You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI 1/2013

SK Taman Dato Harun (2),


KM 12, Jalan Klang Lama,
46000 Petaling Jaya, Selangor.

Tarikh
Masa
Tempat

: 24.1.2013
: 12.50 Tengah hari
: Anjung Wawasan

Kehadiran:
1. En. Fadzli Bin Ahmad
2. En. Abd Rahman Bin Moin
3. En. Ahmad Safwan
4. En. Mohd Mazli B Che Hussin
5. En. Mohd Khairul Hafiz B Abu Bakar
6. En. Mohd Harris B Kassim
AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN
KESIHATAN
1.1Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani Kali -1 bagi sesi 2013
1.2Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR
2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis
dengan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
yang terkini dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A)
531 Per 8 ].
2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.
2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah
disiapkan. Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT
2013. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy
dan Soft Copy.
2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurangkurangnya perlu ada tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.
AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN
3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatanberbentuk pengetahuan am akan
diadakan pada bulan Pendidikan Jasmani.
3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib
ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan
kesihatan.
3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada
bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut

perlu direkodkan didalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi
yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Selangor.
AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN
4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang
diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta
peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.
4.2 En. Haris mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah Pertandingan
kuiz menggunakan sumber kewangan PCG.
4.3 En. Khairul Hafiz mencadangkan supaya membeli
memandangkan kita kekurangan bola di stor PJ.

lebih banyak bola

4.4 En. Mazli Mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga
sebuah bangku gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan
pengajaran dalam KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain
yang bersesuaian untuk murid tahap 1.
AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan
memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga
segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman
peralatan.
5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik
mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang
terlalu sedikit untuk setahun.
5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar
yang segera untuk proses membuat tempahan barang.
AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.
Disediakan oleh :

Disemak oleh:

..
( EN. Mohd Khairul Hafiz B. Abu Bakar )
(
FADZLI
BIN
AHMAD )
Setiausaha ,
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia PJK
SK Taman Dato Harun (2)
SK Taman Dato Harun (2)
Petaling Jaya, Selangor.

You might also like