You are on page 1of 6

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 355-360, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal Dan Indeks Jisim Badan


Murid Melanau
(Level Of Physical Activity Involvement And Melanau Student Body
Mass Index)
Fhareez Ridzuan Abdullah1*, Mohd Radzani Abd Razak1, Erwan Ismail1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: angkasaonesarawak@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penglibatan aktiviti fizikal dikaitkan dengan pelbagai kebaikan terhadap kesihatan.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penglibatan aktiviti fizikal dan tahap BMI
murid Melanau, Sarawak. Instrumen kajian yang digunakan adalah Physical Activity
Questionnaire for Older Children (PAQ-C). Populasi kajian adalah terdiri daripada murid
Melanau yang berumur antara 10 hingga 12 tahun. Kaedah penentuan sampel yang digunakan
adalah jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970). Dapatan menunjukkan bahawa
tahap penglibatan aktiviti fizikal murid Melanau adalah tidak aktif. Tahap BMI murid Melanau
pula menunjukkan bahawa berada dalam kategori ideal secara keseluruhan iaitu 95.8%
dengan min = 18.18kgm-2. Hasil ujian korelasi pearson mendapati bahawa penglibatan
aktiviti fizikal mempunyai hubungan negatif yang rendah yang signifikan terhadap BMI dalam
kalangan murid perempuan iaitu r = -0.339; p < 0.01 = 0.008. Manakala, tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara penglibatan aktiviti fizikal terhadap tahap BMI dalam
kalangan murid lelaki iaitu p > 0.05. Penglibatan aktiviti fizikal adalah komponen yang
penting dalam mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Pihak sekolah perlu menjadikan
waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah waktu untuk menggalakkan
murid melakukan aktiviti fizikal.

Kata kunci: Aktiviti fizikal, BMI, Melanau, Kesihatan

Abstract: Involvement in physical activity is associated with various health benefits. The
purpose of this study is to examine the level of physical activity involvement and BMI level of
Melanau students, Sarawak. The research instrument used was the Physical Activity
Questionnaire for Older Children (PAQ-C). The study population consists of Melanau students
aged between 10 to 12 years. The sample determination method used is the sample
determination table of Krecjie and Morgan (1970). Findings indicate that the level of
involvement of physical activity of Melanau students is inactive. The BMI level of Melanau
students shows that they are in the overall ideal category which is 95.8% with a mean =
18.18kgm-2. The results of the pearson correlation test found that physical activity involvement
had a significant low negative relationship to BMI among female students i.e. r = -0.339; p
<0.01 = 0.008. Meanwhile, there is no significant relationship between the involvement of
physical activity on the level of BMI among male students that is p> 0.05. Involvement in
physical activity is an important component in reducing the risk of non-communicable diseases.
Schools need to make Physical Education and Health Education time a time to encourage
students to do physical activities.

355
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 355-360, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Keywords: Physical activity, BMI, Melanau, Health


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Penglibatan aktiviti fizikal secara aktif dapat mempengaruhi tahap kesihatan. Peningkatan
prevalen kegemukan di Malaysia adalah perkara yang membimbangkan. Kajian WHO (2018)
mendapati bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai bilangan obesiti yang
tertinggi di Asia Tenggara. Era revolusi industi ke-4 (4IR) ini, tahap kesihatan menjadi
kekangan dalam sosial yang membimbangkan di kebanyakan negara. Kekangan ini secara tidak
langsung dapat mempengaruhi individu dan masyarakat serta negara. Masalah kesihatan ini
mempunyai perkaitan daripada peringkat kanak-kanak.

Aspek fizikal merupakan komponen yang banyak mempengaruhi tahap kesihatan.Aspek fizikal
merupakan komponen yang sangat penting dan berkait rapat dengan tubuh badan seseorang
serta kebolehan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dalam jangka masa yang panjang.Salah
satu aktiviti fizikal yang sangat penting dan mudah dilaksanakan adalah aktiviti
senaman.Senaman mestilah dijadikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seharian.Melalui aktiviti senaman terdapat banyak kesan yang positif iaitu dapat meningkatkan
tahap kesihatan terutama bagi seseorang yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit
jantung, diabetes, hipertensi, obesiti serta osteoporosis.

Senaman yang melibatkan aktiviti fizikal adalah seperti berjoging, berlari, berbasikal,
berenang, skipping, bersukan dan banyak lagi aktiviti rekreasi lain yang dapat memberi faedah
kepada seseorang individu jika mengamalkannya dalam kehidupan. Seseorang yang aktif
bersenam dan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten akan memanjangkan usia berbanding
mereka yang tidak aktif ini kerana mereka adalah dikategorikan sebagai individu yang sihat
dan cergas.Individu yang aktif juga mampu melibatkan diri dalam semua aktiviti yang
berkualiti walaupun usia meningkat.Senaman dapat membantu seseorang itu hidup lebih cergas
dari aspek mental dan fizikal.Mereka juga akan melaksanakan aktiviti-aktiviti harian dengan
lebih bertenaga tanpa cepat merasa letih dan lesu.Penglibatan aktiviti fizikal ini secara tidak
langsung dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu.Oleh itu,kajian ini adalah untuk
mengkaji tahap penglibatan aktiviti fizikal dan kesihatan murid Melanau.Kajian ini dapat
membantu pihak sekolah dan kemenerian untuk merangka program dan menggalakkan murid-
murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di sekolah.

2. Ulasan Kajian Lepas

Statistik di Malysia yang dilakukan melalui National Health Mobility Survey yang dijalankan
pada athun 2011 mencatatkan 15.1 peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
adalah obese. Peningkatan yang berlaku adalah lebih tinggi berbanding 2006 yang hanya pada
14 peratus. Selain itu, 2.6 juta populasi di Malaysia adalah obese dan negara ini adalah negara
yang tertinggi kadar obesiti di Asia Tenggara. Daripada aspek jantina, lelaki dikatakan obese
jika mereka mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25 peratus manakala wanita adalah
35 peratus. Untuk mengukur obesiti ini, Kaedah Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim
Badan digunakan. Kaedah ini adalah perbandingan yang dilakukan antara berat badan dan
ketinggian.

Haslina et al (2017) dalam kajiannya yang bertajuk Corak Aktiviti Fizikal Dan Hubungannya
Dengan Obesiti Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Di Felda yang bertujuan untuk

356
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 355-360, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mengenalpasti corak aktiviti fizikal sama ada berintensiti rendah,sederhana dan tinggi serta
mengenalpasti hubungan antara corak aktiviti fizikal dengan Indeks Jisim Tubuh dan ukur lilit
pinggang serta mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada obesiti.Dapatan kajian tersebut
menunjukkan bahawa corak aktiviti fizikal murid FELDA adalah berintensiti sederhana
manakala BMI adalah normal.Faktor utama penyumbang kepada obesity adalah ukur lilit
pinggang.Ini menunjukkan murid-murid hendaklah sentiasa aktif sepanjang berada di bangku
sekolah agar tidak menyumbang kepada obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Noor Marlina Mohamed Nor et al (2019) menerusi kajian yang bertajuk Corak Aktiviti Fizikal
Dan Tahap Kesihatan Dalam Kalangan Murid Rural Di Kuala Ketil yang bertujuan untuk
mengkaji corak aktiviti fizikal dan tahap kesihatan murid.Dapatan kajian telah mendapati
bahawa kebanyakan murid menggunakan motorsikal ke sekolah.Corak aktiviti murid lebih
cergas selepas waktu persekolahan berbanding waktu PJPK,waktu rehat,waktu tengah hari dan
waktu hujung minggu.Dapatan kajian juga menunjukkan BMI murid adalah normal.Dapatan
kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan agar sentiasa menggalakkan murid untuk
bergerak aktif jika terdapat waktu senggang mengikut peraturan yang ditetapkan di sekolah.

3. Dapatan Kajian

Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa 120 orang murid dikaji yang mana 50%
adalah murid lelaki dan 50% adalah murid perempuan. Purata umur murid kajian ini adalah 11
tahun. Kebanyakan murid adalah beragama Islam iaitu 68.3% dan 31.7% adalah beragama
Kristian. Sektor pekerjaan bapa yang tertinggi dalam kalangan murid Melanau adalah sendiri
iaitu 65.8% dan sektor pekerjaan ibu tertinggi adalah tidak bekerja iaitu 46.7% dengan purata
pendapatan keluarga adalah antara RM1,000.00 hingga RM1,999.99 iaitu 64.2%. Dapatan juga
mendapati bahawa 57.5% murid Melanau bukan atlet dan mempunyai tahap penglibatan dalam
sukan tertinggi adalah peringkat daerah atau MSSD iaitu 22.5%. Jadual 1 menunjukkan hasil
analisis deskriptif latar belakang demografi murid Melanau.

Jadual 1: Analisis deskriptif latar belakang demografi murid Melanau


Kategori N % S.P. Min
Jantina Lelaki 60 50.0 0.502
Perempuan 60 50.0
Umur 10 Tahun 39 32.5 0.820 11.02
11 Tahun 40 33.3
12 Tahun 41 34.2
Agama Islam 82 68.3 0.467
Kristian 38 31.7
Sektor Pekerjaan Kerajaan 14 11.7 1.149
Bapa Swasta 27 22.5
Sendiri 79 65.8
Sektor Pekerjaan Kerajaan 11 9.2 1.418
Ibu Swasta 22 18.3
Sendiri 31 25.8
Tidak Bekerja 56 46.7
Pendapatan Kurang RM1,000.00 - - 1.010
Keluarga RM1,000.00 – RM1,999.99 77 64.2
RM2,000.00 – RM2,999.99 20 16.7
RM3,000.00 – RM3,999.99 11 9.2
Lebih RM4,000.00 12 10.0
Tahap Penglibatan MSSS 24 20.0 0.827
MSSD 27 22.5
Tiada Penglibatan 69 57.5

357
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 355-360, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Bagi tahap penglibatan aktiviti fizikal, dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya
murid Melanau adalah diklasifikasikan tidak aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu 100%.
Dapatan murid lelaki dan perempuan juga menunjukkan bahawa diklasifikasikan tidak aktif.
Jadual 2 menunjukkan analisis deskriptif bagi tahap penglibatan murid Melanau dalam aktiviti
fizikal mengikut jantina.

Jadual 2: Analisis deskriptif bagi tahap penglibatan murid dalam aktiviti fizikal
Kategori Klasifikasi Aktiviti Fizikal Kekerapan Peratusan S.P.
(N) (%)
Keseluruhan Sangat Tidak Aktif - - 0.000
Tidak Aktif 120 100.0
Kurang Aktif - -
Aktif - -
Sangat Aktif - -

Lelaki Sangat Tidak Aktif - - 0.000


Tidak Aktif 60 100.0
Kurang Aktif - -
Aktif - -
Sangat Aktif - -

Perempuan Sangat Tidak Aktif - - 0.000


Tidak Aktif 60 100.0
Kurang Aktif - -
Aktif - -
Sangat Aktif - -

Bagi indeks jisim badan (BMI) pula mendapati bahawa murid Melanau diklasifikasikan BMI
yang ideal iaitu 95.8% secara keseluruhan dengan min BMI adalah 18.18kgm -2. Bagi murid
lelaki, min BMI murid adalah 18.25kgm-2 dan diklasifikasikan BMI yang ideal iaitu 95.0%.
Bagi murid perempuan, min BMI murid adalah 18.11kgm-2 dan diklasifikasikan Bmi yang
ideal iaitu 96.7%. Jadual 3 menunjukkan analisis deksriptif bagi indeks jisim badan murid
mengikut jantina.

Jadual 3: Analisis deksriptif bagi indeks jisim badan murid mengikut jantina
Kategori Klasifikasi BMI Kekerapan Peratusan S.P. Min
(N) (%) (kgm-2)
Keseluruhan Obesiti - - 1.064 18.18
Berlebihan Berat 5 4.2
Kurang Berat - -
Ideal 115 95.8

Lelaki Obesiti - - 1.158 18.25


Berlebihan Berat 3 5.0
Kurang Berat - -
Ideal 57 95.0

Perempuan Obesiti - - 0.966 18.11


Berlebihan Berat 2 3.3
Kurang Berat - -
Ideal 58 96.7

Hasil kajian korelasi pearson mendapati bahawa penglibatan aktiviti fizikal mempunyai
hubungan negatif yang signifikan terhadap indeks jisim badan dalam kalangan murid
perempuan iaitu r = -0.339; p < 0.01 = 0.008. Manakala penglibatan aktiviti fizikal dalam
kalangan murid lelaki tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap indeks jisim badan

358
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 355-360, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

iaitu p > 0.05. Jadual 4 menunjukkan analisis korelasi pearson antara aktiviti fizikal terhadap
jantina.

Jadual 4: Analisis korelasi pearson antara aktiviti fizikal terhadap jantina


BMI Aktiviti Fizikal
Lelaki Korelasi Pearson 0.000
Sig. (2-tailed) 1.000
N 60
Perempuan Korelasi Pearson -0.339**
Sig. (2-tailed) .008
N 60
** Hubungan yang signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

4. Perbincangan dan Kesimpulan

Tahap penglibatan aktiviti fizikal yang aktif dapat mempengaruhi kesihatan. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengkaji tahap penglibatan aktiviti fizikal dan tahap BMI murid Melanau,
Sarawak.Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan
aktiviti tidak aktif bagi lelaki dan perempuan. Ini menyebabkan mereka mempunyai risiko
kesihatan yang rendah tetapi mempunyai BMI yang ideal iaitu 95.8% secara keseluruhan
dengan min BMI adalah 18.18kgm-2. Bagi murid lelaki, min BMI murid adalah 18.25kgm-2 dan
diklasifikasikan BMI yang ideal iaitu 95.0%. Bagi murid perempuan, min BMI murid adalah
18.11kgm-2 dan diklasifikasikan BMI yang ideal iaitu 96.7%. Kanak-kanak atau remaja perlu
melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam atau lebih dalam satu hari
(Mcquire,2014).

Dalam kajian Martinez,Petranovic dan Nielson (2016) telah mengatakan bahawa kanak-kanak
akan menjadi lebih cergas dan dapat menghindarkan diri daripada segala penyakit yang
berkaitan dengan jantung serta obesiti sekiranya mereka melakukan aktiviti fizikal yang aktif
melalui aktiviti kecergasan.Kajian Grant-Guimaraes et al.(2016) mengenai amalan gaya hidup
sihat dapat memberi faedah termasuklah dapat mengurangkan risiko obesiti dan seterusnya
dapat memberikan kesejahteraan kepada mental,membina bentuk tubuh yang menarik dan
dapat meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang.Kesediaan murid-murid dalam
melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah sangat penting sama ada dari segi
kognitif,tingkah laku,dan juga petunjuk yang menyatakan penglibatan murid dalam sesuatu
tugasan pembelajaran (Chapman,2007).Dalam kajian Yazzie-Mintz (2007) pula telah
merungkaikan konsep penglibatan murid-murid berlandaskan tiga komponen iaitu
kognitif,intelektual dan akademik.

Kesimpulannya,waktu PJPK di sekolah memang tidak dinafikan lagi merupakan matapelajaran


yang penting untuk diajar di sekolah.Melalui PJPK murid-murid akan melakukan aktiviti
fizikal untuk membantu mereka mendapatkan kesihatan yang sempurna dan akan berada pada
tahap yang aktif.Jika di rumah murid-murid mungkin dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor
yang menyebabkan mereka tidak melibatkan diri secara aktif salah satu daripadanya adalah
kerana teknologi internet.Mereka lebih berminat dengan bermain permainan secara dalam
talian daripada berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti fizikal atau untuk riadah bersama
rakan-rakan serta keluarga.Oleh hal yang demikian,pengkaji mencadangkan agar pengkaji lain
dapat mengkaji mekanisme yang lain yang dapat menggalakkan murid-murid untuk lebih aktif
dalam melakukan aktiviti fizikal dengan mentransformasikan bidang kokurikulum di sekolah
mengikut keadaan dan situasi semasa yang lebih berkarisma dan dinamik untuk semua murid.

359
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 355-360, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

References

Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30(3), 607- 610.
World Health Organization. (2018). Health situation: Country Cooperation Strategy; at a
glance; Malaysia, (May 2018), 8–9. doi:10.1017/CBO9781107415324.004.
Kowalski, K. C., Crocker, P. R., & Faulkner, R. A. (1997). Validation of the physical activity
questionnaire for older children. Pediatric exercise science, 9(2), 174-186.
Gill DL, Hammond CC, Reifsteck EJ, Jehu CM, Williams RA, Adams MM, et al. (2013).
Physical activity and quality of life. J Prev Med Public Health; 46(Suppl 1): S28-S34.
Jin-Jong Chen & Yunhwan Lee. (2013). Physical activity for health: Evidence, theory, and
practice. Journal of Preventive Medicine & Public Health, 46; S1-S2.
http://dx.doi.org/10.3961/jpmph.2013.46.S.S1.

360
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like