You are on page 1of 4

PIRAMID MAKANAN DAN OBESITI

Hampir separuh rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan dan obesiti (Malaysia
Online, Februari 3, 2016) (Rujuk Lampiran 1). Menurut National Health and Morbidity
Survey (2015), prevalens berat badan berlebihan dalam kalangan orang dewasa adalah
sebanyak 30 peratus manakala prevalens obesiti dalam kalangan orang dewasa adalah
17.7 peratus (Rujuk Lampiran 2 dan 3). Jumlahan kedua-dua prevalens iaitu sebanyak
47.7 peratus telah membuktikan bahawa hampir separuh rakyat Malaysia berlebihan
berat badan dan mengalami obesiti. Justeru, tujuan kerja kursus ini dihasilkan adalah
untuk membincangkan peranan piramid makanan untuk mencegah obesiti dalam
mengamalkan diet yang baik untuk kesihatan sepanjang hayat. Perbincangan ini
mencangkupi takrif obesiti dan peranan piramid makanan untuk mencegah obesiti.
Terdapat beberapa jenis takrif obesiti. Wong (2006) dalam buku Man Xing Bin De
Ying Shi Chu Fang 2 menyatakan bahawa obesiti merujuk kepada pengumpulan lemak
badan yang berlebihan sehingga ke satu tahap dapat menjejaskan kesihatan fizikal,
mental dan sosial seseorang. Manakala Skott dan Edward (2001) mentakrifkan obesiti di
mana seseorang yang dikategorikan sebagai obesiti sekiranya peratusan lemak dalam
badan melebihi 25 peratus bagi golongan lelaki dan 30 peratus bagi golongan wanita.
Secara amnya, seseorang individu perlu mengamalkan diet yang seimbang untuk
mencegah obesiti. Justeru, piramid makanan memainkan peranan sebagai salah satu
panduan untuk merancang diet yang seimbang seterusnya membantu mencegah obesiti.
Peranan piramid makanan dalam mencegah obesiti mencangkupi piramid makanan
baru dan piramid makanan atlet. Piramid makanan baru memberi penekanan kepada
sembilan kumpulan makanan yang diletakkan pada enam aras dan aras yang paling
bawah dalam piramid makanan baru ialah senaman harian dan pengawalan berat badan
(Rujuk Lampiran 4). Antara kumpulan makanan yang akan dibincangkan untuk membantu
mencegah obesiti adalah kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan, kumpulan bijirin
penuh, kumpulan daging merah, mentega dan makanan yang mengandungi glisemik
yang tinggi serta senaman harian dan pengawalan berat badan seimbang.

Antara peranan piramid makanan untuk mencegah obesiti termasuklah pengambilan


sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak dan sederhana masing-
masing. Hal ini disebabkan kedudukan makanan dalam piramid makanan
mengklasifikasikan kumpulan makanan yang paling digalakkan makan sehingga kepada
kurang yang digalakkan iaitu dari bahagian bawah ataupun dasar kepada bahagian atas
(Maryama, 2015). Oleh itu, kumpulan makanan paling digalakkan dalam piramid makanan
baru, iaitu pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diletakkan pada aras
1
kedua bahagian dasar piramid makanan baru.
Pengambilan kumpulan sayur-sayuran yang banyak harus diberikan keutamaan yang
pertama untuk melawan obesiti dan disyorkan sebanyak tiga hingga enam sajian. Hal ini
disebabkan sayur-sayuran mengandungi kalori yang rendah, kaya dengan vitamin dan
mineral serta antioksidan dan ia kondusif untuk menurunkan berat badan untuk
mencegah obesiti (Wong, 2006; Zhen, 2009). Kajian mendapati bahawa makanan yang
mengandungi kalori yang rendah seperti sayur-sayuran dapat dijadikan sebagai satu
strategi pengurusan berat badan untuk membantu mencegah obesiti (Rolls, Ello-Martin,
Tohill, 2004; Tohill, Seymour, Serdula, Kettel-Khan, Rolls, 2004). Contoh sayur-sayuran
seperti bayam malabar dan asparagus mengandungi kalori yang rendah dan membantu
untuk mencegah obesiti (Sun & Yuan, 2007)
Bagi kumpulan buah-buahan pula, komponen yang dimakan harus kurang daripada
pengambilan sayur-sayuran iaitu dua hingga empat sajian per hari. Pengambilan buah-
buahan harus dikawal dengan baik supaya membantu melawan obesiti. Walaupun buah-
buahan mengandungi serat yang tinggi, ia pun mengandungi gula yang tinggi. Sekiranya
seseorang individu mengambil buah-buahan yang berlebihan, ia dapat meningkatkan
kalori seseorang dan menyumbang kepada obesiti serta meningkatkan nilai lipid dalam
darah (Wong, 2006). Contoh buah-buahan yang mengandungi gula yang tinggi dan harus
dikurangkan makan termasuklah kelapa, pisang, delima dan buah pala.
Selain itu, peranan piramid makanan dalam mencegah obesiti adalah dengan
pengambilan bijirin penuh sebanyak empat sehingga lapan sajian sehari. Bijirin penuh
kaya dengan kandungan serat makanan, vitamin B, vitamin E, zat besi dan mineral serta
asid lemak tak tepu dan fitonutrien. Serat makanan dalam bijirin penuh memberikan
kesan yang positif dalam pengurusan berat badan kerana ia akan meningkatkan
kekenyangan dan mencegah daripada makan berlebihan serta mengurangkan risiko
obesiti (Zulfitri Azuan Mat Daud dalam berita My Metro, Februari 11, 2017). Menurut
kajian yang diterbitkan dalam isu The American Journal of Clinical Nutrition pada tahun
2003, wanita yang makan bijirin penuh lebih konsisten berat badannya daripada wanita
yang kurang makan bijirin penuh (Rujuk Lampiran 5). Statistik tersebut dapat
menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh dapat membantu mengawal berat badan
seterusnya mengurangkan risiko obesiti. Justeru, contoh bijirin penuh dalam piramid
makanan yang digalakkan makan untuk mencegah obesiti termasuklah beras kampung,
jagung, buckwheat, oat, sorghum dan lain-lain.
Piramid makanan baru tidak menggalakkan makan makanan berkarbohidrat yang
lebih. (Walter, 2011). Hal ini dapat dibanding beza melalui piramid makanan konvensional
yang mengalakkan pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi putih dan roti putih
sehingga enam hingga lapan sajian sehari (Rujuk Lampiran 6). Menurut Norman Mohd
2
Norawi (2014), kesan jangka panjang pengambilan makanan berkarbohidrat dengan nilai
Indeks Glisemik (GI) yang tinggi akan menyebabkan terjadinya Sindrom Metabolik
(Insulin Resisteance Syndrome) ataupun dikenali sebagai Sindrom X. Akibatnya dari
Sindrom X akan menyebabkan seseorang menghidapi penyakit kencing manis (Diabetes
Mellitus) dan masalah obesiti. Justeru, piramid makanan baru menggalakkan
pengurangan pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi putih dan roti putih dan
digantikan dengan bijirin penuh untuk mengurangkan risiko obesiti.
Tambahan pula, piramid makanan baru mengehadkan kuantiti pengambilan daging
merah, mentega dan makanan yang mengandungi glisemik yang tinggi. Hal ini dapat
ditunjukkan bahawa kumpulan makanan tersebut diletakkan pada puncak piramid dan ia
berisiko tinggi untuk mendapat obesiti (Wong, 2006). Daging merah seperti lembu,
kambing dan khinzir serta mentega mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan
sebahagian lemak adalah daripada asid lemak tepu. Kajian menunjukkan asid lemak tepu
meningkatkan kesan impedans insulin di dalam badan. Peningkatan kepekatan insulin
darah akan menyebabkan peningkatan kepada lemak badan dan menyusahkan
penurunan berat badan bagi golongan obesiti (Wong, 2006). Justeru, kita harus
mengehadkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi
untuk membantu mencegah obesiti.
Senaman harian dan pengawalan berat badan seimbang merupakan antara langkah
yang paling penting dalam mencegah obesiti. Menurut Kuniza Kataoa (2000), beliau
menyatakan bahawa elemen penting dalam mencegah obesiti adalah pembakaran kalori
sewajarnya lebih tinggi daripada pengambilan kalori oleh seseorang individu. Antara
senaman harian yang sesuai dijalankan untuk membakar kalori adalah senanan aerobik
(Tang, 2013). Senaman aerobik seperti berjalan pantas dapat membakar kalori sebanyak
110 kal sejam (Kirschmann & Nutrition Search, 2007)
Akhir sekali, penggunaan piramid makanan baru dapat dijadikan satu panduan untuk
membantu kita menentukan kuantiti makanan yang sepatutnya diambil bagi mencapai diet
yang seimbang. Piramid makanan baru juga memainkan peranan yang penting dalam
membantu mencegah obesiti sama ada untuk golongan obesiti ataupun untuk golongan
yang ingin mengurangkan risiko obesiti. Walaupun golongan obesiti mempunyai berat
badan yang berlebihan, tetapi bukan semua golongan berat badan berlebihan adalah
golongan obesiti. Sesetengah orang tidak gemuk, tetapi mereka membawa berat lebihan
dalam otot mereka seperti ahli bina badan dan atlet. Justeru, perbincangan seterusnya
akan membawa kepada peranan piramid makanan atlet dalam mencegah obesiti.
Berbanding dengan piramid makanan baru, peranan piramid makanan atlet untuk
membantu mencegah obesiti adalah dengan pengambilan air dalam kuantiti air banyak.
Hal ini dapat ditunjukkan melalui piramid makanan atlet yang mengutamakan
3
pengambilan air di bahagian dasar piramidnya (Rujuk Lampiran 7). Air tidak ada
mengandungi kalori dan ia akan menjadikan sumber pertama penghidratan sebagai salah
satu strategi atlet untuk mencegah obesiti (Adda, 2015). Hal ini disebabkan minum air
dapat meningkatkan jumlah kalori dalam badan untuk dibakar. Sebagai contoh, atlet boleh
mengambil air lapan gelas sehari seperti yang ditunjukkan dalam piramid makanan atlet
sebagai satu langkah untuk mengelakkan menghidapi obesiti.
Kesimpulannya, penyakit obesiti merupakan salah satu penyakit kronik dalam negara
Malaysia. Peranan piramid makanan boleh menjadikan salah satu panduan untuk
membantu kita mencegah obesiti dalam mengamalkan satu gaya hidup yang sihat.
Pengamalan diet yang baik dapat membantu kita mengekalkan kesihatan sepanjang
hayat. Antarannya termasuklah makan makanan yang seimbang berdasarkan piramid
makanan dan membuat senaman untuk membakar kalori yang ada dalam tubuh badan.
Oleh itu, kita seharusnya menanamkan amalan yang baik untuk menghargai kepentingan
pemakanan dan pengawalan kesihatan untuk diri sendiri dalam kehidupan harian
sepanjang hayat.

(1277 patah perkataan)

You might also like