You are on page 1of 24

1!

PENGAKUAN

Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

12 Mei 2008

NUR HAZIYANTI BT. MOHAMAD KHALID


iii

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan kurniaNya saya telahpun selesai
menyiapkan laporan penyelidikan yang bertajuk Profil Resilien dalam Kalangan Pelajar
Jurusan Sains Sukan. Penyelidikan ini adalah dibawah geran DAPENA (Kod
Penyelidikan; 09-09-53-06). Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris, khususnya kepada Pusat Pengurusan
Penyelidikan UPSI kerana telah menganugerahkan geran DAPENA kepada saya bagi
membolehkan saya menjalankan penyelidikan tersebut dengan sempurna dan efisien.
Sekalung penghargaan juga saya berikan kepada pelajar-pelajar AT03, AT42 dan AT43
Fakulti Sains Sukan, UPSI kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik ketika
sesi pentadbiran soal selidik dijalankan pada semester 2 sesi 2006/2007 yang lalu. Begitu
juga kepada warga pengurusan pentadbiran Fakulti Sains Sukan dan rakan-rakan setugas
yang telah banyak memberikan galakan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan
penyelidikan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

NUR HAZIYANTI MOHAMAD KHALID


12 Mei 2008
iv

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

Jadual 3.1 Komposisi Sampel Kajian Mengikut Program Pengajian 33

Jadual 3.2 Jenis Pembolehubah Kajian Dan Skala Pengukuran 39

Jadual 3.3 Jenis Analisis Data Berpandukan Persoalan Kajian 40

Jadual 4.1 Latar Belakang Responden 42

Jadual 4.2 Analisis Profil Faktor Risiko Mengikut Program Pengajian 43

Jadual 4.3 Analisis Profil Penglibatan Aktiviti Fizikal Mengikut 44


Program Pengajian

Jadual 4.4 Analisis Profil Faktor Kekuatan Resilien Mengikut 45


Program Pengajian

Jadual 4.5 Analisis Frekuensi Profil Kecerdasan Emosi Mengikut 47


Program Pengajian

Jadual 4.6 Analisis Profil Lokus Kawalan Mengikut 49


Program Pengajian

Jadual 4.7 Analisis Profil Pencapaian Akademik Mengikut 50


Program Pengajian

Jadual 4.8 Analisis Profil Kemurungan Mengikut Program Pengajian 52

Jadual 4.9 Analisis Profil Kebimbangan Mengikut Program Pengajian 53

Jadual 4.10 Analisis Profil Stres Mengikut Program Pengajian 55

Jadual 4.11 Kategori Tahap Perhubungan oleh Johnson dan Nelson (1986) 56

Jadual 4.12 Analisis Korelasi antara Faktor Risiko dengan Hasil Resilien 56

Jadual 4.13 Analisis Korelasi antara Jumlah Jam Kontek Aktiviti Fizikal 58
dengan Hasil Resilien
V

Jadual 4.14 Analisis Korelasi antara Faktor Risiko dengan Aspek 69


Kekuatan Resilien

Jadual 4.15 Analisis Korelasi antara Jumlah Jam Kontek Aktiviti Fizikal 61
dengan Faktor Kekuatan Resilien

Jadual 4.16 Analisis Korelasi antara Faktor Risiko dengan Aspek 61


Kecerdasan Emosi

Jadual 4.17 Analisis Korelasi antara Jumlah Jam Kontek Aktiviti Fizikal 63
Dengan Faktor Kecerdasan Emosi

Jadual 4.18 Analisis Korelasi antara Faktor Risiko Dengan Aspek 63


Lokus Kawalan

Jadual 4.19 Analisis Korelasi antara Jumlah Jam Kontek Aktiviti Fizikal 64
dengan Lokus Kawalan

Jadual 4.20 Analisis Korelasi antara Faktor Kekuatan Resilien dengan 65


Hasil Resilien

Jadual 4.21 Analisis Korelasi antara Faktor Kecerdasan Emosi dengan 66


Hasil Resilien

Jadual 4.22 Analisis Korelasi antara Faktor Lokus Kawalan dengan 67


Hasil Resilien
vi

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

Rajah 2.1 Rekabentuk Resilien oleh Karol Kumpfer (1999) 16

Rajah 2.2 Model Stres ABC-X (Hill, 1958) dan Model Stres Double 20
ABC-X (McCubbin & Patterson, 1981)

Rajah 2.3 Kerangka Kajian Profil Resilien Dalam Kalangan Pelajar 31


Jurusan Sains Sukan

Rajah 4.1 Analisis Profil Faktor Risiko Secara Keseluruhan 44

Rajah 4.2 Analisis Profil Kekuatan Resilien Secara Keseluruhan 46

Rajah 4.3 Analisis Profil Kecerdasan Emosi Secara Keseluruhan 48

Rajah 4.4 Profil Kategori Lokus Kawalan 49

Rajah 4.5 Profil Kategori Pencapaian Akademik 51

Rajah 4.6 Profil Kategori Kemurungan 52

Rajah 4.7 Profil Kategori Kebimbangan 54

Rajah 4.8 Profil Kategori Stres 55

Rajah 5.1 Profil Faktor Risiko Akademik 70


vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profil resilien dalam kalangan pelajar (N=280)
jurus^n Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Kajian turut
mengenalpasti hubungkait antara faktor risiko, faktor pelindung dan hasil resilien yang
terdapat dalam proses resilien pelajar. Kaedah soal selidik digunakan bagi mengumpul
data profil resilien. The Students Stress Survey digunakan untuk mengenalpasti faktor
risiko. Faktor pelindung pula diukur menggunakan The Adult Resiliency Attitudes Scale
(ARAS) khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai kekuatan resilien, BarOn
Emotional Quotient Inventory; Youth Version (BarOn EQ-i:YV) bagi mengetahui
kecenderungan kecerdasan emosi, dan Rotter's Locus of Control Scale bagi mengetahui
tentang kecenderungan lokus kawalan. Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)
pula digunakan bagi mengukur status negatif kesihatan mental individu. Profil resilien
rnenunjukkan faktor akademik adalah faktor risiko paling tinggi yang menyumbangkan
stres dalam proses resilien responden. Dari aspek faktor pelindung pula, kekuatan
responden dilihat dalam aspek moraliti (kekuatan resilien), mood umum (kecerdasan
emosi) dan lokus kawalan dalaman. Hubungkait antara faktor risiko dan faktor pelindung
tidak menjamin peningkatan pencapaian akademik, namun hubungkaitnya dengan
penurunan kadar kemurungan, kebimbangan dan stres memberi gambaran yang jelas
bahawa pelajar Sains Sukan harus memiliki faktor pelindung yang kuat dari aspek
kekuatan resilien, kecerdasan emosi dan kecenderungan ke arah lokus kawalan dalaman
bagi menghadapi apa jua faktor risiko yang mendatang supaya kestabilan kesihatan
mental dapat dikekalkan.
ix

KANDUNGAN
Muka Surat

Pengakuan ii
Penghargaan iii
Senarai Jadual iv
Senarai Rajah vi
Abstrak vii
Abstract viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan 1
1.2. Pernyataan Masai ah 4
1.3. Objektif Kajian 5
1.4. Persoalan Kajian 6
1.5. Definisi Pembolehubah 6
1.5.1. Definisi Operasional 6
1.5.2. Definisi Istilah 8
1.6. Kepentingan Kajian 11
1.7. Batasan Kajian 11
1.8. Rumusan 12

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1. Pengenalan 13
2.2. Perkembangan Teori Resilien 13
2.3. Model Resilien 14
2.4. Model Stres Transaksional 15
2.5. Model Stres ABC-X (Hill, 1958) dan Double ABC-X 19
(McCubbin & Patterson, 1981)
2.6. Analisis Faktor Resilien 23
2.7. Resilien, Kesihatan Mental dan Kecergasan Fizikal 28
2.8. Kerangka Konseptual Kajian 31
X

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan 32
3.2. Rekabentuk Kajian 32
3.3. Populasi dan Persampelan 33
3.4. Instrumen Kajian 34
3.5. Pengumpulan Data 38
3.6. Analisis Data 40

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1. Pengenalan 41
4.2. Latar Belakang Responden 41
4.3. Profil Resilien 42
4.3.1. Profil Faktor Risiko Sebagai Sumber Stres 42
4.3.2. Profil Faktor Pelindung dari Aspek Kekuatan
Resilien 45
4.3.3. Profil Faktor Pelindung dari Aspek Kecerdasan
Emosi 46
4.3.4. Profil Faktor Pelindung dari Aspek Lokus
Kawalan 48
4.3.5. Profil Hasil Resilien dari Aspek Pencapaian
Akademik 50
4.3.6. Profil Hasil Resilien dari Aspek Kesihatan Mental 51
4.4. Hubungkait antara Faktor Risiko dengan Hasil Resilien 56
4.5. Hubungkait antara Faktor Risiko dengan Faktor Pelindung 59
4.5.1. Hubungkait antara Faktor Risiko dengan 59
Kekuatan Resilien
4.5.2. Hubungkait antara Faktor Risiko dengan 61
Aspek Kecerdasan Emosi
4.5.3. Hubungkait antara Faktor Risiko dengan 63
Lokus Kawalan
4.6. Hubungkait antara Faktor Pelindung dengan 64
Hasil Resilien
4.6.1. Hubungkait antara Faktor Kekuatan Resilien 64
dengan Hasil Resilien
4.6.2. Hubungkait antara Faktor Kecerdasan Emosi 66
dengan Hasil Resilien
4.6.3. Hubungkait antara Faktor Lokus Kawalan 67
dengan Hasil Resilien
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1. Pengenalan
5.2. Profil Resilien Pelajar Jurusan Sains Sukan
5.2.1. Profil Faktor Risiko
5.2.2. Profil Faktor Pelindung
5.2.3. Profil Hasil Resilien
5.3. Rumusan Perbincangan Dapatan Kajian
5.4. Implikasi dan Aplikasi Kajian
5.5. Cadangan Kajian Lanjutan
5.6. Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan
Kajian mengenai aspek resilien di kalangan individu adalah bidang penyelidikan yang
mendapat perhatian para pendidik, pekerja sosial dan kesihatan mental serta penyelidik
dalam bidang psikologi seluruh dunia. Tujuan utama kajian mengenai resilien adalah
untuk menggalakkan kesejahteraan hidup individu dengan cara meningkatkan kekuatan
dan membina kornpetensi individu.
Berdasarkan kajian literatur, resiliensi secara amnya bermaksud fenomena positif
iaitu tindakbalas terhadap tekanan dan kesusahan. Tindakbalas ini adalah berbeza bagi
setiap individu. Menurut Luthar et al. (2000), resilien berasal dari perkataan latin
bermaksud berpatah balik atau memantul semula {to jump or bounce back). Resilien
merupakan proses dinamik yang mengandungi penyesuaian positif dalam konteks
kesukaran yang positif. McCubbin, et al. (1997) pula menerangkan maksud resilien
sebagai kebolehan individu mengekalkan corak kefungsian setelah berhadapan dengan
cabaran dan faktor risiko, serta kebolehan individu pulih dengan cepat daripada trauma
yang telah menyebabkan berlaku perubahan dalam organisasi kehidupannya.
2

Melihat kepada senario perkembangan dan pembangunan manusia masa kini yang
menyusur arus kemodenan dan globalisasi, banyak perubahan dan usaha yang perlu
dilalui oleh setiap individu bagi mencapai sesuatu matlamat yang hendak dicapai.
Pelbagai risiko kesukaran perlu dihadapi sehingga mencetuskan pelbagai peringkat
kebimbangan, stres, dan kemurungan di kalangan individu. Bagi golongan pelajar, risiko
penyakit mental dan sosial turut berlaku akibat perubahan dan matlamat kemajuan yang
harus dicapai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Khusus bagi pelajar yang mengambil bidang Sains Sukan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), bebanan pembelajaran yang perlu diharungi berbeza dengan bebanan
yang ditanggung oleh pelajar dalam jurusan lain seperti jurusan Bahasa, Teknologi
Maklumat, Sains, Matematik dan lain-lain. Rekabentuk kurikulum pembelajaran Sains
Sukan bukan sahaja memerlukan konsentrasi pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, tetapi juga turut menekankan penglibatan yang aktif dalam
aktiviti sukan. Kecenderungan pelajar terhadap aktiviti di dalam kelas banyak dibantu
oleh proses kognitif, manakala dalam aktiviti sukan mernerlukan gabungan penglibatan
proses kognitif dan juga fizikal. Oleh kerana aktiviti kesukanan merupakan sebahagian
daripada teras dalam pembelajaran Sains Sukan, maka bebanan dari aspek daya ketahanan
fizikal ketika melakukan
« aktiviti kesukanan sedikit sebanyak mempengaruhi konsentrasi
pelajar terhadap pembelajaran seperti risiko stress, kelesuan, keletihan, kesakitan fizikal,
serta kekangan waktu untuk memenuhi masa pembelajaran akademik dan aktiviti sukan.
Merujuk kepada risiko ke atas proses resilien pelajar Sains Sukan, sebilangan
tinjauan terhadap kajian lampau telah mengenalpasti beberapa kesan aktiviti sukan ke atas
pencapaian akademik pelajar yang menglibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan.
Kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam sukan boleh meningkatkan minat dan
komitmen pelajar terhadap pembelajaran, begitu juga hubungan pelajar dengan guru dan
juga ibu bapa (Crain, 1981; Trent & Braddock, 1992). Di samping itu, Slavin dan Madden
(1979) mendapati aktiviti sukan dapat mencetuskan hubungan yang positif di kalangan
pelajar yang berbilang bangsa dan agama, begitu juga dalam konteks pembinaan atitud
dan tingkahlaku diri yang positif. Manakala Crain, (1981), Slavin dan Madden (1979),
dan Trend dan Braddock (1992) menyatakan bahawa aktiviti sukan menyediakan
3

ganjaran luaran terhadap pelajar dan membantu pelajar untuk mewujudkan pertautan
sosial yang lebih akrab dengan pihak pengurusan universiti.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa aktiviti sukan mewujudkan nilai
dalaman yang positif dalam diri pelajar seperti lebih bersikap optimis dan mempunyai
efikasi kendiri yang lebih tinggi (Kavussanu & McAuley, 1995; Bandura, 1986; Hamid,
1990; Scheier & Carver, 1987; dan Thayer, 1987). Penglibatan dalam sukan pula turut
memberi kesan yang positif ke atas aspirasi pelajar terhadap pembelajaran (Braddock,
1980, 1981; Hanks, 1979; Picou & Huang, 1982; Wells & Picou, 1980), penghargaan
kendiri (Braddock, 1981; Hanks, 1979), pelunjuran pelajar yang menamatkan pengajian
(graduasi) (Braddock, 1981), dan orientasi ke arah persaingan (Picou, McCarter, &
Howell, 1985).
Oleh kerana setiap individu termasuk pelajar jurusan Sains Sukan harus
mengekalkan kesejahteraan hidup dengan cara mendalami proses resilien yang berkesan,
maka keperluan untuk mengkaji profil resilien dalam kalangan pelajar Sains Sukan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris harus dilakukan. Profil Resilien dalam konteks kajian
ini akan menjurus kepada usaha mengenalpasti ciri-ciri ketahanan pelajar yang melalui
pengalaman pembelajaran secara dual process (gabungan proses kognitif dan fizikal) dari
aspek kekuatan faktor pelindung dan pemulih dalam usaha ke arah mencapai tahap
akademik dan kesihatan mental yang memberangsangkan. Dengan adanya profil resilien
pelajar Sains Sukan, akan memberi gambaran yang jelas tentang sejauh mana sukan dan
aktiviti fizikal dapat membentuk individu yang mempunyai ciri-ciri daya tahan, kecekalan
yang akhirnya membuahkan hasil modal insan yang positif dan signifikan.
4

1.2. Pernyataan Masalah


Walaupun banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti sukan memberi impak yang
positif ke atas perkernbangan dan pembelajaran pelajar, namun peranan penglibatan
sukan dalam proses pembelajaran masih menjadi topik perdebatan di kalangan penggubal
dan pelaksana dasar. Malah ibu bapa turut menyuarakan kebimbangan tentang pengaruh
negatif penglibatan sukan anak-anak ke atas pencapaian proses pembelaran mereka.
Menurut Greendorfer (1987), isu sama ada aktiviti sukan memberi impak yang positif
atau negatif terhadap proses pembelajaran di kalangan pelajar masih lagi menjadi
kontroversi. Tambahan lagi, kajian tentang hubungkait antara penglibatan pelajar dalam
bidang sukan dan pelbagai faktor psikososial dan psikologi sukan belum dapat
menjelaskan dapatan yang sepakat.
Dalam masalah ini, terdapat golongan pengkritik menyatakan bahawa aktiviti
sukan mengganggu masa pembelajaran di dalam bilik darjah (Melnick, Sabo, &
Vanfossen, 1992). Manakala golongan penyokong pula memberi pendapat bahawa
penglibatan pelajar dalam sukan mampu meningkatkan motivasi pencapaian pelajar
(Casey, 1989; Parker &Johnson, 1981); meningkatkan pencapaian gred, mewujudkan
kejelekitan pelajar terhadap sekolah, dan meningkatkan aspirasi pembelajaran mereka
(Melnick, Sabo, & Vanfossen, 1992); membantu pelajar menghargai kesihatan, latihan
dan kecergasan diri, menggalakkan pelajar mempelajari tentang dir,i sendiri dan belajar
bagaimana untuk menangani kesukaran, serta membantu pelajar menghadapi pengalaman
kerjaberpasukan dan semangat kesukanan (Rasmussen, 1999-2000).
Dalam kalangan pelajar Sains Sukan sendiri, statistik pencapaian akademik pelajar
dari semenjak Proram Sains Sukan ditubuhkan menunjukkan unjuran pencapaian
peringkat sederhana. Semenjak 10 tahun Program Sains Sukan ditubuhkan di UPSI,
hanya 1 pelajar sahaja yang pernah menerima ijazah kelas pertama, manakala pelajar
yang lain menunjukkan pencapaian peringkat sederhana dengan 70 peratus menerima
ijazah kelas kedua atas dan selebihnya menerima ijazah kelas kedua bawah. Walau
bagaimanapun, unjuran pelajar yang diberhentikan kerana gagal dalam peperiksaan pada
setiap semester adalah terlalu kecil iaitu 1 peratus sahaja. Unjuran pencapaian ini
menjelaskan bagaimana pelajar Sains Sukan UPSI bertahan untuk memastikan
pencapaian akademik yang baik pada setiap semester.
5

Selain itu, isu sama ada aktiviti sukan memberi impak yang positif atau negatif
terhadap proses pembelajaran di kalangan pelajar masih lagi menjadi kontroversi.
Greendorfer (1987) menjelaskan bahawa pelbagai kajian tentang hubungkait penglibatan
pelajar dalam bidang sukan dan pelbagai faktor psikososial dan psikologi sukan dengan
pencapaian akademik telah menghasilkan dapatan yang tidak sekata (Etnier, et al 1997;
Sallis, et al 1999; Shephard, 1996; Marsh & Kleitman, 2002). Sebagai contoh, kajian
silang budaya oleh Shephard (1996); Etnier, et al (1997); dan Marsh dan Kleitman
(2002) yang mendapati bahawa terdapat hubungkait yang positif antara aktiviti fizikal
dengan pencapaian akademik seperti Matematik, bacaan, ketajaman fikiran dan masa
reaksi telah dikritik berdasarkan isu yang membabitkan arah sebab musabab sama ada
kecerdasan fikiran membawa kepada kejayaan dalam bidang sukan, atau penglibatan
dalam sukan itu sendiri yang sebenarnya meningkatkan pencapaian akademik, atau
terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada hubungkait ini seperti faktor
personaliti dan motivasi.
Kepelbagaian hasil kajian berkenaan kesan aktiviti sukan dalam mempengaruhi
proses pembelajaran pelajar menyebabkan penyelidik berminat untuk mewujudkan satu
profil khas yang mengandungi maklumat berkaitan proses resilien khusus di kalangan
pelajar Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Profil resilien tersebut akan
mengandungi maklumat berkaitan faktor dalam proses resilien seperti sumber tekanan,
faktor kekuatan resilien, faktor kecerdasan emosi dan faktor lokus kawalan. Profil resilien
itu juga akan menjawab beberapa persoalan mengenai hubungkait antara faktor risiko,
faktor pelindung dan hasil resilien.

1.3. Objektif Kajian


Objektif kajian Profil Resilien Dalam Kalangan Pelajar Jurusan Sains Sukan adalah
seperti berikut:
1.3.1. Mengenalpasti profil resilien yang dimiliki oleh pelajar jurusan Sains
Sukan, UPSI.
1.3.2. Mengenalpasti hubungkait antara faktor risiko dengan hasil resilien .
6

1.3.3. Mengenalpasti hubungkait antara faktor risiko dengan faktor pelindung.


1.3.4. Mengenalpasti hubungkait antara faktor pelindung dengan hasil resilien.

1.4. Persoalaa Kajian


Berdasarkan objektif yang telah digariskan seperti di atas, persoalan yang terhasil sebagai
garis panduan bagi kajian ini adalah:
1.4.1. Apakah profil resilien yang dimiliki oleh pelajar Sains Sukan?
1.4.2. Adakah terdapat hubungkait antara faktor risiko dengan hasil resilien?
1.4.3. Adakah terdapat hubungkait antara faktor risiko dengan faktor pelindung?
1.4.4. Adakah terdapat hubungkait antara faktor pelindung dengan hasil resilien?

1.5. Definisi Pembolehubah


1.5.1. Definisi Operasional
1.5.1.1. Profil Resilien
Profil resilien dalam kalangan pelajar jurusan Sains Sukan merujuk kepada
tahap kecenderungan pelajar terhadap aspek-aspek yang terkandung dalam
proses resilien iaitu faktor risiko, fakor pelindung dan hasil resilien. Tahap
kecenderungan tersebut dilihat dalam tiga kategori iaitu tahap tinggi,
sederhana dan rendah.

1.5.1.2. Faktor Risiko


Faktor risiko ialah skor sumber stress yang diukur dalam empat sub skala
iaitu sumber interpersonal, intrapersonal, akademik dan persekitaran
melalui The Students Stress Survey. Faktor risiko juga adalah jumlah jam
kontek latihan fizikal dalam pembelajaran akademik yang merangkumi
jumlah jam kontek bagi kursus-kursus yang mempunyai pengkhususan
dalam latihan dan aktiviti fizikal.
7

1.5.1.3. Hasil Resilen


Hasil resilien ialah skor pencapaian akademik dan status kesihatan mental:
• Skor pencapaian akademik diukur berdasarkan pencapaian PNGK
semester yang terhampir
• Skor kesihatan mental diukur dalam tiga sub skala status mental
negatif kesihatan mental iaitu kemurungan (depression), kebimbangan
{anxiety) dan stres (stress) melalui Depression, Anxiety and Stress
Scale (DASS) oleh Lovibond dan Lovibond (1996).

1.5.1.4. Faktor Pelindung


Faktor pelindung ialah skor kekuatan resilien, kecerdasan emosi dan lokus
kawalan:
• Skor kekuatan resilien diukur dalam tujuh sub skala iaitu celik akal,
kebebasan, perhubungan, inisiatif, kreativiti dan humor, serta moraliti
melalui alat ukur The Adult Resiliency Attitudes Scale (ARAS) oleh
Biscoe dan Harris (1994).
• Skor kecerdasan emosi diukur dalam 6 sub skala iaitu mood umum
(general mood), hubungan interpersonal (interpersonal relationship),
hubungan intrapersonal (intrapersonal relationship), penyesuaian
(<adaptability), pengurusan stres (stres management) dan pengaruh
positif (positive impression) melalui BarOn Emotional Quotient
Inventory: Youth Version (BarOn EQ-i:YV).
• Skor lokus kawalan diukur melalui Rotter's Locus of Control scale
(Rotter, 1973) bagi mengenalpasti tahap kecenderungan lokus kawalan
luaran dan lokus kawalan dalaman.
8

1.5.2. Definisi Istilah


1.5.2.1. Resilien
Melalui tinjauan literatur, terdapat beberapa definisi bagi istilah resilien
diperkenalkan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Menurut Howard dan
Johnson (1999), resilien ialah "... the inherent and nurtured capacity of
individuals to deal with life's stresses in ways that enable them to lead
healthy and fulfilled lives". Menurut Masten, Best and Garmezy (1990)
pula, resilien adalah "the process of capacity for, or the outcome of
successful adaptation despite challenging or threatening circumstances."

1.5.2.2. Faktor Risiko


Faktor risiko bermaksud ciri-ciri, pengalaman atau peristiwa yang
dikaitkan dengan peningkatan sesuatu outcome (Kazdin, et al 1997).
Rutter (1987 & 1990) menjelaskan definisi faktor risiko sebagai
pembolehubah yang membawa kepada masalah patologi dan
penyalahsuaian dalam diri individu.

1.5.2.3. Faktor Pelindung


Menurut Cicchetti dan Toth (1998), Freitas dan Downey (1998) dan
Pollard, et ah (1999) faktor pelindung adalah kaedah penampan (buffering)
bagi menghadapi sesuatu risiko. Menurut Cowan, et al (1996), individu
yang mempunyai resilien bergantung kepada faktor pelindung untuk
menggagalkan sesuatu kesan negatif hasil daripada risiko. Selain itu juga,
faktor pelindung dilihat sebagai aset dalaman dan luaran individu
(Garmezy 1985, 1994; Rutter 1987; & Gore & Eckenrode, 1994).
9

1.5.2.4. Kesihatan Mental


Menurut World Health Organization (2001), kesihatan mental adalah
keseimbangan dalam semua aspek kehidupan sosial, fizikal, emosi dan
rohani, bukannya semata-mata bebas daripada sebarang penyakit atau
kesakitan. Kesihatan mental juga memberi kesan kepada cara bagaimana
manusia menguruskan persekitaran dan membuat pilihan dalam
kehidupannya.

1.5.2.5. Kemurungan
Kemurungan atau depression berlaku apabila keadaan emosi minda
individu men gal ami ciri-ciri, kemurungan kebosanan dan kekurangan,
yang membawa kepada sifat pengunduran diri. Kemurungan berlaku
disebabkan faktor kesedihan yang berlebihan diikuti dengan penurunan
emosi yang berpanjangan, hilang minat terhadap keseronokan (Collins
English Dictionary & Hyperdictionary, 2007).

1.5.2.6. Kebimbangan
Menurut Lazarus (2000), kebimbangan atau anxiety dilihat sebagai [facing
uncertain, existential threaf\ Perasaan ini wujud selepas seseorang
melakukan penilaian kognitif terhadap sesuatu perkara sebagai suatu
ancaman yang membimbangkan dirinya.

1.5.2.7. Stres
Menurut Schafer (1996), stres adalah kebangkitan dalam minda dan tubuh
badan sebagi tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang diterima.
Stres boleh dilihat dari sudut yang negatif sebagai keadaan yang terhasil
akibat hubungkait antara individu dengan persekitaran yang dinilai oleh
individu tersebut sebagai sesuatu yang melebihi kemampuannya dan
10

memudaratkannya (Lazarus & Folkman, 1984). Walau bagaimanapun,


Loehr (1994) menyatakan bahawa stress adalah sesuatu perkara yang
menyebabkan tenaga dibebaskan secara fizikal, mental dan emosi, oleh itu,
stres adalah satu bentuk tenaga yang positif kerana ia menghasilkan
perkembangan dan pencapaian.

1.5.2.8. Kecerdasan Emosi


Kecerdasan emosi adalah merujuk kepada kebolehan untuk merasai,
memahami, dan mengaplikasi kuasa emosi secara efektif sebagai satu
sumber tenaga, informasi, kreativiti, kepercayaan dan hubungan (Orioli &
Cooper, 2005).

1.5.2.9. Lokus Kawalan


Menurut Schultz & Schultz (2005), konsep lokus kawalan diperkenalkan
oleh Jullian Rotter menjelaskan tentang perbezaan individu dalam
kepercayaan terhadap aspek ganjaran dan peneguhan yang diterima akibat
sesuatu perbuatan yang dilakukan. Lokus kawalan sangat penting dalam
mempengaruhi tingkah laku individu. Individu yang cenderung terhadap
lokus kawalan luaran percaya bahawa tingkah laku dan kebolehannya
dikawal oleh unsur luaran menyebabkannya kurang berusaha untuk
mempertingkatkan dan melakukan perubahan. Manakala individu yang
cenderung terhadap lokus kawalan dalaman percaya bahawa mereka
mempunyai kekuatan dalam mengawal kehidupan sendiri dan
mempercayai bahawa ganjaran dan peneguhan yang diterima adalah atas
hasil usaha diri sendiri (Schultz & Schultz, 1994).
11

1.7. Kepentingan Kajian


Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina satu profil yang mengandungi
maklumat mengenai resilien dalam kalangan pelajar Sains Sukan. Sebagaimana yang
telah dibincangkan di awal penulisan laporan penyelidikan ini, pelajar yang mengikuti
pengajian di dalam bidang Sains Sukan khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris
mengalami orientasi pembelajaran yang berbeza berbanding pelajar dari kursus-kursus
yang lain kerana hampir 50 peratus aktiviti pembelajaran pelajar Sains Sukan bertumpu
kepada aktiviti latihan fizikal dan kesukanan yang memerlukan konsentrasi daya tahan
fizikal dan mental yang kuat, Justeru, dengan adanya profil resilien ini akan memberi
maklumat mengenai ciri-ciri yang ada pada pelajar Sains Sukan selain menggambarkan
keunikan kekuatan resililien yang dimiliki pelajar Sains Sukan.
Profil resilien juga boleh membantu ahli psikologi sukan dalam menjalankan
kajian psikososial dan psikokognitif terhadap pelajar yang melibatkan diri secara aktif
dalam bidang sukan, atau dalam kalangan atlet sendiri. Dengan adanya profil ini juga
kualiti program Sains Sukan dapat ditingkatkan kerana maklumat yang terkandung di
dalam profil boleh menarik minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa
itu program Sains Sukan yang ditawarkan di UPSI selain untuk mendalami lagi bidang
Sains Sukan di UPSI. Di samping itu, profil resilien turut memberi gambaran yang positif
tentang kekuatan bidang Sains Sukan dalam membentuk individu yang sihat dari aspek
mental, fizikal dan rohani.

1.8. Batasan Kajian


Kajian ini terbatas kepada sampel dalam lingkungan pelajar Sains Sukan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris sahaja. Sehubungan dengan itu maklumat yang diperolehi dalam
kajian ini adalah dalam lingkungan populasi yang disebutkan, dan tidak boleh
digeneralisasi kepada lingkungan pelajar Sains Sukan di universiti yang lain.
12

1.9. Rumusan
Sebagai rumusan, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina satu profil yang
mengandungi maklumat resilien dalam kalangan pelajar Sains Sukan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Ciri-ciri ketahanan pelajar Sains Sukan dikenalpasti dari aspek
kekuatan faktor risiko interpersonal, intrapersonal, akademik, persekitaran; faktor
pelindung kekuatan resilien, faktor kecerdasan emosi, dan faktor lokus kawalan; dan hasil
resilien pencapaian akademik dan status kesihatan mental. Berdasarkan profil resilien ini,
penyelidik juga berusaha untuk mencapai objektif-objektif kajian yang lain seperti
mengenalpasti hubungkait antara faktor risiko dengan hasil resilien, mengenalpasti
hubungkait antara faktor risiko dengan faktor pelindung, serta mengenalpasti hubungkait
antara faktor pelindung dengan hasil resilien.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1. Pengenalan
Kebanyakan teori resilien menjelaskan mengenai trait dalaman individu yang mampu
mengatasi atau menangani sesuatu keadaan yang sukar dan akhirnya membentuk seorang
inividu yang dapat berfungsi dengan lebih baik. Perkembangan teori resilien cukup
meluas dan efektif untuk menjelaskan bagaimana proses resilien terhasil dalam kalangan
individu. Banyak juga kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi resilien individu serta hubungkaitnya dengan impak kehidupan yang
positif dan negatif. Justeru dalam Bab 2 ini, penyelidik akan membincangkan mengenai
rekabentuk teoretikal yang dijadikan asas perlaksanaan Kajian Profil Resilien dalam
kalangan Pelajar Jurusan Sains Sukan serta ulasan mengenai kajian lampau yang
berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan ini.

2.2. Perkembangan Teori Resilien


Satu metateori mengenai resilien telah dibentangkan oleh Richardson (2002) yang
menjelaskan bahawa kajian resilien mengandungi tiga zaman perkembangan. Peringkat
awal perkembangan teori resilien menunjukkan bahawa kebanyakan kajian memberi
penekanan ke arah mengenalpasti ciri-ciri resilien individu yang telah bangkit daripada
14

situasi yang berisiko tinggi. Berdasarkan pengalaman ahli psikologi yang melakukan
kaunseling individu bersama subjek tertentu, dan juga hasil kajian longitudinal mendapati
pelbagai jenis faktor pelindung atau kualiti dalaman dimiliki oleh individu terbabit yang
boleh membantu mereka untuk terus hidup dan berjuang dalam kelompok kesukaran
seperti penghargaan kendiri dan kuasa autonomi ke atas diri sendiri. Oleh itu, kajian
dalam peringkat awal perkembangan teori resilien bukan sahaja mengenalpasti faktor
risiko yang membawa kepada kepelbagaian masalah, tetapi juga mengenalpasti kekuatan
yang ada dalam diri individu untuk berhadapan dengan situasi-situasi yang sukar.
Menurut Richardson (2002), peringkat perkembangan teori resilien yang kedua
adalah berorientasikan proses. Resilien adalah satu proses menggalakkan dan
mengembangkan faktor-faktor pelindung dalam kehidupan seseorang individu. Daripada
orientasi ini, maka tercetuslah pelbagai model resilien seperti Model Stres Transaksional
oleh Kumpfer (Glantz & Johnson, 1999), Model Stres ABC-X oleh Hill (1958) dan Model
Stres Double ABC-X oleh McCubbin dan Patterson (1981), Model Stress and Coping oleh
Moos (Walters & Simon, 2002), dan Model The Social Ecological oleh Bronfenbrenner
(Glantz & Johnson, 1999).
Peringkat perkembangan teori resilien yang ketiga pula menjurus ke arah
penglibatan tenaga motivasi dalam diri individu untuk mengubah, menyesuaikan atau
untuk mengintegrasi secara resilien. Menurut Richardson (2002), motivasi adalah sumber
tenaga dalaman yang berbentuk semangat yang juga disebut sebagai resilien.

2.3. Model Resilien


Model resilien yang diperkenalkan oleh Richardson, Neiger, Jensen & Kumpfer (1990)
misalnya menjelaskan proses gangguan dan reintegrasi yang berlaku dalam resilien.
Proses reintegrasi bermaksud setiap individu berkuasa untuk memilih apa jua bentuk
reaksi terhadap perubahan, kesukaran dan situasi yang berisiko tingL Richardson, et al
(1990) menjelaskan bahawa apabila seseorang individu mengalami kesukaran dalam
hidup, secara tidak langsung beliau akan menggunakan ciri-ciri individu dan persekitaran
yang ada pada dirinya atau di sekitarnya sebagai faktor pelindung. Faktor pelindung
adalah penampan untuk membolehkan individu menyesuaikan dirinya dengan kesukaran
15

yang dihadapi, dan menghalang daripada mengalami sebarang gangguan yang signifikan
dalam hidupnya.
Oleh itu, reintegrasi adalah proses memperkayakan seseorang individu melalui
pengalaman menghadapi kesukaran. Individu akan kekal dalam zon yang selesa
(homeostasis) atau bergerak ke tahap resilien yang lebih tinggi kerana kekuatan emosi
dan mekanisma daya tindak yang sihat dapat dihasilkan sepanjang proses menangani
kesukaran tersebut. Tanpa perlindungan yang mencukupi, seseorang individu akan
mengalami gangguan psikologi dan sekali lagi individu perlu mengintegrasi semula
gangguan tersebut dengan proses resilien,

2.4. Model Stres Transaksional


Model Stres Transaksional oleh Kumpfer (1999) pula menjelaskan proses resilien yang
terbentuk akibat interaksi transaksional antara individu dengan persekitarannya. Menurut
Glantz dan Johnson (1999), Kumpfer mencadangkan dalam modelnya bahawa interaksi
transaksional antara individu dengan persekitarannya boleh mencetuskan suasana resilien
dalam diri individu sebagaimana yang dinyatakan oleh Kumpfer (1999) iaitu 'to be
resilien one does not merely give or receive
Rekabentuk resilien yang dicadangkan oleh Kumpfer adalah seperti yang terdapat
dalam Rajah 2.1. Rekabentuk tersebut mengandungi proses interaksi individu dengan
persekitaran yang bersifat transactional, serta mengandungi enam penentu utama
resiliensi yang akan dijelaskan selanjutnya.

You might also like