You are on page 1of 12

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Arab Secara


Dalam Talian Di Sekolah Rendah
(The Implementation Online Classroom Assessment of Arabic
Language in Primary Schools)
Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah1*, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff1,
Mohd Isa Hamzah1
1
Fakulti Pendidikan Bahasa Arab, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p107482@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 July 2022 | Published: 1 August 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.27
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Artikel ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Bahasa Arab secara dalam talian dari aspek tahap pengetahuan guru, kemahiran pentaksiran
guru dan cabaran yang dihadapi. PBD secara dalam talian merupakan satu penilaian secara
holistik yang dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi pendidikan dalam talian seperti Google
Classroom, Zoom, Microsoft Team, Telegram dan Whatsapp berpandukan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seramai 126
orang guru BA di sekolah rendah dipilih. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen
kajian. Perisian SPSS 26 digunakan untuk menganalisa soal selidik yang dijalankan kepada
responden dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa guru-guru BA mempunyai kefahaman dan kemahiran untuk
melaksanakan PBD secara dalam talian dengan memiliki skor min bagi setiap konstruk adalah
tinggi dan sederhana tinggi, iaitu pengetahuan PBD guru (min= 4.60), kemahiran PBD guru
(min= 4.34) dan cabaran pelajar (min=3.94). Implikasi kajian ini ialah guru -guru BA
mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran untuk
melaksanakan PBD secara dalam talian. Namun terdapat beberapa cabaran yang perlu diberi
perhatian sepanjang pelaksanaannya secara dalam talian.

Kata kunci: Pengetahuan, kemahiran, cabaran pelajar, pentaksiran bilik darjah, Bahasa Arab,
dalam talian

Abstract: This article aims to review the implementation of online Arabic classroom
assessment (PBD) in terms of teachers' level of knowledge, teachers' assessment skills, and
challenges faced. PBD online is a holistic assessment implemented through various online
educational applications such as Google Classroom, Zoom, Microsoft Team, Telegram, and
WhatsApp based on the Primary School Standard Curriculum (KSSR) and the National
Philosophy of Education (FPK). A total of 126 BA teachers in primary schools were selected.
Questionnaires were used as research instruments. SPSS 26 software was used to analyse the
questionnaire administered to the respondents in this study. The data was analysed using
descriptive statistics. The findings showed that BA teachers have the understanding and skills
to implement PBD online by having a mean score for each construct that is high and medium
high, namely teachers' PBD knowledge (mean = 4.60), teachers' PBD skills (mean = 4.34) and
student challenges (mean = 3.94). The implication of this study is that BA teachers have high

309
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

readiness in the aspects of knowledge and skills to implement PBD online. However, there are
some challenges that need to be addressed throughout its online implementation.

Keywords: Knowledge, skills, student challenges, classroom assessment, Arabic language,


online
___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Penyebaran wabak Covid-19 telah menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara


bersemuka digantikan dengan secara maya. Ia menjadikan kerjaya pendidik pada hari ini
semakin mencabar kerana perlu menyesuaikan diri dengan norma alaf baharu. Dalam
melaksanakan pengajaran, masyarakat tiada pilihan lain melainkan memanfaatkan teknologi
dan aplikasi pendidikan dalam talian. Guru sebagai penilai bertanggungjawab mengenalpasti
tahap penguasaan murid melalui kaedah- kaedah pentaksiran yang berkesan dan sesuai
berdasarkan matlamat pelajaran serta mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran secara
holistik. Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) secara berterusan dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam menguasai empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis (Hafilah Abd Satar et. al 2019).
Corak pentaksiran yang berbeza memberi impak kepada guru dalam merancang kaedah
pentaksiran yang sesuai dan berkesan (Sh. Siti Hauzimah, 2019). Penekanan kepada aspek
kesediaan, pemerolehan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penilaian pelajar juga perlu
ditingkatkan (Suci ,2020). Pelbagai kekangan yang dihadapi sama ada guru mahupun pelajar
telah memberi kesan terhadap pelaksanaan PBD secara dalam talian. Antaranya dari aspek
sikap kerjasama antara guru dan murid, serta disiplin pelajar sepanjang mengikuti PdPR
(Hairun Najuwah et al., 2020; Nor Azhan & Noor Shamshinar, 2019), Kemahiran yang lemah
oleh guru dalam memilih serta membina bahan pengajaran yang menarik minat pelajar (Siti
Balqis & Muniroh Hamat, 2020) serta kurang pengetahuan teknologi dalam kalangan pelajar
mahupun guru Hairun Najuwah et al., 2020; Nor Azhan & Noor Shamshinar, 2019;Norfaezah,
2020). Perubahan yang mendadak ini juga menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap
teknologi termasuk capaian internet (Norfaezah, 2020).
Rentetan dari isu- isu sepanjang Pdpr dilaksanakan ianya tidak mustahil perkara yang sama
terjadi semasa PBD dalam talian dijalankan. Walaupun terdapat kajian yang dilaksanakan
seperti kajian Masfarizan Maslan (2020) yang menyatakan kebolehsanaan pentaksiran bilik
darjah dalam talian adalah tinggi. Namun kajian khusus bagi setiap mata pelajaran berkaitan
pelaksanaan PBD secara dalam talian termasuk bahasa Arab masih kurang dibincangkan.
Berikut beberapa objektif kajian telah ditetapkan iaitu:
1) Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Arab sekolah rendah dalam
melaksanakan PBD dalam talian.
2) Mengenal pasti kemahiran guru Bahasa Arab sekolah rendah dalam melaksanakan PBD
dalam talian.
3) Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahap rendah dalam melaksanakan
PBD dalam talian.
2. Sorotan Literatur
Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM (2021), PBD secara dalam talian
melibatkan kaedah pentaksiran yang menggunakan komunikasi dan aplikasi secara maya untuk

310
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mentaksir tahap pencapaian murid. Kesediaan dari aspek pengetahuan dan kemahiran menjadi
perkara utama yang perlu wujud dalam diri setiap guru-guru. Ini kerana guru yang berkesan
ialah guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran serta
proses pentaksiran (Singh, 2007).

2.1 Pengetahuan Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Secara
Dalam Talian
Pengetahuan dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah secara dalam talian menjadi cabaran
utama kepada guru. Hal ini kerana pengetahuan yang jelas dalam melaksanakan PBD akan
membantu guru untuk merancang dan membina instrumen pentaksiran yang berkesan sesuai
dengan kemampuan pelajar (PPPB, 2019). Pencapaian kemajuan murid bergantung kepada
cara pentaksiran tersebut, sebagai guru perlu mempunyai kefahaman yang luas dalam memilih
pendekatan yang merangkumi aktiviti pembentukan ujian bertulis, pentaksiran prestasi, gred,
mentafsir skor ujian, serta maklum balas terhadap hasil pentaksiran yang dilakukan (Mazarul
Hasan et al., 2021).

Impak pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian memberi kesan kepada pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah secara dalam talian. Menurut Ugartini Magesvaran (2021) dalam
kajiannya mendapati tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu yang memuaskan dilihat melalui
pendekatan digital seperti GM berkesan menarik minat untuk belajar secara dalam talian.
Dapatan ini menyokong pandangan Nor Fauziana (2020) yang menyatakan kaedah PdP secara
dalam talian ini menuntut komitmen atau penguasaan guru terutamanya dari segi pengetahuan.
Ini kerana ia dapat membantu penyediaan kaedah penilaian yang berkesan bagi mengukur aras
penguasaan murid. Seterusnya membuka peluang kepada guru untuk meningkatkan tahap
pengetahuan dari segi teknologi yang akan memudahkan guru tersebut dalam mempelbagaikan
corak pentaksiran dalam era pandemik Covid 19 (Abidah Azmil et al., 2020).

Oleh kerana era teknologi yang semakin meluas aplikasinya dalam dunia pendidikan,
pengetahuan dan penguasaan ilmu digital menjadi keperluan utama bagi setiap guru dan pelajar
terutama guru bahasa (Zamri Mahamad, 2021). Pengetahuan dan kompetensi guru dalam
penggunaan teknologi menjadi elemen utama dalam meningkatkan kualiti guru (Donkor,
2018). Oleh itu, sebagai guru harus mempunyai kesediaan pengetahuan berkaitan dengan
penggunaan alat-alat digital sebagai elemen penting dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran norma baharu.

2.2 Kemahiran Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Secara
Dalam Talian
Kemahiran PBD adalah berkaitan kemampuan guru dalam mempelbagaikan pendekatan
kaedah pentaksiran akan memudahkan objektif pembelajaran pelajar tercapai. Menurut Aniza
Ahmad (2015), Kemahiran guru merupakan antara faktor yang penting dalam melaksanakan
pentaksiran yang berkesan serta berkualiti. Hal ini dapat memberi gambaran yang tepat tentang
tahap pencapaian murid yang sebenar. Dalam mencapai PBD yang berkualiti, guru perlu
kompeten untuk merancang, membina aktiviti PBD bertepatan dengan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (Zanaton et al., 2013). Ia melibatkan elemen- elemen yang
sepatutnya telah dikuasai oleh guru seperti perancangan, pembinaan instrumen, penskoran dan
penggredan penggunaan hasil PBD serta penggunaan teknologi. Dalam kajian yang dijalankan
oleh Nor Azizah et al., (2020), menyatakan kebanyakan guru sekolah rendah menggunakan
kaedah persembahan, produk, hands on, buku skrap dan portfolio dalam pentaksiran autentik
tetapi kurang menggunakan kaedah pentaksiran secara dalam talian. Ini menunjukan guru
masih memerlukan latihan dan bimbingan yang berterusan untuk memahami cara pentaksiran

311
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

PBD seperti yang dihasratkan (Kalai Selvan Arumugham, 2020) termasuk pelaksanaan PBD
dalam talian.

Kemahiran PBD secara dalam talian berkait rapat dengan penggunaan alat- alat digital oleh
guru. Kajian yang dijalankan oleh (Faizah, 2020) menjelaskan sebahagian guru masih kurang
berkemahiran dalam menggunakan teknologi dalam pentaksiran bilik darjah secara dalam
talian menyebabkan aktiviti- aktiviti PBD yang dilaksanakan kurang memuaskan. Dapatan ini
menyokong kepada pandangan Kalai Selvan Arumugham (2020), tahap kemenjadian murid
adalah bergantung terhadap bagaimana penyediaan kaedah pentaksiran yang dihasilkan oleh
guru. Pendekatan kaedah yang tidak tepat akan menyebabkan pentaksiran kurang menarik serta
memberi impak kepada tahap penguasaan murid. Pertimbangan profesional yang lemah akan
mempengaruhi penyediaan bahan dan aktiviti pentaksiran (Masfarizan Maslan, 2020). Kajian
Rusdiana et al. (2020) menyatakan bahawa tahap penguasaan teknologi yang rendah dalam
kalangan pendidik menyebabkan penyampaian bahan PdPc kepada pelajar juga kurang
memuaskan. Kenyataan ini disokong oleh Apriyanti et al. (2019) bahawa kefahaman guru
dalam penggunaan Google Classroom masih di tahap kurang memberangsangkan. Berbeza
dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Yogeswary & Helmi (2021) mendapati tahap
kesediaan guru terhadap penguasaan teknologi semasa pdpr adalah positif. Hal ini kerana
pembelajaran secara maya dapat meningkatkan autonomi dalam persekitaran pembelajaran
kolaboratif berasaskan pelajar.

Menurut Hasnah Husin (2020) dalam mengatur pembelajaran dan persediaan menghadapi
pentaksiran secara dalam talian, guru perlu menggunakan aplikasi popular yang mudah diakses
seperti Google Classroom dan Google Meet. Justeru, penguasaan kemahiran yang tinggi dapat
membantu guru merancang serta membina corak pentaksiran yang sesuai untuk menaksir
murid. Serta merangsang motivasi terhadap pembelajaran terutama dalam era pendidikan
norma baharu.

2.3 Cabaran Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Secara Dalam Talian
Sebahagian pelajar menghadapi kekangan dalam mengikuti cara pembelajaran secara dalam
talian (Tamilmullai Thannimalai & Salini Baloh, 2021). Kajian Nor Halina et al. (2020)
menyatakan kebanyakan pelajar yang tinggal di kawasan yang terpencil paling ramai terkesan
dengan capaian internet yang tidak memuaskan. Masalah isyarat internet yang lemah
memerlukan masa yang banyak untuk proses pdpr tersebut dilaksanakan (Rosniwati et al.,
2020). Menurut Suci (2020) dan Tamilmullai Thannimalai et al., (2021) kelemahan dalam
penyediaan peranti yang mencukupi menjadi cabaran terhadap guru dan pelajar dalam
mengendalikan Teaching Language from Home serta maklum balas daripada pelajar semasa
pandemik. Kehadiran pelajar untuk setiap kelas semasa pdpr juga menjadi cabaran kepada guru
kerana sebahagian murid akan lewat masuk ke kelas maya disebabkan halangan internet (Nor
Musfirah, 2021). Pandangan ini menyokong kajian Azreen Shah Haron & Nik Muhammad
Hanis (2021), Walaupun pelbagai platform yang telah digunakan oleh guru-guru bahasa Arab
seperti Whatsapp, Telegram, Google Meet serta aktiviti- aktiviti yang menarik akan tetapi guru
menghadapi kesukaran untuk menyampaikan pelajaran Bahasa Arab dari segi maklum balas
pelajar semasa kelas dalam talian.

Menurut Fatin Aliah Phang (2020), pelajar seharusnya mengikuti kelas PDPR secara
berterusan kerana memberi impak terhadap pentaksiran yang akan dijalankan secara dalam
talian. Usaha- usaha guru dalam menjadi pembelajaran berkesan secara maya agak sukar
kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan kesediaan yang berbeza (Siti Balqis dan
Muniroh, 2020) Tambahan lagi, Hasil tugasan atau ujian yang diterima mengambil masa yang

312
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

panjang oleh murid untuk disemak oleh guru. Menurut Goliong et al. (2020) sebahagian murid
yang kurang mahir merujuk tugasan yang diberikan oleh guru melalui aplikasi WhatsApp,
Telegram Dan Email. Dan juga sebahagian pelajar masih tidak dapat menyesuaikan diri
dengan situasi pembelajaran norma baharu telah menyebabkan setiap tugasan atau ujian yang
diberikan oleh guru tidak diselesaikan dengan baik Irma Mahad et al., (2021).

3. Metodologi Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Borang
soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian
yang terdiri daripada 24 item secara keseluruhannya. Setiap bahagian mempunyai 8 item. Item
bagi bahagian A adalah mengenai tahap pengetahuan pelaksanaan PBD secara dalam talian
oleh guru. Manakala item bahagian B adalah berkaitan dengan tahap kemahiran guru Bahasa
Arab dalam melaksanakan PBD secara dalam talian. Item bahagian C pula adalah mengenai
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar sepanjang pelaksanaan PBD Bahasa Arab secara
dalam talian. Skala Likert digunakan bagi mengukur setiap soalan-soalan yang dikemukakan.
Setiap soalan disediakan 5 pilihan jawapan (1= STS, 2 =TS, 3=TP, 4 = S, 5= SS). Populasi
kajian pula terdiri daripada guru-guru bahasa Arab yang mengajar di sekolah rendah. Penetapan
saiz sampel bagi kajian ini menggunakan formula dan jadual penentuan saiz sampel merujuk
jadual Cohen et al. (2001). Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.
Perisian SPSS version 26.0 (Statistical Package for the Social Science) untuk menganalisa set
soal selidik yang telah dijalankan kepada responden dalam kajian ini.

4. Dapatan Kajian

4.1 Demografi Responden


Pada bahagian ini pengkaji mengumpulkan maklumat yang penting berkaitan latar belakang
responden kajian seramai 126 orang guru Bahasa Arab yang merangkumi jantina, lokasi guru
mengajar, pengalaman mengajar serta tahap pendidikan tertinggi guru.
Jadual 1: melaporkan data demografi respoden

Demografi Deskripsi Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 39 Orang 31.0%


Perempuan 87 Orang 69.0%
Lokasi Guru Bandar 70 Orang 55.6%
Mengajar Luar Bandar 56 Orang 44.4%

Pendidikan Ijazah Sarjana Muda 114 Orang 90.5%


Tertinggi Ijazah Sarjana 12 Orang 9.5%

Jumlah Keseluruhan 126 Orang 100%

Berdasarkan jadual 1 didapati responden kajian untuk guru Bahasa Arab perempuan adalah
lebih ramai berbanding responden kajian guru Bahasa Arab lelaki dan lokasi guru Bahasa Arab
yang mengajar di kawasan bandar adalah melebihi lokasi mengajar di luar bandar. Kebanyakan
responden guru berpengalaman mengajar Bahasa Arab adalah seramai 68 orang bagi 1 hingga
5 tahun yang mewakili 54%, 47 orang bagi 5 hingga 10 tahun dengan 37.3% dan 11 orang lagi
bagi 10 tahun ke atas mewakili 8.7% daripada keseluruhan responden. Meninjau dari segi tahap

313
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pendidikan tertinggi yang dimiliki oleh responden, majoritinya memiliki ijazah sarjana muda
iaitu seramai 114 orang dengan 90.5%, manakala 12 orang mewakili 9.5% lagi memiliki ijazah
sarjana sebagai pendidikan tertinggi mereka.
4.2 Analisis Deskriptif
Hasil analisis deskriptif ini adalah melibatkan sisihan piawai dan min dijalankan bagi mengenal
pasti tahap yang dicapai oleh skor min setiap item berkaitan objektif kajian iaitu iaitu pertama
berkaitan pengetahuan PBD secara dalam talian oleh guru Bahasa Arab di sekolah rendah.
Kedua pula analisis deskriptif berkaitan tahap kemahiran guru Bahasa Arab dalam
melaksanakan PBD secara dalam talian. Turut dijelaskan adalah cabaran yang dihadapi oleh
pelajar dalam melaksanakan PBD secara dalam talian.
Rumusan bagi tahap pengetahuan PBD secara dalam talian oleh guru Bahasa Arab adalah
seperti yang dinyatakan di dalam jadual 2 di bawah.
Jadual 2: Taburan Sisihan Piawai dan Inteprestasi Min Tahap Pengetahuan PBD secara dalam talian
oleh guru Bahasa Arab

Bil. Pernyataan Min S.P. Tahap

A1 Saya tahu bahawa konsep pelaksanaan 4.60 0.594 Tinggi


PBD dalam talian.
A2 Sebelum melaksanakan PBD, Saya 4.57 0.497 Tinggi
merujuk buku panduan PBD dalam
talian yang dikeluarkan talian yang
dikeluarkan oleh KPM.
A3 Saya melaksanakan PBD sepanjang 4.52 0.576 Tinggi
PDPR berlangsung.
A4 Saya tahu penguasaan digital penting 4.60 0.507 Tinggi
dalam pelaksanaan PBD dalam talian.
A5 Saya banyak mengulangkaji serta 4.52 0.562 Tinggi
berusaha memahami penggunaan
bahan-bahan digital untuk diadaptasi
dalam PBD dalam talian.

A6 Saya melaksanakan PBD dalam talian 4.45 0.588 Tinggi


berdasarkan kriteria- kriteria yang
terkandung dalam buku panduan
pelaksanaan PBD.
A7 Saya sentiasa memastikan PBD dalam 4.56 0.529 Tinggi
talian yang dilaksanankan bertepatan
dengan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
A8 Saya boleh mewujudkan persekitaran 4.58 0.585 Tinggi

314
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

PBD talian yang kondusif melalui


aktiviti- aktivit yang dilaksanakan
Tinggi
Jumlah Min Keseluruhan 4.60

Berdasarkan jadual 2 menjelaskan item- item tahap pengetahuan PBD guru adalah pada tahap
tinggi iaitu memiliki skor min secara keseluruhannya sebanyak 4.60. Kesimpulannya tahap
penguasaan oleh para guru Bahasa Arab berkaitan maklumat- maklumat pelaksanaan PBD
secara dalam talian adalah pada tahap tinggi. Guru Bahasa Arab sekolah rendah menguasai
pengetahuan yang baik bagi menjalankan penilaian atau pentaksiran bilik darjah.
Rumusan bagi tahap kemahiran guru Bahasa Arab dalam melaksanakan PBD secara dalam
talian adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Taburan Sisihan Piawai dan Inteprestasi Min Tahap kemahiran guru Bahasa Arab dalam
melaksanakan PBD secara dalam talian

Bil. Pernyataan Min S.P. Tahap

B1 Saya mempelbagaikan 4.25 0.532 Tinggi


pendekatan kaedah PBD secara
dalam talian
B2 Saya melaksanakan PBD dalam 4.22 0.488 Tinggi
talian secara berterusan sepanjang
PDPR.
B3 Saya membina instrumen 4.30 0.555 Tinggi
Pentaksiran melalui aplikasi
digital.

B4 Saya menggunakan aplikasi digital 4.37 0.531 Tinggi


seperti Google Meet, Google
Classroom, Microsoft Teams dan
lain- lain sebagai medium
berinteraksi dan memerhati tingkah
laku murid.
B5 Saya menggunakan aplikasi Email, 4.31 0.572 Tinggi
Whatsapps, Telegram, padlet,
youtube dan sebagainya sebagai
medium untuk menyemak hasil kerja
murid.
B6 Saya membina pendekatan 4.25 0.561 Tinggi
pentaksiran yang menarik minat

315
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

murid seperti quiz kahoot, coggle


dan sebagainya semasa
melaksanakan PBD dalam talian.
B7 Walaupun PBD dilaksanakan secara 4.25 0.592 Tinggi
dalam talian, Saya merekod
pencapaian murid dalam buku atau
template rekod prestasi murid.

B8 Saya merancang PBD dalam talian 4.36 0.529 Tinggi


mengikut tahap penguasaan murid.
Jumlah Min Keseluruhan 4.34 Tinggi

Jadual 3 membentangkan keseluruhan item kemahiran guru Bahasa Arab iaitu pada tahap
tinggi. Secara rumusan, maklumat yang terkumpul tentang kemahiran guru Bahasa Arab ini
menunjukkan tahap yang tinggi, iaitu dengan memiliki min sebanyak 4.34. Justeru, bagi
penekanan aspek- aspek yang penting dalam pelaksanaan PBD oleh para guru Bahasa Arab
iaitu kemahiran guru Bahasa Arab juga pada tahap tinggi. Berdasarkan tahap kemahiran guru
Bahasa Arab yang dinyatakan tentang PBD, guru- guru Bahasa Arab ini mempunyai kesedaran
yang memuaskan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran mereka untuk menjalankan
PBD di sekolah.
Rumusan bagi Cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam melaksanakan PBD Bahasa Arab
secara dalam talian adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual 4 di bawah.
Jadual 4: Taburan Sisihan Piawai dan Inteprestasi Min Cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam
melaksanakan PBD secara dalam talian.

Bil. Pernyataan Min S.P. Tahap

C1 Murid tidak memberi maklum balas 3.72 1.02 Sederhana Tinggi


terhadap PBD yang dilaksanakan.
C2 Kualiti PBD dalam talian yang 4.38 0.747 Tinggi
dilaksanakan oleh murid meragukan.
C3 Murid tidak menghadiri kelas 3.56 0.872 Sederhana Tinggi
PDPR.
C4 Murid tidak berminat dengan mata 3.50 0.936 Sederhana Tinggi
pelajaran Bahasa Arab.
C5 Murid menghadapi kesukaran untuk 4.38 0.875 Tinggi
berinteraksi dengan guru.
C6 Murid menghantar ujian yang 3.60 0.948 Sederhana Tinggi
tidak lengkap kepada guru

316
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

C7 Murid menghadapi kesukaran untuk 4.17 0.874 Tinggi


mengakses internet.
C8 Murid tidak mahir menggunakan 3.87 1.03 Sederhana Tinggi
aplikasi - aplikasi digital yang
disediakan oleh guru.
Jumlah Min Keseluruhan 3.94 Sederhana Tinggi

Jadual 4 menunjukkan kesemua item cabaran yang dihadapi pelajar berada pada tahap
sederhana tinggi. Secara rumusan, maklumat yang terkumpul tentang cabaran yang dihadapi
pelajar ini adalah pada tahap sederhana tinggi, iaitu dengan memiliki min sebanyak 3.94.
Berdasarkan dapatan ini menjelaskan bahawa wujud beberapa halangan yang dihadapi oleh
pelajar sekolah rendah dalam mengikuti pentaksiran bilik darjah khususnya bagi matapelajaran
Bahasa Arab. Oleh itu, keperluan kepada penyediaan peranti internet yang lancar serta
pendedahan berkaitan penggunaan aplikasi- aplikasi digital perlu ditingkatkan menerusi guru
dan juga ibubapa. Hal ini kerana bagi memastikan setiap pelajar ditaksir dengan baik secara
berterusan.
Berikut adalah jadual 5 rumusan secara keseluruhan aspek- aspek pelaksanaan pentaksiran bilik
darjah Bahasa Arab secara dalam talian di Sekolah Rendah
Jadual 5: Rumusan Keseluruhan Analisis Deskriptif

Pelaksanaan Pentaksiran Min S.P Interprestasi


Bilik Darjah Bahasa Arab
Secara Dalam Talian

Pengetahuan Guru 4.60 0.389 Tinggi

Kemahiran Guru 4.34 0.364 Tinggi

Cabaran Pelajar 3.94 0.415 Sederhana Tinggi

Jadual 5 menjelaskan nilai min, sisihan piawai dan interprestasi min bagi aspek pengetahuan
Guru (min = 4.60, sisihan piawai 0.389), aspek kemahiran guru (min = 4.34, sisihan piawai
0.364) dan aspek cabaran pelajar (min 3.94, sisihan piawai 0.415). Aspek pengetahuan guru
dalam pelaksanaan PBD bahasa Arab mencapai skor min paling tinggi berbanding aspek- aspek
lain. Namun secara keseluruhan, semua konstruk yang dikaji memperolehi tahap min yang
tinggi.
5. Perbincangan
Hasil analisis kajian yang telah dijalankan secara terperinci bagi mengetahui tahap
pengetahuan, kemahiran guru bahasa Arab serta cabaran yang dihadapi oleh pelajar sepanjang
pelaksanaan PBD secara dalam talian di sekolah rendah. Berdasarkan jadual analisis data,
pengkaji mendapati tahap pengetahuan PBD guru secara dalam talian adalah tinggi. Dapatan
ini terdapat persamaan dengan dapatan kajian Sh. Siti Huzaimah et al (2019) yang dilakukan
terhadap guru- guru Bahasa Melayu yang melaksanakan PBD di sekolah rendah bahawa guru-

317
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

guru tersebut mempunyai penguasaai aspek pengetahuan PBD yang tinggi dengan skor min
4.075.
Ini juga jelas menunjukkan bahawa sebahagian guru- guru bahasa Arab sekolah rendah
mempunyai pengetahuan asas terhadap PBD yang dilaksanakan secara talian. Dapatan juga
menunjukkan guru bahasa Arab berusaha meningkatkan pengetahuan mereka dengan merujuk
buku panduan PBD dalam talian yang dikeluarkan oleh KPM sebelum melaksanakan PBD
tersebut mencatat min yang tinggi. Item yang tertinggi dengan min 4.60 bagi item mereka jelas
mengenai penguasaan aplikasi- aplikasi digital adalah penting untuk diadaptasi dalam
pentaksiran bilik darjah. Begitu juga pandangan Abidah Azmil et al (2020) yang menyatakan
peningkatan pengetahuan digital akan membantu guru untuk menyediakan kaedah pentaksiran
dengan lebih berkesan terutama aplikasinya dalam pendidikan norma baharu.
Begitu juga dengan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru dalam
melaksanakan PBD Bahasa Arab secara dalam talian adalah tinggi. Seramai 74.30 % daripada
respons guru-guru bahasa Arab menyatakan mereka mahir dan sangat mahir dengan kesemua
item kemahiran yang dikemukakan oleh pengkaji. Dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan
kajian yang dijalankan oleh Faizah (2020) mendapati sebahagian guru masih kurang
berkemahiran dalam menggunakan teknologi dalam pentaksiran bilik darjah secara dalam
talian menyebabkan aktiviti- aktiviti PBD yang dilaksanakan kurang memuaskan. Dapatan ini
menyokong kepada pandangan Kalai Selvan Arumugham (2020), tahap kemenjadian murid
adalah bergantung terhadap bagaimana penyediaan kaedah pentaksiran yang dihasilkan oleh
guru. Pendekatan kaedah yang tidak tepat akan menyebabkan pentaksiran kurang menarik serta
memberi impak kepada tahap penguasaan murid. Menerusi kajian persepsi yang dijalankan
membuktikan bahawa guru- guru Bahasa Arab sekolah rendah memiliki tahap kemahiran yang
memuaskan untuk melaksanakan PBD walaupun dalam keadaan corak pentaksiran yang
berbeza.
Seterusnya bagi konstruk cabaran yang dihadapi oleh pelajar sepanjang pelaksanaan PBD
secara dalam talian mencapai skor min sederhana tinggi. Pengkaji mendapati majoriti guru-
guru Bahasa Arab kurang bersetuju berkaitan dengan ketidakhadiran pelajar sepanjang PDPR
memberi kesan kepada proses perlaksanaan PBD secara dalam talian. Dapatan kajian ini
disokong dengan kajian Sh. Siti Huzaimah et al (2019) yang menyatakan kesukaran membuat
pentaksiran tidak berkait dengan masalah ketidakhadiran murid. Hal ini dikukuhkan lagi
dengan respons 63.20% guru menolak pernyataan tersebut. Namun cabaran pelajar mempunyai
kesukaran untuk berinteraksi dengan guru. Majoriti guru- guru Bahasa Arab bersetuju dan
sangat setuju dengan pernyataan ini. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai taraf fasiliti yang
berbeza. Disebabkan itu, kesukaran menerima maklum balas daripada pelajar atau guru
menyukarkan proses pentaksiran dilaksanakan dengan lancar. Pandangan ini dikukuhkan
dengan kajian Nor Halina et al. (2020) mendapati kebanyakan pelajar yang tinggal di kawasan
yang terpencil paling ramai terkesan dengan capaian internet yang tidak memuaskan. Ini
menjadi cabaran kepada para guru terutama berkaitan maklum balas pelajar terhadap tugasan,
serta kekurangan fasiliti yang menyukarkan aktiviti praktikal dijalankan (Langford, 2020).
Demikian juga dalam PBD secara dalam talian, walaupun corak pentaksiran yang berbeza
daripada bersemuka ke dalam talian, namun konsep PBD dalam talian adalah sama seperti
konsep PBD, ia tidak berubah. (Masfarizan Mazlan, 2020). Akan tetapi guru perlu
bertanggungjawab dalam membina kaedah pentaksiran melalui bentuk komunikasi dan
aplikasi yang sesuai untuk menafsir murid kualiti pentaksiran di dalam bilik darjah terjamin.

318
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

6. Kesimpulan
Kajian berbentuk persepsi berkaitan pelaksanaan PBD secara dalam talian masih lagi kurang
dibincangkan. Walaupun konsep PBD bersemuka adalah sama dengan secara dalam talian,
namun corak perlaksanannya berbeza dari sudut kaedah pentaksiran, kekangan yang perlu
dihadapi oleh guru serta pelajar dan sebagainya. Sungguhpun hasil dapatan kajian ini adalah
positif, iaitu guru-guru Bahasa Arab bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran PBD secara
dalam talian. Dan mungkin akan berbeza dengan subjek lain, namun ia dapat membantu
pengkaji mendapat gambaran awal tentang pelaksanaan PBD secara dalam talian dalam
kalangan guru sekolah rendah. Pengkaji mencadangkan supaya dapat dibina satu modul dalam
PBD Bahasa Arab yang menggunakan kaedah- kaedah digital sebagai instrumen pentaksiran
bilik darjah (PBD). Hal ini kerana ia dapat menjadi rujukan dan panduan kepada guru dalam
memilih pendekatan pentaksiran yang sesuai.

Secara keseluruhannya, dalam memastikan kelancaran proses PBD ini kerjasama semua pihak
sangat diperlukan dan bukan hanya terletak atas bahu para guru sahaja. Bebanan cabaran yang
ditanggung oleh guru ini dapat dikurangkan jika semua pihak memberi perhatian sepenuhnya.
Seterusnya bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam mengikuti kelas secara maya perlu
diambil kira oleh pihak tertentu agar pelajar tersebut tidak ketinggalan dalam pembelajarannya.
Dan sebagai guru perlu mencari alternatif atau kursus- kursus yang memberi pendedahan
berkaitan penggunaan- penggunaan bahan- bahan digital dalam melaksanakan PBD secara
dalam talian agar kelemahan guru dalam menggunakan teknologi dalam dikurangkan. Banyak
pendedahan di laman sosial berkaitan dengan pendekatan- pendekatan yang boleh digunakan
bagi membantu guru menaksir keupayaan murid dengan lebih berkesan.

Rujukan

Abidah, A., Hidaayatullaah, H. N., Simamora, R. M., Fehabutar, D., & Mutakinati, L. (2020).
The impact of covid-19 to indonesian education and its relation to the philosophy of
“merdeka belajar”. Studies in Philosophy of Science and Education, 1(1), 38-49.
Azizah, A., & Z. M. (2020). Amalan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Bagi Pentaksiran Autentik
Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah. Proceedings Of International Conference On
The Future Of Education Iconfed) 2020.
Azreen, N. M. Hanis. (2021). Teaching Arabic Language from Home for Secondary Schools
During Pandemic COVID-19 Lockdowns in Malaysia: Practices and Challenges.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Panduan
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Secara Dalam Talian, dilihat pada 17 Ogos 2021
dari Panduan-Pelaksanaan-PBD-Secara-Dalam-Talian.pdf (pendidik2u.my).
Febriani, S. R., Widayanti, R., Amrulloh, M. A., & Mufidah, N. (2020). Arabic learning for
elementary school during COVID-19 emergency in Indonesia. OKARA: Jurnal Bahasa
dan Sastra, 14(1), 67-80.
Hamat, M., Mahlan, S. B., & Ch’ng, P. E. (2020). Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran
Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19. Shah Alam: Sig: E-
Learning@ Cs.
Langford, M. (2020). Atas talian Teaching in the Time of COVID-19 : Academic teachers’
experiences in Norway. Centre of Experiential Legal Learning (CELL), 2(April), 1–35.
Mahlan, S. B., & Hamat, M. (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Semasa
Perintah Kawalan Pergerakan. Shah Alam: Sig: E-Learning@ Cs, 14-22.

319
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 309-320, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Maslan, M., & Nor, M. Y. M. (2020). Kebolehlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Pbd) Secara
Atas Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Pkp) Di Daerah Sentul, Kuala
Lumpur. In Webinar) Seminar Nasional Pendidikan 2020 (Vol. 1, No. 1, Pp. 213-218).
Norul Azmi, N. A., & Zakaria, N. S. (2019). Isu Pelaksanaan Komunikasi Bukan Lisan Dalam
Pengajaran Bahasa Arab Melalui Atas Talian: The Issue Of Nonverbal Communication
Practice In Arabic Language Teaching Via Online Platform. Al-Irsyad: Journal Of Islamic
And Contemporary Issues, 4(2), 110-124.
Omar, S. S. H. W. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah Guru Dalam
Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah (Knowledge,
Skills, Attitude And Problem Of Teacher's In Implementing Classroom Assessment Malay
Language In Primary Schools). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(3), 56-67.
Phang, F. A. (2020). Pembelajaran atas talian untuk pembelajaran sepanjang hayat. Dilihat
pada, 2.
Salleh, N. F. M. (2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19): Pembelajaran Dan Pengajaran
Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia. Diakses Dari: Https://Www.
Researchgate.
Net/Publication/342886967_pandemik_coronavirus_covid_19_pembelajaran_dan_penga
jaran_secara_atas_talian_suatu_keperluan_di_malaysia [23 Ogos 2021].
Thannimalai, T., & Baloh, S. (2021). Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar Bandar
[Challenges Of Tamil Language Pdpr In Rural Schools]. Muallim Journal Of Social
Sciences And Humanities, 183-190.

320
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like