You are on page 1of 13

SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN SUKAN

GGGE6853 KAJIAN BEBAS

AKTIVITI FIZIKAL : KE ARAH KESEJAHTERAAN PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD ZAIM BIN ESRATI (P95832)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MOHD RADZANI BIN ABDUL RAZAK

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

0
AKTIVITI FIZIKAL : KE ARAH KESEJAHTERAAN PELAJAR

Muhammad Zaim Bin Esrati

Fakulti Pendidikan UKM

ABSTRAK

Aktiviti fizikal ialah apa-apa jua pergerakan anggota tubuh badan yang menyebabkan
penggunaan tenaga lebih daripada keadaan semasa kita sedang berehat. Aktiviti fizikal ini
berkait rapat dengan tahap kecergasan seseorang individu dalam melakukan aktiviti seharian.
Setiap individu perlu melakukan aktiviti fizikal yang sesuai bagi mencapai tahap kecergasan
fizikal yang baik. Aktiviti yang terdiri daripada gabungan senaman antara salah satu cara yang
boleh dilaksanakan bagi meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan
kelenturan. Kertas konsep ini bertujuan untuk melihat aktiviti fizikal memberi manfaat dan
kesejahteraan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Terdapat banyak faedah dalam
melakukan aktiviti fizikal secara berterusan dan teratur dalam mempengaruhi tahap kecergasan
pelajar. Tiga faktor juga dikenalpasti mempengaruhi tahap kecergasan iaitu faktor pemakanan,
faktor obesiti dan faktor pelajar tidak aktif. Oleh itu, penulis mencadangkan agar satu kajian
secara terperinci perlu dilakukan untuk mengenalpasti bentuk-bentuk aktiviti fizikal dan latihan-
latihan kecergasan yang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar dan apakah faktor
sebenar yang mempengaruhi tahap kecergasan fizikal dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Kata kunci : Aktiviti Fizikal, Kecergasan Fizikal, pelajar sekolah menengah,

1
1.0 PENGENALAN

Pada zaman sekarang yang menjurus kepada kehidupan yang berteknologi, didapati masyarakat
kurang dalam melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Kajian mengenai
aktiviti fizikal telah banyak dijalankan oleh para penyelidik terdahulu. Walau bagaimana pun,
menurut Ibrahim (2013), sebilangan besar rakyat Malaysia beranggapan bahawa aktiviti fizikal
terlalu sukar untuk dilakukan, tidak memberi kebaikan, terlalu berisiko dan umumnya
beranggapan tidak menarik untuk dilakukan. Tambahan menurut Wee tahun 2013, masalah
kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal di sekolah juga melanda institusi pendidikan
di negara ini.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif secara
fizikal. Ini bermakna hanya 14 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang aktif secara
fizikal. Aktiviti fizikal sangat perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali
dikalangan kanak-kanak atau remaja dalam proses pertumbuhan meraka. Boleh dikatakan setiap
ujian yang dilakukan menunjukkan keputusan yang lemah keatas kekuatan otot, stamina,
kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas, dimana-mana komponen-komponen yang
disebut adalah merupakan komponen yang penting dalam pertumbuhan kanak-kanak dan remaja.

Perancangan dan pengisian masa senggang yang teratur perlu dilakukan. Masa senggang
menjadi lebih bererti apabila dapat dimanafaatkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah
disamping melakukan pelbagai kegiatan aktiviti fizikal untuk kesihatan badan adalah aktiviti
yang baik untuk mengisi masa senggang. Oleh yang demikian, masa senggang yang dirancang
dengan baik akan membantu memupuk sikap untuk mendisiplinkan diri menggunakan masa
terluang dan mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah.

Menurut Agha, Tavafian, dan Hasani (2008) keberkesanan melakukan aktiviti fizikal
bergantung kepada beberapa halangan antaranya kekangan masa, sumber kewangan dan
keletihan dan stres dalam kalangan pelajar. Pengaruh rakan sebaya dan keluarga memainkan
peranan penting dalam menggalakkan amalan aktiviti fizikal.

Hills dan Byrne (2006) dan WHO (2011) telah mengenal pasti halangan-halangan dalam
melakukan aktiviti fizikal, antaranya kekurangan masa; kegagalan badan profesional kesihatan

2
untuk menyediakan penjagaan, perhatian, panduan dan nasihat yang sewajarnya untuk
meningkatkan sikap mengutamakan aktiviti fizikal; kurang pengalaman dalam menjalankan
aktiviti fizikal; kurang keyakinan diri; merasa rendah diri; perasaan malu; anggapan yang salah
tentang keperluan atau intensiti aktiviti fizikal yang perlu dilakukan; kegagalan untuk
menurunkan berat badan yang dijangkakan; kesakitan, ketidakselesaan akibat melakukan aktiviti
fizikal; toleransi rendah terhadap aktiviti fizikal kerana tahap kecergasan yang rendah; berat
badan yang berlebihan membawa kepada pelbagai penyakit dan kekangan untuk melakukan
aktiviti fizikal; had akses kepada kemudahan aktiviti fizikal; serta kurangnya motivasi dan bosan
dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

Menurut Yahya Buntat dan Mohd Rozikin Mohd Mokhtar (2010) pelajar amat
mementingkan aktiviti fizikal dan berusaha untuk mengekalkan status kesihatan yang baik.
Peningkatan dan pengekalan amalan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar kolej akan membantu
menghindarkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung koronari, strok,
osteoporosis dan kanser (Brevard & Ricketts, 1996; Haberman & Luffey, 1998). Huang et al.
(2003) mendapati pelajar melakukan amalan aktiviti fizikal yang rendah dan tidak mencukupi
berdasarkan keperluan aktiviti fizikal yang disarankan. Perhatian dan tindakan pelbagai pihak
perlu dilakukan untuk meningkatkan penglibatan pelajar. Pendidikan aktiviti fizikal perlu
diberikan tumpuan agar dapat mendidik pelajar tentang pentingnya melakukan aktiviti fizikal

1.1 Konsep Aktiviti Fizikal

Aktiviti Fizikal adalah sebarang pergerakan badan yang di lakukan oleh seseorang individu yang
melibatkan otot-otot seperti berjalan, jogging, berbasikal, bermain bola dan berenang. Aktiviti
fizikal atau senaman boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu anarobik dan aerobik. Anaerobik
bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan oksigen dalam proses penghasilan
tenaga, manakala aerobic pula membawa maksud aktiviti yang memerlukan oksigen untuk
menghasilkan aktiviti. Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal boleh memupuk sikap kendiri yang
positif, peningkatan kepercayaan diri, harga diri, ketegasan, kestabilan emosi dan kawalan diri.
Sallis, Prochaska, dan Taylor (2000) menyatakan ramai pelajar yang menghabiskan masa dengan
menonton televisyen dan menggunakan komputer telah meningkatkan risiko untuk mendapat
pelbagai penyakit kritikal. Kajian Haenle et al. (2006) menunjukkan bahawa 38.9 peratus

3
daripada golongan remaja tidak mempunyai aktiviti fizikal yang boleh dilakukan pada masa
lapang.

Sementara itu, amalan aktiviti fizikal sebagaimana yang di syorkan merupakan rawatan
jangka panjang untuk mengekalkan status kesihatan yang baik dan langkah pengawalan obesiti
akan memastikan status kesihatan yang baik dapat dikekalkan sepanjang hayat. Menurut Yahya
Buntat dan Mohd Rozikin Mohd Mokhtar (2010) pelajar amat mementingkan aktiviti fizikal dan
berusaha untuk mengekalkan status kesihatan yang baik. Peningkatan dan pengekalan amalan
aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar akan membantu menghindarkan pelbagai penyakit kronik
seperti kencing manis, penyakit jantung koronari, strok, osteoporosis dan kanser (Brevard &
Ricketts, 1996; Haberman & Luffey, 1998). Huang et al. (2003) mendapati pelajar melakukan
amalan aktiviti fizikal yang rendah dan tidak mencukupi berdasarkan keperluan aktiviti fizikal
yang disarankan. Perhatian dan tindakan pelbagai pihak perlu dilakukan untuk meningkatkan
penglibatan pelajar. Pendidikan aktiviti fizikal perlu diberikan tumpuan agar dapat mendidik
pelajar tentang pentingnya melakukan aktiviti fizikal.

1.2 Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian
tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.
(Clarke, 1976). Secara umumnya, individu yang dapat melakukan tugas hariannya dengan cergas
tanpa rasa penat, berada dalam keadaan sihat serta mempunyai tenaga untuk beriadah juga dapat
ditafsirkan sebagai kecergasan fizikal.

Menurut Corbin dan Lindsey (1988), kecergasan fizikal terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor.
Kecergasan berlandaskan kesihatan mempunyai lima komponen iaitu daya tahan kardiovaskular,
daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan. Manakala kecergasan
berlandaskan lakuan motor pula adalah ketangkasan, kepantasan, kuasa, masa tindakbalas,
koordinasi dan imbangan.

Setiap individu perlu melakukan aktiviti fizikal yang sesuai bagi mencapai tahap
kecergasan fizikal yang baik.. Aktiviti yang terdiri daripada gabungan senaman antara salah satu
cara yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan

4
dan kelenturan. Wilmore (1976) dan Pollock (1973) telah mencadangkan agar diadakan program
latihan yang sesuai dan berkesan bagi mengekalkan tahap kecergasan seseorang individu.

1.2 Konsep Kecergasan Fizikal

a. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan


i. Dayatahan kardiovaskular adalah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah
berfungsi secara berterusan sewaktu seseorang melakukan kerja untuk tempoh masa
yang lama. Adalah komponen yang terpenting dlm profail fisiologi manusia.
Melibatkan dayatahan aerobik dan anaerobik
ii. Dayatahan otot adalah kemampuan sesuatu otot atau kumpulan otot melakukan
pergerakan yang berulang-ulang untuk tempoh yang lama tanpa kelesuan. Bergantung
kepada kekuatan kecekapan pembekalan darah dan kemampuan otot mengeluarkan
asid laktik.
iii. Kekuatan otot adalah kebolehan sesuatu otot atau sekumpulan otot-otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya ( kerja). Peningkatan kebolehan paru-paru ke
kapasiti penggunaanya yang optima diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan ke otot-
otot utk mengelakkan kelesuan dan keletihan.
iv. Kelembutan adalah keupayaan sendi-sendi untuk membenarkan sesutau pergerakan
yang berlaku dengan licin tanpa menghadapi sebarang rintangan, Hasil pergerakan
biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen, tendon dan struktur sendi
seseorang.
v. Komposisi badan merupakan peratusan lemak menentukan berat badan seseorang.
Berat badan yang berlebihan dibahagian otot tidak membahayakan kesihatan
berbanding berat badan itu dari dominasi kumpulan lemak.

a. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Lakuan Motor


i. Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan
tubuh badan seseorang. Melibatkan pergerakan kesemua anggota badan. Kebolehan
menggunakan pancaindera, badan, dan hubungan dengan mental dalam pergerakan
yang sempurna.

5
ii. Imbangan adalah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti
seseorang dan dasar (tapak) yang menyokongnya di ubah.Imbangan statik : ketika
pusat graviti berada setempat. Imbangan dinamik : kebolehan mengekalkan
keseimbangan ketika pusat graviti diubah
iii. Ketangkasan adalah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan
berturutan kesesuatu arah yang berbeza dengan cekap, pantas, kemas dan mudah.
iv. Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Kebolehan individu melakukan
pergerakan pantas ( mengejut / explosive ) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat
dengan kecekapan yang tinggi
v. Masa tindak balas adalah suatu jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau
bertindak selepas menerima rangsangan, masa tindakbalas selalunya dikaitkan dengan
faktor ketangkasan
vi. Kepantasan merupakan kebolehan individu melakukan pergerakan yang berturutan
dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut sesutu arah. Kelajuan individu
berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak.( Jarak Langkah x
Kekerapan Melangkah = Kelajuan )

1.3 Badan Cergas Otak Cerdas

Dari awal lagi slogan “Kesihatan Melambangkan Kekayaan” dan “Badan Sihat, Otak Cerdas”
sering diungkapkan oleh orang ramai. Pelajar yang melakukan senaman atau aktiviti fizikal
sedikit sebanyak dapat mencerdaskan minda mereka. Mereka akan dapat belajar dengan baik dan
boleh member tumpuan ketika guru atau tenaga pengajar sedang mengajar apabila mereka
mempunyai minda yang cerdas. Minda yang cerdas adalah sinonim dengan badan yang cergas.
Individu yang melakukan aktiviti senaman dan renggangan setiap hari yang berjadual tidak akan
cepat letih dan akan selalu aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah mahupun di kolej atau
universiti. Sebagai seorang pelajar, aktiviti fizikal dan renggangan otot adalah antara aktiviti
yang penting bagi memastikan tahap kecergasan dan kecerdasan berada pada tahap yang
optimum agar mereka berada pada tahap kecergasan fizikal yang tinggi dalam menimba ilmu
pengetahuan.

6
Apabila seseorang berada dalam keadaan cergas fizikal, dia tidak akan menjadi seorang
yang malas dan tidak aktif (Hassan, 2000). Di samping itu, aktiviti fizikaldan aktiviti renggangan
juga dapat menyegarkan dan melancarkan perjalanan darah dalam anggota badan. Kelancaran
darah diseluruh badan akan membekalkan oksigen yang mencukupi kepada otak dan otot-otot.
Disebabkan itu, badan pelajar akan sentiasa dalam keadaan segar dan sihat. Oleh yang demikian,
kek erapan yang tinggi dalam melakukan aktiviti fizikal dan regangan memberi manfaat kepada
manusia khususnya pelajar yang sedang menuntut ilmu pengetahuan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

i. Faktor Pelajar Tidak Aktif

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati sebanyak 33.5% rakyat Malaysia tidak aktif secara
fizikal. Memberi kesan kepada aktiviti seharian dan menyumbang kepada tahap kecergasan
fizikal mereka.

ii. Faktor Obesiti

Tinjauan kebangsaan dan mobiditi ketiga (NHMS III) yang dijalankan di Malaysia pada tahun


2016 mendapati 5.36% daripada kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun mengalami masalah
berat badan yang berlebihan. Pelajar yang mengalami masalah kegemukan ini sukar untuk
menjalankan kehidupan seharian. Seseorang individu yang berada dalam kondisi obesisti
cenderung untuk berada dalam keadaan yang tertekan. Noorlaila Hamima (2007) dalam
artikelnya bertajuk Ubat Penenang menyatakan, seseorang itu cenderung untuk mengambil
makanan yang berlemak dan manis bagi mengatasi masalah kemurungan. Hal ini akan membawa
bukan sahaja kepada masalah obesiti namun kepada penyakit lain juga seperti diabetes dan juga
kerosakan buah pinggang.

iii. Faktor Amalan Pemakanan

Menurut shariff et al., (2008), kita akan jadi tidak sihat jika kita mempunyai tabiat makan yang
tidak sihat. Gaya pemakanan yang baik dan seimbang merangkumi amalan pemakanan mengikut
priamid makanan yang disyorkan serta mematuhi jadual seperti bersarapan pagi, makan tengah
hari dan makan malam. Pengambilan makanan yang berzat dan berkualiti sangat mempengaruhi

7
gaya hidup pelajar. Namun para pelajar sekolah lebih gemar akan makanan segera seperti KFC,
McDonald, Big Apple, Chicken Taxes dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pengambilan
makanan yang tidak seimbang dan mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.

3.0 CADANGAN

Saranan kekerapan melakukan aktiviti fizikal boleh dibahagikan kepada tiga kategori kumpulan
umur. Kategori umur yang pertama bermula seawal 5 tahun sehingga 17 tahun. Kategori umur
yang kedua bermula pada 18 tahun hingga 64 tahun dan yang terakhir berusia 65 tahun dan ke
atas. Saranan aktiviti fizikal bagi Umur 5 hingga 17 tahun iaitu untuk pelajar sekolah perlu
dilakukan sekurang-kurangnya 60 minit samaada dalam aktiviti fizikal tahap sederhana atau
tahap tinggi setiap hari. Tempoh yang lebih dari 60 minit akan memberikan lebih banyak faedah
kepada kesihatan.

Pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan mengadakan program-program


kecergasan dan kesihatan disamping mengadakan kempen-kempen gaya hidup sihat dan bengkel
pemakanan sihat. Bagi pelajar yang mengalami masalah obesiti, saranan aktiviti fizikal perlulah
bersesuaian dan mengikut prinsip latihan kecergasan dengan melakukannya secara ansur maju
dan berperingkat-peringkat. Pihak sekolah juga boleh membantu pelajar dalam amalan
pemakanan yang seimbang dengan berbincang dengan pihak kantin dan dewan makan dalam
penyedian makanan yang berkhasiat dan seimbang kepada para pelajar. Contoh aktiviti fizikal
untuk pelajar digambarkan dalam jadual.

Jenis Aktiviti Kategori Umur


Fizikal Kanak-kanak Remaja
Tahap Rendah •Berjalan santai •Berbasikal <5mph
•Bermain board games •Menari di dalam dewan
•Berjalan •Berjalan santai
Tahap Sederhana Bermain kasut roda •Bermain kasut roda
berbasikal, berjalan •Berjalan pantas
pantas •Berbasikal 5 - 9 mph
•Lompat atas trampolin
Tahap Tinggi •Bermain kejar-kejar •Berlari
•Berbasikal •Berbasikal >10 mph
•Lompat tali •Lompat tali
•Bermain bola sepak •Sukan pertahanan diri
•Berenang •Bersukan seperti futsal, sofbol dan
badminton

8
Senaman kardiorespiratori atau kardiovaskular ialah sebarang aktiviti yang meningkatkan
kadar denyutan jantung dan pernafasan. Senaman ini melibatkan penggunaan oksigen yang
banyak dalam jangka masa yang panjang dan melibatkan kumpulan otot yang besar secara
berulang-ulang. Contoh senaman kardiorespiratori yang dapat diterapkan kepada para pelajar
ialah dengan berjalan, berlari / berjoging, berenang, dan berbasikal. Sekurang-kurangnya 150
minit senaman intensity sederhana dalam seminggu. Saranan ini boleh dicapai melalui 30-60
minit senaman intensiti sederhana (lima hari seminggu) atau 20-60 minit senaman intensiti tinggi
(tiga hari seminggu). Kedua-dua sesi sama ada satu berterusan atau sesi pendek yang banyak
(sekurang-kurangnya 10 minit) boleh dilakukan untuk memenuhi jumlah senaman yang
dikehendaki setiap hari. Perkembangan secara beransur-ansur semasa latihan, kekerapan dan
intensiti disyorkan untuk pematuhan terbaik dan mengurangkan risiko kecederaan. Bagi mereka
yang tidak mampu untuk memenuhi latihan yang minimum ini, mereka masih boleh mendapat
manfaat daripada beberapa aktiviti yang lain.

Senaman rintangan pula ialah sebarang senaman yang memaksa otot rangka anda untuk
mengecut dan mengembang. Rintangan luaran (seperti beban) digunakan untuk melakukan
senaman rintangan, senaman ini dapat meningkatkan jisim otot, kekuatan, dan ketahanan otot.
Antara contoh senaman rintangan ialah tekan tubi, pull-up, shoulder press, squat dan biceps curl.
Latihan bagi setiap kumpulan otot utama untuk dua atau tiga hari setiap minggu dengan
menggunakan pelbagai latihan danperalatan. Senaman intensiti rendah adalah yang paling sesuai
untuk pelajar yang tidak aktif melakukan senaman. Dua hingga empat set untuk setiap senaman
dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kekuatan otot. Untuk setiap senaman, 8-12 kali
ulangan dapat meningkatkan kekuatan otot, 10-15 kali ulangan meningkatkan kekuatan untuk
pelajar yang kurang aktif yang baru melakukan senaman, dan 15-20 kali ulangan dapat
meningkatkan daya tahan otot. Pelajar perlu menunggu sekurang-kurangnya 48 jam antara sesi
latihan rintangan.

Senaman fleksibiliti merujuk pelbagai gerakan yang melibatkan otot atau sendi yang
boleh membantu anda meningkatkan julat pergerakan dan prestasi dalam sesuatu sukan.
Senaman fleksibiliti melibatkan gerakan sendi atau keupayaan sendi untuk bergerak bebas.
Senaman ini juga merujuk pergerakan otot anda, yang membolehkan pergerakan yang lebih di
sekitar sendi. Senaman regangan, yoga, tai-chi, dan teknik pernafasan yang betul dapat

9
meningkatkan keupayaan fleksibiliti seseorang individu. Pelajar perlu melakukan senaman
fleksibiliti sekurang-kurangnya setiap regangan perlu ditahan selama 10-30 saat pada titik
ketidakselesaan otot. Ulang setiap regangan sebanyak dua hingga empat kali sehingga mencapai
60 saat bagi setiap regangan. Regangan statik, dinamik, ballistik dan PNF semuanya berkesan.
Senaman fleksibiliti paling berkesan jika dilakukan ketika otot sedang hangat. Ini boleh
dilakukan dengan melakukan aktiviti aerobik yang ringan atau mandi air panas untuk
menghangatkan otot sebelum melakukan regangan.

4.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibincangkan ialah kesihatan yang baik serta berpanjangan untuk pelajar
adalah dengan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten dan mengamalkan cara pemakanan
yang baik dan seimbang. Terdapat banyak faedah melakukan aktiviti fizikal bagi para pelajar
antaranya adalah seperti mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, mengekalkan berat
badan ideal, meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan risiko hipertensi menurunkan berat
badan, mengurangkan risiko diabetes, mengurangkan kemurungan, mengurangkan risiko
abdominal obesiti, meningkatkan kecergasan kardiorespiratori dan otot, mengurangkan risiko
sindrom metabolic dan mengurangkan risiko berlebihan berat badan.

Berdasarkan tiga faktor yang mempengaruhi tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu amalan
pemakanan, pelajar tidak aktif dan obesiti, pihak sekolah dan para guru perlu lebih proaktif
dalam membimbing pelajar kearah gaya hidup sihat dan lebih baik. Usaha yang berterusan dalam
membina pelajar cergas dan cerdas ini sedikit sebanyak dapat melahirkan pelajar yang holistik
dalam semua aspek jasmani, intelek, emosi dan rohani.

Bagi isu obesiti pula, ibu bapa seharusnya lebih peka akan isu ini dalam menekankan
amalan pemakanan seimbang disamping memantau aspek kecergasan anak-anak mereka
seterusnya menjadi pendorong kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti
riadah bersama keluarga seminggu sekali juga merupakan satu aspek yang baik dalam
mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Justeru itu perlunya amalan dalam menitik beratkan konsep kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan yang merangkumi 5 aspek iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian

10
pelajar. Aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu dapat mengurangkan risiko
obesiti disamping pengambilan makanan yang seimbang dapat melancarkan sistem tubuh badan
bagi menjalankan kehidupan yang sihat dan cergas.

Kursus-kursus kecergasan fizikal perlu diberi kepada para guru agar sedikit sebanyak
dapat melahirkan guru yang berpengetahuan dalam aspek kecergasan dan seterusnya dapat
membantu para pelajar dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

5.0 RUJUKAN

Clarke, D.H. 1976. Application of measurement of health and physical education. Englewood

Cliffs, New Jersey: prentice Hall, Inc.

Corbin C.B. & Lindsey R. 1998. Concept of physical fitness with laboratories (6th ed). Dubuque,

Iowa: Wm. C. Brown Publisher.

Hassan, Muhammad Haniff. (2000). Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan dan

Perubatan. Singapura: Perdaus.

(NHMS 2015). Vol. II: Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems.

Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia 2015.

Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan Satu Panduan Hidup. Fajar Bakti Snd. Bhd. Shah Alam
Ibrahim S, Karim N.A, Oon N.L., Ngah W.Z.W. (2013). Perceived Physical Activity Barrriers to

Body Weight Status and Sociodemographic Factors Among Malaysian Men in Klang

Valley. BMC Pub Health, 13: 275

Wee, E. (2013). Contemporary issues in the teaching of PE in Malaysia. Journal of Physical

Activity, Sports, and Exercise 1: 17–20.

Ahli Panel Buku Sumber Guru Sains Sukan KBSM (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan

4. Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

11
Hasan Basari, Norhidayah. (2011). Tinjauan Perkaitan di Antara Komposisi Tubuh Badan dan

Paras Glukosa dalam Darah dengan Kekerapan Senaman Mengikut Kategori Umur dan

Jantina. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru, Johor.

12

You might also like