You are on page 1of 12

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kesediaan Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar


Universiti Tenaga Nasional: Satu Tinjauan
(Readiness to Use E-Learning Among Universiti Tenaga Nasional
Students: A Survey)
Shaharina Mokhtar1*, Badrulzaman Abdul Hamid2, Nik Nadian Nisa Nik Nazli3
1
College of Graduate Studies, Universiti Tenaga Nasional, MALAYSIA
2
Speech Science Program, Centre for Rehabilitation and Special Needs Studies, Faculty of Health Sciences,
Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA
3
School of Business, UniKL, MALAYSIA

*Pengarang Koresponden: shaharinamokhtar@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kesediaan penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kajian ini melihat sejauhmanakah
aspek kecekapan kendiri komputer (computer self-eficasy), motivasi dan halangan yang
mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah soal selidik. Seramai 364 pelajar telah menjadi responden terlibat
dalam kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS
versi 23 dan Smart PLS versi 3.0. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar
UNITEN mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam penggunaan e-pembelajaran dengan
min 3.77. Hasil kajian turut mendapati bahawa aspek kecekapan kendiri, motivasi dan
halangan adalah faktor yang mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
Universiti Tenaga Nasional. Keputusan kajian ini dapat memberikan gambaran yang lebih
jelas kepada pihak pengurusan universiti tentang tahap kesediaan dan penggunaan e-
pembelajaran dalam kalangan pelajar UNITEN. Selain itu, kajian ini juga memberi maklumat
kepada pihak Universiti tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam
proses e-pembelajaran. Penulis berharap agar kajian ini dapat membantu pihak universiti
untuk meningkatkan dan menambahbaik tahap penggunaan e-pembelajaran di UNITEN pada
masa hadapan.

Kata kunci: E-pembelajaran, kecekapan kendiri komputer, motivasi dan halangan

Abstract: This study aims to look into the level of e-learning readiness and the factors such as
computer self-efficacy, motivation and barriers influence readiness of e-learning among
students studying at The National Energy University (University Tenaga Nasional – UNITEN).
Instruments used in this study are adapted from previous study. A total of 364 students in
Malaysia responded to a questionnaire survey. The results of this study were analysed using
SPSS version 23 and Smart PLS version 3.0. The results of the study found that most of the
UNITEN students surveyed had a high level of readiness in the use of e-learning with a mean
of 3.77. Besides, the result also found that attitude and knowledge are the factors influence e-
learning readiness among University Tenaga National Students. This study provides a clearer
picture to the university management which UNITEN students have high readiness on e-
learning. This study also provides information to the University about the obstacles and
challenges faced by students in e-learning. This study also holds useful information for the

161
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

university to be aware of and furthermore, gives recommendations as well as feedback to


University with regards to the implementation of e-learning among students.

Keywords: E-learning, computer self-efficacy, motivation, barriers


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

E-pembelajaran adalah penggunaan teknologi internet untuk meningkatkan pengetahuan dan


prestasi pembelajaran pelajar. Teknologi e-pembelajaran memberikan peluang kepada pelajar
mengawal subjek dan susunan kandungan pembelajaran, kadar masa pembelajaran dan
pemilihan media, yang membolehkan mereka menyesuaikan keperluan mereka untuk
memenuhi objektif pembelajaran peribadi (Jorge et al, 2006). E-pembelajaran juga disebut
pembelajaran berasaskan web, pembelajaran dalam talian, pembelajaran terarah, pengajaran
berbantukan komputer atau pembelajaran berasaskan Internet. Menurut Bertea (2009), terdapat
ahli-ahli akademik yang menganggap bahawa e-pembelajaran bermaksud sebarang proses
pengajaran yang mengintegrasikan sebarang bentuk teknologi, tetapi ada sesetengah yang
mendakwa bahawa e-pembelajaran mewakili penyelesaian pengajaran untuk pendidikan jarak
jauh, yang dipermudahkan oleh penggunaan internet secara maksimum sebagai satu bentuk
komunikasi.

Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System - LMS) merupakan aplikasi


yang sering digunakan dalam e-pembelajaran. Sistem ini berasaskan web yang mengurus
pembelajaran elektronik dan memudahkan pengurusan proses pembelajaran, Ia berperanan
untuk mengesan dan menyimpan maklumat, mengintegrasikan komunikasi antara manusia dan
sumber pembelajaran di samping memudahkan akses ke sumber rujukan. Selain itu, LMS juga
dapat mempermudahkan dan mengautomasikan tugas pentadbiran dan penyeliaan, mengesan
pencapaian kompetensi pelajar, dan beroperasi sebagai lokasi berpusat di mana data disimpan
dan diuruskan untuk tempoh dua puluh empat jam sehari (Johnson et al, 2004). Jumlah LMS
yang tersedia untuk pembelajaran telah meningkat secara drastik terutama semasa pandemik
covid-19. Sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin tinggi, banyak platform LMS
dalam talian menawarkan akses percuma atau berbayar ke perkhidmatan mereka, termasuk
platform seperti Moodle, Google Classroom, Schoology Learning, PowerSchool Unified
Classroom, Blackboard dan lebih daripada 200 tersedia secara komersial dengan bilangan yang
semakin meningkat.

Dalam kajian ini, pengkaji memberi tumpuan untuk mengukur sejauh manakah tiga
pembolehubah iaitu kecekapan kendiri komputer, motivasi dan halangan dalam mempengaruhi
tahap kesediaan pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam e-pembelajaran.
Menurut Murphy, Coover, & Owen (1989), kecekapan kendiri komputer bermaksud tahap
kepercayaan seseorang terhadap kecekapannya dalam menggunakan komputer secara khusus.
Kecekapan kendiri komputer memberikan nilai yang berharga dalam konteks pendidikan
terutama dari perspektif pelajar dan pensyarah (Karsten, Mitra, & Schmidt, 2012). Motivasi
merujuk kepada keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang untuk
mencapai kejayaan. Dalam konteks kajian ini, motivasi merujuk kepada semangat dan
dorongan diri pelajar dalam menggunakan e-pembelajaran. Motivasi dalam menggunakan e-
pembelajaran boleh dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor intrinsik atau ekstrinsik. Faktor
intrinsik berupa hasrat dan dorongan keperluan belajar. Manakala faktor ekstrinsik iaitu adanya
penghargaan, suasana yang belajar yang kondusif dan kegiatan belajar yang menarik (Hamzah
B.Uno, 2011). Kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh e-pembelajaran patut dimanfaatkan
oleh pensyarah untuk memotivasikan pelajar untuk menguasai kecekapan kendiri komputer.

162
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Halangan merujuk kepada rintangan yang dihadapi oleh pelajar yang akan membawa kesan
yang negatif kepada mereka dalam menggunakan e-pembelajaran. Halangan pembelajaran
membawa kepada kesan terhadap seseorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan
(Schilke, 2001). Dalam kajian ini, pengkaji membahagikan halangan kepada dua jenis iaitu
halangan personaliti dan halangan teknologi. Halangan personaliti memfokuskan soalan
tentang halangan yang berkaitan dengan aspek tahap pengetahuan, keyakinan, pengalaman,
kepercayaan, keselesaan dan ketiadaan minat dalam menggunakan e-pembelajaran. Manakala
halangan teknologi ialah soalan yang berkaitan dengan halangan seperti tidak memiliki
komputer, tiada kemudahan mengakses internet dan kesukaran dalam menggunakan LMS.

Kajian ini berkepentingan untuk meningkatkan pengetahuan penyelidik dalam bidang e-


pembelajaran, terutama berkaitan dengan kesediaan pelajar. Kajian ini juga memberi
pemahaman yang lebih baik kepada pengurusan e-pembelajaran UNITEN, mengenai tahap
kesediaan dan tahap penggunaan e-pembelajaran oleh pelajar. Di samping itu, kajian ini juga
dapat memberi maklumat kepada universiti untuk memperluas penggunaan e-pembelajaran,
memperbaiki kelemahan tertentu dan menangani masalah dan isu-isu yang diketengahkan
dalam kajian ini. Kajian ini juga memberi cadangan dan maklum balas kepada UNITEN
berkaitan dengan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar.

Objektif yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah untuk:
i. meninjau tahap kecekapan kendiri komputer terhadap tahap kesediaan e-pembelajaran
di kalangan pelajar UNITEN.
ii. mengkaji faktor motivasi terhadap tahap kesediaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
UNITEN.
iii. mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar terhadap proses
pembelajaran e-pembelajaran di UNITEN.

Pernyataan masalah dalam kajian ini adalah:


i. Apakah tahap kesediaan e-pembelajaran dan kepuasan pelajar dalam kalangan pelajar?
ii. Apakah tahap kecekapan kendiri komputer, motivasi dan halangan dalam e-
pembelajaran di kalangan pelajar?
iii. Adakah kecekapan kendiri komputer, motivasi dan halangan mempengaruhi e-
pembelajaran pelajar?
iv. Adakah kesediaan e-pembelajaran memberi kesan kepada kepuasan pelajar?

Kerangka kajian dalam kajian ini adalah:


Kerangka kajian yang dicadangkan untuk kajian ini adalah kecekapan kendiri komputer,
motivasi dan halangan mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran dan memberi kesan kepada
kepuasan pelajar.

Hubungan antara konstruk ditunjukkan dalam rajah 1.

163
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kecekapan
Komputer
Kesediaan Kepuasan
Motivasi E-Pembelajaran Pelajar

Halangan

Rajah 1. Kerangka Kajian

Hipotesis kajian ini adalah:


Kecekapan komputer dan Kesediaan e-pembelajaran
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecekapan kendiri komputer dengan
kesediaan e-pembelajaran.

Motivasi dan Kesediaan e-pembelajaran


H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan kesediaan e-pembelajaran.
Halangan dan Kesediaan e-pembelajaran
H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara halangan dengan kesediaan e-pembelajaran.
Kesediaan e-pembelajaran dan Kepuasan Pelajar
H4: Terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan e-pembelajaran dengan kepuasan
pelajar.

Kesediaan e-pembelajaran sebagai Perantara


H5: Terdapat hubungan perantara kesediaan e-pembelajaran yang signikan antara
kecekapan kendiri dengan kepuasan pelajar.
H6: Terdapat hubungan perantara kesediaan e-pembelajaran yang signikan antara motivasi
dengan kepuasan pelajar.
H7: Terdapat hubungan perantara kesediaan e-pembelajaran yang signikan antara halangan
dengan kepuasan pelajar.

2. Ulasan Kajian Lepas

E-pembelajaran adalah bentuk pendidikan fleksibel yang berkembang pesat dan gaya baru
dalam menyampaikan pendidikan secara umum. E-pembelajaran telah digambarkan sebagai
satu kaedah yang dinamik, inovatif dan bervariasi dalam menyediakan peluang menimba ilmu
pengetahuan (Belcher & Vonderhaar, 2005). Pelajar boleh mengakses kelas melalui laman
web, LMS dan mengambil bahagian dalam kuliah dan perbincangan kumpulan mengikut jadual
mereka sendiri. Penerimaan e-pembelajaran bukan sahaja menukar mod pembelajaran secara
tradisional, kos program dan versi atas talian malah penggunaannya dapat meningkatkan tahap
keberkesanan pengajaran, menjimatkan kos dan menaikkan lagi tahap kepuasan pelajar dalam
menuntut ilmu pengetahuan.

Di Malaysia, kajian mengenai pelaksanaan e-pembelajaran di IPT telah dijalankan pada tahun
2011 oleh Amin Embi et al.. Kajian mereka adalah untuk melihat status, trend, keberkesanan,
dan cabaran pengintegrasian e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di IPT
Malaysia. Responden dalam penyelidikan ini melibatkan pentadbir, pensyarah, dan pelajar

164
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

yang menggunakan e-pembelajaran. Hasilnya menunjukkan bahawa secara umum, 42.3% atau
11 IPT menawarkan lebih daripada 50% kursus mereka secara dalam talian (Amin Embi et al.
2011). Hasil kajian mereka juga menunjukkan mod e-pembelajaran yang paling popular di IPT
adalah supplementary mode dengan pembelajaran teradun (blended learning). Bagi pelajar,
antara cabaran yang dihadapi dalam e-pembelajaran adalah kesukaran mengakses, maklum
balas daripada pensyarah yang terlalu lama dan kandungan pembelajaran yang tidak menarik
berbanding dengan aplikasi seperti Facebook (Amin Embi et al. 2011).

Liaw dan Huang (2011) mengkaji sikap dan tingkah laku individu dalam menggunakan e-
pembelajaran berkaitan dengan perbezaan jantina, pengalaman berkaitan komputer, kecekapan
kendiri dan aspek motivasi. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai
sikap e-pembelajaran yang lebih positif daripada pelajar perempuan, kecekapan kendiri
komputer, motivasi diri pelajar adalah signifikan terhadap keberkesanan dalam penggunaan e-
pembelajaran. Muhammad Sukri Saud et al (2007) mengkaji penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar jurusan pendidikan teknikal dan vokasional di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) negeri Johor. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa tahap kecekapan
kendiri siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah tinggi. Terdapat empat
halangan utama yang dikaji dalam kajian mereka iaitu halangan personaliti, halangan institusi,
halangan teknologikal dan halangan situasi. Berdasarkan dapatan kajian, antara keempat-empat
halangan ini, halangan teknologikal adalah yang tertinggi diikuti oleh halangan situasi,
halangan institusi dan halangan personaliti.

3. Kaedah Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan kuantitatif dengan data yang dikumpulkan dari soal selidik.
Populasi kajian adalah pelajar yang belajar di UNITEN. Tinjauan dilakukan dengan
menggunakan kaedah persampelan rawak. Seramai 364 pelajar menjawab soal selidik sebagai
sampel kajian. Kesemua dapatan soal selidik akan dianalisis menggunakan Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS) versi 2.3 dan Smart-PLS versi 3.0.

Responden kajian ini merangkumi 364 pelajar UNITEN; 139 (37.8%) adalah perempuan dan
manakala 229 (62.2%) adalah lelaki. Umur majoriti pelajar berumur 19 tahun (28.3%, n = 104)
dan tahun 1 (n = 170, 46.2%). Sebilangan besar pelajar di peringkat sarjana (n = 360, 97.8%)
dalam program COE (n = 190, 51.6%). Jumlah peserta mengikut etnik adalah Melayu (n = 251,
68.2%), India (n = 80, 21.7%), Cina (n = 15, 4.1%) dan lain-lain (n = 22, 6.0%)

4. Analisis Data

Model Pengukuran
Tujuan model pengukuran adalah untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan bagi
sesuatu model yang dibina. Sebelum menguji hipotesis kajian, beberapa syarat perlu dipenuhi
iaitu i) kesahan konstruk melalui nilai loading, ii) kesahan konvergen melalui nilai cronbach
alfa dan composite reliability (CR), dan average variance extracted (AVE) dan iv) kesahan
diskriminan (discriminant validity) melalui nilai Fornell-Larcker criterion (Hair et al. (2017).
Rajah 2 menunjukkan model pengukuran bagi kajian ini.

165
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 2: Model Pengukuran

Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk adalah menilai tahap item yang mengukur konstruk dengan penilaian ini
dibuat berdasarkan rules of thumb, iaitu nilai loading item di antara 0.40 hingga 0.70 akan
dikekalkan (Hair et al. 2017). Berdasarkan Jadual 2, hasil analisis faktor untuk semua item
berada di dalam lingkungan 40 hingga 0.70 dan berada tepat pada konstruknya (Hair et al.,
2017). Oleh itu, semua barang disimpan. Oleh itu, semua item bagi kajian ini mencukupi syarat
kesahan konstruk.
Jadual 1: Nilai loading

Kesediaan E- Kecekapan Kepuasan


Halangan Motivasi
pembelajaran Komputer Pelajar

BR1 0.824 0.420 0.279 0.385 0.283


BR2 0.838 0.436 0.393 0.492 0.500
BR3 0.783 0.296 0.210 0.293 0.200
BR4 0.857 0.436 0.398 0.412 0.407
BR5 0.852 0.474 0.445 0.464 0.522
BR6 0.692 0.230 0.077 0.132 0.001
BR7 0.821 0.434 0.440 0.433 0.508
BR8 0.679 0.216 0.103 0.159 0.059
BR9 0.772 0.334 0.238 0.215 0.144
EL1 0.392 0.805 0.650 0.557 0.681
EL2 0.353 0.716 0.396 0.523 0.345
EL3 0.352 0.846 0.563 0.539 0.528
EL4 0.377 0.791 0.414 0.512 0.391
EL5 0.452 0.866 0.642 0.643 0.641

166
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kesediaan E- Kecekapan Kepuasan


Halangan Motivasi
pembelajaran Komputer Pelajar

M1 0.377 0.610 0.898 0.559 0.626


M2 0.311 0.588 0.907 0.486 0.629
M3 0.406 0.638 0.851 0.559 0.571
M4 0.291 0.553 0.867 0.483 0.559
SE1 0.378 0.563 0.503 0.790 0.611
SE2 0.406 0.606 0.536 0.847 0.626
SE3 0.381 0.530 0.427 0.797 0.485
SE4 0.340 0.546 0.455 0.835 0.553
SE5 0.342 0.591 0.514 0.838 0.607
SS1 0.444 0.661 0.632 0.687 0.864
SS2 0.317 0.575 0.525 0.567 0.845
SS3 0.363 0.585 0.589 0.625 0.919
SS4 0.324 0.527 0.625 0.606 0.891
SS5 0.381 0.576 0.620 0.611 0.899

Kesahan Konvergen
Nilai composite reliability dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa nilainya dalam lingkunga dari
0.903 – 0.947, di mana ia melebihi nilai yang disarankan iaitu 0.70. Selain itu, nilai Cronbach
alfa dalam lingkungan dari 0.880 hingga 0.930, melebihi nilai yang disyorkan iaitu 0.70, dan
nilai Average Variance Extracted (AVE) dalam lingkungan dari 0.629 hingga 0.782, melebihi
nilai yang disyorkan iaitu 0.50. Oleh itu, kesahan konvergen bagi kesemua konstruk adalah
menepati syarat diberikan oleh Hair et al. (2017). Jadual 2 juga memaparkan hasil model
pengukuran.

Jadual 2: Kesahan Konvergen


Cronbach Composite Average Variance
Konstruk Kod Loading
Alfa Reliability Extracted (AVE)

Halangan BR1 0.824 0.927 0.938 0.629


BR2 0.838
BR3 0.783
BR4 0.857
BR5 0.852
BR6 0.692
BR7 0.821
BR8 0.679
BR9 0.772
Kesediaan E-
pembelajaran EL1 0.805 0.866 0.903 0.650
EL2 0.716
EL3 0.846
EL4 0.791
EL5 0.866
Motivasi M1 0.898 0.904 0.933 0.776
M2 0.907

167
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Cronbach Composite Average Variance


Konstruk Kod Loading
Alfa Reliability Extracted (AVE)

M3 0.851
M4 0.867
Kecekapan Komputer SE1 0.790 0.880 0.912 0.675
SE2 0.847
SE3 0.797
SE4 0.835
SE5 0.838
Kepuasan Pelajar SS1 0.864 0.930 0.947 0.782
SS2 0.845
SS3 0.919
SS4 0.891
SS5 0.899

Kesahan Diskriminan
Kesahan diskriminan melihat kepada pemboleh ubah pendam adalah berbeza daripada
konstruk-konstruk pendam yang lain (Hair et al. 2017). Dalam konteks kajian ini, kesahan
diskriminan telah dikenal pasti dengan menggunakan punca kuasa dua AVE (Fornell & Larcker
1981). Punca kuasa dua AVE haruslah lebih besar daripada korelasi antara konstruk pendam.
Berdasarkan Jadual 3, korelasi antara pemboleh ubah pendam telah dibandingkan dengan
punca kuasa dua AVE (nilai dalam huruf tebal) di mana ianya menunjukkan bahawa punca
kuasa dua AVE adalah lebih besar daripada korelasi di antara konstruk pendam, ini
menunjukkan bahawa ianya telah mencapai kesahan diskriminan yang dikehendaki (Fornell &
Larcker 1981).
Jadual 3: Kesahan Diskriminan
Kecekapan Kesediaan E- Kepuasan
Halangan Motivasi
Komputer pembelajaran Pelajar

Halangan 0.793
Kecekapan Komputer 0.450 0.822
Kesediaan E-pembelajaran 0.480 0.691 0.807
Motivasi 0.396 0.594 0.680 0.881
Kepuasan Pelajar 0.418 0.704 0.666 0.678 0.884

Penilaian Model Struktural


Langkah seterusnya adalah menilai analisis model struktural. Model struktural adalah
konstruk-konstruk yang dihubungkan antara satu sama lain. Penilaian model struktural ini
harus dilakukan bagi memperoleh maklumat tentang hubungan antara konstruk adalah path
coefficient (nilai t dan p) (Hair et al. 2018). Kaedah bootstrapping digunakan bagi memperoleh
nilai t dan p. Rajah 3 menunjukkan model struktural yang akan digunakan bagi memperoleh
kesemua nilai yang telah dinyatakan.

168
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 3: Model Struktural

Jadual 4: Keputusan model struktural antara konstruk


Keputusan
Beta SE Nilai T Nilai P

H1: Kecekapan Komputer → Kesediaan E- Sokong


Pembelajaran 0.394 0.049 8.055 0.000
H2: Motivasi → Kesediaan E-Pembelajaran 0.387 0.045 8.503 0.000 Sokong

H3: Halangan → Kesediaan E-Pembelajaran 0.150 0.037 4.010 0.000 Sokong

H4: Kesediaan E-Pembelajaran → Kepuasan Pelajar 0.666 0.034 19.620 0.000 Sokong

Jadual 4. Hasil kajian menunjukkan bahawa empat hipotesis kajian adalah disokong. Secara
khusus, hasil kajian menunjukkan bahawa kecekapan kendiri komputer secara signifikan
mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran (β = 0.394, t = 8.055, p = 0.000) dan ini menunjukkan
hipotesis pertama adalah disokong. Seterusnya, hasil menunjukkan hubungan yang signifikan
antara motivasi dan kesediaan e-pembelajaran (β = 0.387, t = 8.503, p = 0.00) dan ini
menunjukkan hipotesis kedua adalah disokong. Halangan adalah signifikan mempengaruhi
kesediaan e-pembelajaran (β = 0.150, t = 4.010, p = 0.000) dan ini menunjukkan hipotesis
ketiga adalah disokong. Akhir sekali, kesediaan e-pembelajaran memberi kesan kepada
kepuasan pelajar (β = 0.666, t = 19.620, p = 0.000) bagi hipotesis keempat. Oleh itu, semua
hipotesis bagi kajian ini adalah disokong.

Analisis Pengantara
Jadual 5 menunjukkan keputusan boostrapping dimana hipotesis 5, 6, and 7 adalah signifikan.
Kecekapan kendiri komputer → kesediaan e-pembelajaran → kepuasan pelajar mempunyai
kesan tidak langsung, β = 0.263 adalah signifikan dengan nilai t adalah 6.771 dan nilai p adalah
0.00. Motivasi → kesediaan e-pembelajaran → kepuasan pelajar mempunyai kesan tidak
langsung β = 0.258 adalah signifikan dengan nilai t adalah 7.500 dan nilai p adalah 0.000.

169
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Akhir sekali, halangan → kesediaan e-pembelajaran → kepuasan pelajar mempunyai kesan


tidak langsung β = 0.100 adalah signifikan dengan nilai t adalah 3.965 dan nilai p adalah 0.000.
Jadual 5: Keputusan bootstrapping
Beta SE Nilai T Nilai P Keputusan
H5: Kecekapan Pelajar → Kesediaan E-Pembelajaran → Sokong
Kepuasan Pelajar 0.263 0.039 6.771 0.000
H6: Motivasi → Kesediaan E-Pembelajaran → Kepuasan Sokong
Pelajar 0.258 0.034 7.500 0.000
H7: Halangan → Kesediaan E-Pembelajaran → Kepuasan Sokong
Pelajar 0.100 0.025 3.965 0.000

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kesan pengantara kesediaan e-pembelajaran antara
kecekapan komputer, motivasi, halangan dengan kepuasan pelajar adalah signifikan secara
statistik, dan ini menunjukkan bahawa H5, H6 dan H7 disokong.

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Berdasarkan daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa faktor kecekapan kendiri
merupakan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi tahap kesediaan pelajar
UNITEN terhadap e-pembelajaran diikuti dengan faktor motivasi dan halangan.

Hasil kajian pengkaji menunjukkan bahawa pelajar UNITEN mempunyai kecekapan kendiri
yang tinggi dalam menggunakan e-pembelajaran. Majoriti pelajar yakin terhadap penggunaan
e-pembelajaran dan boleh menggunakannya dengan baik serta efektif. Mereka tidak
menghadapi halangan yang disebabkan oleh kekangan pengetahuan dan kemahiran
menggunakan e-pembelajaran. Ini mungkin kerana pelajar sudah didedahkan dengan
penggunaan komputer sejak mereka mula memasuki IPT. Selain itu majoriti pelajar juga sudah
mengikut kursus komputer dan penggunaan internet sudah menjadikan perkara biasa bagi
mereka. Tahap kepercayaan dan keyakinan dapat mengarah kepada perubahan sikap yang lebih
baik. Selain itu, pelajar menyedari bahawa e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihan. Ini
dapat dibuktikan daripada jadual 5 di mana pelajar menunjukkan kecekapan kendiri yang
menyokong kesediaan penggunaan e-pembelajaran. Kebanyakan daripada mereka tahu bahawa
banyak bahan pembelajaran boleh diperolehi dan mereka menyedari bahawa e-pembelajaran
membantu pencapaian akademik mereka. Di samping itu, mereka mengetahui bahawa mereka
akan ketinggalan sekiranya tidak menggunakan e-pembelajaran. Menurut Eastin & LaRose
(2000), seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap e-pembelajaran yang rendah
akan kurang yakin terhadap kebolehan mereka mengakses e-pembelajaran dan tidak cekap
dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan beliau.

Motivasi merupakan dorongan yang mampu memberikan semangat dan tindakan positif
kepada pelajar untuk menggunakan e-pembelajaran. Motivasi sangat penting untuk menjadi
pemangkin kepada pelajar untuk mencapai arah dan tujuan yang diinginkan dalan pengajian.
Dapatan kajian dalam jadual 5 menunjukkan bahawa pelajar-pelajar UNITEN mempunyai
tahap motivasi yang tinggi yang menyokong tahap kesediaan mereka menggunakan e-
pembelajaran. Tahap motivasi para pelajar ini dipengaruhi oleh faktor intrinsik dan estrinsik.
Faktor intrinsik merupakan keinginan dan dorongan yang ada dalam diri pelajar yang
menyedari bahawa pembelajaran adalah penting bagi mereka demi untuk mencapai cita-cita
mereka. Manakala faktor ekstrinsik berupa rangsangan dari luar seperti suasana belajar yang
kondusif dan aktiviti e-pembelajaran yang menarik (Hamzah B. 2011). Untuk meningkatkan
motivasi pelajar, pensyarah harus mempelbagaikan bahan pengajaran dan harus menggunakan

170
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pelbagai strategi pendidikan agar sesuai dengan gaya e-pembelajaran pelajar. Pensyarah boleh
menjalankan kelas secara tak-segerak (asynchronous) dengan cara memuatnaik animasi atau
rakaman video, podcast, bahan bacaan dan pautan internet.

Menurut Schilke (2001), halangan didefinisikan sebagai rintangan yang dihadapi oleh pelajar
yang akan membawa kesan yang negatif terhadap mereka dalam menggunakan e-
pembelajaran. Halangan pembelajaran didapati membawa kepada kesan terhadap seseorang
individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan. Dapatan kajian dalam jadual 5 menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar UNITEN mempunyai tahap halangan yang sederhana dalam
menggunakan e-pembelajaran. Jika dibandingkan dengan faktor kecekapan kendiri dan
motivasi, faktor ini kurang dominan dalam mempengaruhi e-pembelajaran pelajar.

Pengkaji melihat pembolehubah halangan ini daripada dua aspek utama iaitu halangan
personaliti dan halangan teknologi. Halangan teknologi merangkumi rangkaian internet yang
sangat perlahan, pengaksesan e-pembelajaran dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian,
pembaikian, atau servis komputer. Halangan personaliti adalah merujuk kepada persepsi
kewujudan halangan-halangan disebabkan sikap pelajar sendiri terhadap e-pembelajaran.
Halangan personaliti juga merujuk kepada halangan personaliti siswazah dan gaya
pembelajaran. Halangan gaya pembelajaran merujuk kepada keselesaan siswazah terhadap
teknologi dan menyesuaikan e-pembelajaran sebagai gaya pembelajarannya. Berdasarkan
kajian, pengkaji dapati kedua-dua jenis halangan ini wujud mempengaruhi tahap kesediaan e-
pembelajaran pelajar UNITEN. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dinyatakan di sini bahawa,
pelajar UNITEN mempunyai tahap kesediaan e-pembelajaran yang tinggi dan memberi kesan
kepada tahap kepuasan pelajar dalam menggunakan e-pembelajaran.

Kesimpulan
Melalui kajian ini, objektif–objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu meninjau,
mengkaji, mengenalpasti kesediaan pelajar UNITEN segi tahap kecekapan kendiri komputer,
motivasi dan halangan dalam kesediaan menggunakan e-pembelajaran telah tercapai. Bagi
objektif yang pertama, pelajar menunjukkan tahap kecekapan kendiri yang tinggi. Ini bererti
mereka bersedia untuk menggunakan e-pembelajaran. Kesediaan mereka menggunakan e-
pembelajaran boleh membantu mereka dalam meningkatkan pembelajaran mereka. Bagi
objektif yang kedua, pelajar menunjukkan motivasi dalam kesediaan penggunaan e-
pembelajaran. Para pelajar menunjukkan sikap yang positif dan mempunyai inisiatif sendiri
demi mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui objektif ketiga, boleh diperhatikan bahawa
halangan pelajar hanya berada pada tahap yang sederhana. Fenomena ini boleh memberi kesan
negatif kepada kesediaan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Sebagai rumusan, pengkaji
ingin menyimpulkan bahawa faktor kecekapan kendiri merupakan faktor yang paling dominan
dalam mempengaruhi tahap kesediaan pelajar UNITEN terhadap e-pembelajaran diikuti
dengan faktor motivasi dan halangan.

Rujukan

Amin Embi, Zaidan Abd Wahab, Abd Halim, Hanafi Atan, Mahamod Ismail, Supyan Hussin,
Norazah Nordin, Afendi Hamat, (2011), E-Learning in Malaysian Higher Education
Institutions: Status, Trends, & Challenges. Department of Higher Education Ministry of
Higher Education. Malaysia.
Belcher J. Vr. and Vonderhaar K. J, (2005) Web-delivered Research-based Nursing Staff
Education for Seeking Magnet Status, The Journal of Nursing Administration, JONA,
35(9): 382-6 Oct 2005.

171
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 161-172, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Bertea, P. (2009). Measuring students attitude towards e-learning A case study. Proceedings of
the 5th standing conference on e-learning and software for development, Bucharest from
09-10 April 2009, Bucharist Romania 1-8.
Hamzah B. Uno. (2011). Teori Motivasi dan Pengukurannya: Analisis di Bidang Pendidikan.
Jakarta: Bumi aksara
Johnson CE, Hurtubise LC, Castrop J, et. Al. (2004),.Learning management systems:
technology to measure the medical knowledge competency of the ACGME. Med
Educ.;38: 599–608.
Jorge G. Ruiz, MD, Michael J. Mintzer, MD, and Rosanne M. Leipzig, MD, PhD (2006) ,The
Impact of E-Learning in Medical Education, Academic Medicine, IT in Medical
Education Vol. 81, No. 3 March.
Karsten R, Mitra A, Schmidt D. (2012) Computer self-efficacy., Journal of Organizational and
End User Computing 24:54-80; January 2012.
Liaw, S.S and Huang, H.M. (2011). A study of investigating learners attitudes toward e-
learning, 5th International Conference on Distance Learning and Education, IPCSIT
Vol.12, IACSIT Press, Singapore.
Muhammed Fauzi bin Othman, Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, Durrishah Idrus, Mohd.
Azhar Abd. Hamid, Mohd. Shahril Bakri & Adenan Mat Junoh, (2004) Tahap Persediaan
Pelajar dalam menggunakan Pembelajaran Elektronik atau e learning sebagai Alat
Pembelajaran: Satu Kajian di UTM Skudai. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia, UTM. Vote no. 71981. Pembentangan kertas kerja di persidangan e-
pembelajaran Kebangsaan USM, Pulau Pinang.
Murphy, Coover, & Owen, (1989), Development and Validity of Computer Self –eficasy scale,
Educational and Psychological measurement 49 (4), 893-899.
Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating
Garland’s model of barriers to persistence in distance educational. (Doctoral dissertation,
Northem Illinois University)

172
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like