You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM SQUAD ANTIDADAH (SQUAD) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM

NEGERI 1.0 TUJUAN 1.1 Kertas ini bertujuan untuk memohon pertimbangan untuk mewujudkan SQUAD AntiDadah (SQUAD) bersama Agensi AntiDadah Kebangsaan di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Masalah penagihan yang rumit dan kompleks ini perlu ditangani dengan secara professional. Statstik menunjukkan bahawa golongan belia yang berumur di antara 19 hingga 39 tahun merupakan golongan yang paling ramai dikesan mengambil dadah. Ini menunjukkan bahawa tumpuan harus diberikan kepada golongan ini dari segi pendidikan pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan untuk membantu diri sendiri dan rakan sebaya dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 2 Institusi Pendidikan Bebas Dadah 2.2 Program ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Agensi AntiDadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Belia Dan Sukan dan lain-lain jabatan yang bertanggungjawab ke atas menghapuskan masalah dadah ini. 2.3 Justeru, SQUAD AntiDadah (SQUAD) Anjuran Agensi AntiDadah Kebangsaan perlu disediakan bagi memberi peluang kepada golongan belia yang berada di Institusi Pengajian Tinggi yang berminat untuk meneruskan pendidikan di bidang pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan untuk memastikan program yang disediakan berupaya membantu Negara Bebas Dadah menjelang tahun 2015; 3.0 JUSTIFIKASI MEWUJUDKAN SQUAD ANTIDADAH ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 3.1 Golongan penuntut institusi pengajian tinggi merupakan pelapis yang berpengetahuan dan mempunyai kesedaran bertindak untuk membantu mencapai matlamat negara bebas dadah menjelang tahun 2015 melalui :3.1.1 Pengetahuan teknikal dan kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia Golongan belia yang terdiri daripada siswa dan siswi Institusi Pengajian tinggi harus dibekalkan dengan Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 3 Institusi Pendidikan Bebas Dadah pengetahuan dan kesedaran mengenai masalah dadah di Malaysia. Pengetahuan dan kesedaran ini termasuklah dari segi pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulian serta penguatkuasaan supaya timbul kesedaran untuk membantu membebaskan negara daripada gejala dadah menjelang tahun 2015 sama ada kepada diri sendiri, rakan sebaya ataupun masyarakat keseluruhannya. 3.1.2 Memastikan keluarga bebas daripada dadah Golongan mahasiswa perlu berpengetahuan dan mempunyai kesedaran bagi memastikan keseluruhan keluarga mereka tidak terlibat dengan dadah sama ada dari segi penagihan mahupun pengedaran. Ini penting untuk mewujudkan keluarga bebas dadah seterusnya melahirkan generasi yang bebas daripada dadah. Sekiranya terdapat

keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka mampu bertindak dengan melaporkannya kepada pihak yang berkuasa. Mereka juga akan berupaya memberikan intervensi awal kepada keluarga supaya mengelakkan diri daripada gejala ini. 3.1.3 Membantu organisasi kerja untuk menggerakkan usaha bebas dadah di tempat kerja Golongan pelapis ini akan mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk mewujudkan tempat kerja bebas dadah sekurang-kurangnya di organisasi kerja masingmasing. Setelah diberikan input pengetahuan dan teknikal Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 4 Institusi Pendidikan Bebas Dadah mengenai pencegahan, pemulihan dan peguatkuasaan dadah di Malaysia, mereka akan mampu bertindak untuk memastikan tempat kerja yang bebas daripada dadah akan tercapai. Golongan ini merupakan aset yang penting untuk mewujudkan tempat kerja bebas dadah kerana tenaga mereka sangat diperlukan untuk pembangunan Negara bukan hanya sebagai tenaga kerja tetapi pemimpin di pelbagai peringkat. 3.1.4 Menggerakkan usaha masyarakat dalam membebaskan komuniti daripada masalah dadah Anggota masyarakat adalah komponen komuniti yang sangat penting di dalam negara. Sekiranya terdapat ahli masyarakat yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sepatutnya ada golongan tertentu yang membantu mereka dari terlibat dengan penagihan dadah. Oleh itu, mahasiswa adalah bakal pemimpin terbaik bagi membantu kerajaan menggerakkan masyarakat untuk membebaskan diri daripada dadah memandangkan kebolehan kognitif, kestabilan emosi, kematangan intelektual serta mempunyai tahap kesedaran tinggi bagi mempengaruhi masyarakat supaya menghindari dadah. Mereka bukan hanya menjadi role model yang terbaik dalam komuniti, malah menjadi tenaga penggerak serta penyelesai masalah kepada pelbagai isu termasuklah dadah; Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 5 Institusi Pendidikan Bebas Dadah 4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN SQUAD ANTIDADAH (SQUAD) 4.1 Objektif penubuhan SQUAD adalah seperti berikut :4.1.1 Untuk menjadikan SQUAD sebagai salah satu pilihan dalam aktiviti kokurikulum pelajar di Institusi Pengajian Tinggi 4.1.2 Untuk membentuk sahsiah pembangunan mahasiswa sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran, disiplin, jatidiri dan nilai murni yang tinggi bagi menolak gejala dadah; 4.1.3 Untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran mahasiswa mengenai penyalahgunaan dadah; 4.1.4 Untuk memperkembangkan aktiviti antidadah di kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi; dan 4.1.5 Untuk menggerakkan mahasiswa bagi memastikan setiap keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas daripada dadah setelah mereka tamat pengajian kelak; 5.0 MATLAMAT MEWUJUDKAN SQUAD ANTIDADAH ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 5.1 SQUAD perlu diujudkan di Institusi pengajian tinggi dengan bermatlamatkan seperti berikut :Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 6 Institusi Pendidikan Bebas Dadah

5.1.1 Untuk melahirkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi yang mempunyai jatidiri bagi membebaskan diri, keluarga, tempat kerja dan masyarakat daripada masalah dadah 6.0 SYARAT UNTUK MENGIKUTI SQUAD ANTIDADAH ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 6.1 Bagi menyertai SQUAD, seorang pemohon perlu memenuhi syaratsyarat seperti berikut:6.1.1 Warganegara Malaysia; 6.1.2 Berumur tidak kurang daripada 18 tahun; 6.1.3 Mempunyai minat dalam bidang antidadah; 6.2 Pengambilan SQUAD akan dijalankan pada setiap Sessi Julai Semester Pertama setiap tahun; 6.3 Tempoh latihan adalah selama 3 tahun (6 semester) atau 672 jam; 6.4 Keistimewaan mengikuti kursus SQUAD adalah seperti berikut:6.4.1 Elaun kehadiran latihan /tugas 6.4.2 Kemudahan mendiami asrama di Institusi Pengajian Tinggi * Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 7 Institusi Pendidikan Bebas Dadah 7.0 CADANGAN ORGANISASI SQUAD DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 7.1 Struktur organisasi SQUAD di Institusi Pengajian Tinggi yang dicadangkan adalah seperti berikut :BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. JAWATAN Komandan Timbalan Komandan Pegawai Latihan Pencegahan Pegawai Latihan Rawatan Pegawai Latihan Penguatkuasaan Jurulatih Kawad JUMLAH JUMLAH 1 1 1 1 1 1 6 ORANG

8.0 CADANGAN / SYOR ELAUN SQUAD 8.1 Syor Elaun untuk anggota SQUAD adalah seperti berikut :8.1.1 Elaun mengikuti program RM 4.00 x 8 jam x 14 minggu 8.1.2 Elaun Latihan Tahunan 14 hari x RM 18.00 ( 6 kali makan ) Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 8 Institusi Pendidikan Bebas Dadah 8.1.3 Pakaian Vest antidadah Baju T Track Suit Kasut 9.0 CADANGAN SUKATAN PELAJARAN SQUAD ANTIDADAH DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 9.1 Sukatan Pelajaran yang dicadangkan untuk SQUAD adalah seperti di Lampiran A meliputi 6 semester seperti berikut :9.1.1 Semester pertama seperti di Lampiran A1; 9.1.2 Semester Kedua seperti di Lampiran A2; 9.1.3 Semester Ketiga seperti di Lampiran A3; 9.1.4 Semester Keempat seperti di Lampiran A4;

9.1.5 Semester Kelima seperti di Lampiran A5; dan 9.1.6 Semester Keenam seperti di Lampiran A6; 10.0 KESAN YANG DIHARAPKAN 10.1 Kesan yang diharapkan daripada program ini adalah seperti berikut:Kertas Kerja Mewujudkan SQUAD AntiDadah IPTA 9 Institusi Pendidikan Bebas Dadah 10.1.1 Sahsiah pembangunan mahasiswa sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai disiplin, jatidiri dan nilai murni yang tinggi bagi menolah gejala dadah dapat dibentuk dengan lebih jitu; 10.1.2 Pengetahuan teknikal dan kesedaran mahasiswa mengenai penyalahgunaan dadah dapat ditingkatkan kepada mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi; 10.1.3 Aktiviti antidadah di kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi dapat diperluaskan lagi; 10.1.4 Membantu negara mencapai matlamat keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas dadah dengan adanya golongan cerdik pandai untuk bertindak ke arah itu setelah mereka menamatkan pengajian nanti; 11.0 PENUTUP 11.1 Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia supaya hasrat kerajaan untuk memastikan Malaysia Bebas Daripada Dadah menjelang Tahun 2015 akan tercapai dan dapat melahirkan Masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

You might also like