You are on page 1of 11

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Tahap Penerapan Dan Kefahaman Guru Matematik Terhadap


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam PdP Matematik
Di Sekolah Rendah
(Level of Application and Understanding of Mathematics Teachers on
High Order Thinking Skills (HOTS) in Teaching Mathematics at
Primary School)
Maxwell Aling1*, Siti Mistima Maat1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p99527@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan penerapan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) oleh guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Sampel
kajian dipilih seramai 120 orang guru matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Kajian
ini dilaksanakan secara tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang kaji selidik.
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis data.
Statistik deskriptif digunakan untuk menentukan min, sisihan piawai, kekerapan dan
peratusan. Dapatan kajian medapati tahap penerapan KBAT guru matematik dalam PdP
berada pada tahap yang tinggi dengan skor min ialah 3.50. Dapatan kajian yang telah
dijalankan juga menunjukkan skor min secara keseluruhan ialah 3.80 menjelaskan bahawa
tahap kefahaman KBAT para guru matematik berada pada tahap yang tinggi. Implikasi kajian
ini ialah dapat membantu mengatasi dan memperhalusi segala kepincangan yang berlaku
dalam proses penerapan KBAT di sekolah serta memberikan impak besar kepada murid di
sekolah di mana mereka akan sentiasa dibimbing dengan baik dan mengikut perkembangan
semasa selaras dengan pembangunan pesat dunia pendidikan.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Guru Matematik Sekolah Rendah,
Penerapan, Kefahaman

Abstract: This study aims to determine the level of application and understanding of primary
school mathematics teachers from Bintulu, Sarawak on high order thinking skills (HOTS). A
total of 120 primary school mathematics teachers from Bintulu, Sarawak was chosen as the
sample. This study used a survey method. The instrument used in this study was questionnaires.
Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23.0 for
descriptive data description. Descriptive statistics were used to determine the mean, standard
deviation, frequency and percentage. The results showed that the mean value for the level of
HOTS application in primary school mathematics teachers (mean = 3.50) shows the means
value is at high level. Similar results showed the mean value for the level of understanding
(mean = 3.80) mathematics teachers about HOTS are at a high level. The implications of this
study are to overcome and refine all the shortcomings that occur in the process of implementing
HOTS in schools as well as give a big impact to students in schools where they will always be
well guided and in line with current developments in line with the rapid development in
education.

331
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Keywords: High Order Thinking Skills (HOTS), Primary School Mathematics Teachers,
Application, Understanding
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Sehubungan itu, KBAT sudah tidak asing lagi dalam bidang pendidikan di Malaysia. Namun
begitu, para guru menghadapi beberapa kekangan dalam mengharungi perubahan dan proses
menyesuaikan diri dalam usaha mengintegrasikan KBAT sepenuhnya di bilik darjah. Pada
abad ke-21ini, pelajar dikehendaki menguasai kemahiran berfikir untuk menghadapi banyak
situasi yang timbul di dunia nyata. Munurut mendefinisikan Kemahiran Berfikir Tertinggi
(KBAT) sebagai penggunaan potensi minda untuk menghadapi cabaran baru. Oleh itu,
seseorang perlu memahami KBAT, menterjemahkan, menganalisis, dan memanipulasi
maklumat. Tinjauan ini dilakukan untuk menganalisis penerapan dan kefahaman guru dalam
mengintegrasikan KBAT di sekolah.

Melalui PPPM 2013-2025, pelbagai program pembangunan profesionalisme keguruan


direncanakan untuk meningkatkan kualiti guru. Majoriti program dilaksanakan di peringkat
sekolah disebabkan lebih menunjukkan hasil dan peningkatan tahap kemahiran guru. Menurut
Goetsch (2002), latihan penting supaya kemahiran pekerja lebih mantap, pengetahuan semakin
luas, kompetitif, sentiasa terbaik dan selari dengan perubahan. Oleh itu, pengetahuan guru
dalam KBAT akan meningkat jika guru diberi latihan yang relevan. Pengajaran guru perlu ada
integrasi KBAT dan melakukan pentaksiran yang berkesan terhadap murid-murid. Menurut
Sharifah Nor et al. (2012), guru menyedari tentang kepentingan aspek pengajaran dan
pembelajaran KBAT meskipun pengetahuan dan kemahiran mengintegrasikan KBAT mereka
masih pada tahap yang rendah dalam pengajaran.

Selain itu, pelbagai latihan dan bengkel berkaitan dengan KBAT telah dilaksanakan sepanjang
pelaksanaan KBAT di semua peringkat seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan juga di sekolah. Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan
murid masih belum menguasai pengetahuan KBAT dengan baik. Hal ini kerana tanggapan para
guru bahawa KBAT adalah sukar dan susah untuk dijalankan. Tambahan pula, guru yang
terpilih untuk menghadiri kursus berkaitan dengan KBAT gagal untuk membuat perkongsian
yang baik di peringkat sekolah dan tidak ada perancangan yang sistematik sebagai langkah
penambahbaikan.

2. Kajian Lepas

Kajian Dalam zaman transformasi kurikulum pendidikan melalui PPPM 2013-2025, KBAT
merupakan satu cabang kemahiran berfikir yang dijadikan fokus utama bagi melahirkan modal
insan yang kreatif dan kritikal supaya mampu memberi saingan di peringkat global (Zaidir et
al. 2019). Oleh itu, Shairah et al. (2017) menyatakan bahawa guru merupakan tonggak utama
mengintegrasi KBAT dalam PdP matematik di sekolah. Kesediaan guru dalam melaksanakan
KBAT dalam PdP penting kerana guru bertindak sebagai peneraju PdP mempersiapkan diri
untuk penerapan KBAT.

Sehubungan itu, beban tugas guru semakin bertambah dalam usaha untuk mengaplikasi KBAT
dalam PdP. Menurut Abdul Rashid (2016), guru berhadapan dengan banyak pembaharuan

332
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dalam bidang pendidikan sehingga terpaksa mengharungi halangan yang besar. Hal ini kerana
guru perlu merancang kaedah pengajaran yang berkualiti bagi memastikan bahawa pengajaran
tersebut dapat mendorong pemikiran kreatif dan kreatif dalam kalangan murid.

Tambahan pula, Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et al. (2017) menyatakan bahawa
pengetahuan, kemahiran serta sikap guru akan menjadi penentu dalam menjayakan
pelaksanaan elemen KBAT dalam proses PdP. KPM perlu terus menyokong dan
membangunkan tahap profesional guru yang lebih khusus untuk menambah pengetahuan dan
kemahiran KBAT dalam kalangan guru bagi menjayakan pelaksanaan KBAT ini

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara spesifiknya adalah seperti berikut:


i. Menentukan kekerapan guru Matematik sekolah rendah dalam menerapkan
KBAT dalam PdP.
ii. Menentukan tahap kefahaman guru Matematik tentang KBAT.

4. Metodologi

Kajian tinjauan ini melaksanakan prosedur penyelidikan kuantitatif yang memerlukan pengkaji
menjalankan tinjauan ke atas sampel atau populasi bagi memerihalkan sikap, pendapat,
kelakuan atau watak subjek kajian (Creswell, 2005). Menurut Babbie (2001), kaedah ini
merupakan kaedah yang terbaik untuk mengutip data yang asli daripada sebuah populasi yang
besar menggunakan teknik pensampelan dan hasil dapatan dapat digeneralisasikan dari sampel
kepada populasi. Oleh itu, penggunaannya reka bentuk ini sangat sesuai kerana menyeluruh,
mudah dikendalikan, data dikutip dengan tepat, penglibatan saiz sampel yang besar, maklumat
secara terus, pemerihalan kejadian semula jadi dan keputusan kajian berupaya
digeneralisasikan. Rajah 1 menunjukkan metodologi kajian ini.

1. MEMBINA INSTRUMEN KAJIAN

2. SOAL SELIDIK
Menentukan kekerapan guru Matematik sekolah rendah dalam menerapkan
KBAT dalam PdP dan Menentukan tahap kefahaman guru Matematik
tentang KBAT.

3. HASIL
Data dianalisis menggunakan SPSS. Data akan dianalisis secara deskriptif
dalam frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai.
Rajah 1: Metodologi Kajian Tahap Penerapan KBAT dan Tahap Kefahaman KBAT dalam PdP Guru
Matematik di Sekolah Rendah

Populasi dan Sampel Kajian


Populasi merupakan individu dalam kumpulan yang memiliki ciri dan kriteria yang sama
dengan tujuan kajian dijalankan (Creswell, 2005). Sampel pula adalah subkumpulan daripada
populasi sasaran yang hendak dikaji bertujuan untuk melakukan generalisasi ke atas populasi
kajian. Para guru mata pelajaran matematik sekolah rendah di Bintulu, Sarawak dipilih menjadi

333
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

populasi kajian. Sejumlah 120 orang guru matematik sekolah rendah dijadikan sebagai sampel
kajian. Oleh itu, jadual penentu saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan untuk menentukan saiz
sampel digunakan dalam kajian ini.

Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diolah daripada instrumen kajian yang
dijalankan oleh Mohamad Zaidir Zainal Abidin dan Kamisah Osman dengan Tajuk kajiannya
ialah Tahap pengetahun, pemahaman, kemahiran dan pelaksaanaan guru sains terhadap
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Bagi memenuhi keperluan kajian ini, soal selidik telah
diubahsuai oleh pengkaji.

5. Dapatan Kajian

Demografi Responden
Populasi dalam kajian ini merupakan para guru yang mengajar mata pelajaran matematik
sekolah rendah di Bintulu. Sampel kajian dipilih iaitu seramai 120 orang guru matematik
sekolah rendah. Oleh itu, jadual penentu saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) dipilih
bagi memastikan saiz sampel yang sesuai. Profil responden dalam kalangan guru dihuraikan
berdasarkan maklumat yang terkandung dalam borang soal selidik. Melalui hasil analisis
deskriptif yang sudah dilakukan, kajian menunjukkan 35% merupakan sampel guru lelaki yang
bilangannya 42 orang, manakala sampel guru perempuan ialah sebanyak 65% iaitu seramai 78
orang guru perempuan. Dapatan menjelaskan bilangan sampel guru lelaki adalah kurang
bilangannya berbanding dengan bilangan guru perempuan.

Analisis juga memaparkan 30.8% guru matematik yang berumur dalam lingkungan 26 hingga
35 tahun iaitu seramai 37 orang. Kemudian, kumpulan guru berumur 36 hingga 45 tahun pula
adalah 59.2% iaitu seramai 71 orang dan 10% bagi lingkungan yang berumur 45 tahun ke atas
iaitu seramai 12 orang sahaja.

Hasil analisis menunjukkan 88.30% orang guru mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) iaitu
seramai 106 orang guru. Sementara itu, seramai 14 orang guru mengajar di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJKC) dengan 11.70%. Guru yang mengajar di SK lebih ramai berbanding
dengan guru yang mengajar di SJKC.

Seterusnya, analisis mendapati seramai 65 orang (54.20%) guru berkhidmat di kawasan bandar.
Manakala 19.20% iaitu seramai 23 orang guru mengajar di sekolah luar bandar dan 26.70%
iaitu seramai 32 orang guru mengajar di sekolah pedalaman.

Seterusnya, analisis berdasarkan kelulusan profesional tertinggi yang menunjukkan guru hanya
memiliki Sijil Perguruan iaitu seramai 2 orang dengan 1.70%, guru memiliki Diploma
Pendidikan pula seramai 23 orang dengan 19.20%. Seramai 83 orang guru memiliki Ijazah
Pendidikan merupakan bilangan yang paling tinggi dengan 69.20%. Tambahan pula, seramai
12 orang guru berkelulusan Sarjana Pendidikan dengan peratusannya hanya 10.00%. Manakala
tiada guru yang memiliki kelulusan profesional tertinggi lain-lain.

Analisis juga menunjukkan 70.0% guru yang bidang pengkhususannya adalah mata pelajaran
Matematik iaitu seramai 84 orang, manakala terdapat 30.0% guru bukan daripada bidang
pengkhususan dalam mata pelajaran Matematik yang mengajar mata pelajaran Matematik
dengan bilangannya seramai 36 orang. Hal ini menunjukkan lebih daripada separuh bilangan
guru yang bidang pengkhususannya adalah matematik.

334
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Dari segi pengalaman mengajar, analisis mendapati seramai 8 orang guru (6.70%) mempunyai
pengalaman kurang daripada 3 tahun mengajar subjek Matematik, seramai 23 orang (19.20%)
mengajar dalam tempoh 4 hingga 10 tahun, seramai 49 orang (40.80%) berpengalaman selama
11 hingga 15 tahun, seramai 37 orang (30.80%) adalah 16 hingga 20 tahun dan terdapat 3 orang
(2.50%) guru yang telah mengajar subjek Matematik dalam tempoh 21 tahun ke atas.

Dari segi analisis darjah yang diajar, seramai 37 orang guru dengan peratusan sebanyak
30.80%. yang mengajar tahap satu (darjah 1 hingga 3). Manakala, 83 orang guru dengan
69.20% yang mengajar tahap dua i(darjah 4 hingga 6). Hal ini membuktikan lebih ramai guru
matematik yang mengajar tahap 2 berbanding dengan guru matematik yang mengajar tahap 1.
Analisis juga menujukkan terdapat beza sebanyak 35% (67.50% - 32.50% = 35%) antara guru
yang sudah mengikuti kursus berkaitan dengan KBAT dengan guru yang tidak pernah
mengikuti kursus tersebut. Seramai 81 orang guru yang telah mengikuti kursus dengan
peratusannya ialah 67.50% manakala 39 orang guru yang tidak pernah mengikuti kursus KBAT
iaitu 32.50%. Profil responden kajian secara frekuensi dan peratusan adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.

335
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Profil Responden Kajian

Kriteria Kumpulan Frekuensi Peratus (%)


Jantina Lelaki 42 35.00
Perempuan 78 65.00
Umur 26 – 35 tahun 37 30.80
36 – 45 tahun 71 59.20
46 tahun ke atas 12 10.00
Jenis Sekolah SK 106 88.30
SJKC 14 11.70
SJKT 0 0
Lokasi Sekolah Bandar 65 54.20
Luar bandar 23 19.20
Pedalaman 32 26.70
Kelulusan Profesional Sijil Perguruan 2 1.70
Tertinggi Diploma Pendidikan 23 19.20
Ijazah pendidikan 83 69.20
Sarjana Pendidikan 12 10.00
Lain- lain 0 0
Bidang Pengkhususan Matematik 84 70.00
Lain-lain opsyen 36 30.00
Pengalaman Mengajar Kurang 3 tahun 8 6.70
4 – 10 tahun 23 19.20
11 – 15 tahun 49 40.80
16 – 20 tahun 37 30.80
21 tahun ke atas 3 2.50
Darjah Yang Diajar Tahap 1 (Darjah 1 – 3) 37 30.80
Tahap 2 (Darjah 4 – 6) 83 69.20
Pernah Hadiri Kursus Ya 81 67.50
KBAT
Tidak 39 32.50

Analisis Deskriptif
Dalam konteks kajian ini, analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan
piawai dijalankan untuk membuat analisis pemboleh ubah kajian. Pemboleh ubah bagi kajian
ini ialah tahap penerapan dan kefahaman KBAT guru matematik di sekolah rendah. Oleh itu,
skor purata min telah diinterpretasi kepada 5 tahap selaras dengan interpretasi skor min yang
dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) pada
tahun 2006. Hal ini supaya tahap nilai purata min bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji dapat
diketahui. Jadual 2 menunjukkan Interpretasi skor min.

Jadual 2: Interpretasi skor min


Skor Purata Interpretasi
1.00 – 1.89 Sangat Rendah
1.90 – 2.69 Rendah
2.70 – 3.49 Sederhana
3.50 – 4.29 Tinggi
4.30 – 5.00 Sangat Tinggi

336
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Tahap Penerapan KBAT Dalam PDP Matematik


Secara keseluruhan, Jadual 3 menunjukkan skor min ialah 3.50 iaitu berada pada tahap yang
tinggi dengan nilai sisihan piawai 0.89.

Jadual 3: Tahap Penerapan KBAT dalam PDP Matematik


No Item Min Sisihan Tahap
Piawai
1 Guru menjalankan aktivti KBAT dalam PdP.
2 Guru memberikan soalan-soalan KBAT semasa PdP.
3 Guru menggalakkan murid bertanya banyak soalan.
4 Guru melibatkan murid secara aktif dalam PdP bagi KBAT.
5 Guru meminta murid mencari jalan alternatif utnuk menyelesaikan
masalah.
6 Guru meminta murid menggunakan peta pemikiran i-Think.
7 Guru menggalakkan murid memberikan idea dan pendapat.
8 Guru menggalakan murid melontarkan idea baru.
9 Guru menilai perkembangan murid dalam KBAT.
10 Guru membri maklum balas yang berkesan kepada murid bagi
tujuan mereka mempelajari KBAT.
Keseluruhan 3.50 0.89 Tinggi

Tahap Kefahaman KBAT Dalam PDP Matematik


Analisis data seperti Jadual 4 menunjukkan skor min secara keseluruhan bagi aspek kefahaman
KBAT guru-guru matematik dalam PDP matematik. Skor min secara keseluruhan ialah 3.80
iaitu berada di tahap tinggi dengan sisihan piawai 0.60.

Jadual 4: Tahap Kefahaman Guru Matematik Tentang KBAT dalam PdP


No Item Min Sisihan Tahap
Piawai
1 Guru memahami konsep pelaksanaan KBAT dalam PdP.
2 Guru memahami cara untuk mengaplikasikan KBAT dalam setiap
topik Matematik.
3 Guru memahami setiap fungsi alat-alat berfikir yang boleh
digunakan dalam KBAT.
4 Guru memahami aspek penggunaan konsep i-Think dalam
pengajaran Matematik.
5 Guru memahami aras kognitif dalam KBAT.
6 Guru memahami ciri-ciri item rutin dalam KBAT.
7 Guru memahami ciri-ciri item bukan rutin dalam KBAT.
8 Guru boleh membentuk soalan matematik yang KBAT.
9 Guru boleh menentukan ciri-ciri soalan KBAT.
10 Guru boleh melaksanakan penyoalan secara KBAT.
Keseluruhan 3.80 0.60 Tinggi

6. Perbincangan, Implikasi Dan Cadangan

Tahap Penerapan KBAT Dalam PDP Matematik


Kajian ini telah membuktikan tahap penerapan KBAT oleh guru matematik sekolah rendah di
Bintulu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik. Kajian mendapati tahap
penerapan KBAT oleh para guru matematik dalam PdP menunjukkan skor min ialah 3.50 dan

337
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

sisihan piawai ialah 0.89 dan dinterprestasi pada tahap yang tinggi. Berbeza pula dengan
dapatan kajian Zaidir et al. (2019) yang membuktikan tahap pemahaman guru Sains terhadap
KBAT dinterpretasikan pada aras yang sederhana dengan skor min ialah 3.39 dengan sisihan
piawai ialah 0.321. Kesimpulan dari kajian itu, kefahaman guru matematik terhadap KBAT
akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Dapatan kajian tersebut
secara keseluruhannya menunjukkan tahap penerapan KBAT dalam PdP Sains masih belum
dikategorikan sebagai tahap yang tinggi. Oleh itu, penerapan KBAT dalam PdP amat
mempengaruhi keberkesanan PdP yang dijalankan.

Disamping itu juga, penerapan elemen KBAT dalam pelaksanaan PdP yang akan mewujudkan
suasana PdP yang menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar. Antara aktiviti yang dapat
memupuk KBAT dalam kalangan murid ialah wujud kumpulan untuk membuat perbincangan,
pembentangan dan pentaksiran rakan sebaya. Dalam masa yang sama, guru berperanan menjadi
fasilitator di dalam kelas. Melalui hasil dapatan kajian ini, analisis menunjukkan bahawa
penerapan berada pada tahap yang tinggi dengan skor min ialah 3.50 dan sisihan piawai ialah
0.89. Hal ini menunjukkan responden sudah memberikan yang tebaik dalam PdP matematik
mereka berkaitan dengan KBAT. Selaras dengan Habib (2005) yang berpendapat bahawa
penglibatan guru dengan perubahan kurikulum akan bersedia untuk lebih kreatif dan inovatif
jika guru berpengetahuan luas dan memiliki kemahiran dalam menjalankan pengajaran. Hasil
kajian yang diperoleh adalah bertentangan dapatan yang diperoleh oleh Hashim dan Hussein
(2003) yang menunjukkan para guru kurang menerapkan KBAT dalam PdP di bilik dalam
kelas. Hal ini dibuktikan dalam kajian Balakrisnan (2002) yang menyatakan guru-guru yang
sudah mengikuti kursus KBKK tetapi mereka masih kurang yakin untuk menyampaikan
pengajaran yang memasukkan elemen KBKK kerana terdapat faktor-faktor yang tertentu.
Begitu juga dengan pelaksanaan KBAT dalam PdP guru matematik di mana mereka perlu yakin
untuk melaksanakannya dalam bilik darjah. Hakikatnya, masih terdapat juga guru yang sudah
mengikuti kursus berkaitan dengan KBAT tetapi mereka kurang yakin dari segi
pelaksanaannya di dalam bilik darjah.

Tahap Kefahaman KBAT Dalam PDP Matematik


Berdasarkan dapatan kajian yang telah perolehi, skor min secara keseluruhan ialah 3.80 dan
dinterpretasikan pada tahap yang tinggi dengan sisihan piawai 0.60. Hal ini menunjukkan
bahawa tahap kefahaman KBAT para guru matematik di Bintulu berada pada tahap yang tinggi.
Menurut Turner (2013), pengetahuan seseorang guru bukan hanya berkaitan tentang
pengajaran di bilik darjah tetapi juga berkaitan dengan perancangan, penilaian dan pemikiran
yang bermatlamat, mempunyai tujuan dan nilai pendidikan serta campuran pelbagai asas
pengetahuan. Kajian Zaidir et al. (2017) menunjukkan bahawa tahap pemahaman guru Sains
terhadap KBAT adalah pada tahap yang sederhana dengan skor min ialah min = 3.39 dan
sisihan piawai ialah 0.32. Oleh itu, pelaksanaannya juga berada pada tahap yang sederhana.
Pendapat tersebut disokong oleh Jamilah Ahmad et al. (2011) yang menyatakan bahawa
pengetahuan merupakan kapasiti untuk memperoleh, mengekal dan mengaplikasikan
maklumat pelbagai gabungan kefahaman, pengalaman, kearifan dan kemahiran.

Selain itu, kajian Sharifah Nor et al. (2016) menunjukkan responden kajiannya berpengetahuan
yang umum sahaja tentang KBKK. Menurutnya lagi, guru tidak mengetahui secara mendalam
berkaitan dengan KBKK, tidak menggunakan kemahiran secara terancang dan tidak mengikut
ketetapan KBKK yang telah ditetapkan di dalam dokumen KBKK oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia walaupun mereka mempunyai kesedaran tinggi terhadap tahap
penggunaan KBKK. Selain itu, guru harus mahir dalam menjalankan strategi dan teknik
pengajaran agar pelaksanaan PdP KBAT lebih berkesan. Zamri (2013) turut menyokong

338
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

bahawa strategi pengajaran penting dalam mencapai objektif PdP guru dengan menerapkan
pelbagai pendekatan seperti pendekatan berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Hal ini
kerana guru memerlukan pengetahuan sebagai asas dalam mengendalikan PdP. Tambahan
pula, Ishak (2006) menyatakan bahawa seorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan
menguasai kandungan, ilmu pedagogi, pengetahuan pelajar serta pembelajaran supaya objektif
PdP dapat dicapai dengan mudah. Natijahnya, guru matematik dapat mengaplikasikan KBAT
dalam PdP matematik dengan lebih baik sekiranya mereka mempunyai pengetahuan yang
tinggi tentang konsep KBAT. Oleh itu, para guru matematik harus mendalami konsep KBAT
agar dapat melaksanakannya dengan berkesan dalam PdP matematik.

Implikasi kajian
Implikasinya, kajian ini dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengetahui tahap pelaksanaan KBAT di peringkat sekolah.
Sehubungan itu, segala cabaran dan halangan dapat diselidiki dan dibincangkan secara
mendalam berkaitan dengan pelaksanaan KBAT. Hal ini kerana penerapan KBAT di sekolah
bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu, perlunya kajian serperti ini untuk mengatasi dan
memperhalusi segala kepincangan yang berlaku dalam proses penerapan KBAT di sekolah.

Seterusnya, kajian ini akan memberikan impak besar kepada murid di sekolah di mana mereka
akan sentiasa dibimbing dengan baik dan mengikut perkembangan semasa selaras dengan
pembangunan pesat dunia pendidikan. Hubung kait antara tahap kefahaman guru dengan tahap
penerapan KBAT di sekolah sudah pasti akan menggambarkan pencapaian murid secara kasar
terhadap kemahiran KBAT murid dalam mata pelajaran matematik.

Cadangan kajian
Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk kajian yang akan dilakukan di masa
hadapan bertajuk Tahap Kefahaman dan Kekerapan Guru Matematik Menerapkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Matematik Bagi
Sekolah Menengah di Bintulu. Dengan harapan kajian sebegini dapat dilaksanakan bagi guru
matematik di sekolah menengah. Menurut Zaidir et al. (2019), kita perlu mengenalpasti tahap
keupayaan guru dalam membimbing murid mereka agar segala matlamat penting dapat
dikecapi dalam arena pendidikan. Oleh itu, guru seharusnya sentiasa positif dalam
melaksanakan segala dasar pendidikan dalam usaha mencapai kegemilangan. Kajian seperti ini
akan dapat memperkasakan pelaksanaan KBAT bukan sahaja di peringkat akar umbi, malah di
peringkat sekolah menengah dan juga Pendidikan tinggi.

Selain itu, kajian ini bukan sahaja dapat dilaksanakan ke atas guru di sekolah tetapi boleh juga
dilaksanakan ke atas murid-murid di sekolah. Hal ini kerana tahap kefahaman dan kekerapan
murid juga perlu dikenalpasti. Selama ini, guru hanya melakukan ujian KBAT dan meberikan
soalan KBAT kepada murid tetapi tidak pernah mengetahui tahap kefahaman mereka. Oleh itu,
pengkaji akan dating boleh membuat kajian untuk mengetahui Tahap Kefahaman dan
Kekerapan Murid Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) Matematik di sekolah.

7. Kesimpulan

KBAT merupakan cabang daripada kemahiran berfikir yang diberi keutamaan dalam
mentranformasikan kurikulum pendidikan melalui PPPM 2013-2025. Hal ini bagi melahirkan
modal insan yang kreatif dan kritikal supaya mampu memberikan saingan di peringkat global.
Walau bagaimanapun, kelemahan pemikiran aras tinggi turut berlaku dalam kalangan guru dan

339
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

bukan hanya terdapat dalam kalangan pelajar di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang
menjadi punca masalah integrasi kemahiran berfikir guru dalam PdP matematik. Antaranya
ialah berpunca daripada tahap kesediaan guru yang rendah dalam pelaksanaan KBAT.
Sehubungan itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap
kesediaan guru dalam pelaksanaan KBAT semasa PdP seperti membuat pendedahan awal.
Contohnya ialah menjalankan kursus atau bengkel secara lebih komprehensif kepada guru yang
berkaitan dengan KBAT. Seterusnya, kesediaan guru terhadap KBAT dapat dipertingkatkan
dengan mewujudkan latihan secara berterusan. Hal ini agar guru-guru dapat mengaplikasikan
teknik dan kaedah KBAT dengan lebih sistematik dalam PdP matematik. Jika tidak, kesukaran
akan berlaku dalam menyebatikan elemen KBAT dalam PdP disebabkan cetek pengetahuan
berkaitan dengan KBAT. Tambahan pula, tempoh pelaksanaan kursus perlu diteliti supaya para
guru berjaya memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran serta sikap secara maksimum.

Guru perlu memberikan komitmen yang tiggi supaya matlamat negara dalam mewujudkan
generasi yang memiliki aras pemikiran tinggi serta mampu bersaing di peringkat global dapat
dicapai. Oleh itu, para guru harus mempunyai kesediaan dalam pelbagai aspek pengetahuan
meliputi pengetahuan asas dalam KBAT, pengetahuan pedagogi merangkumi ilmu KBAT,
pengetahuan dalam kemahiran membina item KBAT, pengetahuan dari segi pentaksiran
supaya PdP yang berkesan mampu dilaksanakan. Apabila para guru mempunyai tahap
kefahaman, pengetahuan dan pelaksanaan yang tinggi, matlamat negara untuk membangunkan
modal insan yang memiliki kemahiran berfikir aras tinggi sudah pasti boleh diwujudkan.

Rujukan

Abdul Rashid, Z. (2016). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan
latihan berfokuskan aplikasi KBAT. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9086/1/Zarina_Abdul_Rashid.pdf
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2006). Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) (Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).
Balakrishan, G. (2002). Penilaian pelaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
dalam mata pelajaran Sejarah KBSM tingkatan 4: Satu kajian kes di daerah Tampin dan
Rembau, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Bisset. (2013). Expert teaching: Knowledge and pedagogy to lead the profession.
Routledge.
Creswell, John W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Goetsch, D.L. (2002). Effective Supervision: A Guidebook for Supervisors, Team Leaders
and Work Coaches. New Jersey: Prentice Hall International Inc.
Habib, Som Mat. (2005). "Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan
perubahan kurikulum." PhD diss., Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Ishak, Z. (2006). Psikologi pendidikan: Realiti pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Masalah
Pendidikan, 29: 27-36.
Jamilah Ahmad et al. (2011). Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society
regarding Environmental Issues. Akademika, 81 (3)(3), 103–115. Retrieved from
http://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/488/4137
Krejcie, Robert V, and Daryle W. Morgan. (1970). "Determining sample size for research
activities." Educational and psychological measurement 30, no. 3 (1970): 607-610
Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et al. (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

340
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 331-341, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

(KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah.
International Journal of Education and Training (InjET), 3(2), 1–7. Retrieved from
http://www.injet.upm.edu.my
Rosnani Hashim & Suhailah Hussien. (2003). The teaching of thinking in Malaysia. 1st
Edition. Kuala Lumpur: Research Centre, International Islamic University Malaysia.

Shairah et al. (2017). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur, 1(2017),
140–146.
Sharifah Nor, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis, and Aliza Ali. (2016).
"Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Secara Kritis dan
Kreatif." Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2, no. 2 (2016): 19- 31.
Zahari. (2006). "Psikologi Pendidikan: Realiti Pengajaran dan Pembelajaran [Educational
psychology: reality of teaching and learning]." Masalah Pendidikan 29 (2006): 27-36.
Zaidir, M. et al. (2019). Akademia Baru Journal of Advanced Research in pelaksaanaan guru
sains terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) (Level of knowledge,
understanding, skills and performance of science teachers on higher order thinking
skills) (January).
Zamri Mahamod. (2015). Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2002). Penyebatian kemahiran berfikir dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu. Proceeding of The International Conference on
Teaching and Learning. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

341
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like