You are on page 1of 53

NOTA

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM :


Kompilasi Soalan & Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM
Negeri-Negeri Tahun 2023

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2023


PENDIDIKAN ISLAM 1223/1
Kertas 1
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JEMPUT BACA DAN SEMAK

1. Nota ini merupakan hasil susunan daripada soalan & jawapan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri-Negeri Tahun
2023 serta Modul-Modul yang telah disediakan.
2. Bagi setiap soalan, telah disediakan nota kaki bagi menunjukkan soalan tersebut dari negeri yang berkenaan bagi
memudahkan pembaca merujuk dan membuat analisis soalan.
3. Disediakan juga QR Code bagi memudahkan untuk mengakses skrip asal soalan & peraturan pemarkahan pada
halaman rujukan.

Disusun oleh :

..…………………………. ..………………………….
EN. NIK MUHAMAD FAZLI BIN NIK ABDUL RAZAK EN. MUHAMMAD HARRAZ BIN NAZI
Guru Pendidikan Islam Guru Pendidikan Islam
SMK Taman Perumahan Bedaun, W.P. Labuan SMK Pantai, W.P. Labuan

1223/1
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN…………………………………………………………………………..………………………………………………… i - ii

1.0 BIDANG AL-QURAN


1.1 Memahami Sunnatullah………………………………………………………………………………………….……. 1-2
1.2 Larangan Mempersendekan Agama……………………………………………………………………..……… 2-3
1.3 Larangan Rasuah………………………………………………………………..……………………………….……….. 4
1.4 Mad Lazim…………………………………………………………………………..……………………………….……… 4-5
1.5 Qalqalah…………………………………………………………………………..……………………………….…………. 5
1.6 Ibtida’…………………………………………………………………………..……………………………….…………….. 5
1.7 Waqaf…………………………………………………………………………..……………………………….…………….. 5
1.8 Mad Silah…………………………………………………………………………………………………………….………. 5
1.9 Kepelbagaian Bangsa…………………………………………………………………………..………………………. 6-7
1.10 Keutamaan Dalam Tindakan…………………………………………………………………………..……………. 7–8

2.0 BIDANG HADIS


2.1 Kemuliaan Berdikari…………………………………………………………………………..………………………… 9 - 11
2.2 Tujuh Dosa Besar…………………………………………………………………………..…………………………….. 11 – 12
2.3 Setiap Orang Ialah Pemimpin…………………………………………………………………………..…………… 12 - 14

3.0 BIDANG AKIDAH


3.1 Allah Maha Pembalas (Al-Muntaqim) ………………………………………………………………………….. 15
3.2 Hindari Ajaran Sesat…………………………………………………………………………..………………………… 16 – 18
3.3 Allah Maha Mengawasi (Ar-Raqib) ………………………………………………………………………………. 18 – 19
3.4 Ahli Sunnah Wal Jamaah…………………………………………………………………………..…………………. 19 – 21

4.0 BIDANG FEKAH


4.1 Haji & Umrah…………………………………………………………………………..…………………………………… 22 – 24
4.2 Sembelihan…………………………………………………………………………..………………………………..……. 24
4.3 Muamalat Dalam Islam………………………………………………………………………………………………… 24 - 25
4.4 Pengurusan Harta Selepas Kematian (Faraidh) ……………………………………………………………. 25 – 26
4.5 Solat Sunat Dhuha…………………………………………………………………………..…………………………… 26 – 27
4.6 Solat Sunat Istikharah…………………………………………………………………………..……………………… 27 – 29
4.7 Solat Sunat Tasbih…………………………………………………………………………..…………………………… 29
4.8 Pembubaran Perkahwinan (Talak) ………………………………………………………………………………. 29 – 30
4.9 Isu-Isu Perkahwinan (Iddah) …………………………………………………………………………..……………. 30
4.10 Perkahwinan (Wali) …………………………………………………………………………..………………………… 31

5.0 BIDANG SIRAH & TAMADUN ISLAM


5.1 Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin…………………………………………………………..………………………….. 32
5.2 Kerajaan Umaiyah…………………………………………………………………………..……………………………. 33 – 34
5.3 Kerajaan Abbasiyah…………………………………………………………………………..…………………………. 35 – 36
5.4 Imam As-Syafie…………………………………………………………………………..………………………………… 36 – 37
5.5 Imam Abu Hanifah …………………………………………………………………………..………………………….. 37
5.6 Imam Malik………………………………………………………………………………..………………………………… 37
i
5.7 Ahmad bin Hanbal…………………………………………………………………………..…………………………… 38
5.8 Salahuddin Al-Ayubi…………………………………………………………………………..………………………… 39
5.9 Hasan al-Banna…………………………………………………………………………..……………………………….. 40
5.10 Ahmad Bin Ibrahim…………………………………………………………………………..………………………….. 40 – 42

6.0 BIDANG AKHLAK ISLAMIYAH


6.1 Bersikap Benar Jauhi Kemunafikan…………………………………………………………………..………….. 43
6.2 Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa………………………………………………………………..…………. 43
6.3 Wasatiyah Menjamin Kecemerlangan Umat………………………………………………………………… 44 – 46
6.4 Istiqamah Menuju Mujahadah……………………………………………………………………………………… 46
6.5 Adab Terhadap Alam Sekitar…………………………………………………………………………..….………… 47 - 49

RUJUKAN…………………………………………………………………………..……………………………………………..………… 50

ii
1.0 AL-QURAN
i.1 Memahami Sunnatullah

1) Sebab turun ayat 139 Surah Ali-Imran :1


• Ketika para sahabat Nabi SAW mengalami kekalahan dalam Perang Uhud, lalu Rasulullah SAW
berdoa "Ya Allah janganlah Engkau biarkan mereka menewaskan kami Ya Allah tiada daya
melainkan kekuatan-Mu (1m)
• Ya Allah tiada lagi yang akan menyembah-Mu kecuali kumpulan kami ini maka bantulah kami".
Lalu turunlah ayat ini (1m).

2) Apakah maksud Sunnatullah?2


Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah terhadap semua makhluk (1m) dan tiada sesiapa
yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut (1m).

3) Jelaskan kesan memahami sunnatullah.3


i. Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak Allah SWT
Yang Maha Bijaksana.
ii. Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan.
iii. Menerima ketetapan Allah dengan bersikap positif dalam setiap keadaan.
iv. Mengkaji dan menyelidiki kejadian alam. Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi.

4) Punca Allah SWT membinasakan kaum Luth dan Thamud :4


i. Bersifat angkuh dan menuduh Nabi Soleh a.s. pendusta.
ii. Ingkar perintah Allah SWT dengan mengamalkan homoseks.

1
AKRAM Set 2
2
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
3
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
4
AKRAM Set 2
1
5) Terangkan pengajaran daripada ayat.5
i. Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian
dengan peraturan dan ketetapan (I) agar menjadi insan yang bertaqwa (H).
ii. Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi (I) supaya dapat mengetahui dan
menyelidiki Sunnatullah (H).
iii. Kita hendaklah mengkaji dan menyelidiki sejarah umat terdahulu (I) agar menjadi panduan
dalam kehidupan (H).
iv. Kita mestilah meyakini bahawa al-Quran ialah petunjuk ke arah kebenaran (I) agar termasuk
dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa (H).
v. Kita hendaklah menjauhi sikap lemah dan mudah berputus asa ketika menerima ujian dalam
kehidupan (I) untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat (H).
vi. Kita wajiblah menjaga keimanan (I) agar beroleh kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT (H).

Catatan : Isi =1 m , huraian = 1m (mana-mana jawapan yang munasabah diterima)

6) KBAT “GAMBAR : Pembedahan plastik untuk kecantikan” Berdasarkan gambar di atas, kemukakan
hujah anda untuk mengurangkan masalah ini daripada terus mewabak dalam masyarakat kita.6
Cadangan isi:
i. Wujud syukur atas kurniaan Allah SWT.
ii. Kekal berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik berpandukan syariat Allah SWT.
iii. Mengingati bahawa setiap tindakan akan dihisab.
iv. Mendalami ilmu agama.
v. Berkawan dengan mereka yang beriman.

1.2 Larangan Mempersendekan Agama

1) Nyatakan dua bentuk perbuatan mempersendakan Islam.7


i. Berasa bangga mempersendakan nama Allah SWT.
ii. Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah SAW.
iii. Menghina golongan ulama dan orang soleh.
iv. Mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu dan logik akal sematamata.

5
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
6
AKRAM Set 2
7
PPC SPM 2023 P. Pinang, Sabah, Labuan Set 2
2
v. Menyanjung perbuatan maksiat.
vi. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

2) Nyatakan sebab Islam melarang perbuatan mempersendakan agama 8


i. Boleh membatalkan iman
ii. Tidak dipandang oleh Allah SWT diakhirat
iii. Tidak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat

3) Jelaskan dua cara menjaga kesucian Islam.9


i. Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan di semua lapisan masyarakat. -
Mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW.
ii. Meningkat kualiti ibadat fardu dan sunat demi menjamin keutuhan akidah.
iii. Meninggalkan segala perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam.
iv. Mengamalkan tuntutan amar makruf nahi munkar dalam kehidupan.
v. Penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan hukuman dan denda yang berat kepada
pesalah.

4) Huraikan hujah anda untuk menolak dakwaan segelintir golongan yang beranggapan bahawa
pelaksanaan syariat Islam perlu diteliti semula agar sesuai mengikut situasi semasa. 10
Cadangan isi :
i. Syariat Islam sesuai dengan fitrah manusia sepanjang zaman
ii. Ketetapan Allah ada hikmah tersendiri yang tidak mampu dicapai akal manusia
iii. Syariat Islam adalah untuk memelihara keamanan sejagat kerana ia datang daripada Pencipta
/ al-Khaliq

5) Dua pengajaran ayat ialah :11


i. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama [I] agar
dapat menjaga kesucian Islam.[H]
ii. Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersendakan agama
[I] agar hidup berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.[H]
iii. Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT tidak akan memberikan syafaat kepada orang yang
mempersendakan agama [I] kerana telah merendahkan Islam.[H]
iv. Kita hendaklah menyedari perbuatan mempersendakan agama akan diazab oleh Allah SWT [I]
supaya terhindar daripada seksaan api neraka.[H]
v. Kita hendaklah mempertahankan kesucian Islam dengan pendekatan yang terbaik [I] supaya
Islam dipandang tinggi. [H]

8
PPC SPM 2023 Labuan Set 2
9
PPC SPM 2023 P. Pinang, Sabah, Labuan Set 2
10
PPC SPM 2023 P. Pinang
11
PPC SPM 2023 Sabah, Labuan Set 2
3
1.3 Larangan Rasuah

1) Pengertian rasuah:12
Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran (1m) dan membenarkan
kepalsuan (1m)

2) Dua bentuk kesalahan rasuah dalam masyarakat yang perlu dihindari:13


i. Meminta atau menerima rasuah.
ii. Menawarkan atau memberikan rasuah.
iii. Mengemukakan tuntutan palsu.
iv. Menyalahgunakan kedudukan atau jawatan untuk kepentingan tertentu.

3) Dua pengajaran daripada ayat di atas:14


i. Kita hendaklah mencari rezeki yang halal agar tidak menyalahi syariat Islam.
ii. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberikan rasuah supaya kita tidak menzalimi diri
dan masyarakat.
iii. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan sumpah palsu untuk mendapatkan
kepentingan tertentu.

1.4 Mad Lazim


1) Tulis potongan ayat yang mengandungi hukum mad lazim beserta cara bacaannya. 15
6 Harakat

2) Jelaskan hukum tajwid dan cara bacaan bagi kalimah yang bergaris.16
Kalimah Hukum Cara bacaan
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal 6 Harakat

12
AKRAM Set 1
13
AKRAM Set 1
14
AKRAM Set 1
15
PPC SPM 2023 Johor Set 1
16
PPC SPM 2023 Johor Set 2
4
3) Jenis Mad Lazim17
i. F1 Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
ii. F2 Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
iii. F3 Mad Lazim Harfi Muthaqqal
iv. F4 Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

1.5 Qalqalah
1) Nyatakan dua bahagian hukum qalqalah di dalam hukum tajwid.18
i. Qalqalah sughra :
ii. Qalqalah kubra : Bunyi lantunan kuat/ mendetak dengan kuat (1m) / Ketika menyebut huruf
qalqalah Ketika waqaf (1m) 19
iii. Qalqalah akbar :

1.6 Ibtida’
1) Nyatakan dua jenis Ibtida’.20
i. Ibtida’ Hasan
ii. Ibtida’ Qabih

1.7 Waqaf
1) Dua jenis wakaf dalam bacaan al-Quran:21
i. Wakaf Tam
ii. Wakaf Kafi
iii. Wakaf Hasan
iv. Wakaf Qabih

1.8 Mad Silah


1) Pembahagian Mad Silah :22
i. Mad Silah Qosirah
ii. Mad Silah Thowilah

17
PPC SPM 2023 P. Pinang, MPP3 Terengganu, AKRAM Set 3, Labuan Set 1
18
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah, Sarawak
19
PPC SPM 2023 Melaka
20
PPC SPM 2023 Perak, Sabah, SBP, AKRAM Set 2
21
AKRAM Set 1
22
PPC SPM 2023 Kedah
5
1.9 Kepelbagaian Bangsa

(Surah Al-Hujurat : ayat 13)


1) Ayat di atas menerangkan tentang tuntutan kepada manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Nyatakan dua tuntutan tersebut.23
i. Tuntutan saling mengenali dalam kalangan pelbagai bangsa. 24
- F1 Menjalin perpaduan / perhubungan yang harmoni.
- F2 Mengiktiraf kemuliaan / harga diri manusia tanpa mengira rupa paras / etnik
- F3 Menjalin hubungan dengan orang bukan Islam selagi mereka tidak memusuhi Islam.
- F4 Menggalakkan interaksi / kerjasama yang saling melengkapi antara satu sama lain.

ii. Keutamaan takwa25


- Manusia adalah sama di sisi Allah SWT
- Allah SWT tidak melihat jantina atau bangsa tetapi Allah SWT memandang hati dan amalan
hamba-Nya
- Meyakini kekuasaan Allah SWT melalui makhluk ciptaan-Nya sebagai asas keimanan
kepada Allah SWT.
- Menunaikan hak sesama manusia walaupun berbeza kaum dan budaya kerana perkara itu
merupakan sebahagian daripada perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.

2) Jelaskan sebab turun ayat di atas.26


i. Rasulullah SAW telah meminta saidina Bilal bin Rabah r.a. melaungkan azan semasa
pembukaan kota Mekah.
ii. Terdapat sahabat yang telah memandang rendah kepada saidina Bilal r.a. /Jibril memberitahu
Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW memanggil mereka dan bertanyakan tindakan mereka.

Catatan:
• Perlu ada kronologi peristiwa yang mengandungi nama sahabat, peristiwa dan tindakan Rasulullah
SAW.

23
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah, Labuan Set 1
24
MPP3 2023 Terengganu, Sarawak
25
PPC SPM 2023 SBP, AKRAM Set 3
26
PPC SPM 2023 Pahang, SBP, MPP3 Terengganu, Kedah, Sarawak, AKRAM Set 3, Labuan Set 1
6
3) Terangkan dua pengajaran daripada ayat di atas.27
i. Kita hendaklah saling bekerjasama (1m) untuk membina kehidupan yang harmoni (1m).
ii. Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya (1m) supaya wujud persefahaman dalam
kalangan masyarakat (1m).
iii. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak (1m) supaya menjadi insan bertaqwa
(1m).

4) KBAT “Kemukakan hujah anda untuk menyokong kehidupan yang harmoni dalam masyarakat
majmuk di Malaysia.”28
Cadangan isi :
i. Mengutamakan hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia dalam setiap tindakan
berdasarkan syariat.
ii. Saling memahami dan menerima bangsa Melayu sebagai teras utama dalam masyarakat.
iii. Menghormati kepelbagaian budaya supaya wujud persefahaman dalam kalangan masyarakat.
iv. Umat Islam lebih berusaha untuk membaiki akhlak supaya menjadi teladan.
v. Muslim dan non-muslim saling berkerjasama untuk membina kehidupan yang harmoni.
vi. Menjadi pemimpin Muslim yang adil dan saksama apabila memegang jawatan.

1.10 Keutamaan Dalam Tindakan

1) Apakah maksud Fiqh al-Aulawiyyat?29


Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak.

2) Jelaskan dua prinsip asas dalam Fiqh al-Aulawiyyat.30


i. Bersumberkan dalil syarak
ii. Mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak.
iii. Mengambil kira keperluan semasa dan setempat
iv. Mengutamakan keperluan atau manfaat bersama berbanding dengan manfaat peribadi.
v. Mengambil kira tahap keutamaan individu

27
PPC SPM 2023 Pahang, SPB, Kedah, Sarawak, Labuan Set 1
28
MPP3 2023 Terengganu, , AKRAM Set 3
29
PPC SPM 2023 Perak, Melaka, Perlis, AKRAM Set 4
30
PPC SPM 2023 Melaka, AKRAM Set 4
7
3) Nyatakan dua bidang pelaksanaan fiqh al-Aulawiyat.
i. Ilmu & Pemikiran
ii. Amalan
iii. Tuntutan Syarak

4) Jelaskan dua contoh aplikasi Fiqh al-Aulawiyyat dalam bidang amalan.31


i. Mengutamakan bersedekah berbanding dengan gotong royong.
ii. Mengutamakan program berbentuk kebajikan masyarakat berbanding dengan memperbanyak
amalan sunat untuk peribadi.

5) Jelaskan dua kepentingan fiqh al-Aulawiyat terhadap individu.32


i. Memastikan tindakan manusia terkawal & sistematik.
ii. Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.
iii. Mengamalkan semua tuntutan Islam mengikut susunan yang tepat.

6) Terangkan dua pengajaran daripada ayat di atas.33


i. Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah dan hari akhirat / kerana
keimanan ialah kunci penerimaan segala ibadat
ii. Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan harta / supaya kita
mendapat ganjaran yang besar disisi Allah
iii. Kita hendaklah sentiasa berhijrah kepada yang lebih baik / supaya menjadi insan yang produktif
iv. Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan / kerana kebaikan itu
akan diberi ganjaran pada hari akhirat.
Catatan: Mana-mana jawapan yang munasabah diterima.

7) KBAT. “GAMBAR : Diploma Pengurusan Halal“. Berdasarkan gambar di atas, mengapakah bidang
pengajian tersebut penkepada umat Islam?34
Cadangan isi:
i. Dapat membezakan makanan halal dan haram
ii. Memudahkan urusan keperluan seharian masyarakat
iii. Mengutamakan mempelajari bidang ilmu makanan halal
iv. Memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal

31
PPC SPM 2023 Perak
32
PPC SPM 2023 Perlis
33
PPC SPM 2023 Melaka, Perlis, AKRAM Set 4
34
PPC SPM 2023 Perak
8
2.0 BIDANG HADIS
2.1 Kemuliaan Berdikari

1) Nyatakan pengertian berdikari.35


Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain.

2) Maksud perkataan bergaris.36

a. Belakangnya

b. Maka memberi kepadanya

c. menolaknya.

3) Nyatakan dua konsep berdikari.37


i. Menjadikan Islam dipandang tinggi (1m) kerana umatnya rajin berusaha (1m).
ii. Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal (1m) kerana diusahakan sendiri (1m).
iii. Melahirkan modal insan yang pakar (1m) melalui penerokaan ilmu dan kemahiran (1m).
iv. Memperkasakan daya saing masyarakat (1m) untuk mempertingkat taraf kehidupan (1m).

Catatan: Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima.

4) Terangkan dua kelebihan berdikari.38


i. Menjadikan agama Islam dipandang tinggi.
ii. Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal.
iii. Melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi.
iv. Memperkasakan daya saing masyarakat.

5) Pekerjaan nabi berikut :39


i. Nabi Idris: tukang jahit.
ii. Nabi Daud: tukang besi.

35
PPC SPM 2023 Pahang, Melaka, Sabah, SBP, Kedah, Labuan Set 1
36
AKRAM Set 2
37
PPC SPM 2023 Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, AKRAM Set 2, Labuan Set 1
38
PPC SPM 2023 Perak, Perlis, Sabah, Kedah, Sarawak
39
AKRAM Set 2
9
6) Terangkan pengajaran daripada hadis di atas.40
i. Kita hendaklah memandang mulia kepada pekerjaan yang halal/ walaupun hasilnya sedikit
ii. Kita hendaklah menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung pada orang lain / demi
memelihara kemuliaan dan maruah sendiri.
iii. Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran / untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
iv. Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut keupayaan / agar
hidup dirahmati.

7) KBAT. “USAHA TANGGA KEJAYAAN “Bagaimanakah anda mengaplikasikan pernyataan di atas


dalam kehidupan seharian? Huraikan.41
Cadangan isi :
i. Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
ii. Tidak mudah berputus asa dalam pelajaran.
iii. Sentiasa bermotivasi semasa menuntut ilmu.
iv. Merancang strategi untuk berjaya dalam pelajaran.

8) KBAT. “BERDIKARI UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI, AGAMA, MASYARAKAT & NEGARA”.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan bagaimana anda membudayakan amalan di atas dalam
kehidupan seharian.42
Cadangan isi:
i. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.
ii. Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain.
iii. Menyakini kemampuan diri.
iv. Berazam dengan hemah yang tinggi.

9) KBAT. ““HADIS : Tidak memakan seseorang sesuatu makanan yang lebih baik daripada memakan
hasil daripada hasil kerja tangannya sendiri dan sesungguhnya nabi Allah Daud a.s. makan daripada
hasil kerja baginda sendiri” (Riwayat Bukhari) “. Kemukakan hujah anda untuk menyokong
kebenaran hadis di atas.43
Fokus kepada kelebihan bekerja sendiri
Cadangan isi:
i. Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal
ii. Dipandang mulia
iii. Rezeki diberkati

10) KBAT. “GAMBAR : Meminta sedekah“. Kemukakanpendapat anda tentanggambar di atas


dalamkonteks berdikari.44

40
PPC SPM 2023 Melaka, SBP, Sarawak, AKRAM Set 2, Labuan Set 1
41
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah
42
PPC SPM 2023 Perak
43
PPC SPM 2023 Melaka
44
PPC SPM 2023 Perlis
10
11) KBAT “OKU cekal berdikari, pilih berniaga melalui Facebook Live”. Berdasarkan keratan akhbar di
atas, huraikan pandangan anda dalam konteks berdikari.45
Cadangan isi (kesan positif berdikari) :
i. Kekurangan diri tidak membataskan kemahuan untuk berjaya
ii. Sentiasa berusaha walaupun kekurangan fizikal
Golongan OKU ini membuktikan bahawa kekurangan diri tidak membataskan kemahuan untuk berjaya
(I) kerana mereka sentiasa berusaha dengan gigih tanpa mengharap bantuan orang lain. (H) Kesannya,
mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat. (HL) Oleh itu, kita hendaklah menghindari perbuatan
meminta-minta agar dapat memelihara maruah diri. (K)

12) KBAT “Kalau atitude ke laut, memang tak tahan – warganet bidas isu Gen Z manja dan pantang kena
tegur”. Berdasarkan tajuk artikel di atas, huraikan pandangan anda tentang peranan generasi akan
datang bagi mengatasi sikap tersebut dalam menyara kehidupan.46
Cadangan jawapan:
i. Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah SWT seoptimum mungkin.
ii. Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain.
iii. Meyakini kemampuan diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
iv. Berazam dengan hemah yang tinggi untuk meningkatkan kualiti diri, masyarakat dan negara.
v. Berusaha bersungguh-sungguh dalam menyara kehidupan.

2.2 Tujuh Dosa Besar

1) Pengertian perkataan bergaris :47


Syirik dengan Allah
dan makan harta anak yatim

2) Dua jenis syirik:48


i. Syirik Khafi
ii. Syirik Jali

45
PPC SPM 2023 Sabah
46
PPC SPM 2023 SBP
47
AKRAM Set 1
48
AKRAM Set 1
11
3) KBAT “Persembahan silap mata menjadi kesukaan sebahagian masyarakat masa kini.”49
Cadangan isi:
i. Silap mata dibenarkan sekiranya tidak mengandungi unsur syirik atau sihir.
ii. Silap mata adalah haram kerana menggunakan perantaraan jin atau syaitan.
iii. Silap mata hanyalah permainan yang memanipulasikan penglihatan manusia yang tidak
berkaitan dengan makhluk halus.

4) Pengajaran hadis di atas :50


i. Umat Islam hendaklah menjauhi syirik kerana syirik dapat merosakkan iman.
ii. Umat Islam hendaklah menghindarkan diri daripada membunuh kerana membunuh melanggar
hak asasi manusia.
iii. Kita hendaklah amanah dalam menjaga harta anak yatim untuk memelihara hak mereka.
iv. Kita hendaklah mempertahankan keamanan negara supaya agama Islam dapat ditegakkan.
v. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menuduh orang berzina tanpa bukti supaya
maruah umat Islam terpelihara.
Catatan: - Mana-mana jawapan yang munasabah diterima.

2.3 Setiap Orang Ialah Pemimpin

1) Nyatakan maksud potongan hadis51


a. pemimpin
b. pekerja

Imam itu ialah pemimpin dan


bertanggungjawab atas kepimpinannya52

2) Dua individu yang disenaraikan selain pemimpin :53


i. Suami.
ii. Isteri.
iii. Pekerja.

49
AKRAM Set 1
50
AKRAM Set 1
51
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
52
PPC SPM 2023 P. Pinang
53
AKRAM Set 3, Labuan Set 2
12
iv. Anak.

3) Nyatakan dua tanggungjawab


• Pemimpin.54
i. Berlaku adil dan menghapuskan kezaliman
ii. Menegakkan syariat Islam
iii. Menyusun sistem pentadbiran yang cekap dan amanah
iv. Menyediakan infrastruktur yang lengkap
v. Bersikap toleransi terhadap orang bawahan

• Pekerja55
i. Mengikut arahan ketua.
ii. Bekerja dengan penuh integriti
iii. Bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan.
iv. Melaksanakan tugas dengan sempurna.

• Anak56
i. Berbakti kepada ibu bapa sewaktu mereka masih hidup atau telah meninggal dunia
ii. Sentiasa mendoakan mereka
iii. Sentiasa membantu mereka dengan sebaiknya
iv. Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa & menyambung silaturrahim dengan rakan-rakan
mereka

4) Nyatakan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya.57


i. Mengesakan Allah SWT.
ii. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
iii. Sentiasa bersyukur kepada Allah dan menghargai kedua-dua ibu bapa.
iv. Setiap perbuatan (baik atau jahat) akan diberi balasan oleh Allah.
v. Dirikan solat.
vi. Laksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
vii. Bersabar atas segala musibah.
viii. Menjauhi sikap sombong.
ix. Elokkan percakapan.

5) Terangkan pengajaran hadis.58


i. Kita hendaklah menyedari bahawa setiap individu berperanan sebagai pemimpin (I) yang akan
dipertanggungkan di akhirat kelak (H).
ii. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin dengan adil dan
amanah (I) untuk mendapat keberkatan hidup (H).
iii. Kita hendaklah memelihara dan melindungi anggota keluarga (I) agar selamat di dunia dan
akhirat (H).

54
PPC SPM 2023 P. Pinang, AKRAM Set 3
55
AKRAM Set 3
56
PPC SPM 2023 Johor, Labuan Set 2
57
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
58
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, P. Pinang, AKRAM Set 3, Labuan Set 2
13
iv. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan keluarga dan rumahtangga (I) agar
hidup kekal harmoni (H).
v. Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah dalam pekerjaaan (I) supaya rezeki diberkati (H).
vi. Kita hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka hidup atau setelah meninggal
dunia (I) kerana jasa mereka tidak terbalas (H).
vii. Kita hendaklah mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek (I) kerana Baginda
ialah contoh ikutan yang terbaik (H).
Catatan : Isi =1 m , huraian = 1m (mana-mana jawapan yang munasabah diterima)

6) KBAT “Eksekutif akaun didakwa pecah amanah”. Huraikan tanggungjawab pekerja dalam
melaksanakan tugas.59
Cadangan Isi:
i. Mengikut arahan ketua.
ii. Bekerja dengan penuh integriti.
iii. Bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan.
iv. Amanah dalam menjalankan tugasan.

Sebagai seorang pekerja, kita hendaklah bekerja dengan penuh amanah dan integriti (I). Hal ini supaya
kita mengikut segala prosedur yang ditetapkan (H). Kesannya, kita dapat meningkatkan produksi
dengan efisien dan menaikkan nama syarikat (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah menjadi pekerja
yang berakhlak mulia agar memperoleh rezeki yang diberkati Allah (K).

7) KBAT. Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan pendapat anda berkaitan tanggungjawab


pekerja yang perlu dipatuhi.60

59
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
60
PC SPM Johor Set 1&2 2023
14
3.0 BIDANG AQIDAH
3.1 Allah Maha Pembalas (Al-Muntaqim)
1) Nyatakan maksud al-Muntaqim?61
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pembalas dengan menimpakan azab
terhadap orang yang melampaui batas.

2) Terangkan dua balasan Allah terhadap orang yang melakukan kezaliman.62


i. Membalas dengan seksaan neraka kerana menolak peringatan alQuran.
ii. Kaum Quraisy ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutupi
mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah
iii. Ditimpa azab yang pedih kerana mengingkari suruhan Allah SWT.

3) Dua kefahaman mengenai nama Allah SWT al-Muntaqim :63


i. Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka terhadap orang yang menolak
peringatan al-Quran.
ii. Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa al-Dukhan / iaitu kaum Quraisy ditimpakan
dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutupi mereka kerana mereka
menolak dakwah Rasulullah SAW.
iii. Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamanya setelah
diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas.

4) KBAT “Kemarau” Berdasarkan gambar di atas, kaitkan hujah anda dengan keimanan terhadap Allah
bersifat al-Muntaqim.64
Cadangan Isi:
i. Manusia seharusnya gerun dengan pembalasan Allah.
ii. Berusaha untuk meninggalkan larangan-Nya.
iii. Kejadian bencana alam menimbulkan keinsafan dalam hati manusia yang mahu berfikir.
iv. Berwaspada dalam setiap perbuatan.
v. Sentiasa melakukan perintah Allah.

Saya akan berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil (I). Hal ini kerana, saya yakin dengan
pembalasan Allah yang disediakan kepada hambaNya yang melampaui batas (H). Contohnya, saya
akan menjaga batas pergaulan saya agar tidak terjerumus ke dalam maksiat seperti yang diamalkan
oleh kaum yang terdahulu (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah mengambil iktibar daripada
peringatan yang diberikan oleh Allah agar dapat mengelakkan kemurkaanNya (K).

61
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, AKRAM Set 1, Labuan Set 2
62
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
63
AKRAM Set 1, Labuan Set 2
64
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, AKRAM Set 1
15
3.2 Hindari Ajaran Sesat
1) Jelaskan takrif ajaran sesat.65
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-
Sunnah.

2) Jelaskan dua ciri ajaran sesat daripada aspek berikut : 66


i. Akidah67
• Mengaku menjadi nabi atau rasul.
• Mendakwa diri atau gurunya imam Mahdi.
• Mendakwa gurunya dapat menebus dosa.
• Memuja makhluk untuk mendapat kelebihan.
• Mempercayai semua agama benar.
• Menolak alam ghaib.

ii. Al-Quran dan al-Hadis68


• Memahami dan mentafsir al-Quran dengan logik akal semata-mata.
• Meyakini bahawa terdapat al-Quran lain yang tersembunyi.
• Hanya berpegang dengan al-Quran dan menolak hadis.

iii. Akhlak69
• Mengejek,merendah-rendahkan dan mempersendakan sahabat nabi SAW
• Bersikap taksub dengan ajaran guru sehingga menganggap hanya kumpulannya yang benar
• Memperkecil amalan masyarakat berdasarkan sunah Rasulullah SAW sebaliknya
berbangga dengan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam

3) Dua contoh ajaran sesat :70


i. Ajaran Ayah Pin / Kerajaan Langit.
ii. Ajaran Hassan Anak Rimau.
iii. Ajaran Matahari / Taslim / Ajaran Haji Ahmad.
iv. Ajaran Syiah.
v. Ajaran Bahai.

4) Terangkan kesan kepada seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat dari aspek :71
i. Agama72
• Melemahkan iman dan merosakkan akidah.
• Menjatuhkan imej umat Islam.
ii. Politik
• Menggugat kestabilan politik akibat tindakan keganasan

65
PPC SPM 2023 Perak, Melaka, Perlis, P. Pinang, Sabah, SBP, Sarawak, AKRAM Set 2, Labuan Set 1
66
PPC SPM 2023 Perak
67
PPC SPM 2023 Pahang, Melaka, Perlis, Kedah, Sarawak, Labuan Set 1
68
PPC SPM 2023 P. Pinang, AKRAM Set 2
69
PPC SPM 2023 P. Pinang
70
AKRAM Set 2
71
PPC SPM 2023 SBP, Sarawak
72
PPC SPM 2023 Sabah, Labuan Set 1
16
• Mewujudkan suasana politik yang tidak harmoni akibat ta’asub kepada pemimpin
iii. Kemasyarakatan
• Membentuk individu masyarakat yang bersikap agresif & kasar
• Memutuskan hubungan silaturrahim & persaudaraan Islam
iv. Ekonomi73
• Melahirkan individu yang pasif dan malas (1m) kerana berfikiran jumud dan tertutup. (1m)
• Membelanjakan wang pada perkara yang tidak berfaedah (1m) kerana menghabiskan duit
pada upacara dan amalan yang bertentangan dengan Islam (1m)

5) Terangkan dua cara menjauhi ajaran sesat.74


i. Mempelajari akidah yang benar(1m) berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Waljamaah (1m).
ii. Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang dicurigai(1m) dalam ilmu dan
amalannya(1m).
iii. Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut paduan (1m) berdasarkan al-Quran
dan al-Sunnah(1m).
iv. Mencari maklumat daripada sumber yang soheh(1m) supaya tidak terpengaruh dengan ajaran
sesat(1m).
v. Berdoa memohon petunjuk(1m) agar sentiasa berada di jalan yang benar(1m).
vi. Bertaubat kepada Allah SWT atas ketelanjuran(1m) kerana mengikuti dan beramal dengan
ajaran sesat(1m).
Catatan: Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima.

6) KBAT “Terdapatnya ajaran sesat yang mendakwa bahawa solat cukup dengan berniat sahaja tanpa
perlu melakukannya.”. Kemukakan pandangan anda berkaitan situasi di atas. 75
Cadangan isi:
i. Solatnya tidah sah
ii. Pelaksanaan solat mesti terdapat rukun qalbi, qauli dan fi’li
iii. Solat dengan cara berniat sahaja bukan cara amalan Rasulullah.

7) KBAT “Ajaran sesat merupakan ancaman kepada masyarakat Islam di negara kita.“. Kemukakan
hujah anda bagi menyokong penyataan di atas.76
Cadangan isi:
i. Mencetus keganasan dalam masyarakat.
ii. Menggugat keamanan negara.
iii. Mewujudkan permusuhan.
iv. Menggugat kestabilan politik

8) KBAT “Ajaran sesat adalah satu fenomena yang semakin menular dalam kalangan masyarakat Islam
di Malaysia. “. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya situasi di atas tidak dibendung. 77
Cadangan isi : ( fokus kepada kesan negatif)
i. Menjatuhkan imej umat Islam
73
PPC SPM 2023 Perak
74
PPC SPM 2023 Pahang, Perlis, SBP, Kedah, AKRAM Set 2
75
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah
76
PPC SPM 2023 Perak
77
PPC SPM 2023 Melaka
17
ii. Melemahkan iman dan merosakkan akidah
iii. Melahirkan individu yang pasif dan malas
iv. Menggugat kestabilan politik
v. Memutuskan hubungan silatulrahim

9) KBAT “Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat sekira
berpegang dengannya, kitab Allah AL-QURANdan Sunah Nabi-Nya (al-Hadis). “. Pada pandangan
anda, mengapakah ajaran sesat masih berlaku walaupun Nabi Muhammad SAW telah berpesan
melalui hadisnya seperti di atas?78
Cadangan isi
i. Tidak memahami/ tidak merujuk kandungan al-Quran dan hadis
ii. Belajar ilmu agama bukan dari ulama/guru yang muktabar
iii. Kurang ilmu agama menyebabkan tidak dapat membezakan ajaran yang benar mengikut al-
Quran dan al-Sunah dengan ajaran sesat
iv. Mentafsir ayat al-Quran dan hadis berdasarkan akal sematamata/ mengikut hawa nafsu
#jawapan mesti dikaitkan dengan al-Quran dan hadis

10) KBAT “Terdapat cadangan supaya solat Jumaat dilaksanakan pada hari Sabtu” Huraikan pandangan
anda untuk menolak cadangan di atas.79
Cadangan isi (cara menolak/mengatasi ajaran sesat) :
i. Mempelajari akidah yang sebenar
ii. Tidak berkawan dengan orang yang mengamalkan ajaran sesat
Mempelajari akidah yang sebenar (I) supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat (H). Hal yang
demikian akan dapat membendung fahaman yang menyeleweng (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa meningkatkan ilmu berkaitan akidah agar akidah kita benar .(K)

3.3 Allah Maha Mengawasi (Ar-Raqib)


1) Apakah maksud al-Raqib?80
Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha mengawasi semua perbuatan dan
keadaan makhluk.

2) Jelaskan dua bukti kefahaman Allah SWT bersifat al-Raqib.81


i. Allah SWT Maha mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah dan larangan-
Nya.
ii. Allah SWT sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia.

78
PPC SPM 2023 P. Pinang
79
PPC SPM 2023 Sabah
80
PPC SPM 2023 Pahang, Perak, Melaka, Perlis, P. Pinang, SBP, Kedah, Sarawak, AKRAM Set 2, Labuan Set 1
81
PPC SPM 2023 Pahang, Perak, Melaka, Perlis, P. Pinang, SBP, Kedah, Sarawak, AKRAM Set 2, Labuan Set 1
18
3) Terangkan dua tindakan yang akan dilakukan oleh orang yang beriman dengan nama Allah SWT al-
Raqib.82
Cadangan isi:
i. Takut dengan pembalasan azab daripada Allah SWT.
ii. Malaikat sentiasa mencatat segala perbuatan baik dan buruk manusia.
iii. Sebagai seorang muslim ingin membuat dan mengamalkan sebanyak mungkin amalan baik.

4) KBAT “GAMBAR : Pengawasan CCTV 24 Jam”. Berdasarkan gambar di atas, kemukakan hujah anda
dengan mengaitkannya dengan nama Allah SWT al-Raqib.83
Cadangan isi:
i. Allah SWT Maha Mengawasi semua tingkah laku manusia.
ii. Menjadikan manusia sentiasa berwaspada dalam semua keadaan.
iii. Sentiasa berusaha menjauhi larangan Allah SWT.

5) KBAT “Menghayati nama Allah al-Raqib menjadikan seseorang murid itu cemerlang dan berjaya
dalam pelajaran”. Huraikan pandangan anda bagi menyokong pernyataan di atas. 84
Cadangan isi:
i. Melakukan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
ii. Mengelakkan diri daripada melakukan perkara lagha dan maksiat.
iii. Sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah.
iv. Sentiasa berdoa dan memohon kejayaan dalam pelajaran.

3.4 Ahli Sunnah Wal Jamaah


1) Dua aliran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah : 85
i. Khawarij
ii. Muktazilah
iii. Syiah

2) Dua nama lain yang masyhur dikenali sebagai golongan ASWJ :


i. Al-Salafus Soleh.
ii. Al-Sawadul A’zom.
iii. Al-Asya’irah.
iv. Al-Maturidiah.
v. Ahlul Hadis.

82
PPC SPM 2023 Pahang, Melaka, Labuan Set 1
83
PPC SPM 2023 Perak, Sarawak, AKRAM Set 2, Perlis, Kedah
84
PPC SPM 2023 SBP
85
PPC SPM 2023 Sabah, AKRAM Set 1
19
3) Pengertian Ahli Sunah Wal Jamaah :86
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan al-Sunah (1m)
[FRASA 1] / menerusi para sahabat dan tabiin serta tabi’ tabiin (1m) [FRASA 2] / dalam prinsip akidah,
syariat dan akhlak (1m) [FRASA 3].

Catatan: - Jawapan dalam 3 frasa. - Frasa 1 MESTI ADA dalam jawapan calon dan mana-mana frasa
lain (frasa 2 atau 3)

4) Dua prinsip akidah Ahli Sunah Wal Jamaah :87


i. Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal
dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.
ii. Setiap perbuatan manusia akan diberi balasan.
iii. Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib.
iv. Meyakini kewujudan syurga dan neraka.
v. Meyakini syafaat Rasulullah SAW dengan izin Allah SWT.
vi. Perutusan nabi dan rasul adalah rahmat Allah SWT kepada manusia.

5) Nyatakan sejarah ringkas kemunculan Syiah.88


i. Kumpulan yang menuntut Saidina Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah selepas Rasulullah.
ii. Berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja yang lebih layak memegang jawatan khalifah.

6) Jelaskan dua prinsip utama aliran Syiah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah.89
i. Meyakini bahawa Al Imamah merupakan rukun agama
ii. Meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum.
iii. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah.
iv. Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad.
v. Mengamalkan taqiyyah iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau
harta bendanya.

86
AKRAM Set 1
87
AKRAM Set 1
88
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, P. Pinang, Sabah, Labuan Set 2
89
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, P. Pinang, Sabah, Labuan Set 2
20
7) Jelaskan perbezaan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Khawarij berkaitan : 90
i. Isu pelaku dosa besar
ASWJ Khawarij91
P1-Tetap dikira sebagai mukmin bukan kafir Dianggap sebagai kafir
dan dihukum fasik jika tidak bertaubat

ii. Kedudukan iman


ASWJ Khawarij
P1-Iman boleh bertambah dan berkurang.Iman tidak boleh bertambah dan
berkurang.
P2-Bertambah dan berkurang bergantung Iman ada apabila melakukan kebaikan
pada amal soleh dan maksiat yang dan iman hilang apabila melakukan
dilakukan. kemungkaran.

8) Dua kepentingan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah : 92
i. Mendapat keredhaan daripada Allah SWT
ii. Menjadi asas penerimaan sesuatu amalan
iii. Memelihara kesucian agama Islam
iv. Menjamin keamanan untuk negara
v. Mengelak umat Islam daripada terjebak dengan ajaran sesat
vi. Membersihkan akidah daripada sebarang bentuk kekeliruan
vii. Menghindarkan umat Islam daridapa fahaman yang melampau

9) Terangkan cara menangani ajaran Syiah.93


i. Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
ii. Menghindarkan diri daripada bergauk dengan orang yang dicurigai ilmu dan amalannya
iii. Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan Al Quran dan As Sunnah
iv. Mencari maklumat daripada sumber yang sahih supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat.
v. Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada di jalan benar
vi. Bertaubat kepada Allah atas kerlanjuran mengikuti dan beramal dengan ajaran sesat.

10) Pandangan ASWJ berkaitan isu :94


a) Kedudukan iman
• Mempercayai bahawa iman boleh bertambah dan berkurang kerana bergantung pada
amal soleh dan maksiat yang dilakukan.
b) Pelaku dosa besar
• Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak
bertaubat.

90
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
91
AKRAM Set 4
92
PPC SPM 2023 Sabah, AKRAM Set 1
93
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
94
AKRAM Set 4
21
4.0 BIDANG FEKAH
4.1 Haji & Umrah
1) Nyatakan pengertian haji dari segi istilah.95
Mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan Haji (1M) untuk mengerjakan ibadah tertentu
menurut syarat-syaratnya (1M).

2) Nyatakan maksud umrah.96


Mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa / untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut
syarat-syaratnya.

3) Dua rukun haji ialah :97


i. Niat mengerjakan haji/ niat ihram.
ii. Wukuf di Arafah.
iii. Tawaf di Kaabah/Baitullah.
iv. Saie.
v. Bergunting atau bercukur rambut.
vi. Tertib pada kebanyakkan rukun.

4) Jelaskan dua perkara wajib haji.98


i. Niat ihram di miqat
ii. Bermalam (mabit) di Muzdalifah
iii. Melontar 7 anak batu di Jamrah Kubra
iv. Bermalam (mabit) di Mina
v. Melontar 7 anak batu ketiga-tiga Jamrah
vi. Menjauhi larangan Ihram

5) Nyatakan dua syarat wajib haji dan umrah.99


i. Islam
ii. Baligh
iii. Berakal
iv. Merdeka
v. Berkemampuan

6) Senaraikan dua ciri-ciri berkemampuan dalam ibadah haji.100


i. Cukup perbelanjaan untuk mengerjakan haji dan umrah pergi dan balik.
ii. Cukup keperluan nafkah asas bagi orang yang di bawah tanggungan.
iii. Ada kenderaan pergi dan balik.
iv. Aman perjalanan pergi dan balik.
v. Sihat tubuh badan

95
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Perak, Sabah, SBP, Labuan Set 1
96
PPC SPM 2023 Melaka
97
PPC SPM 2023 Sarawak
98
PPC SPM 2023 Melaka
99
PPC SPM 2023 Pahang, Perak, Perlis, Sabah, SBP
100
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
22
vi. Mendapat keizinan suami atau walinya.
vii. Ditemani oleh suami atau mahramnya atau Kumpulan yang boleh dipercayai.

7) Jelaskan dua larangan dalam ihram dari aspek kecantikan.101


i. Pakaian
ii. Menutup muka

8) Jelaskan dua larangan dalam ihram bagi lelaki.102


i. Memakai pakaian yang berjahit atau bercantum
ii. Menutup kepala

9) Jelaskan dua perbezaan antara ibadat haji dan umrah.103


HAJI UMRAH
Dikerjakan pada bulan haji sahaja. Pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Wajib Wukuf Tiada Wukuf
Melontar tujuh anak batu pada ketiga-tiga Tiada melontar tujuh anak batu pada ketiga-tiga
Jamrah. Jamrah.
Bermalam di Muzdalifah Tiada bermalam di Muzdalifah
Bermalam di Mina Tiada bermalam di Mina
Melontar tujuh anak batu di Jamrah Kubra Tiada melontar tujuh anak batu di Jamrah
Kubra.

10) Terangkan dua hikmah haji dan umrah dari aspek ekonomi.104
i. Meningkatkan taraf hidup umat Islam dengan menabung dalam tabung haji (1m) supaya dana
umat Islam meningkat. (1m)
ii. Meningkatkan dana umat Islam dan mewujudkan sumber pendapatan (1m) agar kehidupan
umat Islam lebih selesa dan berkemampuan (1m)

11) KBAT “Larangan melakukan sesuatu perkara yang dilarang semasa ihram menunjukkan bahawa
Islam amat mementingkan sikap disiplin di dalam melakukan ibadat.”. Sebagai seorang pelajar,
bagaimanakah anda dapat menjadikan sikap di atas sebagai usaha untuk menjadi pelajar yang
berjaya di dalam pelajaran?105
Cadangan isi:
i. Mengikut semua peraturan disiplin di sekolah.
ii. Mematuhi jadual belajar harian.
iii. Mengikut ajaran yang disampaikan oleh guru.
iv. Sentiasa hadir ke sekolah.

101
PC SPM Johor Set 1 2023
102
PC SPM Johor Set 2 2023
103
PPC SPM 2023 Pahang, Perak, Melaka, Perlis, Sabah, Kedah, Sarawak, Labuan Set 1
104
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Sarawak
105
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah
23
12) KBAT “Melaksanakan ibadah haji menuntut pengorbanan masa, tenaga dan perbelanjaan kos yang
tinggi” Huraikan tindakan yang perlu diambil bagi menunjukkan kesungguhan anda dalam
menyempurnakan ibadah tersebut.106
Cadangan isi:
i. Bijak merancang dan menguruskan kewangan sebaik mungkin.
ii. Membuka simpanan Tabung Haji.
iii. Mendaftar awal untuk menunaikan Haji.
iv. Banyak membaca dan menuntut ilmu berkaitan dengan haji.
v. Menghadiri kursus haji atau umrah yang dianjurkan di kawasan setempat.

4.2 SEMBELIHAN
1) Dua rukun sembelihan :107
i. Penyembelih
ii. Binatang sembelihan
iii. Alat sembelihan

2) Dua perkara sunat sembelihan :108


i. Penyembelih menajamkan pisau.
ii. Menyembelih pada waktu siang.
iii. Menghadap kiblat.
iv. Membaca Basmalah ketika permulaan menyembelih.
v. Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kiri.
vi. Menggunakan alat yang paling tajam.

3) Dua syarat sah binatang sembelihan :109


i. Masih mempunyai hayat mustaqirah.
ii. Putus urat halkum dan urat marik / merih dengan sekali sembelihan.

4.3 Muamalat Dalam Islam


1) Jelaskan dua matlamat pensyariatan muamalat dalam Islam.110
i. Menunjukkan keadilan Allah SWT dalam mengatur urusan kehidupan manusia.
ii. Mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah.
iii. Segala urusan dalam muamalat Islam bertepatan dengan matlamat syariat Islam.
iv. Menjaga kepentingan penjual dan pembeli serta penyewa dan pemilik.
v. Mendapat keredaan Allah SWT kerana melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya
dalam urusan harian.

106
PPC SPM 2023 SBP
107
AKRAM Set 1
108
AKRAM Set 1
109
AKRAM Set 1
110
PPC SPM 2023 P. Pinang
24
2) Nyatakan dua unsur yang diharamkan dalam muamalat Islam.111
i. Riba
ii. Gharar
iii. Judi
iv. Dharar

3) Rukun akad :112


i. Pihak yang berakad / penjual dan pembeli.
ii. Sesuatu yang diakadkan / harga / barang.
iii. Sighah / ijab kabul.

4) KBAT “Adakah jual beli secara dalam talian (online) menepati muamalat Islam?” Huraikan. 113
Cadangan isi:
Menepati muamalat Islam jika:
i. Tiada unsur yang diharamkan dalam jual beli tersebut.
ii. Sekiranya memenuhi syarat sah jual beli.
iii. Tiada unsur penipuan.

Tidak menepati muamalat Islam jika:


i. Terdapat unsur yang diharamkan dalam jual beli tersebut
ii. Tidak memenuhi syarat sah jual beli.
iii. Terdapat unsur penipuan.

4.4 Pengurusan Harta Selepas Kematian (Faraidh)


1) Maksud faraid ialah114
Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia (1m) kepada anggota warisnya menurut
syarak. (1m)

2) Dua rukun faraid :115


i. Orang yang mewariskan harta
ii. Waris
iii. Harta pusaka

3) Dua syarat sah waris :116


i. Waris masih hidup.
ii. Mengetahui status hubungan dengan si mati.

111
PPC SPM 2023 P. Pinang
112
AKRAM Set 4
113
PPC SPM 2023 P. Pinang
114
PPC SPM 2023 Sabah, SBP, Sarawak, AKRAM Set 3
115
PPC SPM 2023 SBP, Sarawak, Labuan Set 2
116
AKRAM Set 3
25
4) Dua hikmah pensyariatan faraid ialah :117
i. Mengelakkan berlakunya pertelingkahan [1m] supaya tidak menjejaskan kebahagian dalam
keluarga [1m].
ii. Menjamin kelangsungan hidup waris [1m] agar kehidupan terjamin [1m].
iii. Menegakkan keadilan bagi pihak waris [1m] supaya tidak ditipu oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab [1m].
iv. Mengekalkan kasih sayang dalam keluarga [1m] agar hidup dalam harmoni [1m].

5) KBAT “Berebut harta akibat jahil hukum faraidh” Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan
pandangan anda terhadap isu tersebut.118
Cadangan isi :
i. Islam telah menggariskan kaedah faraid bagi menguruskan harta si mati.
ii. Kaedah faraid dapat menyelesaikan masalah pembahagian harta secara adil dan saksama.
iii. Kurang pengetahuan tentang menguruskan harta pusaka.
Islam telah menggariskan kaedah faraid bagi menguruskan harta si mati (I) agar harta yang
ditinggalkan dapat diagihkan secara adil kepada pewaris.(H) Kesannya, pertelingkahan dan
perbalahan disebabkan perebutan harta dapat dielakkan. (HL) Kesimpulannya, kita hendaklah
mendalami ilmu berkaitan pengurusan harta agar hidup dalam keharmonian. (K)

6) KBAT “Islam mensyariatkan faraid untuk membahagikan harta pusaka selepas berlaku kematian”
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kemungkinan yang berlaku sekiranya tuntutan tersebut
diabaikan dalam sesebuah keluarga?.119
Cadangan isi :
i. Pembahagian harta diuruskan dengan tidak adil dan saksama.
ii. Berlaku perebutan harta dalam keluarga.
iii. Hubungan kekeluargaan akan terputus.
iv. Berlaku penganiayaan kepada waris yang berhak.

4.5 Solat Dhuha


1) Apakah maksud solat sunat Dhuha?120
Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir
matahari
2) Nyatakan dua kaifiat melaksanakan solat Sunat Dhuha121
ُّ ‫سنَّةَ ال‬
َ ‫ض َحي َر ْك َعت َين ِلل تَ َع‬
• Niat : Lafaz niat ‫الي‬ َ ُ‫أ‬
ُ ‫صلِّي‬
• Bilangan rakaat : 2, 4, 6 atau 8 rakaat
• Cara pelaksanaan : Digalakkan secara bersendirian
• Bacaan dalam solat :
- Rakaat pertama:
1) Surah Al-Fatihah

117
PPC SPM 2023 Sabah, SBP, Labuan Set 2
118
PPC SPM 2023 Sabah, Sarawak, AKRAM Set 3
119
PPC SPM 2023 SBP
120
PPC SPM 2023 Labuan Set 2
121
PPC SPM 2023 Labuan Set 2
26
2) Surah As-Syams atau surah lain
- Rakaat kedua:
1) Surah Al-Fatihah
2) Surah Ad-Dhuha atau surah lain
• Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salam

3) KBAT ““Dah buat solat Dhuha, tapi tak ada rezeki masuk pun….”“Dah buat solat Dhuha tak kaya
pun……” Berdasarkan pernyataan di atas, Bincangkan122
Cadangan isi :

4.6 Solat Sunat Istikharah


1) Apakah maksud Solat Istikharah?123
Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT (1M) dalam menentukan pilihan bagi
sesuatu perkara (1M).

2) Nyatakan hukum melakukan Solat Istikharah.124


Sunat

3) Jelaskan kaifiat menunaikan Solat Istikharah.125


i. Lafaz niat
ii. 2 rakaat/ cara pelaksaan: Bersendirian
iii. Bacaan dalam solat:- Rakaat pertama: Surah al-Fatihah dan alKafirun
iv. Rakaat kedua: Surah al-Ftihah dan al-Ikhlas
v. Sempurnakan rukun solat
vi. Berdoa

4) Terangkan hikmah menunaikan solat sunat istikharah.126


i. Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT(1m) kerana menjadikan Allah SWT sebagai tempat
pergantungan(1m).
ii. Mendidik umat Islam agar sentiasa memohon sesuatu kepada Allah (1m) terutama dalam
membuat keputusan (1m).
iii. Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik (1m) dengan memohon bantuan selain Allah SWT
seperti kepada bomoh (1m).

122
PPC SPM 2023 Labuan Set 2
123
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Pahang, Perak, Melaka, Perlis, Kedah, AKRAM Set 1
124
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
125
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Pahang, Perlis, Kedah
126
PPC SPM 2023 Pahang, Perak, Perlis, Kedah
27
5) Perbezaan antara solat sunat istikharah dan solat sunat tasbih dari segi bilangan rakaat :127
Aspek Solat Istikharah Solat Tasbih
Bilangan Rakaat ii. rakaat -4 rakaat
- 4 rakaat 1 salam (jika dilakukan waktu siang)
- 4 rakaat 2 salam (jika dilakukan waktu malam)

Catatan :
i. Mesti 1 jawapan bilangan rakaat solat istikharah dan 1 jawapan bilangan rakaat solat tasbih.
ii. Bilangan rakaat solat tasbih boleh diterima mana-mana satu daripada jawapan di atas.

6) KBAT “Solat Istikharah dapat membuatkan seseorang berpuas hati dengan setiap keputusannya.”
Kemukakan hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas.128
Cadangan Isi:
i. Meningkatkan keimanan kerana menjadikan Allah sebagai tempat bergantung
ii. Mendidik seseorang sentiasa memohon sesuatu kepada Allah serta berusaha selaras dengan
perkara yang ingin dicapai.
iii. Reda dengan setiap cabaran yang mendatang apabila keputusan dibuat.

Seseorang yang beriman akan menerima sesuatu keputusan dengan terbuka setelah melakukan solat
istikharah (I). Hal ini kerana mereka meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah Taala (H).
Kesannya, ia dapat meningkatkan keimanan seseorang untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah
(HL). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah untuk mendapat
keberkatan hidup (K).

7) KBAT “Umat Islam disuruh mengerjakan solat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu dalam
membuat suatu pilihan atau keputusan.” Pada pendapat anda, mengapakah Islam menganjurkan
supaya melakukan solat Istikharah?129
Cadangan isi: ( Fokus kepada hikmah dan kelebihan melakukan solat sunat istikharah )
i. Meningkatkan keimanan
ii. Mendidik umat Islam memohon sesuatu kepada Allah
iii. Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik

8) KBAT “Rakan anda tidak melakukan solat sunat istikharah disebabkan tidak tahu cara
pelaksanaannya..” Bagaimanakah usaha yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan anda?
Huraikan.130
Cadangan isi:
i. Mengajar rakan tentang cara melaksanakan solat sunat istikharah.
ii. Mengajak rakan mendengar ceramah berkaitan solat sunat istikharah.
iii. Menghadiahkan buku panduan solat sunat istikharah.

127
AKRAM Set 1
128
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
129
PPC SPM 2023 Melaka
130
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah
28
9) KBAT “”Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara maka dirikanlah solat
sunat dua rakat selain daripada yang difardukan ( Riwayat Muslim )”. Berdasarkan hadis di atas,
kemukakan hujah anda berkaitan galakan perlaksanaan solat sunat Istikharah.

10) KBAT “Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara, maka dirikanlah solat sunat
dua rakaat selain daripada yang difardukan.” (Hadis Riwayat Muslim). Berdasarkan hadis di atas,
mengapakah amalan tersebut kurang diamalkan dalam kalangan umat Islam hari ini.131
Cadangan isi:
i. Kurang ilmu tentang kelebihan solat istikharah.
ii. Malas melaksanakan solat sunat.
iii. Kesibukan dengan urusan harian.

4.7 Solat Sunat Tasbih


1) Hikmah solat sunat tasbih :132
i. Mendapat keampunan Allah SWT
ii. Meraih ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
iii. Memberi ketenangan jiwa.
Catatan : Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima.

4.8 Pembubaran Perkahwinan (Talak)


1) Apakah maksud talak?133
Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.

2) Jelaskan dua hukum talak berserta huraiannya134


Hukum Huraian
Wajib Apabila berlaku perbalahan antara suami isteri yang tidak dapat didamaikan setelah
melalui proses mahkamah.
Sunat Apabila isteri berakhlak buruk.
Harus Hukum asal iaitu syarak memberikan kebenaran untuk pasangan suami isteri
membubarkan perkahwinan kerana sebab-sebab yang munasabah.
Makruh Apanila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa
sebab.
Haram Apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid atau ketika suci tetapi telah
disetubuhi tanpa diketahui hamil atau tidak.

131
AKRAM Set 1
132
AKRAM Set 1
133
PPC SPM 2023 Perak, Labuan Set 1
134
PPC SPM 2023 Labuan Set 1
29
3) Jelaskan jenis beserta contoh lafaz talak.135
i. Jelas (1m) : “ Aku ceraikan engkau” (1m)
ii. Kiasan (1m) : “Pulanglah ke rumah ibumu” (1m)

4) Nyatakan hukum bagi situasi berikut :136


i. Seorang suami menceraikan isterinya kerana perkahwinannya sering berlaku perbalahan
yang tidak dapat didamaikan setelah proses mahkamah.
• Wajib
ii. Ali menceraikan isterinya yang berkelakuan baik.
• Makruh

4.9 Isu-Isu Perkahwinan (Iddah)


1) Nyatakan dua larangan semasa iddah.137
i. Menerima pinangan lelaki lain secara terang atau kiasan
ii. Keluar daripada rumah yang disediakan oleh suami (Kecuali untuk keperluan yang dibenarkan
oleh syarak)
iii. Berhias diri kecuali wanita yang dalam iddah raji’e.

2) Lengkapkan jadual berikut berkaitan tempoh iddah bercerai hidup :138


i. Belum putus haid : 3 kali suci
ii. Sedang hamil : Sehingga melahirkan anak

3) Terangkan dua implikasi perkahwinan yang tidak mengikuti syariat dan undang-undang Islam.139

i. Pasangan boleh didenda jika disabitkan dengan kesalahan berkahwin tanpa mengikut saluran
yang betul bagi Negara masing-masing.
ii. Pasangan terpaksa dipisahkan jika didapati perkahwinan tidak sah mengikut hukum syarak.
iii. Isteri tidak mempunyai dokumen yang sah untuk membuat sebarang tuntutan seperti hadanah
dan harta pusaka jika berlaku kematian suami.
iv. Kesukaran mendaftarkan kelahiran anak untuk mendapatkan sijil kelahiran.

135
PPC SPM 2023 Perak
136
PPC SPM 2023 Perak
137
PPC SPM 2023 Melaka
138
PPC SPM 2023 Melaka
139
PPC SPM 2023 Labuan Set 1
30
4.10 Perkahwinan (Wali)
1) Nyatakan maksud wali.140
Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan.

2) Nyatakan dua jenis wali.141


i. Wali mujbir
ii. Wali bukan mujbir

3) Senaraikan dua syarat wali.142


i. Islam
ii. Lelaki
iii. Baligh
iv. Berakal
v. Adil
vi. Merdeka
vii. Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah
viii. Tidak dipaksa mewalikan
ix. Tiada penyakit yang mencacatkan fikiran seperti nyanyuk atau gila
x. Mampu memelihara dan menguruskan hartanya

4) Jelaskan dua sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim.143


i. Tidak mempunyai wali nasab
ii. Wali nasab berada jauh melebihi 2 marhalah
iii. Wali hilang dan tidak dapat dikesan
iv. Saudara baharu (mualaf) yang tiada wali nasab yang lain
v. Anak tidak sah taraf
vi. Wali dalam ihram haji atau umrah
vii. Wali enggan mewalikan pernikahan
viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan tersebut dan tiada wali lain yang
setaraf (sepupu lelaki yang akan mengahwini sepupu perempuan).

140
PPC SPM 2023 P. Pinang
141
PPC SPM 2023 P. Pinang
142
PPC SPM 2023 P. Pinang
143
PPC SPM 2023 P. Pinang
31
5.0 BIDANG SIRAH & TAMADUN ISLAM
5.1 Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin
1) Dua ciri kepimpinan khalifah Abu Bakar al-Siddiq :144
i. Tegas.
ii. Berpandangan jauh.
iii. Setia dengan arahan Rasulullah SAW.
iv. Mengamalkan syura.

2) Dua bukti yang menunjukkan khalifah Uthman bin Affan seorang yang prihatin :145
i. Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan negara.
ii. Membesarkan masjid Nabawi untuk keperluan dan keselesaan umat Islam.

3) Dua pencapaian pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dalam aspek ekonomi :146


i. Khalifah memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti cukai jizyah dan kharaj.
ii. Khalifah memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan Terusan Amirul
Mukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa di Basrah.
iii. Khalifah telah mengemaskini intitusi baitulmal dan meneroka tanah baharu untuk
memperbanyak hasil pertanian.
iv. Khalifah meneruskan kutipan jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi.

5.2 Kerajaan Umaiyah


1) Nyatakan secara ringkas sejarah penubuhan kerajaan Umaiyah. 147
i. Asal penubuhan: Bersempenan nama Umaiyah bin Abu
ii. Pengasas : Mu’awiyah bin Abi Sufian
iii. Tempoh memerintah : Tahun 41 hijrah hingga 132 hijrah.
iv. Keluasan Kerajaan : Meliputi sebahagian besar benua Afirka, Asia dan Eropah.
v. Bilangan khalifah : 14 orang khalifah
vi. Pusat pemerintahan : Damsyik, Syria.

2) Senaraikan dua orang khalifah yang terkenal dalam kerajaan Umaiyah. 148
i. Muawiyah bin Abi Sufian
ii. Abdul Malik bin Marwan
iii. Al-Walid bin Abdul Malik
iv. Umar bin Abdul Aziz

144
AKRAM Set 1
145
AKRAM Set 1
146
AKRAM Set 1
147
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Melaka, P. Pinang
148
PPC SPM 2023 Perak, Perlis, SBP, Sarawak, Labuan Set 1
32
3) Jelaskan dua sumbangan salah seorang khalifah berikut:149
• Mu’awiyah bin Abi Sufian150
i. Menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahan yang terdekat.
ii. Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda.
iii. Memperkenalkan cop mohor rasmi Kerajaan Umaiyah.
iv. Menubuhkan jabatan setiausaha, jabatan cukai dan jabatan urusan awam.
v. Memperkasakan armada laut.

• Umar bin Abdul Aziz151


i. Mengecualikan bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi sehingga ramai yang memeluk Islam.
ii. Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibn Shihab az Zuhri untuk membukukan hadis Rasulullah
SAW.
iii. Membina rumah transit untuk para pedagang.
iv. Menaik taraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti hospital, perigi, jambatan, jalan
raya dan system pengangkutan awam.
v. Mengasaskan dewan penasihat yang dianggotai oleh para ulama’ untuk memberi nasihat
kepada khalifah.

4) Jelaskan dua faktor kegemilangan kerajaan Umaiyyah dari aspek berikut :


i. Pendidikan152
• Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan
• Galakkan daripada khalifah Abd Malik bin Marwan dan Umar Abd Aziz agar rakyat
menguasai pelbagai ilmu nakli seperti Al Quran,Tafsir,hadis dan nahu.

ii. Ketenteraan153
• Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan bersemangat jihad dalam mempertahankan
agama dan negara.
• Terdapat kemudahan pangkalan tentera dan kapal perang yang dilengkapi dengan
peralatan perang yang canggih.
• Adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak gerakan daripada Parsi dalam
ketenteraan.

iii. Ekonomi154
• Pengurusan baitulmal yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi keperluan.
• Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian dan perdagangan untuk
membangunkan negara.

149
PC SPM Johor Set 1&2 2023
150
AKRAM Set 2
151
PPC SPM 2023 P. Pinang
152
PPC SPM 2023 Melaka
153
PPC SPM 2023 Perlis, AKRAM Set 2, Labuan Set 1
154
PPC SPM 2023 P. Pinang, SBP
33
5) Jelaskan dua faktor kemerosotan kerajaan Umaiyah dari aspek berikut :
• Akhlak155
i. Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam perbelanjaan hingga menimbulkan
rasa puas hati rakyat.
ii. Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung kepada hiburan dan kekejaman.

• Politik156
i. Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dalam kalangan
keluarga.
ii. Pemberontakan oleh puak Syiah, Khawarij serta golongan yang tidak berpuas hati dengan
penubuhan kerajaan Umaiyah.

6) Terangkan dua iktibar yang diperoleh daripada pemerintahan kerajaan Umaiyah. 157
i. Kita hendaklah memartabatkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah dalam urusan kepimpinan (1m)
agar syariat Islam dapat ditegakkan (1m)
ii. Kita hendaklah mencontohi sifat – sifat mulia yang ada pada khalifah Islam (1m) seperti zuhud,
tegas,berilmu dan bijaksana.(1m)
iii. Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat (1m ) agar hidup
harmoni.(1m)
iv. Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan (1m) agar mengeratkan kasih sayang (1m)
v. Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi (1m) dalam mempertahankan kedaulatan
negara (1m)
vi. Kita hendaklah berusaha mempertingkatan ilmu pengetahuan (1m) agar dapat memberi
sumbangan kepada umat Islam(1m)

7) KBAT “Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros kerana cenderung kepada hiburan dan
kekejaman”. Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah anda sebagai pemimpin dapat mengambil
iktibar bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni.158
Cadangan isi:
i. Melaksanakan tanggungjawab…
ii. Menjauhi hiburan yang melalaikan…
iii. Mengamalkan dan memartabatkan ajaran Al Quran dan Al Sunnah…

8) Kepimpinan Khalifah Kerajaan Umaiyah telah berjaya mencapai kecemerlangan yang


membanggakan umat Islam sehingga ke hari ini. Huraikan cara anda mencontohi kepimpinan para
khalifah tersebut.159
Cadangan Isi
i. Memartabatkan ajaran Islam dan al Sunnah dalam urusan kepimpinan
ii. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
iii. Menjaga hubungan baik antara pemimpin dan rakyat

155
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
156
PPC SPM 2023 Perak, Sarawak
157
PPC SPM 2023 Perak, Perlis, SBP, Sarawak, AKRAM Set 2
158
PPC SPM 2023 Melaka
159
PPC SPM 2023 Labuan Set 1
34
5.3 Kerajaan Abbasiyah
1) Nyatakan sejarah kerajaan Abbasiyyah secara ringkas.160
i. Asal penubuhan : Bersempena nama saudara Rasulullah SAW iaitu Al-Abbas Bin Abdul
Mutalib.
ii. Pengasas : Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Al-Saffah.
iii. Tempoh pemerintahan : Selama 524 tahun, iaitu bermula dari tahun 132 hijrah hingga tahun
656 hijrah.
iv. Keluasan kerajaan : Meliputi sebagian besar benua afrika, asia dan eropah.
v. Bilangan khalifah : 37 orang khalifah
vi. Khalifah yang terkenal :
• Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Al-Saffah.
• Abu Ja’far Abdullah Muhammad Bin Ali Al-Mansur.
• Harun Al-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahdi Bin Al-Mansur Al-Abasy.
• Abu Ja’far Abdullah Al-Makmum Bin Harun Al-Rasyid
vii. Khalifah terawal : Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali Al-Saffah.
viii. Khalifah terakhir : Al-Mustaksim Billah Abdullah Bin Mansur Al-Muntansir Billah.
ix. Pusat pemerintahan : Baghdad, Iraq.

2) Jelaskan dua faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyyah dari aspek agama 161
i. Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitulmal untuk para ulama'
menjalankan aktiviti dakwah
ii. Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu bahasa, sains,
kejuruteraan dan perubatan berjaya memartabatkan tamadun Islam
iii. Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah sebagai pusat pengajian ilmu
Islam dan penyebaran dakwah

3) Terangkan dua faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyyah dari aspek sosial.162


i. Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah.
ii. Pemberontakan dalam kalangan puak syiah dan khawarij sehingga mengganggu ketenteraman
awam.

4) Dua sumbangan yang diberikan oleh Khalifah Abu Abbas Abdullah ialah :163
i. Mengasaskan Kerajaan Abbasiyah
ii. Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi dan Byzantin
iii. Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan oleh golongan
Syiah dan Khawarij

5) Terangkan dua iktibar yang diperoleh daripada pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. 164
i. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan (1m) supaya
urusan pentadbiran berjalan lancar (1m).

160
PPC SPM 2023 Pahang, Sabah, Kedah, AKRAM Set 3, Labuan Set 2
161
PPC SPM 2023 Labuan
162
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah, AKRAM Set 3
163
PPC SPM 2023 Sabah
164
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah, Labuan Set 2
35
ii. Kita hendaklah mencontohi dan mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran
(1m) agar menjadi contoh ikutan terbaik (1m).
iii. Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan bijak (1m) agar mampu bersaing di
peringkat global (1m).
iv. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara (1m) dengan meningkatkan amalan
patriotisme dalam diri (1m).
v. Kita hendaklah mengeratkan persaudaraan antara kaum (1m) agar keharmonian terpelihara
(1m).
vi. Kita hendaklah memperbanyak penerokaan ilmu (1m) agar kegemilangan tamadun Islam terus
terjamin (1m).

6) KBAT “Peranan generasi masa kini amat pendalam mengembalikan kegemilangan Islam
sebagaimana yang telah dicapai oleh kerajaan Abbasiyah” Berikan hujah anda cara situasi di atas
dapat direalisasikan.165
Cadangan jawapan :
i. Bersederhana dalam membuat tindakan.
ii. Mengambil pendekatan yang seimbang
iii. Mengikut al-Quran dan as-Sunnah
iv. Menunaikan keperluan secara sempurna
Generasi kini perlu mendalami dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan (I) agar dapat menjadi tenaga
pakar berkemahiran yang mampan.(H) Kesannya, negara akan mencapai kemajuan dari pelbagai
aspek.(HL) Oleh itu, kita hendaklah memperbanyak penerokaan ilmu agar martabat Islam terus
terpelihara.(K)

5.4 Imam As-Syafie


1) Riwayat hidup Imam as-Syafie ialah :166
i. Nama penuh : Muhammad bin Idris as-Syafie
ii. Tarikh lahir : 150H
iii. Tarikh wafat : 204H
iv. Kuniyah : Abu Abdullah

2) Dua sumbangan Imam as-Syafie ialah :167


i. Menghasilkan karya seperti ar-Risalah, al-Umm dan alMusnad168
ii. Pelopor mazhab syafie
iii. Murid terkenal : Ahmad bin Hanbal, Abu Ya’kub Yusof bin Yahya al-Buwaiti dan Abu Ibrahim
Ismail bin Yahya alMuzniy
iv. Mazhab syafie tersebar ke Mesir, Irqa, Parsi, Syria, Malaysia, China, Indonesia, Brunei, Pakistan
dan India.

165
PPC SPM 2023 Sabah
166
PPC SPM 2023 Sabah, Sarawak
167
PPC SPM 2023 Sabah, Sarawak
168
AKRAM Set 3
36
3) Dua iktibar daripada keunggulan tokoh ialah :169
i. Kita hendaklah mencontohi kegigihan dan kesabaran imam mazhab dalam menuntut ilmu [I]
sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu.[H]
ii. Kita hendaklah menghormati perbezaan pandangan antara mazhab [I] supaya masyarakat
hidup harmoni.[H]
iii. Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari [I] supaya hidup diberkati Allah SWT.[H]
iv. Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki [I] agar dapat memberi manfaat
kepada manusia sejagat.[H]
v. Kita hendaklah berwaspada dalam meneliti sumber-sumber ilmu [I] agar tidak terpesong
daripada syariat Islam.[H]

5.5 Imam Abu Hanifah


1) Dua hasil karya Imam Abu Hanifah yang terkenal :170
i. Al-Faraid
ii. Fiqhul Akbar
iii. Al-‘Alimu Wal Muta’alim

Bukti kesungguhan Imam Abu Hanifah dalam menuntut ilmu :171


• Mendalami ilmu fiqah kerana berpendapat ilmu fiqah memerlukan kemahiran dan
pertimbangan akal yang mendalam dalam menguasai sesuatu hukum dengan baik.

5.6 Imam Malik


1) Nyatakan riwayat hidup ringkas Imam Malik :172
i. Malik bin Anas al-Madani
ii. Malik bin Anas

2) Dua keperibadian beliau yang boleh anda contohi :173


i. Mencintai Rasulullah SAW.
ii. Menghormati dan mencintai ilmu.
iii. Memuliakan majlis pengajian hadis Rasulullah SAW.
iv. Sanggup berkorban harta demi ilmu.

169
PPC SPM 2023 Sabah, Sarawak, AKRAM Set 3
170
AKRAM Set 1
171
AKRAM Set 1
172
AKRAM Set 2, PPC SPM 2023 Labuan Set 2
173
AKRAM Set 2
37
5.7 Imam Ahmad bin Hanbal
1) Riwayat hidup Imam Ahmad bin Hanbal :174
• Nama penuh: Ahmad bin Muhammad bin Hanbal.
• Tarikh lahir: 164 H.
• Tarikh wafat: 241 H.
• Kuniyah: Abu Abdullah.
• Keperibadian:
- Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam yang masyhur.
- Memiliki sifat pemaaf yang sangat tinggi.
- Banyak membaca dan menghafaz al-Quran sejak berusia sembilan tahun.
- Kuat beribadah nawafil.
- Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan akidah.
(Mana-mana sifat peribadi di atas dikira 1 isi)
• Nama guru: Imam Syafii / Abu Yusuf al-Qadhi / Hammad b. Khalid.

2) Dua karya yang dihasilkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal :175
i. Al-Musnad.
ii. Al-Tarikh.
iii. Al-Illah.

3) Dua negara yang mengamalkan mazhab Hanbali :176


i. Mesir.
ii. Najd.
iii. Baghdad.

4) Dua ibrah daripada keunggulan Imam Ahmad bin Hanbal :177


i. Kita hendaklah mencontohi kegigihan dan kesabaran Imam mazhab dalam menuntut sebagai
bukti kecintaan terhadap ilmu.
ii. Kita hendaklah menghormati peribadi perbezaan pandangan antara mazhab supaya
masyarakat hidup harmoni.
iii. Kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari supaya hidup diberkati Allah SWT.
iv. Kita hendaklah dalam menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi
manfaat kepada manusia sejagat.
v. Kita hendaklah berwaspada dalam meneliti sumber ilmu agar tidak terpesong daripada syariat
Islam.

174
AKRAM Set 4
175
AKRAM Set 4
176
AKRAM Set 4
177
AKRAM Set 4
38
5.8 Salahuddin Al-Ayubi
1) Riwayat hidup Salahudin al-Ayubi178
i. Nama penuh : Yusuf bin Ayub bin Syazi
ii. Tarikh lahir : 532H
iii. Tarikh meninggal dunia : 589H
iv. Jawatan : Pemerintah bagi kerajaan al- Ayubiyah
v. Ketinggian akhlak :
• Menghormati para ulama
• Berani mempertahankan islam
• Prihatin terhadap kebajikan rakyat
vi. Guru yang tersohor : Ali bin al-Hasan bin Hibbatullah bin Asakir al-Damsyiki

2) Tiga sumbangan Salahudin al-Ayubi179


i. Ketenteraan : Membebaskan Baitul Maqdis daripada penguasaan tentera Salib
ii. Keilmuan : Mengembalikan semula pegangan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah dalam sistem
pendidikan
iii. Pentadbiran :
• Mengubah sebuah dewan di istana dengan menjadikannya sebuah hospital yang
dinamakan al-Bimarstan al-Atiq.
• Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred
yang ditetapkan kepada para pesakit.

3) KBAT “Bagaimana keunggulan tokoh-tokoh Islam dapat memberikan inspirasi untuk menjadikan
anda insan yang cemerlang?”180
Cadangan isi:
i. Menerapkan sifat berani mempertahankan agama
ii. Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan
iii. Menjadikan Islam sebagai cara hidup
iv. Mengamalkan akhlak yang mulia

178
PPC SPM 2023 P. Pinang, AKRAM Set 2
179
PPC SPM 2023 P. Pinang
180
PPC SPM 2023 P. Pinang
39
5.9 Hasan al-Banna
1) Riwayat hidup Hasan al-Banna secara ringkas:
• Nama penuh: Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman Muhammad al-Banna.
• Tarikh lahir: 25 Syaaban 1323 H / 14 Oktober 1906.
• Tarikh meninggal dunia: 1368 H / 12 Februari 1949.
• Jawatan: Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.
• Ketinggian akhlak:
- Memuliakan orang-orang yang warak dan soleh.
- Gigih menggerakkan usaha dakwah.
- Berlapang dada apabila terdapat perbezaan pandangan.
(Mana-mana sifat peribadi di atas dikira 1 isi)
• Guru tersohor: - Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna. - Sheikh Muhammad Zahran.

2) KBAT “Sesungguhnya tanggungjawab terhadap agama lebih banyak daripada masa yang ada. Maka
manfaatkanlah waktu. (Sepuluh wasiat Hasan al-Banna)”. Berdasarkan petikan wasiat di atas,
huraikan bagaimana anda mempraktikkan wasiat tersebut dalam kehidupan sebagai seorang
pelajar.181
Cadangan isi :
i. Menggunakan masa dengan efektif.
ii. Membina jadual aktiviti harian
iii. Memperuntukan masa dengan seimbang antara dunia dan akhirat.

5.10 Ahmad Bin Ibrahim


1) Nyatakan riwayat hidup Ahmad bin Ibrahim.182
i. Nama sebenar: Ahmad bin Muhammad Ibrahim
ii. Lahir : 15 Mei 1999
iii. Meninggal:17 April 1999
iv. Gelaran: Profesor Emeritus Tan Sri Doktor
v. Pekerjaan : Pensyarah kuliah Undang-undang di UIAM/ Hakim mahkamah Rayuan dan
mahkamah Syariah.

2) Jelaskan dua ketinggian akhlak Ahmad bin Ibrahim.183


i. Anggota panel pengasas kuliah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
ii. Pengasas dan penggubal enakmen undang-undang Islam (hudud dan qisas) Kelantan pada
tahun 1991.

181
AKRAM Set 1 & Set 2
182
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Pahang, Perak, Melaka, Perlis, SBP, Kedah, AKRAM Set 3
183
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Perak, Labuan Set 1
40
4) Jelaskan dua sumbangan Ahmad bin Ibrahim dalam aspek berikut :184
i. Bidang Perundangan.185
• Menghasilkan buku Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia / buku Family Law in
Malaysia.
• Pelopor Jurnal Hukum
• Menghasilkan buku Sistem Undang-undang Malaysia / buku Islamic Law in Malaysia.
• Menjadi Hakim Mahkamah Rayuan
• Menjadi Hakim Mahkamah Syariah
• Menjadi anggota Panel Pengasas Kuliah Undang-Undang di UIAM
• Menjadi pengasas dan penggubal Enakmen Undang-undang Islam Kelantan

ii. Penghasilan Karya.186


• Buku undang-undang keluarga Islam di Malaysia seperti :
- Undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
- Family Law In Malaysia.
• Pelopor jurnal hukum.
• Menghasilkan buku-buku berkaitan dengan undang-undang di Malaysia:
- Sistem undang-undang Malaysia

5) Terangkan dua iktibar yang boleh diambil daripada ketokohan Ahmad bin Ibrahim. 187
i. Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu (1m) sebagai bukti
kecintaan terhadap ilmu(1m).
ii. Kita hendaklah bersifat cekal menyebarkan dakwah Islamiah (1m) agar masyarakat dapat
memahami Islam yang sebenar (1m).
iii. Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki (1m) agar dapat memberi
manfaat kepada agama, bangsa dan negara (1m).
iv. Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti (1m) supaya dapat berbakti
kepada masyarakat (1m).
v. Kita hendaklah bekerjasama dalam pembangunan negara (1m) supaya negara dihormati di
peringkat antarabangsa(1m).

6) KBAT “AHMAD IBRAHIM : Sahsiah, Pemikiran & Sumbangan Ilmiah”. Huraikan iktibar yang harus
diambil daripada keunggulan tokoh di atas.188
Cadangan Isi:
i. Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan
terhadap ilmu.
ii. Kita hendaklah bersifat cekal dalam menyebarkan dakwah agar dapat memahami Islam yang
sebenar.
iii. Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti supaya dapat berbakti
kepada masyarakat dan negara.

184
PPC SPM 2023 Melaka, Perlis, SBP, Kedah
185
PPC SPM 2023 Johor Set 2, AKRAM Set 3, Labuan Set 1
186
PPC SPM 2023 Pahang, Labuan Set 1
187
PPC SPM 2023 Pahang, Melaka, SBP, Kedah, Labuan Set 1
188
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
41
iv. Kita hendaklah bekerjasama dalam pembangunan negara supaya negara dihormati di
peringkat atarabangsa.

Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki kepada orang lain (I). Hal ini agar ilmu
yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara (H). Kesannya, kita dapat
menaikkan nama dan maruah negara di peringkat antarabangsa (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan untuk berjaya di dunia dan akhirat (K).

7) KBAT “Ahmad bin Ibrahim banyak memberi sumbangan dalam bidang perundangan Islam seperti
menghasilkan buku Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.” Sebagai seorang pelajar,
bagaimanakah anda mencontohi kehebatan tokoh tersebut dalam pembelajaran.189
Cadangan isi:
i. Bersungguh – sungguh dalam menuntut ilmu
ii. Sering membuat rujukan
iii. Sering bertanya pada guru tanpa jemu
iv. Sering mengulangkaji pelajaran

8) KBAT “Profesor Ahmad bin Ibrahim memiliki ketinggian akhlak yang perlu
diteladani..”Bagaimanakah anda mencontohi ketinggian akhlak beliau untuk menjadi pelajar yang
cemerlang.190

189
PPC SPM 2023 Perak
190
PPC SPM 2023 Perlis
42
6.0 BIDANG AKHLAK ISLAMIYAH
6.1 Bersikap Benar Jauhi Kemunafikan
1) Maksud bersikap benar :191
Tidak berdusta (1m) dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan (1m).

Dua tuntutan bersikap benar dalam tugas :192


i. Melakukan tugasan tanpa mengharapkan balasan.
ii. Melakukan tugasan dengan cara yang terbaik.
Catatan : Mana-mana jawapan yang munasabah diterima.

Dua hikmah bersikap benar terhadap masyarakat :193


i. Terpelihara dari sifat munafik kerana sifat tersebut dibenci oleh Allah SWT.
ii. Menenangkan hati 1 H2 kerana tidak melakukan dosa.
iii. Menjadi contoh teladan kepada orang lain kerana maruahnya dipandang tinggi.
Catatan: - Mana-mana jawapan lain yang munasabah diterima.

6.2 Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa


1) Maksud tawaduk :194
Sikap kerendahan hati (1m) kepada Allah SWT dan sesama manusia (1m).

2) Contoh sifat tawaduk Rasulullah SAW ketika makan dan minum yang boleh anda contohi dalam
kehidupan :195
i. Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk baginda.
ii. Baginda tidak menzahirkan perasaannya terhadap rasa makanan bahkan hanya berdiam
sahaja.

3) Hikmah sifat tawaduk terhadap murid di sekolah :196


i. Membentuk akhlak mulia
ii. Dikasihi oleh rakan-rakan dan guru
iii. Sering mendapat pertolongan daripada rakan-rakan

4) KBAT “Segelintir umat Islam masih lagi tidak menitikberatkan hubungan silaturahim sesama ahli
keluarga.” Huraikan hujah anda cara untuk menangani masalah tersebut.197
Cadangan isi:
i. Mengamalkan budaya memberi salam.
ii. Bertanya khabar.
iii. Ziarah menziarahi sesama keluarga.

191
AKRAM Set 1, PPC SPM 2023 Labuan Set 2
192
AKRAM Set 1
193
AKRAM Set 1, PPC SPM 2023 Labuan Set 2
194
AKRAM Set 1
195
AKRAM Set 1
196
AKRAM Set 1
197
AKRAM Set 1
43
6.3 Wasatiyah Menjamin Kecemerlangan Umat
1) Apakah maksud wasatiyyah?198
Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang (1M) dalam setiap tindakan (1M).

2) Dua contoh istiqamah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW :199


i. Rasulullah SAW istiqamah beribadat kepada Allah dan sentiasa memohon keampunan
daripada Allah SWT.
ii. Rasulullah SAW istiqamah berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun menghadapi
pelbagai kesusahan dan ancaman.

3) Nyatakan dua prinsip wasatiyyah.200


i. Kesederhanaan: Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi
syarat.
ii. Keseimbangan: Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua
keadaan.
iii. Keadilan: Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan tempat.
iv. Kecemerlangan: Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikandan mencegah
kemungkaran serta berkeyakinan teguh kepada Allah.

4) Jelaskan dua ciri umat yang cemerlang.201


i. Melakukan kebaikan .
ii. Mencegah diri daripada melakukan kezaliman/ kefasikan dan kekejaman.
iii. Menggunakan kekayaan di dunia mendapatkan keredaan Allah SWT.
iv. Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas /kerana Allah SWT.

5) Jelaskan dua prinsip wasatiyyah dari aspek berikut :


i. Keadilan202
• Menunaikan hak kepada mereka yang berhak menerimanya.
• Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang secara hikmah antara dua perkara
yang ekstrem.
ii. Kesederhanaan203
• Rohani204
- Melaksanakan ibadat fardu dan sunat dengan istiqamah.
- Menghayati al-Quran dan berzikir dengan bersungguh.
- Melakukan ibadat dengan ikhlas.

6) Dua cara untuk memiliki sifat istiqamah :


i. Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu.
ii. Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul.

198
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Perak, Melaka, Perlis, P.Pinang, Sabah, SBP, Sarawak, AKRAM Set 4, Labuan Set 1
199
AKRAM Set 2
200
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Pahang, P.Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan Set 1
201
PPC SPM 2023 Perak, Melaka, Perlis
202
PPC SPM 2023 Pahang, SBP, Kedah, AKRAM Set 4
203
PPC SPM 2023 Perlis
204
PPC SPM 2023 Sabah
44
iii. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan larangan.
iv. Sentiasa muhasabah diri dalam setiap tindakan.
v. Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah.
vi. Sentiasa bergaul dengan rakan yang berdisiplin.

7) Dua cara anda mengamalkan wasatiyyah dalam kehidupan :205


i. Seimbangkan keperluan dunia dan akhirat.
ii. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

8) Terangkan dua hikmah melaksanakan wasatiyyah dalam kehidupan.206


i. Syiar Islam dapat ditegakkan dengan menyempurnakan akhlak dan nilai-nilai murni (I) untuk
kebaikan umat (H).
ii. Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat diwujudkan (I) kerana adanya kestabilan
politik (H).
iii. Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana (I) kerana tiada berlaku pembaziran (H).
iv. Tahap pendidikan masyarakat dapat ditingkatkan mengikut keperluan negara (I) untuk
kejayaan masa hadapan (H).
v. Masyarakat dapat hidup aman dan damai serta bersatu padu kerana melaksanakan prinsip-
prinsip keadilan (H).

9) KBAT “Keratan Akhbar : ‘Jangan Lupa Solat’ Pelajar raih 9A mohon restu ibu bapa untuk ketenangan
belajar.” Huraikan iktibar yang harus diambil daripada keunggulan tokoh tersebut. 207
Cadangan isi:
i. Kepentingan rohani dan jasmani perlu dititik beratkan dalam diri.
ii. Dengan bersolat dapat meningkatkan kecergasan dan keseimbangan rohani, jasmani dan akli.
iii. Pendekatan solat dan restu ibubapa salah satu cara terbaik mencapai kejayaan.

10) KBAT “GAMBAR : Jimat Tenaga Elektrik.” Huraikan bagaimana anda menjayakan kempen di atas
dalam konteks wasatiah.208
Cadangan isi :
i. Menganjurkan program dengan cara bersederhana
ii. Mengadakan program dengan dengan tidak membazir
iii. Memberi diskaun kepada masyarakat yang kurang bekermampuan
iv. Memberi amaran kepada pencuri tenaga eletrik

11) KBAT “Bagaimana anda dapat menerapkan amalan wasatiyah dalam kehidupan seharian?.209
Cadangan isi
i. Mengimbangkan antara urusan duniawi dan ukhrawi
ii. Menggunakan potensi diri untuk mendapat keredaan Allah
iii. Melakukan semua tugas dan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT

205
AKRAM Set 4
206
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Melaka, Perlis, Sabah, SBP, Sarawak, AKRAM Set 2, Labuan Set 1
207
PPC SPM 2023 Pahang, Kedah
208
PPC SPM 2023 Perak
209
PPC SPM 2023 P. Pinang
45
12) KBAT “Membuang makanan yang tidak dihabiskan ke tong sampah” Berdasarkan gambar di atas,
cadangkan langkah untuk mengatasi pembaziran yang sering berlaku dalam masyarakat. 210
Cadangan Isi:
i. Sedekah makanan yang berlebihan.
ii. Menampal poster berkaitan pembaziran.
iii. Mengenakan caj tambahan bagi setiap pembaziran yang dilakukan.

6.4 Istiqamah Menuju Mujahadah


1) Maksud istiqamah211
Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.

2) Terangkan dua contoh sifat istiqamah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW 212
i.
3) Dua cara memiliki sifat istiqamah213
i. Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu (1m) agar berterusan mengamalkan sifat
mahmudah (1m).
ii. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT (1m) agar dapat melaksanakan segala
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya secara berterusan (1m).
iii. Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para Rasul (1m) yang istiqamah
melakukan kebaikan (1m).
iv. Sentiasa muhasabah diri (1m) agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan (1m).
v. Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah (1m) supaya menjadi amalan dalam kehidupan
(1m).
vi. Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin (1m) dalam melakukan kebaikan (1m).

4) Dua hikmah mengamalkan sifat istiqamah dalam kehidupan214


i. Menzahirkan individu yang berakhlak mulia (1m) kerana melaksanakan kebaikan secara
berterusan (1m)
ii. Membentuk insan yang teguh pendirian (1m) dalam mempertahankan kebenaran (1m)
iii. Memperkukuhkan jati diri (1m) dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya (1m)
iv. Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa (1m) demi mempertahankan Islam (1m)
v. Membangunkan ekonomi (1m) kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara (1m)
vi. Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat (1m) kerana sentiasa menjaga kepentingan
bersama (1m).

210
PPC SPM 2023 Sarawak
211
PPC SPM 2023 P. Pinang, Labuan Set 2
212
PPC SPM 2023 Labuan Set 2
213
PPC SPM 2023 P. Pinang, Labuan Set 2
214
PPC SPM 2023 P. Pinang
46
6.5 Adab Terhadap Alam Sekitar
1) Nyatakan pengertian alam sekitar.215
Segala benda hidup dan bukan hidup (1m) yang terdapat di sekeliling kita (1m).

2) Senaraikan dua contoh alam sekitar.216


Lembu/kuda/pokok/laut/sungai/gunung ganang/ matahari/bulan (semua jawapan benda hidup dan
bukan hidup diterima kecuali manusia)

3) Jelaskan dua adab yang perlu dipatuhi dalam menjaga alam sekitar.217
i. Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar.
ii. Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna.
iii. Sentiasa menjaga kelestarian alam.
iv. Berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar.
v. Mengamalkan cara hidup mesra alam.

4) Huraikan dua punca berlakunya pencemaran alam sekitar.218


i. Sikap tidak bertanggungjawab individu dan organisasi kerana mengejar kemewahan semata-
mata.
ii. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah agar dapat melepaskan diri.
iii. Dasar atau polisi kerajaan yang lemah kerana mementingkan diri sendiri.
iv. Penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui kerana dapat menjimatkan kos.
v. Pembuangan sisa industri dan pertanian yang tidak dikawal kerana tidak mahu menanggung
kos yang tinggi.
vi. Pembakaran terbuka secara berleluasa kerana tiada pemantauan pihak berkuasa.

5) Jelaskan dua kesan kerosakan alam sekitar.219


i. Pemanasan global disebabkan kenaikan suhu bumi
ii. Menghidap pelbagai jenis penyakit disebabkan menghidu udara yang tercemar
iii. Kehidupan flora dan fauna terancam dan pupus
iv. Berlakunya pencemaran udara kepada alam sekitar
Catatan: Mana-mana jawapan yang munasabah diterima.

6) Terangkan dua hikmah menjaga alam sekitar.220


i. Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar (1m) kerana menyedari tanggungjawab yang
diamanahkan (1m).
ii. Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa (1m) kerana melihat keindahan alam (1m).
iii. Menikmati persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit (1m) kerana
pembudayaan cinta akan alam sekitar (1m).

215
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Pahang, Sabah, SBP, Labuan Set 1
216
PPC SPM 2023 Perak
217
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, Pahang, Perak, Melaka, Perlis, Sabah, SBP, Kedah, Sarawak, AKRAM Set 3, Labuan Set 1
218
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2
219
PPC SPM 2023 Melaka, Labuan Set 1
220
PPC SPM 2023 Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Kedah, Sarawak, AKRAM Set 3
47
iv. Melestarikan alam sekitar yang indah (1m) untuk dimanfaatkan kepada generasi akan datang
(1m).
v. Meningkatkan pendapatan (1m) kerana melaksanakan aktiviti eko-pelancongan (1m).

7) KBAT “Hari Alam Sekitar Sedunia : Pencemaran plastik ancam hidupan laut”. Berdasarkan gambar
keratan akhbar di atas, huraikan pandangan anda tentang peranan masyarakat dalam menangani
situasi tersebut daripada terus berleluasa.221
Cadangan Isi:
i. Menguatkuasakan undang-undang.
ii. Memperkasa pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar dari peringkat sekolah.
iii. Menyediakan pengurusan sisa yang terbaik.
iv. Mengamalkan konsep mesra alam.
v. Mengedarkan risalah kepentingan menjaga alam sekitar.

Masyarakat hendaklah mengadakan kempen untuk bersama-sama memelihara dan memulihara alam
sekitar (I). Hal ini kerana, pencemaran air akan menyebabkan ekosistem hidupan laut terjejas (H).
Kesannya, flora dan fauna akan terancam dan pupus (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah
mengamalkan cara hidup yang mesra alam supaya kebersihan alam sekitar terjaga (K).

8) KBAT “GAMBAR : Hari Alam Sekitar Negara 21 Oktober : Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”
Ramalkan apa akan berlaku sekiranya kempen tersebut diabaikan.222
Cadangan isi :
i. Kemusnahan alam sekitar
ii. Berlaku bencana alam
iii. Kerugian kepada negara
iv. Sumber air tercemar
v. Mudah tersebar penyakit

9) KBAT “GAMBAR : Pencemaran Sungai Di Malaysia” Berdasarkan gambar di atas, huraikan tindakan
yang boleh dilakukan untuk menangani isu tersebut.223
Cadangan isi:
i. Memupuk kesedaran masyarakat dalam kepentingan memelihara sungai
ii. Pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang
iii. Mewartakan sungai sebagai pusat komuniti
iv. Peranan media massa memberi kesedaran kepada masyarakat

10) KBAT “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia (Surah Ar-Rum : 41)”. Berdasarkan maksud ayat di atas,
huraikan hujah anda mengapakah situasi di atas berlaku?.224
Cadangan isi :
i. Ingin mengaut keuntungan semata-mata daripada hasil alam.
ii. Kurang kesedaran mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar.

221
PPC SPM 2023 Johor Set 1&2, AKRAM Set 3
222
PPC SPM 2023 Perak, Sabah, Labuan Set 1
223
PPC SPM 2023 Melaka, Perlis, Sarawak
224
PPC SPM 2023 SBP
48
iii. Sikap tidak ambil tahu tentang kerosakan dan kemusnahan alam sekitar.
iv. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam menangani isu alam sekitar.

49
RUJUKAN

Peruncingan Trial Pendidikan Islam Kedah (2023), dari https://t.me/exercise_students


Soalan & Peraturan Modul Intervensi Pembelajaran SPM AKRAM Terengganu Set 1 (2023)
Soalan & Peraturan Modul Intervensi Pembelajaran SPM AKRAM Terengganu Set 2 (2023)
Soalan & Peraturan Modul Intervensi Pembelajaran SPM AKRAM Terengganu Set 3 (2023)
Soalan & Peraturan Modul Intervensi Pembelajaran SPM AKRAM Terengganu Set 4 (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Modul Gempur Kecemerlangan SPM Perlis (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Modul Pintas Peperiksaan Percubaan SPM Pahang (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan MPSM Peperiksaan Percubaan SPM Perak (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Pentaksiran Diagnostik Akademik Sekolah Berasrama Penuh Peperiksaan
Percubaan SPM (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Johor Set 1 (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Johor SET 2 (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Labuan Set 1 (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Labuan Set 2 (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Melaka (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Pulau Pinang (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Sabah (2023)
Soalan & Peraturan Pemarkahan Peperiksaan Percubaan SPM Sarawak (2023)

SILA SCAN UNTUK DAPATKAN SKRIP ASAL


SOALAN & PERATURAN PEMARKAHAN

50

You might also like