You are on page 1of 2

SEJARAH

SMK.CONVENT,MUAR SEKARANG

SEMENJAK

DITUBUHKAN

HINGGA

1933

SMK Convent Muar bermula sebagai Convent of the Holy Infant Jesus (CHIJ) Muar yang telah ditubuhkan sebagai cawangan dari Sekolah Convent Melaka oleh badan Sisters of the Infant Jesus. Sekolah yang bermula sebagai sekolah rendah dengan murid seramai 50 orang serta 2 orang guru. Bangunan sekolah ini terletak di Jalan Ali, yang kemudiannya bertukar ke Jalan Abdul Rahman, Muar. Sekolah ini kemudiannya berpindah ke Jalan Lama, sehinggalah selepas perang dunia ke-2 CHIJ telah berpindah ke tapak baru iaitu ke Jalan Daud. Lokasi ini kekal hingga sekarang. Pada 4 November 1949, sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh En. Faulkner dari Melaka dan En. Holgate, Pengarah Pelajaran Johor ketika itu. Satu blok yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah dewan (Dewan Ilmu sekarang) (Blok A) dan sebuah taman didikan kanak-kanak telah dibina (Blok Studio Seni hingga Bilik Mesyuarat SK Convent) Satu blok bilik darjah dibina khas untuk murid sekolah menengah dan siap dibina pada 1955 Bangunan tambahan 6 bilik darjah untuk sekolah menengah siap dibina (Blok D) Missionary Body telah membahagikan pentadbiran sekolah kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Satu blok bangunan baru (Blok C) Sekolah Menengah telah didirikan yang mempunyai Makmal Fizik, Makmal Biologi, Bilik Jahitan, Bilik Masakan serta sebuah dewan terbuka (Dewan Budaya sekarang) dibina Sambutan Jubli Perak diadakan pada 29 Ogos 1974 Sebuah bangunan baru (Blok B) telah dibina, hasil kerjasama dari PIBG Bangunan baru 2 tingkat dibina dengan peruntukan bantuan modal serta kutipan Jogathon bernilai RM 375, 000. Bangunan ini memuatkan bilik-bilik darjah serta Makmal KH (Blok E). Blok E mula digunakan. Sambutan Jubli Emas diadakan pada 19 Jun 1999 sempena 50 tahun pembukaan sekolah ini. Perasmian sambutan telah dibuat oleh En. Musa Ahmad Taharuddin selaku wakil Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

1945 1949

1951

1954 1959 1965 1970

1974 1986 1997

1999

2004 Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Muar menerima anugerah `Sekolah Harapan Negara peringkat daerah.
2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Muar menerima anugerah `Sekolah Cemerlang peringkat kebangsaan.

2011 - Terpilih sebagai Sekolah Rintis Projek i-THINK dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Agensi Inovasi Malaysia dan syarikat konsultan, Kestrel Education dari United Kingdom.

You might also like