You are on page 1of 15

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Dalam


Pembelajaran Matematik: Sorotan Literatur Bersistematik
(Factors Influencing Student Engagement in Mathematics Learning:
Systematic Literature Review)
Suhaniz Fazlin Mat1*, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: effendi@ukm.edu.my

Accepted: 1 November 2020 | Published: 15 November 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Keterlibatan pelajar dalam matematik merupakan gabungan antara penglibatan


kognitif, emosi dan tingkahlaku yang membawa kepada keseronokan dan penilaian akademik
pelajar. Kajian mengenai keterlibatan pelajar telah membuktikan bahawa keterlibatan
pelajar dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Namun begitu, tidak banyak
kajian yang membincangkan tentang faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar
khususnya dalam bidang Matematik di Malaysia. Justeru, kajian sorotan literatur sistematik
ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar
dalam pembelajaran matematik. Dengan menggunakan garis panduan PRISMA, sejumlah 41
artikel yang berkaitan telah dikenal pasti melalui tiga pangkalan data utama iaitu Scopus,
Web of Science, dan ERIC. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 15 faktor yang
mempengaruhi keterlibatan pelajar. Kesemua faktor yang dikenal pasti dibincangkan setelah
dikelaskan kepada empat kategori utama iaitu kategori demografi, kontekstual, individu dan
persekitaran. Antara cadangan yang diketengahkan adalah dengan melakukan lebih kajian
berbentuk kualitatif menjalankan kaedah tinjauan sistematik yang spesifik dalam konteks
keterlibatan pelajar daripada perspektif guru.

Kata kunci: keterlibatan pelajar, pendidikan matematik, faktor, sorotan literatur


bersistematik

Abstract: Student engagement in mathematics is a combination of cognitive, emotional and


behavioral involvement that leads to the enjoyment and academic evaluation of students.
Studies on student engagement have proven that student engagement can influence student
academic achievement. However, not many studies discuss the factors that influence student
engagement, especially in the field of Mathematics in Malaysia. Therefore, this systematic
literature review study was conducted to identify the factors that influence student
engagement in mathematics learning. Using the PRISMA guidelines, a total of 41 related
articles have been identified through three main databases namely Scopus, Web of Science,
and ERIC. Findings show that there are 15 factors that influence student engagement. All the
identified factors are discussed after being classified into four main categories namely
demographic, contextual, individual and environmental categories. Among the suggestions
that are highlighted is to conduct more qualitative research to carry out specific systematic
survey methods in the context of student engagement from the perspective of teachers.

173
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Keywords: student engagement, mathematics education, factors, systematic literature review


_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Secara umumnya, perkataan keterlibatan dan penglibatan dilihat mempunyai maksud yang
sama. Namun begitu, kedua-dua terma ini mempunyai maksud yang berbeza. Keterlibatan
merangkumi keseluruhan penglibatan secara emosi dan tingkahlaku dan dijadikan
pengukuran dalam sesuatu perkara. Perlakuan tanpa keterlibatan emosi hanya dikenali
sebagai penglibatan (Trowler, 2010). Keterlibatan pelajar dikelaskan kepada keterlibatan
tingkahlaku, keterlibatan emosi dan keterliban kognitif (Fredricks, Blumenfeld, and Paris
(2004). Keterlibatan pelajar adalah salah satu daripada berlaku dalam pembelajaran yang
berharga bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelajar. Semasa berada disekolah,
pelajar lebih seronok apabila mereka terlibat dalam aktiviti bilik darjah.

Walaupun terdapat banyak kajian mengenai keterlibatan pelajar, usaha untuk mengkaji kajian
ini secara sistematik masih kurang. Artikel ini cuba mengisi jurang pemahaman keterlibatan
pelajar dan mengenal pasti faktor yang boleh memberi pengaruh kepada keterlibatan pelajar
sekolah menengah khususnya. Skilling et al. (2016) mendapati tahap keterlibatan pelajar
berubah-ubah apabila mereka tidak mampu untuk terus memberi perhatian dalam bilik darjah.
Mereka dilihat memerlukan dorongan bagi mengekalkan penyertaan mereka. Guru
terutamanya perlu menerapkan gaya pengajaran yang releven untuk memupuk minat pelajar
mereka, terutama dalam subjek yang mencabar seperti matematik (Pratiwi & Primana, 2018).
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu usaha pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk melihat perkembangan kemajuan pelajar disamping membantu guru
untuk menambahbaik pengajaran mereka. Secara tidak langsung, guru dapat mengenalpasti
keterlibatan pelajar sepanjang PdP disamping memenuhi pelaksanaan PBD.

Tahap keterlibatan pelajar yang rendah dalam Pendidikan Matematik telah menjadi perhatian
ramai pendidik dan penyelidik matematik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak
kajian lepas telah dijalankan untuk melihat hubungan antara keterlibatan pelajar dan
pencapaian pelajar khususnya bidang matematik. Terdapat hubungan yang positif antara
keterlibatan pelajar dengan pencapaian matematik pelajar (Boaler & Sengupta-Irving, 2016;
Fung, Tan, & Chen, 2018; Gaylo & Dales, 2019; Jie, Ying, & Zhao, 2019). Kajian ini wajar
dijalankan setelah pencapaian matematik pelajar yang sangat rendah mengikut keputusan
TIMSS dan PISA. Berdasarkan rekod terkini keputusan PISA yang telah dijalankan pada
2018, pencapaian matematik pelajar Malaysia berada di tangga ke 47 daripada 78 buah
negara (OECD, 2019). Keputusan ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar masih
lemah jika dibandingkan dengan negara-negara luar. Salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar adalah keterlibatan pelajar dalam proses pembelajaran.

Dalam usaha untuk memastikan tahap keterlibatan yang tinggi dalam kalangan pelajar
dimana ianya dipercayai dapat meningkatkan pencapaian matematik, adalah sangat penting
untuk mengenalpasti terlebih dahulu faktor yang boleh mempengaruhi tahap keterlibatan
pelajar. Sejurus itu, ianya memberi kepentingan kepada pihak sekolah dan guru untuk
merancang pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

174
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Justeru itu, sorotan literatur
bersistematik ini djalankan untuk menjawab persoalan berikut:
1) Apakah faktor - faktor yang mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran
matematik?
2) Apakah faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar
dalam pembelajaran matematik?

2. Metodologi

Kajian sorotan literatur secara sistematik ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan
menerapkan kaedah analisis dokumen sebagai reka bentuk kajian. Pangkalan data yang
digunakan untuk mencari artikel berkaitan dengan kajian ini adalah Scopus, Web of Science,
dan Eric. Pangkalan data dipilih memandangkan ianya mengumpulkan penerbitan ilmiah
dalam kajian Matematik. Google Scholar turut dijadikan database sokongan untuk mencari
artikel tambahan. Pencarian artikel dilakukan menggunakan beberapa gabungan kata kunci
seperti “student engagement” AND “mathematics”, “mathematic engagement” AND
“faktor”. Kata kunci dalam Bahasa melayu turut digunakan bagi mencari artikel yang
menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan laporan artikel.

Sepanjang pencarian artikel ini, terdapat beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji
iaitu : (i) artikel yang diterbitkan dari tahun 2016 hingga 2020 (Mei); (ii) artikel daripada
jurnal sahaja; (iii) artikel yang berkaitan bidang kajian pembelajaran matematik peringkat
sekolah sahaja; (iv) artikel yang lengkap (full-text); dan (v) artikel yang mempunyai data
empirical.

Pencarian dan pemilihan artikel berdasarkan kriteria pula melibatkan empat fasa. Yang
pertama adalah fasa mengenal pasti artikel melalui tiga database. 521 artikel daripada
Scopus, 136 artikel daripada Web of Science dan 350 artikel daripada ERIC. Jumlah
keseluruhan artikel yang dikenal pasti adalah 1007 artikel. Beberapa artikel yang sama antara
ketiga-tiga database dikenalpasti dan dikecualikan sehingga menjadikan baki jumlah artikel
menjadi 844 artikel. Seterusnya adalah fasa pemeriksaan. Pada peringkat ini, 667 artikel telah
dikecualikan disebabkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi kajian ini seperti
artikel yang diterbitkan pada tahun sebelum 2016, bab daripada buku dan jurnal, review
articles, artikel dari prosiding dan artikel yang menggunakan Bahasa selain Bahasa inggeris
dan Bahasa melayu. Rekod setelah pemeriksaan adalah 77 artikel. Pada fasa seterusnya iaitu
fasa kelayakan, 41 daripada 77 artikel tidak layak untuk disintesis kerana artikel tersebut
tidak mempunyai data empirical. Akhirnya, artikel yang layak disintesis bagi kajian ini
adalah 41 artikel. Proses pemilihan bagi kajian literatur ini diringkaskan dalam Rajah 1.

175
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 1: Carta Aliran PRISMA

3. Dapatan dan Perbincangan

Berdasarkan tujuan kajian ini, sebanyak 41 artikel telah dipilih setelah melalui proses
pencarian dan pemilihan mengikut kriteria kajian yang ditetapkan. Jadual 1 menunjukkan
keseluruhan artikel yang dipilih berdasarkan nama penulis, tahun terbitan, negara dan tajuk
artikel.

176
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Gambaran keseluruhan artikel yang dikaji


Penulis & Tahun Negara Tajuk Kajian

Attard & Holmes (2020) Australia “It gives you that sense of hope”: An
exploration of technology uses to mediate
student engagement with mathematics

Skilling et al. (2020) Australia The “ins and outs” of student engagement
in mathematics: shifts in engagement
factors among high and low achievers

Hong et al. (2020) China The longitudinal linkages among Chinese


children’s behavioural, cognitive, and
emotional engagement within a
mathematics context

Deng et al. (2020) China Digital game-based learning in a


Shanghai primary-school mathematics
class: A case study

de Ruiter et al. (2019) Netherland Relevant classroom events for teachers:


A study of student characteristics, student
behaviors, and associated teacher
emotions

Chipangura & Aldridge (2019) Australia Multimedia: A Means of Improving


Students’ Engagement in Mathematics
Classrooms?

Frenzel et al. (2019) South Learners’ awareness of their emotions


Africa and their engagement with mathematics
tasks in a mathematics club

Whitney et al. (2019) Australia Student self-reported motivation


and teacher-rated engagement
as predictors of mathematics achievement
by sex and SES in a U.S. sample

Abu-Hilal & Al Abed (2019) Spain Relations among Engagement, Self-


Efficacy, and Anxiety in Mathematics
among Omani Students

Bobis et al. (2019) Australia “Sage on the stage” or “meddler


in the middle”: shifting mathematics
teachers’ identities to support student
engagement

Jie et al. (2019) China The correlation of students’ mathematics


learning engagement on their academic
177
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

performance in junior high school

Gopal et al. (2019) Malaysia Perceptions of Learning Mathematics


among Lower Secondary Students in
Malaysia: Study on Students’
Engagement using Fuzzy Conjoint
Analysis
Moon & Ke (2019) USA In-Game Actions to Promote Game-
Based Math Learning Engagement

Alvi & Nausheen (2019) Pakistan Examining Grade 9 Students’


Engagement in Mathematical Problem-
Solving (MPS) When Working as
Individuals and in a Small Group Settings

Ozkal (2019) Turkey Relationships between self-efficacy


beliefs, engagement and academic
performance in math lessons

Deveci & Karademir (2019) Turkey Investigation of the 5th Grade Students’
Engagements in Mathematics Course
towards Student Opinions

Collie et al. (2019) Australia How students switch on and switch off in
mathematics: exploring patterns and
predictors of (dis)engagement across
middle school and high school

Gaylo & Dales (2019) Filipina Metacognitive Strategies: Their Effects


on Students’ Academic Achievement and
Engagement in Mathematics

Putwain et al. (2018) United Achievement goals, behavioural


Kingdom engagement, and mathematics
achievement: A mediational analysis

Schuetz et al. (2018) USA Is Technology the Answer? Investigating


Students’ Engagement in Math

Lin et al. (2018) Taiwan Description and evaluation of a large-


scale project to facilitate student
engagement in learning mathematics

Lo & Hew (2018) China A comparison of flipped learning with


gamification, traditional learning, and
online independent study: the effects on
students’ mathematics achievement and
cognitive engagement

178
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Liu et al. (2018) USA Teacher support and math engagement:


roles of academic self-efficacy and
positive emotions

Ferrer (2018) Filipina Students’ Engagement in Group-Based


Learning in Mathematics

Durksen et al. (2017) Australia Motivation and engagement in


mathematics: a qualitative framework for
teacher-student interactions

Lazarides & Rubach (2017) Australia Instructional characteristics in


mathematics classrooms: relationships to
achievement goal orientation and student
engagement

Mainini & Banes (2017) United Differentiating Instruction to Increase


States Conceptual Understanding And
Engagement In Mathematics

Watt et al. (2017) Australia Students’ engagement profiles in


mathematics according to learning
environment dimensions: Developing an
evidence base for best practice in
mathematics education

Kim et al. (2017) China Educational games and students’ game


engagement in elementary school
classrooms

Nicholas & Fletcher (2017) New Early Adolescents’ Views on


Zealand Engagement and Achievement in
Mathematical Learning

Wang et al. (2017) China Teacher's autonomy support


and engagement in math: multiple
mediating roles of self-efficacy, intrinsic
value, and boredom

Pratiwi & Primana (2017) Indonesia The Relationship between Teachers’


Fostering Relevance Behavior and
Middle School Students’ Cognitive
Engagement in Mathematics

Owusu-darko et al. (2017) Ghana Cognitive Dispositional Empathy on


Mathematical Engagement and
Performance

Luo (2017) Singapura Perceived teaching practice and its


179
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

prediction of student engagement


in Singapore

(Shernoff et al., 2016) Australia Student engagement as a function of


environmental complexity in high school
classrooms

Riley et al. (2016) Australia Movement-based Mathematics:


Enjoyment and Engagement without
Compromising Learning through the
EASY Minds Program

Baroody et al. (2016) USA A multi-method approach for describing


the contributions of student engagement
on fifth grade students' social competence
and achievement in mathematics

Hilton (2016) Taiwan Engaging Primary School Students in


Mathematics: Can iPads Make a
Difference?

Lein et al. (2016) USA Assessing the Relation Between Seventh-


Grade Students’ Engagement and
Mathematical Problem-Solving
Performance

Boaler & Sengupta-Irving (2016) USA The many colors of algebra: The impact
of equity focused teaching upon student
learning and engagement

Artikel yang dipilih menjawab kepada persoalan kajian ini dan hasil dapatan telah
menemukan 15 faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran
matematik. Kesemua faktor yang dikenalpasti dibahagikan kepada kepada empat kategori
iaitu kategori demografi, kontekstual, individu dan persekitaran seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran Matematik


Kategori Faktor yang mempengaruihi keterlibatan pelajar
Demografi (n=2) Jantina
Status sosio-ekonomi
Kontekstual (n=4) Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Persekitaran dalam bilik darjah
Penggunaan teknologi
Latar belakang sekolah
Individu(n=6) Efikasi kendiri
Pencapaian akademik
Sikap dan tingkahlaku
Emosi
Kemahiran berfikir
180
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kemahiran sosial
Persekitaran (n=3) Penglibatan ibubapa
Sokongan guru
Kesepaduan rakan

Berdasarkan Jadual 2, terdapat empat kategori yang telah dikenalpasti sebagai faktor utama
yang mempengaruhi keterlibatan pelajar terhadap pembelajaran matematik. faktor demografi
meliputi jantina dan status sosio-ekonomi. Kategori kontekstual pula merangkumi strategi
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), persekitaran dalam kelas, penggunaan teknologi
dalam PdP, dan latar belakang sekolah. Kategori individu pula termasuklah efikasi kendiri
pelajar, pencapaian akademik, sikap dan tingkahlaku, emosi, kemahiran berfikir dan
kemahiran social. Seterusnya adalah faktor persekitaran yang merangkumi penglibatan
ibubapa, sokongan guru dan kesepaduan rakan.

3.1 Faktor Demografi

Jadual 3: Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor demografi


Penulis Jantina Status sosio-ekonomi
Collie et al. (2019) *
Chipangura & Aldridge (2019) *
Whitney et al. (2019) *
Nicholas & Fletcher (2017) *
Baroody et al. (2016) *
Jumlah 4 1

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa faktor jantina dan status sosio-ekonomi dapat
mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik. Kedua-dua faktor
ini dikelaskan kepada faktor demografi. Berdasarkan jadual 3, lima daripada 41 artikel kajian
lepas berkaitan faktor keterlibatan pelajar telah dikenal pasti. Empat artikel menunjukkan
bahawa faktor jantina dapat mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran
matematik (Baroody et al., 2016; Chipangura & Aldridge, 2019; Collie et al., 2019; Whitney
et al., 2019). Manakala kajian Nicholas & Fletcher (2017) pula mendapati status sosio-
ekonomi pelajar turut mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dalam pembelajaran selain
daripada faktor sikap dan tingkahlaku pelajar.

3.2 Faktor Kontekstual


Faktor kontekstual yang merangkumi strategi dalam PdP, persekitaran dalam kelas,
penggunaan teknologi dan latar belakang sekolah telah dikenalpasti dalam 19 artikel daripada
41 artikel yang dikaji. Berdasarkan jadual 4, strategi ataupun kaedah yang digunakan dalam
pembelajaran matematik menjadi faktor paling dominan dalam kajian lepas yang telah
membuktikan dapat memberi pengaruh kepada keterlibatan pelajar (Deveci & Karademir,
2019; Ferrer, 2018; Lin et al., 2018; Lo & Hew, 2018; Mainini & Banes, 2017; Putwain et al.,
2018). Persekitaran dalam kelas (Boaler & Sengupta-Irving, 2016; Durksen et al., 2017;
Frenzel et al., 2019; Shernoff et al., 2016; Watt et al., 2017), penggunaan teknologi (Attard &
Holmes, 2020; Chipangura & Aldridge, 2019; Deng et al., 2020; Hilton, 2016; Schuetz et al.,
2018) dan latar belakang sekolah (Jie et al., 2019; Watt et al., 2017) juga merupakan faktor
yang dikenalpasti dalam artikel yang dikaji dapat mempengaruhi keterlibatan pelajar.

181
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 4: Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor kontekstual


Penulis Strategi Persekitaran Penggunaan Latar
dalam PdP dalam Kelas Teknologi Belakang
sekolah
Attard & Holmes (2020) *
Deng et al. (2020) *
Moon & Ke (2019) *
Chipangura & Aldridge (2019) *
Jie et al. (2019) *
Deveci & Karademir (2019) *
Frenzel et al. (2019) *
Putwain et al. (2018) *
Schuetz et al. (2018) *
Lo & Hew (2018) *
Ferrer (2018) *
Lin et al. (2018) *
Mainini & Banes (2017) *
Durksen et al. (2017) *
Watt et al. (2017) * *
Shernoff et al. (2016) *
Riley et al. (2016)
Boaler & Sengupta-Irving (2016) *
Hilton (2016) *
Jumlah 7 5 5 2

3.3 Faktor Individu


Hasil kajian mendapati 18 daripada 41 artikel membincangkan tentang faktor dari aspek
inidividu. 6 faktor individu telah dikenalpasti dan antaranya adalah efikasi kendiri,
pencapaian akademik, sikap dan tingkahlaku, emosi, kemahiran berfikir dan kemahiran social
pelajar. Kebanyakan kajian lepas mendapati bahawa pencapaian akademik pelajar menjadi
punca kepada tahap keterlibatan pelajar (Collie et al., 2019; Gaylo & Dales, 2019; Jie et al.,
2019; Kim et al., 2017; Lein et al., 2016; Ozkal, 2019; Skilling et al., 2020). Faktor efikasi
kendiri (Abu-Hilal & Al Abed, 2019; Kim et al., 2017; Liu et al., 2018; Ozkal, 2019) dan
faktor emosi pelajar (de Ruiter et al., 2019; Frenzel et al., 2019; Gopal et al., 2019; Hong et
al., 2020; Liu et al., 2018) turut menjadi faktor kepada tahap keterlibatan pelajar dan diikuti
oleh faktor sikap dan tingkahlaku (Lazarides & Rubach 2017; Nicholas & Fletcher 2017;
Owusu-darko et al. 2017; Wang et al. 2017), kemahiran berfikir (Gaylo & Dales, 2019) dan
kemahiran sosial (Baroody et al., 2016). Terdapat juga beberapa kajian yang didapati
menghasilkan lebih dari satu faktor bagi kategori ini seperti kajian yang dijalankan oleh
Ozkal (2019), Liu et al (2019), Wang et al (2017) dan kajian daripada Kim et al (2017).

Jadual 4 Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor individu


Penulis Efikasi Pencapaian Sikap dan Emosi Kemahiran Kemahiran
Kendiri akademik tingkahlaku berfikir sosial
Skilling et al. (2020) *

Hong et al. (2020) *

de Ruiter et al. (2019) *


182
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jie et al. (2019) *


Abu-Hilal & Al Abed *
(2019)
Gopal et al. (2019) *
Ozkal (2019) * *
Gaylo & Dales (2019) * *
Frenzel et al. (2019) *
Collie et al. (2019) *
Liu et al. (2018) * *
Wang et al. (2017) * *
Nicholas & Fletcher *
(2017)
Lazarides & Rubach *
(2017)
Kim et al. (2017) * *
Owusu-darko et al. *
(2017)
Baroody et al. (2016) *
Lein et al. (2016) *

Jumlah 5 7 4 5 1 1

3.4 Faktor Persekitaran


Seterusnya adalah faktor keterlibatan. Faktor keterlibatan, sokongan guru dan kesepaduan
rakan dikategorikan mengikut faktor persekitaran. Penyelidikan terhadap 41 artikel telah
menghasilkan dapatan yang hanya melibatkan 10 artikel sahaja. Berdasarkan jadual 4,
majoriti daripada 10 artikel tersebut, 8 artikel kajian menyatakan sokongan daripada guru
sangat mempengaruhi keterlibatan pelajar terhadap PdP matematik (Ahmad Fauzi Mohd Ayu
et al. 2018; Bobis et al. 2019; Durksen et al. 2017; Lazarides & Rubach 2017; Liu et al. 2018;
Luo 2017; Pratiwi & Primana 2017; Wang et al. 2017). Selain itu, kesepaduan rakan semasa
sesi pembelajaran sangat penting dan turut memberi pengaruh kepada keterlibatan pelajar
(Ahmad Fauzi Mohd Ayu et al., 2018; Alvi & Nausheen, 2019; Lo & Hew, 2018). Kajian
Ahmad Fauzi et al (2018) menyatakan bahawapenglibatan ibubapa juga turut menyumbang
dalam kajian keterlibatan pelajar selain daripada sokongan guru dan kesepaduan rakan.

Jadual 4: Kajian lepas berkaitan keterlibatan pelajar berdasarkan faktor persekitaran


Penulis Penglibatan Sokongan guru Kesepaduan
ibubapa rakan
Bobis et al. (2019) *
Alvi & Nausheen (2019) *
Ahmad Fauzi et al. (2018) * * *
Lo & Hew (2018) *
Liu et al. (2018) *
Durksen et al. (2017) *
Lazarides & Rubach (2017) *
Pratiwi & Primana (2017) *
(Luo, 2017) *
Wang et al. (2017) *
Jumlah 1 8 3
183
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Berdasarkan kajian ini, isu yang telah dibincangkan menunjukkan bahawa terdapat banyak
faktor yang boleh mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar dan kajian yang dijalankan oleh
penyelidik lepas hanya membuat kajian terhadap sesetengah faktor sahaja. Antara faktor yang
paling dominan dalam kajian adalah sokongan guru. Sokongan dari guru memberikan
peranan yang paling besar untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan tahap
keterlibatan pelajar untuk mempelajari matematik. Secara kognitifnya, pelajar lebih
menunjukkan minat belajar apabila mendapat sokongan dan dorongan daripada guru (Pratiwi
& Primana, 2017). Durksen et al. (2017) pula menyokong dengan dapatan bahawa sokongan
daripada guru boleh mempengaruhi motivasi pelajar dan ini merupakan keterlibatan pelajar
dalam bentuk emosional.

3. Kesimpulan dan Cadangan

Kajian sorotan literatur ini telah dilakukan bertujuan mengenal pasti faktor yang boleh
mempengaruhi tahap keterlibatan pelajar terhadap pembelajaran matematik melalui analisis
daripada 41 artikel kajian lepas yang terpilih. Artikel-artikel yang dikaji ini merupakan kajian
empirikal yang dijalankan keatas pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja.
Berdasarkan hasil dapatan, faktor yang paling menyumbang kepada keterlibatan pelajar
adalah faktor individu. Sebanyak 23 artikel yang dikaji mendapati bahawa diri pelajar sendiri
yang menjadi pengukur kepada penglibatan pelajar dalam pembelajaran matematik terutama
pencapaian akademik pelajar. Keterlibatan pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan
pencapaian pelajar malahan juga sebaliknya. Disamping itu, peningkatan akademik pelajar
boleh dipengaruhi oleh sokongan dari guru dan perancangan pengajaran yang rapi.
Kepelbagaian kaedah pengajaran sangat perlu dititikberatkan. Secara kesimpulannya,
keterlibatan pelajar dalam matematik sangat penting kerana boleh menyumbang kepada
peningkatan akademik pelajar. Dapatan kajian ini sangat memberi manfaat kepada guru dan
boleh dijadikan sebagai panduan untuk menarik minat pelajar untuk belajar matematik.
Namun begitu, kesimpulan ini adalah berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan
kebanyakannya di luar negara. Maka, dicadangkan kajian yang lebih lanjut dijalankan
melalui kajian yang berbentuk empirikal untuk melihat faktor-faktor lain yang boleh
mempengaruhi keterlibatan pelajar terhadap pembelajaran Matematik di Malaysia kerana
didapati kurangnya kajian di Malaysia. Selain itu, dicadangkan juga kajian yang menjalankan
kaedah tinjauan sistematik yang lebih spesifik kepada hubungan sokongan guru kepada
keterlibatan pelajar.

Rujukan

Abu-Hilal, M. M., & Al Abed, A. S. (2019). Relations among engagement, self-efficacy, and
anxiety in mathematics among Omani students. Electronic Journal of Research in
Educational Psychology, 17(48), 241–266. https://doi.org/10.25115/ejrep.v17i48.2182
Ahmad Fauzi Mohd Ayu, Aida Suraya Md. Yunus, & Rosnaini Mahmud. (2018). Pengaruh
Guru, Rakan Sebaya dan Sokongan Keluarga Terhadap Keterliabatan Matematik dalam
Kalangan Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia,
8(1), 1–12.
Alvi, E., & Nausheen, M. (2019). Examining grade 9 students’ engagement in mathematical
problem-solving (MPS) when working as individuals and in a small group setting.
Bulletin of Education and Research, 41(1), 163–184.
Attard, C., & Holmes, K. (2020). “It gives you that sense of hope”: An exploration of
technology use to mediate student engagement with mathematics. Heliyon, 6(1), e02945.
184
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2019.e02945
Baroody, A. E., Rimm-Kaufman, S. E., Larsen, R. A., & Curby, T. W. (2016). A multi-
method approach for describing the contributions of student engagement on fifth grade
students’ social competence and achievement in mathematics. Learning and Individual
Differences. https://doi.org/10.1016/j.lindif.2016.02.012
Boaler, J., & Sengupta-Irving, T. (2016). The many colors of algebra: The impact of equity
focused teaching upon student learning and engagement. Journal of Mathematical
Behavior, 41(February 2016), 179–190. https://doi.org/10.1016/j.jmathb.2015.10.007
Bobis, J., Khosronejad, M., Way, J., & Anderson, J. (2019). “Sage on the stage” or “meddler
in the middle”: shifting mathematics teachers’ identities to support student engagement.
Journal of Mathematics Teacher Education, (0123456789).
https://doi.org/10.1007/s10857-019-09444-1
Chipangura, A., & Aldridge, J. (2019). Multimedia : A Means of Improving Students ’
Engagement in Mathematics Classrooms ? International Journal For Mathematics
Teaching And Learning, 20(2), 193–211.
Collie, R. J., Martin, A. J., Bobis, J., Way, J., & Anderson, J. (2019). How students switch on
and switch off in mathematics: exploring patterns and predictors of (dis)engagement
across middle school and high school. Educational Psychology, 39(4), 489–509.
https://doi.org/10.1080/01443410.2018.1537480
de Ruiter, J. A., Poorthuis, A. M. G., & Koomen, H. M. Y. (2019). Relevant classroom events
for teachers: A study of student characteristics, student behaviors, and associated teacher
emotions. Teaching and Teacher Education, 86, 102899.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2019.102899
Deng, L., Wu, S., Chen, Y., & Peng, Z. (2020). Digital game-based learning in a Shanghai
primary-school mathematics class: A case study. Journal of Computer Assisted
Learning, (February), 1–9. https://doi.org/10.1111/jcal.12438
Deveci, O., & Karademir, C. A. (2019). Investigation of the 5th grade students’ engagements
in mathematics course towards student opinions. European Journal of Educational
Research, 8(1), 337–348. https://doi.org/10.12973/eu-jer.8.1.337
Durksen, T. L., Way, J., Bobis, J., Anderson, J., Skilling, K., & Martin, A. J. (2017).
Motivation and engagement in mathematics: a qualitative framework for teacher-student
interactions. Mathematics Education Research Journal, 29(2), 163–181.
https://doi.org/10.1007/s13394-017-0199-1
Ferrer, F. P. (2018). Students ’ Engagement in Group -Based Learning in Mathematics.
International Journal of Engineering, Science and Mathematics, 7(2), 180–185.
Frenzel, J.-M., Lampen, C. E., & Brodie, K. (2019). Learners’ awareness of their emotions
and their engagement with mathematics tasks in a mathematics club. Journal of
Education, (77). https://doi.org/10.17159/2520-9868/i77a03
Fung, F., Tan, C. Y., & Chen, G. (2018). Student engagement and mathematics achievement:
Unraveling main and interactive effects. Psychology in the Schools, 55(7), 815–831.
https://doi.org/10.1002/pits.22139
Gaylo, D. N., & Dales, Z. I. (2019). Metacognitive Strategies : Their Effects on Students ’
Academic Achievement World Review of Business Research M etacognitive Strategies :
Their Effects on Students ’ Academic Achievement and Engagement in Mathematics.
(September 2017).
Gopal, K., Salim, N. R., & Ayub, A. F. M. (2019). Perceptions of learning mathematics
among lower secondary students in Malaysia: Study on students’ engagement using
fuzzy conjoint analysis. Malaysian Journal of Mathematical Sciences.
Hilton, A. (2016). Engaging Primary School Students in Mathematics: Can iPads Make a
185
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Difference? International Journal of Science and Mathematics Education, 16(1), 145–


165. https://doi.org/10.1007/s10763-016-9771-5
Hong, W., Zhen, R., Liu, R. De, Wang, M. Te, Ding, Y., & Wang, J. (2020). The longitudinal
linkages among Chinese children’s behavioural, cognitive, and emotional engagement
within a mathematics context. Educational Psychology, 0(0), 1–15.
https://doi.org/10.1080/01443410.2020.1719981
Jie, Z. L., Ying, Z., & Zhao, M. Z. (2019). The Corelation of Students’ Mathematics Learning
Engagement on Their Academic Performance in Junior High School. Journal On
Education, 02(01), 213–227.
Kim, S., Chang, M., Deater-Deckard, K., Evans, M. A., Norton, A., & Samur, Y. (2017).
Educational games and students’ game engagement in elementary school classrooms.
Journal of Computers in Education, 4(4), 395–418. https://doi.org/10.1007/s40692-017-
0095-4
Lazarides, R., & Rubach, C. (2017). Instructional characteristics in mathematics classrooms:
relationships to achievement goal orientation and student engagement. Mathematics
Education Research Journal, 29(2), 201–217. https://doi.org/10.1007/s13394-017-0196-
4
Lein, A. E., Jitendra, A. K., Starosta, K. M., Dupuis, D. N., Hughes-Reid, C. L., & Star, J. R.
(2016). Assessing the relation between seventh-grade students’ engagement and
mathematical problem solving performance. Preventing School Failure.
https://doi.org/10.1080/1045988X.2015.1036392
Lin, F. L., Wang, T. Y., & Yang, K. L. (2018). Description and evaluation of a large-scale
project to facilitate student engagement in learning mathematics. Studies in Educational
Evaluation, 58(December 2016), 178–186.
https://doi.org/10.1016/j.stueduc.2018.03.001
Liu, R. De, Zhen, R., Ding, Y., Liu, Y., Wang, J., Jiang, R., & Xu, L. (2018). Teacher support
and math engagement: roles of academic self-efficacy and positive emotions.
Educational Psychology, 38(1), 3–16. https://doi.org/10.1080/01443410.2017.1359238
Lo, C. K., & Hew, K. F. (2018). A comparison of flipped learning with gamification,
traditional learning, and online independent study: the effects on students’ mathematics
achievement and cognitive engagement. Interactive Learning Environments, 0(0), 1–18.
https://doi.org/10.1080/10494820.2018.1541910
Luo, W. (2017). Perceived teaching practice and its prediction of student engagement in
Singapore. Asia Pacific Education Review, 18(4), 451–463.
https://doi.org/10.1007/s12564-017-9502-9
Mainini, M. J., & Banes, L. C. (2017). Differentiating Inst Ruction To Increase Conceptual
Understanding and En Gagement in Mathematics. Journal of Teacher Action Research,
4(1), 81–100.
Moon, J., & Ke, F. (2019). In-Game Actions to Promote Game-Based Math Learning
Engagement. Journal of Educational Computing Research.
https://doi.org/10.1177/0735633119878611
Nicholas, K., & Fletcher, J. (2017). Early Adolescents’ Views on Engagement and
Achievement in Mathematical Learning. Journal of Research in Childhood Education,
31(1), 40–52. https://doi.org/10.1080/02568543.2016.1243598
Owusu-darko, I., Hughes, W. A., & Yaw, O. (2017). Cognitive Dispositional Empathy on
Mathematical Engagement and Performance. European Journal of Education Studies,
3(1), 335–350. https://doi.org/10.5281/zenodo.233021
Ozkal, N. (2019). Relationships between self-efficacy beliefs, engagement and academic
performance in math lessons. Cypriot Journal of Educational Sciences, 14(2), 190–200.
186
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 173-187, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

https://doi.org/10.18844/cjes.v14i2.3766
Pratiwi, B., & Primana, L. (2017). The Relationship between Teachers’ Fostering Relevance
Behavior and Middle School Students’ Cognitive Engagement in Mathematics.
Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 139(Uipsur 2017), 1–
6. https://doi.org/10.2991/uipsur-17.2018.1
Pratiwi, B., & Primana, L. (2018). The Relationship between Teachers’ Fostering Relevance
Behavior and Middle School Students’ Cognitive Engagement in Mathematics.
139(Uipsur 2017), 1–6. https://doi.org/10.2991/uipsur-17.2018.1
Putwain, D. W., Symes, W., Nicholson, L. J., & Becker, S. (2018). Achievement goals,
behavioural engagement, and mathematics achievement: A mediational analysis.
Learning and Individual Differences, 68(September), 12–19.
https://doi.org/10.1016/j.lindif.2018.09.006
Riley, N., Lubans, D., Holmes, K., Hansen, V., Gore, J., & Morgan, P. (2016). Movement-
based mathematics: Enjoyment and engagement without compromising learning through
the EASY minds program. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology
Education, 13(6), 1653–1673. https://doi.org/10.12973/eurasia.2017.00690a
Schuetz, R. L., Biancarosa, G., & Goode, J. (2018). Is Technology the Answer? Investigating
Students’ Engagement in Math. Journal of Research on Technology in Education, 50(4),
318–332. https://doi.org/10.1080/15391523.2018.1490937
Shernoff, D. J., Kelly, S., Tonks, S. M., Anderson, B., Cavanagh, R. F., Sinha, S., & Abdi, B.
(2016). Student engagement as a function of environmental complexity in high school
classrooms. Learning and Instruction, 43, 52–60.
https://doi.org/10.1016/j.learninstruc.2015.12.003
Skilling, K., Bobis, J., & Martin, A. J. (2020). The “ins and outs” of student engagement in
mathematics: shifts in engagement factors among high and low achievers. Mathematics
Education Research Journal. https://doi.org/10.1007/s13394-020-00313-2
Skilling, K., Bobis, J., Martin, A. J., Anderson, J., & Way, J. (2016). What secondary
teachers think and do about student engagement in mathematics. Mathematics Education
Research Journal, 28(4), 545–566. https://doi.org/10.1007/s13394-016-0179-x
Trowler, V. (2010). Student engagement literature review. Higher Education, (November),
1–15. Retrieved from http://americandemocracy.illinoisstate.edu/documents/democratic-
engagement-white-paper-2_13_09.pdf
Wang, J., Liu, R. De, Ding, Y., Xu, L., Liu, Y., & Zhen, R. (2017a). Teacher’s autonomy
support and engagement in math: Multiple mediating roles of self-efficacy, intrinsic
value, and boredom. Frontiers in Psychology. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2017.01006
Wang, J., Liu, R. De, Ding, Y., Xu, L., Liu, Y., & Zhen, R. (2017b). Teacher’s autonomy
support and engagement in math: Multiple mediating roles of self-efficacy, intrinsic
value, and boredom. Frontiers in Psychology, 8(JUN), 1–10.
https://doi.org/10.3389/fpsyg.2017.01006
Watt, H. M. G., Carmichael, C., & Callingham, R. (2017). Students’ engagement profiles in
mathematics according to learning environment dimensions: Developing an evidence
base for best practice in mathematics education. School Psychology International, 38(2),
166–183. https://doi.org/10.1177/0143034316688373
Whitney, S. D., Asigbee, F. M., Jones, S., & Schulte, K. (2019). Student self-reported
motivation and teacher-rated engagement as predictors of mathematics achievement by
sex and SES in a U.S. sample. Australian Educational Researcher, (0123456789).
https://doi.org/10.1007/s13384-019-00351-1

187
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like