You are on page 1of 18

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Murid Berkeperluan


Khas
(Involvement of Parents in Education of Special Needs)
Ahmad Asmawi Mat Salim¹, Khairul Farhah Khairuddin1
¹ Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengarang Koresponden: kfk@ukm.edu.my

Accepted: 1 April 2020 | Published: 15 April 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini membincangkan penglibatan ibu bapa bagi murid berkeperluan khas
dengan menjadikan ibu bapa dari empat buah sekolah dalam negeri Selangor sebagai kajian
kes. Persoalan kajian ini adalah untuk menilai adakah terdapat perbezaan yang ketara
diantara jantina penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah, keduanya adakah terdapat
perbezaan diantara tahap pendidikan terhadap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di
sekolah dan ketiganya adalah ingin melihat adakah terdapat hubungan diantara penglibatan
ibu bapa di rumah dengan penglibatan ibu bapa di sekolah. Teori Bronfenbrenner dirujuk
sebagai perbincangan untuk memahami perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah yang
dikaji. Kaedah soalselidik secara kuantitatif digunakan sebagai instrumen kajian yang
melibatkan seramai 54 orang responden di empat buah sekolah dalam negeri Selangor.
Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu penggunaan atau
perkembangan teori yang digunakan, keduanya dari amalan praktikal yang boleh diamalkan
dan akhir sekali dilihat dari aspek perkembangan ilmu terhadap amalan keibubapaan dalam
merangka tahap pendidikan murid-murid berkeperluan khas dengan lebih baik lagi.

Kata kunci: Ibu bapa, penglibatan,murid berkeperluan khas

Abstract: This study discusses the involvement of parents for students in special needs by
making parents from four schools in the state of Selangor as a case study. The question of
this study is to evaluate is that there is a significant difference between gender involvement of
parents in school activities, second to evaluate are differences between the level of education
for parents ' involvement in activities at School and third are wanting to see if there is a
relationship between parents involvement at home with the involvement of parents in school.
Bronfenbrenner theories are uses to referred as discussions to understand the relevance of
the revised variables. Quantitative questionnaire is used as a research instrument involving a
total of 54 respondents in four schools in Selangor. The outcome of the study can be seen
from three aspects, namely the use or development of theories used, second from practical
practices that can be practiced and finally seen in the aspect of knowledge towards parenting
practices to formulate better students ' education levels for special needs.

Keywords: parents, involvement, students ' special needs


___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Perkembangan sistem pendidikan negara dari semasa ke semasa selari dengan pembangunan
negara menuju ke arah negara maju. Ini dapat dilihat daripada kepesatan pembangunan

265
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

negara terutama di bandar metropolitan yang begitu membangun dari segi pengangkutan,
sosial budaya, penggunaan teknologi terbaru dan tidak ketinggalan juga dari segi pendidikan.
Keadaan ini menggerakkan negara ke arah sistem pendidikan yang inklusif dan ekuiti
(UNESCO 2015).

Sejajar dengan peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat, sistem pendidikan negara
untuk kanak-kanak berkeperluan khas juga semakin mendapat perhatian pembuat dasar.
Sesebuah negara maju akan memastikan semua kanak-kanak tidak kira tahap keupayaan,
latarbelakang, bangsa dan agama mereka untuk mendapat hak pendidikan. Dalam dasar
sistem pendidikan negara yang menyatakan bahawa pendidikan yang diterapkan haruslah
secara menyeluruh termasuk pendidikan kepada kanak kanak berkeperluan khas yang
semakin mendapat perhatian masyarakat dan pembuat dasar. Kementerian Pendidikan telah
merangka pelbagai usaha dan kerjasama dalam membangunkan sistem pendidikan untuk
kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
suatu usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, Orang Kurang Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai
mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, intelektual, mental atau deria
yang mana apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh
dan berkesan dalam masyarakat. Oleh yang demikian maka pihak kerajaan telah mengambil
langkah bagi menyediakan pendidikan yang lebih sempurna kepada golongan ini agar dapat
menjamin perkembangan mereka dan seterusnya boleh berfungsi dalam masyarakat dengan
lebih sempurna.

Latar Belakang Kajian


Penglibatan ibu bapa melalui aktiviti persekolahan anak-anak memainkan peranan yang
penting demi mencapai tujuan dan harapan yang diimpikan. Selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ( PPPM 2013-2025 ), pekara kesembilan
yang menggalakkan kerjasama bersama ibu bapa, komuniti serta sektor swasta dengan
meluas untuk pembangunan pendidikan yang menyeluruh. Pelbagai usaha yang telah
dilakukan oleh guru dan pihak pentadbir sekolah untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa
bagi meningkatkan pencapaian akedemik anak-anak mereka (Cooper et al 2000).
Berdasarkan kajian yang lepas oleh beberapa penyelidik terdapat banyak cara melibatkan ibu
bapa melalui sebarang program sekolah yang mana ianya secara tidak lansung memberikan
kelebihan kepada peningkatan pelajaran anak-anak mereka (Stacey Blackman & Erin Mahon,
2016).

Menurut Akta Individu Kelainan Upaya (IDEA 2004) pekara terpenting adalah penglibatan
ibu bapa melalui pendidikan anaknya bagi menentukan keputusan berkenaan pendidikan
anak. Ibu bapa adalah penentu mutlak dalam membuat sesuatu keputusan bagi pendidikan
anak-anak. Justeru adalah penting untuk mencari punca yang mempengaruhi keterlibatan ibu
bapa bagi pendidikan anak-anak mereka.

Penyataan Masalah
Kesibukan tugas seharian ibu bapa dalam pekerjaan sering menyebabkan kurangnya tumpuan
terhadap pembelajaran anak-anak. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada proses
pembelajaran di sekolah dan di rumah. Ibu bapa pula sering menyalahkan guru-guru dalam
mendidik anak-anak mereka di sekolah apabila prestasi murid di tahap yang rendah (Abd
Razak, 2011). Masalah yang sering berlaku antara guru dengan ibu bapa adalah kerana

266
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

kurangnya kesinambungan antara amalan pengajaran dan pembelajaran ibu bapa di rumah
dengan di sekolah.

Penglibatan ibu bapa bukan hanya sekadar menghadiri aktiviti-aktiviti tertentu di sekolah
sahaja, malahan mereka perlu melibatkan diri secara menyeluruh juga dalam aktiviti
pembelajaran anak-anak di rumah (Jordan, Snow & Porche, 2000). Terdapat juga
kebanyakkan ibu bapa yang agak kurang mengambil perhatian dengan aktiviti sekolah anak-
anak mereka (Abd Razak, 2011). Hasil dari tindakan ibu bapa ini secara tidak langsung akan
menyebabkan segala aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak sekolah agak tidak
memberangsangkan dalam perlaksanaannya. Menurut Lareau (2000) sikap ibu bapa yang
kurang mengambil berat serta bersungguh-sungguh dalam pendidikan anak-anak ini adalah
disebabkan oleh persepsi ibu bapa itu sendiri. Ini menunujukkan bahawa masih terdapat
segelintir ibu bapa yang agak kurang terbuka tentang makna ‘pendidikan anak-anak’.

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti penyebab yang mempengaruhi


keterlibatan ibu bapa terhadap pendidikan khas anak-anak mereka di sekolah dalam negeri
Selangor. Selain itu, untuk mengenalpasti penyebab utama yang mempengaruhi keterlibatan
ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dan juga untuk mengenalpasti adakah penglibatan ibu
bapa di rumah sangat membantu dalam perkembangan murid pendidikan khas ini. Hasil
daripada dapatan kajian adalah berpandukan kepada objektif kajian. Objektif pertama kajian
adalah bagi mengenalpasti hubungan antara faktor demografi keluarga terhadap keterlibatan
ibu bapa di sekolah. Objektif kedua adalah bagi mengenalpasti hubungan diantara
penglibatan ibu bapa di rumah dan sekolah boleh mempengaruhi perkembangan murid dan
objektif ketiga adalah bagi mengenalpasti hubungan diantara ciri-ciri dalam keluarga dengan
keterlibatan ibu bapa di sekolah.

Persoalan Kajian
Persoalan kajian telah dirangka agar menjadi panduan kepada pengkaji dalam memastikan
skop kajian tidak terlalu meluas. Oleh yang demikian timbul tiga persoalan yang ingin
dijawab dalam kajian ini iaitu ;
1. Adakah terdapat perbezaan yang ketara diantara jantina penglibatan ibu dan bapa dalam
aktiviti di sekolah ?
2. Adakah terdapat perbezaan diantara tahap pendidikan terhadap penglibatan ibu dan bapa
dalam aktiviti di sekolah ?
3. Adakah terdapat hubungan diantara penglibatan ibu bapa di rumah dengan penglibatan
ibu bapa di sekolah ?

2. Kajian Literatur
Penjaga atau ibu bapa adalah dirujuk sebagai insan yang bertanggungjawab dalam tahap
perkembangan anak-anak dari peringkat awal perkembangan hingga ke dewasa. Penglibatan
ibu bapa adalah merujuk kepada penyertaan secara langsung dalam pendidikan anak-anak
mereka sama ada dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan ataupun dalam sebarang
aktiviti di sekolah bersama guru atau masyarakat setempat (Epstein, 2001). Penggunaan
istilah atau terminologi penglibatan ibu bapa akan digunakan untuk merujuk kepada
penglibatan penjaga atau keluarga dalam sebarang aktiviti anak melalui kajian yang
dijalankan. Melalui kajian yang dijalankan ini penglibatan ibu bapa dirujuk sebagai dua
keadaan iaitu di rumah dan juga di sekolah.

267
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

a) Demografi Keluarga
Latar belakang yang merujuk kepada maklumat asas mengenai sesorang murid dirujuk
sebagai demografik keluarga. Manakala rujukan berkenaan dimensi psikologi, sosial, budaya
dan juga meliputi ekonomi keluarga dikatakatan sebagai demografik keluarga (Jupp, 2006).
Dalam kajian ini demografik keluarga dirujuk kepada asas keperluan bagi kewujudan
penglibatan dalam perkembangan anak seperti jantina, bangsa, pendidikan, tempat tinggal,
bilangan adik beradik, pekerjaan dan beberapa pekara asas lain.

b) Interaksi dan komunikasi


Dirujuk sebagai komunikasi secara langsung ataupun tidak langsung diantara ibu bapa
dengan anak-anak dalam pelajaran. Interaksi dan komunikasi dalam kalangan ibu bapa
bersama anak-anak boleh berlaku secara sehala melalui arahan dan juga secara dua hala yang
mana ianya memerlukan tindakbalas dari anak-anak itu sendiri.

Sorotan kajian lepas telah dilihat untuk merangka kerangka konsep bagi kajian ini. Melalui
kerangka konsep yang dibina, pengkaji telah menjadikannya sebagai panduan dalam
penulisan kandungan yang diutarakan. Ini secara tidak langsung bagi menepati objektif serta
persoalan kajian dan sebagai petunjuk kepada perancangan yang telah dirangka.
KONTEKS
KELUARGA
RUMAH & SEKOLAH

PENGLIBATAN IBU BAPA


DEMOGRAFI
- JANTINA
- UMUR
- BANGSA
- PENDAPATAN
- TAHAP
PENDIDIKAN

RAJAH 1 : Rangka konsep kajian

Kajian ini turut berkait dengan Teori Ekologi Bronfenbrenner yang dikenali sebagai teori
pembangunan manusia. Teori ini telah dikembangkan pada peringkat awal oleh Urie
Bronfenbrenner (1917). Teori Bronfenbrenner lebih menekankan kepada pengaruh
persekitaran terhadap kemajuan seseorang individu. Kemudian pada tahun 1979 dan 1989
teori ini telah dimurnikan lagi dengan mentafsirkan kanak-kanak berkembang berdasarkan
kepada penginteraksian diantara persekitaran dengan mereka. Kepercayaan yang
mempercayai bahawa interaksi diantara kedua-dua keadaan ini akan mempengaruhi proses
tumbesaran serta perkembangan mereka.

Secara umumnya diketahui bahawa dari teori ini proses tumbesaran serta perkembangan
melalui akan proses sekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain supaya
dapat berfungsi dengan sempurna. Dari teori ini juga maka lahirlah 5 sistem yang
berpengaruh dalam tumbesaran setiap anak-anak ini iaitu mikrosistem, mesosystem,
kronosistem, makrosistem dan ekosistem. Daripada sistem ini juga guru serta ibu bapa boleh
memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan anak-anak ini. Selain
penekanan yang tinggi terhadap kesemua sistem perkembangan anak-anak ini, ianya juga

268
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

menyatakan bahawa setiap orang dewasa memainkan peranan yang tertentu dalam
memastikan tahap perkembangan ini dapat dicapai.

Teori Ekologi Persekitaran Bronfenbrenner

Mikrosistem
Bronfenbrenner mengandaikan bahawa persekitaran yang pelbagai akan mempengaruhi
perkembangan anak-anak. Mikrosistem keadaan dimana persekitaran yang berdekatan
dengan anak-anak untuk berinteraksi dengan persekitaran yang kecil. Contohnya adalah
penginteraksian diantara anak-anak bersama ahli keluarga dan antara jiran tetangga. Melalui
hubungan dalam keluarga, ibu bapa dikatakan sebagai agen pencetus sosialisasi anak-anak.
Persekitaran dalam keluarga adalah penyumbang terbesar terhadap perkembangan lahiriah
anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan mula memberikan kepercayaan tanpa berbelah bagi
kepada ahli keluarga sendiri.

Mesosistem
Hubungan keluarga melalui sistem-sistem lain dan ianya lebih meluas dikatakan sebagai satu
Mesosistem. Segala pekara yang berlaku dalam satu mikrosistem secara tidak langsung dapat
mempengaruhi mikrosistem lain dalam persekitaran yang berlainan dikatakan sebagai
mesosistem. Contohnya, persekitaran dalam rumah dapat menjadi agen pengaruh tingkah
laku dan sikap seseorang murid ketika dalam persekitaran di sekolah. Ini bermakna murid
yang bermasalah di rumah secara automatic akan terbawa-bawa sikap tersebut ke dalam
persekitaran di sekolah. Secara tidak langsung ianya juga menjejaskan emosi dan seterusnya
akan mempengaruhi pelajaran.

Eksosistem
Merupakan pengalaman atau sejarah seseorang dengan persekitaran dimana ianya akan
terkesan kepada anak-anak dan seseorang melalui keputusan yang diambil dalam persekitaran
tanpa melibatkan mereka secara langsung. Sebagai contoh anak-anak secara tidak langsung
akan terkesan dengan peraturan tempat kerja ibu bapa mereka seperti waktu kerja serta hari
pelepasan cuti. Sebagi contoh lain pula ialah apabila ibu bapa berpindah rumah dari satu
tempat ke tempat lain ianya tetap akan berlaku tanpa persetujuan anak-anak mereka.

Makrosistem
Adalah penglibatkan dalam perkembangan sesorang yang dipengaruhi oleh amalan
masyarakat setempat. Sesetengah masyarakat menitik berat peranan jantinan dalam keluarga.
Berlaku disesetengah negara, peranan dan tanggungjawab pada kaum lelaki besar dan
dominan. Ini terjadi disebabkan oleh mereka menganggap kaum wanita tidak banyak
membantu dalam keluarga. Kebanyakkan kes seperti ini disebabkan oleh sesetengah
masyarakat yang masih berfikiran konservatif.

Kronosistem
Perubahan yang berkaitan dengan suatu tempoh masa tertentu. Ini berlaku disebabkan
perubahan yang dibawa oleh arus kemajuan sesuatu negara yang sentiasa berkembang dengan
pantas. Contohnya kanak-kanak sekarang lebih berminat dengan permainan elektronik yang
melibat teknologi terkini. Manakala bagi kanak-kanak yang terdahulu lebih berminat kepada
permainan yang berunsurkan tradisional. Melalui teori ekologi kita akan lebih menumpu dan
meneliti kepada konsep yang lebih bersesuaian dengan kanak-kanak pada masa kini yang
lebih tertumpu kepada perkembangan teknologi semasa.

269
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Pembelajaran berasaskan ekologi persekitaran adalah salah cabang pembelajaran yang


diasaskan oleh Bronfenbrenner yang mengaitkan antara pembelajaran dengan persekitaran.
Melalui pembelajaran ini murid diharapkan dapat mempelajari pembelajaran dengan
sepenuhnya. Malah proses pembelajaran ini juga dipandu oleh budaya dan norma masyarakat
dalam kehidupan. Ini membuktikan bahawa proses pembelajaran boleh berlaku di mana-
mana sahaja. Begitu juga dengan faktor persekitaran dan latar belakang keluarga juaga
membantu dalam prose pembelajaran.. Misalnya, mata pelajaran sains dan biologi lebih
digemari oleh seorang pelajar yang ayahnya merupakan seorang doktor. Namun begitu, ibu
bapa, rakan, jiran dan persekitaran juga boleh membantu dalam mempengaruhi minat pelajar
bagi mempelajari sesuatu bidang. Sebagai contohnya, pembelajaran di sekolah teknik dan
vokasional boleh menimbulkan minat pelajar yang pada asasnya tidak minat belajar, namun
disebabkan beliau mempunyai kemahiran tertentu dan selalu terlibat dengan kerja-kerja
kampung dan atas dorongan kerja yang beliau lakukan telah membuka minat untuk terus
belajar bahagian kemahiran sahaja.

Bukanlah suatu peraturan yang tertulis, nilai yang dipegang oleh masyarakat, sebaliknya ia
lebih bersifat tidak formal. Walau bagaimanapun, mengingkarinya memberi boleh
memberikan impak besar terhadap kehidupan seseorang individu dan keluarganya. Nilai
budaya yang dijadikan sebagai pegangan oleh setiap daripada kitaadalah bergangtung kepada
faktor sosiohistorikal, bentuk muka bumi sesuatu tempat dan gaya hidup bagi masyarakat
sesuatu tempat. Oleh yang demikian guru serta ibu bapa harus menerima kesemua faktor
dalam mengambilkira pengaruh dalam proses pembelajaran anak-anak. Perubahan minat
seseorang juga dipengaruhi oleh faktor dorongan dan peneguhan dari masa lampau.
Misalnya, kecenderungan seorang pelajar membenci mata pelajaran matematik apabila
dewasa akibat trauma daripada kejadian lalu semasa di bangku sekolah. Ini mungkin terjadi
disebabkan oleh sering didenda oleh guru kerana kerja yang diberikan tidak pernah disiapkan.
Oleh yang demikian pekara seperti inilah yang dikatakan sebagai pengalaman sosiohistorikal
sama ada dari sudut baik mahupun dari sudut tidak baik.

Peranan ibu bapa dalam PIBG menjadi aset penting untuk merealisasikan impian sekolah
dengan memainkan peranannya dalam membantu murid-murid ini untuk perkembangan
potensi mereka. Melalui sokongan yang konsisten dan berterusan ini diteruskan pada setiap
tahun tanpa memikirkan keuntungan dan demi membantu murid-murid ini untuk berjaya
pada masa hadapan. Pada setiap tahun boleh dikatakan kesemua sekolah mengadakan
mesyuarat PIBG dan pelbagai idea dilontarkan sebagai cadangan untuk penambahbaikkan
dalam setiap aktiviti yang ingin dilaksanakan di sekolah. Namun begitu kebanyakkan
lontaran idea ini hanya sekadar idea yang tiada penghujung dan kesinabungannya. Ini secara
tidak langsung juga meletakkan aktiviti anak-anak mereka juga dalam masalah yang
ditimbulkan. Dari itu diharapkan pada masa yang mendatang akan ada kesinabungan dalam
perlaksanaan aktiviti yang ingin dilakukan demi kecemerlangan anak didik bangsa.

3. Metodologi Kajian

Untuk mendapatkan data bagi kajian yang dijalankan, kajian kuantitatif secara tinjauan
melalui instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data yang banyak dari
respondan. Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat adakah penglibatan ibu
bapa berperanan dalam tahap perkembangan murid pendidikan khas di sekolah dan di rumah.
Bagi memperjelaskan dan menghuraikan sesuatu pekara dengan lebih baik serta membantu
dalam mendapatkan data dengan lebih jitu kajian kuantitatif deskriptif adalah kaedah yang
terbaik boleh digunakan (Chua,2016).

270
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Intrumen-instrumen soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada persoalan kajian
yang ingin dijawab. Fokus kepada kajian ini adalah faktor yang mempengaruhi penglibatan
ibu bapa dalam aktiviti anak-anak mereka. Penggunaan kaedah kajian kuantitatif secara
tinjauan dalam bidang penyelidikan sains sosial merupakan antara kaedah yang sangat
popular dalam kalangan para penyelidik (Chua,2016). Bagi kajian yang dijalankan ini, antara
faktor utama yang harus diambil kira atau difikirkan sebelum sesuatu kajian ini diteruskan
adalah peruntukkan masa yang ada dalam mengumpulkan data yang secukupnya. Selain
daripada itu kebebasan dalam mengutarakan pelbagai jenis persoalan seperti isu dan masalah
dari kepelbagaian perspektif terutama apabila menghuraikan sikap, pandangan, kepercayaan,
perasaan dan sebagaianya lagi adalah merupakan kunci kepada pemilihan kajian secara
tinjauan dilakukan.

Penelitian kepelbagaian reka bentuk kajian telah dilakukan dan akhirnya kajian reka bentuk
kerja Wiersma(1991) telah menjadi sumber rujukan dalam merangka reka bentuk kajian ini.
Reka bentuk kerja kajian dirangka agar menjadi panduan kepada pengkaji untuk menyiapkan
kajian dengan teratur serta boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Untuk peringkat
permulaan, mengenalpasti objektif dan permasalahan dalam kajian adalah amat penting bagi
menwujudkan permasalahan yang ingin dikaji. Oleh itu, sorotan kajian lepas telah dilihat
dalam mengenalpasti perkaitan antara tajuk yang ingin dikaji. Dari kajian yang lepas,
pengkaji telah mengkaji dalam mencari kelompongan yang wujud supaya dapat dijadikan
sebagai idea untuk memenuhi kelompongan tersebut. Ini penting untuk menwujudkan sesuatu
yang baru dalam bidang yang dikaji. Masa juga memainkan peranan yang penting dalam
membentuk rangka kerja untuk memastikan pengkaji dapat memenuhi jangka waktu yang
sepatutnya. Dalam memastikan kualiti kajian yang akan dihasilkan pengkaji telah membentuk
beberapa alat kajian yang bersesuaian.Perlaksanaan kajian rintis antara pekara yang diberikan
tumpuan oleh pengkaji untuk menjawab persoalan kajian pada permulaan. Dari itu,
pembinaan soalan kajian telah dirangka agar bertepatan dan bersesuaian dengan
permasalahan kajian yang ingin dijawab. Penentuan pembolehubah dan konstruk yang
bertepatan dengan kajian juga diambil perhatian sebelum menjalankan kajian rintis. Soalan
kajian telah diadaptasi daripada kajian lepas yang telah digunakan oleh Razak(2015).

Data yang diperolehi dalam kajian ini diproses sepenuhnya oleh program SPSS (PASW).
Data yang diperolehi dalam sesuatu kajian amat penting untuk dianalisa dan direkodkan
sebagai dapatan kepada kajian yang dijalankan. Dalam kajian yang dijalankan ini, yang mana
ianya menggunakan analisis korelasi dimana terdapat beberapa siri ujian yang boleh
digunakan untuk melihat perhubungan diantara pembolehubah. Ujian ini dijalankan bagi
memastikan kajian ini boleh dipercayai. Pengumpulan data kuantitatif yang dilakukan
melalui soal selidik perlu dianalisis dengan ujian statistik yang bersesuaian (Creswell,2012).
Dalam penyelidikan ini pengkaji telah menetapkan skala pengukuran tertentu yang
bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Penetapan ini perlu dilakukan ketika membina
instrumen kajian bagi memudahkan analisis kajian dilakukan. Ini bersesuaian dengan
kenyataan Chua (2006) iaitu ujian sattistik perlu dibina berdasarkan kepada syarat-syarat dan
andaian yang bersesusaian dengan skala pengukuran yang akan digunakan.

Instrumen Kajian
Soal selidik yang digunakan mempunyai tiga pembolehubah yang telah ditetapkan oleh
pengkaji. Ini ditetapkan berdasar kepada setiap tahap mempunyai sumbangan atau pengaruh
dalam hasil dapatan kepada kajian yang ingin lihat nanti. Instrument soal selidik dibentuk
pada asasnya adalah berdasarkan kepada objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan
pada awal bab dan juga dilihat dari beberapa konstruk atau bahagian iaitu Demografik

271
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

keluarga, Komunikasi bersama dan penglibatan Ibu Bapa. Pandangan dan maklum balas
daripada pakar bidang bahasa serta rakan-rakan dalam bidang pendidikan khas juga diambil
kira dalam membantu pembinaan soalan-soalan kajian yang bersesuaian dan menepati
kehendak pengkaji. Penggunaan item soalan berbentuk penyataan dan pemilihan jawapan
telah dilakukan melalui penggunaan Skala Likert daripada skala 1 hingga 5 iaitu bagi
mewakili tahap;

1 = Tidak Pernah ( 0 )
2 = Jarang ( Sekali Seminggu )
3 = Kadang-kadang ( 2@ 3 kali seminggu )
4 = Kerap ( 4 hingga 5 kali seminggu )
5 = Sangat Kerap ( Setiap hari )

Pemilihan Skala Likert ini dilakukan kerana ianya lebih mudah dalam pengurusan jawapan
respondan terhadap soalan yang ditanya. Selain daripada itu, Chua(2016) menyatakan
bahawa kebolehpercayaan data yang perolehi adalah lebih tinggi serta ianya mudah untuk
digeneralisasikan kepada populasi. Daripada tiga tahap soal selidik yang telah dirangka,
pengkaji telah membahagikan lagi soal selidik ini kepada beberapa bahagian yang lain iaitu ;

i. Bahagian A : Maklumat Umum (Demografik keluarga)


Dalam bahagian ini ianya bertujuan mengumpul maklumat asas mengenai latar belakang
keluarga respondan. Kesemua soalan berkisah demografik keluarga seperti bangsa,
agama, jantina, tahap pendidikan ibu bapa, kerjaya ibu bapa dan pendapatan keluarga.
Ratio soalan yang sesuai adalah dua soalan berkaitan murid dan enam soalan berkaitan
maklumat ibu bapa pelajar.
ii. Bahagian B : Interaksi Keluarga
Dalam bahagian ini item soalan berbentuk skala likert dibina mengikut persetujuan
responden. Pembinaan item soalan dibahagikan kepada kontruk interaksi/komunikasi
sebanyak enam soalan, amalan keibubapaan tiga item soalan dan keterbukaan satu item
soalan. Secara keseluruhan dalam bahagian ini item soalan berdasarkan kepada interaksi
diantara ibu bapa penjaga bersama anak-anak meraka sendiri. Interaksi antara keluarga
bersama anak meraka adalah penting sebagai konstruk utama kajian.
iii. Bahagian C : Komunikasi Bersama
Pada bahagian ini, item soalan adalah berkenaan bagaimana ibu bapa penjaga
berkomunikasi dengan anak-anak di rumah. Item soalan akan dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu galakkan dari ibu bapa terhadap segala usaha yang dilakukan oleh anak
mereka sebanyak empat 4 item soalan, kedua adalah 4 item soalan berkenaan bagaimana
ibu bapa penjaga memotivasikan anak mereka dan akhir sekali adalah 2 item soalan
berkenaan pujian/ganjaran yang diberikan oleh ibu bapa penjaga.
iv. Bahagian D : Penglibatan Ibu Bapa di Rumah
Bahagian D memeperincikan item soalan berkenaan bagaimana penglibatan ibu bapa di
rumah sama ada secara pasif atau aktif. Penglibatan ibu bapa akan dinilai dari sub-
konstruk seperti kemudahan pembelajaran 3 item soalan, tugasan sekolah murid 1 item
soalan dan pemantauan 6 item soalan. Penggunaan skala likert dipraktikkan dalam
bahagian ini bagi setiap item soalan kajian. Pewakilan nilai skala dari 1 hingga 5 dalam
mentakrifkan tahap ketrlibatan ibu bapa di rumah digunakan bagi memudahkan analisis
dilakukan pada kemudian nanti.
v. Bahagian E : Penglibatan Ibu Bapa di Sekolah
Pada bahagian ini adalah sama seperti dalam bahagian sebelum ini. Namun begitu dari
segi penggunaan sub-konstruk adalah berbeza dimana ianya terdiri daripada Hari

272
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Bertemu Ibu Bapa(HABIB), Hari Mesyurat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan
Aktiviti/Program Sekolah. Alat pengukuran yang akan digunakan adalah Skala Likert
dimana ianya diwakili dari nilai 1 hingga 5. Sepuluh item soalan diperuntukkan dalam
bahagian ini.

Kesahan Dan Kebolehpercayaan


Kesahan instrumen kajian perlu dilaksanakan pada setiap daripada pembinaan item soal
selidik untuk memastikan item yang dibina berkualiti. Kesahan ini, dilaksanakan untuk
mengambarkan secara menyeluruh kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian, antara
kaedah yang boleh dipertimbangkan bagi mendapatkan kesahan untuk item yang telah dibina
adalah dengan cara merujuk kepada individu-individu yang mempunyai kepakaran tertentu
dalam bidang-bidang tersebut.

Kesahan boleh ditakrifkan sebagai kemampuan sesuatu instrumen yang hendak digunakan
sebagai alat pengujian dalam kajian atau sesuai serta menepati konstruk itemnya (Ghazali
Darusalam & Sufean Hussin,2018). Manakala Fraenkel dan Wallen (1996) pula menyatakan
bahawa kesahan sebagai ketepatan, kebenaran dan kebolehgunaan instrumen yang
membolehkan data-data diproses dengan berkualiti. Oleh yang demikian, pengkaji telah
membahagikan kesahan instrumen kepada dua bahagian iaitu kesahan kandungan dan
kesahan pakar bahasa yang telah dipilih berdasarkan kepada kepakaran masing-masing.
Untuk pengesahan pakar kandungan pengkaji telah mendapatkan bantuan daripada Puan
Noor Mazi binti Mohamad Deris dari SK Taman Desaminium. Manakala untuk pengesahan
pakar bahasa, Encik Hasan bin Mohd Nor dan Encik Azhar bin Rejab dari SMK Tinggi
Melaka telah dipilih untuk meningkatkan lagi tahap kesahan instrumen yang digunakan.

Kebolehpercayaan adalah instrumen soal selidik yang menjelaskan sejauh mana dapatan yang
diperolehi bagi setiap item-item konsisten serta stabil untuk pengujian berulang kali (Ghazali
& Sufean,2018). Kebolehpercayaan sesuatu kajian mestilah bergangtung kepada kesahannya
berdasarkan darjah kesesuaian serta keyakinan terhadap alat pengukuran yang mempunyai
ciri-ciri tertentu seperti kestabilan, konsistensi, ramalan dan ketepatan (Kerlinger,1973).

Pada dasarnya konsep yang digunakan dalam pengukuran kebolehpercayaan kaedah


kuantitatif adalah secara soal selidik seperti disarankan oleh Mohanasundaram (2018) yang
mana bagi menguji satu kelompok soalan melalui kajian rintis (pilot test). Dengan erti kata
lain ujian rintis dilakukan adalah untuk memastikan ketekalan item yang telah dibina. Selain
itu, untuk mencari kesesuaian, kefahaman, kebolehgunaan, arahan dan aras item yang akan
dibina.

Rentetan dari itu,bagi meningkatkan lagi kebolehpercayaan intrument kajian maka pengkaji
telah mengadaptasi soal selidik dari kajian lepas yang telah dijalankan oleh Hamid, Z. A., &
Ahmad, A. (2011) yang melihat penglibatan ibu bapa bagi pelajar miskin dalam negeri
Selangor dari segi pencapaian akademik pelajar tersebut.

Sampel Dan Persampelan


Dalam kajian ini sampel kajian diambil daripada populasi ibu bapa pelajar pendidikan khas
dalam negeri Selangor sama ada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) mahupun
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pemilihan subjek bagi kajian yang akan
dijalankan melibatkan persempalan tertentu (sampel dipilih dari satu populasi). Responden
kepada kajian adalah terdiri daripada kalangan ibu bapa murid-murid pendidikan khas dalam
negeri Selangor. Pemilihan responden dalam kalangan ibu bapa di negeri Selangor adalah

273
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

dilakukan atas empat faktor utama iaitu yang pertama adalah limitasi masa dalam
menjalankan kajian. Ini berlaku disebabkan oleh masa yang diperuntukkan kepada pengkaji
dalam menyiapkan kajian ini adalah agak singkat iaitu sekitar enam bulan sahaja.

Faktor keduanya pula adalah disebabkan oleh sumber maklumat yang mudah diperolehi
dalam negeri Selangor yang mana ianya berdekatan dengan pembangunan yang pesat serta
berhampiran dengan pusat pentadbiran negara. Ketiganya pula adalah disebabkan oleh
kemudahan serta kemajuan dalam sesuatu kawasan. Dari segi kemajuan serta kemudahan
asas, tidak dapat dinafikan lagi bahawa negeri Selangor agak lebih maju kehadapan
berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Faktor akhir sekali yang menjadikan
negeri Selangor menjadi pilihan pengkaji untuk menjalankan kajian adalah disebabkan oleh
jarak perjalanan dengan pusat pengajian pengkaji yang memudahkan pengkaji mencari
sumber rujukan.

Dari faktor-faktor yang dinyatakan ini, maka pemilihan populasi ditentukan seperti yang telah
dinyatakan. Selain daripada itu, kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan
kajian adalah dengan menggunakan instrument soal selidik secara edaran pada populasi yang
telah dinyatakan.Kaedah penganalisaan data pula perlu melalui prosedur tertentu bagi
memastikan data yang diperolehi boleh digunakan dan bersesuaian dengan kajian yang
dijalankan. Dalam memastikan data yang diperolehi boleh digunakan, beberapa peringkat
penganalisaan data perlu dituruti seperti menguruskan data, pembentukan kategori, tema,
bentuk, pengumpulan, pengekodan data, kesahan dan akhir sekali menulis laporan (Marshall
& Rossman,1999). Bagi kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji, ianya menggunakan
kaedah tinjauan dimana penggunaan perisian SPSS sepenuhnya akan digunakan bagi
menganalisis data yang diperolehi.

Data kajian yang telah diperolehi adalah berdasarkan daripada intrumen soal selidik yang
telah dijawab oleh responden melalui laman sesawang yang telah dinyatakan sebelum ini.
Dapatan kajian disusun berpandukan kepada objektif kajian dan secara tidak langsung
menjawab terus persoalan kajian.

Ujian Andaian Multivariate

Analisa Data Terpencil ( outliers )


Langkah penapisan data yang berikutnya adalah analisis data terpencil (outliers). Menurut
Hair et al., (2010) pengesanan data terpencil (outliers) dijalankan secara univariate melalui
tafsiran boxplot dan prosedur explore. Field (2009), menyatakan bahawa analisis data
terpencil boleh dikesan dengan beberapa kaedah univariate seperti graf histogram, boxplot
atau melalui kaedah z score. Manakala pengesanan melalui kaedah multivariate boleh
dilakukan dengan cara mahalanobis distance (D2) dan kaedah casewise diognastic.
Penggunaan kaedah z-score (univariate) dan kaedah casewise diognastic (multivariate) telah
digunakan dalam kajian ini. Analisis untuk mengesan data terpencil (univariate) kaedah z-
score (standardise z-score) (Hair et al., 2006). Nilai setiap pemboleh ubah ditukar dengan
nilai z (standardised z-score) dan apabila nilai melebihi 3.29 seperti dicadangkan (Tabachnik
dan Fidell, 2007) adalah dianggap sebagai data terpencil. Hasil daripada analisis, maka tidak
wujud data terpencil dalam bentuk univariate dicatatkan.

274
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1 : Analisis data terpencil


Descriptive Statistics
N Minimum Maximum
Zscore: Interaksi 54 -2.79132 1.85941
Zscore: Komunikasi 54 -2.59268 1.66687
Zscore: PnglbtnRmh 54 -1.76023 2.02100
Zscore: PnglbtnSklh 54 -1.00112 2.46429
Valid N (listwise) 54

Hasil daripada analisis (rujuk rajah 2) menunjukkan konstruk interaksi, komunikasi,


penglibatan ibu bapa di rumah dan penglibatan ibu bapa di sekolah tidak mempunyai data
terpencil iaitu konstruk Interaksi (1.85), konstruk Komunikasi (1.66), penglibatan ibu bapa di
rumah (2.02) dan penglibatan ibu bapa di sekolah (2.46) iaitu tidak melebihi nilai 3.29
(Field,2009); Tabachnik & Fidell,2007). Secara keseluruhan dapat dinyatakan bahawa
dapatan data yanag telah dijalankan ujian menunjukan ianya tidak terdapat data terpencil.

Ujian Normaliti Data


Dijalankan bagi tujuan untuk memastikan tiada pemboleh ubah pengganggu atau residual
yang mempunyai taburan normal. Ia boleh dijalankan dengan dua cara iaitu secara visual atau
statistik. Penggunaan boxplot dan rajah histogram, dikategorikan sebagai ujian secara visual
manakala nilai skewness dan kurtosis ataupun ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk
dijalankan secara statistik. Namun demikian, pengkaji menggunakan kaedah statistik
skewness dan kurtosis serta ujian Kolmogorov Smirnov dan Shapiro-Wilk memandangkan
ujian secara visual memerlukan penelitian secara terperinci , jika tidak ia akan membawa
kepada salah tafsiran andaian. Ujian kenormalan pertama dijalankan oleh pengkaji adalah
ujian skewnes dan kurtosis.. Berdasarkan saranan Hair et al. (2014) nilai pemboleh ubah yang
normal adalah apabila item-item kajian berada hampir kepada sisihan piawai kosong. Secara
lebih spesifik sekiranya nilai kepencongan lebih daripada +1 atau lebih rendah dari -1, maka
ia mempunyai masalah kepencongan. Bagi penilaian kurtosis, sekiranya nilai kurtosis lebih
daripada +1 maka ia adalah terlalu memuncak ( too peak ), sebaliknya jika lebih rendah
dari -1, maka ia terlalu mendatar (too flat). Hasil analisis adalah seperti berikut :

Jadual 2: Dapatan skewness dan Kurtosis

Descriptive Statistics
N Min Max Mean Std. Dev Skewness Kurtosis
Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic Std. Error Statistic Std. Error
Interaksi 54 1.00 4.90 3.3407 .83858 -.346 .325 .222 .639
Komunikasi 54 1.20 5.00 3.5130 .89211 -.256 .325 -.547 .639
PnglbtnRmh 54 2.00 4.90 3.3500 .76695 .148 .325 -.759 .639
PnglbtnSklh 54 1.00 2.00 1.2889 .28857 1.236 .325 .776 .639
Valid N 54
(listwise)

Berdasarkan daripada kajian yang dijalankan oleh pengkaji, kaedah ujian skewnes & kurtosis
digunakan untuk melihat hasil analisis dapatan data. Dari jadual 2, hasil analisis data
menunjukkan nilai skewness dan kurtosis berada pada julat + - 1 bagi data interaksi,
komunikasi dan penglibatan ibu bapa di rumah. Ini menunjukkan data bersifat bertaburan
secara normal. Manakala bagi data penglibatan ibu bapa di sekolah pula, skewness
menunjukkan ianya tidak bertaburan secara normal iaitu berada pada 1.24 dan ini
menunjukkan terdapat kepencongan data. Secara tidak langsung juga data bagi penglibatan
ibu bapa di sekolah adalah bertaburan tidak normal.

275
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Ujian Statistik Inferensi (Test of Difference/Correlational)

Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif adalah prosedur atau kaedah yang digunakan dalam meringkaskan,
menganjurkan graf dan menerangkan dapatan data. Keabanyakkan dapatan data diterangkan
dalam bentuk frekuensi atau peratusan bagi sesuatu hasil keputusan ujian. Kebanyakkan data
diwakili oleh means, standard deviation, medians, modes dan ranges. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa kelemahan dalam melaksanakan analisis statistik deskriptif yang mana
ianya memberikan maklumat yang terhad dan agak tidak menyakinkan dalam membantu
dasar dan amalan.

Ujian T (independent t test)


Ujian ini dilakukan bagi menguji perbezaan Min antara dua kategori/kumpulan
pembolehubah tak bersandar/bebas contohnya seperti jantina responden mengambil bahagian
dalam kajian yang dijalankan. Data yang digunakan dalam menjalankan ujian ini adalah
bersifat interval dan ratio.
Soalan dan hipotesis kajian ;

Q : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan diantara penglibatan bapa dan ibu dalam
aktiviti di sekolah ?

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara penglibatan bapa dan ibu dalam
aktiviti di sekolah.

Dapatan analisis;
Jadual 5 : Statistik penglibatan ibu bapa
Group Statistics
JANTINA N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
Lelaki 14 1.29 .469 .125
PLBTNS1
Perempuan 40 1.10 .304 .048

Jadual 6 : Analisis Independent Sample Test


Independent Samples Test
Levene's t-test for Equality of Means
Test for
Equality of
Variances
F Sig. T df Sig. (2- Mean Std. Error 95% Confidence
tailed) Difference Difference Interval of the
Difference
Lower Upper
Equal 9.924 .003 1.697 52 .096 .186 .109 -.034 .405
variances
assumed
PLBTNS1 Equal 1.384 16.981 .184 .186 .134 -.097 .469
variances
not
assumed

Berdasarkan dari jadual 5 dan 6, didapati bahawa nilai T bagi perbandingan tahap penglibatan
ibu bapa diantara lelaki dan perempuan ialah ; t = (df), t = p. Dimana t = (16.981) = 1.384, p
= 0.184. Ini menunjukkan bahawa tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05 (P > 0.05).

276
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Oleh yang demikian hipotesis null (Ho) diterima. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara lelaki dan perempuan terhadap penglibatan ibu bapa di sekolah. Tahap
penglibatan bapa di sekolah lebih tinggi (min = 1.29) berbanding ibu (min = 1.10).

ANOVA (Analysis of Variance)


ANOVA sehala (One way ANOVA)
Digunakan untuk membandingkan tiga atau lebih equality of mean (independent group) bagi
sesuatu kumpulan atau kategori. Data yang digunakan adalah bersifat Interval/ratio.

Soalan dan hipotesis kajian ;


Q : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan ibu bapa terhadap
penglibatan ibu dan bapa dalam aktiviti di sekolah ?
Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan ibu bapa terhadap
penglibatan ibu dan bapa dalam aktiviti di sekolah
Dapatan analisis ;
ANOVA
PLBTNS1
Sum of Squares Df Mean Square F Sig.
Between Groups .355 2 .178 1.402 .255
Within Groups 6.460 51 .127
Total 6.815 53

Jadual 7 : Dapatan analisis ANOVA


Multiple Comparisons
Dependent Variable: PLBTNS1
Tukey HSD
(I) PEND (J) PEND Mean Std. Sig. 95% Confidence Interval
Difference Error Lower Upper
(I-J) Bound Bound
sekolah menengah -.056 .222 .966 -.59 .48
sekolah rendah institusi pengajian -.212 .215 .587 -.73 .31
tinggi
sekolah rendah .056 .222 .966 -.48 .59
sekolah menengah institusi pengajian -.157 .104 .299 -.41 .10
tinggi
institusi pengajian sekolah rendah .212 .215 .587 -.31 .73
tinggi sekolah menengah .157 .104 .299 -.10 .41
* Tolak hipotesis Null jika p < 0.05

Ujian Anova sehala menunjukkan bahawa perbezaan skor di antara sekolah rendah, sekolah
menengah dan institusi pengajian tinggi adalah tidak signifikan F (2)= 0.178, P = 0.255.
Ujian Tukey test menunjukkan bahawa semua skor kumpulan (tahap pendidikan ibu bapa)
adalah tidak signifikan. Oleh yang demikian hipotesis null diterima.

Ujian Korelasi (Correlation Test)


Formula korelasi mula diperkenalkan pada tahun 1895 oleh Karl Pearson. Ujian ini
digunakan bagi melihat arah hubungan (direction) dan juga kekuatan hubungan tersebut
antara pembolehubah. Data bagi kedua-dua pembolehubah mestilah data selanjar
(continuous) sama ada data berbentuk interval ataupun nisbah (ratio) bagi menjalankan ujian
ini.

277
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Persoalan ;
Q : Adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara penglibatan ibu bapa di rumah
dengan penglibatan ibu bapa di sekolah ?
H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara penglibatan ibu bapa di rumah dengan
penglibatan ibu bapa di sekolah.

Dapatan ;
Jadual 8 : Analisis korelasi
Correlations
PLBTNS1 PLBTNR1
Pearson Correlation 1 -.139
PLBTNS1 Sig. (2-tailed) .315
N 54 54
Pearson Correlation -.139 1
PLBTNR1 Sig. (2-tailed) .315
N 54 54

Hasil dapatan menunjukkan analisis korelasi diantara penglibatan ibu bapa di rumah dengan
penglibatan ibu bapa di sekolah. Analisis korelasi Pearson digunakan dalam menentukan
hubungan diantara dua pembolehubah tersebut. Analisis korelasi Pearson menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan diantara penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah
pada tahap yang lemah iaitu r = - 0.139, p = 0.315.

4. Perbincangan

Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu penggunaan atau
perkembangan teori yang digunakan, keduanya dari amalan praktikal yang boleh diamalkan
dan akhir sekali dilihat dari aspek perkembangan ilmu terhadap amalan keibubapaan dalam
merangka tahap penjagaan anak-anak dengan lebih baik lagi.

Dari aspek perkembangan teori, pengkaji telah menggunapakai teori ekologi persekitaran
(Teori Bronfenbrenner) yang bersesuaian dengan tahap kajian yang dijalankan agar dapat
dikaitkan antara satu sama lain. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peringkat Mikrosistem
dan Mesosistem adalah tahap yang paling sesuai dikaitkan dengan kajian yang dijalankan.
Pada tahap Mikrosistem melalui hubungan dalam keluarga, ibu bapa dikatakan sebagai agen
pencetus sosialisasi anak-anak. Persekitaran dalam keluarga adalah penyumbang terbesar
terhadap perkembangan lahiriah anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan mula memberikan
kepercayaan tanpa berbelah bagi kepada ahli keluarga sendiri. Melalui Mesosistem pula
persekitaran dalam rumah dapat menjadi agen pengaruh tingkah laku dan perubahan sikap
seseorang murid ketika dalam persekitaran di sekolah. Ini bermakna murid yang bermasalah
di rumah secara automatik akan terbawa-bawa sikap tersebut ke dalam persekitaran di
sekolah. Secara tidak langsung ianya juga menjejaskan emosi dan seterusnya akan
mempengaruhi pelajaran. Implikasinya kepada kajian ini pula dilihat dari segi pengaruh ibu
bapa di rumah memainkan peranan yang penting dalam memastikan perkembangan anak
mereka.

Seterusnya pula amalan praktikal yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa penjaga adalah
bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberikan ruang dan peluang yang lebih baik kepada
anak-anak mereka dalam interaksi di rumah. Ini kerana hasil dari kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa berlaku sedikit ketidakseimbangan diantara keterlibatan ibu bapa di

278
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

rumah dan di sekolah. Ini jelas ditunjukkan dalam dapatan kajian yang hanya mencatatkan
hubungan yang sangat lemah diantara penglibatan ibu bapa penjaga di sekolah dan di rumah
iaitu sekitar r = - 0.139, p = 0.315 yang mana jika diikutkan oleh jadual korelasi
Cohen(1998) ianya berada pada tahap lemah. Oleh yang demikian ibu bapa penjaga perlu
lebih memberikan perhatian kepada anak-anak mereka ketika di rumah. Implikasi kajian ini
mungkin boleh dijalankan program-program tertentu yang boleh memberikan kesedaran yang
lebih kepada ibu bapa penjaga ini tentang betapa pentingnya penglibatan mereka secara aktif
terhadap anak-anak ini di rumah. Dalam perkembangan ilmu pula mungkin boleh diadakan
sesi-sesi dialog bersama ibu bapa penjaga dengan pihak sekolah dalam merangka suatu pelan
tindakan untuk peningkatan amalan keibubapaan.

5. Kesimpulan
Hasil daripada dapatan kajian adalah berpandukan kepada objektif kajian yang telah
dinyatakan. Objektif pertama kajian adalah bagi mengenalpasti hubungan antara faktor
demografi keluarga terhadap penglibatan ibu bapa di sekolah. Objektif kedua adalah bagi
mengenalpasti hubungan diantara penglibatan ibu bapa di rumah dan sekolah boleh
mempengaruhi perkembangan murid dan objektif ketiga adalah bagi mengenalpasti hubungan
diantara ciri-ciri dalam keluarga dengan penglibatan ibu bapa di sekolah.

Selari dengan objektif kajian yang telah digariskan, penyelidik juga telah membentuk
beberapa hipotesis kajian seperti yang telah diterangkan dalam bab dua kajian ini. Analisis
pada bahagian ini dibuat berdasarkan hipotesis yang telah dibentuk bagi mencapai objektif
kajian. Keputusan kajian adalah berpandukan kepada hasil analisis yang telah dijalankan
bermula daripada bahagian dapatan kajian berkenaan ujian-ujian yang telah dijalankan dalam
dapatan kajian yang telah diterangkan dalam bab keempat sehinggalah kepada keputusan dan
rumusan daripada dapatan ujian tersebut.

Dapatan dari kajian yang dilakukan diharapkan dapat membantu Jabatan Pendidikan serta
pengurusan sekolah agar menjadi satu alternatif dalam mencari cara untuk meningkatkan lagi
penglibatan ibu bapa dalam kesemua aktiviti anak. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan
sebagai satu langkah untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan pelajar dengan kehadiran ibu
bapa disisi mereka sepanjang aktiviti atau program yang diikuti oleh mereka. Antara tujuan
lain, daripada kajian ini juga akan terdapat penemuan-penemuan baru yang mungkin boleh
digunakan dengan teori-teori tertentu dalam mempertingkatkan lagi mutu pendidikan negara.
Selain itu, hasil kajian juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pihak berkepentingan
seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengambil langkah yang lebih proaktif untuk
memastikan perkembangan murid bekeperluan khas ini. Berdasarkan daripada masalah yang
sedia ada, penyelidik cuba menjalankan kajian ke atas hubungan yang mempengaruhi
penglibatan ibu bapa dalam perkembangan pelajar bekeperluan khas ini.

Rentetan itu, kajian ini juga diharapkan bersesuaian dengan masa kini yang mana ianya dapat
merangkumi segala faktor penyumbang kepada tahap perkembangan murid bekeperluan khas
ini. Akhir kata, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu penyelidik lain bagi
menjalankan kajian dengan lebih sempurna serta lebih lengkap dengan idea-idea yang lebih
baik pada masa akan datang. Ini penting supaya dapat diwujudkan lagi persekitaran yang
lebih kondusif dengan pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid berkeperluan khas
ini.

279
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Rujukan

Abd. Razak, Zakaria (2011). Hubungan konteks keluarga dengan penglibatan ibu bapa dan
pencapaian akademik anak-anak di sekolah menengah. http://
Studentsrepo.um.edu.my.
Arifani, Y. (2016). The Implementation of Team-Based Discovery Learning to Improve
Students’ Ability in Writing Research Proposal. International Education
Studies, 9(2), 111.
Atkinson, L. R., Atkinson, C. R., & Hilgard, E. R. (1983). Introduction to psychology. New
York: Harcourt Brace Javanovich Inc.
Asyraf, A. L., & Norazilawati, A. (2016). Penilaian keberkesanan program sarana ibubapa
dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah
dengan menggunakan model penilaian CIPP. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI,
9(1), 40–52.
Aziz, Z. A., & Bari, S. (2015). Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Kelas Pendidikan Khas
BermasalahPembelajaran : Satu Kajian Kes. In International Seminar On Special
Education For Southeast Asia Region.
Castro, M., Expósito-Casas, E., López-Martín, E., Lizasoain, L., Navarro-Asencio, E., &
Gaviria, J. L. (2015, February 1). Parental involvement on student academic
achievement: A meta-analysis. Educational Research Review. Elsevier Ltd.
Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Shah Alam : McGraw Hill Education.
Cooper, H., Lindsey, J., & Nye, B. (2000). Homework in the home: How student, family, and
parenting-style differences relate to the homework process. Contemporary
Educational Psychology, 25, 464–487.
Epstein, J. L. (2001). Building bridges of home, school, and community: The importance of
design. Journal of Education for Students Placed at Risk, 6(1 & 2), 161 – 168.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan,
Amalan dan Analisis Kajian Edisi Kedua. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lmpur.
Gonida, E. N., & Cortina, K. S. (2014). Parental involvement in homework: Relations with
parent and student achievement-related motivational beliefs and achievement.
British Journal of Educational Psychology, 84(3), 376–396.
Hamid, Z. A. A mad A. . ubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian
Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic
Education, 3, 31–40.
Hamzah, N., Mustari, M. I., & Basiron, B. (2015). Model pendidikan kerohanian terhadap
anak-anak dalam kalangan wanita cemerlang sektor awam. Global Journal Al-
Thaqafah, 5(1), 105–117.
J. C. Núñez & N. Suárez & P. Rosário & G. Vallejo & A. Valle & J. L. Epstein, (2015).
Relationships between perceived parental involvement in homework, student
homework behaviors, and academic achievement: differences among elementary,
junior high, and high school students. Metacognition Learning, 10:375– 406
Jupp, V.(2006). The SAGE dictionary of social research methods. London: SAGE
Publications Ltd, hlm. 65.
Kara. A. Hirano, S. Andrew Garbacz, Lina Shanley & Dawn A. Rowe (2016). Parent
Involvement in Secondary Special Education and Transition: An Exploratory
Psychometric Study. J Child Fam Stud 25:3537–3553
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pelan Pembangunan Pemdidikan
Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia
Kerlinger, F. N. (1973). Foundation of behavioral research. New York: Holt, Rinehart and
Winston, Inc.

280
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Marshall, C., & Rossman, G. B. (1999). Designing qualitative research(3rd ed.). Thousand
Oaks, CA: Sage.
McNeal Jr., R. B. (2014). Parent Involvement, Academic Achievement and the Role of
Student Attitudes and Behaviors as Mediators. Universal Journal of Educational
Research, 2(8), 564–576.
Mohanasundaram, K. (2018). Curriculum Design and Development. Journal of Applied and
Advanced Research, 3(S1), 4.
Noordeyana Tambi & Nur Aqilah Natasha Hazan (2017). Hubungan Antara Pengetahuan
Dan Sikap Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Terhadap Golongan
Orang Kurang Upaya. e-Bangi - Special Issue 3 (2017): 021 ISSN: 1823-884x
Punch, K. F. (2000). Developing effective research proposal. London: Sage Publication Ltd.
Ramalingam, S., Maniam, M., & Karuppanan, G. (2019). Penglibatan Ibu Bapa Dalam
Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Tamil Di Selangor (Parents
Involvement in Selangor Tamil Sc ool Students’ Academic Achievement).
Muallim Journal of Social Science and Humanities, 308–323.
Razak (2015). Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam
Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 36(1), 35–44.
Reynolds, A. D., Crea, T. M., Medina, J., Degnan, E., & McRoy, R. (2015). A Mixed-
Methods Case Study of Parent Involvement in an Urban High School Serving
Minority Students. Urban Education, 50(6), 750– 775.
Ruch, J. C. (1984). Psychology: The personal science. Belmont, California: Wadsworth
Publishing Company.
Siti Muhibbah Nor, & Zetty Nurzuliana Rashed. (2018). Peranan Dan Cabaran Guru-Guru
Pendidikan Khas Membentuk Kemenjadian Murid-Murid Masalah Pendengaran
Dalam Abad Ke 21. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs,
2(1), 1–8.
Sium, B., & Sium, B. (2014). Parent Involvement in Education. In How Black and Working
Class Children Are Deprived of Basic Education in Canada (pp. 81–103).
SensePublishers.
Stacey Blackman Erin Ma on 6 . Understanding teac ers’ perspectives of factors t at
influence parental involvement practices in special education in Barbados. Journal
of Research in Special Educational Needs, V16, N4, 264–271
Syed Kamaruzaman, S. A., Muhamad Akhbar, Z., Rahmad Sukor, Ab. S., & Wee, A. S. S. l.
(2014). Faktor kekangan ibu bapa dan persekitaran sekolah dalam pelaksanaan
pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik, Bil 1(2), 20–31.
Taubah, M. (2016). Pendidikan Anak Dalam Keluarga Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan
Agama Islam (Journal of Islamic Education Studies), 3(1), 109.
UNESCO. (2015b). Incheon declaration and framework for action: For the implementation
of Sustainable Development Goal 4. Retrieved from
http://unesdoc.unesco.org/images/0024/002456/245656E.pdf
Wang, M. T., & Sheikh-Khalil, S. (2014). Does Parental Involvement Matter for Student
Achievement and Mental Health in High School? Child Development, 85(2), 610–
625.
Wallen, N., Fraenkel, J. (2001). Books of Educational Research. New York: Routledge,
https://doi.org/10.4324/9781410601001
William H. Jeynes (2017). A Meta-Analysis: The Relationship Between Parental
Involvement and Latino Student Outcomes. Article first published

281
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 1, 265-282, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

online: February 23, 2016; Issue published: January 1, 2017 Volume: 49 issue: 1,
page(s): 4-28.

282
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like