You are on page 1of 3

SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID (e-DISIPLIN)

Pengenalan
Sistem Kawalan Disiplin Murid (e-Disiplin) yang berasaskan web. SMK Seri Kembangan (SMKSK)
adalah satu daripada 50 buah sekolah di sekitar negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur) yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyertaikan
projek rintis ini. Sistem e-Disiplin ini telah dilaksanakan di sekolah mulai 1hb Mac 2010 bagi
memantau dan mengawalselia prestasi disiplin dalam kalangan pelajar mengikut tatacara yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sistem e-Disiplin merupakan satu kaedah pemarkahan (merit & penalti) secara automasi yang
berfungsi sebagai satu instrumen bagi mengukur, mengesan dan mengawalselia prestasi disiplin
pelajar dan berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam
pengurusan disiplin yang mantap di sekolah.
Untuk merealisasi dan melaksanakan dasar Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa Semua
Guru Adalah Guru Disiplin, maka semua guru SMKSK dipertanggungjawabkan untuk memantau
salah laku pelajar sepanjang waktu persekolahan.
Sistem ini juga berperanan sebagai panduan bagi merangka langkah-langkah intervensi dalam
pengurusan disiplin yang mantap di sekolah. Selain daripada itu, ia dibina bagi memperluaskan lagi
fungsi SSDM ke arah mengawal disiplin murid di peringkat sekolah seperti rajah di bawah.
Salah Laku Pelajar
SSDM + e-Disiplin
Intervensi
Sistem Pemarkahan
Maksud markah dalam e-Disiplin adalah markah penalti dan markah merit yang diberikan kepada
seseorang pelajar. Markah penalti diberikan bagi kesalahan yang dilakukan manakala bagi setiap
kebaikan atau kerja amal yang dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit. Markah ini
diberikan bukan sebagai satu bentuk hukuman malah ia bersifat sebagai petunjuk atau indikator bagi
tujuan mengawalselia tingkahlaku pelajar.
Peruntukan Markah
Ciri utama yang menggerakkan sistem e-Disiplin adalah pemberian markah penalti dan markah
merit. Pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah akan diisu Borang Salah Laku
(BSL) atau lebih dikenali sebagai Saman Disiplin oleh guru-guru dan markah penalti akan diberikan
mengikut kadar yang ditetapkan iaitu, 3 markah bagi kesalahan ringan, 5 markah bagi kesalahan

sederhana dan 10 markah bagi kesalahan berat. Manakala bagi setiap kebaikan atau kerja amal yang
dikenalpasti, pelajar akan mendapat markah merit.
Setelah mencapai jumlah markah yang ditetapkan, sistem akan secara automatik memaparkan
peringatan bagi mengeluarkan Amaran 1 (AD1), Amaran 2 (AD2) dan seterusnya sehingga Amaran 5
(AD5) iaitu Buang Sekolah.
Berikut adalah Sistem Permarkahan dan Tindakan Sekolah mengikut Sistem e-Disiplin yang
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :
Jumlah
Markah

Tindakan Sekolah

Tindakan Pelajar

3 19

Amaran lisan kepada pelajar

Menerima amaran lisan

20 30

Amaran Pertama (bertulis)

Menerima amaran, sesi kaunseling & kerja amal

31 40

Amaran Kedua (bertulis)

Menerima amaran, sesi kaunseling, kerja amal

41 59

Pemantauan & Bimbingan kpd pelajar

Sesi kaunseling berterusan

60 70

Hukuman GANTUNG SEKOLAH

Sesi kaunseling khas selepas menjalani hukuman,


membuat akujanji, kerja amal

71 79

Bimbingan Intensif

Sesi kaunseling berterusan dan kerja amal

80 99

AMARAN AKHIR

Muhasabah diri. Kerja amal, sesi kaunseling intevensi

100

Hukuman BUANG SEKOLAH

Buat rayuan dalam masa 30 hari

PROSES KAWALAN DISIPLIN


Proses kawalan disiplin pelajar terdiri daripada :
1.

i. Kerja Amal

Pelajar-pelajar yang melakukan salah laku disiplin dan telah diberi amaran sewajarnya diberikan suatu
bentuk kerja amal yang bukan bercorak hukuman, sebaliknya untuk memberinya peluang
memperbaiki dirinya agar berkelakuan positif.
1.

Bimbingan dan Kaunseling

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah perkhidmatan yang member peluang kepada pelajarpelajar untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Semua pelajar
mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Mereka
sebenarnya berpotensi untuk berubah sikap sekiranya diberi peluang dan bantuan untuk berbuat

demikian. Menghukum semata-mata tidak akan menyelesaikan sepenuhnya masalah yang mereka
hadapi. Mendekati menerusi proses kaunseling adalah salah satu daripada kaedah ke arah itu.
1.

Program Intervensi

Memberi peluang yang secukupnya kepada pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin, melalui
pelbagai program pembangunan sahsiah diri secara sistematik. Antara program intervensi yang boleh
dilaksanakan ialah seminar. kursus, forum, kem jati diri, lawatan ke rumah kebajikan, pusat serenti,
penjara, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya.

You might also like