You are on page 1of 7

Kajian Kes Pengurusan Pentadbiran.

( Ilmu Tanpa Iman )

1. Bincangkan isu-isu utama pengurusan dan kepimpinan di sekolah tersebut ?


a. Masalah Displin
Isu pelajar sekolah tersebut suka ponteng, merokok, vandalism dan tidak
hormat pada guru .
b. Masalah Guru
Isu-guru berada dalam keadaan zon selesa.
c. Masalah Komuniti
Isu- hubungan dengan komuniti kurang diberi perhatian.

2. Pada pendapat anda mengapakah timbulnya isu-isu tersebut?

Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan
masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca utama masalah
disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah
berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif
dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid
lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di
dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu pelajar lain dan
secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas.

Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu
mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga
kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat
layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru ,rakan-rakan, dan ibu bapa.
Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan
emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah,
sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang
menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana
kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang
ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak.

Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca
daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang
terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar.
Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar dan
terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila
guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan
berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar
untuk memberontak. Contohnya, murid sekolah cenderung untuk ponteng sekolah,
ponteng kelas, menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya.

Di samping itu, masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada
keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. Keadaan fizikal bilik
darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah
disiplin. Selain itu, pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya
yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan
situasi dan kedaan ini, pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada
proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak
selesa dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk
menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan.

Di samping itu juga, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan
menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Guru yang bersifat
autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan
emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan
gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi
pelajar yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan
akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang ingin
disampaikan oleh guru.

Selain suasana sosioemosi yang kurang sihat seperti yang ditunjukkan oleh guru-guru,
sikap pelajar itu sendiri yang mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut
menyebabkan masalah disiplin. Sekiranya dilihat daripada aspek pelajar, didapati
berlakunya corak persahabatan dalam kalangan murid yang tidak sihat. Sehubungan
dengan itu, maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir,
dan juga pasangan murid adalah pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan
menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan pelajar itu sendiri. Golongan yang
bersifat sebegini perlu diber bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat
dikurangkan. Sebagai seorang guru, mereka perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam
aktiviti berkumpulan. Suasana yang sihat , tenteram, dan harmonis akan menyediakan
suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, faktor atau permasalahan kesihatan pelajar juga merupakan punca


berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Keadaan kesihatan murid
yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana membantu
pelajar untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran dijalankan.
Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan dengan keadaan murid yang
tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan. Selain itu, mereka juga mudah
berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang
akan menganggu tumpuan pelajar. Keadaan ini turut member kesan kepada guru untuk
menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan.
Berdasarkan faktor ini, masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan
bertindak dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam
kelas.
Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan
pelajar sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta
disiplin murid-murid. Guru yang berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat
bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati pelajar untuk menumpukan
perhatian dan mengurangkan masalah disiplin pelajar. Guru yang bersikap kurang
tegas serta tidak tetap pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan murid-
murid dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah
jagaannya.

Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran
sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah
organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut
pencapaian. Selain itu, pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga
menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek
persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah, bentuk dan struktur ganjaran dan
hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar menyebabkan masalah
disiplin. Guru-guru yang melabelkan sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh
dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid-murid yang
rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Persekitaran
sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga
mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid
yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan
mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan,
merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain.

Punca yang seterusnya ialah keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan disekolah. Ibu
bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkal
ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri.
Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah
keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau pelajar. Selain itu, ibu bapa
yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan
pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga.
Kebanyakkan pelajar bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Pelajar ini akan
melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh,
ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain.

Rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi masalah disiplin murid
dalam sekolah. Rakan sebya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa.
Pelajar atau remaja lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada
rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada
pelajar. Rakan-rakan yang baik akan memdorong rakannya yang lain mengikut tingkah
laku dan norma-norma yang sering dilakukan. Hal yang demikian turut berlaku kepada
pengaruh pelajar yang negative yang akan mendorong rakannya untuk turut bersikap
sedemikian. Justeru itu, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti
pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, tekun, menhormati orang lain dan
sebagainya, maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya.

Akhir sekali ialah berpunca daripada kemiskinan. Pelajar yang berasal daripada
keluarga yang miskin lebih terdorong untuk melakukan masalah disiplin. Hal yang
demikian kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu, lalu menggunakan
perkara yang salah, selain itu, pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin
sering dipinggirkan dan dihina. Ekoran itu akan menimbulkan perasan tidak puas hati
yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Contohnya, sering berlaku
masalah kecurian yang dilakukan oleh pelajar yang kurang berupaya dari segi ekonomi.

3. Andai kata anda baru dilantik sebagai pemimpin SMKTB, apakah tindakan dan
perancangan anda untuk mengembalikan kegemilangan sekolah tersebut?

i. Peranan guru dalam melaksanakan displin

Guru juga boleh memainkan peranan dalam melaksanakan disiplin sekolah. Guru
mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga
mendidik dan mengurus bilik darjah. Guru membentuk sikap, nilai, dan akhlak pelajar-
pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah
penting kerana guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar- pelajarnya.

Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang
dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau
perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh
disiplin yang baik atau role model kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa,
bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa
berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar
sekolah mahupun di luar sekolah.

Guru atau pengurus bilik darjah yang berkesan biasanya menggunakan rutin. Rutin
menjimatkan masa dan tenaga dan salah satu cara yang sistematik untuk menjalankan
aktiviti- aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan, mengedarkan bahan- bahan
pengajaran dan sebagainya. Rutin yang dilaksanakan oleh guru dapat mengelakkan
kekeliruan, pertengkaran dan masalah disiplin yang lain di kalangan pelajar dapat
dielakkan.
Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajar-
pelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil
untuk mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran-pembelajaran(P
& P) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan
yang mesra dengan pelajar- pelajarnya. Perhubungan sedemikian menggalakkan
komunikasi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Cara ini sedikit
sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik
atau peribadi. Guru yang bijaksana akan cuba mendengar masalah- masalah tersebut
serta berempati dengan pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi
masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan
pelajar seperti tolong menolong, ambil berat, toleransi dan sebagainya selain dapat
mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah.

Guru hendaklah membantu pelajar- pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar
sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan-
jawatan seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu
pelajar membina sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras.
Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan
membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri, masa dan
tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil perhubungan di mana guru bertindak
sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan utama pelajar jika terdapat
sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari kesan- kesan
negatif yang ditimbulkan oleh masalah- masalah disiplin dan akan menghindari dari
melakunya.

Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah
menyediakan peraturan-peraturan sekolah dan memastikan peraturan- peraturan
tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Guru disiplin
juga menjadi penyelaras di antara guru- guru dan pengetua sekolah di dalam hal
disiplin pelajar- pelajar.

Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di
antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin
selain menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua. Guru disiplin sama-
sama membantu pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di
kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain sebagai guru disiplin
ialah mengawasi dan membimbing pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik
melakukan tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan
tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah.

Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi
kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru- guru lain ketika
menyelasaikan masalah- masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang
mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai
masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta
membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh
menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran
dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam
mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling membantu guru
disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar
yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti kokurikulum serta
mengadakan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Selain itu,
guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru- guru lain di
antara ahli- ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin
timbul dalam persatuan. Peranan lain ialah guru kokurikulum mengatur acara yang
menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di
kalangan pelajar- pelajar supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan
akedemik sahaja serta mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah
negetif. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

4. Nyatakan sekurang-kurangnya dua(2) kekangan utama yang mungkin anda akan


hadapi dalam melaksanakan perancangan tersebut.

i. Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya
terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.
Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balak. Sebagai
contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang
pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah
komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun
mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu guru tidak dapat
memadankan bahan bahan pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para pelajar. Guru
terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah
kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses
interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
ii. Implikasi masalah masalah yang dihadapi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas ialah akan menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Banyak masa terpaksa dihabiskan oleh guru untuk menangani masalah
displin di dalam bilik darjah sehingga menyebabkan guru itu tidak dapat menumpukan
sepenuh masa dan perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran. Kekangan masa
atau waktu yang diberi contohnya 30 minit untuk satu waktu menyebabkan guru mengajar
murid dengan cepat untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan aspek
pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek mata pelajaran tersebut.
iii. Selain itu pelajar juga terpaksa belajar dalam persekitaran yang tegang dan tidak aman
kerana merasa terancam. Pelajar ini mungkin berasa terancam kerana rakan rakan mereka
menunjukkan perilaku yang negatif seperti berlawan dengan guru dan pelajar tidak
membuat kerja yang diarahkan. Tumpuan mereka juga terjejas kerana terdapat segelintir
pelajar yang membuat biasing, menyanyi, dan mungkin juga berlari lari di dalam kelas.
Implikasinya semua pelajar tidak berasa tenang untuk menerima pembelajaran yang akan
diajar oleh guru tersebut.Perasaan marah atau kecewa guru terhadap segelintir pelajar tidak
berdisplin ini juga kan menimbulkan keresahan kepada mereka yang berdisplin. Implikasi
masalah displin di dalam bilik darjah juga akan menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Setiap masalah displin yang kecil jika tidak
ditangani dengan baik akan membawa kepada masalah displin yang lebih besar. Contohnya
seperti masalah ponteng kelas lama kelamaan pelajar ini akan ponteng sekolah pula apabila
tidak ada tindakan atau dendaan khusus untuk menangani masalah displin ini. Tambahan
pula masalah displin juga akan mewujudkan peluang dan ruang kepada kegiatan salah laku
seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. Akhir sekali risiko yang tinggi kepada
pelajarpelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.

You might also like