You are on page 1of 2

BAHAGIAN B

a) Nyatakan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union.

-Ciri-ciri pentadbiran Melayan Union yang terutamanya ialah kesatuan. Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu
unit pentadbiran. Ciri-ciri yang seterusnya ialah ketua pentadbir. Melayan Union diketuai oleh Gabenor
British yg dilantik oleh Raja England. Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Malayan Union dibentuk di
bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British. Selain

itu, ciri pentadbiran Malayan Union ialah Raja-raja Melayu. Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-raja yang
hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

b) Bagaimanakah reaksi raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?(3m)


membantah kerana
-Antara reaksi raja-raja Melayu terhadap Malayan Union ialah Sultan Melayu hilang kedaulatan dan
kuasa politik yang selama ini menjadi hak Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu menyuarakan bantahan
dan tentangan baginda melalui beberapa cara. Cara bantahan yang pertama adalah dengan membawa
Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England. Selain itu, Raja-raja Melayu menghantar surat bantahan
ke London. Raja-raja juga menyokong Kongres Melayu. Bukan itu sahaja, permaisuri Perak telah
memimpin gerakan menentang Malayan Union. Raja-raja Melayu juga memulaukan upacara pelantikan
gabenor maayan union sebagai bantahan dan tentangan terhadap Malayan Union.

c) Andaikan anda pemimpin orang Melayu semasa pelaksanaan Malayan Union. Berikan syor anda untuk
membuat penambahbaikan terhadap Malayan Union supaya raja-raja Melayu dan orang Melayu boleh
menerima Malayan Union.(4m)

-Andaikan saya merupakan pemimpin orang Melayu semasa pelaksanaan Malayan Union, saya akan
sentiasa mempunyai semangat sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air demi kedaulatan
negara , walau menghadapi halangan dari British. Selain itu, saya akan sentiasa berpandangan jauh
terhadap perkembangan negara kerana pemimpin yg bijaksana akan melahirkan pentadbiran negara
yang pragmatik. Bukan itu sahaja, saya akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara supaya
mendapatkan kepercayaan daripada rakyat saya. Saya juga akan sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat
supaya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain sehingga dapat melahirkan sebuah
masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
syorkan kepada British supaya menjadikan sultan-sultan Melayu sebagai ketua pentadbir dan
mempunyai kuasa utk memerintah. Selain itu, saya akan cadangkan supaya mengetatkan syarat2
kerakyatan jus soli ..........

Apa kelemahan Malayan Union ? Fikirkan dan perbetulkan kelemahan tersebut.


Karen Ting, [04.04.20 21:01]

BAHAGIAN C

a) Terangkan faktor yang mencetuskan bantahan tersebut.(8m)

-Bantahan tersebut merupakan perarakan menentang Malayan Union yang diketuai oleh Raja
Perempuan Kelson. Faktor yang mencetuskan bantahan tersebut ialah Sultan Melayu kehilangan
kedaulatan dan kuasa politik yang selama ini menjadi Raja-raja Melayu sehingga baginda-baginda
menyuarakan bantahan dan tentangan terhadap Malayan Union. Pada 28 Mei 1946, Ahli Parlimen
British tiba di Kuala Kangsar, Perak, iaitu tempat Sultan Iskandar Shah bersemayam. Perhimpunan besar-
besaran di Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar telah menunjukkan raja dan rakyat bergabung untuk
menentang Malayan Union. Tuanku Permaisuri Perak, iaitu Raja Perempuan Kelsom telah mengetuai
barisan hadapan perarakan bersama-sama dengan wanita negeri Perak. Perarakan itu berjalan melintasi
Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen British dan pemimpin Melayu yang berada di atas pentas. Mereka
sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Tuanku Permaisuri Peral itu.
Fokuskan jawapan anda kepada faktor2, bukan cara penentangan

b) Adakah bantahan orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union adalah satu tindakan yang wajar?
Kemukakan hujah anda.(4m)

-Wajar kerana pertubuhan Malayan Union merupakan bentuk penjajahan secara mutlak oleh kerajaan
British yang telah menjejaskan kedaulatan Tanah Melayu. Selain itu, pertubuhan Malayan Union telah
nenyebabkan Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik yang selama ini menjadi hak raja-
raja Melayu. Di samping itu, pertubuhan Malayan Union telah menjejaskan keharmonian dan
kesejahteraan Tanah Melayu.

c) Apakah kemungkinan yang terjadi di negara kita pada hari ini jika gagasan Malayan Union tidak
ditentang?(8m)

-Kedaulatan negara kita akan masih terjejas. Selain itu, keadaan huru-hara akan terjadi di negara kita.
Rakyat akan menjadi tidak bersatu padu sehingga nenyebabkan pergaduhan dan perbalahan. Di samping
itu, imej negara kita akan terjejas sehingga menyebabkan masalah sosial di negara kita. Ekonomi negara
kita juga akan dieskploitasi oleh pihak British sehingga menyebabkan masalah ekonomi di negara kita.
Kedaulatan dan kuasa pemimpin di negara kita akan terjejas . Politik di negara kita juga akan dikuasai
oleh pihak British. Kehidupan rakyat akan menjadi susah payah kerana pengurusan yang mutlak.

Negara lain juga akan menentang negara kita sehingga menjejaskan keselamatan negara dan rakyat.

You might also like