You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG,

PERAK
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
BIL 1/2022

TARIKH : 28 MAC 2022


MASA : 12:00 TENGAH HARI
HARI : ISNIN
TEMPAT : KANTIN
KEHADIRAN :

1 EN. SHAHAIZOL BIN SHAHARAL – PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


2 EN. MOHD EDDY BIN IDRIS
3 EN. MOHD ZAIZUL NAIM BIN ZAINUL
4 EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN ISMAIL
5 EN. SHAHRUL IDHAM BIN SHAHARUDIN
6 PN. ANISA BINTI AHMAD FAISAL
7 PN. BASHIROH BINTI ABD MANAH
8 PN. NUR LIANA BINTI AB RAHIM
9 PN. NOOR MADIYAH BINTI ABDULLAH
10 PN. SITI MARIATI BINTI MOHD SHARIFF
11 PN. SITI ROZANA BINTI MUNANDAN
12 PN. ROSNANI BINTI JUSOH
13 PN. SAHIDA BINTI SHAFIE
14 PN. IZWANI BINTI ISMAIL
15 PN. NAEMAH BINTI BHARIN@BAHARIN
16 PN. NUR MALIHAH BINTI KAMARUL HATTA
17 PN. ZALINA BINTI MAT YAMAN

1.PERUTUSAN PENGERUSI : UCAPAN KETUA PANITIA

1.1 En Hafiz selaku Ketua Panitia Matematik 2022 merangkap sebagai pengerusi
mengucapkan salam dan ucapan merakamkan penghargaan terima kasih atas
kehadiran, kerjasama dan sokongan semua guru.

1.2 Pengerusi memperkenalkan diri beliau dan berharap semua guru Pendidikan jasmani
dan kesihatan dapat memberikan kerjasama agar semua program yang telah
dirancang pada tahun 2022 dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 TAHUN 2021

2.1 Minit mesyuarat bil 1 tahun 2021 disahkan tanpa pindaan.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Ketua Panitia menekankan bahawa terdapat surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan
dengan perlaksanaan matapelajaran PJPK di sekolah yang perlu sentiasa dirujuk.
Dalam lampiran surat pekeliling tersebut ada dinyatakan berkaitan agihan masa, cara
berpakaian guru dan murid, keselamatan semasa melakukan aktiviti.

Tindakan: Makluman

3.2 Pemakaian murid bagi aktiviti PJ sekolah adalah t-shirt sukan sekolah, seluar sukan
sekolah, bertudung bagi murid perempuan dan baju perlu dimasukkan ke dalam
seluar bagi murid lelaki. Pemakaian guru juga perlu dijaga dan tidak menjolok mata.

Tindakan: Makluman

3.3 Sukatan pelajaran/RPH/RPT

3.3.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa dokumen yang terbaru dalam


matapelajaran PJPK adalah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) tahun 6 Semakan 2017

Tindakan: Guru PJPK tahun 6

3.3.2 Ketua Panitia juga menegaskan bahawa format penulisan RPH perlu
diselaraskan. Beliau menjelaskan perkara-perkara yang perlu ditulis dalam
RPH.

Tindakan: Semua guru PJPK

3.3.3 Ketua Panitia menjelaskan bahawa semua DSKP PJPK dan RPT PJPK boleh
di akses dalam bentuk QR CODE. QR CODE tersebut hendaklah disimpan
atau boleh ditampal dalam buku RPH.

Tindakan: Makluman dan Tindakan semua guru PJPK

3.4 Ketua Panitia memaklumkan bahawa peruntukan kewangan untuk Panitia PJPK
sudah dibekalkan. Oleh itu, Ketua Panitia meminta untuk guru-guru menyenaraikan
keperluan-keperluan peralatan PJPK yang diperlukan dalam menambah baik sesi
pembelajaraan PJPK.

Tindakan: Semua guru PJPK

3.5 Ketua Panitia menjelaskan bahawa ujian SEGAK akan dijalankan untuk murid tahun
4, 5 dan 6 pada bulan Mac 2022. Pembentukan jadual untuk ujian SEGAK akan
dikeluarkan kemudian.

Tindakan: Guru PJ tahap 2

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru sahaja yang dibenarkan untuk mengambil
peralatan PJK di dalam stor PJK atau murid boleh ambil peralatan dengan pantauan
guru.

Tindakan: Semua guru PJ

4.2 Selesai menggunakan peralatan PJK, guru perlu pastikan peralatan PJK disimpan
ditempat asalnya. Selain itu, segala peminjaman peralatan hendaklah dicatatkan
dalam buku catatan peminjaman peralatan.

Tindakan: Semua guru PJ

4.3 Guru-guru juga diminta untuk menyenaraikan peralatan yang diperlukan dalam kadar
yang segera untuk proses membuat tempahan barang.

Tindakan: Semua guru PJ

4.4 Stor yang berada ditepi padang, merupakan stor untuk pasukan elite sekolah.

Tindakan: Makluman

4.5 Padang yang berada dibelakang boleh digunakan bagi kelas yang berada
berdekatan dengannya, iaitu tahun 3 dan tahun 4

Tindakan: Semua guru PJ

4.6 Ketua Panitia menegaskan bahawa semua guru PJ perlu memastikan dan
mengutamakan keselamatan murid semasa mengendalikan aktiviti.

Tindakan: Semua guru PJ


5. PENUTUP

5.1 Penghargaan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan
dalam melaksanakan mesyuarat kali pertama ini.

5.2 Ketua Panitia berharap agar guru-guru dapat membantu dan berganding bahu
bersama-sama dalam menjayakan segala perkara yang perlu dilaksanakan dalam
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini.

5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:30 tengah hari.

Disediakan oleh,

rozana
(SITI ROZANA BINTI MUNANDAN)
Setiausaha PJPK,
SK Seri Manjung

Disemak oleh,

Hafiz
(MUHAMMAD HAFIZ BIN ISMAIL)
KP PJPK,
SK Seri Manjung

Disahkan oleh:

You might also like