You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

KECERIAAN MAKMAL SAINS


SK TUALANG TINGGI

1. PENDAHULUAN

Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah yang memberi
peluang dan kemudahan kepada murid dan guru untuk menjalankan aktiviti dan
penyiasatan berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak
kemudahan bahan dan alatan yang disediakan di dalam makmal sains. Bahan-
bahan dan alat radas ini sangat berguna untuk digunakan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta
persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk
mempelajari subjek sains.

2. OBJEKTIF
2.1 Menyusun semula bahan dan alat radas di dalam makmal secara sistematik.
2.2 Melabel bahan dan alat radas yang disusun mengikut nama dan jenis bahan.
2.3 Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.
2.4 Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan alat radas yang terdapat
di dalam makmal sains.

3. SASARAN

Pelajar tahun 1- 6 SK Tualang Tinggi


4. TARIKH DAN MASA

Tarikh : 1- 26 Mac 2018

Masa : Waktu Persekolahan (7.40 pagi - 1.00 petang)

Tempat : Makmal Sains SK Tualang Tinggi

5. AKTIVITI

Aktiviti yang dicadangkan.

1. Membersihkan dan menyusun semula bahan dan alat radas di dalam makmal
secara sistematik.
2. Menceriakan persekitaran makmal sains.
3. Melabel bahan dan alat radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.
4. Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.
5. Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan.
6. Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan alat radas di dalam
makmal.
7. Membersihkan dan membuang alat radas yang telah pecah dan tidak boleh di
gunakan lagi.

6. KEWANGAN

Anggaran perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Kuantiti Amaun (RM)


1 ‘Sugar paper’ 5 x RM 1.00 RM 5.00
2 Kertas warna kuning 20 x RM 0.20 RM 4.00
3 Pita pelekat 2 x RM 1.50 RM 3.00
4 Kertas ‘laminate’ 1 x RM 15.00 RM 15.00
JUMLAH RM 27.00
7. Penutup

Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih
teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar
melakukan aktiviti – aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Penyusunan bahan dan alat
radas sains yang tersusun memudahkan murid-murid untuk merasai dan meneroka
bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat
meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang
selesa. Oleh itu, makmal dapat digunakan secara maksimum.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… …………………………….
( PN. ZAHARAH BT. HAMZAH) ( EN. SAUPI B. MAT ZAIN )
Ketua Panitia Sains Guru Besar,
SK Tualang Tinggi SK Tualang Tinggi

You might also like