You are on page 1of 8

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pembelajaran Sosioemosi Di Prasekolah: Tahap Pengetahuan


dan Amalan Guru
(Social-Emotional Learning in Preschool: Teachers’ Knowledge and
Practice)
Suziyani Mohamed1*
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: suziyani@ukm.edu.my

Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dewasa ini, fokus terhadap perkembangan sosioemosi yang sihat diperingkat awal
usia semakin diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak usaha yang
dijalankan bagi meningkatkan kompetensi guru bagi membolehkan mereka untuk
melaksanakan pembelajaran sosioemosi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap
pengetahuan dan amalan guru pendidikan awal kanak-kanak dalam aspek pembelajaran
sosioemosi. Rekabentuk kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif telah digunakan
bagi tujuan pengumpulan data. Soal selidik yang digunakan diadapatasi daripada kajian
lepas. Dua orang pakar bidang telah dilantik bagi meneliti kesahan kandungan soal selidik
yang diadaptasi. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan dalam pemilihan sampel
kajian dan 332 orang responden telah terlibat dengan kajian ini.Perisian Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) telah digunakan bagi analisis data. Dapatan kajian dilaporkan
berdasarkan nilai min, frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan guru mengenai perkembangan sosioemosi berada di tahap sederhana. Manakala
amalan guru dalam implementasi pembelajaran sosioemosi adalah pada tahap lemah.
Dapatan kajian dapat memberikan maklumat mengenai pengetahuan dan amalan sedia ada
pembelajaran sosioemosi di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Secara tidak langsung,
ia dapat digunakan dalam merangka program latihan dan sokongan untuk guru bagi
meningkatkan kecekapan mereka dalam melaksanakan pembelajaran sosioemosi. Dapatan
kajian ini menunjukkan guru pendidikan awal kanak-kanak masih memerlukan input mengenai
perkembangan sosioemosi.

Kata kunci: sosioemosi, pengetahuan, amalan

Abstract: Today, the focus on healthy socio -emotional development at an early age is
increasingly given attention. In this regard, there are many efforts undertaken to improve the
competencies of teachers to enable them to implement social-emotional learning. This study
aims to examine the level of knowledge and practice of early childhood education teachers in
aspects of social-emotional learning. A survey study design using a quantitative approach was
used for the purpose of data collection. The questionnaire used was adapted from previous
studies. Two experts were appointed to examine the validity of the content of the adapted
questionnaire. Simple random sampling technique was used in the selection of the study sample
and 332 respondents were involved with this study. Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) software was used for data analysis. Study findings are reported based on mean,
frequency, and percentage values. Findings show that the level of teachers' knowledge about
socio -emotional development is at a moderate level. While the practice of teachers in the
implementation of social-emotional learning is at a low level. The findings of the study can

401
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

provide information on the existing knowledge and practice of socioemotional learning in early
childhood education. Indirectly, it can be used in designing training and support programs for
teachers to improve their efficiency in implementing social-emotional learning. The findings
of this study indicate that early childhood education teachers still need input on socioemotional
development.

Keywords: social-emotional, knowledge, practice


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Penguasaan kemahiran sosioemosi yang baik diperingkat awal usia adalah penting. Center on
the Social Emotional Foundations for Early Learning (2008) menyatakan, penguasaan
kemahiran sosioemosi diperingkat awal usia ini akan mempengaruhi kejayaan kanak-kanak
dalam kehidupan pada masa hadapan termasuklah kejayaan dalam bidang akademik. Namun,
realiti yang berlaku adalah sebaliknya. Dimana, kesediaan kanak-kanak dari aspek
perkembangan sosioemosi tidak diberikan perhatian serius seperti perkembangan kognitif
(Raver & Knitzer 2002). Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan
oleh Akademik Sains Kebangsaan, di Amerika Syarikat. Laporan penyelidikan tersebut
menyatakan lebih 60% kanak-kanak memasuki sekolah rendah dengan penguasaan kemahiran
sosioemosi yang rendah di negara tersebut.

Bagi memastikan kanak-kanak memasuki sekolah rendah dengan penguasaan kemahiran


sosioemosi yang baik, usaha untuk memupuknya perlu dimulakan di peringkat pendidikan awal
kanak-kanak lagi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan guru pendidikan
awal kanak-kanak berpengetahuan dan berkemahiran mengenai perkembangan sosioemosi.
Guru yang mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk memupuk dan merangsang
kemahiran sosioemosi kanak-kanak agar ianya dapat berkembang secara optimum. Di negara
maju, guru pendidikan awal kanak-kanak sememangnya menerima latihan pra perkhidmatan
dan latihan dalam perkhidmatan tentang bagaimana pengajaran dan pembelajaran sosioemosi
dilaksanakan bilik darjah. Dengan adanya latihan yang mencukupi, guru pendidikan awal
kanak-kanak di sana lebih bersedia untuk menjalankan pembelajaran sosioemosi dan dalam
masa yang sama berjaya mencipta suasana pembelajaran yang naturalistik.

Secara tradisinya, sekolah hanya menyediakan perkhidmatan untuk akademik sahaja seperti
Matematik, Sains, bahasa dan sebagainya. Begitu juga dengan guru-guru di sekolah,
mereka yang hanya memfokuskan kepada pembelajaran yang berkaitan dengan akademik
sahaja. Guru merupakan pelaksana yang utama untuk membantu perkembangan sosioemosi
kanak-kanak. Keyakinan mereka terhadap pembelajaran sosioemosi mempengaruhi
pengajaran, penilaian dan hasil terhadap pengajaran tersebut. Usaha untuk pembelajaran
sosioemosi perlu diambil kira kerana pembelajaran ini mempengaruhi perkembangan
seseorang kanak-kanak. Perkembangan dari segi sosial seperti interaksi dengan rakan sebaya
dan orang sekeliling perlu digalakkan. Kemahiran sosioemosi seperti mengenal dan mengurus
emosi, membentuk sifat mengambil berat, membangunkan hubungan yang positif, membuat
keputusan dan mengendalikan situasi yang mencabar secara berhemah. Perkembangan
akademik kanak-kanak dapat diperbaiki dengan meningkatkan usaha ke atas perkembangan
sosioemosi (Durlak, Weissberg, Dymnicki, Taylor & Schellinger, 2011). Jika diberi peluang
kepada guru-guru, mereka boleh bekerjasama dalam pembelajaran sosioemosi dan
melaksanakannya dalam persekitaran kerja mereka dan melihat sendiri peningkatan prestasi
murid-murid mereka (Brackett, Reyes, Rivers, Elberton & Salovey, 2012). Oleh itu,

402
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pengetahuan guru perlu diambil kira khususnya dalam pembelajaran dan pengetahuan
perkembangan sosioemosi sebelum dilaksanakan.

Brackett et al. (2012), membuktikan bahawa pengetahuan guru terhadap pembelajaran


sosioemosi sangat diperlukan sebelum ianya dilaksanakan kepada kanak-kanak. Brackett
melakukan tinjauan ke atas guru-guru terhadap keyakinan mereka untuk melaksanakan
pembelajaran sosioemosi dan memberikan contoh bukti pelaksanaan pembelajaran sosioemosi
kepada guru-guru. Dapat disimpulkan hasil daripada tinjauan bahawa guru bersedia untuk
belajar berkenaan sosioemosi, komitmen untuk belajar tentang sosioemosi perlu diambil kira
dan persepsi mereka tentang persekitaran sekolah sama ada menyokong atau tidak
pembelajaran sosioemosi. Mereka menyatakan bahawa penyediaan persekitaran
mempengaruhi untuk pembelajaran sosioemosi. Hal ini disokong oleh Price (2014) yang
menyatakan bahawa perkembangan sosioemosi kanak-kanak yang dalam peralihan tadika ke
prasekolah akan memberi cabaran kepada kanak-kanak keperluan khas atau kanak-kanak
tipikal dan memerlukan persekitaran yang baik untuk sesi pembelajaran sosioemosi.

Selain itu, pengetahuan guru dalam pembelajaran sosioemosi dipengaruhi oleh kekangan
mereka dalam melaksanakan pembelajaran tersebut. Menurut mereka, kekangan untuk
mencapai prestasi sekolah yang bagus dalam akademik menyebabkan mereka hanya
memfokuskan pembelajaran akademik sahaja (McCuin, 2012). Menurutnya, pencapaian
akademik yang baik merupakan keperluan dalam pemilihan pekerjaan. Hal ini dinyatakan oleh
David Orr (1994) bahawa terdapat keperluan oleh kerajaan yang memerlukan kepentingan
akademik untuk memenuhi peluang pekerjaan secara global. Hal ini masih dibantah oleh
beberapa pihak kerana kesannya adalah kepada pihak sekolah yang terpaksa menangani
beberapa masalah sosial yang wujud. Walau bagaimana pun, telah wujud di beberapa sekolah
yang telah mengembangkan pembelajaran kemahiran sosioemosi kepada murid-murid di
sekolah dan telah menunjukkan prestasi yang baik kepada akademik dan juga tingkah laku
murid-murid bertambah baik (CASEL, 2007). Hal ini memberi tekanan kepada guru-guru
untuk fokus kepada pembelajaran akademik atau pembelajaran sosioemosi. Maka mereka
hanya memfokuskan kepada pencapaian akademik sahaja kerana itu adalah keperluan yang
diminta oleh pihak sekolah.

Kekurangan latihan yang diberikan kepada guru-guru dalam pembelajaran sosioemosi


mempengaruhi pengetahuan mereka. Latihan seperti kursus untuk memahami sosioemosi
secara mendalam diperlukan untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Menurut Jones, Brown
dan Aber (2008), latihan kepada guru-guru sangat penting. Mereka perlu ditingkatkan
pengetahuan dari masa ke semasa dari pelbagai aspek termasuklah sosioemosi. ini merupakan
asas supaya pengetahuan mereka selari dengan keadaan semasa. Latihan seperti mewujudkan
interaksi antara guru dan murid merupakan asas dalam sosioemosi (Brown, Jones, LaRusso,
& Aber, 2010). Hal ini kerana, dalam sesuatu interaksi akan mewujudkan kesan yang positif
dari segi sosioemosi khususnya dalam kelas. Misalnya akan wujud kemesraan dan sokongan
jika dilakukan sesi soal jawab dalam kelas, kemarahan dan ketidaksefahaman akan
dikurangkan kerana guru memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi mengikut cara
mereka. Guru-guru juga akan lebih faham keperluan murid dan lebih konsisten dalam sesi
pembelajaran berbanding jika hanya mengajar akademik tanpa wujudnya interaksi. Menurut
Brown lagi, guru-guru digalakkan untuk lebih sensitif kepada keperluan murid kerana ia
memberi jaminan kualiti kepada prestasi dalam kelas dan juga kualiti kemahiran murid dalam
kelas. Guru-guru perlu lebih peka dengan tingkah laku dan emosi yang ditunjukkan oleh murid
seterusnya boleh melaksanakan pendekatan yang sesuai untuk memahami murid tersebut.
Perhatian daripada guru ini sangat perlu untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih

403
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

serius. Murid akan lebih prihatin dan kurang agresif manakala dari segi sosialnya meningkat
kerana adanya perhatian daripada guru.

Tambahan lagi, latihan dan sokongan untuk guru-guru, kakitangan dan keluarga perlu diberi
untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan keperluan sosioemosi. Menurut guru, mereka
memerlukan sokongan daripada pentadbir untuk melaksanakan pembelajaran sosioemosi, jadi
mereka juga harus diberi latihan dan sokongan. Hal ini mengelakkan guru melaksanakan
pembelajaran sosioemosi secara bersendirian (Brackett & Rivers, 2013). Menurut Brackett
lagi, hubungan dengan pentadbir harus dipupuk kerana ikatan yang baik memberi faktor kepada
guru untuk melaksanakan pembelajaran secara sistematik dan mempengaruhi pencapaian
akademik murid.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa guru merupakan pemangkin


utama dalam memupuk dan merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Oleh itu,
adalah penting untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan sedia ada guru dalam
melaksanakan pembelajaran sosioemosi sewaktu di bilik darjah. Dengan itu, kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dan amalan guru pendidikan awal kanak-
kanak mengenai pembelajaran sosioemosi.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Reka bentuk kajian ini dipilih kerana
ianya bersesuaian bagi membolehkan pengkaji mengumpul data bagi sampel kajian yang besar.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibangunkan sendiri oleh pengkaji berdasarkan
tinjauan literatur yang telah dijalankan. Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian utama
iaitu, Bahagian A: Maklumat Demografi Responden, Bahagian B: Pengetahuan, Bahagian C:
Amalan. Skor bagi soal selidik ini menggunakan skala likert 4 mata dengan nilai, 1 = sangat
tidak setuju; 2 = tidak setuju; 3 = setuju; 4 = sangat setuju.

Dua orang pakar pendidikan awal kanak-kanak telah dilantik bagi menilai kesahan kandungan
untuk soal selidik. Kedua-dua pakar yang dilantik mempunyai kelulusan Ijazah Doktor
Falsafah yang telah berkhidmat lebih 15 tahun sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-
kanak. Kedua-dua pakar bersetuju bahawa konstruk dan item yang terdapat dalam soal selidik
ini adalah sah bagi mengukur tahap pengetahuan dan amalan guru dalam pembelajaran
sosioemosi, Nilai kebolehpercayaan soal selidik pula diukur berdasarkan nilai Cronbach Alpha.
Nilai Cronbach Alpha bagi setiap komponen adalah, pengetahuan = 0.92 dan amalan = 0.96.

Soal selidik telah diedarkan kepada guru pendidikan awal kanak-kanak kerajaan dan swasta
yang terletak di Selangor. Responden telah diberikan masa selama seminggu untuk
melengkapkan soal selidik. Kadar pemulangan soal selidik adalah seratus peritus di mana,
seramai 332 responden telah melengkapkan soal selidik yang telah diedarkan. Berdasarkan
maklum balas yang diberikan, didapati seramai 276 responden (83.1%) sedang berkhidmat di
pusat pendidikan awal swasta dan 56 responden (16.8%) sedang berkhidmat di prasekolah di
bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat lengkap mengenai demografi
responden ditunjukkan dalam Jadual 1.

404
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Maklumat Demografi


Kategori n (%)
Pendidikan Tertinggi
Sijil Pelajaran Malaysia 70 (22.4)
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 25 (8.0)
Diploma 108 (34.5)
Ijazah Sarjana Muda dan ke atas 110 (35.1)

Pengalaman Mengajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak


2 tahun dan ke bawah 170 (54.3)
3 hingga 5 tahun 70 (22.4)
6 hingga 10 tahun 35 (11.2)
10 tahun dan ke atas 38 (12.1)

Pernah Menghadiri Kursus Sosioemosi


Ya 149 (47.6)
Tidak 164 (52.4)

Maklum balas yang diberikan telah dimasukkan ke dalam Statistical Package of Social Science
untuk di analisis. Analisis deskripitif dan analisis inferensi telah dijalankan bagi mencapai
objektif kajian yang telah ditetapkan. Bagi analisis deskriptif, kekerapan dan nilai min telah
diukur. Interpretasi skor min dilakukan dengan merujuk kepada jadual interpretasi skor min
yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Jadual 2 menunjukkan interpretasi skor min oleh BPPD.
Jadual 2: Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi
1.00 – 1.79 Sangat rendah
1.80 – 2.59 Rendah
2.60 – 3.39 Sederhana
3.40 – 4.19 Tinggi
4.20 – 5.00 Sangat tinggi

3. Dapatan dan Perbincangan


Analisis deskriptif yang dijalankan mendapati tahap pengetahuan guru mengenai pembelajaran
sosioemosi berada pada tahap sederhana dengan M = 2.14 dan SD = 0.47. Manakala tahap
amalan guru berada pada tahap rendah dengan M = 1.81 dan SD = 0.56. Penerangan terperinci
mengenai respon yang diberikan oleh responden bagi setiap item yang diterangkan dalam
subtopik dibawah.

3.1 Tahap Pengetahuan Guru


Secara keseluruhannya, analisis deskriptif yang dijalankan mendapati tahap pengetahuan guru
berada pada tahap yang sederhana. Analisis bagi setiap item mendapati majoriti responden
mempunyai pengetahuan yang rendah mengenai faktor yang mempengaruhi perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Sebanyak 68.3% responden menyatakan tidak setuju dan 11.7%
responden menyatakan sangat tidak setuju dengan pernyataan “kanak-kanak yang membesar
di pusat jagaan kanak-kanak adalah berisiko tinggi untuk berhadapan dengan isu penguasaan
kemahiran sosioemosi”. Manakala 49.4% responden menyatakan tidak setuju dan 3.6%
responden menyatakan sangat tidak setuju dengan pernyataan “kanak-kanak yang dibesarkan
dalam kemiskinan berisiko tinggi untu berhadapan dengan isu penguasaan kemahiran
sosioemosi”. Seterusnya 48.8% responden menyatakan tidak setuju dan 11.1% responden
menyatakan sangat tidak setuju dengan pernyataan “tahap pendidikan ibu bapa akan
mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak”.

405
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Ketiga-tiga pernyataan ini adalah tentang faktor yang mempengaruhi perkembangan


sosioemosi kanak-kanak. Menurut Squires dan Bricker (2007), ketiga-tiga faktor ini memberi
kesan yang signifikan terdapat penguasaan kemahiran sosioemosi kanak-kanak. Dimana,
kanak-kanak dalam kelompok ini dikategorikan sebagai individu yang berisiko tinggi untuk
berhadapan dengan isu penguasaan kemahiran sosioemosi yang lemah. Pendapat ini turut
disokong oleh Mohamed dan Hasnah (2018) dalam kajiannya mengenai status sosioekonomi
keluarga dan tahap perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Jadual 3: Pengetahuan Guru terhadap Pembelajaran Sosioemosi


n (%)
Item Sangat Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
Setuju
Definisi 4 55 14 123
(1.2) (16.5) (43.7) (37.0)
Pernah mendengar istilah sosioemosi 21 105 100 98
(6.3) (31.6) (30.1) (29.5)
Sosioemosi berkait dengan kesihatan mental 6 125 143 57
(1.8) (37.6) (43.1) (17.2)
Kemahiran sosioemosi perlu dipupuk 13 23 105 190
(3.9) (6.9) (31.6) (57.2)
Kemahiran sosioemosi mula berkembang sejak lahir 14 87 125 101
(4.2) (26.2) (37.7) (30.4)
Tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi perkembangan 37 162 88 44
sosioemosi (11.1) (48.8) (26.5) (13.3)
Kanak-kanak yang membesar di pusat jagaan adalah berisiko 39 227 39 26
(11.7) (68.3) (11.7) (7.8)
Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga miskin adalah 12 164 113 43
berisiko (3.6) (49.4) (34.0) (13.0)
Persekitaran memainkan peranan penting 10 35 107 178
(3.0) (10.5) (32.2) (53.6)
Kemahiran sosioemosi di awal usia memberi kesan pada masa 8 72 149 102
hadapan (2.4) (21.7) (44.9) (30.7)
Pengajaran sosioemosi adalah penting 2 96 129 76
(0.6) (30.7) (41.2) (24.3)
Sosioemosi perlu diajar secara berterusan 13 51 121 145
(3.9) (15.3) (36.4) (43.7)
Sosioemosi perlu diajar secara formal 17 128 128 56
(5.1) (38.5) (38.6) (16.9)
Memberi kesan kepada pencapaian akademik 11 54 150 115
(3.3) (16.3) (45.2) (34.6)
Memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak - 22 121 166
(7.1) (38.7) (53.0)
Memberi kesan kepada perhubungan kanak-kanak - 35 135 143
(11.1) (43.1) (45.7)
Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi 1 40 155 117
(0.3) (12.8) (49.5) (37.4)

3.2. Tahap Amalan Guru


Secara keseluruhannya, analisis deskriptif yang dijalankan mendapati amalan yang
dipraktikkan oleh responden adalah pada tahap rendah dengan nilai M = 1.81 dan SD = 0.56.
Analisis deskriptif yang dijalankan bagi setiap item mendapati hanya 10.8% responden yang
tidak mempraktikkan teknik menghukum kanak-kanak yang melakukan kesalahan. Manakala
75.3% menyatakan bahawa mereka mempraktikkan teknik ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Selain daripada menggunakan teknik hukuman, analisis juga

406
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mendapati hanya 18.1% responden yang tidak menggunakan nada suara tinggi ketika menegur
kanak-kanak yang melakukan kesalahan. Manakala 53.9% lagi responden menyatakan bahawa
mereka menggunakan nada suara yang tinggi untuk menegur kanak-kanak yang melakukan
kesalahan.

Terdapat 56.4 % responden yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak perlu diajar mengenai
bagaimana untuk bertingkah laku baik. Hanya 43.7% responden yang bersetuju bahawa kanak-
kanak perlu diajar tentang bagaimana untuk bertingkah laku dengan baik. Pendirian responden
ini adalah bertentangan dengan saranan oleh Center on the Social and Emotional Foundations
for Early Learning (CSEFEL) dan Collaborative for Academic, Social and Emotional Learning
(CASEL) yang menyatakan bahawa kanak-kanak perlu diajar kemahiran sosioemosi. Ini
adalah bagi memastikan mereka tahu bagaimana untuk mempamerkan tingkahlaku dan emosi
yang betul dalam sesuatu situasi. Maklumat terperinci mengenai amalan guru dalam
pembelajaran sosioemosi ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Amalan Guru dalam Pembelajaran Sosioemosi


Item n (%)
Sangat Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
Setuju
Tidak menggunakan suara yang tinggi semasa menegur 21 158 92 60
(6.3) (47.6) (27.7) (18.1)
Tidak menggunakan hukuman 33 217 46 36
(9.9) (65.4) (13.9) (10.8)
Memuji kanak-kanak 17 50 139 125
(5.1) (15.1) (41.9) (37.7)
Berbual dengan kanak-kanak 17 15 100 200
(5.1) (4.5) (30.1) (60.2)
Menyediakan sokongan tingkah laku 12 31 131 158
(3.6) (9.3) (39.5) (47.6)
Ajar kanak-kanak tingkah laku yang baik 42 145 78 67
(12.7) (43.7) (23.5) (20.2)
Ajar kanak-kanak untuk menguruskan emosi 13 84 153 82
(3.9) (25.3) (46.1) (24.7)
Memantau tingkah laku mencabar 10 60 150 112
(3.0) (18.1) (45.2) (33.7)
Menyediakan sokongan tingkah laku 14 58 153 106
(4.2) (17.5) (46.1) (31.9)
Sokongan kemahiran sosial 16 46 134 136
(4.8) (13.9) (40.4) (41.0)
Sokongan penglibatan aktif 15 15 107 193
(4.5) (4.5) (32.2) (58.1)
Sokongan aktiviti berkumpulan 15 26 115 176
(4.5) (7.8) (34.6) (53.0)
Komunikasi dan melibatkan keluarga dalam pentaksiran 12 33 130 157
(3.6) (9.9) (39.2) (47.3)
Menyediakan sokongan kepada keluarga 13 33 130 157
(3.6) (9.9) (39.2) (47.3)

4. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan tahap kesediaan guru prasekolah
dalam pengajaran dan pembelajaran sosioemosi masih berada pada tahap sederhana. Ini
menunjukkan guru masih memerlukan latihan dan sokongan yang bersesuaian bagi
meningkatkan tahap pengetahuan dan memantapkan amalan pengajaran mereka dalam usaha

407
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 401-408, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

untuk merangsang dan memupuk perkembangan sosioemosi yang positif dalam kalangan
kanak-kanak.

Penghargaan
Penyelidikan ini menggunakan dana GG-2019-0159

Rujukan

Brackett, M. A., Reyes, M. R., Rivers, S. E., Elbertson, N. A. & Salovey, P. (2012). Assessing
Teachers’ Beliefs about Social and Emotional Learning. Journal of Psychoeducational
Assessment, 30(3), 219-236.
Durlak, J. A., Domitrovich, C. E., Weissberg, R. P., & Gullotta, T. P. (2015). Handbook of
social and emotional learning: Research and practice. New York, NY: Guilford Press.
Raver, C. C., & Knitzer, J. (2002). Ready to enter: What research tells policymakers about
strategies to promote social and emotional school readiness among three- and four-year-
olds? New York, NY: National Center for Children in Poverty.
Schultz, L. A. & Richardson, B. 2011. Global citizenship education in post-secondary
institutions: Theories, practices policies. New York: Peter Lang.
Shonkoff, J. & Philips, D. 2000. (pnyt). From neurons to neighborhoods: The science of early
childhood development. Washington, DC: National Aacademy Press.
Squires, J. & Bricker, D. (2007). An activity-based approach to developing young children’s
social emotional competence. Brookes Publishing.
Suziyani, M. & Hasnah, T. (2018). Family sosioeconomic status and social-emotional
development among young children in Malaysia. Journal of Applied Science, 18(3), 122-
128.
Tominey, S. & Rivers, S. E. (2012). Social-emotional skills in preschool education in the state
of Connecticut: current practice and implications for child development. Report
submitted to the William Casper Graustein Memorial Fund.
Zins, J. E., Bloodworth, M. R., Weissberg, R. P., & Walberg, H. J. (2004). The scientific base
linking social and emotional learning to schools success. In Zins, J. E., Weissberg, R. P.,
Wang, M. C. & Walberg, H. J. (Eds). Building academic success on social and emotional
learning: What does the research say? New York: Teachers College.

408
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like