You are on page 1of 34

Persekutuan Pengakap Malaysia

Cawangan Daerah Bau


Negeri Sarawak

LENCANA KERIS PERAK


UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK

Nama:.
………………..............................................Sekolah:
…………....................................................
No Tel:.....................................................................
Email:......................................................................
Tahun: 5

BIODATA AHLI PENGAKAP Gambar


Beruniform

Nama:…………………………………………………………
No KP:………………………………………………………….
Tarikh Lahir:……………… Tempat Lahir:…………………
Alamat Rumah:……………………………………………..
………………………………………………………………….
No Tel…………………. Emel:……………………………….
Tarikh Menyertai Pengakap:……………………………..
Nama Ayah:………………………………………………….
Pekerjaan:…………………… No Tel:...............................
Nama Ibu:…………………………………………………….
Pekerjaan:………………….. No Tel: ………………………

Tandatangan:……………………………………………….

REKOD PENYERTAAN PENGAKAP


BI TAJUK TARIKH TANDATANGA
L UJIAN N PENGUJI
A KESETIAAN
1. Menyanyi lagu kebangsaan dan lagu
kebesaran negeri
2. Mengetahui maksud lambang pada
bendera
3. Melukis lambang Pengakap
4. Nama pembesar-pembesar Negara
5. Persetiaan dan undang-undang
Pengakap
6. Pesuruhjaya Pengakap Daerah
7. Sejarah Pengakap
8. Rukun-rukun sembahyang
B KESIHATAN DAN KESELAMATAN
1. Kebersihan fizikal dan mental
2. Sebab-sebab kulit melecur
3. Senaman
4. Pernafasan tradisi Pengakap
5. Merawat hidung berdarah
6. Merawat penyakit kulit
7. Merawat luka dan melecur
8. Bahaya alat elektrik
9. Bahaya ubat tanpa nasihat doctor
10.Kegunaan peti pertolongan cemas
C KECEKAPAN
1. Latihan asas perbarisan
2. Asas ikatan dan simpulan
3. Menaikkan bendera
4. Permainan berpasukan
5. Panjat tali atau sejarah keluarga
6. Berenang atau berbasikal
D PENYERTAAN
1. Haiwan terbang dan haiwan
daratan
2. Pembinaan makanan oleh
tumbuhan
3. Kebersihan makanan
4. Sains computer attau ucapan halo
5. Penggunaan telefon
6. Wang simpanan
7. Tarian atau nasyid
E PERKHIDMATAN
1. Pakaian lama/terpakai
2. Alat perhubungan
3. Syarahan
4. Doa
5. Akaun perbelanjaan
6. Bantuan dalam air
Lencana Pengetahuan (Dapatkan dua daripada kategori ini)
1. Ahli olahraga
2. Ahli pasukan permainan
3. Ahli sains
4. Pencinta alam semula jadi
5. Pembaca peta
6. Pengembara
7. Pemeliharaan alam sekitar

Lencana Perkhidmatan (Dapatkan dua daripada kategori ini)


1. Pekerja am
2. Pengurus rumah
3. Penyelamat nyawa
4. Ahli pertolongan cemas
LENCANA KERIS PERAK
A. KESETIAAN
1. MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta.

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

2. LAGU KEBESARAN NEGERI SARAWAK

Sarawak tanah airku,


negeriku tanah airku Sarawak,
engkaulah tanah pusakaku,
tanah tumpah darahku,
Ibu Pertiwiku.
rakyat hidup mesra dan bahagia,
damai muhibbah sentiasa,
bersatu,berusaha,berbakti,
untuk Sarawakku cintai.
Sarawak tanah Malaysia,
aman makmur rahmat tuhan,
maha esa,kekallah Sarawak bertuah,
teras perjuangan rakyat,berjaya berdaulat

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

3. BENDERA MALAYSIA.

Maksud:
1. Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih (14) melambangkan Malaysia
mempunyai 13 negeri dan satu Wilayah Persekutuan
2. Bulan dan bintang melambangkan agama islam
3. Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan semua negeri di bawah
satu pemerintah
4. Warna kuning pada bulan bintang melambangkan raja-raja
5. Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat
6. Warna merah dan putih melambangkan kedaulatan pemerintahan dan
kesucian

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

4. BENDERA NEGERI SARAWAK


Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
5. CARA-CARA MELIPAT BENDERA.

Seorang pengakap mesti mempunyai kemahiran melipat bendera dengan


sempurna untuk disimpan. Ini sebagai salah satu cara menghormati
bendera di samping untuk memastikan supaya ia tahan lama. Cara-cara
melipatkan adalah seperti berikut. (Dua orang pengakap diperlukan
untuk melipat)

1. Mula-mula bentangkan bendera di atas tanah atau lantai.


2. Setiap seorang pengakap hendaklah memegang dua penjuru bendera,
kemudian dilipat dua bendera tersebut secara memanjang.
3. Untuk mengecilkan saiznya, lipat sekali lagi
4. Kemudian lipat dua bendera yang sudah dilipat empat tadi
5. Seterusnya lipat bendera sehingga saiznya berukuran kira-kira 25 cm x
30 cm
6. Ikat bendera tadi menggunakan simpul sentak
Tandatangan Penguji:

……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

6. LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA


Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

7. PEMBESAR NEGARA/NEGERI
YANG DI-PERTUAN AGUNG
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Y.A.B

Premier Negeri Sarawak

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji


Abang Johari Tun Openg

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

8. PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia
yang saya
dengan seberapa daya upaya saya
akan;
Taat kepada tuhan, raja dan Negara
Menolong orang setiap masa
Menurut undang-undang pengakap
Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..

9. UNDANG-UNDANG PENGAKAP

a. Dipercayai
b. Taat
c. Berguna
d. Bersaudara
e. Berbudi
f. Kasihkan binatang
g. Menurut perintah
h. Sabar
i. Berjimat
j. Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuata

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
10.PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH BAU

Tahun, 2022 hingga sekarang

Encik Nelyson Anak Kinot


Sekolah Kebangsaan Pedaun bawah
Pejabat Pendidikan Daerah Bau
Jalan Tasik Biru
94000 Bau

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
11.SEJARAH PERKEMBANGAN PENGAKAP

Bermula dari ilham Lord Baden Powell yang berkhidmat dalam tentera dan
pernah bertugas di India dan beberapa buah negeri di benua Afrika. Hasil
pengalaman beliau melatih tentera dan bergaul dengan berbagai bangsa dan
puak member ilham menubuhkan pergerakan pengakap.
Beliau merangka rancangan beliau bagi pergerakan pengakap pada tahun
1906. Ini merupakan rancangan latihan bagi menolong membentuk akhlak dan
jasmani kanak-kanak tanpa mengira kepercayaan dan lapisan masyarakat.
Seterusnya mengadakan perkhemahan di Pulau Brownsea, England pada tahun
1907.

1908 diwujudkan panduan asas bagi pergerakan pengakap sedunia dan


digunakan sehingga ke hari ini.

1912, BP telah mengelilingi dunia ntuk menemui Pengakap dari seluruh dunia.
Ini titik permulaan persaudaraan pengakap sedunia.
1916, penubuhan unit pengakap kanak-kanak.1919 BP telah mengadakan satu
tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenal sebagai
Gilwell Park di London. Ini adalah pusat latihan ahli dan pemimpin pengakap
yang terulung di dunia.

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
12.RUKUN SEMBAHYANG.

Setiap agama mempunyai tatacara dan rukun-rukun sembahyang masing-


masing. Ahli pengakap telah berikrar dan bersetia beberapa kali. Salah satu
aspek penting dalam persetiaan dan undang-undang pengakap ialah taat kepad
tuhan. Pengakap mestilah mengetahui rukun-rukun sembahyang mengikut
anutan dan peraturan agama masing-masing
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
............
Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

B. KESIHATAN DAN KESELAMATAN


13.MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN

 Kebersihan diri dan persekitaran sangat penting bagi menjamin


kesihatan.
 Pengabaian kebersihan merupakan punca utama berlakunya sesuatu
penyakit atau wabak.
 Pada setiap tahun masyarakat diserang wabak seperti denggi, taun dsb.
 Kebanyakan penyakit berlaku kerana sikap penduduk di Negara ini yang
mengabaikan kebersihan diri dan persekitarannya.
 Kebersihan diri perlu dijaga.
 Setengah masyarakat masih mengabaikan kebersihan diri antaranya
memakai pakaian yang kotor, pakaian berbau busuk, tidak mandi, tidak
membersihkan diri, tidak memakai kasut, tidak membasuh tangan
sebelum menjamah makanan, kuku dan rambut yang panjang.
 Dari segi kebersihan persekitaran di rumah perlu dijaga untuk menjamin
kehidupan keluarga yang sihat sejahtera.
 Antaranya; rumput tidak dibiarkan panjang, longkang sentiasa bersih,
tin-tin tidak bersepah, sampah sarap diurus dengan baik.
 Keadaan ini dapat mengelakkan tiada sarang dan tempat bacteria
dihapuskan dari merebak.
 Aktiviti yang sesuai dilakukan adalah pengakap perlu bersama
masyarakat bergotong royong membersihkan kawasan rumah dan
persekitaran.
 Pengakap juga boleh membantu ibu bapa atau keluarga membersihkan
kawasan rumah dan sekitar disamping menjaga kebersihan diri.

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
14.FAEDAH BERSENAM
 Senaman sangat penting bagi peredaran darah dan pergerakan otot-
otot.
 Jantung dapat berfungsi dengan sepenuhnya
 Jantung dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan
kadar yang seimbang
 Peredaran darah yang seimbang sangat penting bagi menjamin
kesihatan badan
 Bahan-bahan kumuh akan keluar melalui kulit bersama-sama
peluh.
 Bahan-bahan kumuh merupakan bahan yang tidak diperlukan oleh
badan manusia dan perlu dikeluarkan.

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

15.MENGETAHUI CARA MEMBERHENTIKAN DARAH YANG


KELUAR DARI HIDUNG

 Pendarahan hidung berpunca daripada beberapa sebab seperti


demam yang terlalu kuat, cuaca yang terlampu panas dan pukulan
terus ke hidung.
 Rawatan bagi hidung yang berdarah dapat diberikan dengan cara
menyuruh pesakit menundukkan sedikit kepala ke hadapan.
 Kemudian picit hidungnya dengan tangan.
 Jangan biarkan pesakit terdongak ke belakang kerana ini boleh
menyebabkan darah dalam hidung mengalir memasuki mulut dan
tertelan.
 Keadaan ini boleh mengakibatkan pesakit berasa resah, muntah
serta sesak nafas
 Longgarkan kolar dan butang baju pesakit
 Memicitkan hidungnya lebih 10 hingga 15 minit atau boleh
dilakukan sendiri
 Pesakit dinasihati supaya bernafas melalui mulut sehingga
beberapa lama

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

16.MENGETAHUI BAHAYA ALIRAN LETRIK, GAS

 Banyak perkakakas elektrik digunakan di rumah seperti tv, radio,


seterika, peti sejuk, kipas, cerek, periuk nasi, mesih basuh dsb.
 Penggunaan perkakas tersebut member kesenangan dan kemudahan
kepada kita semua.
 Namun begitu, pengguna sentiasa terdedah kepada kemalangan dan
kecederaan
 Mungkin boleh membawa maut jika tidak berhati-hati.
 Beberapa langkah perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan
semasa menggunakan peralatan elektrik
 Menyambung satu perkakas elektrik pada satu plag sahaja.
 Setiap perkakas elektrik disambung dengan betul dan dilakukan oleh
mereka yang mahir.
 Tidak membaiki sendiri alat elektrik yang telah rosak
 Pembaikan dan pemasangan yang salah boleh membawa maut.
 Setiap plag 3 pin telah dimasukkan fius yang sesuai dengan arus elektrik
yang mengalir melaluinya. Contohnya fius 2Ampere dipasang pada
kipas meja dan radio. Cerek elektrik 13Ampere, penyaman udara
15ampere. Tugas fius untuk memastikan supaya arus yang sesuai
dibekalkan pada alat berkenaan. Arus yang melebihi hadnya , fius akan
putus dan alat elektrik akan rosak.

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:……………………………………………………….
BAHAYA GAS

 Gas memasak membantu kita untuk memasak.


 Perlu dikendali dengan baik
 Peralatan dapur seperti kepala gas, saluran gas, kunci pada salur
gas, kebersihan dapur mesti diperiksa secara berkala
 Sekira peralatan tersebut kotor, bocor, haus perlu diselenggara dan
ditukar baru
 Kerosakan dan kebocoran boleh merbahayakan pengguna
 Jangan terleka semasa mengendalikan dapur memasak
 Memasak terlalu lama boleh menyebabkan letupan dan kebakaran
 Gas boleh meletup dan mudah terbakar
 Ini boleh menyebabkan kebakaran, melecur, kemusnahan harta
benda, kecederaan dan kematian
 Pastikan tingkap sentiasa terbuka semasa menggunakan gas
 Sebarang perubahan seperti bau gas yang bocor dapat dikesan lebih
awal.

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

17.MENGENAL PETI PERTOLONGAN CEMAS

 Kapas
 Kain kasa
 Paster
 Pin penyemat; menyemat pembalut luka
 Dettol; membersihkan luka
 Larutan iodine dan ubat luka; ubat luka
 Minyak angin; sakit perut dan sakit biasa
 Vicks; selsema, gigitan serangga, sakit tengkuk
 Krim antisan; ubat gigitan serangga
 Panadol; ubat demam
 Optone; ubat mata
 Burnal; untuk terbakar
 Pembalut segi tiga; untuk membuat anduh, pad bulatan dan
pelbagai kegunaan pertolongan cemas
 Gungting atau pisau; memotong kain kasa, tali ketika kecemasan

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

C. KECEKAPAN
18.ASAS KAWAD KAKI

 Ke belakang pusing
Arahan ke belakang pusing bermaksud pengakap seharusnya
berpusing membelakangi jurulatih.
Pergerakan ini sama dengan ke kanan pusing.
Sudut pusingan kaki sahaja berbeza
Sudut pusingan 180 darjah
Bahasa hukuman, ‘Baris menghadap ke belakang, ke belakang
pusing.’
Apabila ingin menghadap ke hadapan, bahasa hukumannya ialah
‘Baris menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.’

 Buka barisan

 Tutup barisan

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

19.IKATAN
a. BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan
tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti
mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan
mengikat khemah yang dilipat.

b. BUNGA GETI

Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung
bendera dalam flag break.

c. SIMPUL SENTAK
Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

20.MEMASANG, MENGIBAR, MENURUN DAN MELIPAT


BENDERA

Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang demikian
menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan dan cara yang sopan.
Cara-cara yang sesuai ialah :-
I. Sebelum menaikkan bendera ujilah tali temali bendera terlebih dahulu
bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga
menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.
II. Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
III. Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah
berpakaian kemas.
IV. Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-
lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah
dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula
keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah
pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan
kemudian menurunkannya terus.
V. Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
VI. Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya
tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai
ke bawah.
VII. Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik
di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
VIII. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup
sesuatu melainkan sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup
keranda dalam Istiadat Pemakaman/Pengkebumian Negara.
ix) Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap
sebagai bendera yang uzur.
IX. Bendera yang uzur hendaklah tidak dikibarkan kerana pengibarannya
menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan
cara yang sopan dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa
menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri Jika hanya dua bendera dikibarkan
pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan maka susunannya adalah
seperti berikut:

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri, maka susunannya ialah
seperti berikut:
Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

D. PENYERTAAN
21.MENGETAHUI 5 JENIS HAIWAN DAN SIFAT KHUSUSNYA

BI HAIWAN SIFAT KHUSUS


L
1 *Saiz *Bentuk paruh
*Bulu *Bentuk kaki
*Sayap *Pemakanan
*Warna *Habitat khusus

2 *Saiz *Bentuk paruh


*Bulu *Bentuk kaki
*Sayap *Pemakanan
*Warna *Habitat khusus

3 *Saiz *Bentuk paruh


*Bulu *Bentuk kaki
*Sayap *Pemakanan
*Warna *Habitat khusus

4 *Saiz *Bentuk paruh


*Bulu *Bentuk kaki
*Sayap *Pemakanan
*Warna *Habitat khusus

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

22.MENGETAHUI CARA TUMBUHAN MENDAPATKAN MAKANAN,


CARA MENYIMPAN MAKANAN

Fotosintesis adalah proses pembuatan molekul makanan berenergi tinggi dari


komponen yang lebih sederhana, yang dilakukan oleh tumbuhan autotrof
(tumbuhan yang dapat membuat makanan sendiri).
Daun merupakan komponen utama pada tumbuhan yang berperanan dalam
fotosintesis ini, pada daun terdapat klorofil (zat hijau daun), klorofil inilah yang
akan menyerap energi matahari sehingga dapat dimanfaatkan untuk
menghasilkan energi (nutrisi).

Fotosintesis berperanan sangat penting bagi seluruh kehidupan organik di bumi.


Karena selain menghasilkan energi, proses fotosintesis juga akan menghasilkan
oksigen untuk kehidupan manusia dan makhluk hidup lainnya.

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

B. FUNGSI FOTOSINTESIS

 Fungsi utama fotosintesis adalah untuk memproduksi glukosa sebagai


sumber energi utama bagi tumbuhan, dengan adanya glukosa ini akan
terbentuk sumber energi lemak dan protein pula. Zat-zat ini akan menjadi
sumber makanan bagi manusia dan haiwan, oleh itu proses fotosintesis ini
sangat penting dalam kehidupan kita.
 Prose Fotosintesis dapat membersihkan udara. Udara dibersihkan dengan
diserapnya karbondioksida dan dihasilkannya oksigen. Sehingga sering
kita dengar penanaman pokok untuk membersihkan udara, karena ada
proses fotosintesis inilah pokok berguna untuk membersihkan udara kita.
Dalam proses fotosintesis ada 4 bahan yang harus dimiliki, iaitu :

 Karbondikoksida (CO2)
 Air
 Cahaya Matahari
 Klorofil

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

23.ASAS KOMPUTER

Komponen Asas Komputer

CPU / Processer Papan induk (motherboard)


(Central Processing Unit)

Monitor (monitor) Pemacu cakera keras


(hard disk drive)

Papan Kekunci (Keyboard) Tetikus (Mouse)


Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
24.MENGETAHUI PENGGUNAAN TELEFON AWAM

 Telefon awam juga dikenali sebagai telefon berbayar kemudahan


perhubungan dengan bayaran mengikut tempoh masa dan jarak
digunakan orang awam
 Bayaran boleh menggunakan duit syiling, kad debit (termasuk kad
telefon)
 Telefon awam lebih menjimatkan.
 Jika berlaku kecemasan.
 Harga panggilan yang murah
 Punca kerosakan telefon awam:

 Perbuatan vandalisme - menimbulkan kesukaran dan mungkin


memudaratkan pengguna lain.
 Perbuatan suka memecahkan telefon,
 Memutuskan wayar dan

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
E. PERKHIDMATAN
25.MENGETAHUI DAN MEMAHAMI ISYARAT WISEL

Tiupan 3 kali, pendek; memanggil Ketua Patrol


Tiupan 2 kali pendek; memanggil penolong ketua patrol
Tiupan 1 kali pendek; memanggil QM

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

26. MENDENGAR SYARAHAN ATAU CERAMAH DAN MEMBUAT


CATATAN
Mendengar Syarahan
Merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian
kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi
tertentu, atau alat pandang dengar.
Tujuan Mendengar
 mendapatkan maklumat
 mencatat nota
 menjalankan atau menunaikan arahan
 mengecam bunyi
 mengenal pasti sesuatu perkara
 menjawab soalan
 mengingat dan menyatakan kembali perkara yang didengar
 bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkara yang didengar

Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Antara perkara-perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa mendengar


kuliah ialah:
 Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa
 Berikan tumpuan kepada guru
 Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah. Ini ialah untuk memberikan
tumpuan pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak
disampaikan
 Elakkan perasangka buruk terhadap guru atau penceramah. Yang penting
bukannya orangnya tetapi isi kuliahnya
 Bersifat positif dan terbuka
 Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti
 Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang
dikemukakan oleh guru atau penceramah
 Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru
yang didengar
 Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri
untuk mengekalkan daya ingatan anda
 Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama
dan rumusan yang dibuat oleh guru atau penceramah.
Contoh Laporan:

Nama Penceramah

Tarikh

Masa

Tempat

Tajuk

Isi Penting

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..
26.MENGETAHUI CARA MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA
SESEORANG DI AIR DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN

Bentuk-Bentuk Pertolongan
Pertolongan yang dilakukan harus sesuai dengan keadaan mangsa.
a. Pertolongan pada mangsa yang masih dalam keadaan sedar
Anda dapat memberikan pertolongan dengan cara berikut.
1. Memberikan pertolongan dengan peralatan yang tersedia seperti ban dan
pelampung atau barang lain yang dapat terapung. Penggunaannya diikatkan
pada seutas tali sehingga mudah ditarik.
2. Melakukan pertolongan langsung kepada mangsa jika mangsa berada
dalam kolam atau terapung-apung di permukaan air.
3. Jika korban masih dapat menggerakkan anggota tubuh (akibat tidak mahir
berenang), pertolongan dapat dilakukan dengan mendorong tubuh korban
ke arah sisi kolam secara perlahan-lahan.

Gambar: Pertolongan dengan menggunakan ban

b. Pertolongan pada mangsa dalam keadaan tidak sedar


Kita dapat menolong mangsa yang tidak sedar dengan cara-cara berikut.
1. Mangsa yang masih di air, dapat dilakukan back stroke saving action, iaitu
penolong berenang dalam keadaan terlentang dengan melakukan gerak kaki
seperti gaya katak dan memposisikan tubuh di bawah mangsa. Posisikan
mangsa dalam keadaan berbaring, muka dan hidung mangsa berada di
permukaan air dengan salah satu lengan atau kedua lengan menarik dagu
mangsa. Lakukan gerakan renang secara perlahan-lahan ke tepi.
Jangan berenang terus ke arah mangsa. Apabila jarak anda hampir dengan
mangsa, kehadiran anda tidak boleh diketahui mangsa dengan memastikan
kedudukan anda berada di bahagian belakang. Kemudian, selam ke dalam air
dan tangkap mangsa dari arah belakang di bahagian bawah lengan.
Gambar contoh

Tandatangan Penguji:……………………………………
Tarikh:………………………………………………………..

LENCANA KEPANDAIAN –KATEGORI PENGETAHUAN


Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap kanak-kanak
itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA
LENCANA KEPANDAIAN DALAM KATEGORI PENGETAHUAN seperti
di bawah mengikut kemahiran dan pengetahuan dalam aktiviti-aktiviti lencana
tersebut:

1. Ahli Olahraga
2. Ahli pasukan permainan
3. Ahli sains
4. Pencinta Alam semulajadi
5. Pembaca peta
6. Pemelihara alam sekitar
7. Pengembara

Lencana Perkhidmatan
(Dapatkan dua daripada kategori ini)
1. Pekerja am
2. Pengurus rumah
3. Penyelamat nyawa
4. Ahli pertolongan cemas

You might also like