You are on page 1of 4

Isu Pemakanan dan Kesihatan

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan
tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu
mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar
yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam
sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap,
madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan
beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras,
gandum , dan sepertinya.
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi
protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada
karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia
kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan
sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar
daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu
persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan
tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada
penyatuan selaput sel. Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan
badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan

berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh
menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam
tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu
dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu
tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.
Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia
dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak
membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan
protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Serat atau pelawas dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak
sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat
penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Kelebihan negara yang kaya sumber makanan adalah meningkatkan pendapatan negara
dan rakyat tidak kebuluran. Manakala, keburukan negara kurang sumber makanan adalah mudah
mendapat penyakit dan krisis makanan (kebuluran) serta membawa kematian.
Kebuluran di Tanduk Afrika 2011 merujuk kepada kemarau berpanjangan di seluruh
rantau Timur Afrika hingga menyebabkan mati kebuluran.Kemarau paling teruk dalam tempoh
60 tahun menyebabkan krisis makanan di seluruhSomalia , Habsyah dan Kenya dan mengancam
kehidupan lebih 12 juta orang . Sebilangan penduduk selatan Somalia melarikan diri ke Kenya
jiran dan Ethiopia.Negara-negara lain di Tanduk Afrika termasuk Djibouti , Sudan ,Sudan
Selatandan sebahagian Uganda juga terjejas oleh krisis makanan.
Pada 20 Julai, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi pertama kali
mengisytiharkan kebuluran di sana dalam tempoh 30 tahun. Berpuluh-puluh ribu orang
dipercayai telah sudah mati di selatan Somalia sebelum kebuluran itu diisytiharkan. Pada 3 Ogos,
PBB mengisytiharkan kebuluran di tiga kawasan lain di selatan Somalia. Kebuluran dijangka
merebak merentasi semua wilayah selatan dalam 4-6 minggu akan datang. PBB berusaha
memberi bekalan makanan tambahan hingga ke peringkat akar umbi.
Penyakit Campak merebak di kem-kem Dadaab, dengan 462 kes termasuk 11
kematian. Habsyah dan Kenya juga berhadapan wabak campak. Lebih 17.500 kes dilaporkan

dalam 6 bulan pertama. WHO menganggarkan sekitar 2 juta orang. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menyatakan bahawa "8,8 juta orang berisiko malaria dan 5 juta taun " di Etiopia
tidak bersih dan sesak. Tidak kes polio setakat lagi. Doktor Tanpa Sempadan (Mdecins Sans
Frontires) merawat lebih 10,000 kanak-kanak yang kekurangan gizi. Lebih daripada dua orang
dewasa atau empat kanak-kanak mati kelaparan setiap hari bagi tiap-tiap kumpulan 10,000
orang.Penduduk kurang dari 2100 kilokalori makanan dan empat liter air setiap hari.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai: Keadaan
sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit.
Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu
imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam
keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk
meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah
lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi
pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini
datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif.
Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau
luaran yang boleh menggangu kesihatannya.
Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama mereka demi
penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini, boleh dikatakan terlalu mewah dengan segala
jenis makanan. Pelbagai jenis juadah makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari
kadangkala mengundang pelbagai jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun begitu,
masyarakat masih memandang rendah terhadap hal ini. Juadah yang dimakan selalunya
mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka sendiri. Lantaran itu,
masyarakat hendaklah memilih makanan yang berkhasiat agar dapat membendung daripada
masalah ini. Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan mengikut
amalan piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.Selain itu,ahli
masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Akhir kata, seluruh ahli keluarga haruslah selalu bersenam demi menjaga kesihatan dan
pada yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.

You might also like