasaan menulis ayat terutamanya dalam kalangan murid yang lemah dan
sederhana. Kaedah kerap menulis dan latih tubi dilihat dapat meningkatkan penguasaan murid-
murid menulis ayat termasuk juga di luar waktu sekolah. Maknanya, berlaku kelas tambahan
untuk murid-murid yang lemah agar tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran menulis
ayat dengan betul.
Pada peringkat awal, saya galakkan murid lemah menulis ayat menyalin semula contoh
ayat mudah sebanyak mungkin dalam buku latihan sebelum mereka diajar menulis ayat
yang lebih sukar…ia penting untuk menambah kosa kata dan mengingkatkan mereka
cara menulis ayat dengan betul…dan jika masih lemah, murid tersebut saya utamakan

72
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

untuk membina ayat mudah sahaja…bahan murid lemah akan berbeza dengan murid
sederhana dan cemerlang tetapi masih berfokus pada tema yang sama agar jurang
ilmu dapat dielakkan dalam kalangan mereka. (GBM4)
GBM4, menyatakan bahawa salah satu kaedah pengajaran terbeza yang digunakan ialah dari
mudah ke sukar. Misalnya, murid lemah disuruh menyalin ayat daripada bahan rujukan
sebelum menulis ayat sendiri berdasarkan perkataan yang diberikan oleh guru. Proses menyalin
semula ayat daripada bahan rujukan untuk menambahkan kosa kata murid-murid yang lemah
agar dapat digunakan untuk menulis ayat yang lebih sukar kelak. Kemudian murid lemah tadi
diajar membina ayat mudah tetapi masih mengikut tema yang sama agar jurang ilmu dan
pengetahuan dapat dikurangkan dalam kalangan murid-murid yang berbeza tahap pengetahuan
dalam satu kelas yang sama. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengajaran terbeza ini
yang bertujuan untuk memberikan keadilan ilmu untuk semua murid.
Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Terbeza
Dapatan seterusnya berkaitan dengan cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh guru dalam
pelaksanaan pengajaran terbeza di dalam kelas. Meskipun kaedah ini dilihat berkesan namun
masih terdapat cabaran yang harus dihadapi oleh guru untuk melaksanakannya.

Jadual 2 : Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Terbeza


Kaedah GBM1 GBM2 GBM3 GBM4 Jumlah
Penyediaan bahan mengikut tahap kognitif
murid / x / x 2

Murid sentiasa melakukan kesalahan yang sama / / x / 3

Murid kurang berminat membina ayat dengan x / x / 2


betul

Pengaruh bahasa ibunda x x x / 1

Bagi hasil dapatan untuk cabaran pengajaran terbeza terdapat empat cabaran yang dikenal pasri
daripada perbualan antaranya adalah cabaran semasa dalam penyediaan bahan untuk
pengajaran terbeza mengikut tahap kognitif murid, murid sentiasa melakukan kesalahan yang
sama, murid kurang berminat untuk membina ayat dengan betul dan juga pengaruh bahasa
ibunda.
Murid selalu melakukan kesalahan yang sama berulang kali meskipun menulis
ayat mudah dan mendapat bimbingan daripada guru.(GBM1)
Terdapat beberapa cabaran yang masih menjadi kekangan untuk menggunakan kaedah
pengajaran terbeza di sekolah-sekolah kawasan pedalaman antaranya, GBM1 menyatakan
bahawa murid masih juga melakukan kesalahan yang sama meskipun menulis ayat yang mudah
meskipun mendapat bimbingan daripada guru.
Murid-murid masih agak kurang kesedaran terhadap kepentingan aspek
menulis ayat…bagi mereka…dah boleh baca…dah pada tahap yang sangat
baik bagi mereka. (GBM2)
GBM2 pula menyatakan tahap kesedaran murid-murid di pedalaman masih kurang akan
kepentingan kemahiran menulis ayat dengan baik.

73
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Penyediaan bahan yang berbeza setiap hari merupakan kekangan di sekolah


terutamanya jika berlaku ketiadaan elektrik untuk menyediakannya. (GBM3)
GBM3 menyatakan berlaku cabaran ketika penyediaan bahan yang berbeza mengikut tahap
murid terutamanya gangguan pada prasarana sekolah terutamanya bekalan elektrik.
Murid-murid yang lemah menganggap aktiviti hanya untuk keseronokan dan
kurang berminat untuk menulis ayat. Mereka juga sering melakukan kesalahan
yang sama terutamanya kesalahan menggunakan mengeja perkataan dalam
bahasa ibunda. (GBM4)
GBM4 pula menyatakan masih ada murid lemah yang menganggap setiap aktiviti semasa
pengajaran terbeza ini hanya untuk keseronokan dan masih kurang berminat untuk menulis
ayat dengan baik.
6. Perbincangan
Kaedah Pengajaran Terbeza
Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu telah menggunakan kaedah
pengajaran terbeza ini agar dapat merapatkan jurang ilmu dalam kalangan murid. Hasil dapatan
menunjukkan guru-guru harus peka dengan latar belakang yang mempengaruhi tahap
pembelajaran meraka di dalam kelas. Menurut Mohamad Johdi (2009) faktor keterbezaan yang
mempengaruhi pembelajaran turut mempengaruhi pencapaian murid. Oleh itu, hasil dapatan
menunjukkan kesemua peserta kajian bersetuju untuk mengenali dahulu tahap murid-murid
dalam kelas sebelum memulakan pengajaran kerana terdapat murid yang mempunyai tahap
cemerlang, sederhana dan lemah yang pastinya menuntut guru menggunakan kaedah terbeza
agar ilmu dan tahap penguasaan murid terutamanya dalam menulis ayat dapat disamakan dari
semasa ke semasa. Kaedah yang pelbagai dalam hasil dapatan menunjukkan peserta kajian
sedar kepentingan pengajaran terbeza untuk murid. Kepelbagaian murid di dalam kelas
menyebabkan guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka (Zamri et al. 2015). Oleh
itu, guru mesti peka dengan kepelbagaian tahap kognitif murid terutama dalam kemahiran
membina ayat. Keperluan pelbagai murid di dalam kelas hendaklah sentiasa dipenuhi untuk
kemenjadian murid pada masa akan datang. Hujah ini disokong oleh Mustaqim (2001), guru-
guru seharusnya menguasai kemahiran pengajaran terbeza secara konsisten kerana kemahiran
mengajar merupakan perkara penting dalam kompenen keperluan guru.

Menurut Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menegaskan antara sifat-sifat guru yang
berkesan ialah mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam pengajarannya. Guru yang prihatin dengan murid sentiasa
mempertimbangkan pelbagai aspek di dalam kelas semsa mengajar. Tugas guru bukan sahaja
untuk meyampaikan ilmu malah turut menerapkan nilai sejagat agar murid-murid sentiasa
dihargai serta mendapat pendidikan yang sama meskipun terpaksa diajar dengan kaedah yang
berbeza. Jadi, pelaksanaan pengajaran terbeza menuntut guru yang sentiasa peka dengan tahap
kebolehan murid-murid di dalam kelas.

Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Terbeza


Kajian ini juga melihat beberapa cabaran guru untuk melaksanakan pengajaran terbeza
terutamanya di sekolah-sekolah kawasan pedalaman. Masih terdapat murid-murid yang kurang
berminat terhadap kemahiran menulis. Menurut Roasharimah (2017) penguasaan bahasa kedua
terus terhalang jika setiap gangguan tidak diatasi dengan baik. Setiap masalah pembelajaran
murid Iban untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua harus dipandang serius
terutama dari aspek penulisan. Ini terbukti daripada hasil dapatan mendapati masih ada murid

74
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

yang kurang berminat untuk membina ayat yang betul. Namun guru hendaklah sentiasa
konsisten dan fokus untuk melaksanakan pengajaran terbeza kerana terdapat hasil murid yang
amat baik dalam menulis ayat selepas mendapat pengajaran terbeza daripada guru.
Terdapat juga cabaran daripada aspek prasarana sekolah pedalaman yang mengekang guru
menyediakan bahan-bahan mengikut tahap murid-murid di dalam kelas. Namun peserta kajian
menyarankan guru hendaklah sentiasa kreatif untuk menghadapi kepelbagaian murid di dalam
kelas. Hasil dapatan menunjukkan terdapat cabaran dari aspek kemudahan apabila guru ingin
membuat persediaan untuk mengajar terutamanya apabila bahan yang disediakan tidak sama
kerana terdapat kepelbagaian tahap kognitif murid. Hujah ini bertepatan dengan kajian
Suraidah Roslan (2019) guru-guru di kawasan pedalaman Sabah mengalami kesukaran untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana alat bantu mengajar yang
terhad. Jadi, cabaran ini harus dipandang serius oleh semua pihak termasuk juga prasarana di
sekolah rendah negeri Sarawak terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman agar proses
pengajaran terbeza dapat dilaksanakan sebaiknya di sekolah.
7. Implikasi Kajian

Hasil daripada kajian ini seharusnya dapat memberikan manfaat serta panduan yang baik dalam
dunia pendidikan terutamanya untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Justeru, kajian ini memberi kesan kepada dua pihak berikut :

1) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak


Kajian ini boleh memberikan manfaat khususnya JPN Sarawak kerana boleh memperolehi
panduan yang berguna dalam membina modul yang di sarankan oleh KPM dalam pelaksanaan
pengajaran terbeza untuk disebar luas kepada semua jabatan pendidikan di seluruh Sarawak.
Kajian ini dapat memberikan idea kepada JPN Sarawak untuk memberikan modul kepada para
guru agar jurang keterbezaan mendapat ilmu harus dikurangkan dengan pelbagai kaedah
pembelajaran yang bersesuaian dengan kawasan dan latar belakang murid. Hal ini kerana setiap
kawasan pengetahuan dan pengalaman murid adalah berbeza misalnya kawasan bandar dan
luar bandar cara modul yang disarankan akan berbeza namun masih memberikan ilmu yang
sama sesuai dengan keupayaan murid tersebut.

2) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit


Kajian ini perlu dilihat PPD Kapit sebagai satu panduan bahawa terdapat guru yang ingin dan
telah melaksanakan pengajaran terbeza di sekolah. Namun setiap cabaran terutamanya dari
aspek bahan serta kemudahan harus diatasi agar pengajaran terbeza ini dapat dilaksanakan
dengan baik. Selain itu, PPD Kapit harus merangka bengkel untuk pendedahan kepada semua
guru di daerah ini untuk meningkatkan penguasaan murid terutamanya untuk sekolah yang
kurang murid di kawasan pedalaman.

3) Guru Bahasa Melayu


Kajian ini boleh dijadikan panduan oleh guru bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan
guru-guru di kawasan pedalaman agar jurang penguasaan membina dalam kalangan murid
dapat dirapatkan. Maka guru bahasa Melayu boleh menjadikan hasil dapatan dan masalah
dalam kajian ini sebagai kajian tindakan sendiri di sekolah untuk mengatasi masalah membina
ayat dalam kalangan murid.

75
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

8. Kesimpulan

Kesimpulannya, menunjukkan terdapat hasil yang positif dalam penghasilan pelbagai kaedah
pengajaran terbeza yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Kaedah ini boleh dilaksanakan
dengan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid-murid. Perkara
yang sangat penting sebelum memulakan pengajaran, guru-guru disarankan untuk mengenali
murid-murid terlebih dahulu dari pelbagai aspek misalnya latar belakang murid-murid yang
mempengaruhi tahap penguasaan murid-murid tersebut. Kemudian semai keyakinan serta
minat untuk menguasai kemahiran menulis ayat dengan baik misalnya, melalui bimbingan
rakan sekelas serta bimbingan guru dari tahap mudah ke sukar. Cabaran memang wujud namun
guru-guru harus kreatif menanganinya agar tahap penguasaan menulis ayat dengan baik dapat
dikuasai oleh semua murid tanpa meninggalkan muird-murid yang agak lemah dan sederhana.
Oleh hal demikian pengajaran terbeza sesuai dilaksanakan di sekolah rendah untuk
meningkatkan penguasaan menulis ayat dalam kalangan murid-murid. Kepelbagaian tahap
pembelajaran murid-murid harus menjadi salah satu perkara utama yang hendaklah diberikan
perhatian oleh semua guru agar kesaramataan menerima ilmu berlaku kepada semua murid.
Ketidakadilan penerimaan ilmu tidak seharusnya berlaku dalam kalangan murid-murid kerana
terdapat pelbagai kaedah terutamnya dalam PAK21 untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Salah satu kaedah yang sesuai iaitu pengajaran terbeza dalam kalangan
murid-murid di sekolah rendah. Ia bertujuan memenuhi kepelbagaian yang sedia ada dalam
kalangan murid-murid agar ilmu menulis ayat dapat diterima oleh semua murid dan bukan
sekadar untuk penyediaan untuk ujian semata-mata malah untuk kegunaan pada masa akan
datang supaya dapat menulis ayat menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai satu
Bahasa Kebangsaan.

Rujukan

Abdul Rahim Abu & Mohd Sharifudin Yusop. 2014. Sikap kanak-kanak Orang Asli di bandar
raya Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2) Nov.: 57-66.
Ainun Rahman Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad. 2017.
Pembelajaran Abad Ke-21 dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian
Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2: 77-88.
Danial Arif. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Guru
Bahasa Melayu yang Mengajar di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3.Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu ISSN: 2180-4842. Vol. 10, Bil. 2 (Nov. 2020): 29-42.
Fairuz Adlidna Badrul Hissam, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Joli & Noriah
Mohd Ishak. (2017). Impak pengajaran terbeza ke atas motivasi pelajar pintar dan
berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. E-Prosiding of the Global
Summit on Education. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Hj Amir bin Juhari dan Hjh Noor Zila binti Md. Yusuf. Pengaruh Persekitaran Linguistik
dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua.
Hjh Noor Zila binti Md. Yusuf, Hj Amir bin Juhari. 2014. Pengaruh Persekitaran Linguistik
Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Available from:
Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib. 2013. Penggunaan Bahasa Ibunda
dalam Pengajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Peribumi di Sekolah
Pedalaman Sarawak. Available from:
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2006. Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010.

76
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.


Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM. (2016). EPU: Rancangan Malaysia Kesebelas. Kertas
Strategi 10: Mentransformasi Sistem Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Terbitan Mac 2016. ISBN976-967-420-093-0.
Mazura Sulaiman & Wak Chu Wok. 2018. Tinjauan tentang Pengetahuan dan Penerimaan
terhadap Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Siswa Pendidik Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
R. Arbaa, H. Jamil & M. Z. Ahmad 2017. Model bersepadu penerapan kemahiran abad ke-21
dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1)(2017): 1-11.
Tomlinson, C.A (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners.
Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2014. Sikap dan Motivasi Pelajar
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Pcocedio Social And Behavioral Sciences,
134(2014): 408- 415
Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2016.
Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (1): 38-
51.
Zamri Mahamod & Noriah Hj. Mohd Ishak. 2004. Analisis Cohen Kappa Dalam Penyelidikan
Bahasa: Satu Pengalaman.
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan
Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

77
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like