You are on page 1of 11

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Penglibatan Aktiviti Fizikal Murid


Pendidikan Khas di Sekolah
(Perception of Parents Towards the Physical Activities Involvements
for Special Needs Students in School)
Frona Galimas*1, Manisah Mohd. Ali1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: P111869@siswa.ukm.my

Received: 1 March 2023 | Accepted: 1 May 2023 | Published: 1 June 2023

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.6
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Aktiviti fizikal merupakan antara komponen yang penting dalam pembentukan fizikal
yang sihat bagi seseorang individu. Aktiviti fizikal memberi banyak kebaikan kepada murid
terutamanya murid pendidikan khas namun penyertaan kurang memberangsangkan
disebabkan oleh sikap murid dan kurang sokongan daripada ibu bapa. Kajian ini meninjau
persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Kajian ini juga
mengenalpasti faktor yang menghalang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang
dilaksanakan serta melihat hubungan persepsi ibu bapa dengan faktor penghalang murid
dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal
selidik yang diedarkan kepada responden melalui aplikasi Google Form. Responden kajian
terdiri daripada ibu bapa kepada murid pendidikan khas di kawasan kajian iaitu seramai 40
orang yang dipilih secara rawak. Hasil kajian mendapati responden memberikan persepsi dari
sudut positif mengenai aktiviti fizikal serta faktor penghalang juga sangat kurang. Tidak
terdapat hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor
penghalang dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di kawasan kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor penghalang daripada pihak ibu bapa sangat kurang namun
halangan murid menyertai aktiviti fizikal perlu dilihat dari aspek yang lain. Antaranya ialah
aspek kesesuaian aktiviti yang dijalankan, sokongan dari pihak sekolah dan sokongan dari
komuniti.

Kata kunci: persepsi, penglibatan, aktiviti fizikal, ibu bapa, murid berkeperluan khas

Abstract: Physical activity is important determinant of health. Physical activities bring a lot
of benefits to the students especially children with special needs, but the participation is
unfavourable because of students’ attitude and lack of support from the parents. This study
explores parents' perception of physical activities for their children in school. This study also
will identify what are the factors that prevent children with special needs to participate in
physical activities and to explore the relationship between the perception of parents towards
physical activities and the factors preventing children with special needs in participating in
physical activities. A set of questionnaires was distributed by using google form to 40 parents
of children with special needs who were selected randomly. The study found that the
respondents gave a positive perception on physical activities and the factors preventing
children with special needs in physical activities were close to none. There was no relationship
between the perception of parents towards physical activities and the factors preventing
children with special needs from participating in physical activities. Parents gave a positive

62
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

perception about the physical activities; however, multiple factors can influence participation
of the students on physical activities should be considered such as types of activities carried
out, support from school and community.

Keywords: perception, involvement, physical activity, parents, special need students


___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Aktiviti fizikal merupakan antara aspek yang penting dan perlu dititikberatkan untuk
pembentukan fizikal yang sihat. Kekerapan dan keberkesanan melakukan aktiviti fizikal dapat
memberi manfaat yang ketara terhadap kesihatan terutama bagi kanak-kanak dan remaja. Hal
ini demikian kerana dengan melakukan aktiviti fizikal, ia dapat mengurangkan risiko kematian
akibat penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis, lelah dan juga
membantu mengawal atau mengimbangi berat badan (Abdelghaffar et al., 2019).

Menyertai aktiviti fizikal di peringkat sekolah dapat mempengaruhi prestasi akademik.


Kejayaan seseorang pelajar di sekolah sering kali dikaitkan dengan prestasi akademik yang
mereka capai. Prestasi murid dinilai melalui peperiksaan yang dilaksanakan setiap tahun.
Usaha melahirkan murid yang cemerlang memfokuskan pada aktiviti yang berbentuk ilmiah
dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Manakala, aktiviti yang bersifat
fizikal dianggap oleh segelintir ibu bapa akan menjejaskan pembelajaran mereka. Contohnya,
aktiviti sukan yang dilaksanakan pada waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan.
Ibu bapa beranggapan sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti fizikal, ianya akan
menjejaskan fokus mereka terhadap topik-topik pembelajaran yang dilaksanakan di dalam
kelas terutamanya bagi murid berkeperluan khas.

Aktiviti fizikal turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan manusia
dari pelbagai aspek. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, aktiviti fizikal boleh membantu
mereka meningkatkan keadaan fizikal, harga diri, kemahiran sosial, tingkah laku serta
mewujudkan gaya hidup yang positif untuk masa depan mereka. Penyertaan dalam aktiviti
fizikal menjadi satu cabaran bagi Murid Berkeperluan Khas. Aktiviti fizikal merupakan aktiviti
rekreasi yang kurang gemari oleh murid berkeperluan khas Wright et al., (2019). Ini mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor yang berbeza seperti kecacatan fizikal dan mekanisme sosio-
tingkah laku mempengaruhi penyertaan mereka. Sebagai contoh, MBK sering mengalami
masalah dengan komunikasi, interaksi sosial yang terhad, atau kemahiran pergerakan yang
tertangguh atau terjejas (Hoekstra et al., 2019).

Murid berkeperluan khas (MBK) ini mempunyai peluang yang terhad untuk melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal serta aktiviti bermain dengan rakan sebaya. Ini dipengaruhi oleh
ketidakupayaan mereka dalam interaksi sosial dan kemahiran komunikasi. Kanak-kanak yang
menghidapi autisme juga cenderung untuk terbiasa dengan jenis aktiviti pasif seperti bermain
secara terpencil, bermain selari, orientasi dan mereka biasanya kurang aktif berbanding dengan
rakan sebaya mereka semasa masa lapang. Menjalani peringkat perkembangan kanak-kanak
biasa, peluang yang lebih sedikit untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal berkemungkinan
mempengaruhi tingkah laku mereka.

Pertumbuhan dan perkembangan MBK adalah berbeza dari segi fizikal, emosi dan mental jika
dibandingkan dengan murid di kelas aliran perdana. Setiap MBK juga mempunyai ciri-ciri
yang berbeza seperti mengalami masalah dalam pelbagai bidang fungsi termasuk deria dan

63
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pertuturan, fizikal, psikologi, intelek dan fungsi-fungsi lain atau mungkin mengalami
kemerosotan yang timbul daripada kecederaan kepala, strok atau kerosakan otak. Mengalami
ketidakupayaan tersebut menjadi satu cabaran kepada perkembangan kanak-kanak tersebut.
Selain itu, kanak-kanak kurang upaya sering mengalami pelbagai keadaan yang berlaku
bersama serentak dan boleh memberi kesan buruk kepada kesejahteraan dan kesihatan mereka.
Walau bagaimanapun, mempunyai kecacatan secara semula jadi tidak sama dengan kesihatan
yang buruk (Emonson, McGillivray, Kothe, Rinehart & Papadopoulos, 2019). Justeru itu, ibu
bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mereka yang berkeperluan khas untuk menyertai
aktiviti fizikal di sekolah mahupun di rumah. Tambahan pula, terdapat strategi perlindungan
yang kondusif untuk mempromosikan kesihatan awam khasnya disediakan untuk kanak kanak
kurang upaya atau murid berkeperluan khas (MBK).

Penglibatan individu dalam aktiviti fizikal memberi manfaat dalam aspek kesihatan dan sosial.
Namun penyertaan MBK berada dalam tahap yang rendah jika dibandingkan dengan tahap
penyertaan rakan sebaya mereka dari kelas aliran perdana (Giunti et al., 2018). Telah
dicadangkan bahawa terdapat banyak kemungkinan halangan pada MBK untuk menyertai
aktiviti fizikal (Gao et al., 2018). Giunti et al., (2018) dalam kajiannya menyatakan untuk
menjelaskan halangan penyertaan aktiviti fizikal MBK yang kurang memberangsangkan,
beberapa kajian telah dilaksanakan. Kajian tersebut menumpukan pada kemahiran motor dan
kecergasan dibawah optimum seperti fleksibiliti sendi, keseimbangan dan kelajuan, tingkah
laku bio-fizikal (kecuaian atau hiperaktif) dan gangguan komunikasi.

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, terdapat beberapa faktor penghalang murid dalam


melibatkan diri dengan aktiviti fizikal di sekolah. Antaranya ialah keperluan ibu bapa untuk
mengawasi, sekatan masa ibu bapa dan masalah tingkah laku (Gao et al., 2018).
Memandangkan ibu bapa merupakan salah satu faktor utama untuk kanak-kanak mengambil
bahagian dalam aktiviti fizikal, kepentingan itu perlu ditekankan dalam mengetahui nilai
aktiviti fizikal, pengetahuan dan keutamaan untuk memberikan pengalaman aktiviti fizikal
yang lebih baik kepada MBK (Arnell et al., 2020). Usaha ibu bapa untuk menggalakkan anak
mereka untuk menyertai aktiviti fizikal menuntut penglibatan mereka sendiri. Penyertaan
bersama mewujudkan gaya hidup yang aktif dalam aktiviti fizikal dalam kalangan MBK serta
seluruh ahli keluarga mereka. Ini mungkin memberi kesan positif kepada penyertaan MBK dan
juga adik-beradik mereka dalam aktiviti kokurikulum (Ginis et al., 2021). Kajian ini akan
meninjau persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di kawasan kajian.
Seterusnya, mengenalpasti faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan
mengetahui hubungan persepsi ibu bapa dengan faktor penghalang murid dalam melibatkan
aktiviti fizikal di kawasan kajian.

2. Tinjauan Literatur

Sokongan ibu bapa menjadi satu keperluan bagi murid berkeperluan khas dalam menjalani
kehidupan seharian mereka. Sokongan daripada ibu bapa amat penting kerana mereka
mendapat sokongan dari luar yang sangat terhad. Contohnya sokongan dari komuniti
masyarakat di sekitar mereka. Ini adalah dipengaruhi oleh penerimaan masyarakat terhadap
ketidakupayaan mereka atau kurang pengetahuan mengenai ketidakupayaan yang mereka
miliki. Sokongan yang terhad ini mempengaruhi penyertaan murid berkeperluan khas dalam
mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, kekurangan rakan sebaya sebagai rakan dalam
aktiviti atau kekurangan tenaga pengajar yang terlatih apabila mereka mengambil bahagian
dalam aktiviti fizikal yang teratur atau tidak berstruktur (Gregor et al., 2018). Sokongan
daripada ibu bapa adalah satu keperluan bagi murid berkeperluan khas sehingga mereka

64
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

meningkat dewasa (Nichols et al., 2019). Justeru, sokongan yang diberikan oleh ibu bapa
adalah penting kepada MBK yang seterusnya mempengaruhi kesanggupan MBK untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal di sekolah (Buchanan et al., 2017). Usaha ibu bapa
untuk menggalakkan anak remaja mereka untuk menyertai aktiviti fizikal meletakkan tuntutan
yang tinggi terhadap penglibatan mereka sendiri. Seterusnya boleh menjejaskan tabiat aktiviti
fizikal dalam keluarga sendiri. Hal ini mungkin memberi kesan kepada adik-beradik yang lain
dalam penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum (Wigston et al., 2017).

Kajian oleh Wigston et al. (2017) mendapati bahawa pengaruh utama MBK dan penentu untuk
meningkatkan amalan aktiviti fizikal telah memberi tumpuan kepada program berasaskan
sekolah, pembolehubah sosioekonomi atau keadaan kejiranan. Terdapat kekurangan kajian
yang membentangkan maklumat mengenai pengaruh ibu bapa terhadap tahap aktiviti fizikal
anak-anak mereka. Wigston et al. (2017) mendapati bahawa persepsi ibu bapa terhadap aktiviti
fizikal anak-anak mungkin mendorong mereka untuk memotivasikan anak-anak mereka untuk
menjadi lebih aktif dalam aktiviti fizikal di sekolah mahupun luar sekolah. Memahami dan
memantau mekanisme ini, terutamanya persepsi ibu bapa tentang penglibatan MBK akan
menyumbang kepada pembangunan dan kaedah meningkatkan penglibatan dalam aktiviti
fizikal di sekolah.

Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal boleh memberikan beberapa kelebihan untuk MBK dari
segi fizikal dan tingkah laku murid. Amalan gaya hidup yang aktif serta mengamalkan tahap
aktiviti fizikal yang disyorkan adalah bermanfaat untuk meningkatkan kecergasan dari segi
fizikal kepada murid. Kekerapan melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, berlari dan
sebagainya akan memberi perubahan kepada fisiologi dalam badan serta melancarkan
peredaran darah yang boleh menyebabkan berlakunya kecergasan dalam badan. Selain
daripada aspek kesihatan, melakukan aktiviti fizikal juga memberi kesan yang positif terhadap
tingkah laku MBK. Melakukan senaman atau aktiviti fizikal boleh mengurangkan tingkah laku
maladaptif dan meningkatkan penyesuaian tingkah laku MBK ke arah positif terutamanya
semasa berada dalam kelas (Lang et all., 2010). Jin et al., (2018) menyatakan bahawa aktiviti
fizikal membantu meningkatkan keyakinan diri murid serta efikasi kendiri. Tahap keyakinan
yang tinggi memberi keupayaan kepada MBK untuk menjalani rutin harian dengan baik.
Melihat kepada keadaan dan keupayaan yang ada pada MBK, aktiviti fizikal boleh
meningkatkan tingkah laku sosial, kemahiran komunikasi dan mengurangkan rangsangan diri
atau tingkah laku yang mencederakan diri sendiri jika dibandingkan dengan MBK yang tidak
melakukan sebarang aktiviti.

Manfaat daripada penyertaan dalam aktiviti fizikal sememangnya tidak dapat dinafikan.
Namun, pelbagai halangan yang mempengaruhi penyertaan MBK untuk melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal di sekolah atau di luar waktu persekolahan. Arnell et al., (2020) menyatakan
cabaran dan halangan dalam menyertai aktiviti fizikal disebabkan oleh kesukaran atau keadaan
yang berkaitan dengan MBK itu sendiri. Kesukaran yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan
kemahiran fizikal MBK yang boleh mengakibatkan kecekapan dalam olahraga menjadi rendah.
Selain itu, kesukaran MBK untuk memahami peraturan permainan serta interaksi sosial yang
berbeza dengan murid aliran perdana juga menjadi cabaran kepada murid dalam melibatkan
diri dalam aktiviti fizikal di sekolah dan luar sekolah. Aktiviti berpasukan memerlukan murid
untuk memahami peraturan permainan serta perlu berinteraksi dengan rakan sepasukan namun
keadaan MBK yang terbatas menyebabkan aktiviti itu tidak berjalan dengan baik. Hal ini
menyebabkan MBK kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal terutamanya aktiviti yang
memerlukan kerjasama dalam pasukan. Menyedari kesukaran dan keadaan khusus MBK ini,

65
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

sokongan daripada ibu bapa sangat penting untuk menggalakkan dan mewujudkan penglibatan
MBK dalam aktiviti fizikal di sekolah.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan
instrumen soal selidik yang diedarkan kepada responden. Kajian tinjauan yang digunakan
dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mengkaji persepsi ibu bapa terhadap aktiviti
fizikal di sekolah bagi murid berkeperluan khas. Kajian secara tinjauan ini sesuai digunakan
kerana pernyataan adalah berbentuk konsep dan huraian berdasarkan kaedah soal selidik.

Responden dalam kajian ini terdiri daripada ibu bapa bagi murid berkeperluan khas di sebuah
sekolah swasta yang menawarkan kelas aliran pendidikan khas di Kota Kinabalu, Sabah.
Kajian ini melibatkan kesemua ibu bapa bagi murid berkeperluan khas yang bersekolah di
sekolah tersebut. Terdapat 40 orang ibu bapa bagi murid berkeperluan khas layak dijadikan
sampel dalam kajian. Bilangan sampel ini diambil berdasarkan bilangan kesemua pelajar yang
bersekolah di kawasan kajian. Sampel yang terlibat ialah ibu bapa bagi murid berkeperluan
khas yang telah didaftarkan dari tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah tersebut.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan melalui aplikasi ‘Google Form’.
Borang soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian pertama ialah demografi
responden, bahagian kedua ialah faktor penghalang murid mengikuti aktiviti fizikal serta
bahagian yang ketiga ialah melihat hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal
dengan faktor penghalang murid daripada melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Item yang
digunakan dalam borang soal selidik adalah sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju,
setuju dan sangat tidak setuju.

Seterusnya, semasa penyelidikan, pautan ke soal selidik “Google Form” diberikan kepada
responden dalam penyelidikan ini iaitu ibu bapa kepada murid bekeperluan khas (MBK) di
kawasan kajian. Terlebih dahulu, pengkaji menjelaskan secara ringkas mengenai tujuan soal
selidik dan mereka diberi masa yang cukup untuk menjawab soal selidik. Data untuk kajian ini
dianalisis dari soal selidik yang lengkap dan data yang tidak lengkap tidak akan digunakan
kerana ianya kebanyakan datang dari soal selidik yang tidak lengkap. Bagi mengelakkan
kesilapan dalam proses analisis, data tersebut akan dibuang. Selepas menjalankan
penyelidikan, data yang dikumpulkan dianalisis lebih lanjut. Berdasarkan penerangan
terperinci yang telah dinyatakan, pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan
prosedur yang telah digariskan dengan sebaik mungkin. Ini untuk memastikan kajian yang
dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan.

4. Dapatan dan Perbincangan

Dapatan kajian daripada analisis data soal selidik yang diperoleh ini merangkumi objektif
dalam kajian. Dapatan soal selidik dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu yang pertama persepsi
ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Kedua, faktor penghalang murid
dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah serta bahagian ketiga ialah hubungan
antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang murid melibatkan
diri dalam aktiviti fizikal di sekolah. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, rumusan dan
perbincangan diulas dengan berdasarkan objektif dalam kajian yang disokong dengan kajian
terdahulu.

66
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Persepsi ibu bapa


Jadual 1 di bawah merupakan hasil analisis mengenai tinjauan persepsi ibu bapa terhadap
aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan
ibu bapa memberi persepsi yang positif. Keputusan ini dapat dilihat melalui hasil dapatan yang
menunjukkan nilai min (M) yang tinggi dan sisihan piawai (SP) bagi setiap item di atas dan
disokong dengan kekerapan respon ibu bapa yang tinggi pada skor 1 (sangat tidak setuju) dan
skor 2 (tidak setuju) bagi item B1 hingga B9 dan sebaliknya bagi item B10 pada skor 4 (setuju)
dan 5 (sangat setuju). Secara keseluruhannya, persepsi ibu bapa mengenai aktiviti fizikal yang
boleh memberikan kesan negatif kepada tingkah laku murid mencatatkan skor yang tertinggi
(M = 4.25, P = 0.74). Diikuti dengan motivasi murid menjadi rendah apabila menyertai aktiviti
fizikal (M = 4.23, P = 0.83). Manakala, item yang mencatatkan skor yang paling rendah ialah
aktiviti fizikal di sekolah meletihkan murid (M = 3.53, P = 1.08)

Jadual 1: Persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah
Kekerapan (N = 40)
Item M SP
1 2 3 4 5
B1 Aktiviti fizikal di sekolah meletihkan murid 8 14 10 7 1 3.53 1.08
Aktiviti fizikal di sekolah mengganggu
B2 10 23 6 1 0 4.05 0.71
aktiviti harian
Aktiviti fizikal memberi kesan negatif pada
B3 16 19 4 1 0 4.25 0.74
tingkahlaku murid
Ibu bapa terbeban menyediakan pakaian
B4 15 16 7 2 0 4.10 0.87
sukan murid
Prestasi akademik akan menurun apabila
B5 16 17 5 2 0 4.18 0.84
menyertai latihan fizikal
Aktiviti fizikal memberi kesan negatif pada
B6 17 15 7 1 0 4.20 0.82
kesihatan murid
Perkembangan sosial murid akan merosot
B7 17 17 5 1 0 4.25 0.78
apabila menyertai aktiviti fizikal
Motivasi murid menjadi rendah apabila
B8 18 14 7 1 0 4.23 0.83
menyertai aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal mengganggu rutin harian
B9 15 18 6 1 0 4.18 0.78
murid
Murid bersemangat datang ke sekolah
B10 0 3 7 19 11 3.95 0.88
semasa aktiviti fizikal dijalankan
Nota: 1 - Sangat tidak setuju, 2 - Tidak setuju, 3 - Kurang setuju, 4 - Setuju, 5 - Sangat setuju,
SP – Sisihan Piawai, M – Min

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa memberi persepsi yang positif
terhadap aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan
kajian yang telah dilakukan oleh Wigston et al. (2017) yang mendapati bahawa pengaruh utama
MBK dan penentu untuk meningkatkan amalan aktiviti fizikal telah memberi tumpuan kepada
program berasaskan sekolah, pembolehubah sosioekonomi atau keadaan kejiranan. Wigston et
al. (2017) mendapati bahawa persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal anak-anak mereka
mungkin mendorong mereka untuk memotivasikan anak-anak untuk menjadi lebih aktif dalam
aktiviti fizikal di sekolah mahupun luar sekolah. Memahami dan memantau mekanisme ini,
terutamanya persepsi ibu bapa terhadap penglibatan anak mereka akan menyumbang kepada
pembangunan kaedah peningkatan penglibatan MBK dalam aktiviti fizikal di sekolah mahupun
luar sekolah.

Dapatan kajian ini turut menyokong dapatan kajian lepas oleh Bowling et al. (2019) yang
mendapati bahawa persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal anak-anak mereka mungkin
mendorong mereka untuk memotivasikan anak-anak mereka untuk menjadi lebih aktif dalam
aktiviti fizikal di sekolah mahupun luar sekolah. Persepsi ibu bapa terhadap penglibatan anak

67
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mereka yang merupakan MBK akan menyumbang kepada pembangunan kaedah peningkatan
penglibatan dalam aktiviti fizikal.

Secara keseluruhannya, sokongan ibu bapa adalah penting untuk murid berkeperluan khas
kerana mereka menerima sokongan yang lebih terhad di luar keluarga jika dibandingkan
dengan murid berbanding dengan aliran perdana. Contohnya peluang terhad untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti fizikal, kekurangan rakan sebaya sebagai rakan kongsi aktiviti, atau
kekurangan tenaga pengajar terlatih apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal
yang teratur atau tidak berstruktur (Gregor et al., 2018). Hal ini mungkin akan menjadi faktor
kepada kebergantungan MBK terhadap sokongan daripada ibu bapa yang akan berterusan
sehingga dewasa (Nichols et al., 2019). Justeru, sokongan dan pelbagai usaha ibu bapa untuk
menggalakkan MBK melibatkan diri dalam aktiviti fizikal perlu dipandang serius. Penyertaan
bersama dan kerjasama dari ibu bapa memberi hasil yang positif kepada masa depan MBK.

Hubungan persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan halangan murid menyertai
aktiviti fizikal.
Jadual 2 merupakan hasil analisis mengenai tinjauan faktor penghalang murid melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa memberi
respon yang positif. Berdasarkan hasil keputusan yang ditunjukkan pada Jadual 2 di bawah,
murid memberi alasan untuk tidak mengikuti aktiviti fizikal merupakan faktor utama
penghalang murid dalam melibatkan diri dengan aktiviti fizikal yang dilaksanakan di sekolah
(M = 2.15, P = 0.92). Diikuti dengan murid mengelak untuk hadir ke sekolah semasa aktiviti
fizikal dilaksanakan (M = 2.13, P = 2.13). Melalui dapatan kajian ini, dapat dilihat bahawa
faktor penghalang utama adalah dipengaruhi oleh sikap murid itu sendiri. Daripada 10 item
yang dinilai, pakaian sukan sukar disediakan merupakan faktor penghalang murid melibatkan
diri dalam aktiviti sekolah yang paling rendah (M = 1.80, P = 0.69).

Jadual 2: Faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah
Kekerapan (N = 40)
Item M SP
1 2 3 4 5
Murid memberi alasan untuk tidak
C1 9 21 5 5 0 2.15 0.92
mengikuti aktiviti fizikal
Murid mengelak untuk hadir ke sekolah
C2 12 18 4 5 1 2.13 2.13
semasa aktiviti fizikal dilaksanakan
Ibu bapa mengalami kesukaran
C3 menghantar murid ke sekolah semasa 12 18 8 2 0 2.00 2.00
aktiviti fizikal dilaksanakan
Ibu bapa terbeban untuk menyediakan
C4 15 19 4 2 0 1.83 0.81
peralatan bagi aktiviti fizikal di sekolah
Murid menunjukkan tingkah laku yang
kurang baik pada hari aktiviti fizikal di
C5 12 19 7 2 0 1.98 0.83
sekolah dilaksanakan (menangis,
mengamuk dan sebagainya)
C6 Pakaian sukan sukar disediakan 13 23 7 2 0 1.80 0.69
Aktiviti harian mengganggu rutin harian
C7 12 23 4 1 0 1.85 0.70
murid
Aktiviti fizikal mengganggu rutin harian
C8 14 17 8 1 0 1.90 0.81
ibu bapa
Aktiviti fizikal mengganggu masa belajar
C9 11 22 6 1 0 1.93 0.73
murid
Aktiviti fizikal mengganggu kesihatan
C10 16 18 4 2 0 1.80 0.82
murid
Nota: 1 - Sangat tidak setuju, 2 - Tidak setuju, 3 - Kurang setuju, 4 - Setuju, 5 - Sangat setuju,
SP – Sisihan Piawai, M - Min

68
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Hasil keputusan ini menjelaskan bahawa, sekiranya persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal
di sekolah adalah positif, maka faktor penghalang untuk murid melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal di sekolah juga akan berkurang dan begitu juga sebaliknya. Dapatan kajian ini
menyokong Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) yang menekankan bahawa pengaruh
persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan individu. Menurut
Bronfenbrenner (1979) kanak-kanak berkembang dengan berinteraksi dengan persekitaran
mereka. Dalam aspek ini, ibu bapa adalah persekitaran kanak-kanak MBK yang paling
terdekat. Oleh sebab itu pentingnya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan
dipercayai supaya proses perkembangan MBK dipengaruhi dengan persekitaran yang positif.
Teori Ekologi Bronfenbrenner menyatakan bahawa kanak-kanak berada di ruang lingkup
mikro yang boleh dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Bronfenbrenner melalui teori yang
dibangunkan menyatakan terdapat lima sistem dalam perkembangan individu iaitu
mikrosisterm, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

Dapatan kajian ini juga selaras dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Arnell et al.
(2020) yang mendapati bahawa faktor penghalang MBK dipengaruhi oleh kesukaran serta
keadaan murid itu sendiri. Sampel kajian mereka yang terdiri daripada MBK mengalami
kesukaran melibatkan diri dalam aktiviti fizikal kerana kemahiran fizikal yang terbatas,
kesukaran memahami peraturan permainan atau aktiviti serta kemahiran interaksi sosial yang
kurang terutamanya bagi aktiviti berpasukan. Faktor kesukaran dan keadaan murid tersebut
menyebabkan mereka sukar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal terutamanya aktiviti yang
memerlukan kerjasama berpasukan.

Hasil daripada kajian ini turut menyokong dapatan kajian lepas oleh Craike et al. (2018) yang
mendapati bahawa faktor penghalang MBK terhadap penyertaan dalam aktiviti fizikal adalah
pemilihan jenis aktiviti fizikal yang tidak bersesuaian. Murid yang berumur 13 hingga 14 tahun
gemar melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana. Oleh sebab itu, terdapat sejumlah besar
MBK yang memilih untuk tidak terlibat dengan aktiviti fizikal yang dilaksanakan di sekolah
apabila aktiviti fizikal yang dijalankan adalah berintensi tinggi. Justeru itu, aktiviti fizikal dan
tahap kecergasan merupakan komponen yang saling berkaitan dalam kehidupan manusia
terutamanya kepada golongan MBK (Craike et al., 2018). Pemilihan aktiviti fizikal yang
dijalankan di sekolah akan mempengaruhi tahap penglibatan MBK di sekolah.

Secara keseluruhan, hasil tinjauan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menjadi
penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah. Kajian mendapati murid
memberi alasan untuk tidak mengikuti aktiviti fizikal (M = 2.15, P = 0.92) merupakan faktor
utama penghalang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah. Penerapan
tentang kepentingan aktiviti fizikal bagi semua MBK dilihat mampu meminimakan faktor yang
menjadi penghalang kepada penglibatan murid. Hal ini kerana mengamalkan tahap aktiviti
fizikal yang disyorkan adalah bermanfaat untuk kecergasan otot dan kesihatan. Selain itu,
mengamalkan aktiviti fizikal pada usia sekolah adalah penting, kerana ia merupakan faktor
yang menyumbang kepada peningkatan aktiviti fizikal pada masa dewasa dan ibu bapa
mempunyai peranan penting dalam aktiviti fizikal anak-anak mereka.

Hubungan antara Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Fizikal dengan Faktor
Penghalang Murid Melibatkan Diri dalam Aktiviti Fizikal di Sekolah
Hasil keputusan berdasarkan jadual 3 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kedua pembolehubah (r = .859**, p < .01). Hubungan di antara persepsi ibu bapa terhadap
aktiviti fizikal dengan faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah adalah
positif dan mempunyai hubungan yang kuat. Kekuatan hubungan antara kedua-dua pemboleh

69
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

ubah tersebut pada nilai r=859**. Hasil keputusan ini menjelaskan bahawa, sekiranya persepsi
ibu bapa terhadap aktiviti fizikal di sekolah adalah positif, maka faktor penghalang untuk murid
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah juga akan berkurang dan begitu juga
sebaliknya.

Jadual 3: Hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap aktiviti fizikal dengan faktor penghalang murid
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah
Faktor penghalang murid melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal
Persepsi ibu bapa terhadap aktiviti r .859**
fizikal Sig. 0.00
**p 0.01
N 40
Nota: r – Pearson Correlation, **p – kesignifikanan korelasi pada 0.01 (2-tailed)

Peningkatan penglibatan MBK dalam aktiviti fizikal adalah berdasarkan kepada Teori Sistem
Ekologi yang menyediakan asas teori di mana cadangan untuk meningkatkan penglibatan MBK
dirumuskan. Berdasarkan jadual 3, hasil kajian ini menyokong perspektif yang dibawa oleh
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) yang menekankan bahawa pengaruh persekitaran
ini sangat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Oleh sebab itu, hubungan dengan
faktor-faktor di atas adalah penting untuk memahami kajian ini. Teori Sistem Ekologi dianggap
sesuai kerana ia memberi tumpuan secara holistik kepada murid berkeperluan khas, ibu bapa
dan persekitaran. Teori Sistem Ekologi menerangkan bagaimana persekitaran sosial
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak seperti dalam kajian ini.

Seterusnya, hasil daripada kajian ini menyokong dapatan yang dilakukan oleh Buchanan et al.
(2017) yang menyatakan bahawa persepsi ibu bapa melalui sokongan yang ditawarkan kepada
MBK adalah penting kepada keupayaan dan kesedian mereka untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti sekolah. Usaha ibu bapa untuk menggalakkan anak berkeperluan khas mereka
untuk menyertai aktiviti fizikal menuntut penglibatan mereka sendiri, yang boleh menjejaskan
tabiat aktiviti fizikal seluruh keluarga mereka (Jin et al., 2018). Penyertaan Bersama mungkin
memberi kesan positif kepada penyertaan MBK dan juga adik-beradik mereka dalam aktiviti
kokurikulum.

Persepsi ibu bapa terhadap penglibatan anak yang terdiri daripada MBK akan meningkatkan
penyertaan mereka dalam aktiviti fizikal. Hal ini bermaksud, sekiranya persepsi ibu bapa
terhadap aktiviti fizikal di sekolah adalah positif, maka faktor penghalang untuk murid
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah juga akan berkurang. Dapatan ini menyokong
kajian lepas oleh Bowling et al. (2019) yang menyatakan bahawa persepsi ibu bapa terhadap
aktiviti fizikal yang dijalankan di sekolah atau diluar waktu persekolahan boleh mendorong
dan memberi sokongan positif kepada anak-anak mereka terutamanya MBK supaya lebih aktif.

Secara keseluruhannya, hubungan yang wujud antara kedua pembolehubah iaitu persepsi ibu
bapa terhadap aktiviti fizikal di sekolah dengan faktor penghalang untuk murid melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal di sekolah adalah positif dan mempunyai tahap hubungan yang kuat. Hal
ini bermakna kebanyakkan ibu bapa memberi persepsi yang positif terhadap aktiviti fizikal
untuk anak mereka yang merupakan MBK yang dijalankan di sekolah. Tanggapan ibu bapa
yang positif memberi banyak manfaat kepada perkembangan MBK bukan sahaja dari segi
kesihatan tetapi meningkatkan pencapaian akademik dalam pembelajaran mereka. Badan yang
sihat dan cergas akan meningkatkan tumpuan mereka dalam proses pembelajaran di dalam
kelas.

70
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

5. Kesimpulan

Semua pihak memainkan peranan penting dan perlu saling bekerjasama bagi memastikan
kejayaan pelaksanaan aktiviti fizikal di sekolah. Aktiviti fizikal memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi kehidupan manusia dari pelbagai aspek dan ini amat penting untuk
kanak-kanak seperti kanak-kanak bekeperluan khas kerana ia boleh membantu mereka
meningkatkan bukan sahaja keadaan fizikal mereka, tetapi juga harga diri, kemahiran sosial
dan tingkah laku mereka seterusnya mewujudkan gaya hidup yang positif untuk jangka hayat
masa depan mereka. Aktiviti fizikal membawa kepada peningkatan dalam prestasi akademik
dan kesejahteraan hidup seseorang murid. Usaha yang berterusan adalah perlu bagi
memastikan aktiviti fizikal ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita akan dapat
meningkatkan murid-murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu aset yang
penting dan berguna kepada negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang
satu hari nanti.

Rujukan

Arnell, S., Jerlinder, K., & Lundqvist, L.O. (2020). Parents’ perceptions and concerns about
physical activity participation among adolescents with autism spectrum
disorder. Autism, 24(8), 2243-2255.
Barnett, D. W., Barnett, A., Nathan, A., Van Cauwenberg, J., & Cerin, E. (2017). Built
environmental correlates of older adults’ total physical activity and walking: a
systematic review and meta-analysis. International Journal of Behavioral Nutrition
and Physical Activity, 14(103).
Benes, S., Finn, K. E., Sullivan, E. C., & Yan, Z. (2016). Teachers' perceptions of using
movement in the classroom. Physical Educator, 73(1).
Craike, M., Wiesner, G., Hilland, T. A., & Bengoechea, E. G. (2018). Interventions to improve
physical activity among socioeconomically disadvantaged groups: an umbrella
review. International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity, 15(1), 1-
11.
Donnelly, J. E., Hillman, C. H., Castelli, D., Etnier, J. L., Lee, S., Tomporowski, P., & Szabo-
Reed, A. N. (2016). Physical activity, fitness, cognitive function, and academic achievement
in children: A systematic review. Medicine & Science in Sports & Exercise, 48(6),
1197–1222.
Jin, J., Yun, J., & Agiovlasitis, S. (2018). Impact of enjoyment on physical activity and health
among children with disabilities in schools. Disability and health journal, 11(1), 14-
19.
Klos, L., Feil, K., Eberhardt, T., & Jekauc, D. (2020). Interventions to promote positive affect
and physical activity in children, adolescents and young adults-a systematic review.
Sports (Basel, Switzerland), 8(2), 26.
Laird, Y., Fawkner, S., & Niven, A. (2018). A grounded theory of how social support
influences physical activity in adolescent girls. International journal of qualitative
studies on health and well-being, 13(1).
Lang R., Koegel L. K., Ashbaugh K., Regester A., Ence W., Smith W. (2010). Physical
exercise and individuals with autism spectrum disorders: a systematic review. Res.
Autism Spectr. Disord. 4, 565–576.
Lynch, T., & Soukup, G. J. (2016). "Physical education," "health and physical education,"
"physical literacy," and "health literacy": Global nomenclature confusion. Cogent
Education, 3(1).

71
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 5, No. 2,62-72, 2023
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Menear, K. S., & Neumeier, W. H. (2016). Promoting physical activity for students with autism
spectrum disorder: Barriers, benefits, and strategies for success. Journal of Physical
Education, Recreation & Dance, 86(3), 43-48.
Spratt, E., Mercer, M. A., Grimes, A., Papa, C., Norton, J., Serpe, A., Mueller, M., Eckert, M.,
Harris, K., Blackmon, L., Durant, J., & Newton, J. (2018). Translating benefits of exercise on
depression for youth with autism spectrum disorder and neurodevelopmental
disorders. Journal of psychology and psychiatry, 2, 109.
Wassenaar, T. M., Wheatley, C. M., Beale, N., Salvan, P., Meaney, A., Possee, J. B., Atherton,
K. E., Duda, J. L., Dawes, H., & Johansen-Berg, H. (2019). Effects of a programme of vigorous
physical activity during secondary school physical education on academic
performance, fitness, cognition, mental health and the brain of adolescents (Fit to
Study): Study protocol for a cluster-randomised trial. Trials, 20(189).
Wright, A., Roberts, R., Bowman, G., & Crettenden, A. (2019). Barriers and facilitators to
physical activity participation for children with physical disability: comparing and
contrasting the views of children, young people, and their clinicians. Disability and
rehabilitation, 41(13), 1499-1507.
Zhao, M., & Chen, S. (2018). The effects of structured physical activity program on social
interaction and communication for children with autism. BioMed Research
International Journal.

72
Copyright © 2023 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like