You are on page 1of 7

SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN SUKAN

GGGE6853 KAJIAN BEBAS

AKTIVITI FIZIKAL : KE ARAH KESEJAHTERAAN PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD ZAIM BIN ESRATI (P95832)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MOHD RADZANI BIN ABDUL RAZAK

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

0
AKTIVITI FIZIKAL : KE ARAH KESEJAHTERAAN PELAJAR

Muhammad Zaim Bin Esrati

Fakulti Pendidikan UKM

ABSTRAK

Aktiviti fizikal ialah pergerakan anggota tubuh badan yang menyebabkan penggunaan tenaga
lebih daripada waktu kita berehat. Setiap individu perlu melakukan aktiviti fizikal yang sesuai
bagi mencapai tahap kecergasan fizikal yang baik. Aktiviti yang terdiri daripada gabungan
senaman antara salah satu cara yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan daya kadiovaskular,
kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Kertas konsep ini bertujuan untuk melihat aktiviti
fizikal memberi manfaat dan kesejahteraan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.
Terdapat banyak faedah dalam melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dan teratur dalam
mempengaruhi tahap kecergasan pelajar sekolah menengah. Tiga faktor juga dikenalpasti
mempengaruhi tahap kecergasan iaitu faktor pemakanan, faktor obesiti dan faktor pelajar tidak
aktif. Oleh itu, penulis mencadangkan agar satu kajian secara terperinci perlu dilakukan untuk
mengenalpasti bentuk-bentuk aktiviti fizikal dan latihan-latihan kecergasan yang dapat
meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar dan apakah faktor sebenar yang mempengaruhi
tahap kecergasan fizikal dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Kata kunci : Aktiviti Fizikal, Kecergasan Fizikal, pelajar sekolah menengah,

1
1.0 PENGENALAN

1.1 Konsep Aktiviti Fizikal

Aktiviti Fizikal adalah sebarang pergerakan badan yang di lakukan oleh seseorang individu yang
melibatkan otot-otot seperti berjalan, jogging, berlari, bermain bola sepak dan berenang. Aktiviti
fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu anarobik dan aerobik. Anaerobik bermaksud
aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga, manakala
aerobic pula membawa maksud aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti.
Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian
tanpa merasa letih. (Clarke, 1976). Secara umumnya, individu yang dapat melakukan tugas
hariannya dengan cergas tanpa rasa penat, berada dalam keadaan sihat serta mempunyai tenaga
untuk beriadah juga dapat ditafsirkan sebagai kecergasan fizikal.

Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor.
Kecergasan berlandaskan kesihatan mempunyai lima komponen iaitu daya tahan kardiovaskular,
daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan. Manakala kecergasan
berlandaskan lakuan motor pula adalah ketangkasan, kepantasan, kuasa, masa tindakbalas,
koordinasi dan imbangan.

Setiap individu perlu melakukan aktiviti fizikal bagi mencapai tahap kecergasan fizikal
yang baik. Aktiviti yang terdiri daripada gabungan senaman antara cara yang boleh dilaksanakan
bagi meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Wilmore
(1976) dan Pollock (1973) telah mencadangkan agar diadakan program latihan yang sesuai dan
berkesan bagi mengekalkan tahap kecergasan seseorang individu.

2
1.2 Konsep Kecergasan Fizikal

a. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan


i. Dayatahan kardiovaskular
ii. Dayatahan otot
iii. Kekuatan otot
iv. Kelembutan
v. Komposisi badan
a. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindak balas
vi. Kepantasan

2.0 PERNYATAAN MASALAH

i. Faktor Pelajar Tidak Aktif

Pelajar sering bermain dengan permainan video game berbanding melakukan aktiviti
fizikal.

ii. Faktor Obesiti

Amalan pemakanan yang tidak seimbang menyumbang kepada obesiti dalam


kalangan pelajar.

iii. Faktor Amalan Pemakanan


Pemakanan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula menjadi faktor kepada
masalah kesihatan pelajar. Makanan segera dan tidak berkhasiat menjadikan pelajar
cenderung untuk mengalami obesiti.

3
3.0 CADANGAN

Pihak sekolah perlu mempelbagaikan aktivti fizikal agar menarik minat pelajar untuk
menyertainya. Jadual aktiviti fizikal mengikut tingkatan juga boleh dilakukan agar menjadi
amalan dalam kehidupan seharian pelajar.

Aktiviti Fizikal buat Pelajar sekolah

 Sekolah Rendah Sekolah Menengah

 Bermain kasut roda Berbasikal sejauh 5km


 Berjalan pantas Menari di dalam dewan
 Lompat tali Senam robik
 Bola sepak Silat
 Berenang Doutchball
Olahraga

4.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibincangkan ialah kesihatan yang baik serta berpanjangan untuk pelajar
adalah dengan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten dan mengamalkan cara pemakanan
yang baik dan seimbang. Terdapat banyak faedah melakukan aktiviti fizikal bagi para pelajar
antaranya adalah seperti mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, mengekalkan berat
badan ideal, meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan risiko hipertensi menurunkan berat
badan, mengurangkan risiko diabetes, mengurangkan kemurungan, mengurangkan risiko
abdominal obesiti, meningkatkan kecergasan kardiorespiratori dan otot, mengurangkan risiko
sindrom metabolic dan mengurangkan risiko berlebihan berat badan.

Berdasarkan tiga faktor yang mempengaruhi tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu amalan
pemakanan, pelajar tidak aktif dan obesiti, pihak sekolah dan para guru perlu lebih proaktif
dalam membimbing pelajar kearah gaya hidup sihat dan lebih baik. Usaha yang berterusan dalam

4
membina pelajar cergas dan cerdas ini sedikit sebanyak dapat melahirkan pelajar yang holistik
dalam semua aspek jasmani, intelek, emosi dan rohani.

Bagi isu obesiti pula, ibu bapa seharusnya lebih peka akan isu ini dalam menekankan
amalan pemakanan seimbang disamping memantau aspek kecergasan anak-anak mereka
seterusnya menjadi pendorong kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti
riadah bersama keluarga seminggu sekali juga merupakan satu aspek yang baik dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Justeru itu perlunya amalan dalam menitik beratkan konsep kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan yang merangkumi 5 aspek iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian
pelajar. Aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu dapat mengurangkan risiko
obesiti disamping pengambilan makanan yang seimbang dapat melancarkan sistem tubuh badan
bagi menjalankan kehidupan yang sihat dan cergas.

Kursus-kursus kecergasan fizikal perlu diberi kepada para guru agar sedikit sebanyak
dapat melahirkan guru yang berpengetahuan dalam aspek kecergasan dan seterusnya dapat
membantu para pelajar dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

5.0 RUJUKAN

Clarke, D.H. 1976. Application of measurement of health and physical education. Englewood

Cliffs, New Jersey: prentice Hall, Inc.

Corbin C.B. & Lindsey R. 1998. Concept of physical fitness with laboratories (6th ed). Dubuque,

Iowa: Wm. C. Brown Publisher.

Hassan, Muhammad Haniff. (2000). Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan dan

Perubatan. Singapura: Perdaus.

(NHMS 2015). Vol. II: Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems.

Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia 2015.

5
Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan Satu Panduan Hidup. Fajar Bakti Snd. Bhd. Shah Alam
Ibrahim S, Karim N.A, Oon N.L., Ngah W.Z.W. (2013). Perceived Physical Activity Barrriers to

Body Weight Status and Sociodemographic Factors Among Malaysian Men in Klang

Valley. BMC Pub Health, 13: 275

Wee, E. (2013). Contemporary issues in the teaching of PE in Malaysia. Journal of Physical

Activity, Sports, and Exercise 1: 17–20.

Ahli Panel Buku Sumber Guru Sains Sukan KBSM (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan

4. Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasan Basari, Norhidayah. (2011). Tinjauan Perkaitan di Antara Komposisi Tubuh Badan dan

Paras Glukosa dalam Darah dengan Kekerapan Senaman Mengikut Kategori Umur dan

Jantina. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru, Johor.

You might also like