You are on page 1of 7

Kesihatan dan Kesejahteraan Diri

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) -World Health Organization, definisi kesihatan
ialah keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang lengkap dan bukan semata-mata
ketiadaan penyakit atau kelemahan.(World Health Organization [WHO], 2020 ). Konsep
kesejahteraan boleh dirumuskan sebagai kaedah yang proaktif dan pencegahan yang direka
bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang optimum. Hal ini
boleh dipertimbangkan sebagai komitment dalam batasan dan potensi peribadi ke arah
kesihatan yang optimum, tanpa pemberian tumpuan pada ketiadaan penyakit sahaja. (Edlin &
Golanty, 2010). Asas pembentukan jasmani dan sahsiah pelajar yang unggul merupakan
kesihatan dan kesejahteraan. Konsep kedua-dua aspek ini amat penting dalam usaha untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
seperti yang ditaklukkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kesejahteraan merupakan suatu perasaan bahawa diri seseorang telah berfungsi pada
peringkat terbaiknya (Alters et al., 2001). Kesejahteraan terdiri daripada dua aspek iaitu kualiti
hidup dan rasa sejahtera seseorang individu. Kualiti hidup boleh ditaktifkan sebagai taraf
kesejahteraan hidup yang dirasai oleh seseorang individu atau kumpulan manusia. Definisi
kualiti hidup ialah persepsi seseorang individu terhadap kedudukan hidupnya dalam
kebudayaan dan sistem, ia berkait rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban (WHO,
2021). Keseimbangan dalam kesepaduan fizikal, intelektual dan spiritual juga merupakan
aspek-aspek yang dapat mencapai kesejahteraan (Ratna Roshida Razak, 2020). Fizikal
melingkungi organ dan komponen badan seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, usus dan
lain-lain. Sehubungan dengan itu, ciri-ciri kesejahteraan juga termasuk seseorang individu
bebas daripada penyakit dan keadaan yang memudaratkan seperti penghidapan penyakit
kronik atau penyakit berjangkit. Di samping itu, kesejahteraan merupakan komponen positif
kesihatan kerana ia menunjukkan pengamalan gaya hidup yang sihat dan bebas daripada
penyakit. Oleh hal yang demikian, pengambilan makanan yang seimbang mempunyai
hubungan yang rapat dengan kesejahteraan kerana ia telah mempengaruhi keadaan kesihatan
fizikal setiap individu.
Di samping itu, kesihatan merupakan kesejahteraan optimum yang memberi manfaat kepada
kualiti kehidupan seseorang individu. Kesihatan bukan hanya menunjukkan kepada keadaan
bebas daripada penyakit, walaupun ia adalah penting untuk kesihatan yang positif. (Corbin, C.,
Welk, G. et al., 2009). Kesihatan optimum merangkumi tahap tinggi dalam kesejahteraan
mental, sosial, emosi, rohanisan fizikal had keturunan seseorang dan kebolehan peribadi.
Faktor kesihatan sendiri termasuklah keseimbangan dalam pemakanan kerana amalan
pemakanan yang seimbang dapat menggelakkan diri seseorang daripada pelbagai penyakit
kronik. Untuk mencapai matlamat ini, seseorang individu patut mengambil makanan daripada
setiap kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin, kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan,
kumpulan susu dan hasil tenesu, kumpulan daging serta kumpulan minyak, lemak dan gula,
dalam kadar yang sesuai dengan berdasarkan piramid makanan. Piramid pemakanan ialah
gambaran visual yang memaparkan perkadaran makanan berbeza yang perlu dimakan oleh
seseorang individu untuk memperolehi diet yang sihat (Petty, 2017). Dengan itu,
ketidakseimbangan dalam pemakanan boleh mengundang impak yang negatif terhadap
kesihatan iaitu pengambilan makanan secara berlebihan atau kekurangan. Oleh itu, terdapat
beberapa isu terhadap pengabaian pengambilan pemakanan seimbang yang dapat
mengakibatkan kesan yang serius kepada kesihatan seseorang individu.

Pengambilan minuman kalori yang tidak berguna secara berlebihan dan kurang pengambilan
air adalah salah satu isu diet yang tidak seimbang. Minuman kalori seperti minuman
berkarbonat, teh tarik, jus kotak dan teh buih mengandungi kalori yang tidak berguna dengan
mengandungi kadar gula yang sangat tinggi, Sebagai contohnya, satu tin Coca-cola yang
kandungannya 330ml mempunyai sebanyak 140 kalori. Individu yang kerap mengambil
minuman manis iaitu satu hingga dua tin sehari atau lebih akan mempunyai risiko 26% lebih
besar menghidap diabtes jenis 2 berbanding individu yang jarang mengambil minuman
sedemikian (Malik et al., 2010). Diabetes, lebih dikenali sebagai kencing manis, merupakan
penyakit metabolik yang disebabkan oleh gula darah tinggi. Hormon insulin berperanan untuk
memindahkan gula dari darah ke dalam sel badan supaya disimpan atau digunakan sebagai
tenaga. Seseorang yang mempunyai penyakit metabolik ini, badannya tidak menghasilkan
insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara
berkesan. (Watson, 2020). Seterusnya, air berperanan penting dalam menjalankan prestatsi
buah pinggang secara optimum, pengambilan air yang cukup dapat menghindarkan seseorang
individu daripada dehidrasi, iaitu keadaan kekurangan atau kehilangan air dalam tubuh badan.
Tubuh badan manusia terdiri daripada 70% air, dengan keadaan ini, sistem komponen tubuh
akan direncatkan dari berfungsi dengan lancar apabila mengalami dehidrasi. Untuk fungsi tubuh
badan yang norma, seseorang individu harus minum 8 gelas air putih setiap hari untuk mesti
menambah bekalan air yang hilang semasa melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan
usus(Mayo Foundation for Medical Education and Research [MFMER], 2020). Dehidrasi boleh
menyumbang kepada pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, jika tidak
dirawat dengan segera, kedua-duanya akhirnya akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Secara konklusinya, pengambilan air yang cukup adalah wajib supaya mengekalkan kesihatan
badan diri seseorang dengan menjaga kelancaran fungsi komponen tubuh serta menggelakkan
penghidap penyakit kronik seperti diabetes dan kerosakkan buah pinggang.

Salah satu isu pengambilan pemakanan yang tidak seimbang adalah pengambilan lemak tak
sihat yang berlebihan dan kurang makanan ringan yang sihat. Lemak sihat merupakan lemak
tak tepu manakala lemak tidak sihat merupakan lemak tepu yang telah dikenal pasti mempunyai
potensi membahayakan kesihatan badan. Lemak tak tepu merupakan minyak yang mempunyai
sekurang-kurangnya satu ikatan berganda antara molekul karbon, sebaliknya, lemak tepu
adalah minyak yang terdiri daripada molekul hidrogen dan hanya mengandungi ikatan tunggal
antara molekul karbon (Pietrangelo, 2019). Lemak tak tepu dapat meningkatkan tahap
kolesterol darah tubuh dan mengurangkan risiko anda untuk penyakit kardiovaskular (American
Heart Association., 2015). Contoh makanan yang tinggi dalam lemak baik termasuklah minyak
sayuran seperti seperti minyak zaitun, kanola, bunga matahari, soya, dan jagung. Salah satu
sebab untuk meminimkan pengambilan lemak tepu adalah hakikat bahawa penggunaan lemak
tupu dapat membawa kesan kepada peningkatan risiko penyakit jantung tertentu, termasuk
kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). LDL berfungsi sebagai komponen yang
mengangkut kolesterol ke jantung, di mana ia mungkin terhimpun di dinding arteri. Keadaan ini
akan menyebabkan pembentukan plak yang dikenali ateroklorosis yang menyebabkan saluran
darah menjadi sempit dan menyebabkan peningkatan risiko pembekuan darah dalam arteri.
Plak yang dibentuk dalam arteri akan menyebabkan kekurangan aliran darah dan oksigen
sampai ke organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang. Hal ini boleh menyebabkan
penyakit arteri selain daripada serangan jantung, strok ataupun penyakit buah pinggang.
Selanjutnya, pembekuan pembekuan darah dalam arteri dapat menyebabkan seseorang
individu mengalami serangan jantung atau strok apabila bekuan darah pecah (McDermott,
2018). Didapati pengambilan tenaga melebihi 5% daripada lemak tepu dikaitkan dengan 19%
dan 21% dalam peningkatan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular. Pengambilan
makanan snak yang tidak sihat seperti kek, burger, biskut, dan ais krim, mengandungi lemak
tepu yang tinggi.tidak mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan hanya menambah beban
kepada kesihatan tubuh badan diri seseorang.

Konklusinya, pengambilan pemakanan seimbang adalah amat penting kepada kesihatan fizikal
seseorang individu kerana ia merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat yang dapat
menjamin kefungsian organ tubuh badan, maka seseorang individu dapat menjauhi daripada
pelbagai penyakit. Malahan, pengabaian pengambilan pemakanan seimbang akan melemahkan
kadar kesihatan seseorang individu akibat ia menambah risiko penghidapan penyakit kronik
seperti diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit kardiovaskular dan lain-lain. Berdasarkan
konsep asas kesejahteraan hidup, individu yang gagal mengamalkan kualiti hidup yang positif
dalam tempoh masa yang panjang akan gagal dalam pencapaian kesejahteraan hidup kerana
mempunyai risiko tinggi mengalami masalah kesihatan. Justeru itu, pengambilan pemakanan
seimbang adalah faktor utama bagi mencapai kesejahteraan hidup diri.
Rujukan

Alters, S., & Schiff, W. (2001). Essential Concepts for Healthy Living (1st ed.). Jones &
Bartlett Learning, LLC

American Heart Association. (2015, June 1). Monounsaturated fat. www.heart.org.


https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/fats/monounsaturated-fats

APA ITU Kualiti Hidup. (n.d.). Academia.


https://www.academia.edu/6168165/Apa_itu_Kualiti_Hidup

Apakah maksud dehidrasi ini? (n.d.). kehidupan baru.


https://nurisaomar.blogspot.com/2015/01/apakah-maksud-dehidrasi-ini.html

Corbin, C., Welk, G., Corbin, W., & Welk, K. (2011). Concept of Fitness and Wellness: A
Comprehensive McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages.

Edlin, G., dan Golanty, E. (2010). Health & wealthness (10th ed.). Sudbury, Ma: Jones &
Bartlett.

Foodnavigator.com. (2021, August 26). Are saturated fats from meat and dairy equally bad for
the heart? foodnavigator.com. https://www.foodnavigator.com/Article/2021/08/26/Are-saturated-
fats-from-meat-and-dairy-equally-bad-for-the-heart

Harvard T.H. Chan School of Public Health. (n.d.). Fats and cholesterol. The Nutrition Source.
https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/fats-and-cholesterol/

Malik VS, Popkin BM, Bray GA, Despres JP, Willett WC, Hu FB. Sugarsweetened beverages
and risk of metabolic syndrome and type 2 diabetes: a meta-analysis. Diabetes Care,
2010;33:2477-83.

Malik VS, Popkin BM, Bray GA, Després JP, Willett WC, Hu FB. Sugar-sweetened beverages
and risk of metabolic syndrome and type 2 diabetes: a meta-analysis. Diabetes Care. 2010
Nov;33(11):2477-83. doi: 10.2337/dc10-1079. Epub 2010 Aug 6. PMID: 20693348; PMCID:
PMC2963518.

Mayo Foundation for Medical Education and Research. (2020, October 14). How much water
do you need to stay healthy? Mayo Clinic. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-
and-healthy-eating/in-depth/water/art-20044256
McDermott, A. (2018, September 17). HDL vs. LDL cholesterol: What’s the difference?
Healthline. https://www.healthline.com/health/hdl-vs-ldl-cholesterol#hdl-vs-ldl

National Kidney Foundation. (2021, February 25). Can dehydration affect your kidneys?
https://www.kidney.org/newsletter/can-dehydration-affect-your-kidneys

Petty, L. (2017, April 11). The healthy eating pyramid explained. The Hub | High Speed
Training. https://www.highspeedtraining.co.uk/hub/healthy-eating-pyramid/

Pietrangelo, A. (2019, December 11). Saturated vs. unsaturated fat: Know the facts. Healthline.
https://www.healthline.com/health/food-nutrition/saturated-vs-unsaturated-fat

Ratna Roshida Razak. (2020, July 1). Keseimbangan dalam hidup kunci capai kesejahteraan.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/705994/keseimbangan-
dalam-hidup-kunci-capai-kesejahteraan

Sani Madon. (n.d.). Modul Pembelajaran Kesihatan Dan Kesejahteraan. Share and Discover
Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/modul-
pembelajaran-kesihatan-dan-kesejahteraan

Watson, S. (2020, February 26). The healthy eating pyramid explained. Healthline.
https://www.highspeedtraining.co.uk/hub/healthy-eating-pyramid/

World Health Organization. (2017). Taxes on sugary drinks: Why do it?. World Health
Organization. https://apps.who.int/iris/handle/10665/260253.

World Health Organization. (2020). Frequently asked questions. WHO | World Health
Organization. https://www.who.int/about/frequently-asked-questions

You might also like