You are on page 1of 6

Mata pelajaran Pendidikan Moral yang diajar di sekolah ada bertujuan untuk

membentuk murid-murid yang mempunyai akhlak dan etika yang bersopan santun,
hormat menghormati, mengamalkan sikap-sikap yang baik dalam kehidupan mereka
berlandaskan ciri-ciri manusia yang baik, berakhlak tinggi dan mempunyai nilai-nilai
murni. Dengan pengajaran dan pembelajaran ini secara tidak langsung, negara akan
mempunyai lapisan masyarakat yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan tinggi.
Namun terdapat beberapa masalah-masalah yang timbul dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah
menyebabkan objektif diatas tidak mampu dicapai dengan sepenuhnya. Biasanya
masyarakat terutamanya murid itu sendiri menganggap bahawa mata pelajaran
Pendidikan Moral ini tidak penting dan tidak perlu menumpukan sepenuh perhatian
semasa belajar. Ini kerana mata pelajaran ini tidak termasuk dalam peperiksaan penting
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR.
Selain daripada itu, murid-murid merasa bosan dengan mata pelajaran ini kerana tajuk
yang diajar diulang-ulang sepanjang mereka belajar sejak daripada sekolah rendah
sehingga ke sekolah menengah. Situasi ini menyebabkan ramai murid tidak berminat
untuk mengikuti kelas Pendidikan Moral kerana cara pengajaran yang sama dan tajuk
serta nilai yang hendak disampaikan juga tidak berubah. Ini boleh diperhatikan dalam
buku teks atau buku aktiviti mereka, jika dilihat dibahagian isi kandungan pelajaran dan
nilai, didapati ianya sama sahaja tidak kiralah buku tahun 1, tahun 6, tingkatan 1
ataupun tingkatan 4. Tajuk dan nilai yang sama pada setiap buku.
Ketidakmampuan guru itu sendiri dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral
juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan objektif pembelajaran mata
pelajaran ini tidak tercapai sepenuhnya. Kebanyakkan guru Pendidikan Moral tidak
mempunyai kepakaran dan tiada dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran bagi
menarik dan menambah minat murid untuk belajar dan mendalami pelajaran ini. Situasi
ini pula boleh dirujuk dalam sekolah saya dimana guru opyen utama untuk Pendidikan
Moral tidak ada. Malah kursus-kursus di maktab atau institusi pengajian guru tidak
menawarkan opyen utama Pendidikan Moral ini. Kadang-kadang guru yang mengajar
Pendidikan Moral ini hanya setakat masuk kelas menyampaikan pengajaran sahaja
kerana berfikir bahawa ianya bukan bidangnya. Guru tersebut tidak tahu bagaimana
hendak mengajar mata pelajaran ini.
Faktor lain adalah guru sukar melihat keberkesanan mata pelajaran ini kerana tidak
dapat mengukur dan menilai tabiat dan kelakuan sebenar murid itu sendiri. Mungkin
guru boleh menilai dan mengukur tabiat dan kelakuan muridnya sekiranya murid itu
masih berada dalam kawasan sekolah, tetapi masalah akan timbul apabila mereka
berada diluar sekolah. Kerana guru tiada peluang untuk sering berada disekeliling murid
pada setiap masa dan tempat bagi memastikan nilai-nilai dalam mata pelajaran ini
dapat diterap setiap masa di luar sekolah. Guru juga mempunyai komitmen hidup yang
lain.
Terdapat juga situasi dimana nilai yang diajar di sekolah adalah bertentangan dengan
nilai yang mereka dapat atau perolehi dari luar sekolah atau di rumah. Contohnya, di
sekolah mereka diajar nilai menjaga kesihatan diri dengan menjauhi rokok, arak dan
dadah. Namun sebaliknya berlaku di luar sekolah dimana ibubapa murid itu sendiri
menghisap rokok, meminum arak dan mengambil dadah di rumah sendiri. Keadaan ini
boleh mengelirukan murid dan dilema dalam diri mereka kerana meskipun nilai ini
adalah nilai yang tidak baik dan memudaratkan, ibubapa mereka tetap melakukannya.
Selain daripada faktor-faktor diatas, kurangnya kawalan terhadap bahan siaran dan
terbitan oleh media massa juga merupakan salah faktor menyebabkan kegagalan
keberkesanan positif mata pelajaran Pendidikan Moral dalam sikap dan tabiat murid-
murid. Banyak unsur-unsur negatif dan bertentang dengan nilai-nilai Pendidikan Moral
ini didalam siaran dan terbitan media massa di negara ini. Secara tidak langsung, murid
akan terdedah dengan unsur-unsur negatif ini kerana tiada sekatan dan kawalan dari
pihak yang sepatutnya contohnya ibubapa, masyarakat dan kerajaan. Malah ada
sesetengah murid ini mengikut 100% sikap dan watak yang mereka tonton di
televisyen. Maka, nilai baik tidak dapat diterap sepenuh oleh murid ini kerana nilai yang
mereka pelajari didalam sekolah adalah bertentangan nilai yang mereka perolehi
daripada media massa. Banyak aksi dalam internet, majalah dan rancangan-rancangan
televisyen yang tidak sesuai dengan murid-murid sekolah, namun ia tetap juga
disiarkan yang menyebabkan pembentukan nilai dan sikap yang negatif dalam diri
murid secara berpanjangan.
Dan faktor terakhir yang boleh saya kemukakan disini ialah, pihak sekolah bersikap
berat sebelah terdapat mata pelajaran ini. Mereka lebih pentingkan mata pelajaran
teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Setiap kali ketua
panitia ingin mengadakan program atau aktiviti besar-besaran yang berkaitan dengan
Pendidikan Moral, pihak sekolah selalu menolak atau menangguh aktiviti dengan
alasan didahulukan dulu dengan mata pelajaran teras yang penting itu. Ia sering di
anak tirikan oleh guru-guru dan murid itu sendiri. Malah kerjasama dari semua pihak
adalah sangat sukar. Permintaan untuk bahan bantu mengajar seperti buku latihan
tambahan, CD cerita berkaitan Pendidikan Moral, buku-buku cerita dan sebagainya
juga sukar didapati kerana kelulusan kewangan bagi panitia Pendidikan Moral adalah
tidak mencukupi.
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu, senang sahaja. Yang penting kita mesti ada
keazaman dan ketekunan yang tinggi untuk menjalankan langkah-langkah
penyelesaian tersebut. Seperti yang kita tahu, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Ramai yang berpendapat Pendidikan Moral ini ada mata pelajaran yang remeh-temeh,
tidak penting dan sebagainya. Oleh yang demikian, apabila masalah yang timbul dalam
mata pelajaran ramai pihak bertindak endah tak endah. Mereka tidak bertindak
dengan sepenuh hati.
Untuk menyelesaikan masalah ini, adalah paling penting kerjasama antara semua pihak
termasuklah murid itu sendiri. Pihak-pihak yang saya maksudkan disini ialah pihak
ibubapa, ahli keluarga yang lain, masyarakat, pentadbir dan warga sekolah,badan-
badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Jika semua pihak mengambil
peranan dalam menjayakan untuk mencapai objektif mata pelajaran Pendidikan Moral
ini, maka masalah moral dikalangan masyarakat tidak akan berlaku. Semua pihak akan
merasa gembira dan tidak perlu bimbang.
Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini melalui kerjasama daripada
semua pihak terutama ibubapa ialah memupuk sikap yang mempelajari dengan penuh
perhatian kepada semua mata pelajaran yang diajar disekolah walaupun ia tidak
termasuk dalam peperiksaan penting seperti UPSR. Nasihat, galakkan dan motivasi
daripada ibubapa dalam membentuk anak mereka adalah sangat penting supaya
mereka akan dapat mendalami dan memahami mata pelajaran elektif seperti
Pendidikan Moral ini dan dalam masa yang sama boleh mempraktikkan nilai yang
mereka pelajari. Ibubapa ini boleh menggalakkan anak-anak mereka mempraktikkan
nilai mata pelajaran ini dirumah, diluar rumah seperti taman permainan, semasa
berkunjung ke rumah orang lain, di pusat membeli-belah dan sebagainya. Ini bermakna,
kesinambungan penerapan nilai-nilai baik sentiasa berlaku sepanjang masa biar pun
diluar dari sekolah.
Nasihat, galakkan dan motivasi dari ibubapa dan ahli keluarga yang lain sahaja tidak
cukup sekiranya teladan dan contoh yang dipamerkan bertentangan dengan nilai dan
sikap baik dan murni yang hendak ditanam dalam diri anak-anak. Ibubapa melarang
anak daripada merokok, bercakap kasar, berpakaian tidka sopan tetapi dalam masa
yang sama, ibubapa itu merokok, bercakap kasar dan berpakaian tidak sopan.
Bagaimana anak mereka hendak menilai sikap tersebut ada salah ataupun betul.
Akhirnya kekeliruan berlaku dan nilai dan sikap murni tidak dapat diterap oleh anak itu
sendiri. Oleh yang demikian, sikap ibubapa itu perlu diubah kepada sikap yang baik
serta positif kemudian bolehlah mereka mendidik anak mereka kejalan yang betul.
Cara lain yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini ialah peranan guru itu
sendiri. Seperti yang saya jelaskan diatas, terdapat sesetengah guru yang hanya
masuk kelas untuk Pendidikan Moral dan mengarahkan murid-murid membaca dan
menjawab soalan sahaja. Tiada langsung proses-proses pengajaran dan pembelajaran
yang boleh menarik perhatian murid-murid untuk belajar dengan berkesan dan seronok.
Guru ini perlu mengubah sikap dan cara mereka dalam pengajaran mereka. Mereka
perlulah insaf terhadap sikap malas mereka ini kerana ia akan menyebabkan masalah
moral dalam diri murid-muridnya dalam jangka masa yang panjang. Setelah kesedaran
ini berlaku, guru tersebut boleh merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menarik minat murid untuk mempalajari mata pelajaran ini dengan penuh minat. Sikap
guru Pendidikan Moral yang rajin, sering mendampingi murid, menyayangi murid dan
berhubung baik dengan murid membolehkan sikap dan nilai mudah dipupuk.
Selain daripada itu, membinaan pusat akses atau bilik Pendidikan Moral yang mesra
kepada warga sekolah juga dapat membantu menyelesaikan masalah yang timbul.
Murid-murid akan merasa bahawa Pendidikan Moral juga salah satu mata pelajaran
yang penting kerana mereka lihat wujudnya bilik akses ini seperti mata pelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan mata pelajaran teras yang lain. Jadi anggapan
mereka bahawa Pendidikan Moral ini tidak penting akan berubah dan seterusnya minat
mereka akan bertambah dan merasa seronok mempelajari Pendidikan Moral biarpun
nilai atau silabus pendidikan Moral ini diulang-ulang sepanjang tahun. Guru-guru dan
pihak pentadbir bekerjasama dalam pembinaan bilik ini. Pihak pentadbir perlulah
melayan dan menyokong apa jua aktiviti dan permohonan panitia Pendidikan Moral
sama rata atau adil sepertimana panitia mata pelajaran teras yang lain. Persepsi pihak
pentadbir terhadap mata pelajaran juga perlu berubah.
Peranan pihak kerajaan terutama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan
guru khas mata pelajaran Pendidikan Moral di institut-institut pengajian guru juga salah
satu langkah dalam menyelesaikan masalah ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan
kejadian guru bidang terjun berlaku dimana guru opsyen Matematik terpaksa
mengajar Pendidikan Moral. Guru Matematik ini langsung tiada ilmu untuk mengajar
Pendidikan Moral. Sekiranya terdapat keluaran guru khas opsyen Pendidilkan Moral,
maka masalah guru malas atau tiada kemahiran dapat diatasi. Selain itu, pihak KPM
juga boleh mengarahkan kesemua murid sekolah rendah dan sekolah menengah wajib
lulus dalam mata pelajaran ini supaya murid-murid akan belajar dengan lebih tekun
sama seperti mereka belajar mata pelajaran wajib yang lain.
Selain langkah diatas, peranan pihak kerajaan amatlah diperlukan kerana langkah ini
berkaitan dengan kawalan terbitan bahan-bahan siaran di media massa seperti
televisyen, radio, internet, majalah dan sebagainya. Kerajaan perlu mengambil tindakan
dengan membuat tapisan terlebih dahulu bahan-bahan yang bersesuaian dengan adat
dan amalan masyarakat kita yang penuh dengan nilai murni. Jika terdapat bahan yang
tidak sesuai maka terbitan tidak berlaku dan murid-murid kita terselamat dari anasir-
anasir negatif dari media massa yang boleh mengganggu penyerapan dan
pembentukkan nilai murni mata pelajaran Pendidikan Moral. Undang-undang ketet
wajib dijatuhkan terhadap pihak media massa yang melanggar peraturan.
Kempen-kempen dan seminar-seminar kesedaran kepentingan mata pelajaran
Pendidikan Moral perlu diadakan. Biar semua pihak sedar dan mengubah persepsi
terhadap mata pelajaran ini. Mungkin langkah-langkah yang saya kemukakan diatas ini
belum tentu berjaya sekiranya kesedaran belum berlaku. Semua kempen dan seminar
ini boleh dilakukan di sekolah, jalan-jalan raya, pusat membeli-belah, pusat agama dan
pusat sosial. Siaran di televisyen, radio dan internet juga boleh membantu.
Sebagai rumusan, Guru Pendidikan Moral memainkan peranan sangat penting dalam
menjadi teladan murid di sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang
ditunjukkan. Tugas untuk guru Pendidikan Moral di sekolah bukanlah mudah ianya
memerlukan sokongan padu dan kerjasama daripada pihak pentadbir, guru lain, murid
dan masyarakat secara keseluruhannya. Tugas Guru Pendidikan Moral adalah
bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan
insan yang seimbang dalam semua aspek kehidupan mereka. Dan seterusnya dapat
mengekalkan negara kita yang aman damai dengan masyarakat yang sihat dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

You might also like