You are on page 1of 3

PELAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN

Nama Program : Pertandingan Mencari Harta Karun


Tarikh : 20/10/2018
Hari : Sabtu
Tempat: Makmal Komputer, Kantin, Surau, Dataran Hajjah Halimah, Parking Basikal,
Dewan Gemilang, Dewan Terbuka, Pondok Jaga

Cadangan Pelaksanaan:
7.30 pg : Murid berkumpul di Dataran Hajah Halimah mengikut kumpulan (10 kumpulan)
Taklimat

7.40 pg : Murid bergerak ke Check Point mengikut kumpulan

8.30 pg : Semua kumpulan berkumpul semula di Dataran Hajah Halimah

Arahan Tugasan:
Check Point 1: Surau
1. Sila baca Doa Qunut.
2. Dengarkan laungan Azan (Kumpulan Lelaki)/ Dengarkan lafaz Iqamah (Kumpulan
Perempuan)
3. Sila ambil catatan masa.
Sila bergerak ke Dewan Gemilang

Check Point 2: Dewan Gemilang


1. Anda diminta mengambil wudhu’ dengan menggunakan air dari spray
2. Sila ambil catatan masa
Sila bergerak ke Kantin
Check Point 3: Kantin
1. Namakan 2 pulau di Pantai Timur.
2. Apakah sungai terpanjang di Malaysia?
3. Namakan Banjaran yang menjadi Tulang Belakang di Malaysia.
4. Sila tandakan jawapan yang betul.
Sila bergerak ke Dewan Terbuka

Check Point 4: Dewan Terbuka


1. Sila bentuk barisan kawad dalam 3 barisan.
2. Ketua kawad diminta memberi 4 arahan kawad statik.
3. Sila ambil catatan masa.
Sila bergerak ke Makmal Komputer

Check Point 5: Makmal Komputer


1. Wakil kumpulan, sila lakonkan bahasa isyarat berikut (tanpa suara), ahli kumpulan
akan meneka isyarat yang dibuat:

BUAH TANGAN BESAR HATI KAKI BANGKU

2. Sila ambil catatan masa.


Sila bergerak ke Parking Basikal

Check Point 6: Parking Basikal


1. Sila nyanyikan lagu sekolah SK TUALANG TINGGI dan Lagu NEGARAKU
2. Sila ambil catatan masa.
Sila bergerak ke Pondok Jaga

Check Point 7: Pondok Jaga


1. Anda diminta menyelesaikan teka teki yang disediakan.

Soalan:

Ulat daun tidur berembun


Di pohon kelapa setiap masa
Banyak daun perkara daun
Daun apakah dahan tiada?
JAWAPAN:…………………………………………………………..

Tuan puteri belajar menari


Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
JAWAPAN:…………………………………………………………..

Minah ketawa terjerit-jerit


Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?
JAWAPAN:…………………………………………………………..

Kalau tuan pakai lencana


Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?
JAWAPAN:…………………………………………………………..

Orang bekerja diberikan upah


Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?
JAWAPAN:…………………………………………………………..

2. Sila tandakan jawapan yang betul.


Sila bergerak ke Dataran Hajah Halimah

Check Point 8: Dataran Hajah Halimah


1. Setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari benda yang tersembunyi dalam
pinggan. ( gula-gula disembunyikan di dalam pinggan yang berisi tepung)
2. Setiap ahli kumpulan perlu meniup tepung dan mengambil gula menggunakan
mulut dan meletakkan di dalam bekas khas.
3. Sila ambil catatan masa.

You might also like