You are on page 1of 1

Karangan Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal.Pendidikan Jasmani juga berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan
kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan
optimum dan keadaan baik,memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif
terhadap aktiviti fizikal.Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan
Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Selain itu,maksud Pendidikan Kesihatan ialah suatu proses membekalkan atau menggunakan
pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung
dengan kesihatan individu,keluarga dan komuniti.

Disamping itu,Objektif Pendidikan Jasmani ialah bertujuan untuk membantu murid menjadi
cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan.Manakala Matlamat
Pendidikan Kesihatan pula bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

Setersusnya,Budaya mempelajari Pendidikan Jasmani dan kesihatan ialah seperti berikut


iaitu,menyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran,Penglibatan murid secara
aktif dan selamat serta keadaan murid Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat

Akhir sekali, dengan mempelajari Pendidikan Jasmani dan Pendidikan kesihatan kita dapat
menjadi pelajar yang berdisiplin kerana dapat membahagi masa dengan cermat.Kita Juga dapat
menukar pendapat seperti apabila tengah merancang posisi apabila bermain bola sepak.

Kesimpulannya,Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu didik kepada kanak-


kanak daripada bangku sekolah kerana terdapat pelbagai jenis faedah.

You might also like