You are on page 1of 15

TAHAP KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR-PELAJAR LELAKI

BERUMUR 10, 11, 12 TAHUN DAN BERHUBUNG


DENGAN KOMPOSISI TUBUH BADAN

BAB 1
1.1 Pengenalan
Gaya hidup sihat masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari mengikut
perangkaan Kementerian Kesihatan pada 1hb. Jun 2006 ( Utusan Malaysia ). Dua
jenis penyakit membawa kepada peningkatan kadar kematian selain penyakit kanser
ialah penyakit koronori jantung dan strok. Peningkatan jumlah penyakit yang
disebabkan gaya hidup sedentari ini dikenalpasti akibat daripada kelalaian semua
pihak dalam menerapkan konsep gaya hidup sihat kepada semua lapisan
masyarakat khususnya golongan kanak-kanak.

Ini adalah kerana golongan inilah yang akan menjadi sebahagian besar masyarakat
dewasa yang sentiasa terdedah kepada ancaman penyakit akibat daripada sejarah
keaktifan mereka semasa kanak-kanak.

Kesedaran tentang pentingnya kecergasan fizikal mempengaruhi darjah potensi


sosial dari segi ekonomi dan produktiviti negara yang dinyatakan oleh YAB Datuk
Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi Tiada guna negara mempunyai rakyat yang cerdik
dan pintar tetapi berpenyakit dan tidak sihat akibat kurang cergas. Kenyataan beliau
telah dikeluarkan semasa pelancaran Majlis Kecergasan Kebangsaan ( NFC ) pada
12hb. Septembar 2004 di Bukit Jalil. Dengan pelancaran Majlis Kecergasan
Kebangsaan ini sedikit sebanyak membantu memperbaiki dan meningkatkan mutu

kesihatan dan kecergasan fizikal masyarakat di negara ini dengan bertindak sebagai
perunding, penyelaras dan pengawal serta penasihat dalam soal kecergasan untuk
menepati dan menyokong Dasar Sukan Negara dan Wawasan 2020.

Kecergasab fizikal yang tinggi adalah amat penting dalam menentukan kejayaan
sesebuah negara. Proses pembangunan serta kemajuan yang dicapai selaras
dengan peningkatan jangka hayat penduduknya. Ini adalah dipengaruhi oleh mutu
kesihatan serta tahap kecergasan fizikal yang tinggi dikalangan masyarakat di Barat.
Kemunduran yang dialami oleh masyarakat di benua Afrika contohnya dipengaruhi
oleh tahap kesihatan penduduknya. Dua jenis ancaman fenomena kesihatan yang
sering dialami di Negara-nagara Afrika iaitu obesiti di kalangan penduduknya serta
malnutrisi dikalangan kanak-kanak dan remaja. Dalam satu laporan oleh United
Nations Child Fund ( UNICEF, 15hb Oktober 2005 ). Seramai 300 juta kanak-kanak
diseluruh dunia sedang mengalami masalah malnutrisi. 27% daripada jumlah
tersebut adalah kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun. Kesan daripada
fenomena itu menyebabkan kadar kematian setiap tahun bagi kanak-kanak
meningkat melebihi 5.6 juta setiap tahun, ( UNICEF, 2hb Mei 2006 ).

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti


harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang
terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan
bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan
menggunakan pendekatan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

Menurut Falls ( 1980 ), Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang


berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu
perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik ( kekurangan pergerakkan )
seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.
Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu
untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan,
berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.

Kecergasan merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai


keupayaan untuk melakukan aktviti harian dengan lebih berkesan tanpa rasa letih
dan lesu serta masih mempunyai lebihan tenaga untuk aktiviti kesenggangan dan
semasa menghadapi kecemasan. Bompa ( 1999 ) menyatakan bahawa seseorang
itu dikatakan mempunyai kecergasan fizikal yang baik apabila dia mampu melakukan
aktiviti atau tugas harian tanpa mudah merasa lesu, mampu bertindak jika berlaku
sebarang kecemasan. Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas
harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai
tenaga yang mengcukupi untuk aktiviti mudah.

Mohd Salleh Aman dalam buku Sukan Dalam Masyarakat Malaysia ( 2004 ),
menyatakan bahawa Kecergasan menyeluruh tubuh badan terbahagi kepada empat
bahagian iaitu kecergasan fizikal, mental, emosi, dan sosial. Kecergasan fizikal pula
terbahagi kepada dua bahagian iaitu berasaskan kesihatan dan kecergasan
berasaskan kemahiran. Lima komponen kecergasan berasaskan kesihatan ialah :

1. kecergasan kardiovaskular : merupakan keupayaan untuk bersenam dan


bersukan dalam suatu tempoh yang panjang. Sistem pengaliran dalam tubuh
termasuklah pernafasan membekalkan oksigen untuk membolehkan aktiviti fizikal.

2. kelembutan : merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi-sendi dengan


sepenuhnya melalui pergerakkan.

3. daya tahan otot : keupayaan untuk menggunakan otot tulang rangka yang terlekat
pada tulang beberapa kali tanpa perubahan.

4. kekuatan : jumlah tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh otot. Lazimnya ini
diukur mengikut jumlah berat yang boleh diangkat oleh seseorang.

5. komposisi badan : peratus berat badan yang mengandungi lemak berbanding


dengan tisu-tisu badan yang lain seperti tulang dan otot. Pada umumnya, berat
badan individu terbahagi kepada 80% otot dan tulang manakala 20% lagi adalah
lemak.

Dalam era dimana obesiti dikalangan kanak-kanak adalah dalam keadaan yang
merunsingkan. Penilaian terhadap komposisi tubuh badan adalah salah satu
komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Jasmani dimana ia berpusat kepada
kemahiran, aktiviti fizikal sepanjang masa dan budaya hidup yang sihat. Melalui
Program Pendidikan Jasmani yang

berkulaiti. Penilain tentang komposisi tubuh

badan adalah salah satu komponen untuk mentafsir dan menilai kecergasan yang

lengkap yang mana ia merupakan informasi tentang tahap kecergasan dan kesihatan
masyarakat di sekolah.

Sebahagian besar daripada lemak pada tubuh badan adalah disimpan dalam sel
lemak, dibawah permukaan kulit ( subuetaneus fat ) dan keseluruhan organ tubuh
( viseral fat ). Sejumlah kecil lemak adalah disimpan pada sel-sel tubuh.

Bilangan pada lelaki sebanyak 3 5%, 8-12% pada perempuan. Lemak adalah asas
kepada fungsi tubuh badan sebagai contoh, lemak adalah sebahagian daripada
sistem saraf atau meliputi organ visceral pada wanita ( Kominsky & Dwyer, 2006 ).
Lemak pada subcutaneus dan visceral adalah memberi kepentingan kepada tubuh
badan tetapi lebihan lemak pada tubuh serta makanan akan meningkatkan risiko
penyakit kardiovaskular, hiperlipidermia, metabolik syndrome, krononary anteri
desease dan beberapa penyakit kanser.

1.2 Kerangka konseptual

Penilaian tahap kecergasan bagi pelajar-pelajar lelaki di sekolah rendah di daerah


Hulu Selangor menggunakan satu set bateri ujian seperti menggunakan Skinfold
Caliper dan Body Mass Index ( BMI ) untuk mengukur

komposisi lemak otot

( antropomeri ), Ujian Bleep ( Pacer ) untuk mengukur data bagi daya tahan
kardiovaskular, Ujian Curl Up untuk mengukur daya tahan otot abdominal, Ujian
Push Up untuk mengukur daya tahan otot dan kekuatan otot tangan dan Trunk Lift
untuk menguji kecergasan fleksibiliti otot.

Tahap kecergasan pelajar-pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun dalam Daerah
Hulu Selangor ini di kaitkan dengan komposisi tubuh badan mereka. Penyelidik akan
melihat korelari antara komposisi tubuh badan dengan tahap kecergasan pelajar
menggunakan ujian yang di ambil.

KERANGKA KONSEPTUAL
Tahap kecergasan fizikal dan hubungan dengan komposisi tubuh badan
pelajar-pelajar lelaki beruumur 10, 11, dan 12 tahun
dalam daerah Hulu Selangor

200 orang pelajar lelaki 10, 11, & 12 tahun

Hubungan / perkaitan

Komposisi
tubuh badan

Tahap
kecergasan
fizikal

Peratus lemak tubuh

Calf

Trisep
Komponen
Kardiovaskular
Kekuatan otot
Daya tahan otot
Fleksibiliti
Komposisi tubuh

Analisis data
SPSS 11.5
penulisan

Ujian
Pacer / Bleep test
Tekan tubi
Curl up
Trunk lift
BMI / skinford caliper

1.3 Pernyataan Masalah


Selain daripada kemerosotan kadar kesihatan di kalangan masyarakat, kurangnya
tumpuan untuk melibatkan diri dalam aktiviti senaman dan aktiviti fizikal
menyumbangkan kepada kemerosotan dalam prestasi sukan dikalangan kanakkanak. Fenomena ini telah menyebabkan bertambahnya masalah lebihan berat
badan dikalangan kanak-kanak hampir diseluruh dunia. Data mengenai lebihan berat
badan ( overweight ) dikalangan kanak-kanak telah meningkat pada 2% dalam
laporan WHO Eropah. Dalam tahun 2010, 1 daripada 10 orang kanak-kanak adalah
obesiti, jumlah daripada 15 juta yang terdapat di wilayah tersebut. Pengambilan diet
serta gaya hidup mempengaruhi tahap kesihatan dikalangan mereka.( Press
Release EURO / 11 / 06, Copenhagen, 13hb November 2006 )

Dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita sendiri di dapati masalah lebihan
berat badan dan obesiti tidak di beri perhatian secara serius oleh para ibubapa.
Masalah lebihan berat badan ini amat mempengaruhi tahap kesihatan serta
kecergasan fizikal kanak-kanak. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan,
Datuk Dr. Shafie Ooyub, sistem pendidikan negara terlalu menekankan kepada
pencapaian

akademik

menjadi

penyumbang

kepada

sikap

kanak-kanak

mengabaikan kesihatan mereka ( harian metro, 2006 ). Ini menyebabkan tahap


kecergasan pelajar-pelajar di negara kita amat membimbangkan.

Masalah lebihan berat badan ini adalah berkaitrapat dengan tahap kecergasan di
kalangan pelajar-pelajar di sekolah rendah. Penyelidik mendapati bahawa pada
peringkat umur 10, 11, dan 12 tahun kanak-kanak, tahap kecergasan kanak-kanak
perlu di beri perhatian kerana sebahagian besar kanak-kanak pada peringkat umur

ini mengalami masalah lebihan berat badan yang serius. Bukti menyebabkan
masalah berat badan dikalangan kanak-kanak memberi kesan terhadap tahap
kecergasan serta prestasi kanak-kanak dalam aktiviti fizikal.

Dalam hal ini, penyelidik akan cuba untuk mendapatkan korelasi di antara tahap
kecergasan dengan komposisi lemak badan dengan mendapatkan data melalui
beberapa ujian kecergasan seterusnya mengaitkan setiap ujian tersebut dengan
komposisi lemak badan. Penyelidik juga akan cuba mendapatkan perbezaan tahap
kecergasan fizikal dikalangan pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun.

1.4 objektif kajian


Objektif pengambilan data penilaian tahap kecergasan pelajar sekolah rendah di
seluruh daerah Hulu Selangor adalah berdasarkan objektif berikut :
I. Untuk mengetahui sejauh manakah perbezaan tahap kecergasan fizikal
dikalangan pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun.
II. Untuk

mengetahui

sejauh

manakah

perkaitan

antara

daya

tahan

kardiovaskular dengan komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12


tahun.
III. Untuk mengetahui sejauh manakah perkaitan antara daya tahan otot tangan
dengan komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun.
IV. Untuk mengetahui sejauh manakah perkaitan antara daya tahan otot
abdominal dengan komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun
V. Untuk mengetahui sejauh manakah perkaitan antara fleksibiliti otot dengan
komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun.

1.5 persoalan kajian


I. Untuk mengetahui sejauhmanakah perbezaan tahap kecergasan fizikal di
kalangan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun
II. Untuk

mengetahui

sejauhmanakah

perkaitan

antara

daya

tahan

kardiovaskular dengan kandungan lemak tubuh pelajar.


III. Untuk mengetahui sejauhmanakah perkaitan antara daya tahan otot tangan
dengan komposisi lemak tubuh pelajar.
IV. Untuk mengetahui sejauhmanakan perkaitan antara daya tahan otot
abdominal dengan komposisi lemak tubuh pelajar.
V. Untuk mengetahui sejauhmanakan perkaitan antara fleksibiliti otot dengan
komposisi lemak tubuh pelajar.

1.6 kepentingan kajian


Kajian korelasi adalah mengkaji perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah
yang

wujud

dalam

sesuatu

masalah.

Penekanan

yang

ditunjukkan

ialah

sejauhmanakah kaitan antara pembolehubah-pembolehubah ini ( Mohd Majid


Konting, Kaedah Penyelidikkan Pendidikan, DBP, 2005 ). Untuk itu, pengujian dan
penilaian dalam kajian ini adalah di rancang untuk mendapatkan maklumat tentang
tahap kecergasan murid serta perkaitannya dengan komposisi lemak tubuh pelajar
berumur 10, 11 dan 12 tahun di daerah Hulu Selangor. Ujian yang dijalankan secara
sistematik dan diharapkan dapat memotivasikan murid mengamalkan gaya hidup
sihat,

murid

kesejahteraan

akan
diri

lebih
serta

bertanggungjawab
memberi

dan

sumbangan

berkeupayaan

terhadap

mencapai

keharmonian

dan

kesejahteraan negara selaras dengan objektif Dasar Sukan Negara iaitu Sukan
Untuk Kesihatan dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Pengukuran dan penilaian kecergasan dirasakan amat perlu untuk menyediakan


maklumat yang piawai untuk menggambarkan tahap kecergasan fizikal murid di
sekolah-sekolah rendah di seluruh daerah Hulu Selangor. Melalui ujian kecergasan
serta pengambilan komposisi tubuh badan ( body mass index ), pelajar-pelajar akan
dapat mengetahui tahap kecergasan serta komposisi lemak tubuh badan mereka.
Maklumat yang sistematik ini akan menjadi rujukan bagi kesinambungan mereka
apabila berada di sekolah menengah kelak. Dalam kajian ini, perkara utama yang
akan dikenalpasti ialah hubungan tahap kecergasan fizikal dengan komposisi lemak
tubuh para pelajar sekolah rendah menjadi sampel ujian ini.

Dengan mengaitkan tahap kecergasan fizikal dengan komposisi otot tubuh badan
akan menjadi sumber rujukan tentang perkaitan antara kecergasan dengan
komposisi lemak tubuh pelajar-pelajar di sekolah rendah. Ini akan memudahkan para
pendidik matapelajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah mengenalpasti
perkembangan fizikal pelajar-pelajar tersebut sebagai persediaan dalam proses
pengajaran

dan

pembelajaran

matapelajaran

pendidikan

jasmani.

Menurut

Baumgartner & Jacson ( 1982 ), proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih bermakna dan berkesan jika prosedur penilaian yang disediakan mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan ke atas pencapaian pelajar. Ia secara langsung juga
membantu jurulatih sukan sekolah menengah merancang satu program khas untuk
meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar ini apabila mereka meningkat ke
sekolah menengah nanti.

Data yang diperolehi hasil daripada Program Penilaian Kecergasan ini juga akan
dijadikan rujukan kepada para pendidik matapelajaran pendidikan jasmani serta guru
sukan dan jurulatih sukan untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal serta
hubungkaitnya dengan komposisi lemak para pelajar di sekolah rendah. Ini
menunjukkan bahawa pengujian dan penilaian dalam pendidikan jasmani merupakan
elemen terpenting bagi memilih pelajar atau atlit ke sekolah menengah nanti. Bukti
menunjukkan bahawa pengujian dan penilaian kecergasan fizikal amat penting
seperti yang berlaku dalam pengambilan anggota polis, bomba, tentera dan
pertahanan awam. Kemampuan fizikal seperti kekuatan fizikal, komposisi tubuh
badan dan ujian kardiovaskular. Strategi yang lazim digunakan ialah prestasi fizikal
adalah berkaitan dengan kecemerlangan dalam prestasi kerja ( Reilly, Zedeck,
Tenopyr 1979, Jackson et al. 1998 )

Terdapat beberapa ujian yang perlu diubah untuk mendapatkan data dan maklumat
yang benar-benar tepat dan jelas dengan gambaran sebenar. Pengukuran untuk
komposisi tubuh ( BMI ) untuk komposisi lemak tubuh di tambah menggunakan ujian
lipatan kulit menggunakan alat iaitu Skinford Caliper sesuai digunakan disini.

Melalui ujian-ujian yang dijalankan, penyelidik akan dapat memperolehi skor tahap
kecergasan fizikal pelajar-pelajar sekolah rendah serta hubungkaitkannya dengan
komposisi lemak otot pelajar seluruh daerah Hulu Selangor. Penilaian kecergasan ini
akan dapat menggambarkan tentang tahap keupayaan fizikal pelajar sekolah rendah
di daerah Hulu Selangor. Ini akan dapat membantu jurulatih di daerah ini untuk
menyediakan skim latihan untuk pelajar-pelajar ini semasa di sekolah menengah
nanti.

Hasil kajian ini juga amat berfaedah untuk panduan kepada sekolah serta Jabatan
Pelajaran Negeri dalam menyusun jadual serta perancangan latihan fizikal yang
sesuai terhadap pelajar sekolah.

1.7 definisi operasional


I. Sedentari
gaya hidup yang tidak aktif atau kurang melakukan aktviti fizikal.
II. Kecergasan kardiovaskular
III. Kelenturan
IV. Daya tahan otot
V. Kekuatan
VI. Obesiti
VII. Malnutrisi

You might also like