You are on page 1of 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Tahap Pelaksanaan PDP Subjek Kemahiran Hidup Terhadap


Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran Di PPKI
Sekolah Rendah
(Level Of Implementation Of Teaching And Learning Life Skills
Subject To Students With Special Needs Learning Problems In Special
Education Integration Primary School)
Muhammad Azim Md Rahim1*, Mohd Hanafi Mohd Yassin1*
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p99493@siswa.ukm.edu.my/mhmy6365@yahoo.com

Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Subjek kemahiran hidup asas adalah salah satu subjek yang penting untuk MBK
mempelajari bermula di peringkat rendah lagi kerana subjek ini mampu untuk memberikan
pendedahan tentang ilmu kemahiran-kemahiran asas seperti ilmu memasak, bercucuk tanam,
menjahit dan menternak. Kemahiran-kemahiran yang diperolehi ini membolehkan MBK untuk
mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Satu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini
dijalankan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek
kemahiran hidup murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di PPKI sekolah rendah
sekitar kawasan Daerah Johor Bahru. Aspek yang ingin dikaji untuk tahap pelaksanaan pdp
ini ialah dari segi minat murid, kemahiran guru dan kesedian guru. Seramai 80 sampel
daripada 170 populasi telah dipilih secara rawak dan mereka terdiri daripada guru
pendidikan khas yang berkhidmat di PPKI sekolah rendah. Borang soal selidik berbentuk
Google form yang telah diedarkan melalui dalam talian digunakan sebagai instrumen kajian.
Perisian SPSS versi 23 digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Analisis statistik
deskriptif ini dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek iaitu minat murid, kemahiran guru dan kesedian guru
terhadap tahap pelaksanaan Pdp subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran
adalah pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, seorang guru pendidikan khas
masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup haruslah mempunyai
pengetahuan yang tinggi dan kesediaan yang rapi supaya dapat menarik minat MBK untuk
belajar subjek kemahiran hidup disamping dapat memastikan sesi pdp dapat berjalan dengan
lancar serta dapat memberi kesan yang baik kepada MBK.

Kata kunci: Tahap pelaksanaan, kemahiran hidup, minat murid, kesediaan guru, pengetahuan
guru

Abstract: The subject of basic life skills is one of the important subjects for students with
special needs to learn starting at the primary level because this subject is able to provide
exposure to the knowledge of basic skills such as cooking, farming, sewing and breeding. These
acquired skills allow students with special needs to apply in daily life. A quantitative study in
the form of a survey was conducted to identify the level of implementation of teaching and
learning of life skills subjects of students with special needs learning problems in the Special
Education Integration Program of primary schools around the Johor Bahru District. Aspects
to be studied for the level of implementation of teaching and learning are in terms of student

243
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

interest, teacher skills and teacher readiness. A total of 80 samples from 170 populations were
randomly selected and they consisted of special education teachers serving in primary schools.
Questionnaires in the form of Google forms that have been distributed online are used as
research instruments. SPSS software version 23 is used to analyse the data obtained. This
descriptive statistical analysis is reported in the form of mean and percentage. The results of
this study show that the three aspects, namely student interest, teacher skills and teacher
readiness on the level of implementation of teaching and learning of life skills subjects for
students with special needs learning problems are at a high level. Overall, a special education
teacher with learning disabilities who teaches life skills subjects must have a high level of
knowledge and thorough readiness in order to attract students with special needs to learn life
skills subjects while ensuring that teaching and learning sessions can run smoothly and can
have an impact good for students with special needs.

Keywords: Level of implementation, life skills, student interest, teacher readiness, teacher
knowledge
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Subjek kemahiran hidup sekolah rendah adalah satu model praktikal untuk murid memperoleh
kemahiran melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Kemahiran-kemahiran yang mereka
pelajari ini diharapkan dapat membantu mereka gunakan dalam kehidupan seharian.
Pembelajaran yang mereka alami dapat membantu mereka sebagai satu pengelaman di samping
dapat memberi pendedahan kepada mereka inovatif dan kreatif serta mereka cipta.

Guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup tidak
akan berjaya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, melainkan
apabila guru tersebut mempunyai satu kemahiran, pengalaman yang luas dalam subjek
kemahiran hidup yang diajar, dan menjalankan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang menarik serta sesuai dengan tahap pemahaman MBK. Menurut Junaidah Mohamad dan
Nik Rosila Nik Yaacob (2013) di dalam kajian mereka menyatakan bahawa guru pendidikan
khas perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan kebolehan yang mencukupi
untuk berdepan dengan MBK.

Guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu
yang khusus berkenaan dengan subjek kemahiran hidup akan menghadapi masalah kekurangan
dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam pembelajaran amali serta teknik pengajaran yang
berkesan. Pengetahuan untuk guru pendidikan khas masalah pembelajaran terhadap subjek
yang memerlukan teori dan amali sangat memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2. Kajian Lepas

Satu kajian telah dilaksanakan oleh Zainudin bin Hassan, Sanitah Bt. Mohd Yusof dan Sabilah
bt. Wahab (2006) tentang pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di
dalam kehidupan seharian MBK bermasalah pembelajaran. Ternyata, hasil kajian mereka
menunjukan kesan positif tentang subjek kemahiran hidup yang perlu dipelajari oleh MBK
masalah pembelajaran.

244
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Menurut Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad (2010), didapati bahawa peratus
keseluruhan guru yang mempunyai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan
teori pengajaran dan kemahiran amali adalah pada tahap yang maksimum.

Seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup
haruslah mempunyai pengetahuan dan kesediaan yang tinggi supaya dapat memastikan sesi
pdp dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi kesan yang baik kepada MBK. Menurut
Norshidah Mohd Salleh, Aliza Alias & Zalizan Mohd Jelas (2012) di dalam kajian mereka
yang menyatakan bahawa setiap guru pendidikan khas memerlukan kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi supaya dapat membantu murid MBK masalah pembelajaran dalam
proses pdp di sekolah.

Menurut Abdul Rahman (2016), di dalam kajiannya, kesediaan guru amatlah ditekankan dalam
aspek pelaksanaan pdp yang menjurus ke arah proses inovasi dan pada masa yang sama
mempengaruhi keberhasilan atau ketidakberhasilan sesuatu pdp dalam bidang pendidikan.

Guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup haruslah
memiliki pelbagai strategi yang sesuai untuk menarik minat MBK dan membantu mereka
menguasai dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Menurut Airulliza (2012) di dalam
kajiannya, beliau menyatakan bahawa minat yang ditunjukkan oleh seseorang murid ketika
proses pdp berlaku akan dapat memberi kesan dari segi pencapaian terhadap penguasaan subjek
yang sedang dipelajari.

3. Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:


1) Mengenalpasti minat murid MBK bermasalah pembelajaran terhadap pelaksanaan pdp
subjek kemahiran hidup.
2) Mengenalpasti kemahiran guru PPKI masalah pembelajaran terhadap pelaksanaan pdp
subjek kemahiran hidup.
3) Mengenalpasti kesediaan guru PPKI masalah pembelajaran terhadap pelaksanaan
subjek kemahiran hidup.

4. Metodologi

Secara umumnya, ini ialah kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif.
Menurut Idris. (2010) di dalam Rafidah Binti Yatim (2016) penyelidikan kuantitatif
mengutamakan objektif dalam data yang terkumpul melalui proses mengandai pada setiap apa
yang berlaku boleh diberikan jawapan dengan perkara-perkara yang terlibat diukur dalam
setiap fenomena yang berkaitan.

Populasi dan Sampel Kajian


Populasi kajian terdiri daripada guru-guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang
mengajar di PPKI sekolah rendah di bawah kelompok Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.
Sebanyak 28 buah PPKI sekolah rendah terdapat di kawasan tersebut. Jumlah populasi guru
pendidikan khas masalah pembelajaran ialah seramai 170 orang. Sampel kajian terdiri daripada
80 orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup.
Jumlah bilangan sampel kajian tersebut dikutip secara rawak dari 28 buah PPKI sekolah rendah
di bawah kelompok Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.

245
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Instrumen Kajian
Kaedah soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden.
Instrumen seperti soal selidik akan digunakan untuk mengutip data daripada guru-guru
pendidikan khas di PPKI sekolah rendah. Soal selidik dibina berdasarkan borang soal selidik
Schwartz dan Drager (2008) untuk memperoleh maklumat tentang tahap pelaksanaan pdp
subjek kemahiran hidup terhadap murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di PPKI
sekolah rendah. Kajian ini juga menggunakan skala markah 5 Likert Skill bagi mendapatkan
maklumat yang lebih tepat dan dipercayai.

5. Dapatan Kajian

Demografi Guru
Kajian ini meliputi responden seramai 80 orang guru. Menurut jumlah responden, 39 orang
(48.8%) ialah lelaki manakala 41 orang (51.2%) ialah perempuan. Seterusnya, bagu faktor
umur, didapati 27 responden (33.8%) berusia di antara 20 hingga 30 tahun, 33 responden
(41.3%) berusia di antara 31 hingga 40 tahun, 16 responden (20.0%) berusia di antara 41 hingga
50 tahun dan 4 responden (5.0%) berusia di antara 51 hingga 60 tahun. Frekuensi dan peratusan
untuk jantina dan umur guru boleh dirujuk pada jadual 1 dan 2.

Jadual 1 : Jantina Guru


JANTINA FREKUENSI PERATUS
Lelaki 39 48.8
Perempuan 41 51.2
Jumlah 80 100.0

Jadual 2 : Umur Guru


UMUR FREKUENSI PERATUS
20 hingga 30 tahun 27 33.8
31 hingga 40 tahun 33 41.3
41 hingga 50 tahun 16 20.0
51 hingga 60 tahun 4 5.0
Jumlah 80 100.0

Dapatan tentang tahap pendidikan tertinggi, 3 responden (3.8%) memiliki Ijazah Sarjana, 74
responden (92.5%) memiliki Ijazah Sarjana Muda dan 3 responden (3.8%) memiliki Sijil
Perguruan. Bagi faktor gred jawatan pula, didapati bahawa 46 responden (57.5%) ialah DG41,
9 responden (11.3%) ialah DG42, 23 responden (28.7%) ialah DG44 dan 2 responden (2.5%)
ialah DG48. Frekuensi dan peratusan untuk tahap pendidikan tertinggi dan gred jawatan guru
boleh dirujuk pada jadual 3 dan 4.
Jadual 3 : Pendidikan Tertinggi Guru
PENDIDIKAN TERTINGGI FREKUENSI PERATUS
Ijazah Sarjana 3 3.8
Ijazah Sarjana Muda 74 92.5
Sijil Perguruan 3 3.8
Jumlah 80 100.0

Jadual 4 : Gred Jawatan Guru


GRED JAWATAN FREKUENSI PERATUS
DG 41 46 57.5
DG 42 9 11.3
DG 44 23 28.7
DG 48 2 2.5
Jumlah 80 100.0

246
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Bagi faktor pengalaman mengajar sebagai guru didapati bahawa 18 responden (22.5%)
mempunyai pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun, 30 responden (40.0%) mempunyai
pengalaman mengajar selama 6 hingga 10 tahun, 16 responden (20.0%) mempunyai
pengalaman mengajar selama 11 hingga 15 tahun dan 14 responden (17.5%) mempunyai
pengalaman mengajar melebihi 16 tahun. Frekuensi dan peratusan untuk pengalaman mengajar
guru boleh dirujuk pada jadual 5.
Jadual 5 : Pengalaman Mengajar Guru
PENGALAMAN MENGAJAR FREKUENSI PERATUS
1 hingga 5 tahun 18 22.5
6 hingga 10 tahun 32 40.0
11 hingga 15 tahun 16 20.0
Melebihi 16 tahun 14 17.5
Jumlah 80 100.0

Analisis Statistik Deskriptif


Menurut Mohd Majid (1990), di dalam kajiaanya, statistik deskriptif bererti organisasi dan
ringkasan data yang diperolehi daripada dapatan data ang telah diproses. Statistik deskriptif
boleh dipersembahkan di dalam bentuk jadual, ilustrasi dalam bentuk rajah atau graf tentang
data atau maklumat. Interprestasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber dari Dr. Jamil
Ahmad (2002), di dalam kajiaanya yang bertajuk ‘Pemupukan budaya penyelidikan di
kalangan guru sekolah’. Skala skor min telah dibahagikan secara berperingkat iaitu 1.00 hingga
2.33, intepretasi skor min ialah rendah, 2.34 hingga 3.66 intepretasi skor min ialah sederhana
dan 3.67 hingga 5.00 intepretasi skor min ialah tinggi.

Jadual 6 : Interpretasi Skor Min


Skor min Intepretasi skor min
1.00 hingga 2.33 Rendah (Kurang setuju/kurang membantu/kurang mahir/kurang
memenuhi/ tidak pasti/kadang-kadang/tiada/sebahagian kecil)
2.34 hingga 3.66 Sederhana (Setuju/membantu/mahir/memenuhi/separuh)
3.67 hingga 5.00 Tinggi (Sangat setuju/sangat membantu/sangat mahir/sangat memenuhi/
sangat selalu/semua/sebahagian besar)

Minat Mbk Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek


Kemahiran Hidup
Secara keseluruhan, Jadual 7 menunjukkan jumlah skor min yang dihasilkan berada pada tahap
tinggi iaitu (skor min 4.25).
Jadual 7 : Minat Mbk Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek Kemahiran
Hidup
Bil. Item Skor Min
1. Murid (mbk) masalah pembelajaran sangat suka belajar subjek
kemahiran hidup
2. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan tajuk-tajuk
subjek kemahiran hidup
3. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan amali-
amali untuk subjek kemahiran hidup
4. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat untuk
menggunakan bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh
guru untuk belajar subjek kemahiran hidup
5. Murid (mbk) masalah pembelajaran menunjukkan minat
terhadap proses pdp yang dilaksanakan oleh guru
Jumlah Skor Min 4.25

247
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kemahiran Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp


Subjek Kemahiran Hidup
Dapatan seterusnya boleh dilihat pada Jadual 8 yang menunjukkan jumlah skor min yang
terhasil berada pada tahap tinggi iaitu (skor min 3.69).

Jadual 8 : Kemahiran Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek
Kemahiran Hidup
Bil. Item Skor Min
1. Saya pernah mengambil kursus khas tentang pelaksanaan pdp
subjek kemahiran hidup untuk mengajar murid berkeperluan
khas masalah pembelajaran
2. Saya menguasai kesemua komponen subjek kemahiran hidup
(masakan, jahitan, pertanian, penternakan)
3. Saya mempunyai set induksi yang bagus untuk melaksanakan
pdp subjek kemahiran hidup
4. Saya mahir dalam menggunakan bahan bantu mengajar semasa
melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup
5. Saya mahir dalam menunjukkan demonstrasi sesuatu aktiviti
semasa melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup
6. Saya mampu menyampaikan maklumat yang mudah difahami
oleh murid mbk masalah pembelajaran semasa melaksanakan
pdp subjek kemahiran murid
Jumlah Skor Min 3.69

Kesedian Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek
Kemahiran Hidup
Dapatan yang terakhir boleh merujuk kepada Jadual 9 dan mendapati jumlah skor min yang
dihasilkan adalah pada tahap yang tinggi iaitu (skor min 4.08)

Jadual 9 : Kesedian Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek
Kemahiran Hidup
Bil. Item Skor Min
1. Murid (mbk) masalah pembelajaran sangat suka belajar subjek
kemahiran hidup
2. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan tajuk-tajuk
subjek kemahiran hidup
3. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat dengan amali-amali
untuk subjek kemahiran hidup
4. Murid (mbk) masalah pembelajaran berminat untuk menggunakan
bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru untuk
belajar subjek kemahiran hidup
5. Murid (mbk) masalah pembelajaran menunjukkan minat terhadap
proses pdp yang dilaksanakan oleh guru
Jumlah Skor Min 4.08

6. Perbincangan, Implikasi dan Cadangan


Minat Mbk Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek
Kemahiran Hidup
Dapatan kajian telah menunjukkan keputusan yang baik dengan memiliki intepretasi skor min
yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa MBK yang berada di PPKI sekolah rendah telah
menunjukkan minat kepada pelaksanaan guru terhadap subjek kemahiran hidup.

Minat murid ini sangat penting dalam pelaksanaan pdp semasa di dalam kelas. Minat murid ini
juga boleh menentukan keberhasilan sesuatu pengajaran semasa berada di hujung pdp itu nanti.

248
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Penyataan ini telah disokong di dalam kajian lepas di mana menurut Airulliza (2012) di dalam
kajiannya, beliau menyatakan bahawa jika murid berjaya menunjukkan minatnya ketika proses
pdp sedang berlaku, maka murid itu dapat memberikan kesan yang positif terhadap sesi pdp
tersebut dan boleh menguasai subjek yang dipelajari.

Kemahiran Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp


Subjek Kemahiran Hidup
Dapatan kajian ini juga memberikan keputusan yang bagus dengan memiliki interpretasi skor
min yang tinggi. Keputusan yang baik ini telah menunjukkan bahawa guru pendidikan khas
masalah pembelajaran berkemahiran untuk melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup kepada
MBK masalah pembelajaran. Perkara ini dapat membantu dari segi penambahbaikkan kepada
kajian lepas oleh Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad (2010), di mana menurut
kajiannya didapati bahawa peratus keseluruhan guru yang mempunyai masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran berkaitan teori pengajaran dan kemahiran amali adalah pada
tahap yang maksimum.

Sebagai seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran tidak akan berjaya menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, melainkan apabila guru tersebut
mempunyai satu kemahiran, pengalaman yang luas dalam subjek kemahiran hidup yang diajar,
dan menjalankan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta sesuai dengan
tahap pemahaman MBK.

Kesedian Guru PPKI Masalah Pembelajaran Terhadap Tahap Pelaksanaan Pdp Subjek
Kemahiran Hidup
Dapatan kajian yang terakhir ini telah menunjukkan keputusan yang baik dengan memiliki
interpretasi skor min yang tinggi. Keputusan yang positif ini menunjukkan bahawa guru
pendidikan khas masalah pembelajaran mempunyai kesediaan yang rapi terhadap pelaksanaan
pdp subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran.

Menurut Abdul Halim (2016), dalam kajiannya yang bertajuk ‘Kesediaan guru dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pengajaran Kemahiran Hidup Pertanian di Perak’ di
mana beliau mendapati guru pendidikan khas dari segi aspek kesediaan terhadap pdp subjek
kemahiran hidup perkebunan di PPKI berada di tahap yang sederhana. Oleh itu, seorang guru
pendidikan khas yang mengajar subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran
seharusnya memiliki kesediaan yang mantap supaya sesuatu pdp itu memberi hasil dan impak
yang positif terhadap MBK masalah pembelajaran.

Di dalam kajian milik Abdul Rahman (2016), menyatakan bahawa, kesediaan guru amatlah
ditekankan dalam aspek pelaksanaan pdp yang menjurus ke arah proses inovasi dan pada masa
yang sama mempengaruhi keberhasilan atau ketidakberhasilan sesuatu pdp dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, seorang guru pendidikan khas yang mengajar subjek kemahiran hidup
untuk MBK masalah pembelajaran seharusnya sentiasa menghasilkan idea-idea yang menarik
semasa proses pdp dijalankan.

Implikasi Kajian
Implikasinya, kajian ini dapat membantu dari segi menaikkan minat MBK masalah
pembelajaran terhadap proses pdp subjek kemahiran hidup. Guru pendidikan khas masalah
pembelajaran juga tidak mempunyai masalah semasa menjalankan proses pdp subjek
kemahiran hidup kerana apabila MBK masalah pembelajaran telah menunjukkan minat mereka
terhadap pdp tersebut, maka objektif pembelajaran akan dapat dicapai.

249
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Seterusnya, guru pendidikan khas masalah pembelajaran akan rasa lebih yakin untuk
melaksanakan pdp subjek kemahiran hidup terhadap MBK masalah pembelajaran. Guru
pendidikan khas masalah pembelajaran yang mempunyai kemahiran akan tidak mempunyai
masalah untuk menjalankan proses pdp terhadap MBK masalah pembelajaran kerana setiap
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Cadangan Kajian
Kajian ini harus diperkembangkan lagi supaya guru-guru atau para pengkaji lain dapat
mengkaji tentang tahap pelaksanaan Pdp subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah
pembelajaran dengan melihat dari aspek yang lain seperti persekitaran pdp, peralatan lengkap
dan kerjasama ibu bapa.

Seterusnya, kajian ini boleh diketengahkan kepada pihak atasan seperti pihak Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) bahagian Pendidikan Khas untuk sentiasa mengadakan kursus-kursus
pemantapan dalam bidang kemahiran hidup kepada guru-guru pendidikan khas masalah
pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga boleh digunakan sebagai penanda aras kepada guru-
guru pendidikan khas masalah pembelajaran untuk bertindak lebih proaktif dan semangat
dalam melaksanakan Pdp subjek kemairan hidup untuk MBK masalah pembelajaran.

7. Kesimpulan

Pelaksanaan subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran dapat memberikan
satu impak yang bagus kerana dapat membantu MBK dalam menyediakan segala jenis ilmu
pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Perkara ini dinyatakan kerana kemahiran-kemahiran
yang MBK perolehi dapat membantu mereka untuk mencari rezeki selepas tamatnya alam
persekolahan.

Menarik minat murid adalah salah satu perkara yang paling penting sekali di dalam suatu Pdp.
Guru-guru pendidikan khas masalah pembelajaran perlu bijak dalam setiap aspek bagi menarik
minat MBK untuk mempelajari subjek kemahiran hidup ini. Guru pendidikan khas masalah
pembelajaran juga perlu menanamkan sikap yang positif di dalam diri sendiri supaya mampu
untuk mewujudkan rasa semangat untuk bersedia mengajar dan mampu mencipta persekitaran
yang terbaik. Perkara ini disokong oleh Shahrina dan Siti Hasmah (2010) di dalam kajiannya
telah dinyatakan bahawa seseorang guru yang mempunyai sifat positif di dalam diri mereka
akan sentiasa rasa bersemangat dalam pengajaran sekaligus dapat mencipta suasana
persekitaran yang ceria.

Seterusnya, guru pendidikan khas masalah pembelajaran juga perlu mempersiapkan diri dari
segi kesediaan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan Pdp subjek kemahiran hidup lebih
efektif disamping dapat melahirkan MBK masalah pembelajaran yang produktif. Guru
pendidikan khas masalah pembelajaran perlu sentiasa cakna dalam aspek kesediaan diri dan
memperoleh kemahiran supaya dapat melaksanakan Pdp subjek kemahiran hidup dengan bagus
disamping dapat menarik minat MBK untuk mempelajari subjek tersebut.

Rujukan

Abdul R. H., (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Universiti
Kebangsaan Malaysia

250
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Ahmad, J. (2002) Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru di Sekolah: Satu


Penilaian. Ph.D. Thesis, Fakulti Pendidikan Universiti, Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Airulliza. (2012). Pengaruh minat dalam amalan motivasi terhadap pembelajaran pelajar-
pelajar tingkatan empat. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Amani Dahaman (2011). Penyelidikan Pendidikan. Tinjauan Literatur/Sorotan Kajian (April
2011)
Hassan, Zainudin and Mohd. Yusof, Sanitah and Wahab, Sabilah (2006) Pengaplikasian
kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di dalam kehidupan seharian
pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah di Johor
Bahru, Johor. In: Seminar PTV, Sofitel resort.
Hassan, Z, et al.(2007). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Jabatan Pendidikan Khas (2004). Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ja’apar, Faizah (2017) Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Masters thesis,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya Malaysia; Kementerian Pendidikan Malaysia. www.moe.gov.my
Lokman.et al.(2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan
Khas.Jurnal Pendidik dan Pendidikan 24, 73-87.
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar. 2016.
Penggunaan Teknik Peneguhan Positif bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku
Hiperaktif. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6
Mohd. Majid Konting (1990), Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohd. Said, Mohd. Rizal and Arshad, Muallimah (2010) Masalah Guru Pendidikan Khas
Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di
Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Masalah Guru Pendidikan Khas
Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah
Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor. . pp. 1-8.
Mohd Syaubari Bin Othman* & Ahmad Yunus Bin Kassim (2016). Keberkesanan Permulaan
Pengajaran Menerusi Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Di Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak. Online Journal Of Islamic
Education October 2016, Vol. 4, Issue 2
Norfadhilah N., (2014). Penilaian Pencapaian Objektif program pembudayaan keusahawanan
(PPK) di Politeknik Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas . 2009. Sejarah Pendidikan Khas Di
Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan .
Bangi. Fakulti Pendidikan UKM
Nurul Farahah Derapa, Suziyani Mohamed (2018). Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam
Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman. Jurnal Ortopedagogia, Volume 4
Nomor 1 Juli: 66-71
Schwartz, H. & Drager, K.D.R. 2008. Training and Knowledge in Autism Among Speech-
Language Pathologists: A Survey. Language, Speech & Hearing Services in Schools
39(1):66-77.
Siti Hawa Abdullah, Pendidikan Untuk OKU di Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
Universiti Sains Malaysia.

251
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 243-252, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Shahrina H. & Siti H. M., (2010). Faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru. Institutional
Repository. UTM
Yatim @ Mohd Yatim, R., & Idris, M. S. (2016). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Perniagaan Dan Keusahawanan Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah Di Daerah Batu Pahat Dari Persepsi Pelajar. Online Journal for TVET
Practitioners, 1(1) diambil dari https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-
tp/article/view/4755

252
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like