You are on page 1of 5

(A) Kerosakan Makanan

Makanan yang rosak boleh diperhatikan dengan menggunakan deria penglihatan, bau, rasa dan
sentuhan.

Daging ayam: Bertukar warna menjadi kehitaman, berbau busuk dan berlendir.

Ikan: Rosak, berubah tekstur dan berbau busuk.

Susu: Berubah tekstur, berbau busuk, berbasa masam, berbuih dan berketul-ketul.

Sayuran: bertukar warna kekuningan dan layu.

Buah-Buahan: Berubah tekstur, berkulat dan berubah warna.

Nasi: Lembik, berlendir, bertompok hitam dan berbau masam.

Roti dan Kek: Berkulat dan mempunyai tompok kehitaman.

Makanan dalam tin: Berbuih dan keruh, berbau busuk, tin menjadi kemek, mengembang dan
berkarat.

(B) Punca Kerosakan Makanan

Makanan menjadi rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma yang bertumbuh dalam makanan.

Mikroorganisma seperti bakteria dan fungi membiak dengan cepat dalam keadaan yang sesuai.

Keadaan yang lembap dan panas membantu bakteria dan fungi membiak dengan lebih cepat.

Bakteria dan kulat memerlukan yang berikut untuk membiak:

Udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai.
(C) Pengawetan Makanan

Pengawetan makanan ialah kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang atau melambatkan
proses hidup mikroorganisma.

Tujuan pengawetan makanan: supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

Kaedah Pengawetan Makanan:

Pendidihan

Proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi.

Suhu yang tinggi membunuh kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan fungi.

Makanan boleh tahan lebih lama apabila bakteria dan fungi dibunuh.

Penjerukan

Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.

Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan, menjadikan


keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau membiak.

Contoh makanan: buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pembungkusan vakum

Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.

Ketiadaan udara menyebabkan bakteria dan kulat tidak boleh bertumbuh dan membiak.

Contoh: kacang, kerepak, buah-buahan, sosej, cendawan.

Pengeringan

Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.

Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari atau ketuhar.

Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati atau menjadi tidak aktif.

Contoh: Ikan kering, asam gelugur, mihun kering, sotong.


Penyejukbekuan

Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku (00C) dan ke bawah.

Contoh makanan: ikan, sotong, ayam dan daging.

Pendinginan

Kaedah menyimpan makanan di dalam persekitaran bersuhu kurang dari 180C.

Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan lambat bertumbuh serta membiak.

Contoh makanan: Sayur-sayuran, buah-buahan, telur dan susu.

Pemasinan

Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.

Contoh makanan: ikan, telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan daging.

Pelilinan

Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di
permukaannya.

Dapat mengekalkan kesegaran buah.


Pengetinan dan pembotolan

Proses mendidihkan makanan untuk membunuh mikroorganisma. Makanan kemudiannya disejukkan


dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Pemanasan pada suhu didih dapat membunuh kebanyakan bakteria aktif tanpa merosakkan rasa dan
nilai nutrisi makanan itu.

Contoh makanan: ikan, daging, ayam, buah, dan sayur-sayuran.

Pempasteuran

Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan
pendinginan segera.

Contoh makanan: susu dan jus buah-buahan.

Penyalaian

Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.

Boleh membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.

Contoh makanan: ikan dan daging.


(D) Kepentingan Teknologi Pengawetan MakananCCCCCCCCCCCCC

Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan.
Contohnnya, semasa banjir melanda sesebuah kawasan.

Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh dinikmati di negara lain.

Teknologi pengawetan makanan memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk
dipasarkan ke tempat lain.

Buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun.

Makanan yang diawet dapat disimpan lebih lama dan boleh memenuhi keperluan bekalan
makanan sepanjang tahun.

You might also like